Monday, January 31, 2011

seniman menangis

tak tahu kenapa,
tapi aku cuma mau bilang;
aku mengerti.






malam ini akulah seniman
setelah kita putuskan hubungan
tiada kawan yang dapat meneka
ku berduka

ku berikan majlis bergembira
ku tertawa, minum dan berdansa
hingga diri yang sedang berduka--
tak percaya

aku tersenyum
ku tersenyum dan tertawa
ku berdansa
ku berdansa bagai nak gila

kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan;
kau akan melihat
seniman ini menangis.

tapi dinda,
bila kawanku pulang
seniman ini duduk keseorangan
hingga diriku yang sedang berduka--
tak percaya

tapi dinda,
apabila tabir ditutup
lampu2 gelap gelita
ku duduk keseorangan

kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan
kau akan melihat
seniman ini menangis.




----------------

meski permainan muziknya hancur,
meski lenggok tubuhnya mengerikan,
jiwa yang ada dalam lagu ini--

terlalu mengharukan.

Sunday, January 30, 2011

lelaki

aku tanya tri.
"suka tak lagu 'lelaki'?"

dia jawab tak.
aku soal kenapa.

dia bilang:
"awak cakap pasal diri awak, kan?"

aku diam.
dan dalam hati aku terus:
"shit".

---------------

*diam*

aku rasa,
aku bukan satu2nya perempuan yang cuba gigih untuk jadi lelaki--
dan pilih untuk nampak tak terkoyakkan.

*diam lagi*

susah macam ni.
aku adalah makhluk bertopeng yang paling kental dan meyakinkan.
tapi dengan dia;
kenapa begitu mudah ditelanjangkan?

*diam lama*

mungkin,
ada sebab kenapa dia diakhirkan dengan aku.
tuhan lebih tahu.

Wednesday, January 26, 2011

projek kesian

macammana--
dengan sekadar percaya;
kosong2 dan bulat didasarkan percaya--
kalian sudi bermurah hati untuk seorang seasing aku.

walhal majoriti kita belum pernah bersua muka,
belum pernah bersentuh kulit bersalam mesra--
macammana?

ini bukan pertandingan populariti.
dan kalau pun ya, tidak ke mana bilangan apa yang ada.
tapi ini soal yang begitu menginsafkan.
untuk aku, sekurang2nya.

betapa aku beruntung. dipertemukan sama berlian2 yang wujud dalam palit lumpur tahi yang mengaburkan. benar. sungguh. ya.
kalian berlian.

ingat mudah?
rm15 bukan kecil, tuan2 dan puan2. harga wayang bertempat-duduk-pasangan. harga makan di mamak nasi berlauk sotong sepinggan. harga baju bundle yang susah didapatkan. harga jockey parking sejam di depan pasaraya mewah penuh flashy dan gemerlapan.

nan untuk aku, begitu2 sudi kalian bagi2kan.
aku terpana.
kesima dan tersegan rasa.

entah apa yang dibuat aku sampai begini sekali dibalas tuhan.

*diam*

pelbagai pesanan dikirim bersekali dengan slip bayaran untuk aku. dicakap2 bagai seorang tua memberi kata hikmat untuk cicit dan keturunannya. diingat berkali2 tentang jangan dilupa tanah, dan semoga kekal begini jujur rasa yang aku ada. setiapnya, memanggil2 deru airmata.

aku berjaya sebelum bertanding.
aku menang sebelum dibanding.

terima kasih.
tidak.
terima kasih takkan cukup.
bertahun2 aku di sini.
di puisitepijalan ini.

dari yang bersungguh kasihkan aku, sampai tahi memalit pipi pun tak digeli, malah dikuis ke tepi-- sehinggalah ke mereka2 yang bencikan aku waima secuba mana aku memuashati. lama sungguh. lama sekali.

*diam lagi*

izinkan aku sekadar meminta tuhan yang terbaik untuk setiap kamu. hanya itu layak aku, cuma itu mampu aku. hal ikhlas dan apa2 yang dari dalam naluri, cuma tuhan mampu mendacingnya. cuma dia. cuma dia.

dan atas ikhlas2 kamu, izinkan juga aku terangkan apa rancang yang ada dalam kepala. semoga tak terkabur objektif kita (aku gunakan kita kerana bagi aku, kalian2 sudah bersekali menjadi pelabur saham pada projek ini *senyum*),



apa itu projek kesian?

