Tuesday, April 29, 2008

cinta itu gula getah

aku ketemu bulatan kawan baru: the hoppers.
atas faktor kerja, yang mana secara berjayanya membuat aku rasa semakin rendah diri kerana kehebatan setiap manusia itu dengan profesion mereka sendiri, dengan ilmu seni melangit.

kalaulah aku satu per seribu kriteria mereka itu.

melihat diri semakin hanyut dgn harapan untuk memanusiakan fantasi. oh betapa aku ini bodoh. tidak apalah. semakin matang untuk menerima mimpi ini sekadar gula2 getah: dan manisnya sudah mula kurang, yang tinggal cuma fizik liat yang terpaksa dikunyah2 selagi tidak terjumpa tong sampah yang terdekat. sebab aku benci melekatkan sisa di bawah meja atau pun di pondok2 telefon, apa lagi di jalanraya.

bertemu penulis muzik di kalangan itu, dan terpana. menjadi begitu penuh kimia kerana setiap bait denting gitar kecilnya melagu suara hati. dan seperti biasa, tanpa malu aku memberi dunia melihat titis jiwa aku di mata.

satu kelegaan, mungkin.

kerana aku sudah mahu bersedia untuk menutup tingkap rumah. matahari sudah lama terbenam. selak kunci tingkap masih ditangan, aku cuma belum reti untuk menggagah tulang belakang menyendalnya.

tapi sudah dekat, aku kira. matahari hilang sejak senja itu, dan sudah lama aku dihirup nyamuk. berapa lama lagi aku perlu berdiri di sini, kan?

*senyum rm50*

kejap2 lagi aku tutuplah...

hidup sekadar menhentak diri, menyalahkan diri untuk setiap keranapan. pada satu2 kejahanam yang terjadi. sudah2lah...

kan...?

*senyum rm70*

kadang2 aku rasa aku sekadar menyebarkan harapan sampah untuk kalian2. yang mencari kekuatan di puisitepijalan. "kerana kamu kuat, fynn. dan aku mahu sekuat itu"

berita terkini: kegagahan ini bohong2.

hebat benar, matahari, engkau itu. berjaya membikin aku sebegitu sebegini. dan tak termarah apalagi disinggungkan. kerana inilah aku, sentiasanya memberi senyum dan berkata "tidak apa".

apa ada lagi mahu untuk aku hidup? bangkit ke kerja yang sudah selalu aku abai2kan. bangun untuk semata melihat didi bangkit ke kerja yang sudah selalu dia abai2kan.

yang penting, aku sudah tidak mahu mati.
tapi tuhan, tolong jemput aku sebelum hilang agama aku.

Wednesday, April 23, 2008

kepada sekalian anonymous.

1) aku lacur diri tanpa harga, sebab aku ranap
2) ketika kecil aku pernah didera arwah pakcik
3) makanan kegemaran aku adalah roti bakar
4) aku pernah terfikir untuk terjun di tengah2 sesak, untuk mati berkecai
5) aku hafal setiap nombor telefon dalam mobile aku
6) SPM aku hancur
7) Abang aku jual dadah, ganja, ice dan heroin
8) warna paling aku suka adalah merah darah
9) aku selalu terjaga tengah malam dan menangis
10) aku kaki mencuri seluar dalam kawan2

aku boleh tulis macam2, dan kau yang membaca bisa percaya bulat2. boleh quote dan tampal di web kalian, mula menyebarkan kisah teori kenapa setiap penyataan aku itu tertulis di puisitepijalan.

dan kau takkan tahu kebenarannya.

menulis di blog adalah satu kebebasan yang buta2. betul, di sini tidak ada cikgu hamidah menanda tatabaca engkau, tidak ada abah engkau untuk mengetahui kisah2 kelab malam engkau, tidak ada kawan kelas yang akan menyebarkan perihal seks bebas engkau.

tapi itulah. bila sudah terlalu bebas utk berlepas mulut --

*diam*

sekadar pseudokan nama, mengaburkan butir diri, di internet, engkau jadi lancang celupar berhebah. memang hebat.

heh, kalau berani, jadi aku lah! terang2 menulis di bawah nama sendiri.

aku tulis entri ini untuk sang pembenci. yang lahir tanpa alat perembes air kencing, mungkin, kerana tidak mahu memberitahu dirinya siapa.

hello, tolong berambus.

teringat juga pesan shuxx yang minta aku memberi pendapat ttg kejadian yang jadi pada teman2 Hujan di jb tempoh hari.

jawapan aku: pembenci itu bersepah2. takkan bisa dibunuh, kerana mereka seolah tentera virus yang tak mahu mati. bunuh satu, seekor hidup. berganti2.

(masuk ttg hujan *spesifiknya noh* sedikit)

mereka benci noh kerana tanpa segan silu dan tanpa kebijaksaan diplomatik para politikus, noh menyelar budaya minum arak dan homoseksual dari atas pentas2nya. ditambah konon2 terlalu itu ini begitu begini.

maka dia dibenci hina segala.

kalau dia mau rokstar kah, apa kah; setakat hari ini, masih dia mencium tangan aku setiap kali berjumpa. memberi salam, mengucap hello di setiapnya, di mana2. maka, lantaklah alegasi itu.

tapi kalau alasan homofobik dan anti-arak itu dilelong2 sebagai tidak sensitif, ini ucapan aku: kepala bapak kau.

