Tuesday, July 22, 2008

ampunkan aku wahai pembaca puisitepijalan

aku tau puisitepijalan adalah untuk meluah jiwa.
tapi entahlah...

maaf kawan2. aku minta ampun sebab hari ini aku hendak buat satu benda yang mungkin akan buat kalian mengaruk untuk menampar pipi aku.

ini semua angkara:
sue anna joe yang menghasut.

dan:
ali yang membuat sue anna joe hanyut.


maka inilah hasilnya.
fynn jamal yang sedang tidak waras.

maaf lagi dan lagi. kadang2 aku pun ada hari untuk jadi gila.
ni mesti pasal aku tengah serabut dengan tempat kerja.
fak betul.


ps: siapa berani, battle la.

Monday, July 21, 2008

mahu umumkan.

dengan ini, aku, nur affina yanti jamalludin, ingin mengkhabarkan yang aku ini akan dinikahkan untuk dijadikan suri hazrilfitri hadzir pada ogos terakhir 2008.

majlis akan pada tahun baru di kota tinggi, johor.
juga nilai, negeri sembilan.

nanti aku sampaikan tarikh untuk kalian turun menggegar, ya? merdeka ini, sekadar ada keluarga. tidak ada yg hebat2, cukup cuma melepaskan yang wajib.

doakan, ya?

*tiba2 aku malu untuk terus menulis.*

nanti2 lah ya?

*senyum dan gigit bibir sendiri*

universiti paling sucks antarabangsa.

bergaduh dengan universiti.
fak kau.

sebab aku pakai converse pegi kelas.
sebab aku lepak minum teh ramai2 dengan student.
sebab aku suka buat kelakar masa mengajar.
sebab aku tak suka bar pelajar.
sebab aku rajin beri latihan tambahan untuk beri markah lebih.

sebab aku tak join geng engkau yang sibuk hal beg prada.
sebab aku tak minat jadi cikgu tipah yang buat semua tidur.
sebab aku tak ada rasa mahu join politik pejabat.

sebab aku fynn jamal, maderfaker!

---------------------

*diam*

dugaan, ni fynn.
tuhan sedang uji kau.

tuhan, pimpin kelingking aku ini ya? aku sedang berusaha.
kekasihku, suamiku, tahan ya? aku sedang gila.

----------------------

kepada kakak2 sepejabat,
terima kasih sebab menjadikan aku titik fokus hidup kalian. harap kau tahu, anak2 kau sedang berpeleseran di KLCC dgn jantan. dan laki kalian sedang ada hubungan sulit dengan perempuan lain yang jauh lebih tidak sesempurna kalian.

well, you guys are bunch of perfect people, kan?
kami je yang fakap.

"fynn, i dont think you belong to this field"
airmata aku tiba2 jadi waja.
you do not have the rights to say this to my face!

padahal aku dah naikkan peratusan dalam masa satu semester.
padahal semua anak2 murid aku minta untuk aku terus mengajar mereka sampai tamat.
padahal pelajar kelas lain curi2 datang kelas aku untuk belajar.

argh.
kenapa? salahkah seorang pensyarah tidak mahu memakai kasut tinggi?
wajibkah seorang pendidik menjadi teman baik anak2 muridnya?
pelikkan seorang guru mahu membantu semua pelajarnya selain akademik semata2?

tahi!
aku nak berhenti.

tri, saya jadi suri sepenuh masa aja lah.
boleh?

Sunday, July 13, 2008

oh, pulau perhentian.

kekasih,
rindu aku.
aku jauh ni.

:)

Sunday, July 6, 2008

entri tiada idea ketujuh

nolalitalife: kenapa dunia ini tidak adil sekali?

dari kecil, aku benci along. semua orang tau. sampai besar, aku menyampah langsung pada along. setiap gerak matanya menjengkelkan. lebih memunah rasa adalah apabila setiap perbuatannya terlihat indah. padahal, dari tadika, akulah satu2nya yang sentiasa bawa pulang piala tempat pertama kedua ketiga.

semua orang sayang dan kasih pada along.
terutama abah yang sentiasa membelikan yang terbaik untuk along.
sedangkan aku sentiasa harus berkongsi dengan adik bongsu ketika itu.

tidak adil.

seorang kanak2 lelaki di sekolah rendah aku, begitu comel dengan wajah cinanya. kegilaan anak2 perempuan. hari2 aku simpan wang saku untuk membelanja dia makan. kalau aku kira, rasanya dia tidak pernah keluar duit kantin. semua aku tanggung. kerana aku mau dia tau aku siapa.

tapi dia pilih si anak guru yang bertahi lalat di bawah dagu.
sebab dia jauh lagi cantik.
dan aku ketika darjah enam itu adalah segemuk2 umat.

tidak adil.

aku yang begitu utuh mencinta dari dulu tidak pernahnya dilayan selayaknya. sentiasa dipijak2. dihenyak2. makan hati berbulan2, berhabis2an wang ringgit memberi bahagia pada cinta, sedang aku menyiat kulit sendiri untuk dimamah ketika lapar.

tetap, aku ditinggal demi perempuan yang tidak pernah sanggup menitis setitik peluh pun untuk cinta itu.
semata aku tidak sehebat gadis2 itu.

tidak adil.

