Thursday, March 29, 2012

tolong

situasi di sungai deras. di depan mata-- manusia lemas.
kau boleh hulur segala jenis kayu dan pelampung.
kalau tidak disambut kembali--
bermakna dia memilih mati.
dia memang tak mahu ditolong.

kita takkan mampu selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan.

bagilah alasan apa.
tak mahu kawan kita makin hanyut bergelumang dosa.
tak sanggup kekasih berterus dengan dadahnya.
tak kudrat pandang ayah mabuk setiap masa.
tak ingin lihat saudara tetap tak beragama.

kau seret dia balik,
kau bilas dengan 77 air kolah masjid,
kau jemur dia di puncak bukit--

selagi dia tak mahu dibantu;
dia TETAP tak mahu dibantu.

pertolongan--
wahai sekalian manusia--
datang dari DIRI kita sendiri.

maka berhenti jadi pahlawan.
orang--
kalau tak mahu ditolong--
akan melawan.

Wednesday, March 28, 2012

cakap

cakap senang. memang. cakap. dan siap. tak perlu dikederat tulang, tak perlu digerak pinggang.

cakap.
dan selesai.
macam perlu sangat cakap--
macam terlalu perlu membuktikan pandai.

tuan penasihat tak berjemput--
aku panggil golongan begini.
so uncalled for.

aku ada sebab kenapa aku tak suka berkawan rapat sangat.
bila kita ada kawan rapat, kita vulnarable.
kita izinkan dinding besi perisai tubuh kita dibawahkan.
kita bukakan jantung kita untuk diacu tepat dek lembing beracun lipan.

memiliki orang yang berada di kerapatan begitu,
bukan sesuatu yang aku percaya aku perlu.

call it whatever you want.
trust issues.
inferior.
what have you.

tapi aku adalah pahlawan aku sendiri,
di mana aku adalah kerajaan yang aku payungi,
dan aku jualah puteri yang paling mahu dibunuh mati.
aku adalah segalanya.
dan aku terdahulu sebelum apa jua.

kerana memberi awan pada serigala2 tamak takkan memberi apa,
kecuali meminta pelangi pula.

aku begitu selalu lekas2 mahu lari dari tuan2 penasihat tak berjemput begini. kau takkan jumpa manusia tak kau kenal melukut di tepi bertiba2 memberi cakap2 dan nasihat berguni2.

itu orang gila.

hanya orang yang seolah2 mengenali engkau akan sibuk2 memberi kata2 seperti dia lebih tahu segalanya. dan orang2 sebegitu akan lekas singgungnya bila tidak kau turut dan angguk padanya.

itu;
menjadikan kita gila.

cakap memang senang.
cakap.
dan siap.

itu dasarnya sifat manusia biasa, agaknya.
manusia2 yang perlu hidup simbiosis kononnya atas nama komuniti atau masyarakat bersama.
aku nasihat kau, kau nasihat aku.

yang kelakarnya:
asyik dia yang nasihat kita.
kita?
baru bukak mulut dah dipengkes sampai hilang kata.

cakap main taram--
cakap pakai hentam--
kata orang kampung.

aku ingat lagi ketika usia aku belum pun cecah 11. malam tadinya arwah bonda aku nazak. namun ajalnya masih belum sampai, maka esoknya aku ke sekolah tanpa menyiapkan kerja sekolahan yang diamanahkan.

merah pipi aku dilempang guru aku. dia tanya kenapa.
aku bilang: emak nazak.
dia senyap. mungkin tersedar tamparan tadi sebenarnya agak keji. dia balas: habis? kalau sebelah tangan emak, tangan sebelah lagi tak boleh tulis?

cakap senanglah, setan.
kau cakap mudahlah!

aku juga ingat ketika sepanjang tahun aku dipulaukan seluruh tingkatan kerana mereka memikirkan aku yang menjadi balaci cikgu memberitahu tempat2 persembunyian-- semata2 antara alasan aku dinaikkan pangkat dari murid nakal sekolah ke jawatan pengawas tertinggi adalah kerana aku akan jadi anjing.

bertahun aku tanggung senyum mati. ambil wudu' disalak2. mau solat, sejadah aku disepak2. selesai sekolah, bila nama sudah naik, mereka cuma sengih2 dan kata: alah.. kita semua budak2. memaafkan lebih mulia. melupakan lebih indah. seumpamanya.

cakap senanglah.

"macammana nak buang hasad saya pada kawan baik saya sendiri?"
"kenapa saya masih tak boleh buang marah saya pada makcik saya yang memfitnah keluarga saya?
"sampai bila saya nak menangis mengenang kekasih yang sudah lari?"
"kenapa dari dulu sampai sekarang saya tanggung semua benda atas kepala saya?"

