Saturday, December 29, 2007

tentang pengorbanan yang meracik nyawa

ini tulisan aku hampir dua minggu lepas:

semalam hari lahir pok arm. tepat 12.01am itu telah aku taburkan susu tepung memutihkan juga melekitkan seluruh anggota beliau. tidak ketinggalan, kereta aku pon jahanam berair likat. sayangnya pok cham tak sempat join. sbb aku serang hendap. memang tidak ada plan.

janji seronok.
:P

hari ini abah dan ahli keluarga lain dtg kuala lumpur. mesti riuh. bukan turun sini untuk berjalan. tapi ada majlis.

kemas2 kemudian jiran sebelah ada. tanya2 khabar mcm biasa, tiba2 dia bertanya tentang kucing. memang aku mau bawa pulang anak2 ke kampung.

1) tidak larat mahu menjaga.
2) sudah tidak mampu membayar maintenence mereka.

lagi satu, aku fikir, kalau mahu bela sekadar mahu ada kucing, buat tambah dosa saja. untuk punya haiwan dipelihara perlu ada tanggungjawab. jika tidak datang dosa pada kita pula.

setelah difikir2, baik juga jika aku serahkan anak kesayangan aku si delco pada jiran itu. sekurang2nya jika aku rindu bole saja aku jengah ke sebelah. yang lain2 memanglah aku sayang, tapi sang delco itu memang dari zaman susah aku dia telah ada. seolah itulah teman yang paling rapat. paling memahami.

memang pun. berapa kali waktu aku menangis dia duduk dan diam di tepi. mungkin bukan kerana apa, tapi hati aku merasa dia mengerti.

aku beri delco dengan hati yang berat. sebaik saja jiran aku tutup pintu (sambil berzikir2 terima kasih tidak henti), aku terduduk di tepi pintu. ada tiga lagi anak di rumah. tapi kosongnya jiwa tuhan saja yang tahu.

terus, aku capai telefon, kabarkan pada semua teman2. bercerita tentang pilu hati. kawan2 juga terkejut, kerana delco itu buah hati aku. kenapa tergamak?

*diam*

mungkin ini rasanya para bunda yang memberi anaknya kepada orang. sayang yang ada tidak mampu memujuk hati yang memikirkan kebaikan yang mungkin dikecapi di tanah orang. rasa kasih pada anak itu tidak ada makna jika kecukupan tiada.

hai, bunda2 di luar sana, betapa kamu itu mulia.
dan masih, kamu tidak dimengertikan.

hari lusanya jiran aku mengetuk2 pintu. airmata mengalir di pipi. hati aku tidak keruan. kenapa ya?

"kakak, delco tidak mahu tidur, tidak mahu makan. dari hari pertama sampai kini, duduknya di tepi pintu mahu keluar dari rumah"

dan dihulurkan delco dari kotak tepi.

tuhan, kamu lebih tahu apa yang sepatutnya.
aku ambil delco dari sang jiran, ucap itu dan ini, terus tutup pintu. di belakang pintu yang sama kelmarin, aku terduduk. rasa begitu rindu dan cinta.

aku lepaskan delco dalam rumah. berlari2 ke tempat kesayangannya. terus ke adik2nya. begitu gembira.

apa aku ini sudah gila mahu pisah2kan mereka? malam itu dengan penuh bahagia, aku kembali tidur dengan senyum.

anak2 sudah makan.



baru2 ini:

dah lama tak rasa begini. rasa puas, rasa benar2 terpenuhkan. masturbasi juga tiak seklimaks ini.

terima kasih kawan2.tempoh hari aku punya dua performasi. di layar tanchap dan esoknya di mcpa hall. seperti biasa aku tidak bersedia. tidak pernah bersedia untuk setiap sessi. pada kebiasaan, aku dipanggil ke depan, pegang mikrofon, dengar ritma musik yang ada (gitar atau djembe, atau apa saja), kemudian aku berikan suara pada musik2 itu.

jgn ucap tahniah pada aku.
katakan pada pemusik di latarku, "terima kasih atas lagu pilu anda"

entah lah.alhamdulillah, puisi aku yang tepi jalan itu sudah mula disukai. kalau pun tak suka, sudah ada yang berminat mau berdiam diri dan fokus. cukuplah. aku tidak minta ringgit, cukup sekadar itu.untuk pertama kali, aku rasa begitu hidup.airmata aku bikin aku rasa ada nafas. bukan selalu aku rasa begitu.

ramai benar manusia yang pernah membantu aku melayar kata. dugong, otam, aizat, tongkat, ramai lagi yang tak tersebut. tidak kenal sebenarnya. kerana seperti aku kata tadi, semuanya aku kenal di atas pentas.

ada yang bertanya, benarkah mmg tiada latihan? apa betul tidak pernah ada cubaan belakang tabir?
tidak.

ingin saya selitkan di sini, terima kasih pada pemusik2 yang begitu mempempan. tanpa ritma kamu, apalah sangat puisi saya.

di lembar yang lain, pensyarah2 di universiti aku sudah mula menjadi cik tipah segera. sudah mula bergosip tentang aku yang tidak masuk campur ini. tentang aku yang dulu berlakon. tentang aku yg tidak menepati citarasa Islam.

haih..
gangguan lagi.
harrassment tidak habis2.

seperti biasa, tidak akan mudah lari dari masa silam. sukatilah.
kawan2 mcm biasa. best. sayang mendalam pada Kecy.

lama tidak update sini. banyak mau cerita. tiada masa. apa kabar kawan2 online saya? saya rindu anda.

Thursday, December 27, 2007

tentang society aku yang semakin pincang.

aku penat.
secara literal. memang kepancitan.

mau tau kenapa?

tempoh hari, aku beli dance pad ps2. ye, kain pvc yang digunakan cina2 jinjang untuk menari pada permainan tarian. persis di kompleks membeli belah. memang sahih sudah menjadi kera terkinja2.

ini, secara rasminya menjadi pusat senamrobik peribadi aku.
yeay. aku suka berpeluh. engkau suka tidak? cubalah baru tahu.

pok arm datang sejak semalam. dia baru sampai kuala lumpur kelmarin. tumpang sue. dia siap bawakan sos pencicah dari kelantan. alhamdulillah. tidaklah menjejes aku kempunankan sos dari panai timur itu.

aku bawa dia dan pok cham makan malam di kawasan sentul. kedai baba nyonya yang menyajikan makanan thailand asli. sangat lazat. nak2 daging goreng bawang putih. memang lazat. harganya cukup berbaloi dan saksama.

kerja di universiti memang aman. habis kelas sudah boleh pulang. ada masa kelas tamat jam 10 pagi. ada masa lain jam 12. paling lewat pun hari isnin sahaja. jam 6. itu pun kerana paginya tiada kelas.

untung kerja gomen. mengular sesuka hati mak abah sendiri. kamikan makan harta rakyat. alah berapalah sangat nak dibanding mereka yang di atas sana.

berkata tentang ini, baru2 ini aku baca di surat khabar radikal (sekadar muka depan), kes tun mahathir mahu disoalselidik tentang korupsi. seperti biasa, aku akan pangkah terus.

dasar babi dan bodoh.
cerita seperti bangkai ko besar2kan.

sila gambarkan di fikiran: aku ini punya banyak koneksi. jika aku punya job fotografi dari kawan2, aku kira, aku akan salur terus kepada pok arm kerana aku mahu tolong kawan sendiri. atau jika aku dapat projek membikin musik latar sesebuah filem, aku tau aku bisa gantung harap pada zac komplot. seakaan begitu secara hipotesisnya.

bermakna, kalaulah aku punya peluang, aku akan bantu teman2 sekeliling. kenapa tidak? mereka akan lakukan perkara yang sama untuk aku. aku yakin.

sama juga kisahnya ayahanda terhormat Tun itu. cuma bezanya dia berada di mata negara. bodohlah anda jika termakan hasut sang iblis dari luar yang takutkan kekuatan tun. dinamakan kuku besi. dijolokkan pengkelabu wang rakyat.

kalian buta.

orang di luar bertepuk berjoget dengan mahunya tun menurun langkah. kenapa kamu2 tidak lihat? orang kita sudah pincang sejak pengunduran beliau.

benarkah kekuatan seorang pemimpin itu hanya dilihat dari aspek ibadahnya? itu urusan dia sama tuhan. jika ayah kamu tidak solat, mahukah kamu persoalkan setiap kejayaan sempurna anak2nya? andai dia kuat bersistem ketuhanan, patutkah kamu bangkitkan anak2nya yang durjana?

aku tahu kerana abah adalah sebaik2 manusia. lihat kami adik beradik. bukan sekadar layak dilabel syaitan, malah silap2 menarik kaki beliau turun dari syurga. nauzubillah.

apa juga fikiran kamu tentang tun, aku cuma mau kata, tanpa kegarangan beliau itu, di mana anak melayu kita? aku gelakkan manusia2 melayu yang grednya tidak tinggi mana tapi berjaya ke uItm khasnya, ke universiti tempatan2 lain. kamu tidak sedar diri, ya?

wang ptptn kamu, hasil gaduh siapa?
hak kelebihan kamu, hasil perjuangan siapa?
projek2 yang tidak layak kita dapat, hasil kedegilan siapa?

dasar bingai.

kita perlu pemimpin yang keras. tidak tidur. tidak lewa. tidak sentiasa beralah. tidak sentiasa mahu menang hati orang. tidak sangat pemurah.

supaya digerun.
seperti ayah2 kita. yang keras dan kental.

abah selalu kata pada aku: "bencilah abah. satu hari awak semua akan tahu, ini semua adalah sayang. bila kamu ada anak, masa itu kamu rasa."

pimpin anak isteri dulu baru pandang kemampuan menjaga negara.
itu semua subjektif.

tidak semua sehebat perdana menteri iran yang terbilang itu.

haih. aku tak peduli sebenarnya pada sesiapa yang mentadbir. yang penting nanti di masa depan, anak2 aku mampu hidup senang. tidak hilang hak. tidak terpaksa bergolok bergadai.

apa yang mampu aku lakukan di sini? sekadar membebel di tepi jalan.

apa sumbangan aku?
apa amal jariah aku?
apa yang bisa anak2 aku banggakan: "hey. itu air tangan arwah bunda aku"

satu hari nanti. kalau bukan aku, anak2 aku akan teruskan jiwa kasihkan-masyarakat aku ini.
apa yang buat hari ini?

berdansa di kain pvc bodoh.

semoga makbul cita aku. Allahuakbar.

Tuesday, December 25, 2007

tentang kawan2 dahulu yang disekarangkan.

ketika di rumah, sementelah tidak bisa ke kelantan, aku memberi cadang pada pok cham dan fatin: buat makan2 meriah. apa yang terjadi ada hikmahnya. jadi buat apa bersugul, kan?


mereka suka aja.


aku dengan kepakaran biasa, memasak soto yang sudah terkenal di kalangan kawan kerana resepi asli, temurun dari bunda. cili kicap berlimau, begedil, segala. fatin membantu di setiap penjuru. rajinnya.. anak siapa ni rajin ni... haha.

siapa kata bila perancangan tidak menjadi kita patut rasa mati. kreatif juga idea rumah terbuka kecil2an.

ajak zac komplot dan rewan rodeoscope sekali. along pun aku ajak, sama jue teman wanita rasmi beliau. yang tak rasmi aku malas ajak. ramai tak terbilang, takut tersilap sebut.

yang kelakar, rupa2nya along dan zac sudah bertahun2 kenal, cuma terputus di satu ketika kerana jarak dan masa.

ah, sudah. jangan tiba2 mereka klik dan berkawan kembali sudah. aku tidak berminat melepak bersama abang sendiri. kami patut punya bulatan teman yang berbeza. jika jumpa, bergelak gembira. jika tidak, bila2 masa bertemulah.

bak kata abah: jauh2 bau bunga, bila dekat bau tahi.
ada betulnya.

katalah apa saja. hubungan kami adik beradik memang komplikasi. susah hendak diterangkan. tapi kira untunglah, dekat 20 tahun hidup membenci dia. ini namanya sindrom middle child, sakit psychologi.

dem. puisitepijalan semakin hambar. bukan tidak ada cerita tapi masalah had masa. tapi kalau nak diceritakan pun tidaklah menarik sangat.

betul tak aku kata dulu, bilamana aku mula berkarier, hidup akan menjadi begitu statik. tidak ada dinamik. tiada pelangi. tiada kicau meriah.
haih...

sebentar lagi ada penggambaran. konti yang itu hari. shot aku keluar dari pintu. malasnya mahu menhadap set lagi. cukup2lah. nanti akan ketemu pelakon utama yang sedang top masakini. muka harus plastik kembali. arghh!!!

futnot: anak2, jika kau rasa berlakon ini dunia hebat, datanglah. jika kau tanya aku, tak usahlah. baik sambung belajar.

video puisi terbaru aku di youtube sudah ditonton ramai. 80% suka: pasti kerana mereka dengarkan rasa dan jiwa puisi itu. 20% lagi tak habis mencemuh secara peribadi, di email atau di komen.

untuk sekian kalinya, AKU TIDAK PUNYA SUARA YANG INDAH. tolong mengerti. aku bernyanyi kerana aku suka. aku berpuisi kerana aku rasa. dengarkan bukan diskriminasikan. berbuih2 aku akui, suara yang ada tidak sehebat mana.

hey, aku bukan mau jadi penyanyi, ok.

sama juga pada yang tak berhenti2 mengeji lakonan aku. ada di web page mana entah, aku quote: "Hasni mana boleh jadi pelakon utama. tau sajalah kenapa.. dia kan tidak ada rupa."

ye ye ye. aku sedar diri aku tidak punya paras menawan. tapi aku sudah mula yakin pada figura aku yang kini. aku sudah terima jasad aku yang baru ini. cukup2lah aku dibenci dibuli ketika zaman anak2 dulu, kerana buruk, kerana busuk, kerana hina, kerana celaka.

maka, sila berambus jika tak suka.

aplikasikan pada kelahiran puisitepijalan. aku tidak pernah mencanang pada orang tentang dzat blog ini. kamu2 yang berada di sini adalah kerana kamu antara yang teliti, memerhati di setiap perspektif. terjumpa dari blog puisi2 aku. (yang mana, 90% manusia yang berhubung secara online sama kau adalah mereka yang klik buta2. kerana mahu list kawan yang berjuta2. untuk dibanggakan)

terima kasih kawan2 yang sedikit ini. aku selesa bersama anda.

bicara tentang teman online dan teman plastik, dua tiga menjak ini, tiba2 berderet2 kawan di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan dari mana2 ceruk mengaku pernah bergembira sama. nama2 yang aku tidak kenal. wajah2 yang aku tidak cam. kelakar betul.

ada yang kembali bertegur kerana mahu pinjam wang. ada yang mahu ajak kopi2. ada yang mahu tumpang rumah. ada yang sekadar mahu aku mengaku kawan.

kelakar.

mana pergi kau orang selama ini? selama dulu tidak pernah bertegur pun ramai. padahal sekelas selama 2-3 tahun. nasib baik aku tidak seglamour fazura atau farid kamil. apa entah permintaan kamu nanti, ya?

aku pendendam? mungkin. acapkali ditegur "lupakanlah smua itu", "masa itu kan budak2", bagi aku bukan satu alasan. jika benar masa itu kita masih tidak faham dan tidak matang, kenapa aku begitu sedar dan mengerti? kenapa pedihnya sampai kini aku rasa? kenapa pijar dikeji dulu masih berbahang?

kenapa kamu lupa?
kenapa aku dipaksa untuk lupa?

tapi aku harus berterima kasih juga. tanpa semua kejatuhan, tidak bisa aku berjiwa begini. bernyawa kental. berkalih musibah. tapi cukuplah aku ucap itu.

cukup.

biarkan aku dengan lingkung kecil ini. hanya jika aku tahu kamu itu jujur mahu mencintai fynn jamal yang ini, maka aku gapai genggam tangan kamu. jika tidak, cukuplah sekadar kamu memerhati aku dari situ.

aku tidak bersedia. aku takut beramai.

maaf, entri2 terakhirku tidak kutamatkan dengan harapan sebelum tidur. selamat, kawan2!
selamat.

