wahai sayang2ku yang tidak pernah aku tenung matanya;
usah dirisaukan.
aku masih berhijab.
*senyum*
cuma biasalah. ketika ada turun naiknya iman itu, perlu aku luah dan kongsikan, atas dasar pengakuan aku ini manusia biasa yang mmg banyak celanya. kerana aku hendak diketahui sebagai seorang yang jauh sekali ma'sum, bahkan tidak pula eloknya.
lihat betapa selesanya aku meluah peribadi di sini, kerana aku pasti akan ada sahabat2 yang mencintai aku yang sudi meminjamkan doa untuk aku.
hijab tetap cantik untuk aku.
dan untuk kamu, kamu dan kamu.
*senyum lagi*
esok april pertama.
hari lahir along.
aku harap dia dah penat jadi budak2.
*sengih*
april ke lima, aku dan keluarga tri akan ke sipadan dan sampoerna.
seminggu.
aku lupa khabarkan, habib, adik ipar aku, dapat 10A1.
aku tidak tahu apa dia makan. mungkin air rebusan kamus. haha. ayah dan mama terlalu gembira, mereka belanja kami anak-beranak bercuti.
aku ada perasaan hidup semakin akan mula kembali tenang.
tuhan, terima kasih lagi dan lagi.
memang berbaloi sesuatu yang kau namakan sabar itu.
*senyum*
cukup.
bisa tidak kau kekalkan rasa aman ini dalam hati ini?
lama2kan dia biar berbekas dan menetap di seluruh sendi.
amin.
*diam*
dan oh ya.
saya kembali jadi cik tukang bebel.
ucap salam atas aku,
lim kok wing.
Tuesday, March 31, 2009
Friday, March 27, 2009
menelanjang
aku tak boleh bohong. aku tidak kuat iman.
teruk.
hari2 lewat beberapa minggu ini, aku menggelupur untuk beristiqamah.
setiap kali,
aku istighfar panjang.
aku takut.
masih banyak lagi syaitan dalam jiwa yang mendengus2 nafas di pangkal leher, menggeli2 dan memberahi imajinasi aku. aku mula runsing. aku tidak mahu aku yang hari ini adalah dari keterpaksaan.
aku kasih sama hijab. aku aman dalamnya. itu yang aku tengking semula pada setiap satu desir pangkal lidah syaitan bajingan di tertimbulnya pujuk rayu berlogik akal. jujur, aku bahagia berwajah ini.
tapi aduh... gimana lagi bisa aku tepis noda2 berbaur hasut ini?
aku minta tuhan pinjamkan aku kegagahan yusuf ketika dikuis jemari zulaikha.
aku minta tuhan pinjamkan aku kekuatan umar ketika disogok kemewahan dunia.
aku jujur tidak kuat.
aku minta dipanjangkan tempoh kemampuan aku bertahan. bukan aku malaikat, bukan juga seorang abid. namun apakah benar2 perlu untuk aku dibalakan dan diperonyokkan demi untuk terus keras dan tidak layu?
apakah aku satu2nya dalam dunia ini yang lemah sebegini?
apa ini biasa?
apa ini norma dalam penghijrahan?
nan datang masa2nya kau soal2kan apa agaknya jadi kalau tidak aku memilih jalan ini?
aku perlu menulis kehinaan aku hari ini, sebagai bukti kepada anakanda aku suatu hari nanti, yang tidak semua dipermudahkan untuk jalan kesempurnaan. dan betapa aku ini terlalu memalukan, mempertahankan maruah aurat sendiri pun satu kerja berat.
kenapa masih aku rindu telanjang aku dulu..?
aduhai...
susah juga ya..? dengan keterbatasan baru, seorang perempuan yang sudah terlalu tenang berjalan sasar seperti aku ini merasakan tersempit tenggorok nafasnya. aku perlu kuat. aku perlu kuat. aku perlu kuat.
aku perlu kuat.
bagaimana dapat aku merasakan manisnya ikhlas kalau di dalam hati ini berdolak dalik sama hak? bagaimana gadis2 jelita bercadar di kepala itu masih kukuh dengan cinta tuhan? kenapa masih ramai tentera kemungkaran melegar2 di ruang hati dan masih terus berbicara di akal fikiran?
apakah aku ini masih belum layak merasa nikmatnya..?
pincang sekali perasaan ini.
kamu2 di luar sana.
jangan kau langkah ke atmosfera keselesaan bermungkar itu.
lihat aku.
berhabis nyawa hendak berpatah pulang.
aku manusia biasa, wahai tuhan.
bantu aku.
tiupkan sekelumit ruh kamu.
tiupkan.
tiupkan.
aku minta dikuatkan.
Wednesday, March 25, 2009
katanya puisitepijalan nak tutup.
aku tidak berapa berkenan dengan penyataan "sumber2 boleh dipercayai".
dan yang seumpama dengannya.
siapa di sini tidak pernah dengar istilah "katanya"?
contoh:
"katanya damien rice akan jadi juri tetap akademi fantasia."
atau
"orang kata dia putus dengan ghazali pasal dia ada lelaki lain."
"katanya" adalah penuh kontroversi. siapa tidak suka kontroversi? tanpanya, pelakon malaysia tidak boleh ke mana. tanpanya, reputasi akan kekal biasa.
fitnah dan gossip sangat penting untuk menjadi jambatan meniti bibir orang. kalau dulu orang tidak kenal siapa memey, sekarang selepas terkeluar cerita khalwat, semua sudah cam wajahnya. kalau dulu orang tidak perasan siapa cik kak di meja hujung pejabat, sekarang selepas terjaja kisah bunting tanpa suami, semua sudah kenal mukanya.
ingat lagi saniboey pernah cakap: "there is no such thing as bad press. it's all about timing".
sebanyak mana kita tidak hendak mengaku, kata2 dia memang betul.
langkah2 yang perlu diambil andai timbul kisah / realiti buruk tentang anda:
1) buat penyataan pendirian.
2) minta maaf
3) berdiam diri
4) bercuti ke perth atau gold coast
5) diamkan diri lagi dan lanjutkan tempoh hibernasi (minimum 6 bulan)
setelah sekian lama, muncul kembali dengan imej baru. lebihkan perkataan "alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, dan kini..." atau "saya bersyukur perkara itu berlaku, kerana walaupun..."
its all about timing, babe.
mudah, kan?
beruntung kita. rakyat malaysia pemaaf. lihat sahaja memey, dia sudah kembali ke persada. siap jadi panel jemputan.
*tepuk tangan*
tapi aku bukan hendak berbual ttg gossip artis. malas.
hari ini aku hendak menceceh tentang siapa 'nya' dalam 'katanya'?
dilarang bergosip sama aku.
sebab aku pantang dengan perkataan permulaan "katanya..."
sama dengan rimasnya aku bilamana ada lelaki hendak berkenalan melalui telefon dan merespon "ade laaaaa" di waktu ditanyakan dari mana didapatkan nombor aku.
bila ada org sebut "katanya...", sebelum habis ayat dia, akan aku pancung dan tanya "siapa? siapa? siapa?"
