Saturday, February 27, 2010

niat yang ada mungkin tidak halal

sebenarnya,
jauh dalam hati aku,
aku takut.

benar.
niat aku molek.
niat aku cantik.
tapi niat tetap niat.
niat dan hasil bukan dua perkara yang sama.
jarang linear dan sehala.

niat tidak menghalalkan cara.
aku tahu.

selantang mana aku jerit, aku akukan yang aku menikus di dalam.
di lubuk hati, aku tak berhenti minta tuhan faham air jiwa aku.
benar, tuhan adalah yang paling segala.
mengerti setiap cerita.
tapi kita siapa untuk mangharapkan apa hukum untuk kita.

*diam*

aku tidak peduli apa yang orang luar sana anjingkan aku.
kalau masih tidak diperasankan, yang menyalak bukan aku.

entah mana popularitinya dengan mencanang sudi membantu bayi2 yang tak dimahu itu; aku pun tidak tahu.
aku anggapkan itu siulan bodoh manusia2 yang terlebih awal memilih untuk berbusuk hati sama aku.
kalau sudah tidak suka, cara aku bersin pun nampak macam celaka.

haih.

mungkin aku tidak islamik bila mana aku merendahkan diri aku ke tahap syubhah dengan fenomena2 bayi tak dimahu ini. tapi, apakah kita tahu setiap cerita2 sang ibu2 begini?
sebagaimana bangsatnya gamak mereka membinasa sesuatu yang mereka usung berbulan2, kita tidak patut menolak adanya mereka2 yang diduga dengan sesuatu yang bukan apa yang kita tuduh itu.

seperti anjing2 yang menyalak2 pada aku tadi,
kadang2 orang seperti kau dan aku tak terfikir yang ada kemungkinan;
walau pun cuma kemungkinan kecil;
yang ibu2 sedemikian juga adalah mangsa.
mangsa apa, tak perlulah kita sibukkan untuk meneka.

mangsa rogol.
mangsa wang.
mangsa janji.
mangsa cinta.

apa pun ceritanya,
kenapa yang sibuk dipedulikan adalah ibunya?

satu masalah kita dalam masyarakat, tidak kiralah bangsa apa,
kita suka terjun pada yang lebih sensasi.

3 kereta bertembung, semua mati. yang popular adalah kempunan si pemandu yang bakal bernikah esok paginya.
2000 graduan mendapat ijazah sarjana kepujian. yang popular adalah cicit mahsuri yang berbahasa inggeris pun tidak reti.

*diam*

kan?

kalau kau pandangkan aku sedang sibuk menjadi hero ibu2 (yang pada kamu ini penuh dosa), aku minta jasa baik setiap kamu untuk kelip mata dan pandang sekali lagi. kerana kita sibukkan dosa ibu2 terlajak ini, kita cuma nampak gelumangnya, lendir2 hitamnya.

alihkan mata pada anak2 kecil itu.
itu kita punya tuju.
bayi2 sakti itu.

percayalah, ada ramai yang mahu.
ayahbonda yang tak mampu.
seperti aku.
perempuan lelaki yang terlalu sunyi.
mahukan penyeri.

terlalu ramai.

dan dosa.
ah.
tak usahlah marah aku bila kau rasa tersinggung di lantang aku mencerita apa yang sebenarnya memang sedang terjadi dewasa ini.

kamonlah.

potong jarilah kalau kau tak ada kawan yang memang fuck around tapi tak sangkut.
kalau bukan kawan sendiri pun, mesti ada kawan atas kawan, cuma kita tak mau sebut.

kita semua ada dosa. besar kecil, yang beza cuma balasan di neraka.
apa kalau kau sekadar punya dosa ambil barang sahabat tanpa izin hanya akan di balas di kaunter tiga di syurga?
apa kalau kau sekadar menanggung siksa 4 hari, kau lebih mulia dari mereka yang menanggung 5 ribu harinya?

haih.

aku tidak minta kau sokong aku. tidak.
aku cuma minta kalian berhenti memberi lampu suluh pada yang salah.
kita sibuk kata lapisan veteran kita kolot.
sedangkan kita pun sama.

aku berani kata, orang2 seperti inilah yang akan buat bayi2 sakti ini bila besar, jadi merana.
"boboi jangan kawan dengan budak tu. kita tak tau mak bapak dia sapa"
"kau nak kahwin dengan anak haram macam tu, kau dah gila?"

