salam, adik2 dan kakak2 sekalian.
lewat beberapa menjak ini, sepertinya fenomena mengambil
anak angkat ini menjadi biasa.
alhamdulillah. sedikit2, berkuranglah kerja malaikat maut di
longkang2 dan jamban2 juga sungai2 tempat2 lokasi dikutip ruh anak2 tak
dihendakkan. pada mereka2 yang mencari keselamatan anak mereka juga, dengan
adanya ibu2 dan bapa2 angkat yang redha menjaganya sepenuh hati-- legalah
sedikit risaunya.
namun sedikit teguran.
:)
tidak seperti ibu2 dan bapa2 sebenar, kita tidak memiliki 9
bulan persediaan. telah allah jadikan lumrahnya dan fitrahnya, tempoh itu
memberi ruang untuk para ibu dan bapa memberi teraoi pada mental dan fizikal.
kita--
tidak ada.
jarang untuk ibu bapa angkat memiliki masa yang layak dan
setimpal. segalanya adalah tergesa2, berserabut dan menyemakkan.
benar, setiap anak datang dengan rezekinya. NAMUN, kejilah
kita andai terlalu landai dalam proses ini. maka izinkan aku membuat senarai
kecil, apa yang PALING asas untuk kita tahu-- andai benar memang hati berkeras
sudah untuk mengambil amanah orang untuk kita tumpangjagakan.
1) rezeki susu badan.
tidak seperti ibu2 kandung, kita tidak ada pilihan untuk
memilih susu badan atau formula. perlu diingatkan-- adalah BATAL wudhu' antara
mereka dan kita. tak kiralah dari umur sehari kita bela. bila mana dia telah
bukan lagi mumaiz, bersentuh kulit dengan mereka akan membatalkan air
sembahyang kita.
maka, BILA MANA kamu ketahui seorang bayi menanti kamu untuk
menjadi bundanya, aku SERU, usahakan susu dari tubuhmu.
fakta: tahukah anda, seorang wanita, tak kiralah pernah atau
tidak mengandung, monopos atau tidak, sakit atau tidak-- MAMPU mengeluarkan
susu?
itulah indahnya tubuh wanita. tuhan adalah sehebat2 jurutera
biologi. hakikatnya, semua orang perempuan mampu mengeluarkan susu. bezanya
cuma sedikit atau tidak. disiplin dan perlu hendak.
cukup lima kali kenyangnya. kemudian hendak berhenti,
terpulanglah. wallahi aku dahulu pun setiap kali dalam usaha cuma setitik dua.
tapi di setiap hari itulah aku simpan dengan azam, arjuna perlu haknya.
alhamdulillah. memang makan berbulan utk cukup 5 kali kenyang (mazhab shafie),
tapi betapa mudahnya ketika di antara maghrib dan isya' dapat memberi perhatian
pada dia yang ada di sebelah setiap masa.
jangan ragu2. seorang kenalan yang survived leukemia MAMPU
menyusukan anak angkatnya. seorang lagi lahir dengan ketumbuhan di buah dadanya
MAMPU menyusukan anaknya. tak ayah jauh2. ziela jalil yang sudah berusia itu
pun MAMPU menyusukan anaknya.
doktor ada. AKU ada. sini. tanya.
titik tolaknya--
hendak tak hendak.
dan disiplin tidak.
itu saja.
2) keluarga besar
mengambil anak angkat BUKAN cuma keputusan kamu, wahai ibu2
dan bapa2 angkat sekalian. tapi keputusan seluruh ahli keluarga besar kita.
mertua kita, ipar-duai kita, bapa kita, mak kita,
adik-beradik kita. mereka ada hak untuk diberitahu DULU. seperti iita, mereka
juga PERLU dipersiapkan mentalnya.
bukan sekali anak angkat dipulangkan kerana keluarga tidak
mampu menerima hakikat siapa anak kita. kawan2, kaau kita hendak ubah mata
masyarakat, kita perlu pandang keluarga kita. apakah mereka juga seperti
masyarakat di luar sana?
maka aku rayu, pujuklah keluarga kita, hulurkan kata2
pesanan dari allah-- berkoyan kalaamullah dan ayat2 dia dan rasulullah buat
kita guna di masa2 begini.
kata kita mungkin tak ada harga.
tapi kata tuhan?
moga2 terbuka hati mereka.
TAPI.
andai dengan kata tuhan JUGA gagal terpujukkan,
aku minta ibu2 dan bapa2 angkat redha.
anggapkan ini adalah cara tuhan mengajar sabar.
jangan pentingkan diri sendiri.
jangan sedihkan kita sahaja.
runsingkan nanti2 anak2 kita dipulau keluarga.
sayukan dia dilayan macam celaka.
astaghfirullah.
tolonglah.
fikirkan anak2 kita--
baru hati kita.
ibrahim alaihissalam berpuluh tahun x berzuriat.
apalah kita--
apalah sangat.
3) kemudahan
tidaklah perlu dibagi katil emas. tapi cukuplah andai elok
dan terjaga. fitrahnya, pasangan yang tak dikurniakan anak, tuhan permudahkan
rezeki lain. harta, mungkin. atau kerjaya. atau perniagaan. apa saja.
anak angkat BUKAN aksesori. BUKAN sesuatu yang beli dari
almari gucci untuk dipakai2 depan orang kemudian terbiar bila berseorang.
siapa pun kita sebelum datangnya dia--
tidak lagi relevan.
anak kita--
adalah segalanya;
datang DULU baru apa2.
tidak lagi kariermu,
bukan lagi hobimu,
jauh sekali nafsu harianmu.
anak--
datang dulu.
duit simpanan dia perlu ada. xbanyak sistem yang terbuka
untuk anak angkat. selagi belum sah atas kertas anak angkat kita itu anak kita,
banyak yang susah untuk diuruskan. insuran, contohnya.
selain itu, fikirkan juga pembesaran anak kita. sekolah di
mana? bagaimana ibu bapa komuniti? cikgu2nya jenis apa? renungkanlah situasi
tatkala ada rakan sekelas bertanya "kenapa bin kau lain dari nama ayah kau
sekarang ini?". apa kala mereka berlari kita dengan airmata-- APAKAH
jawapan yang mampu kau bagi pada dia?
4) kandung dan angkat
aku percaya pada jodoh. dan aku berpegang pada kun fayakuun.
kaau tertulis sehingga mati anak kita bersama kita-- datanglah petir taufan,
tetap dia tak ke mana2.
kepada ibu2 dan bapa2 angkat di luar sana,
anak2 yang kita ada ini--
kita pinjam dari orang yang meminjam dari allah.
maka redha.
dan kuatlah.
kalau kita sendiri tak mapu berpisah dari anak kita--
bayangkan ibunya yang mengusung dia berbulan lamanya.
bila datang bab ini, memang ramai yang tidak setuju.
pengalaman keluarga angkat yang berhabis beribu ringgit, berperah kasih sayang
dan nyawa-- kemudian diambil semula begitu2 sahaja.
aku mengerti.
maka atas itulah aku berpesan yang ini:
cintakan manusia KERANA allah.
dia lebih tahu.
andai diambil semula hadiah yang sekejapan ini--
belajar untuk redha.
belajar untuk cukup.
belajar untuk bilang--
engkau jua yang tahu apa adanya.
*senyum*
tuhan itu paling tahu setiap zarah di celah langit dan di
bumi.
TAKKANLAH dia tak nampak cinta yang terpancar terus ke
semesta dari dalam hati kita ini.
kan...?