Wednesday, December 31, 2008

ajaran 2008.

achik sedang dalam perjalanan ke pintu rumahtangga.
hubungan dia dan bakal suaminya, masih jagung hijau.

dia juga, sedikit ada terpengaruhnya dari hidup aku, hendak mengikat kasih yang diberkah tuhan; prioriti dari normaliti manusia bercinta sepanjang musim tanpa ada janji apa2.

aku cuma senyum.
alhamdulillah.

teringat awal dahulu, ketika aku suarakan niat mahu bernikah sama tri. dia sebenarnya yang paling tidak setuju. dia terlalu sayang sama amy, seorang lelaki yang teramat mulia di mata aku, namun telah aku abaikan demi mengejar hidup jula-juli bersama sesuatu yang kononnya gah dan hebat.

*diam*

amy.

menginjak dewasa, aku kenali amy sebagai seseorang yang paling tepat untuk aku jadikan suami. lembut. molek. tinggi. setiap karektor abah, memang dia punya. kebaikan jiwanya, bukan hanya tuhan yang tahu, malah terlihatkan di mata kasar manusia kelilingnya.

dia menepati ideologi suami sempurna.
namun sempurna tidak sentiasa cukup untuk sesuatu yang bernama takdir.

rancanglah untuk membikin istana,
bancuhkan dengan setiap harta yang ada.
kalau sudah ditulis di awan memang bukan dicipta untuk didiami,
akan pasti datang sesuatu untuk meruntuhkannya.

mungkin sebesar2 ribut.
mungkin sekecil anai2.

jodoh memang jauh antara aku dan amy. lebih mudah proses penjauhan itu, dengan adanya partisipasi aku di setiap lalunya kelalaian. aku riuhkan waktu sama teman2, di masa dia menghingarkan masanya dengan hidup baru kerjaya dia.

selesa datang, selepas lama hanyut sendiri.
sangat tenang, selepas aku cantingkan bosan dikepung sepi.

dan malapetaka aku jemput dengan terlafaznya ingin aku untuk hidup didasar "engkau dan engkau. aku dan aku. tapi kita masih kita."

lalu episod siatan sesuatu yang murni, yang sebenarnya punya suatu masa hadapan yang mungkin mampu menggoncang maya merentet dari calar yang pada mulanya hanya sekelumit.

*diam*

tidak ada alasan untuk setiap itu.
ya. aku akui kebodohan itu.

melepaskan dia yang sudah cukup molek untuk sesuatu yang terlalu samar dan mengelirukan.

dia begitu molek, sehingga bila diketahui teman tentang terputusnya kami, terus dicari untuk diambil disimpan sendiri. begitu sekali.

tapi aku itu fynnjamal yang masih dungu dulu. yang masih belum panjang akalnya. yang masih bertindak mengikut rasa dan bukan akalnya. dan sesuatu yang samar dan mengelirukan itu misteri.

dan misteri itu seksi!

*diam*

aduhai, sang buta rupanya aku ini.
betapa buta, sehingga yang aku kejarkan dan namakan matahari rupanya bukan langsung, malah sekadar emas yang menyilaukan dan menenggelamkan indah gelap paya.

*diam*

tapi itulah. hidup ini sudah diatursiapkan.
dia mungkin si sempurna.
cuma sudah dilorek di langit bukan untuk aku.

dan kesilapan aku itu bersama bahananya adalah satu transisi; suatu proses untuk aku dipertemu sama suami tercinta.

ini bukan entri untuk memuja memori. jauh sekali untuk menanyakan takdir akan baik-buruknya simpang jalan yang telah aku pilih ini. ini suatu perbualan dengan hati. dan sedikit2, untuk meminta maaf pada satu2nya manusia yang pernah hidup jujur untuk memberi kasihnya pada aku.

kerana aku tidak tahu apa ada mungkin tuhan selisihkan jalan kami,
agar dapat aku mintakan ampun darinya.

beberapa malam kelmarin, sebelum tidur, aku tanyakan sama tri.

"saya tahu ini suatu dosa, tapi saya tidak mahu berbohong, meski pun di dalam hati"
"tentang apa?"
"lewat ini saya terfikir, apa yang saya bikin pada amy itu tidak wajar. dan tiba2 tercetus ungkapan 'kalau' dalam fikiran itu"
"awak hendak saya cakap apa?"
"sesuatu. supaya syaitan lari dan patahkan niatnya utk melanjutkan hasutnya"
"itu semua suatu yang tuhan jadikan utk awak lalu, secara paksa atau rela. dan sekarang, kita di sini. di tahap ini. saya sayang awak. dan awak isteri saya"

*diam*

tuhan, engkau itu sungguh yang maha mencintai. temukan amy tenang di hatinya. jumpakan dia rasa sentosa, dan berikan dia cinta yang selamanya, semoga didapatkan dia anak2 soleh, hendaknya.

mana tahu, suatu hari nanti,
dapat kami berbesan pula.

*senyum pelik*
haha.

tentang achik, yang dahulunya pantang sama cinta tidak logik aku dan tri (1: tidak bercinta lama dan 2: tempohnya tidak cukup untuk bermesra sama keluarga), kini sedang merancang pernikahannya sama seorang jejaka yang juga baru dikenalinya.

:)
alhamdulillah.

dia turutkan ritual aku dan tri.
berkenal secara matang.
berbuat bukan lagi semata2 untuk keluar bersaja2.
berserah pada kun fa yakun.
mungkin sudah rezeki dia.

banyak kali juga aku seloroh, "dulu beriya berperang dengan kita". dia cuma balas dengan cebik tidak peduli "eleh. bior lah!".

seperti aku, dia juga bercinta lama2.
sampai bertunang.
sampai putus.
nyaris jadi tidak betul juga.
merayu2 segala.
dibiar terdampar macam perempuan tidak malu.

dan kelakar. bila dia sudah lupa sama semua itu, sudah mula hendak atur hidup baru, bekas tunangnya pula berkehendak padanya.

aku tidak mahu campur.
tapi aku harap sekali tuhan dapat pimpin dia agar tidak leka.

*diam*

cinta itu pelik, kan.
dan peluang2 untuk merasai cinta itu jauh lebih unik.

aku yakin setiap kita ada kisahnya sendiri.
cuma bagaimana kita lihatkan, dan bagaimana kita lalukan itu yang membedakannya.

percayalah. aku dan tri manusia biasa. langsung tidak sempurna. ada hari pasang surutnya. tapi apa yang sudah tuhan tuliskan di dada, telah kami tekadkan untuk tidak sekali2 lepaskan. seperti hubungan2 kami yang dahulu2.

tidak mungkin semua lelaki yang tinggalkan kita itu jahat.
tidak mungkin semua lelaki yang permainkan kita itu bangsat.
tidak mungkin semua perempuan yang menjalangkan kamu itu kejam.
tidak mungkin semua perempuan yang menghina kamu itu binatang.

pasti ada juga silap kita. pasti ada, kalau pun bukan semua.

2009 datang.
begitu juga sepatutnya diri aku yang baru.

sampai bila mahu terawang2, kan?

tidak relevan sama sesiapa, melainkan aku.

----------------- iklan -----------------

laptop crash.
hard disk makin penuh.
kemungkinan untuk rosak itu tinggi.

solusi terbaik,
simpan online.

sekali lagi,
ia tidak relevan untuk sesiapa,
kecuali saya.

fynn,
begini, ia bermula:

*runut bunyi imbasan kenangan*

----------------- iklan -----------------

From: tri

nama aku tri. aku nk guna suara marah dan hati kau. bole? aku bukan pemuzik profesional. tapi aku ada tanda lahir kat hati dan perasaan. hati aku jatuh sungai susu tgk kau sampaikan pesanan kat org. kalo kau kesian dgn kehinaan aku ni, dengar la dulu projek demo aku. dulu aku ingat nak guna suara aku sendiri tapi lepas aku fikir2 balik, susah nak perform kalo aku sorang. pastu aku ada terfikir nak cari backup utk main instrument aku tp aku tau nnt aku tak puas sbb aku tak dpt ape yg aku nak. aku tak tau ape aku cakap ni sebenarnya.. takpe lah.. nnt kau reply if ada masa k. nway, aku suka cinta merah.. . .. . .. ... ops lupa.. bye.


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

kau kelakar. aku suka.
aku takde suara. cuma rasa.
terima kasih sebab suka cinta merah. aku goreng sebaik aku dengar beat lagu tu. jadi itu mmg seasli mungkin.

kalu ko suka maksudnya ko bole layan sewel aku. terima kasih lagi dan lagi.
secara jujurnya, aku berbesar hati mau bersama menolong.

kalau ada ym lagi bagus. a_yanz@yahoo.com

salam apa kaba:
fynn.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

kepala surat. . . . . . . . TERIMA KASIH

aku kelakar. kau suka.

terima kasih fynn. aku senyum. (maybe aku buat2 kelakar kot coz manusia skarang ni ada macam2 cara nak approach ppl.)

memang aku tau kau goreng pon. tu yg aku suka. respect. aku pon suka goreng gak. tp aku suka goreng melody. kau suka goreng lyric. so kita bole combine sampai jadi bungalow.

nway, aku tak slalu online sgt. coz aku bangun pukul 3ptg. then keje kat warung mak aku. sampai 2 pagi.

thanks sbb sudi jadi frame dalam lukisan aku. but melody aku byk sedih, marah n takut skit bunyi dia. bagi aku la. taktau la kalo org dgr happy ke. aku cerita pon tak guna.. bukan nye ko dengar pon lg.

kau sewel. memang. tapi jujur dan ikhlas (i think)

.....

salam kabar baik,
tri


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

kepala surat: TIADA LOGO
(sebab kertas A4 kosong je yg tinggal)

perkara yang palinglah kau harus tahu: aku seorg yg melankolik. maka bunyi dan tone aku selalunya sedih. aku suka kesadisan diri.

makanya, aku pasti banglo kita besar gila, siap ada landskap air terjun yang ada kelisa emas.

aku pun jarang nak dapat online di waktu logik. sbb skang sibuk di lokasi. aku nak dengar lagu kau. dah pergi pun page tri. tp entah, kerana kebodohan aku atau problem teknikal, tak dapat.

sudilah kiranya kau kirim mp3 melalui email.
kalu tanak, aku stalk kau sampai menyampah.

salam mata pancit:
fynn.


----------------- iklan -----------------

Situasi:
EMAIL TERGANTUNG TIDAK BERTALI UNTUK BEBERAPA LAMA.


----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

hey si pengganas cinta!

aku dah jadi dgn hidup kau?
bz?

jom kita bercinta. tapi kau jadi kumbang. aku nak jadi bunga..


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

sedang kepenatan!!


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

kesian kau..

takpelah... kau rehat lah...
mesti byk shoot kan?
maklum lah.. org seni.

aku bosan dan takut sbenarnya...
kalo boleh aku nak tukarkan semua org jadi bisu..
so dunia ni bole senyap seketika..
n aku bole berfikir waras..

kerna...
tuhan marah aku dan tarik semua doa aku yg pernah Dia makbulkan..
maha adil..
mmg patut..
coz aku tak bersyukur.. tp aku sedar tu..
ALHAMDULILLAH... (hanya lafazan) dan aku tak puas.

kalau difikir,
tiada apa yg patut lain.
semua makhluk patut sama rata..
kerna Dia maha ADIL!
mungkin cuma mata aku seorg yg nampak.. ada yg kaya, yg miskin, yg cantik, yg hodoh, yg hina, yg mulia...
tapi sebenarnya itu semua tiada..
semua cantik.
semua hina.
semua berbau busuk.
semua luka.
semua kaya.
semua penipu.
tapi ditempat berbeza..
arghhhhhhhhh!!

yg mengantuk dan sabar menunggu,
tri..
HAZRILFITRI bin HADZIR (waras)


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

aku quote dr satu filem aku tonton:

bila kita minta tuhan berikan kita kesabaran,
adakah kita diberi rasa sabar,
atau peluang untuk menjadi sabar?

bila kita minta tuhan berikan kita cinta,
adakah kita diberi cinta,
atau peluang untuk mengetahui yang mana satu cinta?

