Sunday, September 30, 2012

selamat hari lahir, si segalanya.


kalau saya lemas di laut lepas--
awaklah pelampungnya
membawa saya ke atas.

kalau saya tersesat di hutan luas--
awaklah mancisnya
memberi api binatang buas.

kalau saya jatuh di gaung dalam--
awaklah talinya
membawa keluar sebelum malam.

kalau saya di gua suram--
awaklah cahayanya
menyuluh jalan jiwa yang seram.

awak penyelamat saya--
dari terus hanyut sesat jatuh dan suram.
awak adalah pertolongan yang dihulur tuhan demi mengembalikan saya semula dilahirkan.

makandi hari kelahiran awak,
bukan awak yang selayaknya diraikan--
tapi saya.

kerana tanpa awak--
sesungguhnya saya sudah mati lama.

selamat hari lahir, suami saya.
terima kasih kerana sentiasa ampunkan dosa saya.
terima kasih kerana selalu ada memegang jari saya.
terima kasih kerana xpernah penat membobok tidur saya.

salam penuh cinta,
saya dan anak kita.

sayang awak moga ke akhirat sana,
tri yang paling indah dalam dunia.

Friday, September 28, 2012

hari2.


cahaya bocor di jam 5.50 pagi.

bangkit.
tunai apa yang perlu.

pandang tingkap yang akan bengkak dengan siang.
tarik langsir agar terlindung dan terus gelap.
pandang anak dan suami yang kembali ke katil utama.
kucup jendul ubun2 kedua2.
keluar dari kamar.
katup pintunya.

pergi ke bilik air.
buka air paling sejuk.
simbah muka.
biar segar automatis.

pergi ke dapur.
masukkan air panas dari tarmos ke bekas air.
isi semula tarmos.

pergi ke pantry. 
angkat baju2 yang terampai sejak semalam.
bubuh dalam bakul.
alihkan ke atas sofa di bilik depan.
bawa bakul ke mesin basuh.
keluarkan baju.
bawa ke pantry.
jemur.

pergi ke dapur.
ambil perkakasan pam susu.
tuang air panas 200ml dengan air suam 400ml.
telan ubat susu.
bawa perkakasan ke depan.

pergi ke depan.
minum air sehingga habis.
pam susu.

bawa susu yang ada ke dapur.
simpan di peti beku.
label.

keluarkan bawang, bawang putih dan apa2 saja yang relevan untuk dimasak.
persiap.
tanak nasi.
masak.
tutup kuali.
tulis nota instruksi sebagai panduan.
selitkan lafaz cinta di celah2.

pergi ke bilik air.
mandi.
berus gigi.
basuh muka.

pergi ke depan.
kemas sambil keringkan badan.
simpan semua mainan.
buang tisu2 lap muntah anak.
susun semula ruang santai.

pergi ke bilik.
pakai baju.
solek nipis.
kucup ubun2 anak dan suami.
lafaz setiap kasih dan rayu ditunggu pulang.

pergi ke pintu.
sarung kot sejuk.
sangkut beg di bahu.
pakai jam. 
pakai cincin tanda dimiliki suami.
pakai cermin mata hitam.
sarung kasut berjalan.
capai sampah di tong.
bungkus.

keluar pintu.
tunggu lif.
keluar lif.

buang sampah di ruang sampah.
terus menapak ke tempat kerja.

pergi sekolah.
laksana tuntutan.
sediakan kerja2 untuk esok.
bersiap balik.

pulang ke rumah.
langkah besar.
singgah kedai runcit.
beli barang untuk dimasak.
sampai rumah.
tunggu lif.
masuk lif.
keluar lif.

masuk rumah.
tanggal cermin mata hitam.
tanggal cincin tanda dimiliki suami.
tanggal jam.
lurutkan beg dari bahu.

pergi ke depan.
dukung anak.
leset suami.
gurau senda sehingga puas.

pergi ke dapur.
persiap.
masak.
tidurkan anak.
makan.

pergi ke depan.
buka tv.
lipat baju.
kongsi apa terjadi sepanjang hari dengan suami.
skype dengan keluarga.
susun baju di almari.
gosok baju kerja.

pergi ke mesin basuh.
basuh baju.

pergi ke dapur.
keluarkan protein dari peti beku untuk dimasak esok.

pergi ke depan.
kucup ubun2 anak dan suami.
bisik selamat tidur.

pergi ke bilik.
rebahkan kepala.
senyum.
bersyukur atas nikmat yang ada.
tidur.

hari2.