15 tahun dulu, di sekolah agama, ketika ustaz aku perihalkan yang di akhir zaman nanti, zina akan terjadi di tepi jalan dan tidak dipedulikan, aku cuma gelakkan. aku kata: takkanlah ada orang sanggup begitu2 di depan orang?

itu dulu.
noktah.

malas cakap banyak. kuat sajalah, noh.

noh adalah salah seorang pemuzik yang aku sangat hormat. berapa orang yang CUBA nak sembahyang penuh dewasa ini? kalau ada pun, bila keluar ke klcc, lepak sama kawan2, terbang. jama' taqdim apa, jama' takyah ada la.

tapi noh, ke mana pun dia pergi, pukul berapa pun gig yang dia janji, sembahyangnya tetap. aku hormat dia. engkau tak rasa orang begitu sudah mula lenyap atas bumi ni?

jangan silap faham, bukan pula dia sembahyang terang2 depan orang. biasa dia hilang begitu2 sahaja. jumpa balik, dia di dalam, tgh solat. sama dgn adik renjers aku lagi sorang, si fadhlee. cinta sekali aku pada adik2 aku itu.

sejuk hati.
aku bila lagi?

apa anak2 kita ni masih hidup di zaman 90an, yang di dalam gig masih perlu dan kool untuk minum arak dan hirup dadah? dude, itu zaman aru ketika dia masih di koffinkanser. ini zaman gig bersih la bodoh.

tolong ada otak sikit, boleh?

kembali pada tulisan bohong2 di internet. sesiapa saja boleh tulis apa2. aku boleh cipta blog baru, khas untuk track engkau2, dan mengutuk sepuas2nya.

- weh betina, kenapa kau mcm perempuan miang haa? komen gedik2 mcm kedarat jantan?
- hei budak, kenapa kau curik tulisan aku haa? kau nak tiru tulisan aku, kau dapat apa?
- hoi bahalol, kenapa kau tak reti nak jdi normal kat web haa? asyik nak flirting saja?
- woih brengsek, kenapa kau tak berhenti2 mintak nombor telefon org aa? kau tak paham ke kau tak menarik?

sekian, contohnya.

penat la. penat. kalau benci, luahkan dengan kekuatan keberanian. cakap engkau siapa. terus terang. kalau tidak ada kudrat, diamkan. tunggu orang lain kata untuk kamu. maksudnya engkau bukan fikir hal itu seorang.

maaf. terlalu penat dengan para anonymous.
nak lock, malas. sebab tak semua kawan saya ada id blogspot.
kadang2 mereka nak komen juga.

aku benci org2 seperti itu.
apa kau fikir menjadi tak bernama itu menjaga hati?
tak mahu bergaduh?

dan kalau kau rasa kau ada rasa percaya pada 10 perkaa di atas itu, sesungguhnya kau brengsek kerana tak kenal aku.

benci.
kan dah kena marah.

Monday, April 21, 2008

terima kasih.

kuala lumpur - redang:
gerak) 12.30 pagi selasa
tiba) 9.00 pagi rabu

-----

redang - kuala lumpur:
gerak) 12 tgh hari jumaat
tiba) 1.30 pagi sabtu

*online sehingga 6.30 pagi*
*tidur*
*bangkit jam 9 pagi*

motor tiada, kereta tiada.
mahu pergi kepada kawan2 yang sedang lena diulit mimpi.
ada performasi. event dari jam 2 ptg - 9 malam.
mahu ajak mereka.

-----

damansara - sentul:
gerak) 9.30 pagi sabtu
tiba) 12 tgh hari sabtu

*naik teksi yang kaki penipu utk ke lrt*
*salah pilih transportation. aku naik komuter, sepatutnya lrt star*

sampai rumah kawan, tuan rumahnya ada.
maka aku tidak boleh lepak di rumah mereka.
mereka kata akan jumpa di event terus.

*ambil skuter aku dan merempit ke DBP*

-----

sentul - DBP:
gerak) 12.30 tgh hari
tiba) 1.30 tgh hari

*sesat dan jem kerana jln tutup*

-----

tiba di sana, tiada siapa ada kecuali 10 org yang sedang menguruskan setting. tidur di kerusi, di depan2 org dengan tshirt hitam menutup kepala akibat terlalu panas.

tidur sehingga jam 2 lebih. lepak sana-sini.
jalan2 dan bosan.

jam 4:18, dimaklumkan yang ocham dan arm tidak dpt dtg.
*senyum luas*

terima kasih tuhan.
terima kasih banyak.

lepak smula di DBP di jam 4.30. tengok manusia2 yang dtg. semua performer.
performers performing for performers.
great.

lepak dan melayan kawan2 perform, sehingga jam 8.

organizer dtg kat aku, dan katakan:
"sori, tapi kita kena kensel la. hujan"

pada aku, funky doryz, bunkface, sonic mush.
yang dah percanguk di situ dari siang.

lantak la tiada crowd.
siapa suruh tukar venue dua hari sebelum event?
lantak la yang ada cuma kami.
ada kawan2 rapat kami.
(itu pun disuruh duduk luar, sebab mereka tidak bayar cover charge)

biarla kami.

dan kami mogok menyanyi2 di situ. sampai mereka kata:
"ok. perform sajalah"

hanya kami, untuk kami.

kl - kota tinggi:
gerak) 11.30 tgh mlm sabtu
tiba) 5.40 pagi ahad

*bas rosak*

terima kasih tuhan.
terima kasih banyak.