(mungkin kerana itu orang sudah malas hendak bercerita belakang sama aku)
bukan apa. jika aku berserah pada hembus suara begitu, aku akan hilang banyak perkara. seperti jika mereka sampaikan "katanya kelas ditunda hari ini";
kalau tidak benar? rugi satu kehadiran.
maka lumrahnya, istilah "katanya" selalu berbaur bohong.
tapi jangan tidak tahu. bohong tidak semestinya seratus peratus fitnah.
ada jenisnya yang memanipulasi kebenaran.
contoh:
baca blog sepanjang lautan, tapi membebel2 tentang satu baris perkataan, menyebar salahfaham dan serabutan, persis seperti anak kecil belum panjang akal fikiran.
"fynn nak pasang tatu, kau tahu!! ASTAGHFIRULLAH!!!"
"fynn nak beli anjing dah, nokk... ohmaigott"
hahaha.
itu contoh.
dan contoh tidak sepatutnya logik dan tidak seperlunya realiti.
apa perlunya manusia cipta reka ayat2 bohong? mencari pengikut, mungkin, ingin meramai kumpulan atau sahaja bosan dan ingin perhatian. macam sang gembala yang suka menipu itu. harap2, pembohong zaman moden juga dimakan serigala.
mungkin tidak nampak impaknya kalau pembohongan / penambahan input itu cuma satu dua perkataan. tapi siapa ingat permainan "telefon rosak" di kem2 motivasi?
abu bisik pada raju, "nenek saya suka nasi itik bersama kicap"
raju bisik pada meon, "tok nenek itik banyak sayap"
sampai ke telinga ah chong, "mak kau ada kayap"
masa itu rasa kelakar, kan?
mari ubah baris ayat itu kepada "aku tidaklah benci, tidaklah suka jimi dan fifi bercinta".
yang sampai ke diana adalah "katanya, dia tidak suka jimi dan fifi bercinta".
(dia ini adalah engkau)
dan bila ke nana, "orang kata, dia benci jimi dengan fifi"
yang mana akhirnya bila sampai kepada engkau, bunyinya jadi begini:
"budak2 cakap kau kutuk aku"
futnot: yang mengkonfrontasi engkau adalah jimi atau fifi.
biasanya, di keadaan dan situasi seumpama ini,
kau terdesak untuk bertanya pada sang interogasi itu: "budak2 mana?". marilah kita sama2 memendekkan cerita dan percaya sama saya yang jawapan yang pasti keluar adalah "kau takyah tau la" atau "buat apa kau nak tau?".
masa itu, permainan telefon rosak sudah tidak kelakar. dan kata2 hikmah yang paling menjengkelkan keluar dari manusia2 yang tidak tahu puncanya.
"aku ada sumber2 yang boleh dipercayai"
nak cakap apa lagi?
dia sudah percaya.
jangan marah2 dahulu, dia cuma pendengar sahaja.
(amaran: contoh cuma logik jika kamu benar2 tidak melakukan apa yang dikatakan kamu lakukan)
di situasi begini, kamu tariklah tangan teman kamu itu berjumpa rawi atau penyampainya. dan percayalah, bila kau tanya pada rawi itu kenapa disampaikan apa yang disampaikan, dia akan merujuk nama si dia dan si dia.
yang pada akhirnya, cerita tersebut asasnya adalah dari perkataan "katanya".
haih.
bagaimana manusia bisa percaya sama angin, sedangkan ia ditiup bukan pun pada telinga para rasul atau inspirasi yang melentur di mimpi2 para wali? jangan main2 sama hal begini. lebih elok kau membunuh dari ekploitasi yang begini2.
aku harap sangat kalian nampak kekalutan 'katanya' dalam kehidupan. tak usah jauh2, siri "katanya" di astro ria sudah menjelaskan betapa semua benda ini hearsay semata. kata2 yang cuma kata2. dimulakan demi meraih sesuatu sebagai pulangan.
jangan terus berserah pada 'nya' dalam 'katanya'.
beranikan diri dan tanya. memanglah akan rasa penat sedikit. tapi sudah ramai sangat dalang wayang kulit dalam pentas hidup hari2 kita.
ini peringatan untuk aku juga.
perangai mengadudomba patut dipadam.
jangan jadi pak karut, dan patut diam2.
aku naik penat dah.
sebab makin lama,
semua benda dah nampak mengarut.
puisitepijalan pun nak tutup, katanya.
KA --
TER --
nyeeeeer....

Monday, March 23, 2009
tentang anjing
aku ada fakta tentang diri memungkinkan kontroversi.
aku suka anjing.
terlalu suka, sampai aku sanggup tidak tonton filem di hbo, starcinema atau cinemax demi untuk melihat the greatest american dogs di starworld.
terlalu suka, sampai aku abaikan gadis2 menggiurkan di america's next top model untuk melihat anjing2 ditatarias di siaran groomer has it di animal planet.
semalam, ketika aku dan tri di pet world ikano, ada seekor siberian husky. tak perlu dibayangkan, suara aku yang sememangnya tinggi pitchnya ini terus secara tanpa semena2 jadi senyaring mungkin. perlu digambarkan, aku seorang sahaja muslim di kawasan itu.
boleh sahaja pegang, tapi takut pula terkena liurnya.
satu hal pula hendak menyamak segala.
aku berdiri cuma dua jengkal jauhnya dari anjing hitam putih setinggi pinggang aku. kalau bukan kerana tali yang memegang lehernya, pasti sudah tercapai ke jemari aku yang sekerasnya aku kepalkan, selari dengan perbuatan aku menggeretak gigi yang tergesel sesama sendiri.
terlalu geram.
terlalu ingin.
serasa seperti menarik nafas tanpa hendak menghela.
takut tidak lagi ada sempat seperti masa yang sedang ada.
nanti rugi.
selalu begitu, kan? berkehendak lebih dari apa2, tapi tertunda dek sesuatu apa.
dan di waktu2 begitu, cuma disiplin dapat menahannya.
hendak makan, tapi perlu diet untuk dress baru.
hendak tonton wayang, tapi perlu menyimpan untuk hadiah hari lahir ibu.
hendak futsal, tapi kaki perlu rehat sehari saja lagi.
hendak kucup suami, tapi famili bersepah di kanan kiri.
berbual tentang hendak-tapi-tidak-boleh perlu berhati2.
sebab akan ada orang yang tidak faham konsep "hendak". mempunyai ingin tidak bermakna akan melakukan. benar, sesuatu yang didasarkan dari sebuah "kalau" memang tidak linear dengan konsep qada' dan qadar.
