Friday, September 20, 2013

pilih anak

menemui adik2 dan kakak2 perempuanku yang aku kasihkan,
harap2 pesan2 aku hari ini menyentuh hati kalian dengan cara yang paling halus dan tidak disalahfahamkan.

dewasa ini ramai yang mula menerima hakikat ada di kalangan kita yang sedikit jauh dari jodoh. tidaklah ia sesuatu yang memalukan berbanding suatu masa dahulu. sedikit2, masyarakat mula belajar yang semua ini adalah ketentuan tuhan jua;
maka rata2 sudah reti redha dan menerima.

namun kalau sudah namanya perempuan--
kita tidak lari dari mengambil zuriat orang untuk dibesarkan.

adik2 dan kakak2 perempuan yang aku hormatkan.

izinkan aku memujuk kalian untuk mempertimbang kalau2 sudi mengambil anak2 yang bukan cuma panjang dua jengkal. pandang2lah anak2 perempuan kita yang sudah mumaiz dan terlepas fasa comelnya.

kurangkan ketaksuban mencari bayi semata atas dasar kemanusiaan. hujah aku: masalah mahram.

selepas usia anak 2 tahun, tidaklah lagi dapat dianak-susuankan sang anak tadi. maka betapa sukarnya anak perempuan berusia 6 tahun, contohnya, seusai didatangkan haid-- berurusan dengan bapa angkatnya nanti2.

bayangkan betapa janggalnya dia di rumah yang seharusnya dirasakan rumah sendiri.

kasihan, kan?

maka,
harap dipanjang2kan pesanan ini.

pada perempuan2 yang sudi mengambil anak2 sudah sedikit besar ini, dijemput ke mana2 rumah kebajikan yang kalian mahu. atau boleh juga PM aku-- pandailah aku rujukkan ke sahabat2 seperjuangan nanti.

anak2 lelaki besar pun ada yang memerlukan kasih sayang ibu dan bapa. lain, kawan2, membesar seluruh hidup dengan kawan2 semata2.

izinkan mereka merasa dicinta.

buangkan rasa ragu2 akan sifat mereka. soalan2 seperti "mampukah mereka kasihkan aku?", "jahatkah nanti perangainya?", "pencurikah dia nanti2 agaknya pula?"--

kerana sedangkan anak SENDIRI pun boleh jadi hantu--
maka siapa kita hendak persoalkan begini dan begitu.

kita sebagai ibu dan bapa cuma mampu lakukan apa termampu.

aku adalah perempuan yang terpaling hancur dan bersepahan jiwanya suatu masa dahulu--
menjadi seorang bundalah yang menyantumkan aku--
setiapnya--
satu-persatu.

hidup, ayuh berbakti.
mana tau,
satu dua pertolongan yang diikhlaskan--

diganti puji dari ilahi.