ini adalah cita2 aku yang aku harapkan dapat dimanusia. aku yang tak punya harta benda kecuali apa yang aku ada dalam hari2, bercita2 utk meluncurkan kerja2 aku ke laut tengah. dengan tidak ada silu dan malu, aku yakinkan azamku yang aku mahu bukakan kembali pintu puisi dalam dunia besar yang aku kecilkan skopnya: tanahair kita sendiri.

aku terlalu rindu sama lagu2 puisi, dan aku pasti dalam sejuta manusia malaysia, pasti ada paling sedikit pun 5 orang yang juga mahu perkara sama. bunyi2 segersik permata buat isteri, bonda, teratai, apokalips, di balik cermin mimpi, kamelia, sekuntum mawar merah sebuah puisi, seroja dan banyak lagi sudah lama terbiar tak berjenguk. aku mimpi untuk mengembalikan cinta bahasa kita2 suatu masa dahulu. teknologi sudah terlalu buas menelannya sampai terkuburkan; aku mahu panggil ruh2nya semula.

aku tahu kalian juga seperti aku;
mahukan bualan malam puisi2 m nasir, ramli sarip, rausyanfikir, maman, kopratasa, alleycats, loloq dan lain2. maukan subjektiviti yang menepati situasi kalian, dan tidak cerita2 literal yang terang2 menelanjangkan perasaan. kalian seperti aku, pemalu dengan kisah sendiri, tapi tetap mahu diceritakan.

*tergelak sedikit*
atau itu cuma perasan2 aku?
haha.



apa yang boleh didapatkan dari projek kesian?

aku mintakan rm15 untuk setiap sebuah kompilasi lagu2 aku. dibuat dengan kemas dan teratur, secara professional dan terperinci oleh mereka2 yang jauh tinggi tarafnya dari aku. tidak. bukan untuk menjadi saing pada nama2 maha hebat dalam industri, jauh sekali untuk sekadar mengejar mimpi tipikal untuk jadi penyanyi --aku sungguh BUKAN salah-satunya. aku sedari puru suaraku, aku tahu kontang buluh tekakku. aku cuma pencerita.

konsepnya begini. di ketika semua orang yang hebat dalam muziknya aku anggapkan pendominasi seperti KFC dan mcD, bukankah bangang kalau aku juga mahu bertanding menjual ayam goreng untuk melawan syarikat gergasi? bukankah lebih bijak kalau aku sedar diri dan sekadar menjual soto di gerai2 tepi?

tidak semua mahu KFC mcD, bukan?
pasti ada satu dalam seribu yang teringin soto kampung seperti aku, bukan?

*senyum*

lelaki yang bertanggungjawab dalam memberi anggota pada mimpi2 aku ini adalah lelaki yang dari asal tidak mempeduli ketawa orang pada aku. di masa kiri kanan aku penuh serigala mengekeh pelik aku, dia bangkit dan cari siapa aku, untuk diadun dan diolah dengan resepi sesuai, katanya; kerana setiap benda lain cara masaknya.

di waktu tak ada yang mahu aku, dia belajar siapa aku. dicari dan dikaji jiwa aku, dipastikan aku terlihat cantik dalam kepelikan aku.

kerana itu, walau pada tempoh ini ada beberapa yang mahukan aku untuk diadun-olah, aku pilih dia. kerana aku adalah antara dungu yang masih percaya kepada kata2 orang tua "kasih orang yang kasih kita di masa kita bukan siapa2".

dan lelaki itu, yang aku hormatkan seperti keluarga sendiri, sudi membantu aku dengan janji sekadar janji.
haih~
*geleng kepala kecil sambil senyum sendiri*

mana hendak cari manusia2 seperti kalian ini?
mana hendak cari?



rancangan projek kesian.

*gelak besar dengan sedikit malu*
aku perlu khabarkan terang2. takut nanti2 dikekeh kalian di masa2 mendatang. kerana aku sendiri sudah gigih mentertawa diri sendiri sebelum sempat sesiapa lagi.

lagu pertama yang akan menjadi pengenalan aku pada laut lepas ini adalah... (-___-)" ya --150 juta.

*diam pasrah*
ye... gelak habis2.
sila2.
aku bagi chan.

