Tuesday, April 30, 2013

selamat mengundi

"pilihanraya dah nak dekat. mulut tolong jaga. kita umat muhammad. nabi tak pernah ajar kita guna mulut kita maki orang WALAU PUN dia tu orang tak betul."

ustaz don daniyal.

fabiayyi aa laa irabbikumaa tukadzibaan?
maka yang mana satu di antara nikmat2 tuhan kamu yang hendak kamu dustakan?

ar-rahmaan.

hmmm...
jadi?
nikmat yang mana?

mengutuk-keji memaki-caci SAHAJA sudah beratus nikmat tuhan kita dustakan.
tapi tak perlu aku senarai semua.
aku bagi dua:

1) nikmat akal yang berfikir
2) nikmat lidah yang melafaz

haih..
sedih, kan..?

kita lebih baik dari ini.
kita ada akal.
marilah memilih berbaik sesama manusia--
baik kawan atau pun lawan.

salam dari jauh,
cik kak yang hancur hati tak dapat mengundi ini tahun.

huwaaaaa!!!

Wednesday, April 10, 2013

perempuan kalau sudah cinta

aku baru membaca email dari seorang rakan tentang suaminya bercinta di belakangnya setelah sekian lama.
aku baca setiap butir ceritanya berulang2.
sampai kabur pandangan dek airmata.
yang aku bayangkan--
anak mereka.

dua minggu lepas aku ketahui salah seorang kawan yang pernah karib dengan aku telah berpisah dari suaminya.
juga--
punya anak berdua.

beberapa bulan lepas pun ada lagi.
seorang kakak yang rajin membaca di sini bercerita tentang suaminya memasang yang kedua.
terlalu hebat, kakak ini--
dia SENDIRI pinangkan madunya.
dia bilang--
dari mereka perlaku apa2 yang tak manis--
eloklah diselesaikan mereka.

banyak lagi kisah2 dan cerita benar yang tak sempat aku contohkan sekarang ini.
cuma yang dapat aku tuliskan adalah persoalan ini yang termuncul dalam kepala--
mereka2 ini--
mesti akan tutupkan email mereka--
dengan penyataan yang sama.

"jangan marah suami saya.
saya pasti ini salah saya juga".

*diam*

tak ada thesis, kali ini.
tak ada pendapat.
tak ada buah fikiran.

otak aku kosong.

mengambil contoh di atas,
kalaulah jenisnya tiga isteri di atas jenisnya berpeleser dan gayanya memintak bala--
tidaklah aku persoal dan pertanya.

haih.
entahlah.
benarlah kita memang takkan tau seluruh cerita.
aku pun bukan jenis mau bertanya perihal kain orang--
itu hak mereka.

cuma aku hendak tanya.
secara general.
secara terbuka.

kenapa...
perempuan sentiasa membuat alasan...
untuk orang2 yang menghancurlumatkan hatinya jua...?

kenapa...?

ps: TOLONG jangan serabutkan aku dengan sexist remarks seperti 'lelaki semuanya sama' atau 'perempuan semuanya sama', seumpamanya.

dunia,
apa sudah jadi..?

ke mana cinta hilang dan pergi?

Friday, April 5, 2013

dwibahasa

aku menyedari ramai di kalangan kita melayu mula berminat menjadikan anak mereka celik bahasa kedua. tidak kiralah bahasa arab atau bahasa inggeris. mungkin bahasa mandarin. sila isi tempat kosong.

alang2 aku ini pelajar bahasa, sedang dan masih berurusan dengan kareer pendidikan bahasa, izinkan aku perbetul sedikit kesilapan para ibubapa dalam menanam skill bahasa kedua dalam anak2 kita.

bear in mind, though;
SEMUA anak2 kita adalah unik.
satu formula yang mungkin berkesan pada seorang anak;
ia TETAP berkemungkinan tidak memberi impak pada anak yang satu lagi.
kita semua ada otak berbeza. dominasi otak berbeza. kelebihan motor skill berbeza.

maka sila sensitif.
and dont be too hard on your children.

macam bab makan sayur la.
lagi kau paksa dia makan--
lagi dia tak hingin.
sanggup muntah bagai.
padahal umur 16 tahun, reti pula nak makan ulam2. suka pulak tu. tahap tak boleh makan kalau takde sayur.