Friday, December 21, 2007

tentang cubaan menimbulkan feud antara aku dan mia

tidak jadi ke kelantan.
tidak jadi backpacking.
tidak jadi road trip.

benci.

sudah lah begitu teruja, tak jadi pula. betapa sebal. tapi nak buat macammana. agak serabut juga. pok arm macam frust aku dan fatin tidak jadi melawat. pok cham pula tidak habis2 serba salah. kasihan dia.

salahkan keadaan? sama seperti menyalahkan ketentuan tuhan.

mungkin kalau kami pergi tadi, kami kemalangan. atau tayar pancit. atau itu atau ini. redha sajalah.

maka hari raya korban disambut dengan kekosongan. adik pok cham namanya amy. bawa kami ke sana ke mari untuk memujuk jiwa kami yang kecewa atas harapan yang jahanam. agak lambat juga hati ini makan umpan pujukan. tapi dalam jam 5 petang kami sudah mula bergelak2 sewel.

settle lah. apa sangat tidak pergi kali ini. lain kali kan ada.

mula2 yang ada aku, fatin, pok cham dan adiknya. tapi ketika kami mahu bowling mike dan takky sampai. begitu meriah, walau tidak semua kecy ada. jadilah...

selesai bowling, takky dan mike pergi menonton. kami berempat ke tesco. aku mahu masak soto esok. lama tak masak soto. hmm. sedapnya.

di rumah, ketika aku sedang sibuk menyiang itu ini, mengopek itu ini, zarina ann julie telefon. siapa? alah. pelakon utama anak pontianak. pelbagai soalan diajukan dalam masa kurang dari 5 minit.

paling utama: benarkah aku terlibat dalam kutukan berleluasa si dia di internet.

aduh. serabut betul. malas aku masuk campur. dia sedang top di tangga gossip: gambar2nya tersebar luas di dunia cyber.

haih.
mungkin ditambah lagi dengan cadangan pergaduhan antara kami di sini. hmmph. terbaiklah tu. jadikan kami fasha dan fazura. atau paris dan nicole.

tulisan aku di blog ini mmg halal kepada semua. sukati anda jika kamu baca setiap bait tulisan. jika mahu menyebar2kan pula juga terpulang. saya cuma menjujur. saya tidak fokus semata padanya tentang kemarahan saya pada pelakon2 malaysia yang tidak membuat homework.

bukan dia sorang.

hakikatnya, semua orang akan mencari seorang fazura di setiap batch. kali ini, zarina punya giliran.

aku katakan padanya, yang lebih kurang memberi makna: tulisan internet itu sesungguhnya seolah bualan politik kopi. didengar sedap. disampai tiada asas. dibiar adalah seeloknya.

terima kasihlah. inilah dia faktor utama kenapa aku tidak berminat dengan industri kita. lingkungnya kecil, kualiti hanya dijaga oleh beberapa kerat. yang lain? semata publisiti.

semata gah yang dicanangkan.

aku sms dia mencadangkan rilek2 saja. tidak dibalas. mungkin banyak sgt di kepalanya. mmg kasihan juga. tapi entahlah. aku pun malas masuk campur.

aku selidik akar masalah. jumpa. seorang pembaca puisitepijalan telah memberi komen berkata tentang aku mengutuk zarina terang2an. haha. harap diparaphrase semula. aku berkata dari sudut am.

secara general.

tapi tak tahulah. realitinya itu. maka kenapa mahu dilatah, ya? siapa kata mahu berlakon tidak perlu pendidikan? mahu jadi penyanyi tidak penting soal sekolahan?

arghhhh.. anak2 bangsa!! jangan jauhkan buku itu dari kamu!!! kejar ilmu, adik2!!

kalau aku boleh tengking anak2 tepi jalan yang sibuk memvandal dinding bangunan, tamparkan muka2 itu, kemudian membebel sampai menangis; aku dah buat.

seorang guru, itu memang fitrah aku. sampai mati takkan berhenti. pada kawan2 sendiri pun aku kadang2 sibuk membetulkan grammar dan semantics. haha. nasib baik kawan2 sangat memahami kompulsiv aku itu.

apa2 jua, aku tetap dengan pegangan dunia glamor tidaklah sehebat mana. apa juga sumber wang kamu nanti, pastikan kamu punya bekal ilmu lengkap, dengan akal yang sentiasa terbuka untuk pembelajaran baru.

kita tidak pernah terlalu tua untuk belajar.

semoga aku masih boleh professional dengan zarina terutamanya. malas mahu dipanjangkan cerita. semoga anak2 kita bukan sekadar blonde di tepi tangga. semoga dunia kita lebih logika.

jadi pensyarah kan best. tiada masalah hidup di bawah mikroskop.

selamat malam anak2. aku mahu tidur dengan aman ini malam, untuk aku dan bakal anak2 aku nanti.

satu soalan: ada juga kah orang membaca blog ini?

Monday, December 17, 2007

apa yang aku ingat haa dua tiga hari ini?

banyak hari tertinggal.
kena tukar style penulisan.

ah. serabut.

banyak terjadi.
banyak yang terlupakan.
ah. sialan.


ok. yang aku mau ceritakan adalah perkara2 ini:

1) rantai 2007
2) walk-hunt MFA 2007

berkenaan rantai 2007. tidak perlu banyak aku katakan, melainkan kasihan pada teman2 yang jadi kerbau, dicucuk hidungnya berjoget2 untuk mendapat untung yang langsung tidak disua ke muka mereka. semata untuk memberi nama pada seorang pemalas.

tidak perlu faham. cukup untuk luahan hati aku sendiri.

yang penting untuk diketahui, semua orang sudah gila mainstream. kenapa tidak mahu terus seperti dulu? kecil2 kita dulu, eratnya bagai tali sauh. sekarang terlalu gah, seperti rantai, tertegang hampir putus kita2 ini.

haih.
jangan kalut sangatlah.

kasihan kawan2 aku yang di bawahan. tidak berbayar kerana mereka cinta seni kita2. tapi janganlah dimanipulasikan. mereka bukan khadam. engkau bukan tuan. kita bukan mainstream.

*diam sebentar*

poyo, kan? bicara tentang mainstream dan indie. macamlah hebat sangat orang2 tak berlabel ini (tiada tandatangan distributor hebat2 spt EMI dan NSR). sama macamnya dengan persoalan lebih baguskah orang teater dari orang television.

subjektif, tuan-tuan...

tidak kisah mau beramai. tapi bak kata anak2 84 Cubes, kalau datang semata mahu menonton band2 garasi, hari2 ada. di CM, di KLPac, di mcpa. jenguklah ke pameran seni2 anak2 muda kita. mana halatuju asal rantai? sedihlah begini...

lantaklah.
nasib baik performasi puisi aku disambut meriah.

tapi yang kelakar, aku panjat pentas bukan pada hari yang dicanangkan. hari aku tampil mengikut perjanjian adalah sabtu. ramai yang turun hari itu, yang memang datang kerana puisi aku, menunggu dan menunggu. bila sampai masa aku, slot puisi dibatalkan.

terdiam.

semua gara2 penambahan slot untuk promosi ahli keluarga sendiri. kelakar sungguh. tiada dalam jadual, tiba2 ada ruangan sejam dua diambil untuk memberi jalan ahli keluarga berkarya.

lain kali jangan buka slot.

manusia puisi seperti Tongkat dan dua tiga orang lagi senyum kambing. aku? kambing pun geli tengok aku memaksa senyum. haih. politik tetap ada. mainstream ataupun indie. bajingan.

perompak perasaan.

eloklah aku telah dijemput otam mlm semalamnye. manusia berbakat sang otam itu, terkesima setiap kali. dia pula pemalu seolah tidak sedar betapa agungnya jemari beliau memetik seni di gitar perangnya. pemalu sehingga tidak pernah mengangkat mata ketika berbicara. tangan masih terketar2 tiap kali di pentas. betapa aku mahu lempang sang wajah itu, lalu jeritkan: "hei bodoh. engkau terhebat, tahu tidak?"

aku kagum rendah dirinya.

hari ahad dijemput funky doryz untuk bersama bernyanyi. adlib. seperti biasa, aku suka. sambutan terlalu hangat, tidak sangka aku boleh menjadi funk. terima kasih.

kasihan sang pendatang sabtu. tidak ada peluang melayan mata melihat aku di pentas seperti janjinya. aku yang begitu capek memaksa urat untuk terus lentur dan bergerak ke venue. sampai2, "fynn. sori. slot puisi dibatalkan".

terdiam.

terlalu banyak sebenarnya mahu diceritakan. tapi cukuplah tentang persembahan2. aku sedang penat.

walk-hunt sabtu itu begitu seronok. bangun jam 5 pagi, mandi dan bersiap. selesai, berkumpul di dataran merdeka. ala2 amazing race. begitu membahagiakan. aku memang suka rasa aktif. dimarah berkali2 kerana begitu hyper, aku tidak peduli. dunia ini begitu berwarna warni untuk dibiarkan.

*aku terlalu positif, sesuatu mesti tak berapa betul ni*

dari dataran merdeka berjalan kaki ke maju junction, kemudian harus ke bukit bintang, dan akhir ke berjaya times square. semuanya berlarian. jika perlahan akan dipintas. masa sangat singkat diberi. dem.

aku mesti selitkan info ini: aku, pok cham, pok arm dan ezane sememangnya punya kimia. aku seorang yang kompetetif dan beriya. ezane jenisnya gelabah tapi penenang keadaan (ironi, bukan?), pok arm jenisnya sangat supportif dan wing-man terbaik manakala pok cham adalah manusia yang kuat semangatnya. tukang neutralasi.

betapa kami ini indah bersama2.

banyak masa bergelak ketawa sambil berlari, itu yang bikin penat melampau2. orang lain serius, kami tak berhenti2 meriuhkan suasana. terang2, ahli kumpulan kami antara kumpulan kegemaran, kerana semua ahli setiausaha dan peserta2 lain sibuk dengan kumpulan kami ini: the warm iced tea.

mungkin kerana kami turutserta kerana main2, jadi terasa kelonggaran sedikit. tiada tekanan.

tamat segala jam 430. dapat tempat ke 19 dari 160 kumpulan. wow. boleh tahan, dibandingkan dengan percubaan pertama, bertemu pasukan2 yang sudah menyertai treasure hunts seperti satu therapi.

futnot: tempat pertama sehingga ke nombor sepuluh semuanya otai2 belaka. usia sudah hampir 50, tapi begitu tajam dan cekap. kami antara pasukan paling muda yang teratas.

lepas ini mahu cari treasure hunt lagi!!

hari ini, selepas 3 hari barulah boleh jalan semula tanpa hincutan. semua gara2 aku yang terlalu bengong bermain futsal bersama teman2 kecy malam walk-hunt itu sendiri. aku siap dengar bunyi "ktakk" di peha ketika sedang menyepak bola. dem. degil.

esok pagi aku dan fatin akan ke kelantan. saja mahu cuba menjauh ke negeri orang. kami akan ke sana, tidur hotel, tengok2 kiri kanan tanpa haluan. di pagi raya aidiladha. tidaklah gila mana. cuma entahlah. sesekali mencuba berdikari ada excitement nya.

tidak lama. sekadar 3, 4 hari.
maka puisitepijalan akan tergantung lagi.

difikir2 semula, benarkah ada yang mahu mengetahui apa yang terjadi pada aku? heh. mungkin aku patut tulis tentang perkara2 mudah saja lain kali. kan?

haih... maaf, aku tidak punya minda yang tenang buat masa ini. maka diari ini terserabut. maaf maaf maaf. semoga di enti seterusnya aku bisa menulis dengan lebih cantik bahasanya.

assalamualaikum.