*tahan nafas*
*tahan lagi*
*gelak guling2*

*muka serius*
ok. sudah habis ketawa?

ini perlu. kerana untuk menembusi dunia ini, aku perlu sesuatu seenteng itu. urgh. sungguh, aku malu. tapi hey. ramai kekasih yang menghargai lagu manja gedik itu, apa. maka apa salahnya? :) beberapa pasangan pengantin menggunakan 150 juta utk tema kahwinnya, ya~

(-___-)"

apa pun juga, mimpi aku akan bermula selepas itu. projek kesian secara bersungguh akan ditekan bila mana aku mampu pentaskan "biar" lagu yang aku lukiskan dari mata ayahanda aku itu. mimpi aku adalah untuk membawa sekali kawan2 aku dengan gendang melayu, gong, seruling dan koir kanak2 ke depan mata tanahair kita. mimpi aku adalah untuk abah dengarkan "biar" untuk kali pertama --kerana dia teristimewa.

aku mahu lebih dari lagu cinta. aku mahu lebih dari sekadar cinta adam dan hawa. aku mahu cinta manusia. aku mahu cinta sang mulia. aku mahu hikayat dan salahsilah kita. aku mahu cerita orang sampah tepi jalan. aku mahu kisah yang boleh dijadi sempadan. aku mahu kisah ayahbonda. aku mahu terlalu macam2 untuk anak2 kita.

tolong bisikkan pada aku,
yang bukan hanya aku yang mahu semua itu.

dan kalau benar bukan hanya aku,
doakan aku.

kita sempat ubah sesuatu untuk dunia.
kita sempat.
kita mampu.

maka, kekasih semua;
temani aku.




ps: untuk makluman penuh tentang projek kesian, boleh klik sini.

Friday, January 21, 2011

aku mau cari siapa yang mau bantu aku.

aku cuma mahu tanya,
dan tak perlu beri jawapan yang menyedapkan hati.

aku ada projek sedikit besar atas bahu aku:
aku hendak sungguh2 tembuskan bunyi puisi aku dalam mata tanahair,
sebab aku sudah penat menjawab betapa puisi itu suatu yang bagus dalam hidup hari2.

tapi aku perlu ada rm5 ribu.
ye.
banyak, nilainya.

maka aku hendak tanya,
ada tidak siapa2 yang sudi berikan aku cuma rm15?
cukup rm15, dan nantinya bila siap, akan kalian jadi 350 orang pertama untuk memilikinya.
siap sahaja, aku bersumpah untuk bagi terus.

insyaAllah, kalau ada 350 kalian,
siapnya dalam sebulan.
dan sementara 4 - 5 minggu itu, kalau ada satu persatu yang tersiap, akan aku kasikan lewat email dahulu, sebagai cagaran: dengan syarat TIDAK dibagi pada siapa2 yang lain (dimuatnaik atau dibagi2 sebagai iklan).

aku jarang bersumpah;
kalian tahu itu.
dan sebagai bukti, peganglah janji aku di sini, dan balingkan semula ke muka aku setiap kata yang aku bagi ini kalau tidak aku kotakannya.

aku perlu rm5ribu ini,
untuk permulaan.

maka aku tanya secara jujur;
ada sesiapa yang berani beli sesuatu ini--
dengan sekadar memegang apa yang aku mampu janji?





*diam*
sungguh,
aku rasa begitu malu dan tersegan;
seperti airmata aku mahu berlinang bercucur--
aku paling benci meminta ihsan.

tapi,
kalau sungguh ada yang mahu bantu,
terima kasih yang paling ikhlas dari aku.

ps:

kalau ada benar, komen aku di mukasurat facebook yang aku bagi di link ini.

atau copy paste alamat ini:
http://www.facebook.com/note.php?created&&note_id=160623460652321&id=108427339128#!/note.php?note_id=160623460652321

nanti aku letakkan senarai, seperti dulu2. jadi kalian tahu aku bukan penipu.

pss: kaedah sama macam jualan buku dan cd tri dulu: bayar, dan tunjuk resit pada aku. nanti aku bubuh nama kamu2 di bawah ini.



-----------------------------------------------------

MAKLUMAT PENTING:

akaun:
maybank
NUR AFFINA YANTI JAMALLUDIN
1-64810-00899-2

1) buat bayaran rm15 seorang
2) kalau secara manual / atm: simpan resitnya, scan / ambil gambar
3) kalau secara e-banking: print screen bayaran online dan save sebagai JPEG
3) emailkan pada fynnjamal82@gmail.com dengan tajuk "PROJEK KESIAN". hahahahaah.
4) nama kalian akan berada di senarai menunggu.