*pause*
aku la tu.
bwahahaha.

ok serius.

when it comes to language,
you have to WANT it.
it is not something you can force upon.

sebab itulah ada orang duduk 15 tahun di negara orang--
tetap bercakap bahasa mereka sendiri.
sebab tak nak cuba / mula guna.
ada orang baru dua bulan hidup di tempat orang--
bukan main fasihnya.

hendak seribu daya.

ok.
let us talk business.

antara kesilapan paling besar dalam didikan bahasa ibubapa pada anaknya adalah--
mencampur-aduk bahasa.

bahasa rojak tidak salah. tapi HANYA setelah pengguna bahasa sudah fasih dengan kedua bahasa. TIDAK sebelumnya. jika tidak, terjadilah masalah tatabahasa yang payah diperbetul; atau dalam istilah linguistiknya-- "fossilization" yakni sudah jadi fosil. kalau tak tau fosil itu apa, jemput buka buku sains.

fossilization adalah situasi yang paling menyakitkan hati seorang cikgu kerana bila kami para guru memperbetul anak murid-- ia tidak diterima. alasan biasa: "dari kecil saya guna macam tu. semua orang keliling saya menggunakan perkataan / frasa itu. cikgu, takkan semua orang salah? cikgu sahaja nak rasa betul".

oh dem.
contoh paling senang: "congrate".

PERGH. kalau aku jumpa la siapa yang start guna perkataan "congrate" demi menggantikan "congratulations" ini, memang aku lempang pastu cakap "congrate abah mu". dah satu negara guna "congrate". ya. malaysia SAHAJA. buat malu.

begini. justifikasinya, apabila ibubapa sekadar mencampuradukkan bahasa, mereka tidak menitikberatkan grammar yang terselit bersamanya.

begitu biasa kita dengarkan di pasaraya:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

seems harmless, right?
wrong.

inilah masalahnya.
inilah punca nanti2nya di dalam buku sekolah dan status facebook: "kak ziana zain, saya suka akak la. you are so inspire".

bila kita alihbahasa secara langsung, ibubapa melayu biasanya tidak mementingkan grammar. tidak salah hendak rojak. TAPI pastikan ia betul.

bahasa melayu mengekalkan kata akar dalam setiap situasi. bahasa inggeris tidak. bahasa arab tidak. bahasa russia juga tidak. bahasa hindu juga tidak.

maka andai BENAR2 mahu menggunakan bahasa rojak, PASTIKAN pilihan kosa kata itu tepat dan betul. kita ambil contoh tadi.

"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

merojak dengan betul:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight. macam semalam, you cried. mummy tak suka"

nampak?

ok. didasarkan dari pengalaman disulam ilmu kami para linguist, izinkan aku cadangkan dua usul yang paling asas untuk diikut. hakikatnya ada terlalu banyak lagi kaedah menerapkan budaya bilingual di kalangan anak2. tapi memandangkan tema utama tulisan ini adalah "membetulkan benda paling basic mak abah melayu yang nak anak2 dia cakap omputih", aku bagi ini sahaja.


1) guna ayat lengkap.

kalau hendak cakap bahasa inggeris, habiskan seluruh ayat bahasa inggeris. kalau hendak cakap bahasa melayu, habiskan seluruh ayat bahasa melayu.

setiap bahasa punya rhetoric yakni gaya bahasanya. ia ada banyak kena-mengena dengan aspek psikolinguistik dan sociolinguistik. mencampur-adukkan bahasa akan menimbulkan banyak masalah.

tidak susah.
dan tidak ada buruknya.
malah akan lebih kelihatan kemas dan tersusun.

contoh:
"what are you talking about, abang long? tadi mummy dengar abang long marah adik. dont you lie to me now"

sedap, kan?
berbanding:

"apa awak talk ni, abang long? tadi mummy hear abang long angry adik. jangan lie pada mummy sekarang"

benci, kan?
macam kita benci skrip drama datin2 berangan di tv itu.
maka jangan buat.

yang terbaik adalah mak guna satu bahasa, abah guna satu bahasa lain. andai ia dimulakan dari kecil, otak anak2 kita akan terbiasa melakukan language shift tanpa dipaksa. this works wonders.


2) alihbahasa perkataan yang bukan kata kerja.