Tuesday, December 11, 2007

hujung minggu dan gig yang seronok.

sabtu.:

paginya aku sapa jam 8 lebih2 sedikit. sial. aku kira bila cuti aku patut bangkit lewat. tapi maha hebat tuhan yang telah memberi kita body clock, yang mana akan tersentak pada kebiasaan.

bangun sajalah.

terus capai ps2. mahu melepas rindu pada mario bros. cilaka. dvd itu rosak. sialan. terus bersiap mahu ke tesco. tukar. tapi semalamnya sang tukang kedai sudah bilang, itu cakera terakhir. ah!! tertekan!!

aku mahu zaman anak kecilku di televisi!!!!!

sampai di tesco, sebaik sahaja aku memasang penggera di kereta, entah kenapa kepala terlalu serabutan dan menjadi pening. dua tiga menjak ini aku sering didatangi sakit yang dulu. ah, bagaimana ya jika rasa itu kembali dan menghancurkan aku?

terus pulang ke rumah. pok cham ada sekali kerana mlm sedikit kami mahu melayan gig hujan dan komplot di mont kiara.

aku tidak sedar apa sejak aku jejakkan kaki di rumah.

sedar2, jam sudah berada di minit 30, lewat pukul 6 petang. bila aku tanya pada pok cham, dia kata aku sudah okay sedikit dari tadi. entah.

ini adalah aku bila tanda2 depresi aku aku datang. ubat di kampung. malas aku mahu ambil. entah iya. mungkin kepenatan sahaja. aku yang bereaksi lebih2.

aku minta pada tuhan agar tidak mengambil semula kewarasan. ada masa dahulu aku hanyut dalam dunia di fikiran sendiri. tubuh sudah tidak mampu menjerit lagi. jiwa sudah tidak larat meminta ehsan lagi.

tuhan, aku tidak mahu keserabutan dulu itu lagi...

jika ada yang membaca puisi2 yang aku layangkan di dunia cyber sini, kamu akan dapat lihat sedikit aku yang terlalu terhancurkan. pembunuhan diri yang perlahan2 secara terang2an. kenapa, tuhan.. kenapa aku ini begitu dimalamkan dari mata penglihatan terang.

depresi ini satu terma yang doktor berikan pada ibu bapa aku semata demi menjaga hati mereka dari melabelkan aku gila.

semoga aku tidak kembali ke alam aku itu.
tapi entah kenapa aku lebih senang bersendiri seperti dulu.

adakah keserabutan ini datang dari riuh hidup aku yang sekarang?
aku tidak mengerti.

lepas bangkit aku mandi dan terus bersiap2. nasib baik pok cham ada juga tadi. jika tidak entah la. dia pun tak mahu cerita apa yang terjadi. sama seperti amy bila aku tanya dulu. sama seperti abah waktu dia lihat aku begini dulu.

apa yang terjadi?

sudah bersiap, aku dan pok cham terus ke mont kiara. pok arm sms, minta dijemput. arah haluan kereta ditukar. ambil beliau di sentul, kemudian ke tapak gig.

ada kareem, enot, bella dan lima enam kawan lain. hujan dan komplot juga baru tiba. sedang elok.

komplot bernyanyi dan aku yang mahu lupakan kesesakan kepala terus melompat dan dengan meriah melayan lagu. begitu seperti orang hanyut. aku tidak kira. mahu aku hilangkan segala kekacauan. terlalu hingar dan lupa diri, sehingga zac dari komplot yang sedang bernyanyi tunduk ke arah aku yang berdiri di depan pentas lalu menggosok2 kepalaku. sambil

begitu groupies.
begitu terharu.

aku rasa itu yang aku perlu. seseorang datang, gosok kepala aku. ucapkan, "sabar fynn. dunia ini memang kejam. tapi kau ada aku, kan?"

bercinta dgn fantasi aku lebih realistik dari dunia yang tak jujur ini.

hujan menyambung kegilaan. seperti biasa. abnormal dan hebat. bangga sekali menjadi antara teman2 rapat mereka sejak belum dikenali. cumanya aku berharap sindrom roksta tidak terjangkit pada mereka.

gig habis jam 10 lebih. kelakar. macam konsert hari kantin pula habis awal2.

pok arm mahu lepak sekali di rumah. dengan besar hati aku bawa pulang pok arm sekali bersama pok cham.

sampai rumah aku terus tidur. haih. esok ada shooting anak pontianak lagi. entah bila mau habis.


lepak2 dan terus bermain internet. tiada apa yang luar biasa. sekadar berinternet. lagi dan lagi. dan lagi. dan terus lagi.

ahad.:

jam 8 sudah bangun untuk ke pesona pictures, dengan berat hati. shooting seperti biasa. tiada yang istimewa.

pok arm pulang ketika aku masih di lokasi. ada kerja. rasa serba salah. kerana tidak sempat melayan mereka ketika di rumah. takpelah. ada hari lain.

krew2 lokasi sudah berubah. kontrak sudah bertukar. krew baru pun agak okay. tidaklah terlalu riuh seperti dulu. semua bekerja secara professional. anju baru merasa bahang populariti. gambar2 panasnya di internet sudah berlegar2 di mailbox.

dan dia gelakkan seperti tidak peduli. siap katakan, "ah, kampungnya"

itu adalah respon beliau tentang dunia sosialnya yang biasa. champagne dan biseksualiti, seks bebas dan sosial kelas atasan.

kampung rupanya aku ini kerana tidak biasa. kadang2 aku nampak jelas hubungan plastik aku dengan mereka2. tapi entahlah. sudah terkena baru tergadah. dah kenal baru aku tahu.

haih..

sampai rumah tidak ada kerja apa. layankan internet. dan seterusnya tidur tidur tidur.

Saturday, December 8, 2007

tentang tiga hari yang biasa

tentang rabu.:

aku bangun jam 6.30 pagi. hari ini aku akan terima jadual kelas. bertemu anak2 murid buat pertama kali. wow. eksaited.

sampai U, aku dengan begitu ghairah ke pejabat untuk mengambil jadual. hampa, rupanya jadual tidak lagi selesai.

cantik ah. aku amik peluang, balik ke bilik, tidur sepuas2. aku cuma ada dua jam untuk tidur malam sebelumnya. bila lagi mahu mengular gila-gilaan.

jam 12 aku turun ke pejabat semula. jadual sudah siap. aku perhati2, jadual aku untuk hari rabu selsai sebelum jam 1030. hahahaha. mengular lagi!! agak2 dalam jam dua, aku terus gegas pulang ke rumah damansara. tido tido tido tido tido.

sampai umah, lepak2 kejap, tertido. tak sedar sampai maghrib. pok arm sms, ajak lepak. pok cham pon okeh saja. aku pula dari semalam kepingin mahu makan nasi goreng USA. cantik la tu. aku gagahkan diri ke Idaman. tgh demam2 pon gila berjalan.

sampai idaman, aku pok cham dan pok arm dah boleh gurau2 macam orang gila. sebut nama sue pon dah tadehal: in which a very good thing. sebab fatin pun dah kool tentang tango ini. maka aku sedikit sebanyak sudah tenang.

bak aku katakan, aku seolah ibu ayam yang terlalu protektif. pada anak2 kecy. pada teman2 sampai mati aku itu.

borak gila2 dan sewel, kemudian pulang dan tidur.

tentang khamis.:

bangkit jam 630 pagi lagi. gosok baju, bersiap2, gerak ke U. sampai saja, terus ada kelas. pertama kali bertemu anak2 murid. setakat ini, mereka adalah kumpulan yang paling dewasa. lebih tua dari aku pun ramai. dulu di SEGI college tidaklah seramai ini. rata2 lebih lebih muda. sini: dah la lebih tua. lebih hebat2 pun ada.

pelajar aku di sini kebanyakannya jurutera, arkitek, ekonomis dan saintis. mereka semua pelajar bukan dari tanahair. professional A di negara mereka, tapi mahu menyambung MA atau PHD di universiti aku.

harap2 tempias pada bakal anak2 aku nanti. jadilah mereka manusia bijak2, tak macam aku, sekadar guru bahasa. chett. merendah diri yang tahapahapa. haha.

betul, apa. sekadar pensyarah bahasa.

emm. habis kelas, lepak2 sedikit di HS cafe, kemudian pulang dalam jam 3 atau 4. ainul, teman paling rapat aku ketika di U, sms. tiba2 teringat dan rindu, katanya.

beberapa sms dilayang dan aku buat keputusan mahu bertemu dengannya malam itu.

sampai di rumah, aku telefon eddry n shan. the other girls. called eeman and sheena tak dapat. jadi plan kami untuk empat gadis2 metropolitan akan bertemu di damansara.

bila malam tiba, yang ada cuma aku, eddry dn ainul. shan ada temujanji andaman. lepak di cafe freindster. harap saja mahal. ikan dory yang digunakan untuk fish n chips rasa macam pasir. tidak sedap. tapi chicken chopnye sedap juga.

habis lepak2an, aku pulang. tiada apa kerja boleh dibuat. aku tidur.

rumah begitu sunyi. aku tidur dalam tangisan lagi.

tentang jumaat.:

siyal!! aku bangkit jam 7. baju belum bergosok. tudung masik ronyok. kelas mula jam 8. tidak tahu bilik mana. sial sial sial. aku terlambat!! bergocoh2 nak keluar dari rumah. mahu dijadikan cerita, parking aku pula dihalang kereta lain. dengan tumit tinggi, tertonggeng2 aku menolak kereta itu ke tepi. nasib baik brek tangan dilepaskan. haih...

dari rumah aku ke damansara masanya cuma 15 minit. sampai jam 750. dengan tidak tahu venue, aku berjalan dengan yakin. nasib baik sekali lagi, aku jumpa kelas. ada seorang saja pelajar.

selang seminit ada saja pelajar baru sampai. kelas jadi semakin penuh. aku seperti biasa dalam kelas memang perangai badut. biasalah. awal2 berkenal tidak harus terlalu keras.

habis kelas jam 11. aku sangap. lepak di bilik sama kak shaz, bila dia tiba2 berkata: "malam tadi akak tengok anak pontianak. muka hasni tu macam muka afi la"

afi nama pejabat untuk aku.

aku jawab: "ah. tidak lah. ramai sudah bilang begitu. bangga saya ini dibanding2 begitu"
kak shaz: "kalau muka saja sama, kenapa suara pun sama?"

haih. banyak cakap la pulak... suara aku memang dicam di mana2. banyak kali aku disapa orang (rupanya kenalan atau adik2 fasilitator) kerana suara. rupa aku berubah2. tapi suara serak ini, satu dalam 5 juta. haha.

maka selesai solat jumaat aku pastikan aku sudah keluar dari perkarangan U. malas nak berlama2 di U. untung kerja sama kerajaan. tapi ini kerana belum mula kelas secara rasmi. dah ada nanti, harapan lah.

sampai rumah, pok cham balik lepak rumah. aku masak daging bakar, telur sambal serai dengan ayam goreng kunyit. sedap seh.. daging dia best aaa.. yum yum yum.

habis makan, pok cham tertidur. aku terus main internet tanpa ragu2. agak2 bosan, kacau pok cham suruh dia bangun. datang umah aku tapi nak tido. ek eleh.. jom PS2 aaa. hahahaah.

pok cham cerita dia tengah kemaruk gods of war II. ok. pergi ke tesco untuk mencari game itu, sayangnya tiada. yang ada cuma...

MARIO BROS!!!!

hanya tuhan yang tahu betapa aku terus menjadi cipan di tengah2 orang. ini adalah permainan teragung, ok. gila ke kalau tak suka mario bros. dem.

kami pergi ke sentul untuk menjemput pok arm. dengan pantas, ke sg wang untuk mencari permainan yang dimahukan pok cham. nasib malang lagi, sekarang sedang musim raid. maka tiada satu pun dvd permainan yang dilanun boleh didapati.

bodoh. kalau kau jual mahal2, membazir untuk pembeli. main hanya sekali dua. original juga akan calar. akan rosak. bodoh!!

aku sokong piracy. katalah aku jahat. tapi aku hanya akan beli original bila aku rasa berbaloi. setakat filem malaysia yang sampah, jangan harap. filem barat juga tak semua yang aku mahu beli original.

turun dari sg wang, lepak di starbucks bawah. acha sedang berjalan kaki dari keramat ke bukit bintang, ke arah kami. gila gagah. padanlah badannya semakin sasa dua tiga menjak ni. siap angkat besi lagi. bagus2. teruskan. jangan berketak macam maccha iklan shieldtox tu sudah.

aku geli.

lepak borak2 ketawa2, jam 12 kami pulang. mulanya pok arm mahu ke heritage row. aku yang sedang mengantuk gila2, bawak kereta macam perempuan mabuk. kelong kiri, kelong kanan. muka ketat.

aku rasa kepenatan sepanjang minggu baru menerpa dalam sistem badan. begitu serius, aku tak tahan.

pok arm menggantikan aku memandu. dia tidak jadi ke heritage row. mungkin dia rasa da menyusahkan. adeh... serba salah pula aku jadinya. aku mengantuk, maka memang fitrah fynn jamal yang akan mengaruk macam budak kecik bila dia mengantuk.

yang mana, semalam aku macam merengek tak memasal. hahahaha.

aku sedar2, acha sudah dihantar. pok arm tutup pintu agak kuat. aku tersentak, terus rasa nak tanduk perut dia. pastu pijak leher, pastu tengking: "woi! cari pasal ke!!!!"

nasib baik aku masih mamai. jadi aku jeling jek. pok arm gelak2. dem. jaga ko pok arm. nanti aku sihat semula, aku hempuk pala kamu kat tingkap, pastu letak sos kat dlm telinga. kasi rasa.

salam2 pok arm, babai sket2, terus duduk kat tempat duduk co-pilot. pok cham drive. dia pulak tak berapa ingat jalan. dia tahu, tapi tak berapa pasti. aku seperti tadi, dah bersedia nak tanduk orang, menjeling saja pada pok cham yang nampaknya sudah takut nak buka mulut.

fikir2 balik, kelakar juga bila aku cranky. yang best, kawan2 yang dah faham masalah aku bila terlalu penat dan mengantuk.

sampai rumah aku dah tak sedar apa. aku buka mata tengok aku masih pakai segala yang aku pakai malam tadi. dari anting2 sampai la make up. hahahaha.

apa nak jadi dengan aku ni.

maka, sepanjang seminggu menjadi pensyarah, hidup aku mula hambar semula. tiada life. tiada apa2. sangat biasa. uff.. drama dah habis. maka kembalilah menjadi fynn jamal yang dulu.

selamat menjadi dewasa.