Wednesday, January 19, 2011

bincang pagi yang berlarut

seorang kawan baik buka topik pagi meja kopi yang menarik.
dari statusnya: "tadi aku baca nashkah", katanya, "tentang satu perihal. mari kita sama2 bual2".

aku yang gila permainan kepala terus tekun membaca.
tambah pula, kawan baik aku yang ini jarang buka mulut sama aku.
dan kalau dibuka, susah dikeluarkan yang bodoh2.

dia tulis (dan aku olah dan permudah ceritanya):

1. isteri pulang ke rumah asalnya.
2. isteri punya adik yang melangsung tunang.
3. suami suruh pulang.
4. isteri kata tidak.
5. suami panas hati.
6. mertua masuk campur.
7. suami baran.
8. suami bawa geng belasah mertua.

dia sudahkan dengan "mana lebih penting, ikut cakap suami atau pergi tunang adik sendiri?"

aku senyum. gelak kecil sebenarnya. tidak semena2 kepala aku terus memain memori wajah2 manusia perempuan yang aku kenal dari dulu2. sudah boleh bayang lancarnya mereka melaung2 ideologi feminisme mereka berserentak dengan senarai hak2 yang mereka telah hafal dari risalah2 yang didapatkan dari buku2 perang sexisme yang didasarkan dari buku sejarah barat.

*geleng kepala*

kenapalah kita percaya bohong2 orang luar sana, agaknya ya? bukan sekadar feminisme, lah. semua ektrimisme ini, kenapa perlu kita telan bulat2 sedangkan sudah tuhan kata, cara hidup islam adalah kesederhanaan; wasatiah. bercukup-apa-ada.

mana kita boleh ada supremacy di kalangan kita? manusia sememangnya penuh busuk hati dan dengki; kita tidak boleh ada orang yang lebih dari kita. maka kenapa kita perlu terima adanya mungkin untuk kategori2 yang melebihi sukatan standard adil?

kita sama.
semuanya sama.
apa yang ada hanyalah kehidupan.
kan?

dan bila mana kita menerima yang setiap kita sama dan ada kurang lebih di sini sana, kita akan mahu untuk hidup dalam kelompok yang mementingkan kesamaan. tidak ada perasaan kau lebih, aku kurang, vice versa.

macam dahulu2 ketika ideologi2 belum wujud, semasa simplisiti adalah cara hidup;
aku orang laut. aku ada ikan.
kau orang darat. kau ada ayam.
tukar.

sama2 rasa.
sama2.

sekarang? haram. aku, aku punya. kau, kau punya. kalau mau, letak harga. ikan lagi susah tangkap --risiko aku mati dalam laut. jadi harga ikan aku lagi mahal dari ayam kau. take it or leave it. tak sanggup bayar, tak usah rasa.

haih.
abah selalu cakap, kalau dah beramai2, selipar jepun goreng pun boleh jadi sedap.
aku setuju.
kalau makan hotel 15 bintang pun, tapi sendiri, semua akan rasa pasir.

tapi itu akulah.

tidak, tidak. tidak aku seorang chauvinist, aku berkecuali. aku memang tidak mengikat diri aku di mana2 fahaman; aku sudah serik. aku cuma seorang yang suka bercakap dari fikiran aku sendiri, yang mana setiap fikiran aku itu aku dasarkan dari observasi dan ilmu2 yang aku deduce dari menjadi anak seorang lelaki bernama jamalludin.

mungkin juga, kerana dengan menjadi anak lelaki keras itu, aku begini.

1. kita buat salah, kita kena bantai.
kena belajar tanggung diri sendiri.

2. adik-beradik buat salah, kita sekali kena bantai.
kena belajar tanggungjawab saling ingat-mengingati.

3. jangan menangis ketika dibantai.
kena belajar terima bahana perbuatan sendiri.

4. lagi menangis, lagi dibantai.
kena belajar kuatkan hati.

macam2 lagi. tapi satu pasal abah, macammana dia nak mendidik pun, ada hemahnya.

1. nak bantai bukan depan2 orang.
kena jaga aib orang dibantai itu juga.

2. dah bantai, walau kaedah apa pun; sepak tiruk ke, getah paip, hanger besi ke --mesti beri justifikasi.
kena kasi faham pada mangsa yang dibantai.

ketika majlis pembantaian, dia akan tanya:
"tahu kenapa dibantai?"
dan kita kena jawab kenapa. cakap depan2 apa salah kita. baru kita sedar maknanya.

post-majlis pembantaian, biasanya selepas mangsa pura2 tidur:
"janganlah buat lagi. ingat abah suka buat macam gini?"

dan kita akan belajar.
bukan dari lebam dibantai itu.
tapi dari hormat pada orang tua yang yang hormatkan kita.