---

you see, aku ni pessimis abadi. segala perkara aku benci, aku rasa tak kalih.

tapi bila datang hari waras, aku rasa syukur, sebab aku punya mata tak macam mata orang lain.

mata aku nampak apa yang org lain tidak.
hati aku sedar perkara yang orang tak perasaan.

ada masa aku pun rasa nak gila.
banyak masa org yg kata aku gila.

tapi kita saja yang kenal dan mengerti apa yg sedang terjadi, kan?
kuat semangat, tri!!

kau nak berbual lagi, terus saja. aku suka mendengar.

fynn.


----------------- iklan -----------------

Situasi:
DIA HILANG LAGI. BERMINGGU2.


----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

kau perform hari sabtu pkl brapa? nak kena pakai cantik2 tak?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

merepek.
biasa2 aja.

aku perform jam 5 lebihan.


----------------- iklan -----------------

Situasi:
SEMINGGU DUA (MUNGKIN TIGA) KEMUDIAN.

----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

1.kau sihat?
2.bz?
3.ada benda best nak cerita kat aku?
4.shooting ok?
5.ada lagu best nk recommend?

hmm.. thanks coz bg email poodien. aku dah email die. n die pon dah reply. dia baik. aku suka. kau pon baik. kau perfom rantai bile? k lah.. aku nk p tido.. mana tau tuhan bagi lagu baru dlm mimpi aku. takde la bosan sgt.. kau take care. jgn makan. jgn mkn byk. aku tau kau suka masak.. k. see you when i see you.. kau sejahtera.


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

1. aku penat.
2. aku bz.
3. citer best tadek. just rasa nak bantai org. dats all.
4. shooting lama stop dah.
5. banyak. tapi kat ym la.

takpe. aku kasi email kat poodien bukan susah. cut n pes jek. hope u'll come to my performance in rantai 2007. hari sabtu petang.

datang datang datang


----------------- iklan -----------------

Situasi:
DIA HILANG. LAGI.


----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

tuhan bagi apa kat hidup kau selama aku tiada dlm keringat kau?

tuhan bg aku melody yg best dan bunyi yg teliti.. aku bersyukur gile! lama gila tak msg kau.. kau sihat? lostgen show apa crita?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

lama gila tidak bicara.
lost gen mungkin perform mungkin tidak.
ada masalah jadual.

tp itu hari di MCPA dan tanchap, saya bikin 40% menangis.
saya sekali menitis airmata.

kamu tidak ada.
hmm..


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

tangisan karya ke?

ada video tak? nak tgk.. pls.. saya mmg sukakan tangisan..
nway, if let say saya dikasihani ke lost gen utk bermusik, saya juga berharap kamu akan kesana bermusik.. kerna ada coretan untuk kamu. aku alunkannya dgn bunyi guitar dan ceilo.. but kawan kamu poodien masih belom memberi kata2 noktah. nway, mana kamu tahu yang saya tiada? saya ada.


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

doalah speaker saya elok. nak edit video pon tak boleh.
haih...

dengan besar hati, saya mahu!

kamu ada?
jadi kamu tahu hari itu begitu emosi buat rata2 yang ada di situ?


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

hehe... saya tipu. saya tiada.
nway, if posibble, may i hav poodien number.. coz i hate talking in email.. its hard 4 me to reply him.. kalo boleh la..

tq..


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

tidak ada la pula. maaf.
jahat. tipu2 awal muharram


----------------- iklan -----------------

Situasi:
HILANG LEBIH TIGA BULAN. MUNGKIN EMPAT. NAN TIBA2 --


----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

kamu sihat?
bagaimana cinta kamu?
bagaimana resepi masakan baru? haha..
bagaimana berat badan?
bagaimana hujah baru kamu?
mmm... diharap kamu sihat dan dikagumi insan.. terima kasih dengan melayu kamu. aku setia dgnnya. terima kasih.
kamu, apa kamu buat kalo kamu rasa sunyi satu? rasa memerlukan seseorang yg sesiapa. ntah. aku terasa sgt skrg ni. nak buat apa huh?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

kamu sihat?
-saya hancur.

bagaimana cinta kamu?
-meranapkan.

bagaimana resepi masakan baru? haha..
-tidakkah kamu tahu memasak dgn hati rosak akan menjahanamkan rasa.

bagaimana berat badan?
-semakin mengeding yg menakutkan.

bagaimana hujah baru kamu?
-tiada.

mmm... diharap kamu sihat dan dikagumi insan.. terima kasih dengan melayu kamu. aku setia dgnnya. terima kasih.
-sihat? sudah tidak. dikagumi? entah ada. melayu? saya juga rosak seperti anak melayu lain.

kamu, apa kamu buat kalo kamu rasa sunyi satu? rasa memerlukan seseorang yg sesiapa. ntah. aku terasa sgt skrg ni. nak buat apa huh?

-tri, bila saya sunyi, saya menulis. tapi yg lebih menakutkan, kadang2 saya tidak dapat bezakan dunia tulisan dan dunia realiti saya. maka menulis tidak berapa bagus.

-ada masa, bila saya sunyi, saya ambil selimut, pasangkan dvd kuat2, dan menangis. kadang2 saya jd sesak nafas kerana tangisan tu. maka menangis juga membahayakan.

-pernah saya bila sunyi, menelefon sesiapa saja, kawan2 rapat terutamanya. tapi biasanya mereka akan melayan di 5 minit pertama. kemudian mereka ada hal sendiri. kadang2 rasa itu akan buat saya jadi lebih rasa tidak ada makna. maka menelefon tidak berapa digalakkan.

tri, saya pun ranap tri. kamu tanya saya, tidak ada maknyanya.

di mana kamu.
fynn.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

-ya, menulis. benda yg aku baru cuba belajar. aku jarang membaca sebenarnya. hanya belajar dari perhatian dan persoalan. tapi aku rasa aku harus menulis kerna aku susah bergambar. rugi semua memori lepas aku nnt. penting untuk anak2ku nnt..

-menangis. perkara yg sgt suci, mulia dan jujur bg aku. bahagia dalam kesedihan. itu aku. so, aku dah lali dgn tangisan.

-telefon. kini tiada. tidak penting bg aku lagi kerna tiada siapa disini. dulu ada, tu pon top up rm10 bole pakai sebulan. selalu sgt expired. padahal credit ada lagi.

maybe aku bole atasi kesunyian tu jika aku sabar dan lalikannya sehingga ia tiada makna bagi aku. seperti kesedihan tri.

fuhhh.. betapa cantiknya kejadian Allah ini. tak habis kalo difikirkan.
nway, terima kasih dgn balasan. sudi kamu tak sepi.

terimalah kasih ini,
t r i .
-napier, new zealand-


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

satu soalan.
apa kau buat di negeri orang?
kerja? belajar? membawa diri?

bawa pulang sedikit tanah negeri org kalau kau balik ke sini. aku mau lihat, benar kah sama saja.

tri,
kita dah lama kenal. kenapa aku masih tak kenal kau haa?
biasa aku tak berminat nak tahu.

tapi aku rasa, aku nak borak dgn kau lama2.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

tiga jawapan.
kerja. belajar. membawa diri.

-kerja sebagai petani memetik buah. (buruh)
-belajar bernafas sedalam dalam tentang manusia di negara tercantik didunua.
-membawa diri selepas banyak kali kecundang di malaysiaku.

haha.. disini sama sahaja. tapi aku rasa segar skit. mcm sayuran yg berpeluh didalam gambar. tanah disini lebih merdu bagiku. akan ku siapkan dan bawanya untuk kamu. (suatu hari yg tiada bilanya)

fynn,
aku lagi amat yg paling sgt ingin bertemu kamu dan berceritakan tentang alam. tapi aku takut. takut perasaan kamu itu akan hilang bila2 masa mengikut keadaan. kau mungkin akan ingin berbual semalam. tapi bila tuhan kurniakan sesuatu yg tak memerlukan aku hari ini, perasaan tu akan hilang hari ini juga. juga aku takut menghampakan kamu atau sesiapa. ianya tidak sama seperti bercerita seperti ini. bagi aku, kita semua sama jika nk difikirkan. cuma sejarah, sekitar, dan cara berfikir kita yg membezakan. aku senang dgn kamu mungkin kerana kamu amat perhati dan mengaku dgn semua yg berlaku. tapi aku sebenarnya adalah seorang yg pasif dan diam jika nak digaulkan. pengecut. hanya bercakap besar yg tidak lantang. tapi kamu amat kuat bagiku. kamu diiktiraf sekumpulan makhluk. kamu tetap. dan kamu cantik. dan dulu kamu gemok! haha..

nway, bagaimana ia ranap? ke mana fantasi kamu?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

"sayuran yg berpeluh di dalam gambar"
deskripsi yang sangat sangat cantik.

kalaulah aku mampu untuk bawa diri, sudah lama aku pergi.
untungnya kamu, tri. tiba2 aku dengki.

aku mahu sekali lari, bina hidup baru, menukar nama, mengganti masa lepas, menjadi seorang yang kunamakan Juwita (nama yang aku sgt mahu dari dulu. klasik. hahah)

dulu ada sekali kita ketemu. di rantai. tapi kamu lari2. aku biarkan saja. sbb aku pun tidak tahu mau bualkan apa. tp jiwa kau sgt halus, tri. tulisan2 kau halus. aku suka. kita harus patut mesti berbual. tentang alam. tentang orang. tentang tentang.

cantik? jauh sekali. ranap? itu aku.

kenapa aku sudah penat dgn fantasi? kerana aku kira, aku seorg di dunia ini, yang mencipta bahagia sendiri, bila org lain memandang aku gila. "hey, fynn. mana ada naga".

ye. setiap hari, yg aku nampak, budak gemuk yang dihenyak2 org itu.

:)


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

fynn,
kamu suka memuji. pandai. sampai aku lupa diri aku siapa.. hehe.

hijrah.
itulah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda mengalu2kannya. jika ingin ke mari, kamu hanya perlukan rm5k untuk tambang. byk peluang disini.. aku akan pulang semula ke malaysia minggu depan untuk buat visa di singapura.. mungkin kalo kamu senang, akan dibualkan..

mencipta bahagia sendiri.. wah! kita sama. tapi belum terungkap lagi dari minda ke mulutku ungkapan seperti itu. terima kasih. 'ungkapan untuk hari ini'.

kenapa aku tak nampak pon? walhal kamulah alasan untuk aku ke rantai. tapi aku tak sempat lihat pementasan kamu kerna ada praktisan. aku tak lari2.

halus. org lain tak nampak itu. mereka hanya berkata yg aku merepek, selalu ke lain, tidak fokus. tetapi rakan aktivis seni aku sahaja yg faham. kami berbual dgn persoalan yg tiada jawapan. kami senyum melihat masyarakat kini. dan kami lari bila di panggil ke pentas. kami hidup terpencil. dan kami telah pun bersendiri sekarang.

fynn,
kau rasa aku nampak naga tak? aku tak ingat. hmm.. aku suka bertemankan kau begini. bercerita bersama di tempat yg paling kita suka. aku fantasikan kamu dgn kehendakku. tiada perlu ditambah dalam kamu. penuh di rupamu yg kosong itu.

terima kasih fynn.
t r i.