Wednesday, December 5, 2007

tentang pok arm dan fatin menyelesaikan masalah mereka

aku bangkit jam 645 pagi. baju baru yang aku pesan moksu jahitkan sudah aku terima melalui along yang pulang ke kampung. cantik2 belaka. rasa semangat sedikit mahu bekerja.

siapa tak suka benda baru.

sampai U aku tanda kehadiran, dan terus ke bilik. kosong. tiada apa. komputer riba akan aku terima dalam minggu depan. sekali dengan sambungan internet. makin la rajin aku mengular. haha. bak kata bekas pensyarah aku yang kini ko-ordinator kelas2 syarahan aku, "fynn sangat tech savvy". dia tak tahu aku kreatif memanipulasi teknologi menjadi perkara lagha atau sia2.

kelakar. teringat aku upah beliau sebanya rm200 semata2 aku membantu mengajar seluruh kelas hal2 blogging dan websites. bukanlah hebat mana aku ini pun, tapi hebat jugalah. haha. rupanya ramai anak2 kita cicir dari segi teknologi. sayang sekali. apa guna duit kerajaan peruntukkan untuk perkara2 ini?

lepak2 di bilik, aku turun ke HS Cafe. tempat aku sentiasa berada ketika zaman belajar dulu. adik2 junior masih ada yang belum graduasi. lepak bersama mereka. terharu bila dikata aku tidak langsung berubah meski sudah bertukar status di U kami.

apa perlu bermegah semata perkara yang bodoh, aku bilang.

lepak2 lagi dan lagi. dalam jam 3 atau 4 aku sampai rumah. pok cham sudah ada. peperiksaan dia kata senang. baguslah. aku masuk dalam bilik mahu salin baju. sekali aku nampak ada toyol. kertas nota kecil. yang biasa dibawa masuk sembunyi2 dalam dewan periksa.

"pok cham!!!!!" aku jerit sekuat ati. pok cham dah lari2 dalam rumah. takut aku marah. kantoi meniru la tu. memang nak kena. fatin gelakkan saja. comel betul. macammana lah anak aku nanti ye. dapat perangai macam budak2 ni, mati aku.

aku memang cikgu2 bedah la.
:P

aku ingat nak beli barang ofis. barang2 asas macam alas kaki, mangkuk pinggan dll. fatin cakap pok arm mau lepak sama. tengok wayang. maka aku cadangkan kami jemput dia, kemudian ke tesco, kemudiannya tengok wayang. set.

sampai Klsentral (untuk menjemput pok arm), aku isap rokok di tepi jalan, seberang aku parking kelisa merah aku. tunggu2 dalam 15 minit, barulah pok arm muncul. entah kenapa, aku datang terus pada dia yang sedang menghulur tangan untuk bersalam. sedar2 kami berpeluk bertiga: aku, pok arm, pok cham. macam pasukan ragbi. siap gelak2 dan usikan2.

sebak sekali.

terima kasih pok arm kerana masih tetap dengan janji kamu. (futnot: rupa2nya selama ini pok arm dan pok cham ada membaca blog aku). dem. kantoi banyak ni dah.

maka dengarkan:

sayep sayang kamu pok cham, pok arm. apa yang sayep tulis di sini adalah suara hati di dalam sayep. jangan marah. jangan benci. jika ada tersinggung, mari kita diskusi lagi. kamu2 jangan lari dari sayep. kita sudah janji mau kawan sampai mati, kan?

kami masuk kereta, dan fatin tersenyum. entahlah. dua tig amenjak ini dia selalu berkata kami bertiga jauh kerana dia. disangkal berjuta kali pun dia takkan terima. bila kami bertiga sudah baik semula ini, jelas dialah yang terpaling bahagia.

aku pandu kereta ke tesco. beli itu dan ini. habis rm80. terus ke cineleisure untuk Enchanted. ada tempoh sejam setengah sebelum panggung dibuka untuk kami. sementara itu, seperti biasa kami ke karaoke jamban. nyanyi cuma 4 lagu.

selesai, suasana kami berempat kembali dingin. spesifiknya pok arm dan fatin. dalam panggung pun, ketika aku dan pok cham sibuk bergelak ketawa dengan jenaka2 bijak filem itu, fatin dan pok arm macam orang sewel. senyap. muka tak boleh blah. aduh. kenapa ni.

buat kool, fynn. jangan peduli.

selepas habis filem, terus hantar pok arm pulang. aku tertidur di belakang manakala pok cham sibuk berangan. fatin dan pok arm meluah perasaan dalam nada yang aku kira kelakar, tapi keras. jujur, tapi hangat. entah. aku dah tidur. sekali sekala terganggu tiduran ayam aku dengan gelak pok cham yang cuba merilekkan keadaan.

sedar2, mereka sudah singgah di kedai makan depan rumah pok arm. ok. layan. jam sudah pukul 3 pagi. esok pagi mesti bangkit jam 6. hebat betul aku. bagaimana ini. bolehlah.

bualan fatin dan arm aku mesti kata begitu mengagumkan. matang, tapi ada seloroh. pedas, tapi halus. tegas, tapi tidak menegangkan. sedikit2 permasalahan selesai.

aku sesekali melewatkan airmata ke pipi. aku tahu apa rasa fatin. kalaupun sue mahu menimbulkan kontroversi hubungan aku dan pok cham, dia harus tahu kami tidak langsung seperti dia dan pok arm.

aku dan pok cham lebih cenderung dibandingkan dengan fatin dan pok arm.
aku bukan perempuan ketiga. hello~

benar, aku paling rapat dengan pok cham, tapi keadaan tidak menyebelahi kami. maka biarkan sajalah. tidak perlu diiya-iyakan. biar kami yang mengerti. biarkan kami dengan dunia kami.

aku ada amy. ada prioriti lain seperti kerjaya. pok cham masih baru mahu bangkit dan bangun. haih. harap2 dia dapat kembali bekerja. pasti dia sudah terlalu serabut belajar semata, tiada gaji bulan2. perlukan masa. sabarlah. tidak perlu beriya. kami matang tentang hal ini. suka: tidak semesti bersatu.

ini bukan cerita sekolah menengah.

bualan fatin dan arm tamat jam 4 pagi. pok cham sudah awal2 masuk ke kereta. tidur. kami hantar pok arm ke apartment beliau (ketika itu semua sudah ok). perjalalanan pulang begitu sunyi. aku dan fatin bermain fikiran sendiri. kebarangkalian paling tinggi adalah tentang bualan tadi. tentang konsep cinta. tentang lelaki dan perempuan. tentang kehidupan.

sampai rumah jam 430 pagi. pok cham gegaskan diri untuk mandi. sakit kepala katanya. fatin sibuk mengemas itu ini. nak terus balik ke klang, serentak dengan aku ke U esok. aku pula, terus tidur dengan baju yang aku pakai buat berjalan. lantaklah. aku cuma ada dua jam untuk tidur. kejar masa!!!

malam tadi, aku tidur dengan berjuta persoalan di kepala.

haih......

Tuesday, December 4, 2007

hipokrasi itu perlukah?

ezane penah tanya aku satu hari dulu: "mana kau lagi sanggup label diri kau, 'bitch' atau 'slut'? tadek pilihan lain."

erti kata lain, nak jadi pukemak ke sundal.

aku jawab aku lebih rela jadi biatch, dari jadi sundal. aku lebih rela jadi perempuan hipokrit (contohnya dgn perasaan aku; walau aku sayang cemana pon kat mamat yang bukan teman lelaki aku), dari jadi perempuan sundal. semudah itu.

entah la. hebat sangat ke dengan merasa diri tu tak hipokrit? depan mak bapak, aku rasa rata2 kita hipokrit. konon sembahyang full. konon tak pernah comolot. konon masih tak faham dunia sosial. konon naif. konon mengata anak jiran yang terlalu hanyut.

siapa tak hipokrit?

aku lebih rela diamkan perasaan menyala2 dari menjaja diri dengan alasan kesunyian. come one la. cliche yang terlalu masam, semata untuk mendapat perhatian. hipokrasi tak kacau orang, tak salah kot.

maka, jawapan saya, digelar 'biatch' lebih okay dari dipanggil 'slut'. ish. jijik seh. sebab slut biasanya berkenaan moraliti terhadap orang lain. biatch sekadar kejam. slut: maruah tu yang diperkatakan sebenarnya.

*diam* sekadar teringat soalan ezane. satu soalan bernas, aku kira. sebab dua perkataan itu walaupun acapkali dicarut mak nyah2 atau gadis2 peleser, adalah dua perkara berbeza.

good question, lad.

---

tadi pagi aku bangun jam 6.30 pagi. fatin berkali2 suruh aku bangkit. selimut babi terlalu tebal mungkin. aku agak liat sedikit. hari pertama kerja. dan aku takut.

aku mmg gemuruh setiap kali mahu mula melakukan apa saja. ramai tidak percaya. tapi sampai sekarang aku masih ada pre-stage fright. dem.

jam 6.45 aku sudah mandi dan sekaligus bersiap2. aku capai tudung putih dan kurung biru kegemaran dari zaman belajar dulu. lama tak berlitup begini. manis. hilang semua pandangan jahanam.

hipokrit!!
*hahahahaahahahah*

sampai di U, pelbagai kerenah birokrasi yang aku dapatkan. bayangkan, dari jam 7.40 aku dah tercongok di situ, menanti bagai cik bedah menunggu turn jamban, sampailah jam 2 ptg. tiada apa yang berlaku selain kertas kerja yang dikotak katik. jumpa si polan di department itu lah. di tempat tersebut lah, jumpa si polan yang satu ini pula lah. pusing... pusing...

bagus juga, sempat aku lepak2 bersama adik2 junior yang tak grad2. masih seperti dulu. oh, senangnya zaman belajar. aku suka. aku rindu. lecturer2 lepas nasib baik masih cam muka aku. aku bukan kaki bodek (futnot: aku memang pantang kawan2 dan pelajar2 aku yang kaki menjilat kaki atasan), tapi aku mmg cukup gah kerana fikiran poetik dan rajin berdebat dalam kelas. bukan bergaduh dan kurang ajar. cuma gemar bermain akal. seronok berbual, bak kata Prof Qayyum, pensyarah aku dari India. dia killer. lelaki yang sgt feminis. ekstrim!

jam 2 lebih aku mula naik fed up. aku keluar dari U. pergi dentist kerana gigi geraham bengkak. dlm seminggu ni, 2 kali ke dentist. hancur dekat rm300. sakit weh gigi... segantang emas sanggup aku tolak andai sakit gigi jadi timpalannya. tak sanggup!

settle semua, kembali ke U. dapat bilik persendirian. bilik lecturer seh. hahaha. kelakar. ingat lagi dulu2 berkejar sana sini di kampus, jumpa lecturer di bilik2 mereka. sekarang, pelajar2 pula yang cari aku. kekeke. seronok lak rasa.

jam 4 aku gerak jemput pok cham yang mahu ke KJ. dia ada final exam esok. selamat maju jaya. semoga pandai goreng. keke. semoga tercapai impian ayahbonda kamu mahu kamu mendapatkan ijazah. amin...

sampai rumah terus demam. geraham semakin sakit. aku dah rasa nak cabut pakai plier jek. sakit sakit sakit. tertidur dan sedar2 fatin sudah goreng keropok lekor yang jannah bagi tempoh hari. sos dia sedap. berselera tapi tak bole makan. dem yuh gigi. ikut ati nak aja aku blender keropok2 itu. kemudian hirup saja. tapi hilang pulak feel. rasa macam muntah pulak nanti.

didi ada skali tadi. pok cham pun belum mahu gerak ke KJ. aku main2 internet. didi dan pok cham macam bouncer, diri belakang aku paksa makan ubat. dem dem. aku benci betul telan pil ni. melainkan bila aku benar2 serabut, yang mana akan aku telan sekali 7 ke 8 biji. kasi drowsy.

lepas dipaksa, aku makan juga. dan dan pula ada kawan ym nama 'gasolinee' tegur. aku tak ingat dia siapa. tapi ada juga sekali sekala dia tegur. aku ni jenis kalau tak kenal, memang buat bongok jek. biasanya aku cari silap (macam bualan pervert ke, bualan bodoh ke, lousy pickup line ke) aku terus block. tapi sebab mamat ni selalu borak ilmiah, aku tak buang dia. aku suka manusia bijak. dia suka bincang tentang life dan art.

aku tergerak ckp pada dia sejujurnya, "saya tak cam la siapa anda". dia jawab, "em, ni razman semalam" (masa gig), manager annexe.

oh shit. mamat hot dari pertama kali aku perform di annexe. melayu, tapi ada tatu. minum arak tapi tak pula mabuk dan merapu ((terlalu biasa, mungkin)). tipikal manusia central market. dem.

kemudian segalanya mula masuk akal. tiap2 kali aku perform / hadirkan diri ke gig di sekitar annexe, dia mesti pilih kerusi sebelahku, berdiri sebelahku, berbual sama aku. kalau tidak pun, dengan kawannya di berdekatan dengan aku. padanlah selalu tegur aku di ym.

rupanya dia. wah!! sudah perasan.

berbual dengan lebih mesra kerana sudah kenal. dia seorang painter. texture painter, untuk lebih tepat. brilliant artist. kelakar pula. fatin tergelak2 melihat aku yang kalut terjerit2 di pc: "dia ke rupenyee!!" "dem! selama ni mamat ni borak sayep buat bodo jek Tin"

futnot: teringat semalam di annexe ketika razman datang menghampir aku: fatin dan beesya yang menyipu2. e eh? hahaha. aku nak juga malu2, tapi dia tengah borak sama aku. rilek la siket...

entah agakya selepas sejam berchatting, aku minta diri mau lepak. sakit sgt gigi ini. tambah satu lagi kenalan. biasalah manusia suka pada kecantikan (terutama pada rupanya), tapi cukuplah. ini namanya fitrah. tidak pula mau forward ke apa2, walau ada nampak beberapa hint dalam bualan kami sejak aku kenalpasti id ym beliau.

maka tolong jgn gossip.

didi keluar selepas beberapa minit. pok cham menurut dalam selang 30 minit atau lebih kurang. tinggal aku dan fatin. tiada apa yang aku bikin bersama dia. kasihan. mesti dia bosan. tv terpasang, matanya ke telefon. kenapa haa? ah, tamau tanya la. tamau masuk campur. tapi takut pula aku jika dia rasa hambar. dua tiga hari ini aku mmg agak kurang mau beriya2 dengan adik beradik kecy. mencuba untuk cool.

