Sunday, June 13, 2010

kau ada suami

lewat ini, ada di banyak masa, aku mahu meneriak dan menghambur airmata tanpa peduli.
aku seperti mahu mempelanting semua yang menyentuh kulit aku walau di inci mana pun;
baik di luarnya atau di anggota yang tersorok dalam tubuh ini.

di banyak2 masa itu, yang aku mampu adalah bertahan dan bertahan.
dan bisikkan pada nyawa,
"jangan mati".

kerana ah, aku bukan lagi manusia asing yang tersalah tempat seperti dulu. aku bukan lagi penyendiri. atau itu yang aku fikirkan dari dahulu2 sebelum tertemunya tri dalam hidup aku.

setiap keranapan aku dahulu adalah sesuatu yang begitu pentingkan diri.
setiap siksaan yang aku jatuhkan pada jiwa aku telah aku biarkan tak terbela.
aku hidup itu yang mati.

ah.
kalau difikirkan yang dulu2 itu, jadi sayu.
menyebar kasih pada ayahanda segala, tapi terlalu bongkak untuk hanya memikirkan aku cuma. mahu mati, tanpa menghirau matinya aku ada mungkin mematikan dia.
mahu hancur, tanpa merisau hancurnya aku ada mungkin menghancur dia.

benar. emosi itu utama.
menjadikan kita manusia.
tapi ada dalam hakikat;
kunci agama kita adalah moderasi.

kesederhanaan.

*diam*

maka bagaimana.
untuk aku turunkan walau sedikit perasaan yang terlalu biasa untuk penuh.
ketawa biar sehabisnya.
menangis biar sepuasnya.

sudah biasa.

*diam*

lewat ini, ada di banyak masa, aku mahu meneriak dan menghambur airmata tanpa peduli.
aku seperti mahu mempelanting semua yang menyentuh kulit aku walau di inci mana pun;
baik di luarnya atau di anggota yang tersorok dalam tubuh ini.

di banyak2 masa itu, yang aku mampu adalah bertahan dan bertahan.
dan bisikkan pada nyawa,
"kau ada suami".

Wednesday, June 9, 2010

merbahaya

segala yang bermula dari pangkal dulu
sehingga hari yang ini
sudah disembunyikan dari mata terang.

merbahaya.

manusia --
spesifiknya di sini;

punya ramai orang jahat
yang terlalu gagah
menenggelami selautan orang2 baik
yang dari dahulu lebih gemar memilih diam.

*sengih*

aku perlu kunci semua ini.
mungkin untuk sementara.
sampai masa2 yang aku rasa selesa.

:)

merbahaya.

Tuesday, June 8, 2010

hey ledisodre!

uralsk, kazakh.
tiba2 aku rindu zaman tak ada teknologi tempoh hari.
jauh dari orang2 cerdik yang bodoh.

-------

kepada kawan baik aku sendiri,
ledisodre,
yang sudi menggantikan aku untuk ke sana semula,

aku tahu kau sedang runsing2 dengan dunia sana.
percayalah,
lagi jauh terbuka mata, lagi kasih pada yang sedia ada,
lagi sujud kau pada agungnya dia --
lagi sedar gagah kuasanya.

aku tahu kau akan berenang2 di udara kota kecil itu.
tolong jangan berhenti menulis, kerana itu soul kamu.

semoga kau dijaga tuhan.
dan balik nanti tolong jangan bawa bini eurasian.
aku cekik kau.

kami sayang kau, setan.

Friday, June 4, 2010

oh formspring~










sebab tadi malam mood aku dari tempat kerja sudah macam palat, soalan2 bodoh ini berjaya menarik perhatian aku. aku bengang. aku sudah ada idea mahu menulis dgn jiwa melankoli aku semalam, tapi kerana tulisan2 kelakar ini, terus hilang idea2 dalam kepala. hish.

sebagai jawabnya:

1) aku selalu tahu aku tak layak untuk tri. tapi nak buat macammana. sudah rezeki dia dapatkan aku, sudah untung aku dapatkan dia. minta maaf kalau jodoh yang ini membengangkan kau.

