mungkin ramai yang baru singgah ke sini.
maka ramai yang tidak tahu.
maka aku ulangkan lagi.
aku menulis kerana aku menulis.
dan antara perkara yang aku pegang adalah:
benci dosanya.
tidak pelakunya.
bila aku menulis--
aku sengaja tidak membubuh nama.
bukan kerana aku niatkan untuk menjadi keji dan mengguna
kaedah perli.
bukan juga kerana hendak kelihatan superior dan membongkak
"i am holier than thee".
aku tidak membubuh nama--
kerana tertulis dalam kitab2 kita--
"takkan mati umatku selagi dia tidak melakukan dosa
yang dihinakan orang atas dosa mereka".
dalam bahasa mudah--
risaulah di bila mana kita mengata2 orang.
kerana di kebiasaannya--
KITA akan melakukan benda2 yang kita pernah kata kita benci
geli itu semua.
aku tidak perlu membubuh nama.
kerana aku tahu,
kita semua ada sedikit sebanyak melakukan semua benda yang
kita kata.
abah pernah cakap--
hanya pencuri kenal pencuri.
maka aku minta jasabaik kalian.
untuk kali ke berapa juta.
bila aku menulis--
kalau sungguh perlu memberi pendapat dua--
cukup dengan bincangan komen.
wallahi aku tidak berkenan jenis2 komen yang membubuh nama.
yang memberitahu orang yang tidak tahu.
juga komen2 yang "siapa? siapa? siapa? aku nak
tau"
mari sama2 bubuh empang di keliling kita.
ajar diri kita untuk sama2 menjaga.
benar-- perlu kita tahu perihal dunia untuk dijarikan
pengajaran.
tapi cukup dengan kisah2 dan tauladan.
tidak ada wajibnya kita tau siapa2, bukan..?
kalau sudah tahu--
sudah.
jangan panjang2kan cerita.
ya..?
aku selalu pesan:
jaga mulut tu.
aku juga perasan.
semua setuju.
tapi dalam setuju2 itu--
tersulam kata keji dan hina.
macammana..?
tak ada beza dosa orang dengan dosa kita.
cuma jenisnya.
diminta sama2 kita jaga.
kalau awak semua tak jaga mulut--
saya akan baca--
bukan awak sahaja kena catit.
saya juga.
sama2 kita jaga kita.
kita sayang sama2 kita.
kan..?