Sunday, April 20, 2008

*diam*

semalam,
sabtu,
adalah hari yang paling sunyi pernah aku rasakan.

terima kasih.

Saturday, April 19, 2008

baru pulang.

dan pulau itu tidak memberi apa2 manfaat.
masih, aku si tolol.

menjadi awek kegemaran di pulau kerana terlalu lasak macam lelaki. abang2 rajin bawa ke tempat yg merbahaya, jauh dr tempat biasa dibawa pelancong2. didi pulak kadang2 terpaksa aku tinggalkan, sebab dia tak larat.

maka, jauh dari orang, kami yang tidak sampai 4 org berkejar2 sama sekeluarga jerung sebesar aku. bergurau2 sama penyu juga sebesar aku. kerapu sebesar didi sangat kacak dengan corak ganas. nasib baik mereka bawa aku. kalau tidak, buat rugi wang saja dtg berenang semata2.

kepuasan di situ.

tiap2 kali yang tidak banyak, aku panjat bilik. mengintai2 kalau2 ada kiriman pesanan ringkas. tiada. dan di tiap2 kali yang tidak banyak itu juga, aku hulur salam pada matahari. bertanya khabarnya. berbalas.

jadilah. apa lagi yang aku nak, kan?
dr dia tak reply langsung?

aku dah sampai kuala lumpur jam 1230 pekat mlm. sampai dan rasa sama saja. baik sebelum ke pulau, di pulau, sampai sudah pulang. siapa tah kata percutian akan membikin hati lebih tenang? bohong ah.

*diam*

dah mula rasa tertampar sebab dah mula sedar yang matahari sudah tidak ada langsung ingin pada aku. tapinya, masih, aku ini si bodoh.

*diam lagi*

apa2lah. haha. kenapalah kau tak mahu penat, hai hati. didi pula yang sudah jelak menujal kepala aku. kesian kau, didi. mesti sakit tangan kau.

haha.
*gelak rm5*

fak aa menjadi fynn jamal.
mmg fak betul.

hati kena toreh mcm pokok getah, tapi tetap mcm anjing kurap mengemis2.

fak redang.
fak aku.
fak jiwa aku.
fak rasa aku.

sebab tadek siapa yang giverfak.

Tuesday, April 15, 2008

redah redang

mlm ini, aku dan didi akan gerak ke terengganu.
esok pagi akan sampai ke pulau redang, hendaknya.

berdua.

bagus sgt. dua org hati ranap mencari bahagia di labuhnya sang matahari, di pantai kosong.

kenapa memilih hari kerja? kerana memang mahu pergi ke tempat kosong. sekosong hati kami. sesunyi rasa hati. berbekal cuma 300 yang dibayar di agensi, kami mahu lihat apa akan jadi.

kawan2 sudah ckp, kamu bosan nanti.
biarlah. memang itu hendak kami.

tidak ada kamera slr. tidak ada internet. tidak ada apa2 kemudahan. cuma bilik kecil untuk kami berdua. berbual tentang keranapan, kekosongan.

pasti sedih. pasti rasa hanyut. tapi biarlah. sama saja dengan rasa di kuala lumpur ini.

bahaya, semoga kau jauh.
kasihanlah kami yang sudah terpenyek ini.

harap sangat sebelum pergi ini dapat ketemu matahari, mengucup jarinya dan mengucap selamt tinggal. meminta maaf mengganggu hidupnya, memohon semoga dia terus bahagia di dunianya. dan semoga aku tidak pulang terus ke tanah yang sama dipijaknya di sini.

kerana kalaulah dia tahu, aku ini menghirup nafas dari setiap tapak yang ditinggalkan, dengan rasa puas dan sentosa.

ah, betapa loser.
betapa membahagia.

pernah hampir mati di laut, ketika kecil. hanyut. disebabkan itu aku tidak langsung bisa meredah ombak. terus mabuk. tp ah, peduli apa. harung sahaja.

mahukah matahari melambai aku malam ini?
perlukah aku khabarkan yang aku mahu diselamat pergi?

aku kira, cukuplah aku berpaut pada fantasi sendiri, membayang dia datang ke stesen nanti, mengucap pesan di telinga dengan lafaz penuh bermakna:

"hati2, mami. di tempat orang, jangan lupa-alpa."
"sms selalu ya?
"papa sayang mami."
membelai rambut, melihat ke anak mata dengan rasa peduli.

*diam dua minit*

HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
as if.

teman2 blogger yang sangat manis, doa aku selamat. aku akan hilang hingga rabu depan.
assalamualaikum.

Monday, April 14, 2008

rasa bodoh yang membahagiakan

pada usia aku 17 tahun, aku dipulaukan kawan2 yang telah bersama2 dari umur 13 tahun.

tahun lepasnya, aku telah dilantik menjadi ketua biro asrama. atas alasan aku seorang yang selalu naik namanya di meja disiplin, terlalu banyak masalah.

dan di tahun terakhir sekolah menengah, satu operasi spotcheck besar2an telah diadakan. telah aku cuba menjadi pemberi amaran pada kawan2. ketika operasi itu pun, ramai yang aku selamatkan.

seorang teman pengawas telah mengantulkan barang haram pada guru. dan dia jual nama aku pada kawan2 yang lain, mengatakan aku menjadi anjing guru disiplin.

aku tidak terkejut.

tapi, kawan2 yang sudah kenal isi hati aku, keluarga aku dan hidup aku percaya si bangsat itu bulat2.