tadi ketika sedang ym sama razman, tiba2 fatin keluar dari bilik. mengongoi dan menangis hingga sedu2. lepaskan, dik. luahkan. aku tak halang dia dari teruskan airmata. banyak sangat yang dia pendam. apa pun yang ditangiskan fatin, aku biarkan. dia pun tak cerita apa. cuma menangis.

aku biarkan hingga lebih 10 minit.

kemudian dia lega. cukup role aku detik itu tadi. tak semestinya perlu masuk campur, cukup sekadar menjadi pasak bila diperlukan.

pok arm mesej fatin tadi, kata fatin. dikatakan tentang perasaan pok arm yang sedang merundum. tuhan, kerana aku kah? *perasan* aku tak tahu apa yang perlu diperbuat. agak melarat sudah kami2 ini. aku sms pok arm, dia balas. sedikit2 saja. benci la bila semua orang mau menjadi hero heroin hindi.

cibai la masalah yang timbul ini. jahanam hubungan kita-kita.

haih. aku yang patut beredar. bukan kamu, pok arm.ini adik beradik anda, kenapa kamu mau pergi dari kami? datanglah 40 juta perempuan yang kamu kenalkan pada kami, kami akan sokong. kami sudah professional.

lantaklah apa saja. cuma diharap sesiapa pun yang menyayangi adik-beradik kita, menyayangi kecy.

kecy sudah berubah. sudah matang.

perjumpaan yang dirancang bersama pok arm batal. pok arm sibuk. dan dan. tadi kata percuma. hmm... kamu ok tidak pok arm...?

sekarang fatin sudah lama tidur. aku sedah mengantuk, tapi gigi terlalu membengang. tak mampu mau tidur tika ini.

hari pertama bergelar pensyarah professional sangat hambar. jadual kelas hanya akan diperoleh esok pagi. harap2 anak2 murid suka sama aku, sepertimana aku punya anak2 kelas yang hormat dan cinta pada aku di Sri Cempaka dan Segi College dulu.

aku sedang menutup pc. aku yakin malam ini aku takkan bisa tidur nyenyak.

selamat berhipokrit lagi esok, miss fynn.

Monday, December 3, 2007

gig yang paling tak best dan seorang pensyarah yang tak bersedia

aku bangun pagi jam 11 lebih, cuba telefon amy. mau jumpa kerana hari semalam adalah hari lahir amy.

dia tak angkat.

katanya mlm semalam tidak kerja. jadi kenapa tak bangun2 lagi?

lalu aku buka internet, buka blog. mula menulis. mula2 aku tak mahu tulis tentang apa yang aku tulis itu, tapi entah kenapa, jiwa aku sudah terlalu kacau kerana diusik orang.

dan tulisan aku meleret2.

jam 2 lebih amy telefon. keluar berjumpa sekejap, kerana dia kerja malam. kami ke secret resepi, makan dengan begitu selera. tapi tah kenapa amy agak suram hari ini. mungkin merajuk kerana aku lewat wish hari lahirnya. mungkin kerana aku tersilap cakap. mungkin kerana tiada hadiah, kerana aku sedang miskin. mungkin semua ini hanya tekaan. dia cuma lapar, mungkin.

dalam perjalanan pulang, aku yang agak sensitif bila tiba hal wang tiba2 cranky. semua bermula dengan niat dia yang mau beli jam harga hampir 1k. walhal dia baru sambar nokia hampir 2k. entah, aku rasa agak konflik dalam diri: aku sekarang sedang hidup membayar wang kredit (kami berdua sama pakai kerana sebelum ini dia masih belum grad, dan hanya aku bekerja), sedang dia membeli barang mahal.

tapi aku pun satu, sejak bekerja, tidak pernah dia beli apa2 pun untuk diri sendiri. takkan tidak boleh? gaji dia 4k tiap2 bulan. dia baru bekerja 3 bulan. biarlah. kenapa aku peduli? mungkin kerana aku sedang tidak bergaji. sedang tidak berduit. haih. kenapa aku peduli hal wang dia?

tulah... kenapa aku suka peduli hal orang.

sebagai defense, kalau aku tidak sibuk membayar kredit, aku sudah pun berdikit menyimpan wang kahwin. itu aku katakan. kemudian dia betah: perlukah wangnya sendiri diupdate pada aku.

kejam. pure evil.

dulu, gaji aku cuma 2k. membayar permulaan hidup aku, sambil membantu amy yang masih belum tamat pengajian. *aku graduate awal*. dulu duit itu dibahagi sana sini, untuk kesenangan kami dua2, kerana aku sayang, kerana aku tak suka manusia yang aku sayang bersusah.

dulu.

dia kemudian beritahu wang simpanannya. aku terkejut. tidak menyangka dia sudah pun berkira2 wang perkahwinan.

dia sudah berubah sedikit. sudah flip out. sudah bercakap keras, walaupun tidak tengking.

memang sifat lelakikah bila sudah berduit akan mula rasa megah? bukanlah dia sang tanggang, tapi dahulu tidak begini. dulu kami begitu indah. dicemburui kerana kebahagiaan yang kami ada.

dulu.

aku yang sedang berkecil hati tak memasal itu terus pulang, tanpa menoleh. tahniah, bertambahlah keserabutan seorang fynn jamal.

terus gerak ke CM. berjanji dengan fatin. layan gig. kawan2 aku seperti budak2 Hujan, Komplot dan Meet Uncle Hussein ada. dalam jam 7 sampai. park and tunggu fatin untuk letak bagasi. dia akan tidur rumah aku sebaik pulang.

yeay. ada kawan.

sampai annexe, terasa macam bangang pon ada. tah. band awal2 tokleh blah. pastu hujan macam tak perform. membazir plak rm15 aku kang. apa lagi, kami pon melepak2 (skali dgn AG hujan) kat tepi2 tu. borak2, buat2 lawak. macam orang gila. tp mmg fun aa.

lepak dari jam 7 tu, sampai la pukul 11. sampai fedup. kat luar annexe ada soundstage ROTTW. keluar kejap tengok zip zieller. juga kawan2 baik aku dalam arena gigging.

mereka memang hebat.

habis sahaja, terus ke annexe semula. hujan sudah mula mau perform. tiket abih awal2 lagi. so kami yang dah menunggu rasa macam marah. bapak membazir. aisehmen. nasib baik rupa2nya kami diuruskan untuk dapat backstage. giler best. rasa cam "woh..."

kekeke.

dan seperti biasa hujan begitu hebat.

abih je terus pulang. fatin nampak seronok. aku pun enjoy. kareem, e-one, beesya, dan lain2 pun nampak seronok. bukan kerana gig. tapi kerana ada kami kawan2.

kawan2 surface.

salam semua, sambil mereka ucap selamat untuk kerja aku hari isnin esok. aku masih rasa tak percaya.

aku? pensyarah? *gelak kuat2*
SEGI college dulu ok la. ni?
ahahahahahahah

sampai rumah terus buka internet. buka segala keperluan, sedar2 dah jam 3 pagi. subuh nak bangun, gi kerja. aku sebenarnya takut nak tidur, takut bangun kena pegi kerja.

dah bersedia ke aku?

fatin dah lama hanyut. aku pusing sana sini, memaksa diri untuk tidur.

"assalamualaikum, miss fina"

Sunday, December 2, 2007

tentang hari yang memenatkan.

aku bangun pagi semalam setelah menerima sms dari kak ati. dia ajak aku teman dia bawa anak2nya ke sunway pyramid. main ice skating.

dengan kepenatan dari rekording yang tamat jam 4 pagi dan tangisan sebelum tidur, aku bangkit. kasihan kak ati. dia punya suami yang tak boleh diharap. kaki perempuan. bini sembahyang tahajud dibahasakan. astaghfirullah. persis kisah2 zaman sahabat yang dijadikan teladan dalam buku2: jgn keji orang yang beribadah, nanti masuk neraka.

tapi siapa tahu kan? ketentuan adalah ketika hari kematian. kalau sempat insaf, tuhan itu pengampun. soalannya, kalau tidur dengan tidak sempat minta ampun? tak bangkit2 sejak tidur? kalau dicabut nyawa ketika sedang melintas jalan?

nerakakah tempat aku nanti, tuhan?
maaf, aku masih anak nakal seperti dulu.

sesudah bersiap2, kak ati bilang tidak jadi pula. suaminya bikin hal lagi. membuatkan mereka anak beranak tidak berani keluar rumah. aku faham. maka aku ikut AG, Kareem dan E-one (bersama teman2 wanita mereka) ke KLCC. nasib baik diajak. kalau tidak membazir saja bersiap2.

sampai di KLCC dlm jam 2 lebih. makan2 dan gelak2 macam biasa. gurau2 dan carut2 kelakar. aku bawa bobby sekali. semua orang ada date, aku saja yang tiada. tp mereka semua kool. walaupun aku berkawan dengan the boys pada awalnya, sang gadis2 ikhlas mahu berkawan dengan aku, bukan kerana aku kawan kepada the boys. jadi riuh kami semua, tidak kekok.

nah.. aku bukan sekejam yang kalian sangka.

habis makan, kami tiga kereta gerak ke eye on malaysia. desember ini merry-go-round itu akan ditutup. bila lagi, kan?

memang seronok. lama tidak berlepak dengan mereka. eye on malaysia tidak menepati wang aku yang 15 ringgit. semata berpusing bodoh2. dan pemandangan yang ada sekadar bumbung setinggan, pembangunan terbengkalai, dan pandangan KLCC dan istana budaya dan beberapa yang lain.

lebih bangang, aircond seperti hidup segan mati tak mahu. jadi bayangkan betapa berkuap.

dapat la dalam 5 pusingan. masuk pusingan ketiga, kami dah macam nak turun dah. tah la. mungkin anak kecil dalam diri kami sudah mula matang. (dalam kes aku: gayat)

turun dari gondola, kami bergambar macam orang gila. orang tengok kami macam anak2 kecil. terlompat2 dan kelakar. terasa bangga pun ada. sebab kami begitu non-chalant. habis sesi fotografi, kami makan ABC beramai2. sedap dgt. banyak susu.

*anak paus anak paus anak paus*
komfem aku kembali berat mcm dulu.

lepak2 dan gelak2. jam 6 setengah kami bersurai. aku terus ke Curve. meeting sama ezane. sedang ada masalah. ok. coming.

kerana jem yang gila, aku tiba dalam jam 8 lebih. ira, acha dan lynn ada di curve. aku mahu lepak sama 3 kecy itu. rindu. maka aku bertemu ezane, dengarkan masalahnya, kasi penyelesaian sedikit2, aku ajak dia bertemu anak2 kecy yang tiga orang itu.

pertemuan ok. ezane cool. kecy rilek seperti biasa. ketika itu, dua org teman ira sudah sampai. kepala bole blah. great. kami ke karaoke selepas habis kopi2 bersama mereka. 30 lagu. beghaper punyer banyak daa..

tapi mmg fun. kecoh gila. aku teruja dengan suara acha. sumpah sedap nak mampos. macam anuar zain + indonish + screamo. aku pun tatau cane nak citer. tp sedap gila. so far, antara semua kawan2 lelaki seumur hidup aku, suara dia paling sedap la.

ira seperti biasa, enchantingly sedap. terlalu sedap sampai ada lagu2 yang aku tertitis airmata sbb sedap sangat suaranya.

kalaulah aku ada duit, aku terbitkan album untuk derang. bukan tipikal suara siti. unik. tp pembeli kat malaysia cuma mahu siti, siti, siti. jadi, nasib baik aku takde duit, kalu tak membazir je aku terbitkan album derang.

haha. apa aku rapik ni.

keseronokan berterusan. pok arm tepon. aku beritahu kami di karaoke. ajak dia join sekali. dia tanya "takpe ke sue ada?"

keseronokan padam.

aku ckp pada ira. kami dua2 pandang sesama sendiri. matanya beku. sama seperti mata aku. aku baru terima mesej dari sue semalam. aku tak mahu nanti aku kurang ajar depannya pula. ye lah, orang baru lepas sakit hati, takkan terus mahu peluk2? dia pun tak reply balasan mesej aku.

aku kata pada pok arm kami sudah mahu pulang. tiba2 telefon padam. bateri padam.

kemudian aku teringat janji aku pada arm, aku akan baikkan kecy dengan sue. maka aku kata pada ira: "join ajalah, kan? layankan saja." ira kata ok. ira mmg cool.

aku guna telefon ira untuk sms arm, katakan kami mahu ke Idaman (port kegemaran kami), dan bawalah sue itu.

aku harap sue takkan terlentok2 kat pok arm seperti biasa, sebab itulah yang buat kecy membuak2. kami ada fatin dalam hati, jadi kalau iye pun kau nak bermanja, tolong jangan depan kami. tak seronok langsung.

tapi pok arm reply, dia kata sumthin like "takpelah. fynn tak kasi". dia fikir aku ira. dia kecik ati penye aku tamo lepak dgn sue. sib baik aku tergerak ati untuk sms semula. mesti dia tak tahu ira pun tak berapa berkenan dengan tango yang pok arm dan sue mainkan. takpe arm, kami kawan anda. kami mahu hanya yang terbaik untuk anda. maka kami akan menari sekali dalam musik ini.

aku balas "ni fynn la mangkok!". dalam balasan sms itu, nampak pok arm lega sedikit. jadi kami akan bertemu di Idaman.

sejujurnya, aku tak mahu tengok muka sue buat masa ini sbb mesejnye di friendster aku. tapi ini pok arm. aku kena jaga hati dia. bukan hati aku.

cibai. buat apa kau peduli, dia kan surface friend saja, fynn!!
tapi itulah, sebagaimana ibu2 lain, bila anaknya laku apa saja, sentiasa ada kemaafan dan sayang.

kerana pok arm.

kalaulah pok cham baca mesej itu, mesti dia tamo berapat lagi dengan aku. dengan kami. sbb dia tamo susahkan kawan2. sebab dia tidak suka gelaran spesifik anak tidak berayah beribu itu.

