by now, berita budak tak dan 13 tahun dah jadi janda semalam
dah penuh newsfeed kita.
pada yang masih samar2, biar aku cerakinkan dengan mudah.
tapi sebelum itu, BESARLAH harapan aku untuk TIDAK siapa2
post artikel yang membubuh nama mereka di sini. itu memang polisi aku di sini.
harap faham. aku naik penat pantau jenis2 rajin kopipes artikel yang secara
berhati2 aku kupaskan demi pegangan aku "benci perbuatannya-- bukan
pelakunya".
jangan dok rajinkan diri sebar nama orang.
anak sendiri kita tak tahu.
ingat tu.
"takkan mati seorang hamba selagi dia tidak melakukan
dosa orang yang dikatanya"
maka jaga.
secara mudahnya:
1) anak perempuan berusia 12 tahun dirogol remaja berusia 18
tahun berjemaah dengan dua lagi kawan perogol tadi.
2) bapa perempuan membuat laporan polis.
3) ibu bapa perogol berkali2 datang merayu agar laporan
digugurkan dengan memberi janji perogol akan dikahwinkan dengan anak perempuan
ini.
4) bapa anak perempuan tadi bersetuju. dan mereka disatukan.
5) tidak sempat setahun, mangsa dan perogol kini sudah
bercerai talak tiga.
nota penting:
1) di malaysia, SEGALA kes yang melibatkan seks dengan minor
/ underage -- secara undang2nya-- akan sabit kes rogol. rela atau paksa: rogol.
2) keluarga perempuan kata keluarga lelaki. keluarga lelaki
kata perempuan. secara amanahnya kita tak patut tuding siapa salah siapa betul.
sekarang,
nampak tidak keburukan "niat baik" masyarakat?
masyarakat kita berniat baik.
segala berkaitan 'seks' itu taboo.
tak mau dibudayakan.
benar. aku faham. aku tau.
tapi kita hidup dalam denial.
kita tutup katup benda2 begini--
sebab MALU.
anak aku dirogol.
AKU yang kena malu.
orang akan cakap AKU tak pandai jaga anak.
orang akan cakap AKU kasi anak keluar rumah.
orang akan cakap AKU mak bapak tak bagus.
anak aku merogol.
orang akan cakap AKU tak pandai jaga anak.
orang akan cakap AKU kasi anak keluar rumah.
orang akan cakap AKU mak bapak tak bagus.
jadi--
untuk padam kelam semua ini--
kita diamkan.
kita senyapkan.
kita buat tak nampak dan abaikan.
sampai bila nak macam ni?
dalam dua bulan ini SAHAJA, aku uruskan ENAM kes remaja
bunting HASIL dari rogol.
allahu akbar.
menitik airmata aku bila aku tak mampu pujuk mereka buat kes
polis.
charge those son-of-a-guns.
"siapa nak percaya saya, kak?"
"macammana saya nak mula cakap kat mak saya, kak?"
"abah saya akan bunuh saya, kak"
pergh.
allah saksi aku--
mangsa2 ini BUKAN pun yang sosial mana.
jenis percaya kata kawan kelas yang ajak dia group study di
kedai makan biasa.
jenis manis bertudung.
dan ah.
kalau dia tak sempurna pun auratnya--
ayat dan hadith mana mengatakan siapa yang boleh dirogol
perkosa?
aku terlalu kecewa pagi ini.
membaca kisah2 masyarakat yang begini--
yang mengorbankan hak seorang anak kecil yang ternyata masih
belum faham bagaimana dunia besar ini berfungsi--
demi masyarakat penuding yang kerjanya mempertikai apa yang
kita patut berdasarkan mereka punya definisi.
berapa banyak sebenarnya mangsa rogol yang masih diam tak
bersuara?
berapa ramai sebenarnya perempuan2 yang masih bisu walau
telah dianiaya?
masyarakat terlalu megah dengan patut mereka.
"patutlah kena rogol-- tengoklah kain sekolah senteng
dia"
"patutlah kena rompak-- tengoklah gelang emas dia"
"patutlah kena tipu-- tengoklah berkat tidak perniagaan
dia"
nanti2 malaikat dalam kubur cakap begini:
"patutlah menggigil-gigil nampak aku--
sepanjang hidup mulut busuk hati berbau"
baru kau tau.