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

naga? entah. kau tanya diri sendirilah. pernah kau nampak? aku pernah. milik arwah bonda dan ayahanda aku.

tapi percayalah, tak usah kau cari. tiada yang percaya adanya sang naga. kalau kau sanggup menjadi aku, kau akan dipanggil orang: si gila.

aku bukan penjaja gula bibir. aku berkata apa aku rasa.

tri,
siapa engkau yg sebenar2nya?


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

hmm..
aku rasa kau benar2 ingin tau siapa aku. kerna soalan itu terbit dua kali dari kamu dalam balasbalik subjek ini.

ok.

aku
-hazrilfitri bin hadzir bin mohd yusof.
-azan pertama kudengar pada 30 sept 1984.
-sulung.
-setia 95%, teliti 150%, rajin 40%, ingin tahu 100%, cemburu 80%.
-mmu melaka (kantoi)
-MALAYSIA AIRLINES (berenti)
-pencuci kereta (family business)
-tukang masak (ADAM westrnfood)
-skrg di nu zealand.................
-dadah dan arak adalah teman wanitaku
-sgt pemalu.
-cepat jatuh cinta.
-defensif.
-bahagia bersedih.
-thom yorke dan moloko idolaku.
-guitar, drum, bass, drum machine, sound engineer.

cinta
-single.
-pernah berteman setia cinta satu selama 6 tahun. nurulhuda bt mansor. classmate form 4.
-diputuskan oleh aku dgn aman kerna ingin mencari hidup.
-bercinta dgn-Nya selepas itu.

fynn,
aku tidak gemar berkata tentang diriku sbenarnya. dan aku bukan sesiapa yg istimewa di bawah sini.

SIAPA KAMU? giliran kamu fynn. sgt penting utk aku. jgn ingat aku kenal kamu..


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

aku
-nur affina yanti binti jamalludin
-azan pertama kudengar pada 27 ogos 1982
-anak kedua
-setia 150% (selagi mampu bertahan. dan biasanya aku ini tekun bertahun2), teliti 200%, rajin 50% (terpulang pada perkara), ingin tahu 100%, cemburu 150%.
-uia gombak (belajar dan sekarang mensyarah) tolong rahsia.
-pernah kerja international events, ke china segala. berhenti kerana tidak mahu terus bergelumang sama kerja. kerana aku workaholik.
-pemuisi
-gila memasak
-dadah dan arak tidak pernah
-rokok 1.5 kotak besar setiap hari.
-pemalu sebenarnya
-susah jatuh cinta. bodoh kerana sanggup jd buta.
-defensif dan provokatif di satu masa yg sama.
-bahagia ranap
-tiada idola

cinta
-single.
-pernah berteman selama 6 tahun dgn seorang chauvisnist: mohd syarul bin jamil.dari tingkatan 4. putus kerana dia abusive fizikal dan mental.
-kemudian setahun bersama mohd razzi. putus kerana didera fizikal.
-dua tahun bersama mohd dzul helmy. putus kerana dia tidak peduli terus. hidupnya kerana kawan2 (atau itu yang aku rasa). terbaik, tapi aku buta.
-setahun berteman tapi mesra sama mohd syamsul akmal. tapi diperalat materi dan rasa dibodohkan.
-sekarang meranap kerana tewas dengan mencari naga yg tidak ada.

INI AKU.
pecinta tewas.


----------------- iklan -----------------

Situasi:
HILANG SEMINGGU, KALI INI.


----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

hilang?

----------------- Replied Message -----------------
From: tri

aku? ada.

hanya tak terkata dan sibuk dgn idea kurniaNya di negeri org. n tak sabar nk blk hari jumaat ni. rindu dgn nasib dulu.. dgn masyarakat tepi kain.. dgn wajah ayah ibu.. dgn syurga kecil yg sarat dgn pahatan dan ukiranku di Nilai.. doakan aku selamat jika perlu. siapa nama khabar kamu disana? Afinna Cahaya Juwita sihat kah?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

tuhan, moga dia selamat.

juwita.
*senyum*
dari dulu aku suka gunakan nama itu sebagai pseudo.
apa aku pernah khabarkan kah?

pulang dgn hati2.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

terima kasih.

kau memang juwita pon. percayalah.

eh, aku nak try casting. bagi pendapat. aku pernah di arah pergi oleh seorang gayboy bernama jojo. aku takut..

rasakan pengalaman kau..


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

:)
dan juwita itu ada satu spesifikasi situasi?
apa ya?

nak kasi pendapat casting apa?
modelling? karektor?
kau bercakap tidak terang.


----------------- iklan -----------------


Situasi:
DIAM KURANG SEMINGGU.


----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

fynn,

aku nk tanya ni.. nape ramai sgt yg mengalamatkan kau sebagai kakak? aku pon kene panggil kamu kakak ke? sbb aku baru tingkatan 13 tahun ini.


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

sukati kau.
aku suda mau masuk 26.
dan aku bukan jenis perempuan yg kalih dgn umur.

mereka hormat, maka memanggil kakak.
namanya berbahasa.
dan percayalah, masih ramai anak2 kita yg tahu perkataan itu.


----------------- iklan -----------------

Situasi:
HILANG TIGA HARI. DAN BERMULA INI, TEMPOHNYA HARI2.

futnot: ketika ini adalah era ranap aku. pasti ada yang ingat zaman ini.

----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

1. bukan pemalu.
2. berkenyataan sedih selalu.
3. punya peminat.
4. memasak.
5. sangat sibuk
6. sangat sibuk
7. sangat sibuk
8. berkata dgn alat yang dikenali sebagai hati.
9. penyanyi yg melanggar peraturan.
10.dulu gemuk.
11.pernah ingin berbual dgn aku.

markah aku?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

:)

hey tri.
aku rasa sgt mcm babi skrg.
tah.

tak tahu apa yg aku nak rasa lagi.
tah la.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

mmm... sorry.

sorry fynn. sorry sbb aku hanya boleh membalas ungkapan 'sorry' yang tidak akan menukar kamu kepada merpati.

sorry fynn. sorry sbb aku tidak tahu samada kamu senyum atau benci jika menjadi merpati.

sorry fynn. sorry sbb aku lupa diri dan memberi harapan yang sebenarnya aku tidak ada apa untuk diberi.

...

jika kita bagaikan lukisan potrait, sudah tentu kamu ku lalaikan dgn warna merah darah kamu. tapi apakan daya aku hanya dapat lihat dan conteng kamu dr lukisan panorama yang cantik, tidak teliti, dan jauh.

aku akan doakan kamu baik.
t r i


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

tri,

untuk seorang yang sdg hanyut (aku), bahasa engkau terlalu membuaikan.

tapi aku senang.

cuma tidak reti berbual.
kau tanyalah. aku jawabkan.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

yeke? membuaikan?
haha.. kesian kau.

ok lah, aku hargai kata itu..

mmm..

bila next show kamu? dimana? untuk apa atau siapa kamu sampaikan?

...

setakat apa yang kamu tahu dan rasa, apakah dan dimanakah aku patut jadi dan berada?


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

kesian?
kenapa?

bukan aku mengharap apa2 pun.
cumanya, sgt memberi senyum.
dan aku berterima kasih.

next show, 10hb. di UPSI, perak.
25 di annexe, KL

tidak pernah tahu akan membising ttg apa. kerana smuanya freestyle.

bisa engkau send semula lagu yg aku suka itu?


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

tak.. aku salah tafsir kata2 kamu. aku ingat kamu tidak suka dibuai..

sama sama aku terima..

oh, lagu itu. telah digubah semula kerana aku telah mendapat jalan ceritanya. masih tiada chorusnya. bagikan alamat email kamu.


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

fynnjamal82@gmail.com
semakin tidak sabar mahu mendengar lagu itu.

hello, tri.
sihat?


----------------- iklan -----------------

Situasi:
DIA TERUS BAWA AKU KE YAHOO MESSENGER.

aku paling anti sama chatting. aku akan ejek2 sesiapa yang berbual lebih dari 5 minit di ruang perbualan maya yang aku suka katakan bohong2. kelakar, semua itu mendebik kepala sendiri bila aku pecahkan tradisi itu sama dia.

dan selepas seluruh likat gelita malam aku habiskan berbual ttg awan, langit dan deria dengan tri, dia masih tidak sudi untuk meminta talian aku.

dan sehari berlalu.
aku hangit.

sesuatu harus dilakukan.
tapi aku perempuan!

----------------- iklan -----------------


----------------- Replied Message -----------------
From: Miss Fynn

bermula si anak kedua
dengan enam orang adik-adik lelakinya
dengan harapan sifar.

setiapnya lahir pada hari ke tujuh
tiga daripadanya rabun
cuma lima yang terang matanya.

bulan september nanti, mereka berjumpa.

oh ya, mereka semua pengguna dua belas, kerana tiga belas tidak kool.


cari siapa saya.

selamat malam. aku pon tak tahu kenapa aku terus ke pc selepas pulang dari luar. sungguh tidak relevan.


----------------- Replied Message -----------------
From: tri

mmm..

aku dah lama nak soalan ini.. tapi aku takut dgr kata kata '- woih brengsek, kenapa kau tak berhenti2 mintak nombor telefon org aa? kau tak paham ke kau tak menarik?' dan aku tak sangka yang kamu sudi berkawankan aku..

terima kasih, fynn..


----------------- iklan -----------------

futnot:
'woih brengsek, kenapa kau tak berhenti2 mintak nombor telefon org aa? kau tak paham ke kau tak menarik?'


penyataan ini pernah aku tampalkan sebentar di front page myspace; atas masalah segelintir yang tidak berhenti memberi signal berbaur lucah namun langsing tidak menggiurkan.

dan sebenarnya, aku temui email2 ini di dalam hard disk suamiku ketika mencari lagu2 lama untuk aku selitkan sebagai ringtone telefon.

aku terkesima.

romantik juga tri.
cuma diam2.

ee. benci.