sampai di Idaman, aku tak tahu bagaimana mahu berkelakuan. aku pura2 sibukkan diri selama beberapa minit, baru aku salam sue. aku tidak suka hipokrasi. entah la. berbaik pada sue, aku terfikir hati fatin. memang tiada ikatan antara sesiapa, tapi hati perempuan si fatin yang aku mau jaga.

tuhan, kasihanlah pada dia. cukuplah segala masalah fatin sedang tanggung. aku sedikit sebanyak berterima kasih pada tuhan kerana buatkan fatin kuat dan move on. dia sudah potong rambut, katanya. tipikal bila kita mau refresh diri. adik, aku sayang kau.

aku lihat pok arm ketat saja mukanya. jadi ada masa aku tegur2 juga si sue. lawak2 meja makan semua tak berapa kelakar, sbb semua sedang plastik. tapi cuba berkali2 juga. okayla. tak la mesra mana. tapi okay laaaaaa..

sikit2 pok arm senyum juga. cukuplah.

balik dalam jam berapa tah. satu lebih. salam sue tak pandang muka. belum lagi, nanti2 lah. ucap selamat tinggal pada yang lain2. rasa sedih pula sebab tah bila akan jumpa.

sampai rumah aku buka internet. check mengikut urutan biasa. tiba2 aku terpandang jam sudah pukul 2.30 pagi. shit!! sudah 2 december!!

selamat hari jadi, amy. semoga kamu panjang umurnya. semoga kamu bahagia sentiasa. semoga kita bisa kembali seperti cinta2 dulu. semoga kamu tetap memberi sayang pada aku yang gila.

semoga kita kembali seperti biasa.

aku telefon amy. masih belum tidur. bual2 sedikit, ucap2 selamat. letak telefon.

ini kah cinta yang aku cari? robotik. uff. serabut. dulu tidak begini. dulu kamilah pasangan paling kool. romantik, tapi rilek.

semoga kami tidak hilang kami yang dulu.

aku padamkan pc. mahu tidur. tak bisa. golek2 kiri kanan, aku hanyut dalam separa tidur dengan kepala yang sudah tak biasa kesunyian.

tentang pembetulan fakta sue richard dan kelas musik bersama andy flop poppy

semalam tghari selepas bangun, bergegas menghantar achik ke stesen bas. aku terus gerak ke arah rumah di damansara. tapi entah kenapa hati aku ini terasa malas untuk pulang ke rumah sendiri.

rumah yang sunyi.

semua orang tiada. kesibukan. pok cham di rumah abangnya sdg bersedia mau pulang kelantan atas urusan keluarga. pok arm, aku tak tahu mau bereaksi bagaimana pula bila bertemu. jadi aku tidak mesej beliau.

sebelum sampai rumah, aku singgah ikea. saja. bosan. sedang berjalan2, along sms, mau belanja makan. dia ternampak kereta aku yang diparkir situ. layankan sajalah. dia mau pujuk aku tentang tempoh hari.

okay saja.

habis makan2, dia pulang ke rumah. aku teruskan perjalanan yang tanpa halatuju. tidak sampai 30 minit, aku juga balik ke flora damansara.

zac telefon sejurus aku tiba di rumah. mau recording. aku dengan sukacita bersetuju. aku buka internet, seperti biasa yang pertama aku bukakan favourites secara berurutan:

  1. blog fynnjamal
  2. blog puisitepijalan
  3. myspace
  4. facebook
  5. friendster

yang membuatku rasa cibai adalah apabila aku buka friendster.

aku sudah mula mau let go tentang kes pok am, bermakna aku sudah tak mahu fikirkan lagi, bila aku terima mesej dari sue richard.

---

soalan aku: perlukah kau curahkan lagi minyak pada api kecil yang sedang memadam dalam hati aku ini?

aku sudah tidak kalih, sudah tidak kisah, sudah mahu biar kau bahagia ikut suka, tapi kenapa kau mahu keruhkan keadaan haa?

dia baca blog aku ini. lalu dalam tulisannya pada aku, dia tanya kenapa aku prejudis terhadap hubungannya. kenapa itu. kenapa ini. kenapa keji. itu dan ini. (dalam satu perenggan lebih kurang 20 baris)

ok. aku boleh terima.

maka dengan ini hadirin dan hadirat:

  1. sue richard cantik orangnya.
  2. hati sue richard tulus.
  3. sue richard berkawan dengan pok arm, maka relakan.
  4. jangan sekali2 prejudis pada sue richard.
  5. kalau kau tak tegur dia, aku akan bantai kalian.

aku tahu kau baca, sue. harap2 kali ini entri ini okay dan mendapat approval dari kau. semoga kau tenang dengan tulisan ini. futnot: tiada yang membaca pun blog ini di kalangan kecy. cuma fatin, itu pun kalau kau perasan. jadi perlu apa kau membaca blog aku. jangan risau. yang prejudis cuma aku, kan? jika yang lain agak keras sama kamu, bukan kerana mereka baca blog jahat ini. mereka sudah besar, tidak perlu diapi2kan seperti anak2 sekolahan.

*senyuman pada sue sambil menepuk2 bahu secara memujuk*

tapi bila dia katakan "apa beza saya dan pok arm dengan kamu dan pok cham?". maaflah, saya rasa itu agak kurang ajar. maka saya tekad tidak mahu lagi bertegur dengan orang yang kurang bahasa itu melainkan bila adanya pok arm. sekadar menjaga hati.

kenapa saya marah? kenapa saya emosi? kerana, kamu sendiri tahu saya dan pok cham tidak semesra kamu berdua. OBVIOUSLY. maka statement itu akan mengecilkan hati saya, teman lelaki saya, juga pok cham. bayangkan kalau pok arm tahu apa yang kamu tulis pada saya. halus, tapi membahasa dan meluah. jangan risau. tidak akan saya beritahu. kita kan kawan? kami perlu layan anda sebagai kawan. mari, jadi sahabat baik saya. mari.

tapi kan, siapa kamu untuk bertanya tentang kami adik beradik. walhal kecy sendiri memahami kenapa saya harus berada di sisi pok cham setiap masa. dia tiada sesiapa. tiada bonda, tiada ayahanda seperti kita2. dia perlu kasih sayang kami2 adik beradik. kamu tidak kenal kami, maka tolonglah jangan bikin penaakulan mantik sendiri. okay sue? love you. sekian terima kasih.

aku harap aku boleh jadi bestfriend sue.

aku fedup dgn benda2 ini semua. aku sudah bilang aku tak mahu campur, jadi tolong jangan cari pasal. niat aku mahu buat bodoh sudah, jadi sila bahagia.

satu: ini blog aku. sukahati akulah mahu tulis tentang apa. bukan valid pun apa aku katakan. dan karektor2 yang aku tulis, adalah observasi. bukan aku paksa pembaca2 yang sekerat ini percaya.

dua: aku tidak biasa berkawan2 ini. aku sedang selesa dengan beberapa yang aku ada. jadi tolong jangan ubah persepsi aku tentang persahabatan. aku masih baru tentang ini.

tiga: bila aku sudah sayang, aku akan overprotektif. itu nature fynn jamal, yang aku dapat dari ayahanda. dan sekarang, mengetahui aku sudah tidak mampu menggapai arm lagi, aku redha dan akan cuba terus berpaut pada yang tinggal.

...aku sayang kau pok arm. kamu sangat dalam dalam hati aku ini...

empat: bila aku sudah jauh hati, aku akan tidak peduli. em, let me rephrase, aku akan tampak tidak peduli. dan aku ini hebat lakonannya, sehingga semua akan percaya aku benar2 tidak kalih lagi.

lima: hanya yang rapat dengan aku faham betapa sayang aku ini abstrak. bukan semua perempuan akan punya rasa cinta bila berdekat. kerana membesar tiada bonda, aku lebih menjurus pada rasa keibuan. maka bila aku sayang, aku jaga. tidak meminta apa2. tapi siapa yang mahu percaya?

---

jam 8 api datang, mahu mengajak kopi2. aku pergi dan makan sikit. badan aku sudah mula naik. dulu 58, mendadak turun 51 kerana jadual yang hectic. sekarang sudah mula 53. dem. aku akan jadi ikan paus semula.

sesudah makan, aku terus pergi studio untuk bertemu zac and the gang. andy flop poppy ada. malam itu aku kena tiau vocally. pitching la. falsetto la. hamlau kejadah aku tak reti. aku kan sang pemuisi. sekadar itu. cuma aku gemar berlagu. dan boleh aku katakan aku boleh kompos sedikit2 melodinya bila ada musik kosong, sebagaimana aku berpuisi selama ini.

andy sangat berbakat. dan dia sangat terpelajar rupa2nya. pernah bergaji empat angka nilai USD. tapi kerana passion, dia tinggalkan semuanya, kerana musik.

kalau aku mahu tinggalkan segalanya, untuk apa? apa yang berbaloi?

*yang nyata, tidak berbaloi untuk benda yang bernama persahabatan. aku sedang kembali meneutralkan diri. tunggu masa saja untuk aku tinggalkan dunia berkawan yang tak matang ini. dulu hidup aku aman sendiri. tiada hati yang perlu aku jaga. hati sendiri juga aman.

cumanya ketika itu begitu sunyi. seperti rumah aku sekarang

habis rekording jam 4 pagi. zac dan rewan tumpang pulang. banyak juga perbualan kami. surface conversation. lihat, betapa senang. betapa mudah. tak ada serabut. mereka turun dari kereta, tiada apa lagi yang aku perlu fikir tentang mereka.

sampai rumah yang bisu, aku buka baju terus junamkan diri ke katil aku yang merah. aku mahu tidur, tapi hati yang sakit dan pedih seolah2 mengaruk.

aku menangis diperbuat begini. hati aku sakit. ini bukan kali pertama aku kecewa dengan teman2. kecewa kerana aku lebih dilihat sebagai threat, bila segunung sayang telah aku beri.

di sekolah rendah, aku dibenci kerana ukur lilit pinggangku mencecah 32. padahal setiap pagi aku belanjakan 70% wang saku untuk membeli kawan.

di sekolah menengah, aku dibenci kerana pemikiran poetik aku yang terlalu tidak terfahamkan. aku weird di sekolah. walhal bila diminta pertolongan, akulah yang berada di baris pertama.

di universiti, aku dipulau teman sebilik, dikotak katik teman baik pertama, diguna2 untuk kepentingan mereka. aku tidak kisah, meski aku dipakai semata kerana punya kereta seawal 20 tahun, di waktu mereka belum punya mobil sendiri.

di tempat kerja, kawan2 sekadar kawan tempat kerja. maka mudah.

ada masa aku sesal ke PD dulu, tempat pertama aku kenali kecy. jika aku tidak kenal mereka, aku mungkin fynn yang dahulu. yang tidak punya peduli pada sesiapa.

aku tertidur dengan segala nostalgia kejam, sambil bersedih atas kejauhan yang tercipta antara aku dan pok arm.

selamat malam, dik. semoga kau bahagia.

Friday, November 30, 2007

tentang cubaan menyanyi beriya-iya

hari rabu lepas, tidak ada apa sangat terjadi. stok mesin pengering sudah sampai. aku ambil dari kontraktor rumahku iaitu emkay land, tapi dengan sedia maklumnya aku tak mampu membikin sendiri mende2 kejadah itu.

bukan aku tak reti, tapi berat mesin itu lebih 5 kilo, dan harus digantung ke dinding. gile ke hapa bikin sorang2?

dengan begitu tidak malu, aku mengerah pok cham untuk membantu.
hahaha. gelak besar. aku upah rokok sekotak, sekali dengan kasih sayang seperti makcik2 yang meneman anak bujangnya main gitar, sambil dia melipat baju. *memang aku lipat baju pun*

selesai pemasangan oleh pok cham yang hebat *pujian membodek dan terima kasih kerana diri tak mampu membayar upah*, aku hantar pok cham ke pandan indah semula. dalam perjalanan, zac dari band komplot telefon, bertanya sama ada aku percuma malam itu. ada recording.

situasi satu:
zac komplot bekerjasama dgn produksi baru menerbitkan soundtrack filem Hey Luna. aku akan di feature dalam satu lagu mereka, sekali dengan lagu solo aku sendiri dalam album soundtrack itu nanti. kelakar. aku sesungguhnya bukan penyanyi. sekadar pemuisi yang punya suara lantang.

situasi dua:
adik aku (achik) datang dari kota tinggi kerana ada urusan kerja di putrajaya. aku perlu jemput beliau dan bawa ke rumah kawanku jannah kerana dia menyewa di sana. nak ulang alik dari damansara ke putrajaya tidak berapa seronok kerana harga minyak dan tol yang agak ekstrem untuk dompet aku minggu ini.

situasi tiga:
kalau aku pergi jamming, aku mau bawa pok cham. sbb bila lagi nak kenalkan dia dengan dunia sebalik tabir. kesian dia, mesti boring kalu aku takde. *perasan best pulak. haha* tapi malas pula mau berbalik2 hantar dia, tambahan pula achik ada. takut malu2 pula. dia bukan seperamah aku. dia pendiam jika tak kenal, seperti abah. aku persis arwah mak yang ringan mulut.

konklusinya, aku hantar pok cham, achik dijemput along, aku pergi recording sorang2. ha-ha. betapa tuhan telah uruskan plan kita.

sesi recording memang memeritkan. satu baris, cut. satu baris, repeat. serabut. suara aku tak keluar. jadi kayu. terasa macam mia dlm anak pontianak. dem. tambah pula zac ada berkata: "fynn, kau wakil gadis2 underground! jgn kasi malu! kau kan rokstar!!"

aku? disebut otai underground sbg satu dr mereka. dem. pressure aku. selama ni aku sekadar pemuisi tepi jalan. selama ni antara kawan2 saja yang panggil sebegitu. teruja.

di tengah2 sesi recording aku hampir putus asa. aku katakan pada zac mungkin aku tak patut barada di situ. mungkin aku bukan yang dicari. yang sesuai. tapi zac katakan dia telah datang di persembahan2 aku dulu, dan dia tau performasi pentas aku. dia meneka gemuruh aku yang jadi punca. disekolahkan sekejap aku yang masih tak pasti ini.

aku diam. ada gitar di tepi zac. aku minta dia mainkan lagu apa2.
dan aku menyanyi.
terus menyanyi.