sebab itu banyak masalah dalam dunia.
mak bapak angkat yang sudah mulia hati sudi ambil, terpaksa ubah bin dan binti.
sebab tak sampai hati.
anak2 kahwin lari, terpaksa kerana malu nak mengaku tak ada wali, sebab tahu famili tak terima mereka nanti.

sibuk nak tanya siapa mak bapaknya, kita pun bukannya seratus peratus mak bapak kita.
ada bapak rogol anak. apa anaknya nanti akan rogol anaknya?
ada bapak tonggang-tonggek solat, anaknya nak mengaji pun tak ada kuasa.

suka sangat penaakulan mantik.
aku rasa macam nak lupuskan bab itu dalam matematik.
sebab tak semua benda boleh ikut logik.

nak gaduh pasal syubhah?
aku bagi kau satu situasi.
hari2 tak boleh tidak mesti buka internet.
kau tahu kau ketagih.

ketagihan itu suatu yang mudarat.
haram hukumnya sesuatu itu yang mudarat.
kenapa tak mahu bincangkan layak atau tidak internet diharamkan?

makan mesti manis. wajib bubuh gula.
keterlaluan gula adalah diabetes.
gula yang keterlaluan adalah memudaratkan.
kenapa tak mahu cuba cadangkan gula diharamkan?

oh, sebab dalam kuantiti sedikit, tidak ada salahnya?
habis, kalau hisap dadah / minum arak cuma sedikit tak memberi kesan,
kenapa haram pula?

oh, kalau adat yang tidak kacau iman kita tak apa,
macam konsep berinai dan bersanding.
lainlah macam yoga, walau pun tak perlu membaca mantra,
itu semua dosa, haram hukumnya.

pulak.
tapi betul, kan, aku kata, yang kita suka nampak apa yang kita MAHU nampak sahaja?

*senyum*

susah, kan, jadi aku?
banyak menjawab.

dangerous to one extend.
aku tahu.

tapi sekurang2nya aku tahu apa aku cakap.
dan aku bukan main tembak, main sebut.
sekurang2nya aku angkat tangan, berdiri, dan lafazkan dengan nama aku.
bertanggungjawab.

maka berhentilah benci niat aku demi kerana kau benci aku.

dalam hal ini, biarlah apa yang aku bikin ini antara aku dan tuhan. semoga ada nanti satu hari yang salah satu dari bayi2 ini yang sudi menjadi saksi pada yang maha mengasihani dan memujuk dia untuk memaafkan aku.

aku bukan orang yang terpaling suci.
setiap hari, aku masih mencuba.

setiap hari.

Wednesday, February 24, 2010

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

----

tadi malam, sebaik pulang, aku katup lampu dan aku biarkan cahaya dari skrin putih meneman aku dan gitar kecil aku.
mata aku pejamkan, dan yang aku nampak cuma mata kekasih aku yang terulung, ayahanda yang aku cintakan lebih dari nyawa.

entah kenapa, meski berjuta kali aku membangsatkan diri, tak pernah walau sekali dia palingkan bahunya dan membelakangkan aku.
tak ada dalam jiwanya dendam mengkesumat benci pada aku yang selalu tidak reti untuk menunjuk tinggi mana kasih aku pada dia yang aku cinta itu.

tak diungkit langsung jerih pedih.
tak disebut langsung sedih mendidih.
malah ditanya apa aku mahu kalau direbus dirinya kalau itu membahagiakan aku.

abah sudah terlalu tua.
usia terlalu kejam pada dia.

dan aku maki diri sendiri yang terlalu biasa sama sesuatu yang bernama berdikari.

mungkin kerana aku ini jelas suka bersendiri dari kecil.
mungkin kerana aku ini tegas dengan pendirian degil.
aku cuma lantang melafaz cinta di tulisan2 terpencil.

*diam*

aku tahu abah tahu dia tertinggi dalam aku.
aku cuma minta tuhan bisikkan pada dia di setiap hari yang berlalu.

*kesat airmata*

pertama kali disempatkan berbual sama abah semalam lewat skype.
dua minit pertama yang terkeluar cuma airmata.

"rindunya", kata dia.
"rindu".