Wednesday, September 26, 2012

mak pentas


masa tgh main2 bagi fakta no 43 tadi, ada yang bagi link pada page "anak paling comel" of some sort.

serius.
shame on you, stage mommies.

apa itu stage mommy?
satu terma untuk para ibu yang memasukkan anak2 ke ruang limelight demi utk title plastik seperti "paling cantik", "paling berbakat", "paling itu", "paling ini".

dont get me wrong,
i understand you are proud.
honest.

aku faham.
tengoklah aku.
hari2 tunjuk muka anak.
maka ye. aku sumpah faham.

TAPI.
kalau dah anak tak terpilih, mulut tu simpan la.
guna masa makan ke, pakai masa menguap ke.
jangan dok kata anak orang yang dipilih hakim.

anak awak tak terpilih, jangan hina anak orang kurang cantik, lawa, hebat, megah dll macam anak awak yang tak terpilih tu.
kecik hati mak bapak yang anak dia dipilih.

bro.
anak kau tak tau apa pun.
kau yang sentap.
sebenarnya kau yang nak menang.
bukan anak kau.

sebab itu stage moms adalah satu budaya yang dibenci segenap lapisan masyarakat. sbb stage moms lah yang wanabi. out there, sampai ke tahap diracun budak2 kecik dgn sugar supaya derang hyper so nampak jolly and excited-- maka nampak comel. yes. to THAT extend.

dearest friends,
we can make a difference.
kita selalu tak puas hati bila orang beza2kan rupa kita.
maka kenapa teruskan budaya perbandingan anak di kalangan anak2 kita?
our moms and dads fuctup before.
WE DONT HAVE TO CONTINUE THIS.

stop comparing.
stop this STUPID pertandingan yang SUPER PLASTIC dan ridiculously irrelevant.
stop all this.

our children deserve more than all this bullshit.
our children deserve respect.

Thursday, September 20, 2012

kadang2


kadang2 masyarakat perlu ambil satu langkah ke belakang dan biar manusia kelilingnya menguruskan hidup mereka sendiri.

benar, anak2 kita adalah biasan jirannya.

tapi yelah.
kadang2.

sebab melainkan kita jiran yang adil, amanah dan murni hatinya--
kadang2,
kita tau cakap saja.

tapi yelah.
kadang2.

Monday, September 17, 2012

sabar dengan cilaka

sedang berada di dalam meeting.

para international educator vs accountant and the boss of the school. sbb aku org malaysia, aku sedikit rilek dengan sistem sini. kazakhstan sudah keluar dari russia. walaupun dia eurasia, sistem mereka sangat similar dengan sistem asia.


bagi aku, taik mana pun sistem sini, sekurang2nya jauh lebih untung dari bekerja di negara sendiri (ini bukan statement tidak p atriotik. ini borak fakta kewangan)


apa yang aku nampak:


1) duit.


gwailos:

you dont mess with gwailos when it comes to money. THEY WOULD MASSACRE YOU. singgit pun dia akan fight. itu hak dia.

kita:

boss tak bayar gaji dua bulan-- kita cuba sabar dan gagah. "bulan depan dapat la tu..."

2) boss.


gwailos:

"you boss? you dont pay? fuck you"

kita:

boss adalah tuhan yang maha memberi rezeki. (read: sarkastik)

3) diskusi.


gwailos:

"pardon my language, sir, but to hell with you"

kita:

"boss cibai mcm haram tahik anjing mampus aa keturunan kau"
"eh, boss"
"shit. MANA????"