*diam*

kenapa dunia begitu tidak adil, kau tanya?
sumpah aku tidak punya jawapan.

dari definasi literasi, adil itu bermakna satu dibalas satu. dua dibalas dua. dalam erti kata lain, harus kita mula berkira.

maka, andai begitulah, kita sudah menjadi tidak ikhlas, kan? membuat kebaikan untuk dibalas2. mengharap dilayan sebiji sama.

eh, sudah lain pula ceritanya.

dari sudut lain, adil juga bisa difahamkan sebagai kesetaraan karma. perkataan berasaskan buddhisme ini begitu popular meski pada muslim seantero. what goes around comes around. seumpama itu.

maka, jika begitulah, kita sudah menjadi terlalu keras, kan? bermakna, andai tidak diadilkan, kita akan punya rasa kesumat minta sama2 rasa ranap.

baru adil.
ah, susah.

aku tak mau bicara tentang apa itu adil. mari kita tanyakan bagaimana yang dikata tidak adil itu.

rasa tidak adil yang kita rasa lahir dari jiwa yang tidak mencapai puas. perasaan "aku lebih tahu apa yang selayaknya" terlalu tebal. terbit dari sedikit keegoan yang memang ada dalam setiap manusia, sealim mana pun seseorang itu.

aku contohkan: kau belajar matematik berlebih2, berbanding subjek lain. sanggup berhabisan membeli teks dan latihan matematik kerana kau benar2 mau dapatkan 100% dalam periksa penggal. ketika hari diuji, soalan2 yang muncul boleh tahan mudah. kau tahu A1 dalam tangan.

tapi kau cuma dapat B. dan kau jadi separuh gila bertanya tuhan kenapa kau tidak diadilkan.

rasa tidak adil itu normal. semua manusia pernah merasa dikeronyok2 begitu. apatah lagi kita ini jenisnya yang suka membanding2 sesama sendiri. sekonyong2 wujud makcik2 saripah di tepi rumah yang suka bercerita2 tentang kurang dan lebih orang lain.

haih.

aku dari dulu gemar bersoal sama pencipta kenapa aku sentiasa diranap. dan aku masih tidak reti dan faham. kenapa aku. kenapa ini itu.

tetap, tidak pula tuhan turun dan bualkan sama aku objektif setiap dugaannya pada aku.

*diam*

tapi, kan...

kalau tidak kerana along, tidak pula aku beriya2 mahu jadi yang terbaik di dalam kelas. yang mana kini membuah hasil dalam kerjaya aku. untuk seorang yg 25 tahun, aku kini mendidik pelajar2 universiti.

kalau tidak kerana budak sepet itu, tidaklah aku belajar menguruskan wang saku. mendisiplin diri untuk tidak terlalu belanja untuk mendapatkan apa yang aku mahu. mengajar hati untuk nekad dan teguh berusaha.

kalau tidak kerana cinta2 yang meranapkan aku, tidak mungkin aku sudi menerima seorang lelaki yang begitu asing dalam hidup aku untuk menyunting aku menjadi bunda kepada anak2nya. kerana sudah terlalu penat dan jerih dipermain bahagia sementara, aku sedar cinta itu sebenarnya bagaimana.

*termenung*

dan tanpa setiap tersiatnya nyawa ini, tidak mungkin mampu aku menulis.
yang mana tidak mungkin akan ada puisitepijalan ini.

kan?

maaf, dik. tidak mampu menjawab soalan kamu. aku juga masih menunggu tuhan bercerita sama aku.

hanya aku mau katakan di sini,
tuhan kita tak pernah berkira.

tri ajar aku banyak tentang cinta tuhan.
cinta dari tuhan yang sangat baik, sedang cinta kita pada dia sangat memalukan.
bagai pasir dengan gunung.

masih aku ingat bualan kami di hari pertama bertemu aku mei lepas.

"aku takut, fynn"
"kenapa"
"dari dulu, tuhan selalu makbulkan doa aku"
"jadi?"
"dan aku selalu lupa untuk bersyukur. tidak sempat lama, diambil semula semua yang makbul itu"
"apa yang telah kau doa baru2 ini?"
"engkau"

*diam*

"aku takut dia ambil engkau pula. maka aku mahu bersyukur hari2 mulai sekarang"

*diam*

tuhan, terima kasih kerana kau ranapkan aku sehancur2nya dulu.
terima kasih kerana menjahanam setiap inci bahagia di dalam diri aku.
kerana hanya dengan itu aku mengerti indah perasaan yang aku rasa hari ini.

kawan2...
aku sedang mengajar hati untuk lebih bersyukur.

mari?