Monday, December 29, 2008

saya nak nyanyi, cikgu!

siapa yang membesar sekali sama usia aku (dan sebelumnya), pasti pernah merasakan hebatnya naik ke pentas, dengan tudung senget benget, penuh patriotik, disulami percikan cahaya dari kamera (yang paling automatik pun adalah gulungan filem) ayah bundanya, pada perayaan maal hijrah, maulud nabi dan sebagainya.

dan aku sangat yakin, setiapnya pernah terdengarkan lagu gagah di bawah ini.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

klik sini untuk dengarkan, kalau tidak pernah menazamkan nasyid maal hijrah ini.

futnot:
aku tidak minat embed banyak sgt perkara dalam entri. rimas.
maaf.

tapi sayanglah. bagi aku koir selalu tidak berapa feel. (kecuali choral speaking, sebab aku conductor. haha)

link di bawah ini untuk sesiapa yang rasa nak layan zaman kecil2 bernasyid.
kenang sekali mee goreng dalam polistrin dengan sirap dalam plastik. oh jangan lupa, karipap seketul.

klik la sini pulak.
harap2 dia tidak membesar menjadi ratu akademi fantasia. haha

dah tonton?
comel, bukan?
alahai...

aku dari dahulu mmg suka nasyid. alunan ritmanya lebih indah dan mendayu, lebih perasaan. mungkin kerana itu, aku tidak pernah malu untuk angkat tangan hendak menjadi solo nasyid.

suara aku tidak pernah sedap, aku tahu. tapi aku memang tidak malu.
haha.

dan rezeki aku agaknya, jauh juga perginya aku dalam bidang nasyid. bertanding peringkat kebangsaan. pernah juga wakil malaysia untuk jadi duta kecil ke singapura, bernazam tentang indahnya agama.

haih. jauh benar simpang aku yang dulu dari sekarang.

anak2 sekarang rugi. tidak sempat rasa nikmat hidup tidak ada internet, bowling, PSP dan astro. tidak tahu main baling selipar, main konda-kondi, main layang2 kanji, main kejar2, main sendaloka bersama singer.

huih. era itu, kreativiti tahap langit. sebab takkan mahu hadap benda sama hari2.
merekacipta permainan unik itu wajib untuk menghadang kebosanan yang menular.

maka sesi melipat baju mesti habis tepat sebelum jam 5. bermakna, selesai sekolah agama di jam 4, wajib cepat2 pulang dan salin baju sekolah. kalau kotor, kena sepantasnya masukkan dalam mesin basuh. nanti kena rotan.

haha.

*diam*

semua ni buat aku terkenang arwah bunda.
nah.

siapa yang pernah hilang ayahbunda, mari pegang tangan saya. kita sama2 kuat, dengarkan puisi doa ini. siapa yang masih punya mereka, jaga sementara ada. kita tak akan tahu sampai bila sempat kita rasa kulit kering mereka.

kan...?



tuhan, jagakan mereka.
temukan kami di akhirat sana.

mom, see u in our rendezvous.
by the milky lake, dressed in white and pink,
like u said.

tunggu angah, mak.

Sunday, December 28, 2008

ran-tai 2008

adam, kakak, abang
(kredit: fadkandid)

ira, fatin, kakak


suami, isteri


ran-tai 2008
teman2 seni bebas datang dan pergi.
ramai yang sudah mula dijulang.
ramai yang sudah sedikit dikenal orang .
ramai yang sudah gelincir hadang.
ramai yang sudah hendak berhenti.
ramai yang sudah faham politik seni.
ramai yang sudah reti memilih prioriti.

yang penting,
ramai.

dan ramai itu manusia.

terima kasih pada yang sudi mengorban masa utk bertemu saya.
semata2.

terutama rombongan nuridrin sekeluarga dan cinta hatinya.
pada nadiyah yang jauh datangnya.
untuk cik kak ehem2 yang sedang sarat antara cinta dan keluarga.
dan mereka2 yang tampil berjabat jemari dengan saya.
juga yang tidak, kerana segan hendak bersahaja.

selamat bersahabat.
insyaAllah, selagi terdaya.

kenapa menulis puisi di tepi jalan?

kenapa aku menulis?

pertama kali menulis puisi, ketika terjumpa kertas yang ditaip bunda, penuh dengan bahasa2 puitis tentang kehidupan; aku temukan beberapa bulan selepas jasadnya ditelan bumi.

pertama kali menulis cerita pendek, adalah ketika aku bikin transformasi buku log panjang yang dikhaskan untuk laporan sains tingkatan 2 menjadi ruang meluah fiksyen di kepala.

pertama kali menulis blog, adalah di waktu aku melihat missaoki menulis di jurnal tentang hidupnya; mudah dan tidak kompleks. sesuatu yang aku perlukan, yang aku perlu tagihkan, untuk membawa aku lari dari realiti.

aku cipta realiti dari subjektiviti.

untuk manusia realiti, kalau ditanya, aku kenalkan diri sebagai mawar, melur atau juwita. (percayalah. aku tidak ada hendak bohong2 di sini. haha)

dari livejournal dengan nama pseudo seperti bleedingbitch, fallenangel ke nottiewabbit.

nama yang telah puas aku sembunyikan dari dahulu (perhatikan transisi nama online aku yang berdaftar -- sangat melambangkan juvenil jiwa aku. *gelak besar*)

tapi syukur juga, kerana sementelah aku harung hiruk-pikuk ranjau jalang hidup, aku sedikit2 nampak siapa aku, hingga aku jumpakan kekuatan menulis atas nama sendiri di ruang blogger. dan tidak pedulilah siapa aku di mata kamu, tapi aku mula lihatkan hak ini:

aku fynnjamal.

aku tidak minta dihormatkan, dijulangkan. heck. aku tidak pernah ke page siapa2 dan memberi iklan "hai, mari link saya", atau "komen mi bek". aku juga tidak reti untuk pergi ke rumah sesiapa untuk memberi pendapat kejam. aku lebih selesa berdiam dan membaca. melainkan pada sueannajoe dan ladynoe, dan sekali-sekala pada teman2 yang minta jawapan. kerana aku kirakan, mereka sebenarnya pendengar yang hebat. kalau pun tidak setuju, mereka bukan manusia air dalam minyak panas. mereka beri hujah sendiri, dan aku dengarkan. proses diulang2 di situ.

debat dengan aman.
kerana kita ada akal.
dan setiap manusia ada pendapat sendiri.

aku suka mengulas, ini bukan dusta, kerana aku memang emak2 yang di dapur membebel tentang isu2 semasa. tapi aku membising di rumah sendiri, dengan tidak sedikit pun mendedahkan siapa mereka (kecuali kalau memang perlu diwar-warkan atas dasar fardhu kifayah).

maka di sini, aku ulang sekali lagi. aku tidak minta kau hormatkan. dan aku menulis bukan atas rating peminat.

sahabat, kalaulah benar aku ini seorang selebriti internet (meminjam terma ladynoe), sebaiknya aku ikut sekali kempen nuffnang. kalaulah benar aku menulis hanya yang mahu didengar orang, kerana takut kehilangan peminat, pasti tulisan aku akan ada corak polarnya.

respon ini akan berbunyi klise, tapi,
aku menulis bukan kerana nama.

cuma mungkin rezeki aku yang pada tulisannya ada kait sama sesiapa. nan pada sejajaran itu, mereka rasakan mahu terus bersama aku, mendengar kalau2 ada lagi di lain masa, ada kemungkinan untuk linear lagi. ada juga, yang terus membaca atas logik mula hidupku seiras hidup mereka, maka diharapkan berpenghujung seperti aku, yang akhirnya menemukan rasa aman di dalam jiwa.

soalan aku di sini adalah untuk engkau, yang kononnya dahulu peminat seorang aku, dan kini sudah hilang hormat pada aku.

"maaf kerana mengecewakan. tapi inilah aku"

balik2 isu tudung. asyik2 isu tudung. kau bising2kan aku menulis hal2 akhirat lewat ini, sedangkan di entri2 dahulu terpampang jahilnya aku yang terlalu kau jelekkan. kau riuhkan keinginan aku untuk membisik perubahan dan kau banding2kan aku yang hingar dengan dunia cacar aku dulu yang terlalu kau gelikan.

haruskah aku buang entri2 aku dahulu semata2 hendak mendapat kreditasi dari kamu, wahai kawan?

untuk apa...?

kepuasan siapa?
kehendak siapa?

aku menulis sebagai peringatan diri sendiri. untuk aku kenangkan yang di suatu masa dahulu, itu aku. yang jatuh bangun tidak berpelampung. yang menolak apungan semudah zikir demi ketidakmampuan menjauh dari hanyut.

puisitepijalan bukan untuk sesiapa secara prioritinya.
tapi untuk nur affina yanti binti jamalludin, secara ekslusifnya.

dan insyaAllah, untuk cahaya permata ayahbundanya.

ya. benar.
aku tidak akan malu sama anak2 dengan siapa diri aku.
"ini bunda dahulu?"

tapi aku tidak hendak malu kalau aku ditanya mereka:
"dari dahulu bunda begitu?"

aku harap kamu reti untuk faham bila dua komen yang sama tentang hilangnya hormat engkau pada aku itu tidak aku kemukakan. aku harap engkau nampakkan entri khas ini aku canangkan kerana aku benar2 ikhlas andai ada yang tidak berminat lagi membaca puisitepijalan.

ini rumah aku.
dan tidak, tonasi entri ini langsung tidak menengking.
maka ia bukan terjana dari kemarahan.

ini tulisan aku tentang kenapa aku menulis.
jelas, jawabnya, kerana memberi ingat untukku sendiri.

Saturday, December 27, 2008

yang ini PATUT dibunuh!

aku tidak peduli apa juga kategori engkau dari perspektif fahaman agama engkau.
modernist, non-extremist, liberalist, wateverfak-ist engkau.

kalau pun engkau benci sekali sama agama ini,
yang hendak kau lelong2kan agama ini,
do us all a favour,

kenalkan diri engkau pada dunia dengan nama bukan islam engkau.

carla, doris, michelle, whoeverfak yang kau gemar.
nama baru yang kau baptiskan untuk kepala hotak engkau yang aku amat harapkan digelegakkan dengan besi cair satu hari nanti.

kalau betina ini yang dirodok kepalanya, dibiarkan seminggu bangkainya, diabaikan berulat lama2, aku takkan peduli langsung.

http://adibahahmad.blogspot.com/

aku tau aku tidak sempurna.
tapi cinta aku pada tuhan, pada kekasihnya, pada agama ini,
tidak perlu kau soal2kan tentangnya.

tuhan,
aku pohon dilindungkan dari kesesatan kemodernan ini.

ps: lepas aku fikir2kan, aku yakin ini propaganda sesebuah pihak. dari tulisannya, nampak tonasi tidak sejajar, cara tulisan yang agak tidak konsisten. memberi makna, penulis adalah rekaan semata2. sebulan 32 entri? sumthin is wrong. apa2 pun, blog itu kurang ajar.

pesan lagi: minta sangat pada kamu2 yang masih belum berapa banyak membaca buku2 teologi, yang masih banyak soalan ttg agama, usah baca artikel2 pautan dan follower dia. takut anda ada hesitasi ttg kesyumulan agama kita.

Monday, December 22, 2008

bunuh

google "dahlia abdul majid".
berapa banyak informasi yang ada?

dua.

sumber nst.com.my
dan infoledang.blogspot.com

tiga,
kalau sekali dikira dengan puisitepijalan.blogspot.com

tidak adil.

walhal dia dibunuh kejam.
tertinggal membusuk sendiri tanpa sesiapa.
hanya jasad itu.
terbungkam, diam.

tiga hari terbiar tidak ditalkin. entah sempat melafaz shahadah, tuhan semata2 yang tahu.

tiga hari.
dijumpai dengan badan yang sudah kembang hampir pecah.
biru dan hitam bertompok2 seluruh tubuh yang pucat kehabisan darah.

*diam*

malang betul kerana liputan berita bertindih sama perkahwinan mawi.
mungkin kerana itu tidak diambil pusing untuk diwartakan.

lagipun, kata mereka, memang tidak ada klue.
dan dia cuma seorang biasa2.
tidak sensasi.

menulis ttg seorang pesara guru, janda, tinggal sendiri -- tidak sepanas kes bunuh gadis oleh kekasihnya yang rempit dan tokan dadah, mungkin. tidak ada drama.