seperti "kalaulah aku boleh, aku hendak ada tatu". atau "kalaulah aku boleh, aku rampas semula kekasih lama aku dari doktor perempuan itu". atau "kalaulah aku boleh, aku hendak mati sebelum abah dan ibu".
jangan berani bincangkan perkara2 di atas dengan manusia2 yang tidak bisa menelan bualan kosong seumpama itu. merbahaya. percayalah, kau akan mati kata untuk membidasnya, seolahnya tidak kau tahu.
yang peliknya, bila kita aplikasikan konsep hendak-tapi-tidak-boleh itu pada sesuatu yang tidak seterang salahnya, tidak pula dipersoalkan.
seperti "kalaulah boleh, aku hendak bela kucing" --tidak boleh kerana alahan. atau "kalaulah boleh, aku hendak makan nasi" --tidak boleh kerana tidak mampu. atau "kalaulah boleh, aku hendak tidur dulu" --tidak boleh kerana masa tidak cukup.
tapi, kan, yang sejujurnya, yang membuatkan kita rasa terlalu hendak itu hanya nafsu semata2. kerana godaan perkataan "tidak boleh". kerana amaran "jangan".
"jangan buang sampah di sini. denda rm 500".
percayalah, di situlah tempat yang paling berulat dan berlendir.
sama dengan "jangan bising", "jangan buka", "tidak boleh masuk" dan "jangan klik di sini".
kita suka hendak benda yang kita tidak boleh. namun bila sudah boleh benda yang kita hendak, kita selalu terlambat sedar yang kita bukanlah hendak sangat benda yang kita tidak boleh itu.
ketika sekolah menengah, di tingkatan dua, aku jadi pecinta rahasia (atau dulu lebih popular dipanggil s.a; tidak tahu apa namanya sekarang). menjadi pemuja dalam senyap memang sangat mengujakan. di sesekali tertembung mata, sudah boleh bersemangat untuk belajar. si kekadang terserempak jalan, boleh pengsan dan jalan menyasar.
lelaki itu di tingkatan 3. pendiam dan tidak suka berjalan beramai2.
tepat dengan selera aku.
mengimaginasi keseronokan berbual di kantin, atau berjalan ke padang bersama2 itu terlalu melemahkan engsel2 kaki, cuma yang merasa akan mengerti.
semuanya indah, sehinggalah diketahui si dia tentang aku. tidak menarik, kerana dia sudah mula senyum, sudah mula bertanya khabar, sudah mula mengangguk kecil di terjumpa ketika berjalan2.
urf.
bosan.
tidak sampai seminggu, aku sudah tidak minat sama dia.
kamonlah. ai bukan nak berkenalan. ai cuma nak minat je.
aku gemuk. aku takde self-esteem ketika itu.
:)
kekhayalan berburu dalah ketika memburu.
bukan pada bangkai binatangnya.
betul, kan?
hendak sangat beli jam tissot, bukan main tahan perut, tidak mahu makan. patutnya tidak boleh beli, sebab ikut haknya, orang gaji seribu lebih nak pakai jam hampir tiga ribu itu tidak masuk akal. tapi tersimpan juga dalam lima bulan, jumlah yang diinginkan.
seronok pakai tissot cuma beberapa bulan. selepas beberapa tempoh, mula hendak macbook tercanggih pula. mula menabung untuk kehendak baru. tissot tetap dipakai. tapi kalau terlupa pun tidak apa. sayang tetap sayang, tapi sudah biasa2 saja.
sebab 'hendak' sudah jadi 'punya'.
sehinggalah satu hari nanti, bila tissot sudah hilang, kita mula hendak jam itu semula.
maka bermulalah konsep hendak-tapi-tidak-boleh pada sebuah jam yang kamu hendak dapat semula tapi tidak boleh kerana sudah dicuri.
itu baru jam.
kalau mak bapak?
kalau nyawa?
kalau jiwa?
:)
kita manusia.
biasa la ini semua.
cuba kalau tuhan kata "haram pegang kucing, boleh layan anjing saja":
mesti aku tulis entri hari ini pasal kucing.
haha.
*terdiam*
ini baru aku.
dengan kes anjing yang tidaklah susah mana untuk diabaikan.
yelah. jelas secara saintifik anjing itu banyak mudarat.
padahal jauh dalam hati aku, boleh sahaja aku berikan 1000 alasan untuk membolehkan aku menyentuh seekor --samak di kemudian detik ke, pegang cuma di belakang tubuh ke, pastikan betul2 kering ke, kucing pun secara saintifiknya banyak kuman yang tidak elok ke, apa2lah.
bagaimana agaknya hawa menahan geramnya pada sesuatu yang boleh dimakan,
cuma dikata jangan?
ish.
celaka kau syaitan.
gila terrer.

Saturday, March 21, 2009
tentang charity dan performasi
aku baru tahu yang 28hb ini rupanya eksklusif.
bayaran masuk 75 ringgit.
walau pun siap kasi makan dan goodies...
nope.
not worth it.
mungkin kerana ini satu charity event, yang mana mereka memang sudah mengenalpasti kumpulan sasaran seperti paris hilton juga kim kadarshian untuk datang, harga sedemikian diletakkan.
mungkin juga kerana performer2 yang dijemput tidak dibayar, maka wang kutipan itu akan dibuat menampung kos makan malam kami. ada potensi setiap performer dapat makan kambing golek dengan caviar mewah.
atau mungkin rm75 yang dikutip dari had 300 kedatangan ini akan memberikan genap2 rm 22,500 (atau kurang sedikit untuk melangsai sewa kanopi, set muzik, dll) masuk ke dalam dana dunia.
apa2 pun, aku, bila datang hal charity, aku tak suka marah.
sekurang2nya ini yang aku mampu beri.
kan?
cuma aku segan. aku ini kecil sangat kalau hendak dibawa ke majlis begitu. aku siap tanyakan: "i think my presence would be such a turn off. wouldnt you say?"
nasib baik dia menafikannya.
aku harap dia betul2 maksudkannya.
kalau tidak pun, kira baik, apa.
dia hendak jaga hati aku.
haha.
cis.
aku dan masalah self-esteem.
oh, aku terpandang gambar curi ini di facebook.
gambar ketika aku beri kuliah pendek di UIA minggu2 lepas.
aku rasa sangat terharu.
sangat sweet.
in my husband's shoe.
literally.

'in someone's shoe' bermakna menjadi someone itu.
alangkah indah kalau benar.
dalam sudut2 tertentu, aku hendak jadi seperti dia.
aku ini bolong, dan dia melengkapkan aku.
menjadi dia yang memenuhi aku,
bermakna memampukan diri menjadi sempurna.