MEMANGLAH jawapannya ada dalam buku.
semua ADA.
apa jua jawapan yang baik2 dan mulia--
ITULAH jawapannya.

atau, kalau mau bagi jawapan yang terus potong SEMUA soalan--
jawab dengan respon agama.
solat.
sedeqah.
amal jariah.
puasa.

selesai.

cakap senang la.
itu sebab kadang2 seronok pulang paku buah keras pada tuan2 penasihat tak berjemput ini.
bila dia pulak memberi soalan yang sama--
ikutkan hati, rasa nak terus pegang bahu2 mereka dan kata sambil melihat tepat pada matanya:
solatlah.

haha.
tapi tak sampai pulak hati.
maka kita diam.
dan biarkan dia bercerita.

sebab sesungguhnya--
ada benda,
kita TAK PERLU pun beri respon apa.

mereka cuma nak bercerita.

cakap--
memang senang.
mendengar sambil diam--
ITU yang mustahil.

Tuesday, March 27, 2012

biadap

biadap ni berjangkit. tak caya, cuba sorang mulakan. tak sampai sesaat, nescaya bersambung2 biadabnya. tak kira siapa: apa darjat, apa jantina.

kalau terbiadab orang depan kita,
terbiadab jugalah kita nantinya.

dan macam demam yang datang melanda, biadap datang dengan petanda. tidak ia dengan selesema, tapi hingus bahasa merimas. tidak ia berpedih mata, tapi dedar hati yang panas.

tak ada orang membiadap tiba2.
semua datang dengan tertibnya.
tak percaya--
perhati.

akak pejabat yang mulut celaka--
tidak dia membusuk tak semena.
kawan sekelas yang bibir neraka--
tidak dia membangkai tak disangka.

berbahaya sekali--
biadap ini.
hati2.

tak ada siapa imun darinya.
sebelum terjangkit--
lari.

Monday, March 26, 2012

kesumat

vengeance is a goal when achieved left you saying:
"ok. now what?"

hidup dengan dendam dan kesumat cuma memberi kamu penat.
segala usaha dan daya dikumpul untuk membayar perasaan puas yang cuma habis di satu masa yang kau aju tepat.

soalannya;
setelah selesai dan terlunas--
nak ke mana?

my point is,
kau nak sesuatu untuk ENGKAU sendiri--
atau untuk manusia2 kanan dan kiri?

sebab dengan setiap kekayaan dan kemewahan yang melimpah2 seluruh tubuh dan kepala--
cuma kau yang mengetahui--
betapa engkau tak tau makna bahagia.

let it go.
mereka memang binatang bajingan jalang gelandangan.
yes.
i know.

but.
just--
let it go.

Sunday, March 25, 2012

balasan atau kebetulan

random thought:

what if all these things we have been calling dugaan are plainly balasan of things we have done.

macammana kalau sebenarnya semua benda yang menjadi rintangan dan kita namakan sebagai ujian tuhan adalah sesungguhnya kifarah pada perbuatan2 kita juga?

bermakna;
kekurangan dan halangan yang kita ada--
adalah sesuatu yang selayaknya untuk kita..?

bermaksud;
ini adalah pemberitahuan tentang betapa kita ini masih terlalu banyak dosanya.

*pause*

apa yang membezakan ujian tuhan--
dengan balasan atas muka bumi miliknya?

itu soalannya.

Wednesday, March 21, 2012

spm dan analogi tentangnya

SPM is just your front door. and your result is your vehicle parked right in front. ada orang dapat porche. ada orang cuma EX5. ada orang dapat basikal. ada orang TAK ADA langsung.

life is just that. full of cruel ironies.
luck.

kadang2 kita belajar macam orang gila pun--
result kita tahi.
kadang2 kawan kita tak pernah baca pun--
result dia seksi.

rezeki.
bukan di tangan kita.
mana tahu, nasib kita dapat penanda yang sedang tak ada mood dan hati.
siapa sangka, taqdir kita tertulis lain dari yang kita fikir kita bagi.

whatever it is--
with whatever vehicle parked right in front of that door of yours--
be happy.

kalau tidak pun;
nangis puas2,
let it go--
and bounce back--
and be happy.

kereta apa sekali pun di depan rumah tadi;
soalan yang paling mahal adalah
siapa sampai destinasi.

ada kereta besar-- betul; boleh sampai paling lekas sekali.
TAPI. kadang2 jadi lalai. bawak sampai kemalangan mati. bawak dengan bongkak diri. bawak dengan keyakinan terlalu tinggi.