*diam*

im not a big fan of my mother's sister.
truly, i despise her.
and as brutal as this may sound, i am not the only one.

tapi untuk melihat allahyarhamah diperlakukan seperti itu,
na'uzubillah.
tidak pernah sampai hati kami2 ini.

adik abah ada bisik sama aku:
"di sini, siksa.
harapnya, dipermudah di akhirat sana"

aku benar2 kasihan.
sebenci2, ibu saudara aku juga.
pernah juga ada baiknya.
kita manusia, berdosa menghukum siapa2.
itu kan kerja yang esa.

tuhan,
kasihankan.
terimakan dia, dan susunkan dia bersama2 bundaku di kalangan mereka2 yang kau suka.

*menung*

apa nak jadi dengan negeri kita.
bunuh?

shit.

mati itu bila2.
dan bagaimana pun caranya.

aku minta lindung dari engkau, wahai kekasih.
peliharakan kami ini.
sesungguhnya kami ini manusia yang lalai.

*diam*

kalian,
sering2lah engkau tanya2kan khabar ayahbunda.
selalulah pulang, dan kucup mereka.

we'll never know.

aku rasa hendak pindah balik ke rumah abah.
aduhai.
sebak hati aku sekarang ini.
menulis pun jadi selirat.

itulah.
bila aku bilang manusia itu macam binatang, ada yang marah aku.
kau tengok ini.
bukan makin jelas, kah?

*hela nafas berat*

hendak berdiam sementara.
tidak ada semangat.

al-fatihah.

pengunguman khas

untuk kalian yang telah aku janjikan buku merah.
saya minta ampun.
laptop masih tidak mampu dibikin.

saya mohon dgn sejuta ampun, minta dapat disabarkan.

saya tidak akan mencuri wang anda begitu2.
maaf sekali.

bisa maafkan, tidak?

wallahi. bila sudah ok, akan saya poskan.
maaf sangat!!!

Friday, December 19, 2008

tidak marah, cuma tersinggung

seorang pembaca memberi respon yang sedikit menyinggung.
bukan membangkit marah. tidak.
cuma membikin aku terdiam.

ingat tidak tulisan aku minggu lepas?
yang berulang berselang seli aku tonjol dan sembunyi?
ya. entri yang agak provokatif itu.

dan ingat tidak kata aku,
suami, keluarga dan kawan2 adalah trofi aku?

*senyum pahit*

atas nama tuhan,
aku jujur.

*diam*

cuma aku tidak faham apa perlunya pembaca itu meunjuk sinikal dengan bahasanya di bawah frasa "senyum simpati" pada kotak komen aku.

apakah aku terlalu patut dikasihankan kerana hanya itu yang aku mahu dari dulu?
apakah idaman aku untuk menjadi seorang surirumah, isteri dan bunda sesuatu yang perlu disiniskan?

atau,
mungkin mimpi itu terlalu murah berbanding berada di atas awan dengan gaji lima angka dan rumah seperti kayangan, dengan suami paling kacak dalam dunia dan kereta paling gagah atas jalanraya?

*diam*

murah mungkin untuk kamu.
bukan aku.

tapi ada juga sempatnya dahulu yang aku terlalai dan riuh mencari bahagia dalam materi. jelas dalam mata aku, memori bersama tg sarah di mana2 ada kesempatan berbual sama dia. aku sering sekali mencurah pedih benci hidup tidak sehebat yang lain. yang bergembira membuang baju dipakai sekali semata2, yang senang hati memberi orang kasut yang tidak sepadan dengan bajunya.

aku benci orang2 hebat yang poketnya sarat. kerana aku terlalu tahu, tidak ada beza kalau aku terpandai di situ, kalau semua kerjaya sudah ditempah anak2 aristokrat sahaja.

kerana aku anak pemandu bas sekolah...
kalau pun ada wasiat, yang aku dapat, cuma bas sekolah.

betapa aku dahulu cetek.
aku tahu.
dan tidak reti puas, tg sarah akan lukiskan kebarangkalian di dalam akal aku.

"not all of them are brats, fynn"
"we are special in our own ways. and god is always kind"
"you'll get through this"

tetap, aku terus kejarkan materi. wang akan beli bahagia aku.
aku terlalu pasti.

tahun berganti2. bahagia aku juga berganti2.

kalau aku fikir kekasih kacak membahagiakan,
aku dapatkan.
indah, cuma sebentar.

kalau aku fikir kerja berjalan ke luar negara membahagiakan,
aku dapatkan.
indah, cuma sebentar.

kalau aku fikirkan minum latte di starfucks dengan beg kertas bertampal nama orang itu menceriakan,
aku dapatkan.
indah, cuma sebentar.

apa yang tidak aku bikin dalam mengejar bahagia aku?
melelong diri, menghamba diri, menghina diri, menyiksa diri.
apa?
semua, sudah.

sudah.

sehinggalah aku dikutip tri.
tidak. bukan cinta pandang pertama.
kerana ketika dia menjemput aku, aku cuma memandang keluar keretanya.

entah. tidak tahu kenapa aku tiba2 menjadi kecut.
walhal sudah berhari2 berbual di alam maya.

sampai di restoran yang sejengkal dari langit itulah baru dapat aku renung matanya.
bercerita terus tentang baik jahatnya, menanya terus apa aku hendak dinikahi dia.
entah bagaimana, mimpi2 aku di masa kecil kembali menjadi gergasi.

aku ingin hidup yang itu.
rumah biasa2, tapi riuh memecah bulan.
suami biasa2, tapi teguh merangkul badan.
hidup biasa2, tapi kukuh menongkah taufan.

itu bahagia aku.

jauh sekali kita dari angan2 masa kecil dulu. putar semula usia kamu yang di zaman pondok2 dan bermain batu, apa hendak kamu?

rumah yang dilukis dengan pensel warna merah sebagai garis luarnya.
atap perang dengan matahari bermata dan berbibir melorek senyum.
pintu sebesar separuh tinggi dinding, pelbagai warna.
dua tingkap terbuka di kiri kanannya.
seekor kucing tegak berdiri di sebelah pasu pokok berwarna hijau.
gambar kamu, ahli keluarga kamu.

itu.

kerana kita semua hendak rasa diselamatkan.
dan hanya sebuah rumah berdinding merah berpintu biru beratap perang dapat berikan kamu rasa indah itu.

*senyum pahit*

dan bayangkan andai kamu punya satu lukisan sedemikian,
kau tunjukkan pada orang,
tapi engkau ditertawakan.

apa kamu rasa?

*diam*

benar.
trofi aku murah.
hidup aku tidak patut dimegah.
bahagia aku sangat harus disumpah.

*diam lagi*

pernah tidak pada hari kamu mendapat tempat tertinggi dalam peperiksaan di tahap satu persekolahan, yang ayahanda kamu berikan coklat yang kau rasa paling hebat. yang kau makan semililiter setiap 2 jam, untuk melanjutkan tempoh wujudnya pemanis itu? yang engkau bangga2kan di kalangan adik dan abang kamu, seolah2 coklat itu yang paling malah dalam dunia.

yang rupanya, sesudah kau dewasa, kau sedar coklat itu hanya RM 1.20?

biarkan aku gembira dengan habuan aku.
aku aman dengan pekakas hidup yang murah ini.
dan aku sebenarnya gembira engkau tidak hendakkan yang sama.

kerana keistimewaan ini, cuma aku yang punya.
kerana keistimewaan ini, aku rasa berjuta dollar.

i feel like a million bucks.

feel.
rasa.
milik aku.

carilah mimpi yang lebih membahagiakan.
cumanya, usah merendah2kan suami, keluarga dan teman2 aku.
kamu telah benar2 menyinggung.

*diam*

aku harap kamu tahu harga sebuah trofi di kedai2.
dengan hanya rm 30, kamu sudah bisa dapatkan trofi setinggi lutut.
kalau kamu gadaikan, apakah ada harga?
tidak ada, kan?

kerana harganya,
adalah untuk kamu nilaikan.
bukan orang lain.

ini trofi aku.
dan aku suka sama ia.
sebagai tanda aku bukan lagi fynnjamal itu.
tapi seorang isteri, dan harapnya suatu masa nanti, seorang ibu.



ps: untuk kamu, usah risau. saya sudah kool. kerana itu saya tunggu tiga hari untuk tulis entri ini. cuma dari gaya, kamu tidak sudi mendengar defensi aku. aku harap sekali, kalau bukan di sini dengan terbuka hati, elok kamu menjauh. kerana tidak ada erti kalau kamu ke mari dengan prejudis setebal batu, bukan..?

kalau benar2 hendak tahu kebenarannya (sebagaimana kamu dakwa kamu kenal kami), turun sini, dan aku minta saksi2 semua pihak beritahu.

tapi jangan risau,
INI BUKAN ENTRI MARAH, TAU?

jangan marah2,
nanti kena jual.
dan harta2 ente akan ana rampass.
duuwapulow persennnn.

*senyum*

Thursday, December 18, 2008

dahulu kala kami

"tak adil betul apa graviti dah buat pada awak selepas kahwin, kan?"
"kenapa?"
"awak tgk la gambar ni"
"kenapa?"
"tgk awak dulu. kurus. kacak. sekarang? ewww. hahaha. ge...muk ge...muk"

tri diam. lalu senyum.

"awak perasan, kan, awak pun dah gemuk sekarang?"

automatis, menangis.

"awak ni..." --tersedu2
"suka tau..." --sedu lagi
"awak mmg tak sayang saya..." --hingus mula cair
" saya tadi gurau je tau..." --lap pakai belakang tangan je
"saya sayang awak..." --dan terus merapu2

seperti biasa, eskrem vanilla dirasuah pada aku.
settle.

nasihat untuk hari ini: wahai para jejaka, orang perempuan ni, kalau dia gurau takpe. kalau dia yang kena, tak boleh. hati2. bukan nak mengada2, tapi... *terdiam*

apa aa?
aku rasa memang saja nak mengada2, la. tidak ada alasan.
hahaha.

maka layanlah, selagi diketahui mengada2 itu bukan untuk masa2 yang salah. sebab kalau silap timing, mengada2 itu akan jadi menjelekkan.

hati2, para gadis.
mengada biar ada tempatnya.
dan yang penting,

BUKAN DI DEPAN SEMUA ORANG.

nanti ai panggil yu gedik.

Wednesday, December 17, 2008

percubaan mencuba cubaan.

dengan serius, "yang?"
aku toleh. "saya?"
"semayang" tri sengih sambil jelir lidah.
"arghhh!!! kalah lagi!!!!"