2) aku tak rasa aku seni. orang yang selalu bubuhkan nama itu pada aku. aku selalu tuliskan dan rujukkan diri aku sebagai penulis gila. siap aku bikin lagu ttg gila aku. siap beratus2 entri aku tulis tentang ini mengenai aku.

3) syok sendiri itu memang agak betul. sebab aku agak pentingkan diri sendiri bila datang hal kerja aku. aku tak suka tiru orang. aku suka cipta karya aku sendiri tanpa dibiarkan berbau orang lain.

4) aku memang selalu marah orang kalau tiru bulat2 pada aku. aku juga selalu kata jangan tinggi sangat diletakan aku. sebab aku manusia. aku pun banyak salah. semua orang ada otak. maka semua kena fikir sendiri. tapi minta maaflah kalau aku salah faham blog followers sebagai pengikut2 agama baru aku. aku kena suruh mereka minum air kaki aku nampaknya. dan aku kena bina cerek gergasi juga.

5) berapa kali aku nak cakap, tegur ada cara. kalau kau sendiri tak mampu walau pun nak bubuh nama (alasan apa jua sekali pun) macammana ye? kalau sungguh kau memang mahu berda'wah, ada tertibnya. bukan datang dan terus bagi dan terus mahu keputusan di detik itu juga.

6) aku seorang sahaja mungkin yang merasakan ini, tapi aku rasa kejap2 kau komen tentang bahasa aku, tiba2 kau bising pasal agama. jadi yang mana? aku rasa kau kena masuk kelas method of da'wah la. faham betul2 objektif kau.

7) kelab anti aku dah ada. tolong google. dan aku memang takdehal. sebab aku punya nasik bukan dari tangan dia.

8) aku paling pantang org eja2 gedik dengan aku. serius. pantang.

9) by the ways tu salah. it's "by the way".



aku bukan bongkak atau angkuh. aku cuma degil. dan aku benar2 tidak berapa kisah dengan berapa orang yang ada / tak ada di sini. sebab memang sudah asalnya puisitepijalan ini berseorangan, kan?

sudahlah. mahu pergi kerja.
selamat pagi.

Thursday, June 3, 2010

tuhan

lagi soalan tentang agama aku. tentang iman aku. tentang keyakinan aku. tentang sujud aku. lagi.
*senyum pahit*

sama ada mereka benar2 peduli,
atau mereka cuma mahu main bahasa,
atau mereka hanya bersaja2.

apa pun jua, mereka semua tak puas dengan jawapan aku yang cuma senyum dan penyataan "tak apa. ini antara aku sama tuhan aku".

tak puas.
sepertinya aku perlu bikin buku log untuk aku laporkan pada semua setiapnya tentang aku.
sepertinya aku perlu dapatkan anggukan setuju dari manusia2 demi dilonggarkan cengkam di leher aku.

entri ini adalah untuk memberitahu soalan kedua yang tertimbul pada malam puisi riong.
"apakah kau tidak takut murtad bila dicakapkan 'tuhan saya selain Allah swt adalah ayahanda saya'"?

*senyum*

bukan satu dua email2 dan komen2 panas menegur kasar dan halus dan tajam dan lembut. bermacam jenis. bervariasi jenis teguran. memesan aku untuk mengulang syahadah, untuk solat taubat, untuk istighfar, untuk menulis surat terbuka; pelbagai.

jawapan aku tetap sama.
aku hanya senyum dan kata terima kasih.

*senyum lebar lagi*

ada apa dengan manusia, ya? seolahnya aku perlu lewati mereka terleih dahulu sebelum aku capai tuhan. seolahnya aku perlu dapatkan persetujuan mereka untuk aku diterima tuhan. ah. sukar sekali hendak memenuhi persepsi dunia. lebih2 lagi bila kau dirasakan dimiliki masyarakat. semua kerana ayat2 klise bodoh "tanpa anda siapalah saya".

manusia memang ada perasaan pemilikan.
tengoklah artis2 kita.

zee avi milik kita. padahal yang bertanggungjawab membesarkan sayap dia dulu bukan pun orang kita. yuna milik kita. padahal asal2nya dulu dibuang2 dan tak diterima dirinya ketika pencarian bakat baru di tv tempatan. guy sebastian milik kita. padahal jalan pudu pun belum tahu dia tahu lokasinya. siti nurhaliza milik kita. padahal... ah. malas aku hendak panjang2kan cerita ini yang takkan berhabisan.