*seka airmata yang masih laju*

lagu ini, angah buat untuk abah.
balik nanti, angah record kasi abah okay?
tapi abah janji jangan cabut earphone macam abah dengar lagu puisi bunda dulu eh?

angah sayang abah.
angah tak tahu nak cakap.
angah jarang balik sebab angah jauh.
angah nak balik abah suruh simpan duit.
angah sayang abah.
angah tanak abah lupa tu.

...

"rindunya", kata dia.
"rindu".

Monday, February 22, 2010

kongsi

mimpi itu menakutkan. begitu jelas, maka terasa seperti benar2 mampu membunuh aku yang ada mungkin mati dalam mimpi itu sendiri. seolah aku tak akan ada lagi kudrat untuk bangun di pagi hari.

aku sedang memasak di dapur. bila aku tiba2 merasakan ada seperti awan hitam menusuk hati aku. aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. apa? aku tidak tahu.

tiba2 ada perempuan muncul di pintu dapur. senyum bersimpul di bibir.
dari mana dia hadir?

aku bual2 sama dia yang entah dari mana. kenapa dia di dapur aku, tuhan saja yang tahu.
untuk aku, dapur adalah milik aku. cuma aku.

perempuan itu tidak langsung tidak mempedulikan setiap soalan2 yang aku hamburkan. setiapnya, dia jawab dengan teratur dan perlahan. ada sesuatu tentang dia. ada yang hendak dia kata. tapi apa?

tiba2 kekasih terjembul dari sudut perempuan itu mari. dia senyum.

"berbaik2lah" kata sang suami.
"dia siapa?" aku semakin teliti.
"kekasih dahulu. madu"

aku terlalu ingat perasaan aku ketika itu. kerana aku sungguh tahu itu sememangnya aku kalau jadinya dalam realiti ini. aku cuma diam dan menanti. apa lagi. apa yang mungkin lagi dikhabarkan pada aku ini.

kalaulah aku seorang aku yang dulu2, mahu aku terus memarang betina di sisi aku itu.
kalaulah aku seorang aku yang dulu2, pasti sudah mati aku cekik dan pijak sampai biru.
namun ini suami. bukan cuma teman lelaki.
dan telah aku sumpahkan pada diri sendiri untuk sentiasa menjadi isteri.

bahagia rumahtangga adalah pada isteri, bagi aku.
kerana setiap hubungan yang dulu2, semuanya jahanam kerana jiwa aku.
tersalah alir ke emosi tak bertempat.
tersilap tuju maka sentiasanya ralat.

entah kenapa, aku redha dan terima.

sakit, sebenarnya.
perasaan dikongsikan.
melihat apa yang milik kita, terpaksa kita relakan diambil separuhnya.

aku bukan antara yang membenci poligami.
aku aman dengannya. kerana aku tahu itu suci.
tapi aku tidak tahu kenapa, betapa besarnya batu yang memberat dada ini.

aku lihatkan kekasih dipegang jarinya dek dia.
jari itu asal dulu memuja hodoh aku.
aku lihatkan kekasih dikucup ubun2nya dek dia.
ubun2 itu asal dulu menyaman mimpi2 ngeri aku.

sedikit2, aku jadi sayu.
aku lebih mahu untuk membenci, tapi tidak wujud pada aku mampu.
kalau sudah aku bencikan satu2nya kekasih aku, apa lagi yang ada untuk aku.

terlalu jelas mimpi itu, sehingga aku masih ingat dengan tidak langsung kabur betapa gagah aku senyum dan mengangguk2 kecil menggantikan ketawa melihat mereka. ah. apakah begini juga dimarkahkan sebagai cinta?

aku bangkit tanpa ada setitis pun air di mata.
mengenali aku yang biasa,
sedikit sedih dalam mimpi pun sudah mampu mengejutkan tidur aku dengan esak ngongoi segala.
tapi tidak tadi malamnya.

mungkin sebegitu sekali aku redha, sehingga ruh aku dalam mimpi aku pun ikut memahami setiapnya.

aku cuma bermenung. tidak aku ubahkan susuk yang masih mengiring dari mimpi malam tadi. skrin komputer dengan gambar aku dan kekasih sedang berpelukan melihat aku tepat pada mata. mereka begitu riang ketawa dengan gurau dan senda berdua.

aku pejam mata sedikit lama.
aku buka kembali.
aku capai telefon dan ketikkan setiap satu huruf2 untuk tri.