:)
untung suami isteri sama saiz kasut, baju dan seluar.
senang.
ini lagi satu gambar curi2. depan kedai. tengah cari inspirasi masa tu. aku sedang mengadaptasi prosa tulisan aku kepada skrip pendek. siap tahun depan, agaknya. aku hendak buka team teater. saja2. aku dah tua. banyak sangat yang aku ada dalam akal, yang aku tak tahu hendak buat apa. baik aku curah pada orang. kan?
tapi rasanya ada ke yang hendak?
aku dah cakap, kedai aku menghadap matahari terbenam. tak caya? mari sini. dan yeeeeeeeeeeee. kalau kawan2 puisitepialan pertama kali datang, mesti aku belanja sikit la.
kesimpulannya, tak usah la datang sunway. bulan depan ada layar tanchap. lagi indah. jumpa masa tu saja. okay?
ps: malam ni komfem ramai kat kedai aku. konsert akademi fantasia, yoll. (aku benci gila AC mizal. rimas. dari 4u2c lagi. yuck!)
aku harap anon tak minat dia jugak.
takut dia marah.
anon,
kau orang 4u2c ke kru ke nico?
aku kru.
cubalah mengertiiiiii,
berikan kesempatan, hatimu pada diriku,
rowwww rowww wooooohh
tak sanggup ku teruuuusss
hidup sebeginiiiiiiiiiii
iiiiiiiiiiiii
howww wowww wooowww.
kikikikikikiki.
nasib baik aku tak shuffle lagu tu dulu.

Friday, March 20, 2009
kau ni kelakarlah anon.
selamat pulang, pembenci.
selamat datang dan selamat berperang sekali lagi.
oh anon yang berselimut di belakang nama2 unik baru,
terima kasih kerana masih sudi meluang masa dan menghabiskannya demi untuk aku.
kenapa lama hilang?
hehe.
mungkin kerana sudah lali, hambur kata kamu ttg betapa aku ini riak, bongkak, angkuh dan tidak sedar diri itu, tidak berapa memberi kesan lagi. maaf. akan aku cuba paksa akal untuk menterjemah kemungkinan yang mendorong suara kalian seumpama yang disebutkan.
aku andaikan perkataan2 itu kamu jodohkan pada aku demi melihat puisitepijalan ini penuh dengan tulisan dari perspektif aku. penggunaan ganti nama 'aku' yang berulang2 dan kelihatan seperti dunia ini berlegar semata demi aku adalah menjengkelkan. aku mungkinkan atas dasar itu kamu yakin aku ini berkarektor gelap semata.
tidak apa.
tidak kenal maka tidak cinta.
cumanya, ini ruang blog, sahabat. dan aku bukan jenis yang reti bercerita tentang mayapada atau kasut jenama. aku suka meluah perkara dalam hati, dan kalau kau hendak membentak, di sini tidak ada sesuainya.
aku rasa sudah lebih 50 entri aku dedikasikan untuk anon. aku rasa, aku makin seronok dengan mereka. haha.
yang aku nampak, ramai tersinggung dengan istilah 'fake', 'dslr', waima 'lawak amir itu bahlol'. walaupun aku agak sibuk dengan perkara2 lain, ditambah pula internet di kawasan ini sangat menyebalkan, aku akan cuba sebaiknya memberi gambaran yang lebih sedikit ttg apa yang aku coretkan baru2 ini.
fake:
bahas 1)
terpengaruh itu BUKAN fake. meniru itu fake. (duh!)
terinspirasi untuk menulis itu bagus. namun mencedok idea dan bahasa adalah salah. aku tidak pernah benci sama kamu2 andai benar mencintai puisi.
(psst. aku ada rahsia. tahu tidak, setiap hari yang ada sempatnya, aku curi2 baca tulisan shaira amira, syah syaliman, azim, ili dan ramai lagi. mereka tulen dan tidak berbau manusia lain. malah kalau kau berikan puisi2 mereka pada aku, ada mungkinnya dapat aku cam siapa penulisnya tanpa mengetahui siapa pencoretnya terlebih dahulu)
itu kekuatan bahasa. seolahnya ada cap jari.
tanya sama siapa2, pernah tidak aku hinakan hendak mereka untuk menulis puisi? betapa tidak pernah, ke tahap bila mana ada yang menghantar tulisan (yang bukan aku seorang, malah shaira amira juga kenalpasti haknya tulisan anak itu gabungan puisi2 aku), tidak pula sampai di hati aku untuk marahkan.
aku cuma pesan, jangan menulis kalau sekadar menulis.
tak usah jadi natasha hudson si pencuri bodoh yang mengambil tulisan manusia tepi jalan dan membukukannya dengan lebih korporat, demi kelihatan miliknya. bila akan manusia sedar, menjadi seorang yang bukan dirinya sendiri adalah antara perkara yang paling merimaskan.
lambat laun akan terjerat juga.
bahas 2)
terikut kerana terkesan itu BUKAN fake. mengikut kerana budaya ITU fake.
aku lihat ramai yang sedang mencuba untuk menulis puisi. aku suka. bagus. tapi mereka yang tidak ada mampu dalam mengekspresi, akan jadi seolah2 tertekan untuk diterima. lalu jalan pintas adalah pilihan mencapainya.
meniru, menterjemah, mencedokpakai.
apa saja.
budaya itu suatu yang memaksa. kerana budaya itu bagaikan arus. kalau kau berani menongkahnya, kau akan jelas terlihat. dan bila kau terang dipandang, setiap kecil sompekmu akan timbul ke permukaan.
dan menjadi manusia biasa yang tidak mahu nampak canggung, kau ikut buta2. sebagai contoh, ketika siti nurhaliza melonjak naik, semua orang mahu menyanyi persis sepertinya. suara macam abot tidak boleh jual. bila lagu bubly masuk carta, semua orang menyanyi bersuara marie digby. suara avril lavigne sudah habis zamannya.
biasalah.
sekarang, siapa bernyanyi seperti yuna, akan nampak sangat in dan hip. suara siti nurhaliza sudah tidak boleh pergi jauh.
ini adat manusia.
bahas 3)
manusia yang aku gelar fake itu bukan kau.
tapi seorang lelaki, yang menulis blog demi penyataan "semua orang menulis blog, kalau tidak, kau loser"; yang mana membikin aku terangkat keningnya dan hanya mampu ketawa.
dia berpuisi dengan bahasa pinjam dari gabungan lagu2 indonesia dan melayu, untuk mencairkan hati seorang gadis, yang juga teman aku. gadis itu terbuta sedikit matanya dek mainan lelaki pengejar dara yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapat cinta.
dia sangat jelas terlihat memaksa diri untuk dilabelkan 'deep' dan 'seni'. cuba berbual tentang rintis hujan dan pecahan warna pelangi. bila dibalas dan disambungbual, kesemua kami yang lainnya ternyata hanya mampu diam. lelaki itu bercakap, tapi dia sendiri tidak memahaminya.