*secara kronologi, kami akan main kejar2 membatalkan air sembahyang (walau pun masih belum mula solat. atas alasan: saja dengki*

bohonglah kalau aku dabik dada mencanang aku dan tri ini lengkap solatnya. masih, kami ini hamba yang berdikit2 merangkak hendak berpatah jalan menurut tapak kaki tuhan. tetap, kami ini di dalam golongan mereka yang liat untuk setiap lima itu.

namun sebaik2nya, kami benar2 hendak cuba.

maaf, tapi kalau ada yang sudah bersedia hendak melenting dan menyorak kami ini lebih elok kafir, atau kami sudah membeli rumah di neraka, dan seterus2nya; aku minta izin untuk kaburkan pendapat2 kamu terus. seperti di setiap entri2 lepas, yang aku rasa terlalu melampau suara kamu untuk kau megahkan di rumah aku ini.

untuk kali ke berapa bilion, sila angkat kaki.
ya, kamu dan kawan2 kamu.
juga kamu yang ke sini semata2 untuk menjadi tali barut menyampaikan pada si dia2.

ma 'as salaamah.
ilal liqaa'.

sesedih mana untuk diakui, rata2 kita masih culas dalam perihal solat. ya. anak2 melayu, islam, terutamanya. jangan pura2 menyabitkan kita ini begitu bagus dan sempurna. kamu dan aku serba tahu, kalau pun genap bilangan wajib mencium sejadah itu, akan pasti ada satu dua yang diseleweng syaitan dengan hal2 macam2.

baru angkat takbir, "tadi sudah padam belum televisinya?"
baru tahiyah awal, "ah, siapa pula sms itu?"
baru hendak bismillah, sudah lekas2 menghabiskan fatihah. "hendak pakai tudung warna apa ya yang sesuai sebentar lagi?"

*senyum*

kita manusia.
ini, memangnya, lumrah kita.

sejak bernikah, aku dan tri sudah mula mengais2 mencari tikar solat. dan entah bagaimana, ia sedikit2 menjadi suatu perkara kegemaran aku.

mungkin kerana ketagihan perasaan sayu mendengar kuyu suaranya menghulur doa.
mungkin kerana sejuk dikucup di dahi dan pipi di setiap selesainya semua.
mungkin kerana keselesaan melihat diri merendah megah dengan konsep menjadi ma'mum kepada suami.
mungkin kerana keluhuran damai yang sejujurnya terasa jauh di dalam lubuk hati ini.

tapi, jujur aku bisikkan dari sini,
tiada yang lebih indah selain bersolat jemaah bersama insan yang kau kasihi.

tidak.
bukan bersaling menukar hadiah.
bukan pujukan manis selepas marah.
bukan dating mingguan itu.
bukan percutian di awan biru.

perasaannya,
ah... gimana ya.
entah.

adik2 yang akan mendirikan rumahtangga, atau teman2 yang sudah diikat dengan suaminya, ayuh kita sama2 mulakan tabiat berjemaah di rumah. kalau tidak hafal doa bahasa arab, tidak payah. tuhan itu maha memahami. bahasa melayu tetap diterima, lah!

:)

aku teringat ketika di kursus kahwin dahulu, ustaz penceramah bilang, untuk setiap kes cerai, pasti akan ada sesi kaunseling dan rujukan. sentiasa, soalan pertamanya sudah bisa merungkai.

"bagaimana dengan solat kalian?"

betul juga, kan? bila solat terjaga, kita juga terpelihara. namun aduhai, betapa duniawi ini terlalu membuai, kan?

eh. sebelum aku ditampal sang-cakap-tidak-serupa-bikin, sekali lagi aku tegaskan, aku ini masih terlalu banyak kurangnya. masih jauh sekali sempurnanya. namun aku percaya, kalau aku mampu menulis di jurnal ini hari ini, dibaca dan diaminkan hari2, insyaAllah, adalah eloknya di kemudian hari.

entri ini langsung tidak ada kena mengena dengan sesiapa. melainkan sebagai suatu peringatan untuk seorang aku. untuk terang matanya di setiap tertoleh diri ini di kaca cermin, yang hidup ini bukanlah sepanjang orang tuaku yang sampai ke angka 5o an.

aku mungkin, atau tidak, akan mati hari ini.
kun fa yakun.

*senyum*
alhamdulillah, semenjak aku menulis ttg episod aku dan tri, dengan kebesaran makna iman aku pada "kun fa yakun", ada juga seorang dua yang memberitahu aku betapa ia membantu mereka juga. yang redha itu tidaklah sesakit bayangan di kepala. yang berserah selepas berusaha itu sebenarnya lebih manis dan melega.

menulis di puisitepijalan sebenarnya ada banya pro berbanding lawannya. aku amat ma'lum pembaca di sini sudah terlalu matang untuk sama2 terjun ke dalam lumpur kalau aku menyelam di dalamnya, bukan? untuk setiap butir khilaf aku, biarkan dan abaikan.

ambil yang mana2 kamu rasa molek sahaja, ya?
sedikit2, ada juga amal aku di sini.

*terdiam*

sebenarnya, lewat beberapa hari ini, akal aku sudah selalu menerawang.
semuanya kerana seorang gadis itu.
dan tempat kejadian adalah di performasi rantai minggu lalu.

dek masa pentas aku dianjak ke selepas maghrib, aku dan tri berdedai sementara di klcc. selesai, kami gegaskan ke tapak majlis, di mana yatt ulaskan pada aku yang seorang gadis datang padanya mencari aku.

aku toleh dia di situ.
dia bertudung molek.
kemas.
pasti, kalau aku punya anak lelaki, sudah aku kawankan samanya.

nadiahchem. sahabat ainzakiah.
bakal doktor2 dari pendidikan mesir.
dan dia di situ, sendiri tanpa ain.

"saya nak sangat jumpa kak fynn. saya minat sangat puisi kak fynn"
dia jujur. aku terkesima.

*telan liur*

sepanjang aku di situ, hati jadi ralat. aku pandangkan diri aku yang sangat hina di mata standard tuhan. tidak ada hijab. amalan bolos. riuh bersuara himar. lalu aku curi2 lihat dirinya yang bersandar di dinding.

aku tidak layak untuk ini.
bukan aku.

*semasa menulis ini, airmata aku mengalir*

pernahkah kau rasakan terlalu sayu menjadi diri kamu?
yang datangnya rasa sedar betapa engkau itu terlalu longgar.
dan merasa hinanya menjadi sealpa dan sekosong itu?

itu yang aku rasakan.
hambar.

esoknya, nadiahchem dan ain turun ke nilai untuk membeli buku merah, selain memberi sedikit rasa kek keju buatan sendiri, cukup untuk dijamah.
meski pun tidak setimpal, aku berikan sahaja buku merah pada mereka berdua.

aku tidak dapat berlama2.
tetap, mereka layan aku bagaikan darah di raja.

terlalu baik.
haih...
seperti kalian2 di sini.
terlalu baik.

menerima aku, baik buruknya.
dan lebih mengharukan, sudi mengepil nama aku dalam celah doa kalian.

"saya doakan kakak dapat menjadi isteri solehah"
"kita doa untuk kakak tau"
"fynn, i pray kita sama2 berubah"

*diam*

aku hendak melangkah ke dunia kamu2, yang lebih mulia, yang lebih sentosa.
bukan kamu yang ke dunia aku ini.
jangan sekali2.

op op. sudah hampir maghrib.
aku perlu ajak tri sembahyang.
undang2nya: siapa ucap "jom sembahyang" dahulu, menang.
siapa kalah, mandi dulu.

*masam muka*
aku benci mandi dulu.
ntah. saja.
benci mandi cepat2.
haha.

ok. tri sedang terpaku di peti tv.
aku rasa hari ini aku ada potensi untuk menang.
yesss. mandi lambat adalah satu motivasi yang sungguh mengkhayalkan.

ok bye!
jom semayang!

port dickson.

the legend water chalet, port dickson.

terima kasih pada habib yang dapat tawaran temuduga MARA di situ, mama bawa kami anak beranak tidur dalam rumah atas air yang harga merapu itu. nasib baik kuasa kad gomen beliau menembus cahaya, kami dapat tidur di bilik terapung itu pada kadar terlalu okay.

walaupun PD bukanlah pantai paling indah di tanah malaysia, acara santai semalaman ini sangat perlu untuk rumahtangga kami yang dilanda kesibukan teramat.

sayangnya, ayah tidak dapat ikut serta. dia dibayar untuk ke sabah, memberi seminar ttg jenayah narkotik di lapangan terbang2 antarabangsa.

fuiyo, aku kata.
ayah bilang, baik ikut korang.

hehe.
kalau ayah ada, mesti lagi riuh. sebab dia kelakar.

*terdiam*
nanti dgn famili abah pun hendak jalan2. aku dan tri menghitung hari. hendak tunggu angin kencang berhenti di pulau2. mesti seronok. ngee...

ayah mmg kelakar.
tapi abah tetap paling hensem.

ekekee.



mama selalu bising "asyik berkepiiiiiiiiiit jek. hmmphh!!"
(sambil memaut habib dan mengajuk kami)

jeles la tu ayah takde. ekekeke.

sekali dah berendam, harapan la orang lain nak pakai.
*gelak nakal*

malangnya, adam pasti akan mengganggu masa2 romansa kami.
demyu.

ye. buruk. tidak apa.
wahahaha

tri suka sangat bila aku mcm budak sekolah mcm ni.
aku selalu lupa aku dah tua.

hidup dengan lelaki sahaja.
senang.

lagi. gelak lagi.

aku rasa, kalau ada along, achik dan nani,
baru lengkap aku letak tag "adik-beradik"

kalau korang tak sayang kak fynn,
mmg teruk la.
akulah kakak paling sepoting ni.

ini manusia yang mencuri aku dari kehidupan tidak lengkap itu dulu.
"black-black mangosteen,
more black, more sweet"

hitam-hitam si tampuk manggis,
semakin hitam, semakin manis.

dia bengang betul kalau aku nyanyi lagu tu.
wahahahaha.

nama dia satria. warna dia hitam.
tengok? aku mmg suka hitam la.

ini jelas sekali, di ambang nak tidur.
tidur dpn vision four channel,
sambil layan angin pantai,
dengan adam bernyanyi di ukelele,
best.

mungkin habib yang ambil kandid ni.
tu sebab angle muka aku sembab.
kantoi.
ini tadi.
jelas tak riak bahasa badan yang pancit?

ini gambar terjumpa ketika hendak upload tadi.
aku rindu damien sgt.
:(

dear damien,
salah seorang anak manis di blog sudi hendak beri mummy anaknya.
tp kamu jgn risau, ye? damien ttp dalam hati kita semua.
wan selalu cakap tidak ada cucu sebaik damien.
atok kata dia rindu kamu sliding ketika kamu lari2 dan tiba2 brek tak makan.
dedi bilang kamu anak pertama dia.

mami tamo sebut apa2.
damien dah tahu, kan...

Monday, December 15, 2008

petai, kerdas dan jering.

aku benci petai, kerdas dan jering.
aku lebih benci kalau pakej itu pernah berada di dalam mulut tri, abah atau along.

*nganga sambil jelir lidah*
urgh...

aku sudah cukup pahit untuk menambah pahit, terima kasih.

*terdiam*

tapi ada sesuatu tentang bau itu.
bau petai.
bau kerdas.
bau jering.

hidu.
meminum aroma.
menghirup angin.
menggeletek remang roma.

bau itu adalah sesuatu yang orgasmik.

justeru,
sapu tangan gadis di kocek arjuna.
kain peluh jejaka di genggaman wanita.

*senyum*

seperti aku yang baru 8 tahun setengah, ketika ditinggalkan sebentar emak dan abah, dulu, untuk ke tanah indah suci terhebat. sepanjang hilang mereka di birai mata, bekal yang ada cuma baju batik abah tergantung di almari pakaian.

setiap malamnya, akan aku ambil lengan kemeja, ku cium dan ku ucap, "selamat malam, abah", dengan airmata lasak berlari ke arah graviti.

atau ketika usia menjentik 16. sembunyi baju kekasih yang tidak dibasuh di bawah bantal. tidak mungkin mampu lena tanpa oksigen yang keluar dari celahan tee kusam itu.

sehingga habis bau.
secara literal, mmg habis bau.