kan?
so they have better chances.
awak cuma ada kaki.
so what.

hanya orang2 yang pernah merasa rugi tahu harga sesuatu yang dibeli.
ya. sakit. bila kita buka pintu rumah dan cuma lihatkan kenderaan kita tak sehebat yang kita mimpi.

but such is life.
LEARN FROM IT.

kamu cuma ada dua pilihan.
love what you have. redha dan rela.
dan kata: how ever long this journey would take me-- i am UP FOR IT. aku cabar diri aku sendiri.

atau.

play it safe. masuk balik. duduk atas sofa. buka tv. dan tonton semua kejayaan orang melalui siaran yang kamu langgani.

adik2,
rempuh saja onak duri.
benda senang takkan sama manisnya dengan apa yang terpaksa kita kerah peluh darah deminya.

benar.
duit takkan bikin kita bahagia.
tapi.
itu ayat defensive orang tak rajin.
sudah malas--
main terima dan hadap saja.

orang rajin--
SAMPAI MATI akan rajin.
banyak sikit untung bukan dadahnya.
tapi perasaan MENGETAHUI dia sudah berusaha--
cuma terpulang pada tuhan untuk memberi:

ITU candunya.

apa yang aku belajar dahulu:
beramal bagai esok mau mati.
berharta bagai hidup seribu tahun lagi.

*pause*

tapi ye lah.
usaha NAK berharta seribu tahun.
NAK.

harta hari ini--
nak hidup sampai lusa pun macam nak semput.
HAHAHAAH.

Monday, March 19, 2012

riba bonda

apakah wujud lagi budaya emak2 kita yang meribakan kepala anaknya sambil mengopi di depan tibi bersebelah2 dengan makcik2 kita yang juga meriba anak mereka?

dan berada dalam situasi itu--
sang anak2nya disental bagai gila mengeluarkan daki dengan minyak kelapa sambil dibebel2 selebet rupanya?

apakah masih ada semua ini?
atau sudah hilang kerana masa keluarga dewasa ini cumalah berada bersama menonton astro seluruh keluarga?

kenapa hendak dicakapbisingkan betapa kita sudah jadi individualis--
bila semakin lama--
kasih sayang sesama keluarga kita--
bukan lagi melalui sentuhan?

peluk memeluk--
ya masih ada.
tapi yang dipeluk--
bukannya keluarga.

semoga kita tidak lupa.
sesuatu yang suatu masa dulu semua.

Tuesday, March 13, 2012

monolog pekat malam

there are days when i just stop everything and start looking at the mirror--
looking for my mother.
no matter how hard--
i still cant find her.

the only memory of her was of her deathbed.
and some foggy sight of her faded soul--
torn,
shredded,
holed.

such days are today.

i wonder if have her still--
might i be more of grace?
more poise and laced?
be womanly in soul and face?

sighs.

29 years of age--
and i still have no clue--
on how to NOT be a shrew.

i am my father's child.
a girl--
raised by pack of wolves.

the jungle book might be fun to watch,
great to tell, jovial top notch.
and yes, mowglee DOES love his bagheera and baloo--
but inside the show, might none know what mowglee knew?

i am--
all this while--
a girl.

and not a wolf so wild.

Monday, March 12, 2012

tentang anjing dan debat yang datang di antaranya.

pada suatu hari,
seorang islam pulang ke arah kediamannya.
dan pada hari yang sama, di waktu yang tepat itu,
seekor anjing berada di hadapannya.

lapar--
anjing itu.
ia tidak memberitahu secara vokal.
tapi seorang islam itu seolah terdengarkan bisiknya tebal.

seorang islam tadi tanpa sempat mendolak-dalik,
lekas2 memberi cebis2 yang entah bagaimana dikebetulankan wujud pada hari yang sama dalam waktu yang tepat itu tadi.

lahap--
anjing itu makan.

seorang islam tadi kembali pada perjalanannya.
namun dia perhatikan anjing tadi mengekor dan membuntutinya.
seorang islam itu membiarkan.

nanti2 akan pergi juga;
pesannya dalam hati.

namun di hari esoknya selepas pada suatu hari itu,
anjing itu tetap ada.
tidak berbuat apa2.
cuma mengekor dan membuntut sahaja.
cuma di sekitar perjalanan sahaja.

setiap hari.
setiap masa.

di sekali-sekala,
anjing yang pendiam itu merapati seorang islam tersebut.
ada hari2nya,
seorang islam itu merasakan kasih anjing itu mahu disambut.