secara pendeknya, aku tidak faham kenapa kau, enchik anon, perlu tersinggung.
dslr:
bahas 1)
aku pun ada sebiji.
lalu perlu apa aku marahkan andai kau benar2 mahu satu? dan kalau benar kau menggantung kamera itu di leher kerana tidak ada larat untuk menjinjingnya, kenapa perlu bising? kau ada sebabnya.
tapi itulah. kadang2, bila aku dan tri pergi kuala lumpur, sampai aku jadi malu untuk bergambar. terlalu tidak mahu terlihat seperti terlalu beriya. sanggup kami kelek beg besar demi untuk menyimpannya. walhal tidak ada pun apa2 hal di dasarnya.
perhatikan: sue anna joe, kareem, fad, dengan nama yang gah dan besar, tidak pernah pula aku nampak bersungguh2. lensa dan filternya dibiar sepah sahaja di dalam beg. tidak juga lari passionnya dalam fotografi. tetap juga gambar2 mereka bermakna dan memberi bulu di tengkuk berdiri.
kalau kau malas hendak simpan dalam bekasnya, dan perlu selalu pegang di tangan kerana banyak shot untuk diambil, silakan. adik2 dari geng bulan clothing aka team 'cam ni cap ehh' yang selalu ke kedai aku, selalu saja bawa kamera sini sana. tidak pula menggelabah bising2 macam dalam dunia cuma mereka sahaja yang ada.
yang aku tegur adalah yang berjalan dgn dslr itu seperti lampu ultraman di dada.
itu.
dan janganlah kau fikir ini kali pertama aku menyebutnya, seolah2 aku mengikut trend bercerita ttg ini, yang mana sebenarnya sudah terlalu lapuk. aku minta kau track entri2 dulu. sudah banyak kali aku katakan. aku ulangkan kerana ia agak signifikan dalam entri lepas.
:)
bahas 2)
dslr itu alat, BUKAN bakat.
semua orang boleh beli satu. bukan pun mahal. menabung dua bulan sudah dapat seluruh set. melainkan kau punya abang kakak mak abah yang belikan atau berikan.
gunalah molek2. ambillah gambar gila2 macam aku dan kecy dulu. benar, memang seronok. yang tidak best adalah bila kamera itu sekadar imej dan gaya. semua orang perlu gambar hot untuk diletak di myspace dan facebook.
friendster tak usahlah. ia sgt tidak kool.
(lepas ni ada pulak yang bising aku kutuk friendster)
dslr / slr / kamera dari video kamera itu semua adalah alat. kalau kau memang tidak ada bakat, pakailah kamera paling gempak dalam dunia, dengan lense sepanjang 2 meter, tetap tidak ke mana.
dan di sinilah konsep 'fake' itu berlarutan.
lawak amir bahlol:
bahas 1)
err.
aku tidak tahu pula ada yang sensitif bila aku kata lawak amir bangang. siap hendak libat nama tuhan, nak babit rezeki segala. habis, tidakkah mau kau ceritakan perihal rezeki rosnah mat aris yang sudah menghina khadijah r.a. dengan bahasa yang paling mengejutkan?
kau hendak relevankan macammana agaknya kaitan rezeki tuhan dengan orang sebegitu?
kawan, memang senang hendak nampak baik. sebut nama tuhan, kita boleh nampak elok dan molek. memang mudah nampak laknat, penggunaan kosa kata keras sudah nampak jahat. aku panggil israel anjing tempoh hari, aku pula dikeji ekstrimis bermulut nanar.
haih.
bahas 2)
tiada bahas.
aku kasi kau menanglah dalam hal ni. cuma kalau agaknya kau menulis dgn amarah, yang kau tidak sempat baca sekali dua lagi, aku ulang semula:
aku menulis ttg malaysia yang sasar untuk menerima dan menyukai lawak seorang lelaki yang sanggup berguling2 dan berlebam2 atas pentas.
aku pun siap tanya, aku seorang agaknya yang tidak dapat tangkap lawak dia.
sebab setahu aku, ada beza antara kelakar lawak dengan kelakar badut.
followers fynnjamal:
bahas 1)
follower fynnjamal itu track blog, bukan pengikut agama rekaan aku.
kesian kawan2 saya. asyik kena marah saja. asyik dituduh kaki mengangguk semata2. bila ada yang klik 'become a follower', tidak bermakna mereka menyerah diri untuk buta2 terus mengikut kata aku. plug-in 'follower' dicipta untuk memudahkan kita mengikut perkembangan sesiapa yang kita hendak.
kalau jadi follower bermakna terus menyembah, mesti aku orang paling pening dalam dunia.
mari perhatikan. aku follow:
1) marzuki -- apakah aku akan buta2 mengikut arahannya dalam teknologi web?
2) ladynoe -- apakah aku akan akur mengikut apa saja katanya berkenaan hidup?
3) shuz dan azreen -- apakah aku akan jadi obses pada fesyen mereka?
4) sue anna joe -- apakah aku akan menyembah setiap adanya dia?
5) ledisordre -- apakah aku akan mula selesa untuk menjadi manusia yang terlalu lain?
banyak lagi.cuma aku tidak klik untuk jadi follower. aku bookmark mereka.
aku tidak suka terlalu banyak plugin dalam paparan depan pojok tulisan aku.
aku suka sesuatu yang mudah dan sedikit.
bahas 2)
followers tidak semestinya orang yang sembah aku.
*batuk kecil*
kau selalu ikut blog ini. kenapa? kau melutut ke bawah duli aku kah, sahabat?
:)
tidak, kan?
kau ikut puisitepijalan untuk jadikan aku beg tumbuk kau, tempat kau meluah amarah, supaya dapat kau luah resah.
atau kau secara diam2 suka pada aku?
hahaha.
orang tua2 selalu cakap, lagi dibenci, lagi disayang.
(aku juga tahu ramai yang mengikut puisitepijalan tanpa menekan butang 'follow this blog'. kan kan kan? hehehe.)
dan tak ada perlunya kau kata aku 'menghebah' norma aku yang baru dengan hijab. kau mempersiskan aku dengan sifat mempamer kebaikan. walhal sudah dari awal telah aku khabarkan aku ini tidak semolek mana.
apa pun, wahai anon, tempat ini namanya blog. dan ada butang yang berlabel 'update', bermakna kemaskini. mana ada manusia kekal menjadi sama. aku selesa dengan hijab. tapi nakalnya masih sama.
aku tidaklah sebaik mana.
dan aku akukan itu, maka baca ini:
aku sedang hebahkan penyataan di bawah.
