Monday, December 24, 2012

sesal


dimulakan dengan--
"i have no regrets in life".
kemudian disambung--
"i am proud with the mistakes i made".
dan secara default akan disusuli dengan--
"for it moulded me who i am today".

tak ada sesal.

begitu inspirational. untuk beberapa, ia kedengaran sangat meremangkan roma. motivational. self boosting. dan so friggin awesome.

ia seperti sudah jadi anthem. terlalu sering dilafaz, sehingga terbudaya di telinga kita saban hari.

macam perkataan 'karma'.
berapa normal sudah perkataan karma lahir dari bibir seorang muslim?
sedang jelas dalam kitab yang cuma ada qada' dan qadr--
kita tetap memilih untuk mengadaptasi terma dan jargon dari agama lain.

sebab kita suka dengar cerita ya kita faham 'logik'.
buat jahat dibalas jahat.
buat baik dibalas baik.
adil.

dalam tak sedar, kita mengajar dan mendidik anak2 kita menjadi prejudis. orang baik AKAN dapat baik. orang jahat AKAN dapat jahat. jadi semua benda yang kelihatan baik seperti 'harta banyak' atau 'kereta besar' adalah habuan. perkara2 seperti 'dompet hilang' atau 'tayar pancit' adalah balasan.

sebab karma.

*geleng kepala*
haih...

karma bukan qada' dan qadr, ya bunayy!
bukan.
karma adalah fahaman hindu.

kita muslim.
dan setiap taqdir kita adalah hak tuhan untuk tahu sebab musababnya. hanya dia. tidak kita.
maka jangan sibuk hendak jadi referee.

ah. itu tentang karma.
aku sudah pernah borakkan.
malas hendak cakap lagi.
hari ini aku mau ajak kita fikir2 tentang "no regrets".

tak ada sesal.

*diam*
*taip padam taip padam*

dem.
macammana aku hendak mula, ya?

anthem 'tidak ada sesalan' sebenarnya bukan untuk kita. seperti konsep 'karma', pegangan 'aku tak ada sesalan' tidak seharusnya dibiarkan meniti bibir menjemberang hati kita.

sebab tuhan telah pesan:
"taubat adalah apabila seluruh inci tubuh, jiwa dan raga menyesali perbuatan yang terdahulu dan berjanji untuk tidak memperulangnya".

sesal--
adalah kata kunci utama.

ikhtiar.
itu konsep kita.
datang dari perkataan 'khairu' yang membawa makna 'yang lebih baik'.

betapa islam itu cantik, ia lebih cinta berbual tentang sekarang dan masa depan berbanding siapa dan apa kita di masa lalu. apa sahaja di waktu lepasmu, tuhan bisikkan-- itu biar antara kau dan aku. sesalkan, tinggalkan, jalan ke depan.

pergh.
semudah itu.
sehebat itu kasihnya tuhan aku.

tapi tidak.
kita gemar cerita2 masa lalu.
terlalu risaukan bising orang kiri kanan itu.

"aku tak ada sesalan kerana aku terima diri aku apa adanya dulu. kau juga patut begitu".
-- salah..

"aku terima diri aku apa adanya dulu. kau juga patut begitu".
-- cukup.

"aku tak ada sesalan" adalah ayat orang defensif. ayat orang2 yang terlalu hidup di masa lampau. sedang telah kita tahu-- apa yang paling jauh-- adalah masa lepas. tak terpegang. tak terjangkau.

berhenti.
kalau boleh--
cuba buang kebiasaan yang ini.

percaya pada cintanya tuhan.
pada rahmaan.
pada rahiim.

orang boleh bilang apa saja.
kita yang tahu apa dalam hati kita.
kita semua pendosa.
tak perlu malu sehingga jadi ignoran dan tak peduli.
jangan pernah hilangkan setiap sesal dalam hati.

hanya dari sesal datang segan pada diri sendiri.
tertunduk dongak,
terjatuh bongkak.
sesal itu peringatan kita tentang kebodohan dulu--
maka jangan buat lagi.

andai datang siapa2 bertanya tentang masa lepasmu--
ubah.
jangan lagi kita jawab dimulakan dengan "i have no regrets in life". kemudian disambung "i am proud with the mistakes i made". dan secara default akan disusuli dengan "for it made me who i am today".

bilangkan--
"aku bersyukur atas setiap kesilapan yang telah pernah aku perbuat. kerana in away, itu adalah cara tuhan mengajar aku sesuatu tentang sesuatu. namun andai aku ditembungkan dengan situasi yang sama-- aku berdoa agar di setiap kali pertembungan itu-- aku memilih untuk melakukan yang lebih baik dari yang sebelumnya".

ikhtiar.
always choose the betterment.
yang lebih baik.

sebab tak ada 'hari ini' yang paling sempurna.
there is ALWAYS a room for improvement.
thing you could have alter.

tak percaya--
bayangkan kau hidup di satu tarikh secara berulang2.
hari ini, contohnya.

apakah kau akan lalu jalan yang sama?
pilih sarapan yang sama?
bertembung dengan perbualan kopi yang sama?
mengenakan baju kerja yang sama?
mengisi minyak di pump yang sama?