itu orang besar nama. aku reti. aku faham. mungkin memang ada yang merasakan manusia2 itu boleh dimiliki.

masalahnya, ini aku. pemuisi tepi jalan yang sudah terang2 dari dahulu tidak berminat untuk memenuhi citarasa orang selain apa yang aku rasa betul. tidaklah aku katakan setiap keputusan aku itu tepat. tidak. tapi apalah salahnya kalau aku memilih sendiri. jatuh atau tidak itu belakang cerita. aku tidak gemar menjadi seorang yang tersungkur dan terus menuding telunjuk. "ini semua kau punya pasal", "kalau aku tak dengar cakap2 kau, aku mesti elok".

kalaulah benar aku tersalah kaki, biar aku tumbang dengan kebodohan sendiri.

*diam*

susah, sebenarnya, permainan menasihat ini. ingat mudah?
di bawah adalah dua soalan yang aku minta kau jawabkan sebelum kau jerumuskan diri dalam kerjaya ini.

1) kau siapa.

kalau kau memang namanya manusia, kau tidak lari dari disempatkan tersungkur. kalau sudah memang manusia, kau takkan sempurna. lalu, untuk apa kau beriya2 buktikan yang kau lebih tahu dari si manusia yang sedang kau bisingkan itu?

mungkin kerana itu aku lebih gemar menjawab dengan sinikal di formspring. kerana bagi aku (melainkan kalau soalan2nya tidak ada kena mengena dengan keputusan hidup orang lain), aku lebih suka untuk jadi sakrastik dan bodoh2.

kamonlah.
aku siapa untuk pilihkan kekasih kau.
aku siapa untuk tentukan baik atau tidak mak bapak kau.
sebab sayang, lain orang, lain ceritanya.
kan..?
takkan masih tak mahu faham lagi...?

2) apakah sabar kau di tahap langit.

kau perlu tahu yang kalau dalam jiwa kau sendiri tidak ada sabar, silalah bertukar ke fakulti lain. ternyata kaunseling dan biro nasihat ini bukan bidang engkau. gila, agaknya. hari ini nasihat, hari ini juga diturut orang. sedang nabi dan rasul2 pun bertahun2 masih payah untuk tembus ke hati orang. inikan pula engkau.

*diam*

aku sesungguhnya bangang dalam menasihat. aku takut. takut dengan jawapan yang aku lepaskan. takut salah. takut meneruk.

*diam lagi*

kadang2, aku kasihan pada kawan2 dan pembaca2 yang datang pada aku untuk minta nasihat dan pendapat. aku selalu merasakan jawapan2 aku adalah rumusan hidup aku sendiri. dari kisah aku sendiri. dari cerita aku sendiri.

mana adil.

lain org kan lain cerita. aku punya abah dan suami yang begitu hebat. mana mungkin aku rujukkan mereka bila menasihat? bunda aku kan ada dua. mana mungkin patut aku katakan yang mempunyai ibu tiri itu adalah sama indahnya dari bunda sendiri?

ada sekali itu, wani tuliskan tentang menjadi kawan yang baik. aku bacakan dan aku tidak bohong; aku menangis dan sayu. aku sesungguhnya tidak reti untuk jadi kawan yang mampu memberi pendapat tepat dan terbaik. tapi ah. aku beruntung kerana punya kawan yang tidak berkira dengan bodohnya aku dalam persahabatan ini.

*senyum pahit*

kembali pada niat asal aku tuliskan entri ini. tentang marah orang (atau mungkin cuma tersinggung) pada aku yang memberi penyataan "ayahanda dan tuhan" tadi. entahlah. bagi aku, selagi sujud aku dan iman aku pada tuhan masih tak berbelah bagi, biarlah aku reti sendiri.

sesungguhnya, aku merasakan mereka2 yang ada pada malam itu, yang datang dengan hati terbuka untuk sesuatu yang bernama puisi itu tidak pun menyalahtafsir kata2 aku. mereka2 yang ada pada malam itu adalam mereka2 yang sememangnya cintakan bahasa dan perasaan. mereka adalah mereka yang memahami bahasa jiwa aku. dan mereka tahu apa yang aku katakan adalah metafora dan personifikasi sastera yang aku gunapakai untuk mengagungkan ayahanda aku sendiri.

maka bodohlah mereka2 yang cuma menonton lewat video dan merasakan aku benar2 menyembah ayahanda aku sendiri. benar2 bodoh.

mereka yang menyibuk ini adalah yang tak tahu pun apa yang jadi.
dan yang menyambung2 sibuk adalah mereka2 yang tahu dari mereka2 yang tak tahu pun apa yang jadi.