"saya dapat mimpi jahat. awak ada perempuan lain. awak sayang dia macam awak sayang saya"
"tak logik. saya nak kawan dengan perempuan lain pun saya takut"

tepat pada perkataan takut, aku terus menangis.
bukan kerana bayangan dimadukan.
bukan kerana mimpi berkongsikan.

kerana kekasih aku takut.
pada aku.

aku adukan pada tri hiba aku. aku khabarkan aku takut dimarah tuhan bila suami aku takutkan aku. aku ceritakan aku tidak ada ingin pada mana2 lelaki dalam dunia ini bukan kerana takutkan dia, tapi kerana aku terlalu cintakan dia. aku mintakan ampun dari dia kalau selama yang ada, dia takut pada aku.

aku beriya2 menangis.
sadih.
sayu.
pedih.

aku tidak mahu ditakutkan.
aku mahu disayangkan.

dan pendek, dia jawab:
"bukan. saya takut awak tak sayang saya. nanti saya takde kawan macam sekarang"

aku senyum. pejam mata dan tidur.

sebagaimana selalu bila dia pujuk aku di malam2 yang aku terbangkit dek mimpi ngeri, yang akan dia kucup ubun2 kepala aku dan dibisikkan "syy.. saya ada sini. syyy" dalam suara separuh tidurnya. sepertinya dia ada malam tadi.

*diam*

aku tidak mampu untuk luahkan hormat pada perempuan2 besi di luar sana yang benar2 hidup berkongsi. bagaimana mampu mereka hidup dengan senyum dan airmata berganti bersilih.

hanya tuhan sahaja yang mengerti.

aku yang cuma hidup beberapa waktu dalam realiti itu pun serasa mahu bercerai nyawa, apa lagi pada mereka yang hari2 menghadap sang suami, yang secara halus atau kasar, mencincang jiwa mereka.

ah. betapa mulia hati para wanita di luar sana. betapa murni.

teringat aku pada entri tini beberapa minggu lalu.
sesuatu yang dia dapatkan dari tanah suci dulu.

seorang ustaz meluahkan:
"kalaulah tahu dek perempuan2 betapa indahnya habuan memberikan suaminya bernikah lagi,
nescaya diparangkan leher suami dan disuruh menambah bini."

serentak,
lelaki2 sekelilingnya ketawa bersama2.

disambung dek ustaz itu pula:
"dan kalaulah tahu dek lelaki2 betapa payah dan susahnya punya berbilang isteri,
nescaya diparangkan leher isteri dan dijerkah 'kenapa diizin aku bernikah lagi?'"

dan serentak juga,
lelaki2 sekelilingnya terdiam bersama2.

*senyum*

entahlah.
semua ini takdir.
ada yang untung dalam perkahwinan.
ada yang rugi.
ada yang sibuk bernikah sana sini untuk zuriat.
ada yang tak peduli.
ada yang sarat keluarganya tapi tak cukup makan.
ada yang kaya makan sendiri.

*diam lagi*

hidup ini mungkin nampak mudah dari cerita orang,
tapi fikirlah jauh2.
itu cuma apa yang dibiarkan terang.

usah dibanding bahagia orang,
untung tenggelam, kita tak tahu.
usah dipuji dicaci sembarang,
hati yang busuk, bau sebatu.

hidup dengan hati mati,
penat.

Saturday, February 20, 2010

bencilah aku, tapi aku nekad

balik malaysia,
aku ada projek.

aku hendak buat sesuatu yang akan menambah benci manusia pada aku.

orang akan kata aku menggalakkan mungkar.
orang akan kata aku menyebarkan onar.

aku tidak peduli.

balik nanti,
aku hendak buat satu laman khas untuk sesiapa yang terlepas maruahnya dan terkandungkan bayi di dalam tubuhnya.
aku akan jadikan itu laman khusus untuk mereka2 yang tersasar jauh, untuk mereka simpankan bukti2 yang mereka mahu lupuskan.

yang mana di situ juga, akan aku kumpulkan siapa2 yang seperti aku juga, tidak mampu mendapatkan dengan sendiri.
aku akan bariskan mereka2 yang sudi mengambil permata yang hendak dihumbankan jauh dari hidup bundanya nanti.

bencilah aku.
hinalah impian aku.

tapi aku sudah tidak sanggup lagi membaca siksaan apa yang ada pada anak2 kecil itu semua.

kerana aku tahu,
terlalu ramai yang tidak tahu
apa lagu yang kita mampu.

apa pun jua hukum engkau pada niat aku,
kau bukan tuhan yang mengetahui isi hati aku.

yang benar;

fynn jamal.