puas. sekarang aku tau apa kryptonite suara fynn jamal: recorded music.

aku tidak bisa menyanyi jika bukan live. tiada feel. zac terusan beri perangsang untuk teruskan projek ini. semangat aku kembali. bila agak lewat, aku simpan lagu yang telah direkod-baru, untuk latihan di rumah.

aku keluar studio tah jam berapa. pok cham sms: kunci rumah aku padanya. aku turun ke uptown gombak kerana dia dan dua orang adiknya sedang melepak di situ. ambil kunci, minum air segelas, terus ke putrajaya.

malam itu aku tidur begitu lena.

keesokan harinya, pok arm sms di pagi hari, maukan thumbdrive yang aku pinjam tempoh hari. kayuh aku ke sentul. tapi aku singgah dentistry dulu. bikin scaling dan fix a tooth fracture. sakit yang ampun. tersentak2 aku di katil rawatan. walaupun sudah disuntik bius di gusi. dem2.

selesai itu, aku ke rumah pok arm. seperti aku jangka, aku yang tek reti berbual. entah. kekok. tak tahu apa yang mahu aku bualkan. pok arm pun nampak ketat. bual2 ada, tapi tak semesra dulu. mungkin kerana ini pertama kali bersua setelah sesi sms2 dua hari lepas. baik aku diam. aku lepak dalam 35 minit, transfer lagu. kemudian pulang.

sayang betul. apa dah jadi dengan persahabatan ini. tapi aku sudah tekad mahu kontrol frekuensi. jadi harus ikut janji sendiri. life masing2, bukan?

sesudah jumpa pok arm, aku singgah rumah abang pok cham. lepak2 minum air di kedai bawah, aku pulang ke putrajaya kembali. telefon aku mati kerana baterinya macam haram. pok arm telefon pok cham kerana mahu menghubungiku yang tiada connection lagi.

tiket james morrison yang berharga RM300 setiap satu untuk aku dan pok arm, hadiah dari ezane. aiseh. mahu sekali!! tapi nak bersiap lagi, nak salin baju lagi. aku cuma diberi masa 30 minit untuk bersiap, sedangkan aku di ampang, rumahku di damansara. dem dem dem.

akhirnya pok cham saja yang pergi sama pok arm dan ezane. mesti seronok.

sampai putrajaya aku terus tidur, membayar hutang kepenatan pada diriku yang hectic sejak malam kelmarinnya.

Wednesday, November 28, 2007

tentang kehidupan aku yang normal

semalam bangkit tengahari. rumah yang sepi. life yang hambar. sabar, fynn, sabar. minggu depan kau akan mula berkarier semula. akan dipenuhi kembali.

balik normal.

apa yang normal? aku workaholik sepanjang ingatan aku tentang kerja. ketika belajar dahulu, aku susun kelas dari jam 8 hingga 3. jam 4 aku perlu ke rumah2 orang, kerana aku tutor pribadi anak2 kaya. berhenti sekejap jam 7. di jam 8 aku ke rumah orang lain intuk tutoring lain.

hari2, isnin hingga sabtu.

tamat belajar aku tidak bercuti, kerana pelajar2ku punya peperiksaan negara.

kerja pertama aku (selepas gap seminggu dari country exam pelajar2), adalah event korporat internasional, yang mana aku adalah eksekutif projek. dalam erti kata lain, dari cacai bancuh air, sehinggalah berhubung terus dengan tan sri2.

jam 10 malam adalah waktu yang paling biasa aku tiba rumah.

aku berhenti job ini selepas setahun, sebaik pulang dari satu event di beijing. aku bina keputusan itu kerana alasan ini: aku tak mahu pekerjaan yang akan membatas masa qualiti aku dan anak2 aku nanti.

sayang memang sayang. gaji yang lumayan, pakej percutian setiap kali event. tapi au lebih sayangkan bakal anak2 aku, dan terutama, sang suami akan aku berikan air tangan aku dalam setiap makanannya.

ini mmg aku. tradisional dan konservatif di fikiran.

aku berhenti kerja itu di hari khamis, dan hari isnin aku mula bekerja di Cempaka International School. guru speech dan drama.

kepuasan yang teramat kerana aku berani katakan aku adalah guru kesayangan setiap seorang anak murid di situ. terima kasih pada abah, aku dikurniakan bakat entertaining seperti beliau. terutama pada anak2 kecil.

tapi tidak lama. kerana kebangsatan iri hati sang guru2 lain. aku dicalit 'rebel' di kepala sejak hari pertama aku di situ. dan aku dikatakan bakal menjadikan anak2 menteri itu, anak2 manusia terkaya di malaysia, anak2 expatriate, kepada songsang dan membelakangi disiplin.

aku terasa seperti karektor guru2 hebat di layar perak: michelle pfeiffer dlm dangerous minds, antonio banderas dalam tak the lead, takeshi sorimachi dalam GTO.

aku mau menjadi Ron Clark, guru terhebat dalam sejarah dunia. dan dia masih lagi tersohor. sila google jika kau mau tau siapa dia.

hari2 di sekolah itu aku terima hadiah. dan seperti biasa aku perlu sembunyikan kerana tidak mau dirampas. aku dituduh memeras pelajar. haih! aku taulah aku orang miskin, tapi tak perlu aku mintak2, lah!!

aku suka mengajar. my passion is in teaching. i was born to teach.

tidak cukup setahun aku berhenti. telefon dari ibu bapa2 dan anak2 yang menangis ada masa memecahkan kekuatan diri. tapi aku tidak bisa lagi. bukan aku mahu sangat berhenti. tapi elok pula ada tawaran menjadi pensyarah di kolej SEGI. aku akan naik dan terus naik. kerana azam aku untuk menaikkan taraf hidup telah aku sematkan: sebelum 30 tahun usiaku, aku akan buktikan pada semua aku akan berjaya.

budak gemuk yang kau tujal2 dulu, yang kau hina2kan, adalah jauh lebih bagus dari engkau yang hanya tahu membuli.

manisnya dendam.

dua minggu selepas itu aku mula menjadi pensyarah, dalam usia belum 25 tahun. aku berbangga di setiap kali orang tidak percaya apa kerjaya aku. kerana bajuku yang biasa2 dan mungkin kerana gaya aku yang sangat bersahaja.

aku hanya sempat bekerja dua bulan di SEGI, bila universiti tempatan mengkhabarkan aku bakal mensyarah di tempat mereka bila2 masa. bagus. kerja kerajaan. gaji swasta.

anak2, mummy akan masak breakfast kalian, kita akan makan sama untuk dinner. papa will be home tak lama saja lagi. dia perlu kerja lebih, kan?

aku tidak mahu terburu2 lecturing. kerana aku mahu mula selepas aidilfitri tempoh hari. dalam pada itu, aku dapat job berlakon dengan shuhaimi baba. aku mahu merasa. dan sehingga kini aku masih terasa bahangnya berlakon.

ada sahaja yang kenal. seronok. tapi maaf, itu bukan life pilihan.

minggu depan aku jadi pensyarah sebenar.
minggu depan aku mulakan hidup baru.

aku ingat lagi ketika sang rektor yang menemuramah di peringkat ke 5, dia bertanya:

in two years time, you've been skipping from jobs to another. what makes you think you can stay here in IIUM for long?

sir, all i can say is that i hopped not in one spot, and i skid my way up just so my students know they should go further everytime chances come. i am taking that chance i've been telling my students to grab. if i let them slip, tell me sir, how can i ever say wise things to them ever again?

sampai mati aku takkan lupakan sesi interview itu.

i found peace in teaching.
i found happiness in the smiles of my satisfied students.

malam tadi aku tidak lagi memikirkan tentang kawan2. aku masih teman mereka, tapi aku mahu jadi aku yang dulu. normal. tidak mempeduli selain pelajar2 aku. aku tidak mahu terlalu rapat, terlalu cenderung.

semua orang sama. tidak perlu layanan lebih2. aku punya hidup sendiri. aku patut jaga.

aku tidur malam tadi tidak sabar mahu bangkit di minggu depan.

Tuesday, November 27, 2007

tentang memutuskan persahabatan erat, dan biarkan ia sekadar biasa.

aku tidak mahu lagi masuk campur hal kawan2.

terima kasih pada naluri poet aku yang rebel dan gemar voicing out wutever aku rasa, aku rasa pok arm akan mula menjauh dari diri aku. dan pok cham, wingman terapat beliau, pasti akan menyebelahinya.

bodoh bodoh bodoh.
akulah itu.

ingatkah pada sue richard? aku pernah menulis tentang gadis itu dahulu. kini aku dah tak mahu peduli.

aku lebih rela diamkan prediksi aku (yang jarang silap: kerana aku analitikal), dari kehilangan dua orang manusia yang aku sayang: pok arm dan fatin.

semoga kalian bahagia. dengan siapa pun jodoh kalian.

aku memutuskan untuk tidak lagi observasi teman2 rapat. kerana ini begitu membahayakan. sangat. tersangat bahaya.

contoh termudah: berapa orang yang percaya tukang tilik? bila datang seorang itu memberitahu hari engkau akan menjadi begitu indah, kau pasti berbunga2 sepanjang hari. bila diberi omen beraura tidak cerah, kau akan maki2 katakan kurafat dan lain2.

cuba pula kau bayangkan tukang tilik itu adalah kawan kau sendiri.
mahu bertumbuk, aku rasa.

maka di sini, aku ingin luahkan rasa maaf dan kesal pada kamu, pok arm dan fatin, juga sue jika kau baca:

maaf. semoga kita kembali menjadi kawan2 surface seperti biasa.
kawan2 yang tidak perlu bualan dasar.
sekadar surface konversasi.

aku sedang menutup jiwa untuk persahabatan,
seperti dulu2.

kerana aku mmg tidak pandai berteman. maka perlu apa aku berpura bijak?

tamat konfesi hari ini.

----

dua tiga hari ini aku begitu sibuk. ahad lepas, pulang ke muar, balik hari, semata untuk makan nasi minyak Bendul, teman aku dan amy di universiti dulu. lepas sudah engkau, burn. aku ni bila ntah. pergi bersama amy. macam terasa seronok juga lama tidak berjalan jauh berdua.

sudah terlalu lama.

sebelum pulang ke KL, singgah ke rumah atok. cuba baju2 kurung yang moksu jahitkan untuk kerjaya baru minggu depan. aku lupa mahu cerita, aku bakal menjadi pensyarah di universiti tempatan bermula disember ini.

aku mahu pakai tudung. bila haa? tapi aku tamau pakai tudung semata pakai tudung. aku mau betul2. bukan bertudung tp nampak segala lurah, semua bayang tubuh. aku mau bertudung, kerana tuhan, bukan kerana abah, tau kerana rambutku yang buruk, atau kerana dipaksa teman lelaki.

uff. terlalu ramai hipokrasi, terlalu menjadi ruji.

semalam tidak ada program. bangun pagi aku dapat sms dari pok arm. dia berbunyi kecil hati dgn kami2 yang terlalu prejudis. dia tidak punya niat pada sue richard. dia tidak memberi janji kepada fatin.

yang kami ini tidak adil.

benar juga katanya. kami tidak kenal isi hati mereka bertiga. so pergilah terlangkup ke apa ke, malas aku amik peduli.

yang penting, aku sayang kamu, fatin dan pok arm.
dan sue richard.

(aku sedang memaksa diri untuk ikhlas)

okay. apa lagi. semalam lepas terima sms dari pok arm, ajak dia makan tengahari. aku risau. dia mcm agak tertekan. takut pula kerana hal remeh kawan2 dia serabutan. aku kayuh kereta yang tak berminyak ke sentul. pok arm mau makan sama di kampung baru.

sampai sana, dia kata dia keluar ke ampang.

aku dan pok cham tetap makan di kampung baru. jauh di sudut hati aku harap pok arm akan datang makan sekali. nyatanya harapan itu bangang.

balik ke flora damansara. baru labuhkan punggung dalam sekejapan (selepas bergotong royong membersihkan bilik kucing dan rumah tuannya), ezane telefon mau belanja McD. haih. makan free lagi. tapi duit minyak takde. hentam je la.

sampai sana lepak sebentar, aku ajak pok arm. tak dapat datang atas sebab2 tertentu. adik pok cham pula yang tiba dengan kereta vios barunya. dem. baru 19 tahun dah beli kereta down payment 25k. duit sendiri. dem dem dem.

aku apa ada? duit minyak pon sangkut.

ezane gerak pulang sebab kerja jam 5 pagi. layan2 adik pok cham borak, kami forward ke KLCC. dia okay. cuma mungkin kerana sudah berjaya di usia itu, dia agak keras bahasanya.

jauh sekali sifat beliau dgn pok cham yang begitu santun.

dlm jam 12 lebih kami ke rumah pok arm. jemput di bawa makan ke suzi's place di ampang. bualan kami hambar. pok arm agak ketat, walau pun dia cuba sedaya upaya untuk bersikap biasa.

aku pun rasa awkward.

yang pasti, aku tau dalam masa terdekat ini aku tidak mungkin rapat seperti biasa dengan pok arm. dia benar2 kecil hati mungkin. terima kasih mulut aku yang lepas. terima kasih bahasa aku yang terus terang.

bodoh bodoh bodoh.
akulah itu.

pulang rumah aku bertekak dengan jiwa. apa yang telah aku lakukan. kenapa perlu aku peduli perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan. pok cham ada benar dalam bualannya; aku tak harus bersikap begini. ini life mereka. kenapa perlu aku masuk campur.

semalam aku tidur dengan rasa fedup dengan istilah cinta.

dan secara halus, aku menanam benci pada dunia yang tak adil, sekali lagi.
seperti dulu.

kenapa aku tidak jumpa lelaki seperti abah lagi?
di mana cinta abadi aku?
tuhan masihkah kau sembunyikan suami aku dari pandangan mata majazi ini?

selamat malam, tentang hari ini, akan aku kabarkan esok.