AKU BUKAN ORANG BAIK.
aku sudah bilang berkali2, cuma masih ada yang yang sudi hendak mempeduli aku. syukur dan cukuplah, bagi aku. aku gembira.
setahu aku, tidak pernah pula aku pergi ke mukasurat siapa2 dengan komen "ini link ai, yu datang la komen, nanti ai komen balik", atau "plis baca blog ai".
dan lebih syukur lagi, kerana ramai kekal di sini, dan terus menjadi teman. sudah terlalu cukup untuk aku.
mungkin kamu masih tidak perasan, tapi motif utama entri itu adalah:
"you suck as someone else".
kau serabai bila kau jadi orang lain.
itu objektifnya.
jangan serabut dengan sampel2 dan contoh.
ia seperti belajar formula bahagi:
25 bahagi 5 adalah 5.
atau 25 biji epal hendak diberi pada 5 murid. berapa biji epal seorang murid akan dapat.
janganlah tanya nama murid itu.
janganlah tanya kalau 3 daripada epal itu masam.
janganlah marah bila salah seorang murid itu merajuk sebab epalnya kecil.
cukuplah tahu setiapnya akan terima 5 biji.
cerialah.
ketat sangat kau itu.
:)
btw, 28 ini saya akan berpuisi di sunway lagoon, demi untuk charity malam dunia. ya, kempen tutup lampu selama beberapa tempoh. datanglah kalau mahu. saya pun sudah lama tidak berbising.
ada doorgifts untuk follower fynnjamal.
*terdiam*
*tahan gelak*
*ambil nafas semula*
BWAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA
sori. cant help it.
so funny la weh.

Wednesday, March 18, 2009
relevan, signifikan dan jujur: untuk aku.
aku cuma mampu senyum.
nampaknya ada yang merasakan entri lepas untuk dia. merasakan aku terlalu mengangkat diri sendiri dan meletakbawah manusia lainnya. merasakan aku memberi batu di depan muka, dengan bahasa paling jahat, kerana aku mencelaka.
aku memang suka untuk sekadar mampu senyum.
sudah banyak kali, bila aku menulis tentang apa2 atau siapa2, yang tidak ada kena-mengena akan pedih lidahnya. dan seperti biasa seperti yang banyak kali itu, tidak perlu untuk aku relevankan apa2 dan siapa2.
inilah yang aku mahu, sebenarnya.
kebijaksanaan berbicara dalam samar, membualkan semata2 konsep dan idea, adalah erotis. kerana sesuatu yang tidak jelas adalah menggoda. seperti wajah yang terselindung di sebalik cadar kecil itu terlalu menimbulkan soalan. apakah bibir gadis itu sesempurna matanya yang terlihat di balik purdah hitamnya? seperti susuk gadis yang terselimut disebalik kebaya polos berwarna merah jingga. apakah mulus kulitnya segebu yang aku bayang di kepala?
ilusi adalah sesuatu yang terlalu seksi.
maka bermimpi dan berfantasi itu penuh kebarangkalian yang merbahaya kalau disalahguna.
membayangkan jejaka idaman menegur kita.
membayangkan dinaikpangkat dan dapat wang berjuta.
membayangkan mengelar leher si celaka.
membayangkan rumah baru sebesar istana.
*senyum*
aku baca tulisan sarah tadi, dia menulis tentang perkara2 yang hendak dia laku dan capai sebelum mati suatu hari nanti. dengan futnot yang aku rasa begitu mengedukan, aku bisik: "bijak." dia akhirkan entri terbaru dengan soalan "bagaimana semata2 menulis ttg impian boleh bisa membuat senyum?"
benar, kan?
ilusi itu euphoric.
sesuatu yang tidak jelas itu mistik.
lalu biarkanlah bilamana aku memilih untuk terus berbicara dalam bayang2. terpulang engkau andai memotret wajah karektor kisah2 aku itu suatu kemestian. tapi tidak perlu untuk engkau soal2kan andai dalam fikiranmu aku tidak berlaku adil pada watak2 cerita.
*senyum*
kalau kau rasa aku sedang melukis dirimu dalam entri aku, ish, itu akal kamu. perlu apa aku peduli2kan? kalau kau rasa aku sedang berbahasa halus mengejimu, ish, itu rasa kamu. perlu apa aku dodoi2kan?
tsk tsk tsk.
manusia dan pra-hukumnya.
manusia dan kewajipan mengetahui segalanya.
sudah ada verdict, padahal itu semata2 predict.
"aku tahulah! aku ada instinct kuat"
"aku sangat tahu! aku ada firasat"
*sengih sumbing*
apa pun, aku harap entri puisi tabloid tidak mematahkan semangat sesiapa. sekali lagi aku tekan, kalau benar kau menulis kerana kau hendak menulis, apa yang aku bilang, atau sesiapa saja hamburkan pada engkau, tidak akan memberi makna apa2. kalau benar engkau jujur hendak berbicara langit, teruskan.
aku tidak hina tulisan bagus atau tidak bagus.
aku tidak julang aku abadi dan halus.
aku berkeras memberi amaran pada yang hendak menjadi sesuatu yang lain itu.
menjadi pujangga kerana itu kecintaan gadis yang kau buru.
menjadi penulis kerana itu sesuatu kehebatan yang baru.
menjadi pemuisi kerana itu tidak sesusah memetik gitar.
menjadi penjiwa kerana itu menunjuk kau berhati besar.
demi untuk pameran.
dan kalau kau dalam minoriti yang merasakan aku mengerdilkan siapa2,
aku akan terus senyum sahaja.
sebab aku menulis ttg seseorang dengan memberi ciri2. dan ciri2 itu aku kepilkan dengan contoh2. dan contoh2 itu begitu am lalu aku lambangkan dengan realiti2 rawak.
cuma, sahabatku, kalau ada antara cerakinan itu yang terkena atas batang hidungmu, itu yang buat kau terlatah dan marah. kalau pula tidak ada kena-mengenanya sama kamu, yang kamu rasakan aku ini terlalu angkuh, *senyum* sukahatilah.
ini hidup sementara, kawan.
tak perlu obses sama sesuatu yang tidak signifikan.
merugikan.
aku, tempoh hari, berbual ttg satu konsep yang relevan.
signifikan untuk seorang aku.
picisan dan tidak relavan sama kamu.
tapi jujur.

Sunday, March 15, 2009
puisi tabloid
aku tidak ada manual untuk kamu2 yang hendak jadi penulis. aku juga tidak reti, sebenarnya, untuk memberi markah kepada tulisan kalian. aku paling kekok bila kamu2 minta aku ajarkan cara2 berpuisi.
aku memang blur.
tapi itu bukan bermakna aku tidak bijak dalam berkongsi bagaimana aku melakukan apa yang aku lakukan. kalau ada yang tanya, akan aku borakkan. kadang2, bila tak ditanya pun, aku dengan tidak segan akan bercerita.
ya. aku becok.