*diam*

hormat.
itu, bagi aku, yang akan menyelamatkan kita semua.
banyak perkara dalam dunia, bila ada hormat, selamat setiap jalan cerita.

macam cerita atas tadi.
kalau ditanya pada seratus orang, akan aku dapatkan seratus jawapan berbeza2.
semua terpulang pada relevan akal sendiri.

jawapan aku?
tertera dari pangkal sana.
dari tertib aku susunkan kes itu.
sengaja.

isteri kena taat perintah suaminya.

ye. aku fasih dengan marah beberapa yang membaca. tapi itulah dia. dari haknya, sang isteri memang perlu akur sama apa yang diputuskan suaminya. dari zaman para sahabat dahulu pernah dikisahkan cerita seumpama, dan telah kita dapatkan pengajaran yang perlu kita terima.

ingat tidak? kisah seorang isteri yang dipesan suami untuk tidak ke mana2, nan matinya sang ayahanda tercintanya pun, tidak dilangkah keluar pintu rumahnya. betapa mulia perempuan itu diangkat pada tuhan.

ok. setuju sehingga paras situ?
bagus. aku sambung.

namun berapa ramai sang suami yang seperti suami perempuan itu? yang hormatnya pada isteri yang setaat itu, sehingga dijulang isterinya ke semua, diredhakan setiap cinta dan kasih sayangnya pada perempuan sebaik itu? kalau semua ingatkan cerita perempuan tadi, janganlah dilupa sekali sang suami yang berterus2 merasa serba salah dan sayu hati kerana merasa isterinya tidak diadilkan.

betul, bukan?

pada hemah aku, setiap perbuatan tidak jatuh baik atau jahat hanya pada end result atau penyudahan cerita semata2.
tapi pada cara.
itu yang membuat sesuatu itu, bagi aku yang masih belum sempurna ilmu dan agamanya ini, tertalak baik atau jahat.

seorang jutawan memberi sedekah 5 juta pada orang miskin.
baik.
asal 5 juta tadi rupa2nya wang saham yang dilabur pada syarikat judi.
tidak baik.

seorang siswa mendapat markah sempurna dalam thesis.
baik.
salah seorang ahli kumpulan yang malas sedikit dilaporkan pada pensyarah sehingga digagalkan.
tidak baik.

menegur perempuan yang masih ignoran tentang akhirat.
baik.
menegur dengan menyinggung dan menimbul rasa aib pada perempuan adi.
tidak baik.

persis matematik. jalankerja mesti betul. jawapan salah tidak apa. kalau cara betul, lama2 nanti, dapatlah jawapan betul. kalau cara dah salah, jawapan betul, itu namanya nasib.

entahlah. kadang2 aku rasa mau lempang juga isteri2 yang tidak reti cakap molek dengan suami. mentang2 gaji dia lagi besar. mentang2 status dia lagi tinggi.
"apa yu sibuk? itu duit ai?"
"awak toksah cakap banyak. hak saya tak pernah bagi, nak macam2 borak"
"ahh~ bencilah!!"

PANGGGG!!!
nasib baik aku bukan lelaki.
sebab aku baran nak mati kalau ada macam gitu punya bini.

dan yang suami pun, ada masa aku hendak juga bagi penumbuk di khalkumnya. dapat isteri baik menunduk, dia punya bongkak, ya rasulullah..
"awak ikut cakap saya!! saya ada hak atas awak!!"
"eh banyak bunyik pulak pompuan ni"
"sekali aku bagi kang"

wah~
bila datang bab hak suami, ketinggian darjah suami di mata isteri --laju.
bukan main dia beri hadith dan kisah2 nabi, mengungkit indahnya taat khadijah segala. padahal sendiri dia tidak tahu yang hak paling pertama seorang isteri sebelum diakad menjadi miliknya adalah sebagaimana dia dibelajaga keluarga asalnya, TIDAK BOLEH KURANG walau sedikit bila mana dia melangkah ke rumah suaminya.

sebagai contoh, kalau di rumah ayahbonda dia ada 3 amah menjaga, suami mesti mendapatkan 3 juga. melainkan bila isteri bilang "tak apa".

ingat senang?
:)

hal perkahwinan, bagi aku; semua itu nasib. ada suami nasibnya dapat isteri jenis cakap mesti mau kurang hajar dgn suami. memang layaklah kena pelangkung. ada nasib yang lagi sang isteri cakap elok2, lagi si suami tunjuk superhero. ada juga nasibnya yang dapat mertua jenis suka masuk campur. aduhai...

pakcik~
makcik~
hal anak2, tak usahlah interfere walau memang dia yang rujuk mintak keputusan masalahnya.