sepanjang tahun, sehingga SPM tamat, aku tidak punya sesiapa.
aku hilang kawan2 begitu sahaja.

ambil sembahyang di surau dikeji2 "anjing". belajar di prep dimaki "babi". pelbagai bahasa asrama yang tipikal dilempar pada muka aku. seluruh tingkatan kecuali 12 pelajar yang memang tidak mahu masuk campur memboikot kewujudan aku.

aku sekadar diam.
dan senyum.

siksaan mental berterusan sehingga habis SPM. sedikit2, ramai sudah mula lupa2kan. sudah membiarkan. melainkan teman sama2 nakal yang telah aku kira sebagai adik beradik itu. mereka tidak sudi langsung menegur aku.

yang lain2 merasakan diri mereka lebih mulia, mula melayan aku sedikit2, dengan fikiran "aku maafkan saja dia ini".

padahal di situasinya, memang aku tidak lakukan apa pun.

ketika hari keputusan SPM keluar, teman rapat aku mula bertegur2. mungkin lama sgt tidak ketemu. mereka sudah mula menanam "ah. maafkan saja dia ini".

selang beberapa bulan, ketika reunion pertama, mereka bertanya.

A: sebenarnya kenapa kau sanggup jual kawan2 engkau?
aku: bila?
B: jgn buat2 tidak tahulah. alah. sudah lepas. marilah cerita2.
aku: ye lah. bila?
A: mlm operasi.
aku: bukan aku.
C: jgn bohonglah.
aku: sumpah demi tuhan.
A: habis siapa?
aku: si Z.
B: bohong.
aku: kenapa?
C: kalau bukan kau, kenapa tidak katakan?
aku: pernah kau tanya?
A: kau tak pernah cakap!
aku: 5 tahun berkawan, berkongsi lauk di dalam mulut, mandi bersama, tidur sebantal. kau lebih percaya orang. buat apa aku gaduh2.
B: habis, selama ini?
aku: kalau kau tgh marah, aku kata apa kau takkan mahu dengar, kan?
A: kenapa...?
aku: biarlah. sudah lepas.

sudah lepas.

dan di Pantai Batu Layar itu, mereka menangis2 meminta maaf. aku mengalirkan airmata setitik dua juga. memujuk mereka, katakan "tidak ada apa2".

bodoh, kah?

di satu peristiwa lain, ketika aku baru 10 tahun, along curi penyembur cat berwarna biru laut dari rumah jiran. diambil basikal aku lalu disembur dengan warna itu, kelihatan begitu cacat bercapuk2.

aku melalak2 sedih, sayang kerana basikal itu aku jaga seperti seorang kawan. kerana di usia itu, hanya aku yang masih memakai basikal bmx kecil, tak seperti org lain yang sudah ada basikal tinggi. aku tidak sampai hati mahu minta baru, aku tahu abah sedang menyimpan wang utk wang mak sakit.

abah yang baru pulang dari kerja terus menghambat along. dia tahu itu kerja anak lelakinya.

ketika abang aku itu dibelasah, aku berlari ke depan along, aku katakan aku yang suruh along catkan basikal aku. kerana aku benci dan malu dengan basikal itu.

akhirnya aku dibantai seorang.

bodoh juga, kan?

apa mungkin sama peristiwa2 membodohkan diri itu dengan sekarang? bila aku tahu menanti pulang si matahari yang sudah jauh dari kesudian menyinar aku ini suatu yang amat terang memalukan diri sendiri?

kau mau tau apa sebenarnya aku rasa?

aku rasa bangga, kerana di dalam hati, aku tahu aku punya kekuatan yang orang takkan bisa mengerti. kekuatan yang dipandang sebagai koboohan. biarlah. panggillah apa saja, aku bangga punya rasa yang aku rasa.

walau kawan2 sekolah aku tidak ingat kekejaman mereka dulu.
walau along aku tidak pernah ingat sebatan yang aku sambut untuknya dulu.
walau matahari sudah tidak mahu ingat pada cinta aku dulu2.

aku bahagia begini.

Sunday, April 13, 2008

menjadi dulu

aku ke rumah abang sham semalam. kali terakhir aku ke rumah dia, najla anak perempuannya baru lahir tiga empat hari sebelumnya. kali terakhir aku ke situ, abang sham dan kak hanee macam tidak boleh duduk jauh lebih dua kaki. kali terakhir dulu, aku mengalirkan airmata cemburu.

berbual dengan pandangan penuh makna, tersengih2 seperti mereka sempat berjenaka dalam tautan mata walau sesaat dua.
mengekeh2 dengan rasa yang sangat wajib didengki, seolah dunia ini milik mereka bertiga.

kali terakhir itu, adalah tahun lepas.

