Monday, November 12, 2012

tentang kewaja dan orang2 banyak mulut


kau baca berita bayi tangan bersepai, kepala tercabut tersepah di celah sampah--
kau maki.
segala jenis neraka kau hadiahkan pada perempuan yang melahirkan--
kau ludah dia keji.

faham.
siapa tak menggelegak di setiap kali terpandang fenomena bangsat begini.
sungguh--
aku faham.

TAPI.
selain neraka2 tadi yang kau sekadar bagi secara lisan itu--
apa lagi?
APA LAGI selain kata maki dan keji?

setakat cakap.
nak tolong--
habuk pun tarak.

kalau sekadar dengan cakap2-- nyawa bayi itu tercantum semula dengan jasadnya-- tak apa. cakaplah sampai habis pusing jarum jam. cakaplah sepenuh2 wall-- kalau itu mampu menjahit kembali ruh mereka dari kesepaian yang jelas sesungguhnya kejam.

namun hakikatnya tidak.
cakap tak jadi apa.
cakap cuma jadi tahik.
tahik telinga.
tahik mata.

tahi.

"padan muka, siapa suruh tak jaga diri"
"bior dia, balasan tuhan atas muka bumi"

mentang2 dosa kau dibalas di akhirat--
kau bongkak. cakap tentang dosa orang macam dosa kau tak ada orang nampak.

ingat.
"takkan mati umatku selagi tidak dia melakukan dosa orang yang diumpat"
tak kena pada kau--
anak bini kaum sekufu sepapat.

tak takut?
ok. tu cerita lain.

sekarang, aku nak cakap pasal ni:
kewaja.

pertikaian tentang kewaja menaikkan banyak pendapat. bagus. perbincangan yang membuah banyak buah. tak kiralah ranum atau busuk. sekurang2nya banyak. ye. paradoks di situ.

soalannya,
berapa ramai yang cakap atas dasar cakap sahaja?
berapa ramai yang BETUL2 tahu prosedur dan bercakap BERLANDASKAN fakta depan mata?

cakap setakat cakap--
arwah nenek kawan baik aku nyanyuk--
asal aku lepak rumah dia mesti dia ajar cara masak kicap--
GUNA LILIN.
tak bermakna aku kena tumis lilin tu.
macammana dia kata lilinlah pengganti air asam jawa--
itu cakap dia.

ada beberapa benda aku nak cakap--
nak pakai-- pakai.
rasa tak logik akal--
komen elok2.
kalau aku tolak komen kau, tak puas hati--
pergi tulis kat status sendiri.

aku cakap atas fakta.
pengalaman sendiri.
dan pengalaman adik2 yang datang pada aku atas permasalahan sebegini.

1)
tuduhan: kewaja jual anak.

aku tanya kau. ada kawan sedang berbadan dua? atau ahli keluarga? cuba perhati tembolok dia. ada tak pulun nasi macam bela hantu raya? teringin ini. teringin itu.

itu kos. duit.

pelatih datang, dengan kosong poket, berhenti kerja, lari rumah sebab semua orang halau. kau rasa, mana duit datang nak isi perut dia dan anak dalam perutnya? kau rasa pusat macam ini dapat sumbangan selalu?

bro, ini bukan rumah anak2 yatim, atau rumah kebajikan, yang kalau tan sri, artis bagai nak bagi duit boleh masuk surat khabar. ini pusat kalau nak sokong depan2 macam aku sokong ni-- kena hina. sebab pusat ini JELAS membantu golongan tersasar di dunia.

sekarang aku tanya--
SIAPA nak bagi makan mereka?

itu bab duit maintenance perut. duit api air kalau percuma takpe. nak melatih ibu terlanjur ni dengan kursus2 menyara diri ni lagi. barang2 keperluan lagi. ubat2 dan pil2 vitamin lagi.

apa kau fikir anak sah taraf SAHAJA layak mendapat zat?
mana compassion kau sebagai manusia?
mana ihsan kau dalam menyebar kasih sayang dunia?

memang.

memang ada caj untuk ibu bapa yang mahu mengambil anak angkat. melainkan ibu kandung memang beri hak anak tanpa lalu mana2 pusat atau kumpulan-- caj memang akan dikenakan.

agak2 la kau nak percuma. sedangkan nak beranak sendiri pun ada yang bayar sampai 7-8 ribu. ini kita mengemis anak orang.

aku memang pantang dengan mak bapak angkat yang membebel kena bayar caj. macam2 dikatanya. jual anaklah. berniaga oranglah. dengar ni aku bahasakan kau. kalau tak mampu bayar-- bikin sendirilah. sedar diri. kita orang kurang-- jangan bongkak tak bertempat.

orang ada anak--
kau nak anak.
9 bulan dia tanggung nak beri kau--
kira UNTUNG dia nak bagi kau.

kau siapa nak dapat percuma?
pergi jamban awam pun kena bayar--
kemuliaan tuhan dalam rupa zuriat ITU kau nak percuma?

pergh.

aku memang tak dapat cari dalam hati aku ruang untuk salahkan kewaja meletak caj. TAK ADA LANGSUNG sampai berpuluh ribu ringgit (just in case pemfitnah kat luar tu mau tau).

agak2 la.
member pinjam keter pun kau mintak belanja.
cuba kau fikir sikit sebelum letak perkataan 'jual' kat hadiah tuhan tu.

kalau jual anak sampai rm25k buat hantaran--
takde bunyik pulak kau.