*pause*
sefaham aku la.

*pause lagi*
ke abah aku sorang yang ajar "awak dah besar, abah takkan masuk campur. awak ada akal, buat apa yang awak rasa betul. kalau salah, belajar untuk perbetul"?

*pause lagi lama*
aku rasa aku kena sound abah la.
dia banyak ajar aku lain dari apa yang orang biasa buat.
dah aku nampak pelik.

*dail nombor abah*







HAHAHAHA.
itu aku la~
kalian semua ada akal, kita sama2 boleh fikir.
aku bukan betul sangat pun.

kan?
:)

Tuesday, January 18, 2011

aku adalah compangsompekcomot tepijalan aku

subhanallah,
terlalu ramai yang selain dua manusia yang aku namakan kawan semalam yang tersinggung hati.
maasyaallah,
betapa ada masanya aku ini terlalu kurang menyedari kasarnya suara aku sampai tercakar luka hati kalian2 kekasih aku ini.

*sayu*

sebak aku bila mereka2 adalah lebih dari keluarga sendiri. penaman sunyi2 malam aku di sekali-sekala di muka tulisan maya ini dari masa ke semasa. yang jauh di lubuk jiwa telah aku tanam cinta seolah keluarga pada setiapnya.

sungguh,
dari hati yang terpaling dalam,
andai sungguh ada yang rasa sayu dengan kenaifan aku dalam memilih kosa kata,
ampunkan aku.

*geleng kepala atas bodohnya diri sendiri*
ampunkan aku.

jelas,
betapa kalian sungguh bukan manusia2 kejam yang mengejami aku.
dan ah betapa jelas,
bukan kalian antara manusia yang mahu mengejami aku.

*senyum sedikit sambil menggeleng kecil*

kelakar, sebenarnya.
orang yang menyakit kita tak pernah mempeduli.
orang yang selalu cuba sedayanya menjaga--
itu pula yang berisau hati.

subhanallah.
bagaimana mulia jiwa2 yang begini.

haih...
*diam panjang*

puisitepijalan sekarang sudah jadi jenaka. tulisan2 aku ditampal2 dan dijaja2 utk dijadikan bahan utama dalam forum2. bahasa2 aku dicadang2 pengertiannya sehingga tersimpang2 ke negeri china. orang2 yang tidak sepatutnya tanpa sengaja terpatut pula. kisah2 dan cerita2 rekaan aku dinama2kan karektornya.

sungguh.
sampai hati.
apakah manusia terlalu gilakan suatu yang murahan begini?
ke mana larinya pemikiran kritikal dan di mana hilangnya subjektitviti?

aku kini jenaka.
alat.
objek untuk dipertonyoh perkara2 bodoh.

*diam*
haih...

tulisan ralit aku semalam terlalu khusus pada mereka2 yang sebenar2nya tidak pernah mengasihi aku secara manusia dan secara kemanusiaan.




ampunkan aku--
sahabat2,
adik2,
kakak2,
abang2
dan saudara-saudari.

*diam lama*
*menung sedikit*
*tergeleng sendiri*








aku cuma mahu berkeras utk ditinggalkan aku di tepijalan ini;
bersama keluarga kecil aku--
kalau--
tidak ada amanah untuk kalian berlama2 di sini sama aku.

aku cuma mahu berkeras utk dibiarkan dalam lingkung kecil ini;
bersama kalian2 yang sunyi--
bagai satu masa dahulu--

dan kalau aku diterima di rumah aku ini;
kerana aku.

*diam*

manusia,
aku tidak minta kau terima aku,
kerana itu benar2 bukan mahu aku.
aku hanya hendak dihormatkan.
kerana ini--
rumah aku.
keluarga aku.

compang-camping buruk baju aku,
sompekroboh dinding aku,
comotbusuk halaman aku;
ini semua yang aku--

aku;
fynn jamal,
tuan tepijjalan ini.

Sunday, January 16, 2011

cuba

.






i'm not gonna be here forever.
you know that.






aku sedang
sedaya upaya
cuba



untuk tidak pergi.