*gelak kecil*
siapa tak suka gossip murah.

jadi mereka2 yang buta faham ini mula datang dengan kaedah menubi2 pada aku. mula menggali tentang siapa aku. mula mencari siapa aku. dan nah. dengan aku yang tidak reti sembunyi2, terpancarlah jasad dan ruh aku yang sengaja aku tayangkan di sini.

tercetuslah hentaman "apa agama kau" dan "mana iman kau" dan "kau contoh buruk pada masyarakat" dan "kau memalukan bangsa dan agama" dan berjenis2 lagi yang malangnya cuma aku senyumkan sahaja.

silap besar.

menjadi orang kita, bila disekolahkan, kita seharusnya menangis teresak2 sambil menyembah kaki si penasihat sambil merayu2 untuk diampunkan.
sayangnya, aku tidak reti. dan aku cuma senyum dengan ucapan tulus "terima kasih".

rupa2nya itu dianggap kurang ajar juga.
dipanggil bongkak.
*sengih*
senyum pun salah.

mungkin benar; mereka mahu aku tulis surat meminta pengampunan dari masyarakat dan berlakon insaf dan terpuji.
walau cuma dilakon2kan sahaja sifat insaf dan terpuji itu tadi.

orang tidak peduli hati.
tapi luar diri.
seperti mak bapak dewasa ini yang tidak peduli pandai atau tidak anaknya mengaji.
tapi hijab anaknya yang melilit suci.

betul, kan, dulu2 aku tulis? orang tidak pandang hati. orang tidak peduli. orang hendak luaran. orang hendak bukti.

*senyum*
dan orang2 ini yang hendak mempersoal iman dan kepercayaan. bukankah ironik? kau bilang kau percaya, tapi untuk apa saja alasannya, kau mahu sesuatu untuk membuktikannya. op op op. sebelum kau salah faham bahasa aku, aku TIDAK MEMPERSOALKAN wajibnya berhijab. cumanya aku mahu tanyakan apa perlunya kau minta orang membuktikan iman dan kepercayaannya PADA kau.

ya. bukan kau seorang yang kasihkan tuhan.
dan ya juga. tak semua orang mampu berikan jawapan tepat pada apa2, wahai kawan.

suka untuk aku selitkan kisah di zaman sahabat dahulu. terima kasih pada seorang kawan yang memberikan aku kisah cantik ini. tentang seorang lelaki yang dida'wah untuk memeluk agama indah kita. dia didatangi dan diajarkan cara2 hidup seorang muslim oleh salah seorang sahabat rasulullah. selesai diajarkan dan diperkenalkan dengan islam, sahabat itu kembali ke negara sendiri.

arakian lelaki yang baru sahaja mendapat ilmu itu dengan ikhlasnya seronok dan bahagia dengan ajaran2 tadi. mana tidak, dia sudah jumpa tuhan! namun entah gimana, yang tiba2 terlupa dan terpadam dari ingatannya sebentar. dicari semula sahabat tadi; tapi rupa2nya sudah berada di kapal yang akan membawanya pulang.

lelaki tadi terlalu mahu mencari tuhan, lalu dia berlari sepantas2nya untuk mendapatkan sahabat tersebut. dia lari dan lari. dan sedar2, dia sudah berlari terus di atas permukaan air; terus ke kapal yang sedang sedikit2 teralir.

*senyum*

dikejar sahabat rasul yang sedang di atas kapal yang terapung melayar pergi.
terentas lautan.

*senyum lagi*

kisah tadi ditutup kawan aku dengan soalan.
di mana solat dan iman itu?
pada perbuatannyakah?
atau pada hatinyakah?