*diam*

semalam, abang sham duduk di pintu depan, termenung. kak hanee di kerusi sofa, merenung anaknya. najla di tengah2 bermain sorang2, baru pandai merangkak2 sendiri.

aku rasa mahu menangis.

aku bawa makanan tengahari untuk mereka bertiga. dan kami duduk semua bersama2 untuk manghadap rezeki. abang sham pilih untuk duduk paling jauh dari kak hanee. kak hanee buat muka tak peduli. kalau pun mereka buka mulut, semata untuk berbual dengan aku.

tak macam dulu.

lepas makan, berborak2. kak hanee cakap satu, abang sham pangkah. abang sham cakap satu, kak hanee betah. aku di tengah2 penat meneutralkan keadaan.

kenapa ni?

apakah institusi perkahwinan itu sesuatu yang menakutkan? yang mampu membikin morfologi pada perkataan cinta.

yang mana, membangkitkan seribu soalan dalam kepala:
apakah kita akan kehabisan cinta?
adakah tarikh luput konsep cinta itu?
mungkinkan tiada cinta yang abadi?
wujudkah rasa cinta yang takkan mati?

ada sekali, pensyarah aku kata: cinta itu seperti iman. ada pasang surutnya. ada hari-harinya. rasa cinta dan iman adalah sesuatu yang tidak dapat kekal tanpa keinginan mengekalkannya.

ah, parah.

teringat lagu ziana zain dulu, tak ingat liriknya, tapi bermakna - cinta tidak ada makna diikat andai hanya seorang yang memegang talinya.

bagaimana nanti bila aku sudah menjadi hak sampai mati seorang suami? mampukah aku setia mencinta? tulus menyayang? memegang rasa sampai bila2?

ye. sekarang bolehlah. menjadi penunggu mcm pungguk.
esok2?
masih mampu?

tiba2 aku takut mahu melangkah ke institusi perkahwinan.

*diam lagi*

apa kena dengan aku yang tiba2 berbual pasal perkahwinan ni? hmm.. mungkin sebab ocham sedang sibuk dengan pakej fotografi majlis perkahwinan, dan aku yang sedang membantunya di mana2 aku larat. haha. pengaruh rakan sebaya.

entahlah.

mlm tadi tengok film definitely maybe. kisah seorang lelaki yang tidak habis2 ranap kerana cinta. berbalik2 berpusing2 dengan 3 gadis. dipermain rasa, dihenyak2 cinta.

bahagian yang buat aku melalak2 adalah di satu scene lelaki itu (will) bersama anak kecilnya (maya) di dalam bilik tidur:

maya: sudah ranap?
will: belum. (merujuk pada barang pecah kerana kecuaian diri)
maya: bukan itu.
will: habis?
maya: hati kamu.

dan maya terus memeluk ayahnya dengan rasa mengasihan, seolah memujuk bayi kecil. ironi, kerana yang tua adalah bapanya.

kadang2, rasa mahu terus jadi kanak2. konsep2 hidup megitu mudah, tiada komplikasi.

cinta itu bila dua orang suka sesama sendiri.
marah itu merajuk yang masih boleh dipujuk.
lapar itu harus makan supaya tidak sakit.

tapi kita yang sudah dewasa ini suka menambah2 faktor luar, menjadikan A suatu yang B, dan C boleh jadi M.

cinta itu mungkin ada orang ketiga, keempat, kelapan.
marah itu tidak patut terjadi kerana kita tidak layak dilayan begitu.
lapar itu sesuatu yang mesti ditahan kerana baju baru bersaiz kecil.

kan indah kalau selamanya kita dibobok ayahbonda. persahabatan kita adalah ketika bermain di depan rumah di setiap jam 5 petang. makan adalah ketika berebut2 mahukan kepak ayam, bila keempat-empat adik beradik mahukan kepak itu.

rasa malas nak kahwin. rasa malas nak fikir masa depan. rasa dah penat.
astaghfirullah.
dah terlalu barat kalau fikir begitu.

tuhan... i wish this is a better place to live in.

Friday, April 11, 2008

mencari naga.

"jangan suka salahkan diri sendiri, fynn"
-matahari.

suatu kisah:

aku baru berusia 11 tahun 4 bulan. teringin jaga mak di hospital besar. tiap2 minggu, dari kota tinggi, johor, sebaik sahaja habis sekolah hari jumaat, abah bersama aku dan adik akan ke kuala lumpur. emak ditahan sudah berbulan2. dan di setiap ahad tengah malam, kami pulang semula ke rumah. yang di setiap subuh isnin itu, akan aku terus ke sekolah.

pada malam itu, di bulan disember, ketika aku ditinggal seorang menjaga mak yang sudah tidak boleh bangun tanpa kerusi roda dek kanser, mak kejutkan aku di satu tengah malam.

"mak nak gi toilet, angah..."

aku yang masih anak kecil, tertonggeng2 membantu mak ke kerusi roda. mak boleh gerak sedikit2 saja. dengan mata yang tidak mahu dibuka, aku tolak mak kerusi roda itu menyusur jalan ke jamban.

entah bagaimana, sedar2, mak sudah tergolek. aku terlelap.

berderau nyawa aku. bantu mak bangun. bawa ke tandas, mak kata "tak apa. jangan sedih. tidak apa". aku menangis takut dimarah abah.

esoknya, doktor bilang, emak sudah tidak mampu bangkit lagi melainkan tangan dan bahu ke atas. dan doktor kata: bawalah pulang dia ini. kami tidak mampu buat apa2 lagi. tulang belakangnya sudah menghancur.

abah masih tidak tahu sampai ke hari ini.
mak pesan jgn ckp sama abah. mak suruh aku janji.

kau bayangkan apa aku rasa selama aku hidup sehinga hari ini.