Saturday, January 15, 2011

terima kasih utk penghormatan ini. terima kasih banyak, laknat.

terima kasih malaysia.
terima kasih.







macam ini kau buat aku.
dalam sehari, lima palat jadi menimpa2.
mula2 ini. lepas itu, itu.
sekali lima?

pergh.
terima kasih.






*pause*



tu lah.
aku dah cakap.
aku siapa?
berangan.
perasan.

sorang2 tiba2 datang ke depan. tiba2 semua kawan aku. tiba2 pernah berbual sama aku. tiba2 pernah borak lama2 dengan aku. tiba2 kenal aku luar dalam.

pembohong.

paling pembohong, sebab semua yang tiba2 datang depan, yang tiba2 semua kawan, tiba2 pernah borakbual lama2 itu TIDAK PUN tampil ke muka aku--
tapi ke orang yang ini,
pada orang yang itu.

heh! cakaplah kat mata aku, sebelah telinga aku setiap butir yang kau cakap2 tadi.
mari aku tengok apa jawab kau bila aku pangkah satu2 itu nanti.
menceceh pada orang bolehlah!

"dulu, fynn cakap sama aku..."
"alah, kami kawan baik dulu..."
"fynn masa itu sebenarnya tak begini..."
"aku kenal fynn masa dari..."

lanchiau.
dulu konon.
dulu bila?

kalau sungguh kau2 orang kawan aku, yang mana satu kau2 orang? sebab seingat aku, masa aku sendirian tak terpeduli, cuma nor shuhada azahar ada untuk aku: menjaga setiap butir airmata aku, membisik "tak apa" untuk setiap comot aku. masa aku lapar tak berduit, cuma ainul fariza sudi kasikan makanan dalam pinggannya, sebab rezekinya pun cuma sepalit. dan kawan2 sedikit yang lain, yang sungguh bukan orang tinggi mana.

aku sedar diri, binatang.
aku tak reti berkawan orang gah macam kalian.

kalau betul aku adalah aku yang kau cakap, takkan kau tak tahu, aku tak suka kawan dengan orang hebat besar sohor macam kau. takkan kau lupa masa dulu2 yang kau cakapkan betapa aku cuma si tomboi-kampung-reti-kawan-dgn-abang-kru? ye. aku memang suka kawan dgn orang susah. sebab abah ajar aku pilih kawan. berteman dengan orang sebangsa. dengan orang sekufu. satu taraf. senang cerita.

kau dah lupa?
ye lah. orang kelas tinggi macam kau2 orang mana sudi kawan dengan orang miskin, banduan bodoh macam mereka.

*ludah*

aku tak minat populariti 5 minit ini. kejap lagi, ada artis bergambar bikini tepi swimming pool, orang lupa sudah cerita aku. maka, untuk apa kau menempel2 konon beriya? ambillah ilusi kehebatan ini. aku tak harok.

gampang.
ini yang buat aku makin kobar.





*diam*

nak kata aku, kata depan muka. jangan laga2kan aku sama kawan2 sedikit yang aku sedia ada. ingat senang cari manusia jujur dalam ini dunia? yang sedikit ini sungguh aku mau jaga.

*tahan airmata*

terima kasihlah wahai malaysia.
terima kasih untuk ini semua.

*diam lama*

aku nekad. masters yang aku tangguh dulu, aku nak sambung kembali. aku nak sedut ilmu banyak2. aku mahu terus jadi orang ilmuan. aku penat bergumal sama orang lantang tak berotak. aku mahu jadi orang belajar. ye. aku benar masih banyak kurang. tak apa. sekurang2nya aku akui itu.

aku mau pulang ke buku2 dan kitab, wahai tuhan.
kerana itu sahaja yang aku kira mampu meneman aku sampai tua nanti2.
bukan manusia.
bukan perempuan, bukan lelaki.

manusia elok sudah ramai makin hilang, makin ramai ditarikmati.
dunia sudah sunyi, wahai tuhan.
kecuali dgn bising dahsyat mereka2 yang tertinggal ini.

*sebak*

sayang sungguh.
dengan semua harta yang kau2 orang ada,
kebodohan juga yang mahu kau rangkul lama.

terima kasih, malaysia.
terima kasih.