*senyum*

cerita ini bahaya kalau dikongsi pada mereka2 yang bodoh dan buta faham. akan dipesong2 menjadi salahtafsiran. akan dikata nanti "ah fynn jamal menyebar da'yah tak perlu solat pun masih muslim".

aku minta kau yang mahu baca dan menyebar kisah ini untuk membuka hati dan jiwa.
intipatinya adalah "iman kita adalah pada hati".

pada hati.

benar. perbuatan kita ini perlu berpimpinan sama amalan. aku tahu. tak pernah aku menidakkan. tapi aku minta, fahamlah bahawa lain orang lain pendekatannya. dan kalau pun perlu aku jawabkan, terimalah yang bukan pada engkau2 untuk aku jelaskan. dan aku pohon untuk kali ke berapa juta, berhentilah menganggap aku ini yang terbaik. kerana sesungguhnya aku tidak. aku jauh dari itu.

berhenti memandang aku tinggi.
kerana aku bukan.
usah ditirucetak apa perbuatanku.
ambil yang elok.
ambil. percuma.
tapi tolong.

buang yang hodoh.
jangan dipakai.

betapa bongkaknya mereka yang menanya aku, "sudah sedia untuk berhadap sama tuhan dengan apa yang kau ada sekarang ini? dengan puisitepijalan, dengan contoh yang kau berikan?"

pastilah tidak.
dan sejujurnya, jauh dalam hati aku,
aku beriman pada kemurahan tuhan.
dia akan kira walau satu kebaikan yang tersepah dari aku.
aku suka untuk mengharapkan ada sedikit2 amal jariah aku seusai mati aku nanti.

aku mahu bayangkan ada suami isteri yang lebih mencintai kerana membaca tulisan aku.
aku mahu bayangkan ada anak2 yang lebih mengasihi ayahbundanya kerana membaca tulisan aku.
aku mahu bayangkan ada siapa2 yang lebih menghargai kawan2nya kerana membaca tulisan aku.

dan biar bila aku sudah hilang dari atas tanah ini,
dikata orang,
"fynn ini penuh cinta".

because all you need is love.

seperti gaza sekarang ini, di masa ini. kalaulah cinta penuh di permukaan tanah dunia, nescaya semua ini tidak akan pernah ada.
tapi ah. ini penafian besar.
kita ada terlalu ramai pembenci dalam dunia.
terlalu ramai.

*diam*

maka ya. bagi aku, kalaulah ada tuhan lain untuk aku, nyatanya ia adalah ayahanda aku.
marahlah aku.
herdiklah aku.
tak akan aku dulikan.

ada apa dengan pilihan bahasa? terlalu taksub dgn perkataan dan kata2. terlalu takut. yang mana di hujung hari, dari ketakutan tadi, terus terjadi sesuatu yang lebih menakutkan.

kelakar pun ada. kalau pasang lagu orang putih, "you're like a god", "you give me everything" atau "my soul is for you", boleh pula. tapi oh. aku lupa. itu orang putih. itu boleh.

aduhai.
rimas!

maaf untuk entri yang tidak berapa padu. aku sudah seperti muak menulis. sebab terlalu ramai merasakan mereka terlalu memiliki aku. aku diharamkan menjadi manusia. aku dimestikan menjadi malaikat. dan kalau pun tidak, aku perlu berlakon menjadi satu.

yang mana,
takkan mungkin.

aku akan tulis. terus2an, cuma berkurang2. aku lebih selesa senyum pada tuduhan2 tak berakal orang pada aku. itulah. setakat baca satu dua entri, terus mahu bilang kenal aku. setakat baca seluruh blog, terus mahu bilang mereka sudah tahu siapa aku.

notakaki:
pada kawan2 luhur yang terima aku ini ada buruknya dan mereka2 yang setakat baca diam2,
senyum seorang2 sekarang.

senyum!
:)

aku suka kalian.
terima kasih.

*senyum lagi*

oh ya. pada yang terlalu sibukkan iman aku dan memerlukan aku seolah2 bertaubat menghadap muka mereka, aku mahu pesan ini;
kita semua ada direct line pada tuhan.
telefon kita ada pada tadahan tangan.

i don't need no confession box like those in churches.
i don't need you to tell him nothing,
i've been like this since ages.

*senyum*
terima kasih.