Friday, February 19, 2010

entri berperasaan campur aduk

lagi perkara2 ringkas yang hendak aku kepilkan bilamana sempat.
tentang hidup di sini.

barang siapa yang merasakan hidup di negara bersalji ini indah, fikir kembali. berikut adalah antara perkara2 yang normal pada budak2 paya dan selut seperti aku apabila beralih ke cuaca beku:

1) rambutmu yang lembut dan haus dialus angin nan damai akan secara total menjadi mahkota singa jantan sebaik sahaja melapah rusa. ya. seperti singa iklan shampoo itu. bukan sahaja salji dingin di kepalamu, malah salji seperti emping juga akan wujud andai kamu tidak shampoo setiap hari.

2) mandi adalah satu situasi love-hate. ada hari kamu rasa kelakar. ada hari seperti celaka. ada hari rasa mahu mengaruk. ada hari seperti hendak gila. bayangkan: air dari paip panas yang dikumpul bila penuh ditakung tidak pun suam. sejuk. dingin. senyaman air terjun yang menyegarkan. malangnya, di sini, kamu tidak mahu segar. kamu mahu dihangatkan. demmit.

3) kulitmu yang mulus akan mula dipenuhi jerawat2 kejam yang dari dahulu mahu keluar ke permukaan. cuaca basah kering hangat beku bersilih ganti amat jahat pada epidermis kamu. tidak ketinggalan, pada yang sensitif, kulitmu akan dilawat encik gegata dan puan miang keladi.

4) andai tiba2 hidungmu berdarah, batukmu berkahak merah, jangan risau. kamu tidak pun memiliki kanser otak atau leukemia. itu biasa. kepada drama queen di luar sana yang inginkan perhatian, anda boleh aplikasikan hypothesis saya ini dengan memasuki peti pembeku daging di mana2 kedai berdekatan. tidak perlu makan pil tidur lagi. eleh. kalau setakat makan 4 biji, baik tak payah.

5) sehebat mana kamu rasakan kamu gempak rabak dengan skill pemanduan drift, usahlah kamu bandingkan diri kamu dengan pakcik2 di sini. andaikata kamu mahu cabar mereka, alamatnya sayurlah kamu. di sini, hari2 perjalanan adalah seperti drifting kerana jalanraya licin dengan ais nipis. seminggu pertama, setiap kali aku berada di dalam kereta, aku telah membuktikan betapa ayamnya aku dengan menjerit seperti fasha sandha. ketakutan. *terdiam* not a great sight. *fikir sekejap* no.

6) tubuh badan kamu seperti mempermainkan akalmu. refleks kamu tidak begitu pantas kerana di separuh masa, receptor kamu kebas dan tak berasa. sebagai contoh; minyak masak yang tertempias di tangan kamu akan mengambil masa dalam seminit untuk memberitahu betapa pedihnya bahana letupan kecil itu.

---------

kelakar, kan?
semua benda akan melintas dan bergentayangan di kepala bila mana semua benda itu sudah bukan lagi di tangan kita.

panas sikit, mencarut.
bahang sikit, mengarut.

menghargakan sesuatu bila sudah tiada.
itu biasa.
kita.

macam bergaduh dengan mak.
bertekak dengan bapak.
benci kawan2.
hina rakan taulan.

itu biasa.
kita.

mati mak bapak kawan2 rakan taulan,
baru terdiam.

:)
takut, tak?

*senyum*
itu biasa.
kita.

tapi, aku rasa, selagi kita masih ada secebis perasaan "aku ni boleh tahan bangsat", walau pun dalam diam2, senyumlah. kerana selagi ada itu, kita semua masih berkesempatan.

sempat untuk diri sendiri.
sempat untuk meminta maaf untuk diri sendiri
pada diri sendiri.

sempat untuk meminta sempat pada yang lain2,
itu lain cerita.
itu pandai2 kita menjawabnya.