KALAU memang KENA jugak rojakkan bahasa yang kalau tak rojakkan boleh tahap mati ke, rojaklah. TAPI alihbahasa perkataan SELAIN kata kerja yakni verb.

seandainya ibubapa tidak fasih dengan past, present atau future tense, JANGAN gunakan tanpa kepastian. translate everything EXCEPT the verb.

contoh:
"normally, i makan dekat school. tapi sejak last week, i mula makan dekat this one awesome restaurant.".

naaaaahhhh.
nampak permainannya?
lebih nampak terpelajar, bukan?

bandingkan dengan:
"biasanya, saya eat dekat sekolah."
(sorry, cant find a better example. maka terpaksa bagi contoh yang grammatically correct juga)

masalah yang paling selalu timbul adalah bila ibubapa mengganti makna perkataan2 yang berlainan tense. contoh sudah bagi di atas tadi. boleh rujuk semula.

maka kalau BETUL nak rojakkan, BE SURE you do not sound ridiculous.


3) jangan poyo depan orang SAHAJA.

ini ditulis dari pengalaman aku di salah sebuah pasaraya di kolumpow.

mak:
(sambil kuat2 suara, mengerling kiri-kanan)
adik, come come.

anak:
(mungkin 6 tahun. mungkin juga 7. umur pandai menjawab. tidak bergerak. pandang ibunya dengan kening berkerut)

mak:
(suara makin tinggi)
why degil? come. come. we go. come.

anak:
(masih tegak)

mak:
(datang. cubit. aku awkward. sebab aku sedang duduk di sebelah anak kecil itu)
kenapa tak listen?

anak:
(kelihatan marah kembali)
apa...? kenapa cakap english?

HAHAHAHAHAHAHAAH.
burn.



menemui ibubapa di mana2,
APA SAHAJA BAHASA--
asalkan cantik, kemas dan betul gunanya--
kool lah dia.

kalau bahasa rojak tapi bunyi macam tahi--
percayalah--
tidak kool mana.

berbanggalah dengan bahasa sendiri.
tapi jangan pula sehingga menghina bahasa orang.
macam satu masa dahulu fakulti aku dicadangkan fakulti lain agar ditutup. atas alasan "bahasa inggeris adalah bahasa syaitan".

pensyarah aku respon dengan senyum dan tenang:
"ketika iblis berbual dengan rasulullah. bahasa apa yang mereka guna?"

badum badum tassssss!!!

bahasa tidak menentukan kita siapa, kasta apa, golongan mana.
maka tolonglah.
rilek2 saja.


selamat jumaat.

Tuesday, April 2, 2013

buli

BAGAIMANA yang namanya layak dipanggil 'buli'?

benar.
yang jenisnya ditolak ke dinding tepi,
dipukul talu,
dibantai biru.

namun jangan dilupakan yang buli itu--
tidaklah perlu didarahkan.
tidak juga perlu disompekkan.
tidak ia sesuatu yang kelihatan.

merasa menjadi mangsa.
seperti ditindas keadaan.

buli.

asal namanya terganggu akal dan badan--
itu namanya buli.
menekan orang yang lebih gemuk, buruk, pendek.
itu namanya buli.
menghina orang yang lebih kaya, berjaya, cantik.
itu juga namanya buli.

verbal. tulisan. sentuhan.
apa pun cara yang digunakan.
buli tetap buli.

raikan perbezaan.
kita sudah di fasa ketiga hidup kita.
fasa berkeluarga.
fasa fikiran mula berguna.
fasa marah dah habis.
fasa dah puas nangis.

ajar anak2 kita menerima DIRI MEREKA.
ajar anak2 kita yang mereka MEMANG tidak sempurna--
begitu juga manusia2 di keliling mereka.
ajar anak2 kita yang kita TETAP kasihkan mereka--
bagaimana tidak sempurna.

manusia2 yang membuli adalah manusia2 yang tidak tercukup cinta dari keluarga mereka.
merasakan cinta dan kasih itu sesuatu yang perlu dilayakkan--
maka mereka membenci mereka2 di luar sana yang mereka FIKIR tidak layak untuk dilayakkan.

dan dari kebencian itu, mereka2 ini memperkukuh temulangnya. menjadikan mereka gergasi2 yang tujuan dalam jiwa cuma mau menjadi intimidator dan pembuli abadi.

pembuli tidak tahu mereka pembuli.
mereka membuli atas apa yang mereka FIKIR mereka perjuangkan.