*pause*

kisah ini cantik bila di baca.
betul?
akan ada berjela pujian kepada seorang islam tadi yang begitu baik hati memberi makan pada anjing lapar di suatu hari.
akan ada berpuluh2 pautan hadith menjulangnya sampai ke mati.

sekarang.
kalau aku kata kisah ini adalah kisah benar.
terjadi pada seorang melayu.
pada aku.
dan untuk menambah garam pada lukanya,
aku sertakan wajah anjing itu.

dalam berapa saat sahaja akan penuh hujah terbelah tiga mengenainya:
yang maki.
yang memahami.
yang tak ada kendiri.

*pause*

BEGITU--
adalah prejudisnya kita.

*menung sedikit*

kita memberi hukum dengan tidak adil, kan?
it's always personal.
always.

religion is JUST another universal politic.

truth is:
you hate the doer.
not the action itself.

selamat malam.

Sunday, March 11, 2012

anak



pembaca dan pemantau di malaysia terbahagi dua ketika menonton klip ini.
satu: yang marah pada kekejaman anaknya.
dua: yang marah pada mereka2 yang marah pada kekejaman anaknya.

tiba2, ada wirawan2 internet yang berkata anaknya sebenarnya mati kemalangan-- maka terbiarlah nenda tersebut sendirian di hotel yang haram tak diketahui mana duduknya. puas aku hujahkan ketidaklogikan kemungkinan itu berdasarkan pengalaman memiliki ahli keluarga yang mati dalam keadaan terkejut.

kalau sungguh meninggal, kita2 yang ditinggal ini biasanya akan mengambil tanggungjawab membiarkan telefon bimbit sentiasa hidup untuk dibagi perkhabaran meninggalnya.

ok.
ketepikan yang itu.

selepas dicari-- kita jumpa anaknya.
alasan dibagi: dia orang susah.

anak makcik tua itu berkata:
"takkanlah tak sayang mak, bang.
saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa."

tinggalkan hotel dan hilangkan diri.
oh.
itu rupanya selesa.

*hentak dinding de tepi kanan bahu aku*

secara jujurnya, memang INILAH antara alasan2 BODOH orang setiap hari. PALING KLISE kita dengar dari bibir2 manusia jagatraya yang super defensif demi menyelamatkan punggung sendiri.

pembaca dijemput membayangkan jawapan "saya orang susah" ini di apa jua situasi: dari "kenapa kau mencuri", "apa sebab kau melacur", "kenapa kau jahat laku" hinggalah "apa musabab kau berperangai begitu?".

susah.
apa maksud 'susah'?

abah aku ada satu frasa yang boleh potong SEMUA alasan yang wujud dalam kehidupan sehari2.
bagilah alasan apa juga.
demam, tak larat, penat, tak ada semangat--
lekas saja dia tanya:
"boleh buat macam ni?"
sambil buat gaya menyuap nasi ke mulut sendiri.

pada askar tua itu,
kau belum susah SELAGI kau mampu.

dalam dunia ini, 'susah' bukan satu masalah. yang ada cuma malas dan rajin. kau hendak makan, KAU KERJA. kau hendak senang, KAU KERJA. kau hendak kaya, KAU KERJA. jadi tak jadi hasilnya-- bukan soalnya. kerjalah macam orang gila-- yang penting kau laksana-- kaya tak kaya, itu TUHAN PUNYA KERJA.

malulah.
orang kudung pun boleh bayar makan sendiri, kau yang elok sifat-- nak mengaruk2 suruh orang peduli.

siapa kata tak ada kerja?
hendak seribu daya.
dan kalau rezeki cuma kerja jolok sawit,
kerjalah saja.
jangan bising duitnya sikit.

jangan tolak peluang tuhan menguji sabar kita. redha tak redha kita ITU habuannya. setimpal tak setimpal ITU ukuran sabarnya.

kalau kau banding teratakmu dengan mahligai orang, pastilah jelas susahnya engkau. tapi kenapa perlu engkau pilih untuk jadi buta? ya. secara duit-- kau lebih susah. TAPI. secara trafik di bawah nanti? yang kaya lebih banyak terima masalah. nah. sekarang. SIAPA lebih susah?

tapi ah.
bagaimana susahnya kita di hari ini takkan sepayah tok abah kita yang sampai meneguk air sabun dipaksa jepun. tak ada sampai perlu menjolok garam bersama nasi beralas daun. kalau ada terlepas nasibnya, ada badan2 yang diamanah menjaga haknya.

banyak tak banyak sahaja.
hendak tak hendak semata.