*senyum*
aku rasa seronok juga melihat puisi tiba2 menjadi satu budaya yang indah. dengan ketekunan teman2 gilakan bahasa, tidak kira sastera atau bahasa jalanan, genre puisi makin lebar. tidak lagi segan kalau hendak khabarkan pada orang "aku budak puisi", atau "aku perform kata2 langit". semakin ramai tidak kisah dipanggil pujangga. perkataan "budak emo" atau "budak jiwang" diganti dengan "budak deep" atau "budak art". puisi, akhir2 ini, jadi fenomena kool.
tapi aku ada satu soalan. bila yang kamu boleh panggilkan diri kamu orang puisi? atau bila yang kamu bisa akukan diri itu seorang seni tulisan dalam?
apakah dengan sekadar membuka blog dan menulis ayat2 tidak lengkap dalam beberapa baris, dan merangkanya dalam perenggan2 kecil, dengan makna yang agak tergantung2 demi utk dianggap deep, kamu sudah cukup untuk memakai tanda nama "orang puisi"?
apakah dengan membobrok hidup yang sebenarnya tidak adil (pada pandangan kamu, tapi sebenarnya dilalui sepuluh juta lagi manusia di dalam negara kamu), dan menulisnya dengan bahasa2 yang agak menyiat dan mencincang, sudah cukup untuk kamu agungkan bahasa itu atas nama "seni puisi"?
semua orang adalah penulis.
waima mencoret "saya suka makan nasi", kalau dicanting bukan kerana disuruh, tapi dari dalam hati, tetap penyata itu kita namakan penulisan.
semua orang adalah penulis.
kalau tidak, dia buta huruf.
bezanya, apa yang kamu tulis.
ada yang tulis tentang ayam. tentang sabung ayam, balung ayam, cakar ayam, kandang ayam. ada yang tulis perkataan ayam, tapi menulis tentang orang.
menulis puisi sekarang sudah macam jadi penyanyi indie.
dan seperti suasana industri musik kita yang sudah mula sedikit2 surut ke-indie-annya, aku yakin kerancakan pemuisi celup ini akan kebah. aku sedang tunggu bila culture ini akan reda. sebab aku nampak puisi hari ini sudah ditabloidkan.
tabloid: kerana bunyinya murahan.
hey. aku tidak marah sesiapa, atau merendah2kan sesiapa. aku ajukan gelaran puisi murahan pada mereka2 yang menulis dengan bayangan orang lain. orang tulis tentang matahari, kau tulis tentang bintang. orang tulis tentang laut, kau tulis tentang batu karang.
murahan kerana kamu tidak jujur dengan apa yang kamu tuliskan.
dan apa yang kamu tulis, wajah orang lain yang tercalar2kan.
rasanya persis kejelekan aku melihat anak2 zaman sekarang yang beruntung kerana slr sudah turun harga, yang membeli sebiji semata2 untuk digantung di leher dan menangkap sesuatu yang kononnya deep, tapi tidak ada makna.
oh kamon.
aku pun bisa klik shutter menghadap lidah anjing yang ada air liur sedang menitis, dan aku berikan caption "sejijik air hatimu".
maksud aku, kenapa perlu terlalu yakin kau mengimprovasi sesuatu, sedangkan jelas kau sebenarnya semakin menghenyakkan sesuatu itu.
contoh mudah, mamat akademi fantasia dari johor yang menyanyikan lagu jeritan batinku, ciptaan agung dan cukup berat untuk dijiwai oleh penyanyi sedia ada sekali pun. aduhhhhhh!!!! tersiat2 aku dengar suara dia. nasiblah aku bukan di kalangan budak2 (yang terang dan nyata dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun; aku teka mereka adalah budak2 shuffle dari maybank bukit bintang atau times square) yang terkinja2 di platform konsert itu.
kalau aku ada di situ, sah kena maki, sekali dengan balingan kasut ke postur badannya yang seperti berjoget tarian lesung batu dari serawak itu. betapa yakinnya mukanya tatkala dia katakan "saya bawa versi asal pun boleh, versi rnb pun boleh".
*sedang bayangkan kasut ke mulutnya*
entahlah. kita tidak ada ramai penyanyi yang menyanyi dari jiwa. nyanyi sambil pentomin, ramai. maknanya, sambil menyanyi, sambil berlakon.
tapi itulah... nak kata rupa boleh jual, tak tahu juga. amir dari kelantan tu, yang raja lawak tu, aduh.. tak paham aku macammana konsep bangang dan bahlol pula yang boleh pergi jauh. aku seorangkah yang jelik dengan kebodohan dia? nasib baik adlin pun sama fikirnya dengan aku.
motif aku dalam tulisan hari ini, orang malaysia kini sangat sasar.
kita cakap kita tegas. maka seharusnya bila kita kata kita nak A, bermakna A sahaja. ini tidak. tidak ada A, boleh juga B, ada masanya C pun boleh, itu pun dengan syarat D itu ok, blablabla.
apa yang kita nak sebenarnya?
konon nak kualiti. tapi yang kita junjung tetap alas kaki.
apa yang KAU nak sebenarnya?
jadi orang puisi?
tiba2 tengah makan kau nak bersajak tentang denting sudu mencecah nasi.
jadi orang gempak?
tiba2 tengah borak kau nak cerita tentang angin menyusup ke liang kukumu?
boleh. takde masalah.
tapi aku cakap jujurlah,
kau sangat fake.
dan kami semua dapat rasa yang kau bersungguh2 sangat.
tak ikhlas la, kawan.
jadi, tak sedap.
sebab tidak semua benda yang orang tidak faham itu seni.
sebab bila bahasa yang tidak menjadi, bunyinya macam orang buta grammar.
entahlah. aku pun tak tahu macammana hendak cakap.
tulislah, tapi jujur.
nyanyilah, tapi luhur.
tiga tahun dulu orang cakap, "fynn, baliklah. suara kau bukan mcm Mocca", aku senyum.
AG selalu cakap, "fynn nyanyi ikut hati fynn. lantak pi la orang". akim kata, "yang penting kita rasa, dan aku boleh joget". karem kata, "aku suka je fynn. biar la orang".
aku rasa kawan2 dulu, yang papah aku naik pentas untuk mula melancang puisi, merekalah yang gagahkan aku untuk jadi aku. sebab mereka tidak marah kalau aku sumbang. tidak perlekeh kalau aku macam haram.
yang penting aku jadi aku.
lalu tulisan ini adalah untuk kamu2, yang asyik hendak jadi ini dan itu, selain diri kamu. dengar sini, dan anggap ini teguran, amaran atau peringatan:
you suck as someone else.
bila kau hendak jadi Ahmad, kamu akan dibandingkan dengan Ahmad.
bila kau jadi diri engkau --kau hancur ke, kau goyang ke-- orang akan bilang, "itu memang dia".
kalau kau degil, janganlah marah bila aku cakap kau corny dan cliche.
nasib baik aku tahu pasal kau dari orang lain.
kalau aku jumpa sendiri, haih...
dude, kesianlah.
hidup kau pura2.
dan berpura2 untuk impress cinta?
pathetic-lah.