agama tidak pernah mengajar penganutnya membuli.
ilmu tidak pernah menyuruh penuntutnya membuli.

atas apa pun alasannya--
sebenarnya--
seorang pembuli membuli kerana DIA sendiri.

selamatkan anak2 kita.
sayangi anak2 kita.


selamatkan mereka dari menjadi iblis di kalangan manusia sendiri.

surat yang memang tak mungkin sampai pada tuan2 punya bank

menemui semua jenis bank dalam dunia,
secara spesifiknya--
malaysia.

tuan,
tajuk: KEPERCAYAAN KEPADA KEBAIKAN MANUSIA.

nama saya fynn jamal, dan saya menulis secara terbuka untuk sesiapa sahaja yang bakal menerima surat ini.

tuan,

sudah datang harinya pihak tuan memikirkan satu sistem di mana akaun simpanan rakyat biasa boleh menerima kemasukan dana tanpa limitasi.

begini.

didatangkan dari pengalaman, saya adalah antara keluarga bertuah kerana berpeluang menyaksikan kehebatan cinta sesama strangers di malaysia. ketika jantung anakanda saya serius dalam keterdesakan dan memerlukan wang yang saya tak pernah nampak pun seumur hidup saya banyaknya--
muncul berpuluh ribu rakyat malaysia yang langsung tidak saya kenal mau membantu.

pelbagai jenis amaun, dari sekecil2 rm1 sehinggalah ke ratus2 duit, menderu2 setiap saat ke dalam akaun.

tuan,

sudilah kiranya pihak tuan faham yang perbuatan sistem yang automatic block akaun adalah sedikit menyusahkan. mungkin pihak tuan tidak memahami bagi mana2 ibubapa dan keluarga si sakit, sebolehnya kami tidak mahu ke mana2. sebolehnya kami mau setiap masa di sebelahnya. meminta kami ke bank berkali2 demi proses block dan unblock adalah begitu merimaskan dan melecehkan. tuan tidak boleh bayangkan betapa kami ini sentiasa dalam kebersediaan menunggi dipanggil tuan doktor demi apa2 makluman.

kami fasih adanya sistem simpanan semasa. tapi dengan pelbagai requirements demi membuka akaun tersebut, bersekali hakikat tidak semua orang mampu untuknya--
pertimbangkanlah kesuntukan masa kami bila pihak tuan minta kami datang ke cawangan tuan demi membuka pelbagai jenis yang bukan2-- bagaimana relevan pun.

tuan,

perlu tuan ingat--
kami perlu cepat.

mungkin; cuma mungkin, pihak tuan yang bijaksana boleh melakukan sesuatu dengan cara membuat pelepasan akaun buat sementara atau seumpamanya. entahlah tuan. saya ini bodoh sistem perbankan. apalah yang saya tahu. cuma saya minta pihak tuan dapat pertimbangkan.

tuan,

rakyat malaysia semakin ramai yang mempercayai cinta sesama manusia. semakin ramai menyukai berbuat kebaikan walau pada manusia2 yang tidak mereka kenal walau nama penuhnya. percayalah, tuan, kes2 sebegini akan berlaku lagi dan lagi dan lagi dan lagi. maka tolonglah kami dan dengarkan kami.

tambah pula apabila nombor akaun sudah disebarkan. perasaan menderma itu sudah ada, tapi berkali2 hendak dibantu-- asyik terpotong dek akaun yang asyik menghalang. sudah jadi kerja pula untuk asyik menelefon ibubapa dan keluarga meminta nombor baru yang akhirnya akan ditutup juga akhirnya.

percayalah--
perkemaskini sistem tuan.
tidak ada ruginya.

anggapkan begini,
setiap sen yang lalu bank tuan,
atas bantuan ikhlas tuan,
jariahlah ia pada tuan.

percayalah, tuan.

terima kasih kerana membaca surat saya. wallahi saya terlalu percaya satu hari nanti ia akan sampai juga ke mata tuan. satu hari nanti, siapa tahu, akan terdetiklah hati tuan untuk mengangguk setuju pada permintaan saya dan rakyat jelata.

sekian,
terima kasih.

yang benar,
ibu pesakit jantung yang pernah dibantu seluruh rakyat malaysia;
fynn jamal.

ps:
btw, tuan,
TOLONG jangan bukak tajuk insuran.


sekian terima kasih.