Friday, January 14, 2011

takut di pagi2 yang aku kumpul setelah berminggu.

makin aku berjalan jauh, makin aku membuka salam;
makin takut aku pada dunia dan manusia2nya.
pernah hari kelmarin seorang lelaki berbual sama aku tentang manusia.

dia bilang:
kita semua binatang.
hanya mereka yang mengguna akal layak dinaikdarjat menjadi manusia.

pada asalnya aku agak marah sama penyataan beliau. setahu aku, kita adalah manusia dahulu--
bila tidak memakai fikiran, baru jatuh kita pada taraf haiwan itu.
tapi bila mana borak2 mendalam itu berlanjut jauh, aku terpaksa akukan kemungkinannya.
ya. mungkin benarnya ada.

susah menjadi aku yang penuh kontradiksi. aku benci beramai, tapi ke ramai juga yang aku pergi. aku takut manusia, tapi ke mereka juga aku rapati. untuk apa? sudah aku tanam dalam kepala yang manusia secara pukulratanya adalah jahat semata2; kecuali kalau ternasib molek, dapat kita ketemu yang cantik baik, maka kenapa masih bertenggek aku pada keriuhan2 ini?

apa aku cari walhal aku terlalu tahu hampir seluruhnya keji.
hampir.
apakah aku bodoh untuk meyakini yang 'hampir seluruh' itu tadi masih berbaki, dan sejumlah kecil itu mungkin sesuatu yang berbaloi ditunggu mari?

aduh.

aku takut. sungguh aku takut. menggelumang di antara senyum yang jelas tiada ikhlas, mengulit di kalangan hingar yang sungguh penuh nanar. ini bahaya. begitu bahaya.

tuhan,
jangan bagi hilang sejemput tanah yang masih terkepal pada jemari aku.
aku tak sudi lupa diri;
aku tak mahu.

Thursday, January 13, 2011

bukan kerna nama



jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu

dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu


ramli sarip
---------------------

selama aku bermain bahasa, bermain jiwa,
tak pernah aku lupakan setiap butir pesanan ini.

terima kasih, manusia hebat.

semoga aku terus taat dengan rasa yang aku ada.
dan semoga;
bukan kerna nama.




malam puisi riong.
ump gambang.

Wednesday, January 12, 2011

kelakar.

dulu,
masa lagu aku dipuji m nasir,
kau kata depan muka aku m nasir bodoh;

sebab dia pilih lagu orang buta musik seperti aku --
yang tak tahu instrumen,
yang tak tahu asas2 musik itu sendiri.

sekarang,
lagu kau dipuji m nasir:
kenapa tak dijaja bodohnya lelaki hebat itu?



atau kebodohan beliau cuma ketika menerima aku?




*gelak besar*
dasar.



ps: BUKAN ISU AJL. tolong jgn disalahhebah. terima kasih.

Saturday, January 1, 2011

tahun kering

memang hati kering.

pangkal 2011 akan menyaksikan aku hidup tanpa rancang. berhenti kerjaya yang menjanjikan nasi atas meja demi pulangan gaji yang sejujurnya hanya ilusi tak terpegang.

sungguh hati kering.
tapi aku lantakkan.

ikut susunan kasar, sebaik sahaja aku tamat dengan kerja sementara ini, aku siapkan habis2 lagu2 aku, kemudian aku kemas2kan untuk aku jualkan pada sesiapa yang mahu. sebulan itu, lauk aku adalah lagu2 aku. semoga terjaga aku ini di dalam tangan tuhan. bersangka baik secara total pada pencipta memang pada sesetengah orang agak naif dan bodoh; tapi aku sungguh dari dahulu selalu percaya yang sejahat mana aku ini, masih tetap dibagi peluang untuk berdiri.

:)
tuhan memang baik.
kalau pada sang kafir pun dia mahu menjadi ar-rahman, apa lagi untuk aku.

*diam*

sebulan tidak aku jenguk puisitepijalan, kecuali untuk membaca kata2 ringkas pendatang sementara dan pengunjung tetap. bukan malas untuk menulis, tapi masa kurang ada, dan manusia2 yang aku jumpa terlalu ramai untuk aku kecilkan huraian untuk bercerita tentangnya. tambah pula, ramai yang menyuruh2 aku menulis, maka terpaksa aku tangguh2 kerana menulis tidak kerana mahu yang tulus itu sesungguhnya bukan aku.

*diam lagi. pandang kosong pada skrin bisu*

makin kurang seronok menulis di sini.
*diam makin lama*

aku akan pindah.
ke negeri orang tidak tahu.
macam dulu.

sebab hari ini, di sini,
sudah terlalu banyak prejudis;
atas dasar kononnya terlalu mengenal aku.

*diam dengan munung paling jauh*

aku boleh rasa ini tahun paling hati kering aku akan ada.

sini, taufan ribut beliung,
mari sini.
hadap aku.