:)
kita manusia.
kita penuh cela.
tuhan sendiri selalu beritahu.
maka terang2 dia tahu.

jadi kenapa perlu kita terlalu malu untuk mengaku kita pendosa?
kenapa perlu malu semata2 demi manusia yang sama2 pendosa?

embrace yourself.
terima diri kita apa adanya.
terima kita ini ada sompeknya.
sesalkan.
dan ikhtiarkan.

buang 'aku jahanam tapi aku gerek'.
tapi tanyakan--
bagaimana untuk aku mempermolek apa yang kini sudah tersompek.

ingat.
tidak ada istilah "tiada sesal" untuk kita.
faham?

sekarang--
pasti kau menyesal baca status panjang2--
semata nak kena bebel, kan?

hahaahahah.

Friday, December 21, 2012

kita tidak special


to lose a habit is to lose a friend.
tiba2 aku tersedar hakikat itu tadi.

punya gempak syaitan bisik kat telinga kita--
atas dasar "sayang kawan, takkan aku nak tanggung risiko kehilangan kawan aku yang baik ini?".

hakikatnya--
tak ada satu manusia pun dalam dunia ni yang jahat secara total.
macammana samseng pun seorang penyangak--
dia bayar nasik campur yang dia order disulamkan lafaz 'terima kasih'.
macam mana tahi pun seorang perompak--
dia pernah belanja kawan dia kfc.
tak kiralah belanja pakai duit haram.
niat dia nak belanja.

jadi--
dengan modal "kawan kau pernah buat baik kat kau, tergamak kau nak buang dia", syaitan pujuk kau bertahan.

untuk membuang satu tabiat; aku fokuskan kepada habit2 tidak molek; hendak tidak hendak kita terpaksa korbankan manusia2 yang berlegar di setiap kali kita mengamalkan perbuatan tidak baik.

hendak berhenti berjoget di kelab malam--
kita akan hilang kawan2 kelab malam.
hendak berhenti bakar kaca--
kita akan hilang kawan2 bakar kaca.
hendak berhenti togok arak--
kita akan hilang kawan2 togok arak.
hendak berhenti jadi perempuan tak ada harga--
kita akan hilang kawan2 perempuan tak ada harga.

oh syaitan,
betapa kau strategis.
siapa kata bisiknya cuma pada kejahanaman?
siapa bilang hembusnya cuma pada kejahatan?

ketika berlaku baik lah paling selalu dia ada;
ketika hendak memberi nasihat di pesbuk.
ketika hendak memberi sedekah di meja mamak.
ketika hendak solat.
ketika hendak puasa.

sebab itu aku begitu bersetuju dgn sheikh hamza;
barangkali suatu dosa yang merendahkan dongak adalah lebih mulia dari pahala yang membesarkan diri.

sebab di banyak masa--
kita sungguh tidak tahu apakah kebaikan kita itu benar2 kebaikan--
atau suatu kebaikan yang menopeng busuk hati kita.

kerana itu--
setiap apa yang terzahir--
bukan milik kita untuk mempersoalnya.

kecuali tuhan.

maka hati2 ketika bercakap2 tentang dosa orang.
hati2--
kerana ada kemungkinan yang memberitahu engkau untuk bercakap tentangnya bukanlah hati engkau--
namun syaitan juga.

kita tak pernah tahu tentang orang.
siapa dia.
bagaimana mereka.
kita takkan pernah tau.

TAPI.
kita tahu kita.
dan kita MAMPU tentukan hidup kita.

kita mampu tentukan bagaimana kita hidup sepanjang hidup kita.
yes. this is just sickening.
membuang satu ritual yang sudah menjadi tabiat--
dan bersamanya membuang kawan2 yang at some point pernah memberi kita suatu perasaan terhargakan.

tak ada manusia normal tidak kisah merasa palat.
mana2 manusia ada akal tak suka jadi jahat.
but we have to.

anggapkan begini--
diabetic, luka, anggota tubuh mereput.
hendak tak hendak--
kau perlu potong.

boleh hidup tanpa buang.
memang boleh.
doa sama tuhan ia pulih.
percaya pada keajaiban yang mungkin terjadi.
harapkan perubahan.

but who are you kidding?
your life is no movie, kid.
you are everybody.
kau tidak special.
dan tubuh kau sedang mati.

make that choice.
buat pilihan kau.
sekarang.

sebelum terlambat.
malam belum habis.

sempat.

Wednesday, December 19, 2012

orang kaya


kadang2 aku seram tengok orang yang tak takut untuk pampang kemewahan mereka.
memberitahu dan memberi bukti pada setiap sen mereka ada--
siap dilukis2 berapa digit wang yang dimiliki mereka.

aku faham.
orang berniaga.
memang ada yang datang cerita sama aku:
"kita kena tunjuk kita ada ini semua. baru orang percaya kita berjaya. baru orang hormat. baru orang ikut dan turut perniagaan kita"

dan aku boleh terima hakikat mereka rasa bangga dengan pencapaian yang mereka kecapi.
dulu makan megi. sekarang TGIF selori.
ya. pastinya setiap perasaan yang dulu itu kini terlunaskan.
dan mereka cuma tidak lain-- mahu berkongsi pada dunia ssluruh kebahagiaan.