:)

lama tidak dapat buka blog.
aku mendapat update pun dari status kawan2, dari komen teman2 di facebook yang sebenarnya pun begitu terhadang. tidak perlu dikhabarkan, bila malam menjelma, tidak ada sambungan bandar ini sama dunia. internet hanya ada bila suria ada.

jadilah.
haha.

terlalu banyak perkara hendak aku bebelkan.
tentang bacul yang mengutuk anak ladynoe mungkin kerana dia tidak berkenan ladynoe dan bukan anaknya.
tentang bangsat yang mensedekahkan bayinya pada sebusut semut.
tentang orang mulia yang sebenarnya jahat hati.
tentang orang hina yang dikejam tanpa peduli.

banyak.
tapi itu semua nanti2.

terima kasih pada semua yang terlalu sudi meneman aku di sini lewat cerita2 di email dan status.
terima kasih pada semua yang terlalu comel bercerita tentang tanah kita yang bersilih panas dan pejus.

aku rindu menulis.
terlalu rindu.

*diam*

sekarang secara rasminya tri dan syafiq membujang.
aku 3 jam lebih awal.
wani 3 jam lebih lewat.

alhamdulillah.
mungkin nasib aku dan wani, sekali pun tidak ada terlintas rasa cemburu atau ngeri.
atau mungkin, kerana kami beruntung mendapatkan kekasih yang cuma kacak di mata sendiri.

*senyum*

kalau ada yang aku boeh bisikkan tentang cinta buat hari ini, inilah dia:

tak ada manusia sempurna.
maka tak ada cinta yang sempurna.
yang ada cuma redha dan percaya.

bila sesuatu itu diserahkan pada tuhan,
kita akan terima;
terus untuk kita,
atau ditulis jodoh tiada.

insyaAllah.
kekuatan dikasikan pada kita.

*senyum lagi*

sekarang,
sekali lagi,
aku dan suami mencari Peri Cendrawasih kami.

ada siapa2 yang tahu,
mana2 yang benci bayi perempuan mereka sendiri?
aku janji takkan diamkan yang dia bukan milik aku dari tubuh ini.

*diam*

demi allah yang maha kuasa,
aku tidak tahu apalah kebaikan yang pernah aku ada,
sehinggakan diberi suami sebegini indah budi hatinya.

disudikan aku yang tidak cukup.
ditolakkan yang lain yang lebih sanggup.

*diam*

sejujurnya, beberapa menjak ini aku begitu murung.
bukan untuk aku.
kerana terlalu kasihkan kekasih aku yang mungkin jauh di dalam lubuk hati ada ingin mendapat zuriat sendiri.

setiap kali aku suarakan,
pasti ditegur sampai terdiamkan.

"sayang jangan teralu tamak. saya sudah terlalu cukup bahagia"
"tapi bukankan sayang perlu anak?"
"tidak ada makna kalau ketawa sudah tidak ada"

terima kasih, wahai tuhan.
untuk hazrilfitri yang kau pinjamkan.

*diam*
*kesat airmata*

ah. tuhan kan adil?
aku kurang di sini, dilebihkan di sana.
aku lebih di sini, dikurangkan di sana.

*senyum sedikit*

berapa ramai yang boleh kata punya kekasih secomel suami aku.
kan?

ngeeeeee

Tuesday, February 9, 2010

pri viet, sobat.

perkara yang peru diketahui tentang uralsk, kazakhstan.

1) ini BUKAN lokasi penggambaran borat. dia bohong. filem itu dibikin di romania. tapi aku tetap sukakan borat. tidak azamat bagatov.

2) 90 % manusia di sini berbahasa russia. uralsk adalah seperti sempadan thailand untuk kita. uralsk berada benar2 di garisan russia selatan.

3) di sini, untuk melihat SATU perkataan bahasa inggeris di mana2 adalah hampir kepada mustahil. setiapnya adalah dalam bahasa kazakh atau russia. maka, aku sekarang fasih bahasa russia kerana terpaksa. *diam* ok, aku tipu. aku lebih fasih berbahasa isyarat sama semua.