......

tidak sampai berapa minggu, di bulan januari, mak pergi.

malam itu aku menangis2 tidak mahu tidur rumah. aku mahu tidur di hospital. abah tidak kasi. kakak mak sudah hendak pulang ke rumahnya. abah suruh hantar.

aku kata tidak mahu.
aku hendak tidur sama mak.

emak panggil aku. dia kata "pergilah. mak kan tidur sini. mak tak pergi mana2"

lepas dimarah abah kerana degil, aku ikut menghantar makngah. dengan hati tidak ikhlas. aku sandar di belakang van, diam. tidak mahu berbual dengan sesiapa. merajuk dengan abah dan mak.

sampai rumah sendiri, aku tidur dengan airmata.

tengah malam, telefon berbunyi. rumah terlalu gelap. atuk yang dalam meraba2 mencari gagang terpecahkan gelas minum yang ada di tepi tv. klise yang terang. satu rumah sudah menangis. semua tidak mahu angkat telefon.

moksu gagahkan diri menjawab panggilan.

tidak sampai 30 minit, doktor kami yang duduk di sebelah rumah datang dan membawa kami ke katil putih mak.

mak sedang nazak.

*ya allah, kuatkan jari2 aku untuk meluah cerita ini*

maaf, airmata sedang menderu sekarang ini.

itu kali pertama aku lihat seseorang sedang bertentang sama maut. dan kali pertama itu adalah ibunda aku sendiri. betapa kejam.

matanya melihat kami. dimatikan perjalanan pandangannya pada wajah abah. aku masih ingat airmatanya yang mengalir di tepi wajah, di celah kulit antara mata dan pipi, sambil melafaz cinta pada abah, meminta ampun kerana tidak dapat terus menemannya.

wajah abah adalah wajah terakhir yang ditatap. kemudian dia terus melihat ke atas siling, perlahan2. seolah kami yang berlalu. seperti kami yang pergi darinya malam itu.

dan aku takkan mungkin bisa lupa, di matanya yang sudah terlekat pada atas, dia merayu sambil menangis:

"abang, nanti dulu abang. abang tunggu Aya. jangan pergi, abang" merayu separuh menjerit.

kau bayang perasaan aku. anak yang sedang berdiri paling rapat padanya ketika itu. melihat ibunya merayu2 begitu.

abah tidak berhenti memujuk "abang ada sini, sayang... ada...."
suara abah tersekat2, matanya dipaksa dibuka walau dibutakan dengan airmata yang jahat tidak mahu berhenti.

atok moksu semua sibuk menyuruh mak mengucap.

aku di situ menyaksikan satu cinta yang agung dan indah terkubur.
naga sedang melimpas.
dan aku teringin naga itu.

mak pergi jam 1:50 pagi 15 januari 1994.

doktor2 dan jururawat2 di hospital semua kawan2 kami, kerana mak jururawat di situ.
dan tiada seorang doktor pun mahu tampil untuk mengesahkan kematian beliau.

semua tidak mahu.

"Mak Miah dah tiada, angah." CAKAPLAH!! aku boleh terima. abah boleh terima. semua boleh terima. cakap sahaja!!!

dr emelin gagahkan diri. pergi ke mak, membuat segala protokol dan mengumumkan kematian mak. dan dia terus pengsan.

kau bayangkan apa rasa aku di waktu itu.

......

kali itu, buat pertamanya, aku mandikan jenazah mak.

melihat dia dibersihkan. dikafan. dibungkus. mcmlah dia itu satu bungkusan untuk dihantar2 ke mana2.

ketika mencium dahinya, aku rasa lembik dan tak mampu. rasa mahu meminta orang bungkuskan aku sekali. bawa bersama. tapi aku terpandang abah yang sedang duduk terjelepuk di hujung rumah. tidak berbunyi dari malam tadinya.

aku bisik pada mak "angah akan jaga abah, mak..."

dan ketika mak sudah di liang lahad itu, tiba2 aku rasa tewas. terus mahu terjun masuk. orang2 kampung memegang aku yang sudah naik hantu. meraung menangis, bagai tidak punya agama.

apalah yang aku faham tentang redha.

"kenapa tanam mak...?"
hanya itu yang mampu aku katakan bila sudah lembik dipasak orang ke tanah.

......

abah kuncikan diri dalam bilik berbulan2 lama. cuma keluar untuk memberi duit kantin. dan membeli makanan untuk aku dan adik. along di asrama.

abah hidup macam mati.
aku hidup untuk melihat abah hidup walaupun macam mati.

adik masih budak. tidak mengerti. esok paginya sudah berlari main kejar2.

abah masih menangis walaupun sudah terlalu lama mak pergi.
dan hingga hari ini, selepas 14 tahun, tidak boleh langsung menyebut nama mak.

kerana dia akan terus lembik, menangis dan merindu.
macam aidilfitri tahun ini, bila aku tanya "abah, emak itu bagaimana orangnya?"
kerana aku tidak ingat banyak tentangnya, melainkan dia yang sedang terlantar di katilnya.

dan abah terus menggigil, pergi ke dapur, konon2 mahu mencuci tangan. tiba2 tercangkung2 menangis. cakap sudah tidak berbutir. mengongoi macam anak kecil.

dan berdua itu, jauh dari org lain, dia cuma kata:
"dia cinta abah"

tuhan... mana naga aku...?