Saturday, November 24, 2007

she said: "you have to live!"
and he replied: "i have"

from 'magorium's wonder emporium', at the point where mr magorium is telling mahoney he's dying. and obviously she cant accept it.

aku tak mahu cerita panjang hari ini.

satu: kerana aku agak sibuk.
dua: aku akan catch up hari lain.
tiga: filem itu buat aku teresak2 sendirian dalam panggung.

bukan tinggi pun rating filem tersebut aku beri, cuma cara mr magorium menghadapi hari matinya itu yang buat aku terpana.

mati.

yang paling aku fikirkan adalah abah. tuhan, jgn kau ambil cinta hati aku itu, tolong.

assalamualaikum.

Friday, November 23, 2007

tentang pencuri kawan dan gig yang membosankan

masih bangkit dgn tema dan waktu yang sama. kesampahan.

bendul kawen ahad ini. antara teman yang pernah rapat dengan aku ketika universiti. satu sekolahan dengan amy. dia sudah titipkan pesan, jika aku tidak datang, nescaya dia tidak akan mau bertegur dengan aku. merajuk. chet.

aku sms kak lina dari pesona pictures. mahu konfirmasi jadual penggambaran. tiada reply. harap2 aku percuma hujung minggu ini. aku benar2 mahu pergi.

bangkit dari tilam, aku keluarkan baki tepung cekodok kentang semalam. aku basuhkan pinggan2 di dapur, gorengkan cekodok. rutin kami hari2. memandangkan semua sampah belaka, jimat sedikit. hehe.

tonton dvd lagi selepas itu. untung kerana aku ada hampir 1000 keping dvd lama dan baru. maka serasa nostalgik, kami layan filem dulu2. serasa mau tonton yang terkini, ada juga.

ezane telefon, mau ajak lepak. teringin makan kenny rogers katanya. kami terus terang, tidak mampu. dia mau belanja. lagi? dua hari berturut2? gila ke.

pok arm kata dia sunyi. tidak berteman sangat. mungkin dia perlukan kami2 ini untuk menghilang bosan. aku pastikan dia clear yang kami tidak mahu kerana tidak berapa mewah bulan ini. tidak mahu menggunakannya. nyata, dia berkeras. sukatilah.

jam 7 kami gerak ke KLSentral. lepak2 dan makan2 dengan begitu seronok. lapar sangat. sampai diam langsung ketika makan. jam 9.30 nanti drama aku di udara. tapi jam 10 mahu ke laundry bar. ada small gig. aku pilih laundry bar kerana anak pontianak sentiasa boleh ditonton online.

selesai makan, ezane pulang ke rumah kawannya. sempat aku katakan sebelum dia pergi: "jangan kau ingat kami gunakan kau ya" yang mana dia balas: "tidak. aku yang gunakan kalian".

kelakar.
kasihan.

terus ke laundry bar selesai itu. di sana tidak ramai teman2 yang aku kenal. ye lah, biasanya kalau kami turun pun kerana Hujan. aku beruntung mereka sudi menjadi sessionist tak formal aku. dapat pula Hujan sedang meletup2 sekarang. bila kawan2ku berteriak tentang Hujan, aku senyum saja.

tapi tak kurang juga yang selepas Hujan sudah glamour baru terhegeh2 mengaku kawan pada mereka. AG, Dugong, Arm, Noh: adik2 yang sangat menghormati aku. terasa sangat terkesan.

sampai kini, mereka tak berhenti menghormatkan aku. sampai kini yang mereka sudah begitu gah.

terima kasih kerana jujur dan tidak hipokrasi.

di laundry bar itu, yang aku kenal cuma enot dan dua tiga lagi. masuk di dalam, bosan. ada seorang brother siap tidur di tengah2 kebisingan itu. terlalu bosan mungkin. tapi memang amatlah mencabar mata sedar untuk pejam.

maka di tengah2 persembahan aku dan enot mula bergossip.

tentang satu kenalan kami yang rupa2nya hidup dalam dunianya. mengagih dan menjaja kisah2 teman demi untuk perhatian. dan tiba2 ada saja kisah2 yang tercipta di tengah jalan.

yang mana melibatkan aku (bukan satu surprise, kerana sudah berkali2 juga). dan melibatkan teman2 yang lain.

susahlah begini. sang anu itu sibuk mengatakan itu itu tentang aku yang kononnya berubah kerana melangkah ke dunia mainstream. kalau dahulu aku akan bersedih2 kerana percaya katanya2, tapi kini aku sudah tak kalih.

smuanya bermula pada hari dia tunjukkan siapa dirinya. di hari dia cuba membelakangkan teman2 kecy, teman2 aku sampai mati itu dari aku.

kau silaplah.

kenapa hah? carilah teman sendiri. kenapa kau gemar mengatur hidup orang? kenapa kau suka mengungkit kebaikan kau yang sepalit, bila kau mintak2 dibalas selautan?

nasib aku baik kerana yang lain tidak termakan kata cintanya. cuma satu itu terhanyut sedikit. tapi aku tak risau yang seorang ini, yang ku anggap adik ini. kerana dia kuat. dan bukan mudah terabik jiwanya.

harap2 kau selamat, dik.
jangan kau dipergunakan.

untuk yang mengenali si dia itu, termaklum kuasanya yang mendominasi. dia muncul sebagai satu unit yang begitu ramah dan baik. tapi setelah habis bulanmadunya, dia akan mula bertaring bisa.

ah, manusia.

kami tidak tunggu sehingga habis pun gig di laundry. kerana terlalu memualkan. band cosmicspacemonkeys contohnya, sekadar gah kerana faktor2 mainstream: bassistnya adalah vj terkemuka di MTV. lain2, haram jadah.

pok cham dan aku sudah pun di luar (kerana cerita2 aku dan enot yang berlangsung di tangga2 tepi itu). kami sms pok arm, mengajaknya beramb. bagus, kerana dia pun rasa yang sama.

hisap2 sedikit rokok, kami pulang terus ke rumah.

sampai di rumah, pok arm mengajak sesi fotografi dengan t-shirt yang baru kami beli: bertulis iheartKL. comel.

sessi tidak panjang. berlarutan untuk setengah jam saja.

hmmm.. i heart KL. aku cinta kl. benarkah? bukankah aku ini anak johor? kenapa jiwa aku leih selesa di kuala lumpur? tempat orang berlanggar bahu pun tidak terpedulikan? tak seperti di johor yang ku kenal seluruh sepupu sepapat.

mungkin kerana terlalu banyak pahit di sana.
mungkin kerana terlalu senang dengan persona aku yang ku cipta khas di sini.
mungkin kerana aku sudah benci pada kenangan2 yang akan tersembul dengan hanya memandang.

aku anak kuala lumpur.
anak terbuang.
kuala lumpur kan tempat perantau.

selepas fotografi, pok cham layan DVD lagi. aku tak sedar entah bila aku tertidur sepanjang filem itu. mengantuk.

malam tadi aku tidur dengan tidak berperasaan.

Thursday, November 22, 2007

tentang bunda yang aku ingat

semalam hari rabu. bangun, seperti biasa. shooting pun tiada.
yeay. hari sampah.

kalau difikir2, apa kata akar bagi 'menyampah'? memang secara literal, tiada kata akar untuk perkataan ini. tapi sedarkah, ada kemungkinannya datang dari perkataan 'sampah'. ha-ha. kelakar.

maka bila kita menyampah, mungkin ada sangkut paut dgn keadaannya yang sampah.

*aku sedang merapu*

ok. semalam bangkit dan salut planta di atas roti yang dibakar. taburkan gula sedikit atas cadangan pok cham. teringat terus pada arwah bunda. dia suka benar sediakan sarapan roti gula pada kami adik beradik yang sedang bergaduh di meja makan, tiap2 hari sebelum sekolah.

*bukan roti gula yang hari2 disediakan. tapi pergaduhan adik beradik itu yang di setiap hari*

kami mmg menyerabutkan, dari along, aku hingga adik. (kami cuma tiga beradik yang seibu ini). kasihan bunda. dengan kanser yang tak terubat memandangkan zaman itu peratusan survival cuma 20%, bunda begitu gagah menerima segala tekanan.

tapi hari ini aku tidak punya mood untuk bercerita tentang adik beradik syaitan kami. cukup tentang kenangan sedikit dengan bunda. tidak banyak yang aku ingat bersamanya. dia lebih banyak terlantar. wanita paling cantik di kampung, paling manja di tempat kerja, wanita idaman semua: itu bukan kata2 abah. tapi teman2 bunda sendiri, baik lelaki mahu perempuan.

wanita sempurna.

dengan cinta yang tak berbumbung dan terus ke langit, abah dan mak adalah pasangan yang dicemburui kerana berdua, mereka melambangkan satu entiti sempurna.

ada sekali, di satu majlis kenduri di kampung, mak ngah bertanya pada aku: "mana mak abah awak, ngah?" aku bilang "tak tahu". dicari2, rupanya sedang bercinta di belakang pokok. di lain waktu, mereka sedang bermain2 simbah air di tempat basuh pinggan.

cinta mereka sempurna. bukan aku yang kata. tapi yang lain2.

tapi itulah, jika sudah terlalu baik, terlalu cinta, tuhan akan menduga. dia pergi di usia 38 tahun. terlalu baik, sehingga doktor sendiri tidak mahu declare kematiannya akibat terlalu sebak (dan hampir pitam).

bunda seorang jururawat di situ. pesakit2 biasa di wad juga datang ke katil bunda memberi tangis dan salam terakhir.

ketika itu aku baru 11 tahun.

kelmarin aku tonton DVD. ada satu lagu yang buat airmata aku mengalir. Que Sera Sera. versi rnb. itu lagu bunda ketika aku kecil.

when i was just a little girl
i asked my mother what shall i be
shall i be pretty
shall i be rich

this what she said to me:
que sera sera
whatever will be will be
the future's not ours to see
que sera sera

aku takkan mampu lupa suara bunda, dengan tubuhnya yang dicondongkan ke arahku. aku takkan lupa tangisan aku tiap2 malam, kerana dibuli kawan2 di sekolah kerana diri aku yang gemuk dan buruk. lagu itu penawar untuk aku.

aku agak optimis ketika itu. dengan bantuan bunda. maka bila dia pergi, aku tanpa tuju jadi semakin pemendam. jadi semakin keras. mula menulis puisi2 kematian dan kejahanaman dalam usia itu.

aku menjadi pesimis, dan pembenci.

*diam*

bunda, kenapa tidak sekelumit pun aku seperti kamu: yang manis, yang manja, yang halus, yang disayangi semua?

*diam lagi*

kembali ke entri ini. selesai sarapan ringkas, kami hantar arm ke LRT. dia ada job, fotografi red karpet. bagusnya. hidupnya makin okeh dlm bidang ini. job makin banyak. semoga dia semakin hepi.

pulang terus ke rumah kerana pok cham mau membantu gotong royong mengemas. aku selesaikan bilik kucing yang dah bacin. dia selesaikan ruang tamu. habis mengemas, aku gorengkan cekodok kentang. tak boleh makan banyak, ezane sudah telefon mahu belanja TGIF.

lama tak makan TGIF. itu tempat aku dan amy makan bila ada celebration.
dulu.

dlm jam 8.30 pergi ke curve. jumpa ezane. ada kawannya sekali: dua orang. okay. bole masuk. makan2. gelak2. gurau2. macam kawan sendiri. padahal mereka kawan pok arm. kami pulak yang kena tempiasnya.

selesai makan, aku dan pok cham gegas ke KLSentral, jemput pok arm. dia nampak kepenatan. masuk dalam kereta, dia terus bersandar. kami ke hartamas terus, ezane mau belanja pok arm pula. baiknya. tadi kami berlima dah hampir rm300. ni mau belanja pok arm pula. memang untung jadi orang kaya, duit macam air. tapi dia baik. so aku takde masalah.

teman pok arm makan2, tak lama, kami ke sentul untuk ambil baju arm. dia ada interview. harap2 dapat. dia tak kerja dah lama. mesti serabut. kalau aku dah pening kepala gila2. tapi dia kool saja.

habis perkara itu, kami pulang ke flora damansara. pok arm tak terus tidur. mau edit gambar2 artis dahulu. dari tadi puas kami bebel2kan life hartiss2 di sini. tahniah, selamat datang ke dunia saya. dunia fake.

semalam aku tidur dengan perut kenyang gila. harap2 aku tak naik berat badan.

Wednesday, November 21, 2007

tiada fokus.

secara officialnya aku adalah sampah. bangkit selepas matahari dah mula mau turun selama seminggu straight adalah satu kriteria yang terang2an.

dem.

gorengkan setan2 dua ekor tu cekodok instant yang penghabisan. makan tak habis, sebab tak sedap. aku dah bilang, kan, cekodok segera rasa memualkan.

mood aku sudah makin ok. satu: aku dah malas nak fikir, mau tangguhkan serabutan. dua: pok arm pula yang sedang serabut.

mana boleh lima nam orang serabut dalam masa yang sama, bukan? aku kena kuat sebagaimana nereka kuat untuk aku dua tiga menjak ini.

masalah pok arm adalah dia belum bersedia untuk komitmen. dan terlalu banya consequences2 tepi yang memberi tekanan padanya. seolah seseorang itu MESTI mempunya cinta di samping. seolah tanpa memiliki seseorang, kita takkan boleh declare kita sempurna.

bullshit.

kasihan. ada masa aku juga terlibat. biasalah, kawan2 berniat baik. mahu kawan bahagia. tapi mungkin dia lebih bahagia sendiri. benar juga. aku yang punya cinta hati sedang serabutan. kawan2 aku yang lain ada yang pening melayan teman lelaki yang gila perempuan. ada juga yang tertekan kerana berada di ambang putus.

maaf, pok arm. kami2 ini kadang2 terlalu sibuk dengan masalah orang lain.
kerana kami punya 1001 masalah yang mau diperlekehkan dengan memberi fokus pada hal kawan2.

sepanjang hari sekadar melayan DVD dan internet. tiada shooting semalam. mula dengan the last king of scotland kemudian unfaithful. bukan fokus pon. tidur saja lebih.

jam 8 pergi ke kedai bawah untuk beli bebola daging. aku masakkan budak2 ni spaghetti. makan macam biasa. layan movie lagi. kali ni the invisible kemudian borat dan akhir sekali evan almighty.

entry hari ini macam sampah, obviously.
sebab bangun untuk hari yang disia2kan.

aku tertidur ketika movie terakhir. tidur dalam kerugian.

maaf, entri hari ini tidak ada fokus.