*sengih*

malam tadi sudah masuk dua malam mama tidak sihat.
bergulung dia dengan selimut.
suhu dedar dan panas berselang-seli mengikut kadar sejam sekali.

mama benar2 merisaukan.
sebagai resolusi, tri meneman mama, memicit kepala dan mengelap jemalanya.

"sebentar", kata dia.

dan aku tunggu.
dari jam 10, melarat hingga 12.

mana ni?
aku sudah rindu.
hati jadi sayu.

wayang di peti tv sudah hambar. tidak ada makna menonton sendiri. hendak ke dalam, sudah ramai sangat. nanti pening pula. tambah lagi, aku juga sedikit penat. takut fokus tri terlari pada aku nanti.

habib keluar dari bilik mama.
"kak fynn, abang tidur dalam, teman mama"

*telan air liur*

kali pertama dan terakhir berjauh tidur dari tri adalah ketika bermalam di sungai petani. aduh. aku sudah mula goyah.

aku masuk ke bilik mama, jenguk mama dan borak sedikit. tri sedang berbaring di sebelah bundanya. aku capaikan selimut dan aku kaburkan dia dari mata jelas. aku sembunyikan dia dari kesejukan pendingin bilik. dia sudah tertidur.

aku pegang ibu jari kakinya, hanya itu yang tergapai. aku tunduk, cium, dan bisik "selamat malam, sayang".

airmata sudah mula hendak jatuh.
pantas, aku ke ruang tamu.
aku tenung jam.
aku harap sudah subuh.
nanti dia bangun dan baring di sisi.

tapi jarum2 itu seperti dengki.
langsung tidak mahu gerak.
mungkin sudah mati.

sialan.

aku langkah ke bilik adam. komputer riba tri rosak pengecasnya. aku tekan penghidup nyawa kotak komputer.

jam 2.
ada 4 jam lagi.

tahan, fynn. dia ada di depan. esok kan ada.

aku tenung skrin dengan perasaan buta.
dunia aku sangat sunyi, waktu itu.

sehingga entah bila,
hidung aku menangkap suatu bau.

petai.

"jom tidur"

aku suka petai, kerdas dan jering.

Sunday, December 14, 2008

terima kasih, musuh2 aku.

ayat kegemaran aku bila aku terlalu kehabisan kuasa untuk berbuat sesuatu:
"tidak apa. satu hari nanti."

itu,
bila aku sudah tidak kalih untuk menahan,
bila airmata tinggal sedikit kerana dihabiskan.

ada kata itu dendam.
ada bilang itu harap.
apa2 saja.

namun syukur.
'satu hari itu' sudah datang sejak beberapa lama, sudah.

oh, jahanam sungguh seorang aku dahulu.
dihenyak2, dipijak2.

*sengih sumbing*

pasti kau tidak akan lupa biru diri aku dulu, kan?
soalan aku,
di mana engkau sekarang?

masih di takuk dulu.
dengan hidup yang begitu dikonon2.
pasti malam2 engkau hancing dengan pelbagai kesedaran, yang kau relevankan menjadi tabiat, yang setelah sekian lama, mampu kau tukarkan menjadi suatu normaliti.

lalu kau selesa dengan apa yang sebenarnya mengundang cegil mata jujur dunia.

sahabat aku,
tidak, sebenarnya kau tidak sehebat yang kau sangkakan.
maaf.
rasa superior kamu itu sangat ketinggalan zaman.

harap2, pelangi yang kau kejarkan dari dulu sudah menunjukkan diri sebenarnya.
dari dahulu, wahai sayang, kau cuma mengejar fatamorgana.
kasihan.

terima kenyataan ini.
i won.

trofi aku jelas di sini.
suami.
keluarga.
sahabat2.

dan kalau pun aku jatuh di hari depan nanti,
BUKAN KERANA DAULAT ENGKAU.

*senyum 20 sen*

by the way, fesyen kamu, yang kau fikir sangat kool -- so yesterday.
kau pandang kiri kanan.
sampai bila hendak begitu?

manusia menganjak, sahabat.
perubahan itu suatu yang akan.
sampai bila hendak begitu?

tolong berhenti mencanangkan aku masih hegehkan engkau, laknat.
sampai bila kau hendak hidup dalam fantasi itu?
berapa ramai harus kau yakinkan yang aku masih si dungu keparat itu?
aku sudah penat menjadi penjaja di muka hati hitam pekat likat engkau.

*diam*

aku sedang membukti aku sudah mampu.
dan berulang2,
bongkak, angkuh, ria' juga yang kau nampakkan.

lalu bagaimana?

apa harus terus aku menjadi sang cengeng dan menghantuk kepala di dada rumah?
dengan merayu2 agar aku kau terima, untuk kau tenyohkan semula?
apa mesti aku hancurkan apa yang sedang aku milik ini, meronyokkan dan mempunah?
dengan melutut di lutut kamu, berkata aku masih aku sebenarnya tidak bahagia?

*gelak besar*

u have got to be kidding me.
aduh.

tuhan,
kuatkan aku untuk abaikan dunia itu.
aku sudah cukup.
tidak perlu yang tidak perlu.

oh ya.
tahniah, kerana terasa.
malangnya, bukan semua perkara berlegar dengan hidup engkau.
sorry.

you are not that special.
*kenyit*

Friday, December 12, 2008

sorry, sayang. kita terpaksa berpisah.

ada banyak cara memutuskan cinta.
taraf ekstrimnya terdasar mengikut jantina juga.
tapi ada sesetengah situasi, perempuan lebih kejam dari lelaki.
ada pula di sedikit2 kes, lelaki lebih menghinakan diri dari perempuan.

semua terpulang pada pemutus tersebut.
tetapi secara amnya,


1) gaya direct

contoh:
i) "saya tetap dengan agama saya. maaf. saya tidak mungkin akan tukar pegangan hidup saya. Allahu akbar"

ii) "i tak boleh blah dengan perempuan yang tak boleh terima life i. mak bapak i pun tak banyak bunyi macam u"

iii) "awak dah pilih dia. saya redha"


2) gaya pusing2

contoh:
i) "bukan saya tak nak. tapi A cakap awak kata B suka kat awak, lepas tu saya tanya C, dia kata A ckp benda yang betul... blablabla (semakin ramai huruf yang akan mula keluar, sampai serabut)"

ii) "ntah... saya pun tak tahu... awak baik... tapi saya tak boleh sayang awak... mak saya... lepas tu dulu masa saya kecik2... (semakin merapu)"

iii) "bukan salah awak. saya yang jahat. saya kejam. saya tak pakai tudung. saya minum arak. saya kaki joget. saya hisap dadah. saya saya saya saya. bukan awak....... (bukankah yang sepatutnya minta putus, pasangan itu, kalau dah mcm2 haramnya perangai sang peminta putus?)"

iv) "i ada barah otak"


3) gaya freestyle

i) melalui sms: "sorry. i cant be with you"
ii) melalui kawan2: "dia cakap dia tak mau jumpa kau lagi"
iii) terus diam tanpa memberitahu apa2 status.

apa2 gaya sekali pun, cara mencincang perhubungan (walaupun seiras), tidak sama dengan kaedah melangkah pergi dari kekasih di negara2 luar. faktor2 seperti budaya dan adat resam sangat mempengaruhi perbuatan kita sehari2, sekuat mana kita jeritkan kita ini anti budaya.

it is just within us.
deal with it.

kategori2 yang masih tidak lengkap di atas hanyalah cebisan2 dari realiti yang sebenar. dan harus kamu maklum, ia cuma digunapakai mereka2 yang masih berada di fasa pre-marital, atau di takuk percintaan.

jelas, cerai-nikah bukan sesuatu yang mudah.

hari ini perbincangan akan hanya menyentuh putus-sambung pasangan yang belum diikat. bagaimana mudahnya meluah 'selamat tinggal', sama ada dari bibir sendiri atau melalu suara penyanyi yang menyanyikan perasaan hatinya dengan lebih tepat.

ai dediket lagu ni untuk yu. ekceli, itu yang ai rasa.

oh, klise hidup remaja.
1) terpandang / diperkenalkan melalui rakan2
2) sokongan padu dari teman2 yang kononnya kasihan melihat kamu sendirian ketika mereka diulit cinta dewa-dewi
3) mula cenderung minat
4) fasa terlanggar tangan, meremang bulu roma
5) sedikit2 mencari alasan indah untuk bersama (contohnya dia rajin sembahyang, ibubapanya baik, sijilnya phd)
6) terikat dalam satu hubungan khas yang bermula dengan penyataan "kitorg sudah declare"
7) tempoh 3-4 bulan paling indah dalam dunia
8) mula rasa rimas kerana tidak tahu ke mana hala tuju. hendak kahwin, belum mahu / mampu.
9) perangai asal muncul setakuk2.
10) ulang langkah 1 hingga 9
11) guna salah satu kaedah memutus di awal perbincangan tadi: a) gaya direct, b) gaya pusing2, atau c) gaya freestyle.

memang mudah untuk angkat kaki. ibu bapa yang tidak berapa peduli kerana sudah begitu maklum yang itu cinta monyet, dan kawan2 yang sudah terlalu mengenali kamu itu pasti akan menopang kamu di setiap masa jatuh bangun.

maka yang tinggal hanyalah kamu.

persoalan mahu terus atau tidak. kalau terus, blablablabla. kalau putus, blablablabla. semua atas kamu. berbuih2 mulut orang menasihat pun, kalau sudah tidak mahu, tidak mahu juga.

kan?

kadang2, kamu tahu apa jawapan soalan2 yang bermain dalam kepala. cuma kamu hendak dengar perkara yang sama dari bibir orang lain. supaya tidak kamu rasa cuma kamu yang berfikir sedemikian perkara.

mungkin, agar di satu hari yang jawapan itu menikam kamu dari belakang, ada juga seseorang untuk sama2 menanggungnya.

contoh:

ada teman lelaki kaki pukul.
ada abang yang sering mencuri.
ada bapa yang menyentuh kamu secara tidak betul.
ada teman yang menggunakan wang kamu berhari2.

"apa patut saya buat, fynn?"

jawapan aku mudah.
sayang, kamu sudah ada jawabnya.

entri hari ini aku dedikasikan buat seseorang yang berperangai seperti... alahai. entahlah. bercinta sama sahabat aku sekian lama, nan datang rasa bosan, tiba2 mendiam diri. tahu2, sudah lebih sebulan. dan tiba2 hendak ketemu menguruskan harta bersama.

talian telefon kembar.
wang pinjaman bersama.
itu ini.
untuk dipisahkan.

langsung tidak ada keterangan kenapa, sejak bila, bagaimana.

nasib baik sahabat aku ini kepala gila2.
"kau tak hendak, aku tidak ajak"

maaflah. tapi aku tidak mungkin faham sifat manusia lelaki kelantan.
sampai bila perempuan harus menyembah kalian?

ps: over-generalization ini KHAS menurut bancian aku SENDIRI. jgn fikir aku sedang menyebarkan propaganda anti-lelaki kelantan, ok. aku ada sahabat dari kelantan. ada juga yang jauh lagi kool dari lelaki lain.

tapi entahlah. kebanyakannya.
BUKAN SEMUA.

tapi ini cerita bukan kali pertama weh. bukan dua, tiga, sepuluh, lima puluh lapan orang. banyak kali telah aku telan cerita lelaki kelantan terlalu chauvinistic.