:)


serius. aku culture shock.

entah. being the only asian, aku rasa macam..
entah.

bagi aku, gwailos yg direct pun betul, kita yang menjaga hati pun betul.


apa yang aku tau,

dan yang tak ramai sangka pasal aku--
aku lagi suka dok tutup mulut;
sbb aku paling SUCK dengan confrontation.

yg penting,

aku anak beranak cukup makan.

tuhan itu baik.

dia mintak sabar.

entah2--

semua manusia cilaka kiri kanan kita adalah malaikat2 dia yg disuruh berperangai celaka utk uji sabar kita.

the best--

s to smile, sabar, dan tunggu manis habuannya.

Friday, September 14, 2012

semula

lama aku tak menulis.
lama gila.

terlalu lama--

sampai aku lupa cara2 dan kaedah2 nak menulis.

*pause*


terima kasih tuan presiden negara kontang yang mula terbuka dengan fenomena blogging.

hak menulis yang mewakili kebebasan bersuara rakyat kini mula dibagi sedikit demi sedikit.

aku syukur.


kerana menjadi rakyat malaysia yang sudah terbiasa, berada di sini pada dua tahun pertama dulu yang terkongkong dan terkekang dari dunia bebas internet-- aku nyaris hampir gila.


tapi itulah.

pendekar yang paling tangkas pun kalau tak berpencak sekian lama akan tumpul rancaknya.
keris akan karat.
langkah jadi berat.

pendekar tua--

akulah dia.

dan sebenarnya--

aku sedikit merasakan malas pun ada.
ramai yang terlalu mula merasakan penulisan adalah forte mereka.
tak ramai mampu pergi pada mereka dan mengatakan di depan muka:
"mungkin cuma engkau yang rasa".

tapi bagus juga.

dari mereka main rempit, jadi pelacur percuma,
lagi elok mereka jadi hipster.

haha.


tapi nah.

ini pencak aku.
kemenyan kembali diasapi.
kekuda semula dikemasi.

sedia.

aku kembali semula.

:)

Monday, September 10, 2012

jadi cikgu

pagi2 baca shared print screen sorang cik kak ni pasal pendidik. mcm2 point yg memberitahu betapa cikgu2 ni golongan tak guna. aku baca je. dalam hati aku "stendedd aa org benci cikgu. biasa benor dgn difficult parents yang kije cari salah cikgu". 

sampai la satu point yang aku rasa juvi. 
"and another thing is always MC and pregnant aje"

la... aku ingat airline je ada sekatan berzuriat. jadi cikgu pun kena tahan napsu jugak.

susah aa. serius susah.



tapi kan. aku tak bohong. dari pengalaman aku dgn sistem pemdidikan, ditabah pulak abah aku bawak bas sekolah (jadi dari kecik aku mmg handle mak bapak bila datang bab sekolah), inilah thesis aku:

mak bapak perangai boss pailang kepala besar macam duit dia je laku dalam dunia--
anak dia tak pergi mana.

biasa anak2 yang cerdik sekolah,
prestasi cemerlang,
dah besor berkerjaya,
jadi orang--
mak bapaknya tenang.

serius.
tak caya pergi tengok kawan2 yang berjaya.
mak bapak dia macam mana?

kool, kan?

dear parents,
if your kids fuck up--
dont blame others.

you send them to school--
ALL FUCT UP--
pastu marah kenapa dia create problem kat sekolah.

kamon la.
kids learn at home FIRST.

dan yang cikgu2 pulak.
amanah sikit dalam kerja.
teaching IS NOT just a career BILA DAH TAKDE KIJE LAIN. teaching is PASSION.

sebab sekor dua cikgu bangang la--
yang pemalasnya,
yang nak masuk youtubenya,
yang semata2 nak jual herbalife avon amwaynya--
ROSAK reputasi cikgu.

parents and teachers--
stop your bickering.
tolonglah.

kita nak pandaikan anak2 kita.
kita kena kerjasama.
not poiting fingers.

tuduh2 mmg solusi paling mudah.
meh aku bagi contoh:

aku nak jadi kaya. duit berkoyan. tapi tak mampu.
NI SEMUA GEORGE SOROS PUNYA PASAL.
CILAKA KAU SOROS.







ye.

aku tak kaya bukan salah aku.

tapi salah orang lain.

gitu.


bodoh, kan?