tapi ah. aku berani kata, yang sibuk memberi alasan "susah-- maka aku berlaku sedemikian" bukanlah yang benar2 susah orangnya. aku pernah bekerja untuk badan kebajikan masyarakat susah. aku mahu kata orang yang BETUL2 susahnya SEBOLEHNYA tetap mahu hidup bersama. kalau BENAR terpaksa menjauh demi kebaikan bersama-- bagai terkoyak jiwa dan raga. pedih maungnya ketika memaling-- KITA YANG MELIHAT ini pun tersiat jantungnya.

orang begini--
yang betul2 susah ini--
adalah gagah.

bila mana seseorang itu sudah tidak punya APA2 selain allah--
DIALAH orang yang sudah memiliki segala2nya.
(quote: di bawah lindungan kaabah)

tuan2 dan puan2,
akan datang satu fasa dalam hidup kamu--
yang kamu akan kehilangan SEGALANYA.
aku BERSUMPAH atas nama Allah--
ITULAH harinya solatmu akan terasa TERPALING karib sama tuhanmu.

dan selepasnya,
akan datang kebangkitan satu-persatu;
menangislah.
kerana orang2 yang sudah kembali bahagia--
akan kembali juga pada lupanya.

*pause*

kita BUKAN orang susah.

*menung lama*

susah, konon.
kalaulah kau tahu susahnya mengendong engkau berbulan2--
dan azabnya merasa mati yang sekejap itu--
SEMATA2 mahu memberi kau nafas pertamamu;

nescaya sampai ke mati kau hirup air kaki ibumu.

Wednesday, March 7, 2012

random thought

aku terfikir;

bila mana ada yang memberi hujah: ilmu itu hak tuhan, maka mengatakan sesebuah idea itu milik kita adalah seperti dosa;

izinkan aku tanya:

mengaplikasikan fikiran tersebut pada 'setiap perkara adalah miliknya', maka bukankan tidak perlu ada apa jua jenis bayaran untuk setiap perkara tadi?

kerana semua itu--
adalah milik tuhan juga?

bermakna
rumah yang kita sewa--
kereta yang kita beli--
ikan ayam daging yang kita bayar--
apa jua yang melalui transaksi--
seharusnya percuma juga;

kerana setiap perkara tersebut
adalah milik tuhan juga.

*pause*
*puzzled*

apa juga hujah yang kau ada--
bila orang dah guna sentimen tuhan--

potong.

my advice:
move away.
blah.
kau takkan menang.

Tuesday, March 6, 2012

bogel

di sini, ada jamban awam untuk perempuan yang tak ada pintu dan dinding.

jenis sambil buang air boleh toleh member sebelah sambil cakap "wasssap".

(-_____-)"

sanggup tak kencing-- aku.

dan di sini juga, locker room yang aku guna setiap jumaat sebelum dan selepas swimming di pool menyaksikan perempuan2 dari segenap usia berjalan lenggang dan kangkung secara bogel literal.

juga--
jenis jalan bulat2 boleh usha kawan2 atas bawah sambil cakap "wasssap".

(-_____-)"

sanggup tunggu semua balik baru salin-- itu aku.

*pause*

jangan kesiankan aku sangat.
sebab lepas aku cerita sama suami (yang juga saban minggu bersama swimming), dia cakap:

yang,
locker saya pun sama.
tapi lagi buruk--
jantan semua.

BWAHAHAHAAHAHAHA

Thursday, March 1, 2012

pencurik

hanya kerana apa yang kau pernah fikir itu ditulis orang--
tak menjadikan kau tuan pada fikiran engkau yang ditulis orang itu;
seraya menjadikan tulisan orang tadi
hak engkau untuk kau lelong2 sebagai milik sendiri.

hanya kerana kau pernah mendengung melodi yang sekarang dilagu orang--
tak menjadikan kau empunya bunyian yang dinyanyi orang itu;
seraya menjadikan lagu orang tadi
hak engkau untuk kau lelong2 sebagai milik sendiri.

seperti kau cipta resipi terlazat dalam kepala--
selagi bukan kau yang membancuhnya pertama--
APA YANG DALAM KEPALA KAU--
TETAP CUMA ADA DALAM KEPALA.

hormatkanlah buruh2 ilham yang menggembeling peluh dan darah
menyulam rasa menghiris jiwa di pekat malam gelita.
senang2 kau ambil tanpa peduli--
dan mengganti bin dan bintinya suka2 rasa di hati.

dasar pencuri.

kalau benar mau main bangsat,
rompaklah.
tikamlah.

depan2.
bukan curi2.

aku mau tengok.
berapa lama kau hendak begini.
penulis, konon.
penyanyi, konon.
pendidik, konon.

pencurik!!!