2)
tuduhan: kewaja ambil bayi dari pelatih untuk dianak-angkatkan tanpa rela.

aku cakap terus terang la ye. sebelum daftar, dia tanya "komfem nak masuk pusat ni?" dia tanya sebab nak pastikan TAK ADA ORANG acu pisau kat tekak kau sambil ugut nak culik anak tu nanti. kau cakap "ye".

ye.
sekarang 'ye' la.
masa kau tengah lari rumah.
masa kau terpaksa berhenti kerja sebab takut kawan opis nampak perut kau.

9 bulan datang pergi.
kau terpandang mata zuriat kau--
keajaiban paling mulia yang wujud dari kau--
suatu yang kau sendiri tak percaya mampu wujud dari kau.

'ya' kau hilang macam tu sahaja.
dan kau mula tarik balik setiap kata2 kau.
mula berperang untuk mendapatkan kembali hak kau.
mula menggunakan hakikat kau adalah ibunya.
dan takkan ada apa jua yang memisahkan kedua.

namun kau lupa.
di awal2 kau bilang 'ya'--
ada satu keluarga sudah bersiap sedia menanti anak kau datang ke pangkuan dia.
janji dah dibagi.
semua sudah tersedia.

berkecai--
semata2 kau tak jadi berkata 'ya'.

kau ingat kelakar?
jadi penunggu macam kami?
dikatakan 'ok, nantikan dia yang akan datang', bersiap berbulan2 demi dia--
kemudian berderai--
semata2 'tak jadi pula'?

tapi aku mengerti.
tak ada ibu sanggup berpisah dari zuriatnya.

bonda kandung juna juga ada harinya rindu.
dan aku mengerti di bila2 masa dia mahukan semula cahaya nyawa aku itu. syukurlah bonda juna terlalu besar hatinya untuk terus gagah.

maka ya. tentang tuduhan tadi-- aku mengerti. mungkin pelatih berubah hati. tapi untuk menuduh kewaja seolah2 menculik dan mencuri--
aku rasa kejam.

yang mengadu cuma seorang dua.
itu yang digaduhkan.
yang beratus anak2 selamat dari mati di tepi jalan?
ada orang pujikan?

3)
tuduhan: kewaja sempit, tak cukup ini tak cukup itu.

pergh. besar pangkat kau nak ini itu? orang dah bantu, nak layanan 5 bintang? cuba kau bawak perut depan mak abah kau, tengok dia bagi kau bilik macammana. kalau tak mampos kau kena kije, mmg bengkok tulang belakang kau kena sepak.

tu kalau abah la.

serius. aku rasa masalah facility tak mencukupi itu memang luar akal la. apa kau nak? uni-fi dgn bandwith paling laju? aircond paling nyaman? nasi ayam penyet hari jumaat, briyani hari rabu?

ya allah.
sedar untunglahhhh!!
ya allah!!!
kau masuk pusat untuk anak kau--
atau untuk ganti kursus biro tatanegara yang kau terlepas?

allahu akbar!!
asbirni!!!

maaflah wahai semua.
aku benar2 dan sungguh2 terasa hati dengan perbincangan2 kalian di pages dan forum2 tentang ini.

ye. aku mengerti ramai yang peduli.
tapi aku rayu JANGAN bercakap atas dasar cakap.
ini bukan kertas peperiksaan tatacara rakyat.
tidaklah jawapan paling etika itu yang terpaling betul dan terpuji.

aku bukan benci siapa2,
aku cuma mahu SETIAP bayi tak kiralah tarafnya terselamat dan mendapat peluang bernafas bersama2.

kalau sekadar dengar atas dengar--
diam.
kalau ada pelatih sendiri bercakap--
tanya dulu.

cuba kalau ada kawan baik kau cakap bapak dia jual dadah--
takkan kau terus percaya?
apa kau tak mau siasat dulu?

aku tak kata kewaja tak ada cela.
aku tak kata jkm salah sbb dah mmg kerja dia untuk dengar aduan rakyat.
aku cuma kata, there is always two sides of the story.

seorang (seekor) dua anjing tersepit menyalak--
tak menjadikan semua tuduhan betul.

fikir ratusan bayi yang selamat--
bukan satu dua yang tak sampai standard mak anak yang tak cukup dapat.

salam dari aku;
bonda SEMUA anak di seluruh dunia.
di mana juna--
adalah penghulu mereka.