Tuesday, April 8, 2008

natasha hudson versi lelaki, dan dia hodoh.

nama kawan blog aku Zakiah.
dia bukan di Malaysia.
pelajar bijaksana yang ditempatkan tuhan di negeri orang.

dia menjumpai seorang lelaki yang mengaku mencipta puisi di bawah:

Cinta kita di atas bulan

Depang tangan kita
Mengambil mentari di waktu malam
Cinta kita bersemi
Danku nampak wajahmu di baawah mentari malam itu

Wajahmu yang sungguh cantik
Wajah kita yang sungguh kita
Hanya kita yang tahu
Di atas bulan itu kita berdua
Berzapin dengan bintang
Berzapin dengan malam
Bercinta
Berkasih
Bersayang
Dan cinta itu milik kita berdua
Kita berdua

Cinta kita diatas bulan
Tanganmu merangkul wajah mu
Erotisku semata melihat wajahmu
Cinta~cinta
Cinta kita berdua
Di atas bulan
Hanya berdua
Dan cinta kita cinta yang gila
Kita merasa
Hanya kita

Cinta
Ku cinta dia!
Dia cinta aku!
Aku cinta dia!
Dia cinta aku saja!
Kita berdua di bulan sana
Di bulan sana!

Kerana kita hanya berdua
Di atas itu
Tiada siapa yang tahu
Hatiku cinta
Tapi siapa yang tahu
Aku milik dia
Dia milik aku
Aku cinta, aku mau
Aku ingin, aku hendak
Ku mau
Ku ingin
Dia ~

Mengapa

Mahu bicara tentang apa ya?
Tentang hati yang sudah hancur
Mungkin tentang kejauhan yang ku rasa dalam diri ini
Mahu ku bilang tentang apa ya?
Mungkin tentang cinta yang tak kesampaian

Semalam ketika aku berjalan untuk pergi ke tempat itu
Tempat kita pertama berpegang tangan pada malam itu
Dengan penuh rasa sentimental hatiku berkata
“Hey jiwa, kau nampak pandangan itu?”

Di tempat itu kau pegang tangan ku
Di tempat itu kau belaikan cintaku
Tapi hari itu kau berada di tempat itu
Bersama teman baru

Aku mulanya tak mau tunjukkan diriku di depan kamu
Tapi kerna kehancuran jiwa ini
Melihat tangan mu di tangannya
Matamu yang memandang dia
Pandangan itu sebenarnya milik siapa?

Dulu kau katakan senyum itu milik aku
Dulu kau katakan tangan itu milik aku
Dulu kau katakan setiap langkahmu milik aku
Dulu kau katakan cinta itu milik aku

Tapi
Di tempat itu kau pegang tangannya
Kau lafazkan cinta
Di tempat itu kau petik bintang
Dan kau hulurkan pada jarinya
Dan jari itu bukan milik saya
Bukan milik saya

Sayang
Dulu kau pernah janji bulan itu kau akan beri pada ku
Dan pernah juga aku gantungkan bulan itu di dalam bilik
Setiap malam ku pandang
Setiap malam ku lihatkan
Setiap malam ku katakan
Setiap malam ku jeritkan
Setiap malam aku raungkan
“Hey bulan, cintaku hanya kepada nya!”
Dan tapi sekarang tangan mu pada siapa?

Hancur hatiku sayang melihat kau di situ
Hancur hatiku sayang melihat janji kamu
Hancur hatiku sayang
Hancur hatiku
Hancur hatiku
Hancur hatiku melihat dia bersama kamu
Di tempat itu
Di tempat kita itu
Mengapa sayang?
Mengapa rindu?
Mengapa kasih
Mengapa segala
Cinta kita kau rosakkan
Hancur binasa

Mengapa
Mengapa
Mengapa~

-------------------------

mari bandingkan dengan tulisan ini:
Cinta Atas Atap
Kisah Cinta Di Tempat Itu

*rujuk di www.fynnjamal.blogspot.com

-------------------------

nama lelaki brengsek itu adalah Pokyan.
juga pelajar bijaksana diletakkan tuhan di negara orang.

chat di bawah adalah pemberian zakiah pada aku.
untuk itu, terima kasih sekali.

futnot: 'malaysia day' itu mungkin event di tempat belajar mereka. mungkin satu pertandingan. mungkin persembahan sekadar cuma. apa2 saja.

chat di bawah adalah selepas Pokyan mengirim Cinta Kita Di Atas Bulan.


siri pengantoian kecil-kecilan (time ni dia hantar yg 'mengapa' tu):
BUZZ!

Ain: pehal dude
Ain: gi tido ar

pokyan hebat: aku tido lame doo td
pokyan hebat: 5 jam
pokyan hebat: pergh

Ain: bapak lame

pokyan hebat: tau takpe
pokyan hebat: jap
pokyan hebat: aku td terkarang satu lg puisi
pokyan hebat: sekadar coretan jiwa

Ain: hahaha
Ain: okeh

pokyan hebat: tolong nilaikan

Ain: haha
Ain: mane
Ain: yg baru
Ain: ko tgh menaip ye
Ain: okok

pokyan hebat: da siap da
pokyan hebat: jap2

BUZZ!

pokyan hebat: awat

Ain: takde pe

pokyan hebat: oit

Ain: pe
Ain: eh
Ain: ni sape punya
Ain: hehe
Ain: aku cam kenal
Ain: ini tulisan fynn

pokyan hebat: eyh silap2
pokyan hebat: tu aku copy
pokyan hebat: jap2
pokyan hebat: aku hantar ape td?