Saturday, March 7, 2009
bangun tidur
ada banyak cara bangun pagi.
ada orang takut tidur kerana takut untuk bangun di esok hari.
ada peperiksaan final, dan masih ada dua bab (yang baru kawan kamu khabarkan penting) masih belum sempat ditauliahi.
ada hutang yang perlu langsai, tapi teman yang janji hendak membayar wang kita masih belum menghubungi.
hari baru bermakna perlu pindah ke rumah baru jauhnya beribu batu, jauh dari sahabat karibmu.
hari baru bermakna perlu masuk pejabat dan menghadap dengan wajah penuh hipokrasi akan muka boss yang macam hantu.
ada banyak cara bangun pagi.
tapi paling klise, buka mata, terus duduk, dan mengepal kedua telapak, dan tersenyum sambil mengeliat di atas katil dengan geli2.
dan oh! jangan lupa senyum paling manis dan tingkap yang secara automatis terbuka,
dengan kicau burung dan seseorang mampir menghulur nescafe dengan penuh cinta.
untuk sesiapa yang masih belum dapat minum air sarkasme aku,
aku tadi sedang mengsinis iklan2 dan footage drama filem kelas b.
bangun pagi.
a) bangun dengan jadual penuh terbentang untuk hari itu.
situasi:
banyak gayanya.
pagi tadi, aku buka mata dan terus ternampak tri yang masih belum bangkit.
aku senyum.
aku kucup dahinya.
tanpa membuka mata, suami aku senyum.
mata aku masih aku kuncikan pada dia.
mata yang aku cinta itu terkuak sedikit,
tepat pada aku.
"isteri saya paling cantik dalam dunia, walaupun dia belum mandi"
aku senyum dengan airmata aku tahan dari keluar.
dia tidak pernah berhenti menghembus nyawa untuk aku.
aku pipih, dia tiupkan.
aku sedih, dia amankan.
sebulan yang terlalu panjang. lama sungguh aku tidak bangun.
sampailah pagi tadi.

- buka mata. (masih aman)
- teringat.
- lompat dari katil. (atau terjelepuk)
- jeritkan: "DAH LAPAN SUKU!!!" atau "KENAPA TAK KEJUT AKU!!" atau "ALAMAK!! DAH 23 MISKOL!!!"
- bersiap dengan penuh bebelan dan serabutan. lebih efektif bila perlu bergaduh dengan teman rumah yang paling lembab bersiap.
- selang-selikan dengan sikat patah, kunci rumah hilang, sambungan dering miskol atau kereta tidak boleh hidup.
- buka mata. (paling perlahan yang termampu)
- renung apa sahaja yang di depan mata.
- renung lagi.
- renung lama2.
- pejam semula.
- buka mata. (masih perlahan)
- sms sesiapa yang perlu untuk perhatian / mengkhabarkan mc yang masih belum diambil / mengadu.
- pejam mata. (dan bayangkan kamu pelakon dalam video musik lagu yang paling sedih dalam dunia)
- ulang langkah 1 - 5 sehingga beberapa hari.
- buka mata. (tidak ada rasa apa2. kosong)
- mengeluh panjang. gunakan perkataan satu atau dua suku kata sahaja, seperti "haaaaaaaaaaaaaah" atau "hadohhhhhhhhhhh" atau "eeeeeeeeeeeeeehhhhhhh!!!!". letakkan sedikit emosi bengang dan sebal, untuk kepuasan, kerana sebenarnya tidak diketahui siapa yang patut dimarah.
- sembamkan wajah ke bantal.
- jeritkan perkataan di langkat kedua tadi, cuma di kali ini, sebolehnya dengan suara paling lantang, cukup untuk memekakkan bantal tersebut.
- diam.
- bangun dan buat muka tidak ada apa2.
- buka mata dan renungkan dengan tajam apa2 di depan bukaan mata.
- bayangkan apa2 di depan bukaan mata itu pemilik suara yang menjerit / memanggil atau pemilik kaki / tangan yang menggoncang tubuh kamu.
- lazatkan bayangan itu dengan memimpikan mencederakan orang itu dengan kekejaman yang paling sadis.
- pejam mata dan hela nafas dengan perlahan2.
- buka mata.
- pergi ke arah orang itu, dan diri depannya. jangan cakap apa2.
- senyum. senyum lama2.
- pergi dari situ.
- buka mata. (terus fikirkan lapar kamu)
- fikirkan apa yang kamu paling mahu di saat itu. lebih mustahil, lebih lazat. contohnya nasi ayam di gombak, walhal kamu di pulau pinang.
- bayangkan andai benar ada untuk kamu makan.
- senyum sendirian.
- bangkit.
- cari biskut.
- buka mata.
- fikir.
- lalukan mata ke seluruh ruang penjuru bilik.
- fikir.
- cuba relevankan apa2. contoh: buku atas meja, perlu bawa ke perpustakaankah? jam dinding, ada sesuatu ttg jam 3 petang, apa ya?
- fikir.
- cuba tanyakan perkara2 yang selama ini kamu tidak perasan. seperti "eh, ibu jari belah kanan lebih besar dari yang kiri rupanya"
- fikir.
- bangkit dari tilam, dan terus ke tandas.
- renung berus gigi.
banyak gayanya.
pagi tadi, aku buka mata dan terus ternampak tri yang masih belum bangkit.
aku senyum.
aku kucup dahinya.
tanpa membuka mata, suami aku senyum.
mata aku masih aku kuncikan pada dia.
mata yang aku cinta itu terkuak sedikit,
tepat pada aku.
"isteri saya paling cantik dalam dunia, walaupun dia belum mandi"
aku senyum dengan airmata aku tahan dari keluar.
dia tidak pernah berhenti menghembus nyawa untuk aku.
aku pipih, dia tiupkan.
aku sedih, dia amankan.
sebulan yang terlalu panjang. lama sungguh aku tidak bangun.
sampailah pagi tadi.
Thursday, March 5, 2009
sabtu.
salam.
sesiapa anak siswa siswi dari universiti islam antarabangsa gombak yang tidak punya apa2 perkara sabtu ini dari jam 10 pagi ke tengah hari,
saya akan memberi kuliah ttg performasi puisi.
marilah.
sesiapa dari kawasan luar, yang hendak datang, khabarkan.
nanti saya tanyakan kerusinya.
dan ya.
saya sedang tidak ada nyawa.
terima kasih pada semua yang tidak putus2 memberi doa kekuatan pada seorang saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)