Monday, September 3, 2012

tentang sadaqah

aku ada satu benda aku nak tegur pasal rakyat malaysia dalam bab memberi sadaqah-- tak kiralah derma pakcik buta di meja makan, bantuan bina sekolah tahfiz mahu pun dana uti pembedahan anak2 kecil yang kita lihat saban hari di fesbuk:

kalau xnak bagi, sudah.
xde orang marah.

sungguh! xada orang akan hina kau kalau kau tak mau bagi seringgit dua kau. xada orang mengumpat kau untuknya. xada orang 

buat hate page di fesbuk kerananya.

xada.

jadi, besarlah kiranya, wahai manusia malaysia, kalau tidak ada hajat dalam membagi, juga ikhlas ketika memberi, tutupkan mulut dan diamkan diri.

biarlah aku guna contoh yang paling karib dgn aku. dan sedihnya, masih terjadi sehingga ke hari ini rupanya bila aku baca di pages yg sedang membantu baby thaqif.

1) kenapa tak pergi hospital kerajaan? 2) kenapa tak reti ambil insurans?

ya allah. aku fikir cuma ketika juna soalan2 begini terajukan. kerana mengenangkan aku ini ramai haters, maka pasti akan lahir soalan2 tidak sensitif seperti ini. namun ternyata tidak. keluarga thaqif juga diasak sama.

biar aku jelaskan.

kenapa tidak IJN? atau mana2 hospital biasa?

SEBAB:
1) kos pembedahan di IJN dan swasta adalah SAMA. cuma di hospital kerajaan banyak dana. TETAPI dana2 itu CUMA layak dibagi pada mereka yang bergaji bersama suami isteri rm2500.

nampak logik. betul. tapi aku tanya MANA2 suami isteri yang lepasan universiti yang gaji bergabung rm2500 ke bawah. xada. gaji pekerja lepasan ijazah PALING sedikit pun rm1500. maka dua orang bermakna rm 3000. automatik tidak layak.

melainkan salah seorang atau keduanya kerja kerajaan. atas kertas, nampaklah layaknya. walau pada hakikatnya pekerja kerajaan punya bonus2 dan kelebihan yang at the end of the day, menjangkau gaji pekerja swasta.

ok. tolong jgn jd bodoh dan cakap "siapa suruh tak kerja kerajaan". sebab bro, SIAPA TAK NAK?

2) ok itu ttg dana. skrg, KALAU PUN sudah dapat dana, jaminan mendapat tarikh pembedahan BUKAN di tangan anda. ini disebabkan bilangan katil yang terhad.

ya. terhad.

KATALAH pesakit mendapat tarikh 2hb november. jika TIBA2 ada pesakit yang LEBIH memerlukan katil-- katil tadi PERLU dikosongkan utk pesakit kronik itu.

untuk mendapat katil-- tidak mudah. perlu check up telus yang memenuhi syarat2 layak pembedahan. tidak satu degree pun terlebih temperature. tidak satu pam pun kurang jantungnya. banyak kiraan.

bayangkan terlepas katil. bayangkan perlu menunggu utk fit for surgery LAGI. bayangkan perlu fit KETIKA sdg sakit.

maka ya. ibubapa yang memilih swasta adalah pentingkan diri sendiri. kerana hospital kerajaan TIDAKLAH se-convenient yang kita sangka.

kenapa tidak ada insurans?

SEBAB:
1) secara mudahnya: KALAU ada duit lebih, ORANG BODOH MANA yang tak nak?

"alah seratus sebulan, apa sangat"

ye. seratus kau. bolehlah. seratus orang? dua posen kau rasa secelet. dua posen tepi jalan-- menggenapkan sepuluh ringgit yang dia kumpul.

jangan bezakan nikmat kau dgn rezeki orang.