*terfikir*
tapi, kan... mungkin yang itu2 abe klate yg culture shock kot...

yang alim2 dan indah bahasanya, aduhai...
muda2 sudah nikah,
hidup nampak sangat simplistik,
tenang, dengan anak2 kecil bermini telekung.

alahai...
sejuk mata mak, nak.

:)

tuhan,
kau lebih tahu apa di dalam hati ini.
maka perkenankanlah.

dan jadikan dia soleh dan solehah.
bukan seperti aku.

amin.

sebelum apa2, komen anon yang tidak fasal2, akan aku deletekan. ya, aku bodoh, bangang, tidak ada akal, blablablabla.

got the point. so need not to comment.

saya mau umum sesuatu.

esok petang ada performasi di ran-tai.
sesiapa yang berkeliaran sekitar kuala berlumpur nanti, singgahlah.
jam 6 lebih2 sedikit.
tapi aku akan menyibuk bermula jam 5 insyaAllah. sesiapa yang hendak buku, ada juga.

rujuk rumah ran-tai utk lebih info dan kedudukan masa perajurit2 suara kegemaran anda di sini.

ps: laptop tri rosak. alamat kalian ada di situ. kalau boleh, jgn marah, ya. atas izin tuhan, minggu hadapan saya poskan. malang benar batch ketiga.

maaf lagi dan lagi.
harap ampunkan.

Thursday, December 11, 2008

bukit lumpur

highland towers adalah 15 tahun dulu.
11 disember 93.
aku tak mungkin lupa tarikhnya, kerana detik itu, arwah bunda nazak di hospital besar kuala lumpur.
11.12.1993

dan 12.11.1994 adalah hari pertama tubuh aku mengkhabarkan aku sudah menjadi wanita.
tanpa seorang bunda.
di asrama.

tuala wanita pertama yang aku pakaikan,
terbalik.
pelekat di bahagian atas,
atas logik mantik "lekit = serap"

haha.
sedih, sebenarnya, bila membesar tanpa seorang bunda.

15 tahun itu teramat panjang.
seorang bayi, dalam tempoh itu, sudah mula mengenal cinta monyet.
seorang yang baru menjanda, selepas tempoh itu, sudah mampu mengimbang niaga sendiri dengan sosial anaknya.
seorang yang baru mula mengaji, selama tempoh itu, mungkin sudah mampu menyebat anak muridnya yang bermain2 ketika membaca muqaddam.

lama.
sangat lama.
pelbagai yang didapatkan.

*diam*

maka kenapa masih ada yang bodoh, bangang dan tongong, tidak mahu belajar dari setiap macam jadinya di sekitar itu?

ya. saman aku kerana memanggil kau bodoh, bangang dan tongong.
alang2, selitkan sekali perkataan 'bongkak' dalam aduan engkau itu.

aku benar2 tidak faham.

sebelum lebih jauh aku tengkingkan amarah, biar aku spesifikasikan rasa kecewa ini khusus kepada sekalian mereka yang masih tidak sedar yang mereka itu sama darjatnya dengan ahli malaysia yang lain.

*ok. akaun berjuta mereka mengangkat mereka lima puluh tangga lebih atas*

tapi engkau dan aku sama di mata tuhan, lah.

aku sejujurnya kasihan dan tidak pernah sekali pun mengabaikan berita di peti tv dan suratkhabar tentang mangsa2 tanah runtuh. bermula dengan ketap bibir tatkala aku baca kisah seorang bunda yang terpaksa berlari 3 kilometer untuk mendapatkan jiran pertama, sehingga sekarang.

sayu dan gamam.
kalaulah jadi pada aku dan ahli keluarga.
tak tertanggung, aku rasa.

dan di situlah hebatnya tuhan kita. beribu tahun dahulu, sudah dikhabarkan pada kita, jangan berumah di lereng bukit, jauh dari orang, di hujung2 pantai. sungguh, dia maha mengetahui.

tapi kita degil.

kita yakin dengan akal kita. kita terlalu pasti dengan phd dan masters kita dalam kejuruteraan, yang muncul dengan pelbagai spesifikasi; pengkhususan tanahlah, cerunlah, macam2. kita sangkal kata tuhan, yang gunung-ganang itu pasak bumi. sengaja, kita tarah2kan dan ganti dengan batu2 berongga bertiang dipanggil banglo elit.

kita ni siapa, kawan2...

aku tidak langsung kekehkan mereka yang diuji tuhan dengan bala sebegitu keras. kalaulah aku mampu, hendak juga aku bantu.

tapi aku betul2 terpana dengan segelintir mereka yang masih lagi angkuh, hendak dipertuankan dan dijunjung2, meski dalam situasi dan keadaan sebegitu.

"i nak saman u. u panggil i bodoh, ye"
"saya tgh angkat barang, sorang pun tidak mahu tolong"
"kami mau duit kami. siapa nak tanggungjawab? u have to pay"
"datang sini macam pesta. asyik makan saja. RELA ka, polis ka, semua gaji buta"

wah.
itu 'terima kasih' paling jujur, sebenarnya.
terima kasih atas pengorbanan skuad pencari yang tidak dapat berhari raya.
terima kasih atas tidak dapat tidur malam berusaha.
terima kasih atas makan percuma yang langsung tidak setimpal dengan masakan amah mereka.

akai tadak ka?
belajarlah bersyukur sedikit!

tidak mungkin semua orang mampu memberi servis tip-top. dengan keperitan dan kepenatan, mana mungkin engkau dapat layanan 6 bintang persis di hotel luar negara yang engkau lawat setiap bulan.

hahhh!!
aku sangat marah.

kamu pandang orang, harap ditanya "boleh saya tolong?", sampai bila2 pun kamu tidak akan dapat bantuan apa2. lihat saja di lrt. berapa kali aku lihatkan ibu2 mengandung terpaksa berdiri dari ampang park sehingga taman bahagia. ada orang peduli?

kerana terlalu geram, aku tanya pada seorang budak di tepi,
"dik, akak tu bawak baby dalam perut. tidak mahu beri dia duduk,kah?"
"oh. dia tidak minta pun"

itukan budaya malaysia.
minta tolong.
ask for help.
bukan offer help.

yang menghulur bantu cuma NGO, okay? they ada subsidi. we bayar tax, okay. we sudah jalan tugas jariah.

fak.
kalau hendak bising orang tidak tolong, tengking depan2. biar sang pemalas itu terasa. biar semua orang pandang dia, dan keji dia melalui jelingan tajam. "ish. biasala tu. buncit makan suap saja".

atau mungkin...

MUNGKIN saja.

mungkin dia sebenarnya baru saja habis shift, hendak berehat dari semalamnya. baru hendak sms isteri minta maaf kerana tidak dapat pulang demi kemanusiaan. kerana terlalu banyak nyawa yang hendak dipautkan.

mungkin.

haih...
*diam*

hendak saman?
untuk dapat ganti?
sama timpal, kah?

kelakar, lah.
daripada kasihan, terus jadi sebal.
apa yang kamu hendak?

teringat ketika seluruh johor ditenggelami air. ramai yang gila temporari dan ada juga yang sudah bertukar menjadi pendiam. kalau hendak disalahkan sesiapa, boleh sangat. lihat saja perparitan, sungai yang tidak cukup dalam, penggondolan estet, macam2.

tapi rata2, redha.
itu ketentuan tuhan.

dan sedikit2, dengan wang yang secalit dari kerajaan, mereka ucap "jadilah..."
kun fa yakun.
hidup atas apa yang tinggal.

maka apa bezanya situasi itu dengan sekarang?

cuma satu:
kali ini, bencana alam terjadi di berek2 elit.
di zon orang kaya (bukan sekadar kaya, tapi terlalu kaya).
di kawasan professional.
di lingkungan orang bijak pandai metropolitan.

dan mereka ini, sangat hebat dalam perundangan.
erti kata lain, zikir paling sering adalah
"see you in court"

astaghfirullah.

maaflah kalau ada yang terasa aku ini terlalu kasar bunyinya. seolah aku ini tidak punya empati dan simpati yang tinggi. doa yang lebih afdhal adalah doa yang tidak diketahui sang penerimanya.

aku tidak minat menghulur wang dalam bentuk dummy cheque di atas pentas.
aku tidak punya pun wang sebanyak itu.

aku juga, seperti rata2 kita, mengharapkan setiap yang terlibat itu selamat. tidak sanggup rasanya mendengar dan membaca cerita hidup yang kurang seorang dua dalam ahlinya.

cuma belajarlah.
panjangkan renung sebelum apa2.

1) hiduplah bermasyarakat.

kalau pun kamu rasa jiran kamu nanar dan merimaskan, usahlah ke tahap hendak hidup sendiri. kamu ada masa panjang bersendirian nanti. di antara mati dan kebangkitan. sementara itu, layankanlah sahaja manusia2 plastik sebelah rumah kamu. manalah tahu, satu hari nanti, bila kamu dalam susah, ada juga orang untuk diminta bantu tanpa segan.

tidak perlu duduk bersama mengeji kak latipah, cukup senyum dari jauh dan angguk kepala.

2) ini kuala lumpur.

TANAH LUMPUR. bukan california. tanah kita tidak kukuh. bukit kita bukan batu semata2. kalau sudah terlampau banyak wangnya, beli sahaja seluruh blok taman2 biasa. pecahkan dan bina rumah impian, mengikut suara arkitek dan pereka interior kamu.

sebanyak mana engkau malu berjiran dengan orang2 kebanyakan, sekurang2nya mereka itu penyibuk dan pasti akan mengambil tahu kalau2 engkau perlukan bantuan.

3) jangan asyik hendak memberi saman.

adat orang kaya dan berada, semua perkara yang sumbing itu mesti ada penerima balasnya. situasinya begini: ahmad cabar ali terjun dari tingkat atas rumahnya. soalannya, bolehkah ahmad dipertanggungjawabkan kalau2 ali patah kaki? ahmad mmg sial kerana mencabar. tapi ali itu tidak sekolah, kah?

kalau ada orang tolol menjual produk rosak, jangan salahkan dia. dia cuma berniaga. ada orang acukan pistol memaksa kau beli, kah?

4) media, kita sudah ada melodi. cukup satu.

aku rimas bila berita tv hendak menjadi tabloid. gemar sangat dengan info hasil dari provokasi. dan ubahlah soalan2 engkau. orang sedang bergelut dengan ranap dek kehilangan anjing kesayangannya, kau tanyakan perasaan. orang sedang panas kepenatan, kau lagakan dengan pihak2 lainnya.

benda kecil, kerana engkau, jadi besar.

*diam*
haih...

kalau difikir2kan semula. semua ini terjadi kerana rasuah.
tempat yang tidak mungkin lulus, dapat setuju.
politik wang.

malas hendak mula. nanti berderet.

wang tidak ke mana. cuba lihat video wukuf tempoh hari. semua sama. tidak ada beza. tidak perasan langsung yang ini kaya, yang itu miskin.

maka jangan angkuh.
kita sama.

al-fatihah untuk mereka yang dibeban dugaan.
pembaca sini ada lebih 400 (termasuk yang tidak melanggan puisitepijalan)
kalau ada rezeki lebih, dermakan seringgit. jadilah.

rm 400.
kalau pun sekadar sepalit, walaupun tidak seberapa, dapat juga buat dibeli tisu dan tuala.

jom?