"alah, kita pun kalau dapat beli iphone dah terkedek2 nak bubuh instagram. apa lagi mereka2 yang dapat beli barang harga puluh ribu gitu2 saja"
suami aku kata pada aku setiap kali aku tunjuk gambar2 seumpama dari news feed.

betul juga.
bohonglah kalau kita tak ada rasa nak jadi kaya macam tu.
bohonglah kalau kita rasa kita tak ada sepeniti pun dengki.
tapi bohong juga kalau kita setuju perbuatan itu adalah bijaksana.

tidakkah mereka belajar dari sosilawati?
the more you tell people you have money--
the bigger chance for you to mati.

i have friends doing swell in MLMs.
aku mmg sampai matilah takkan join.
alhamdulillah, sampai sekarang, walau seorang2 kelihatan makin mewah dan tersohor--
makin kaya dengan duit berkepuk2--
aku masih belum ada perasaan:
"eh, aku nak jadi camtu jugak la"

some people are borne salesmen.
they can sell sand to a man lost in the desert.
serious!
some people are THAT good.

aku bukan salesman.
maka rezeki aku bukan yang 99% seperti pesan rasulullah.
aku nampak je kecah.
tapi aku paling pemalu nak suruh orang keluar duit ikut kehendak aku.

aoa pun.
tolonglah kawan2, saudara2 dan keluarga aku.
aku tak tau macammana nak pesan depan muka.
maka aku cakap sini.
dengan seruan yang paling lembut.
dengan pesan yang halus kerana aku takut.

apa pun niat kalian--
hati2 menunjuk harta.
ini zaman internet.
xperlu tunjuk alamat--
orang tau lokasi kita.
xperlu beritahu segala--
orang tau aktiviti kita.

too many death caused by our ignorance.
tak kisah la kau kaya mana--
dengan duit paling berkepuk,
dengan beg designer sampai 20 tinggal berhabuk--
bila kena jerut, bakar dan dicampak ke laut--

darah kita tetap warna sama.

Monday, December 17, 2012

sukun benyek

bila ada perempuan tulis di komen / caption dengan hashtag / penyataan dia xbermekap dan bergerak bebas tanpa bersolek--
aku tak boleh tak sengih.

aku CUBA untuk bersangka baik dan menganggap mereka2 ini sekadar mahu memberitahu mereka adalah cantik semulajadi.

tapi--
at most of the time,
intention komen dan caption mereka cuma memancing puji seperti "cantiknya awak" dan "wah awak begitu indah seperti apa adanya".

there are two ways in getting attention.

satu: be bold and get attention.
secara in your face.
dengan kaedah terkedepan dan memang kita dalam hati (atau terbuka) melafaz "pergh".

contoh:
pakai warna terang.
guna material jarang.
etc.

dua: be the opposite but trigger attention.
secara halus.
dengan kaedah terselindung tapi meraih kehendak orang untuk memberi respon-- biasanya atas dasar manusia sifatnya suka menjaga hati-- komen2 yang diberi adalah lembut dan penuh puji.

contoh:
ambil gambar seperti biasa TAPI diselitkan "x lawa pun".
memberi caption "hish buruk, kan...? macam muka arnab makan sabun".

dont do that.
semua orang yang upload gambar seorang tanpa background memang ada niat dalam hati untuk dapat perhatian.

semua.

so dont give excuses macam kucing tertekan shutter lalu terambil gambar kau yang posing atas katil ketika kau sedang tidak perasan.
like WHAT?

admit it.
admit you love the attention.
that you crave all eyes looking at you.
we all do.

tapi rilek2 la.
jgn memaksa sangat.
terlalu hendak sangat dipuji cantik semulajadi.

kalau betul2 nak kasi dunia tengok the natural you--
pesan kat hosmet, kawan dorm, suami, etc snap gambar kau pagi2.
bukan yang kau ambik sendiri guna camera depan yang kau boleh ekjas angle segala.

haaa...
TU baru semulajadi.

percayalah.
SEMUA ORANG bangun pagi muka macam sukun benyek.
rilek je.

xde orang marah pun.
yang penting kita hepi.

Sunday, December 16, 2012

kesian


kau boleh ada segala macam instrumen dalam dunia--
dari yang paling mahal sampai yang paling unik.

kalau kau lupa bubuh jiwa--
soul--
perasaan paling jujur;
dalam hasil kerja kau--

kalau kau buat dan persiap demi orang kiri kanan kau--
demi puji dan untuk dijulang tinggi;
dalam hasil kerja kau--

RUGI.

tak kiralah untuk musik,
atau grafik,
mungkin tulisan,
atau lukisan.

kalau kau mmg tak punya kejujuran dalam karyamu--
segala instrumen dan alatan2--
hanya menjadi suatu pembaziran.

terbazir bodoh;
persis suntikan botok di muka perempuan hampir monopos.
ada--
tapi tak ada makna.

geli.