4) makanan kegemaran semua di sini adalah kuda. memandangkan aku gemar mengunggang kuda, aku tidak menjamah apa2 jenis daging di sini. terasa seperti makan kucing pula. satu hari nanti, bila aku kaya raya wang berjuta2, aku hendak bela kuda arab. bila satu hari itu, aku tidak kisah bila. sebab suami aku selalu kata "dah order sama lokman". lokman mana, aku tidak tahu. yang aku pasti, suami aku bohong seperi ibu2 suka kata "ok ok" pada anak yang meraung hentak2 kaki hendak permainan.

5) di sini tidak ada cili. aku ulang. tidak ada. aku huruf-besarkan. TIDAK ADA. hari2 aku kebah saja apa yang ada. paling pedas di sini adalah sos tomato hot and spicy (atau seumpamanya; aku teka kerana itu sahaja botol dengan iklan tomato berapi), yang mana aku rasa dia cuma bubuh sebutir cili dalam setiap 500 tomatonya. hadoi. tapi takpe.

6) oleh kerana aku tidak menyentuh daging, aku cuma makan ayam. hari2. bayangkan. hari2. ya tuhan. nasiblah juga ada ayam untuk aku goreng sama serbuk kunyit adabi dan serbuk cili baba's. terima kasih adabi dan baba's. saya setia bersama kamu. dari zaman ke zaman.

7) di sini, pelbagai laman web tidak dapat aku capai. cuma dari masa ke semasa. internet mereka di sini begitu terhadang. tidak tahu dek apa. meski pun mereka menggunakan broadband, aku percaya, mereka borak kosong sahaja. maka, aku tidak tahu entah bila tulisan ini ada nasibnya boleh dipublish.

8) keyboard di sini akan menukarkan tulisan roman ke tulisan russia secara automatik. kamu tidak akan percaya berapa kali aku mahu menghempaskan komputer ini kerana terlalu penat meng-undo-kan ia. maka abaikanlah apa2 salah eja. aku pancit sama keyboard ini.

9) kalau2 ada komen2, yang lambat di-approve, sabarlah bila aku ada kesempatan masuk ke blogspot. jangan risau. setiap cacian dan makian, apa lagi kata rindu dan kasih sayang kalian, akan dikemukakan juga.

10) sepanjang aku pergi ke sini, tetap, ada juga bangsat yang rogol anak sendiri di negara kita. bayi baru berapa bulan. tetap, manusia sebegitu, macam celaka. dan tahniah. satu dunia tahu betapa kita suka lapah anak sendiri. tahniah, orang kita. syabas. (kutuklah aku. kutuklah. nyenyenyenyenye. hahaha)

11) seberapa kali pun diluahkan, takkan jelak aku untuk aku laungkan pada alam: aku rindu kekasih aku. siapa2 yang ternampak dia, tolong tengok2kan untuk aku. usah tegur, dia pemalu. :)

12) aku belum tahu bila aku akan pulang. maka doakan semoga segalanya dipermudahkan. semoga jauh ini dihikmahkan.

13) tahniah pada semua mak2 buyung yang sudah mendapat cahaya mata, pada yang masih menanggungnya, pada yang sudah kehilangan dalam perjuangannya. hanya tuhan tahu betapa beruntungnya kalian. aku? anak2 dalam dunia ini perlukan aku, nampaknya. balik nanti, aku hendak cari anak. siapa2 yang rasa hendak humban anak dalam jamban, buang anak di tepi lori, semoga kau tahu, aku lebih dari sudi. daripada ditamatkan hayatnya, hulurlah pada aku.

14) untuk semua, yang dari dulu menopang dagu aku, meminjam bahu aku, semoga tetap diingat aku. kalau lupa pun tidak ada apa. cuma ingat dari dulu pesan aku; tuhan itu baik, dan kau lebih tahu itu. seberapa bangsat kita rasa hari ini, selagi dibangunkan esok pagi, kita belum lagi mati.

entri ini,
yang hari ini,
adalah untuk budak2 ronyok ranap yang biasa2;
untuk kalian lihatkan pada aku,
yang ronyok ranap yang biasa2 itu,
rupa2nya ada juga cerita kita.

*senyum*

dalam beku salji yang bagaimana pun,
dalam seketika, ada suria meminjam cahaya.

dan dalam sekejapan itu,
semua beku dingin yang kau rasa,
hilang buat sementara.

jadilah.
kan?

:)

parshiba.
dasvidania.

salam sayang dari orang jauh.
fynn jamal.