2) kalau pun yang telah ada insurans, kau fikir mereka memang BETUL2 niat dalam hati hendak tolong? ini bisnes, bro. bisnes. SELAGI boleh elak, orang cuba elak.

kalau BETULLAH insuran mmg berhati mulia, takkan ada bapa desperate seperti john q yang mengunci hospital mengambil tebusan demi mendapatkan bantuan pembedahan anaknya di amerika sana.

ya. mmg itu di amerika. bukan di malaysia.

TAPI. bukan sekali ahli keluarga aku cerita duit insuran tak boleh keluar. adaaaaa saja alasan. setakat duit klinik, insurans cover la. cuba kau sakit kronik. CUBA. kau tengok apa respon derang.

dapat pula macam kes aku, anak angkat. kau curahlah kasih sebesar langit pun, selagi belum sah atas kertas yang dia sah milik keluarga barunya, dia BUKAN anak kau. maka xde insurans yang sudi peduli. jadi kalau macam anak aku, dah belah jantung ketika xsempat diinsuranskan, mmg sampai mati pun xkan ada insuran yang mau jaga kebajikan dia.

maka macammana? duit2 ikhlas dana ITULAH, yang baki2 pembedahan ITULAH yang akan menjaga kebajikan dia. dan memang celakalah mereka yang berkata duit2 lebih dana digunapakai mak bapaknya utk bergaya sakan di hari raya.

pesakit kronik tak layak dibagi insurans.
ye. betapa xadilnya dunia.
tapi ada orang macam aku gebang jahatnya manusia?
tak. sebab kita faham semua orang ada kerja dia.
semua orang terbatas.

maka. kalau ibubapa macam aku boleh faham perjalanan putaran dunia, kenapa ada yang rasa dia layak buka mulutnya?
cakap pakai akal la.
cuba jangan bongkak dgn ilmu yang tak jauh mana itu.

tuan2 dan puan2,
perihal lain yang aku minta dari kalian seluruh jagat.
ikhlaslah.

kalau betul xmau bagi, diamkan.
kalau pula telah memberi, redhakan.

jangan dirasa "kerana aku telah bantu anak dia, aku berhak atas apa jua yang berlaku pada mereka".
sehingga semua benda selepas pembedahan mau dikritik. itu xbetul. ini xbetul. kalau ditepis, disindir: "dulu bukan main minta tolong".

pecah rasa hati.
rasa macam mau pulang setiap sen,
agar tak lagi dengar orang membahasa seperti itu tadi.

*pause*
haih entahlah.

susah nak hidup dalam dunia ni.
xada jawapan paling betul.
sebab kita semua tak sama.

jgn sekadar tahu satu informasi, terus mau semua orang ikut taati.
macam kita baca "kulit epal banyak khasiat". JANGAN paksa orang makan, JANGAN sindir orang xmau makan. sbb kulit epal segar MEMANGLAH bagus. yang dah di malaysia-- yang diimport tu-- dibubuh lilin utk nampak kilat.

what you read might be true,
but please, people,
might not be applicable to you.

ok dah terlalu panjang. obviously aku menulis dengan emosi. tentang ini, respon aku, husnuzzonlah manusia.
bersangkabaiklah!

barangkali apa yang kau FIKIR kau tau itu--
patut terus berada dalam fikiran.
sebab sebelum kau jauh2kan perginya, cuba tanya, "AGAKNYA, orang yang hendak aku nasihat ini-- sudah pernah fikir tidak apa yang hendak aku kata?"

sbb percayalah,
xada orang terdesak macam kami ini yang tak fikir semua jalan yang wujud dalam dunia.

BELIEVE ME:
setakat pinjam along itu--
500 kali lalu dalam kepala.

cubalah jadi terdesak--
kita tengok rancak macammana otak kita cari akal.

sekalian manusa,
kalaulah akal kamu yang datang DULU sebelum mulutmu, nescaya akan kau sedar ttg tatacara hidup dunia yang tidak seideal yang kita sangka.

aku bukan nak bongkak, jauh sekali nak berkurang ajar.
tapi aku perlu tutupkan tulisan ini dgn satu penyataan:

ever wonder why weren't you the one with such musibah?