Ain: huha!
Ain: ko jgn la..aku follower fynn tahu

pokyan hebat: ok2
pokyan hebat: aku salin sume fynn tulis
pokyan hebat: sedap sial
pokyan hebat: jap2

Ain: haha
Ain: ko dpt dr blog aku ke

pokyan hebat: takde laa
pokyan hebat: aku amik dr youtube

Ain: aha

pokyan hebat: arghh dammit
pokyan hebat: file tu ilang
pokyan hebat: sial la
pokyan hebat: aku tulis td

Ain: ...

pokyan hebat: tak jumpe
pokyan hebat: sial la

Ain: urmm
Ain: takpe2
Ain: cari dalam hati
Ain: hehe
Ain: tak bek amek kerja org
Ain: n edit2

pokyan hebat: yang tu aku edit bukan nak kasik ko
pokyan hebat: aku amik tulisan die
pokyan hebat: ces
pokyan hebat: ko igt aku copycat ape

Ain: aku ingat juga
Ain: hehe

pokyan hebat: ces
pokyan hebat: aku serius tulis
pokyan hebat: mane ilang

Ain: laa
Ain: chill dude
Ain: cari la pelan2

pokyan hebat: aku tgh install game waktu tu

Ain: lol
Ain: pokyan
Ain: shhh..
Ain: semalam punye kan
Ain: ko hantar
Ain: aku tau
Ain: fynn yg punya
Ain: haha
Ain: tapi aku diamkan je la

pokyan hebat: aah
pokyan hebat: aku igt ko nak tegor aku
pokyan hebat: ces
pokyan hebat: bkn nak tgor

Ain: seriously u shouldnt take credits of someone's effort
Ain: fynn buat sume tu
Ain: hahaha
Ain: kau senang2 je amek
Ain: tak bek lah

pokyan hebat: aku tulis ko sorg bace

Ain: aku boleh hapal satu2 tulisan fynn
Ain: ko cube la orang lain pulak
Ain: maybe bley la kot beli

pokyan hebat: haha
pokyan hebat: aku cube2 masukkan intro yg lain2
pokyan hebat: aku tgk fynn masuk
pokyan hebat: aku amik

Ain: mane bley
Ain: ko try la
Ain: buat satu sendiri
Ain: pelan2
Ain: jgn patah semangat plak
Ain: kalau fynn tu rujukan..mmg sgt baek
Ain: tapi jgn ar copy n edit

pokyan hebat: tu laa aku kasik kat ko

Ain: aku tak ske la

pokyan hebat: aku nak try ape jd kalau aku copycat

Ain: ecey..
Ain: aku pun tulis gak..bahahaha

pokyan hebat: ish

Ain: so kalau org amek aku nye bahan n edit2 bole naek baran
Ain: tak baran sgt la sebenarnya
Ain: tapi kecik ati

pokyan hebat: aku byk try sblum mmbuat sesuatu
pokyan hebat: aku tak penah berkecimpung dlm bidang ni
pokyan hebat: so aku copy
pokyan hebat: aku edit
pokyan hebat: aku kasik
pokyan hebat: aku tanye respon
pokyan hebat: da tau copy
pokyan hebat: aku tukar
pokyan hebat: aku buat ori

Ain: ok

pokyan hebat: haha
pokyan hebat: tp yg aku hantar ko td tu serius aku terhantar

Ain: ntah..aku cam tak pecaya

pokyan hebat: da jelas terang dan nyata laa klau aku ckp aku nye

Ain: rilek ar dokter..

pokyan hebat: aku tau
pokyan hebat: klau aku jd ko pon aku tak caye
pokyan hebat: tp mmg aku terhantar

Ain: ha..bagus2..skrg ko da meletakkan diri ko pada tempat org lain'
Ain: tu salah satu langkah menjadi seorang penulis

pokyan hebat: aku phm macaman bahan ko kene copy
pokyan hebat: byk je bahan aku kene copy

Ain: kau suka?
Ain: org copy bahan?

pokyan hebat: mane suke beb

Ain: abes jgnla buat kat org len

pokyan hebat: bile mase aku buat kt org laen

Ain: ko copy fynn

pokyan hebat: copy aku letak dlm laptop aku
pokyan hebat: aku sorg bace
pokyan hebat: td tu takde niat aku hantar kat ko
pokyan hebat: serius

Ain: eh
Ain: nak baca aku punya?
Ain: haha
Ain: jangan copy2 plak ye
Ain: oit

pokyan hebat: btw
pokyan hebat: aku solat td


-------------------------

dan selama ini aku rasa betapa hebatnya belajar di negara orang.
betapa gahnya dia, sungguh bodohnya kita.

*gelak geleng kepala*

zakiah ada beri aku friendster jejaka ini. terang2, dia tidak terima aku. reject terus.
hebatnya kau.

apa nak jadi pelajar pencuri begini.
dan sebagai seorang pensyarah profesional, aku mau beri amaran: plagiarisme itu menjijikkan.

terima kasih zakiah, atas perkara lucu ini.
you're the greatest.

sesiapa ada lagi kantulkan orang?
seronok juga.
boost maruah diri.

bukan aku kedekut, ambillah. berilah pada teman lelaki kamu. pada ibu bapa kamu. pada gadis pujaan kamu.

cuma aku juga punya rasa. setiap perkataan, bait2 susun cerita itu air jiwa aku.
sebutlah sedikit nama aku.

tidak tahu malu!

amaran: entri hambar.

memang betul aku selalu laung2kan pada langit yang aku ranap tiap kali melihat dia berbahagia, aku jadi hancur melihat dia bergelak ketawa di hujung sana. tapi tidak pernah pula aku doakan dia bermurung.

apatah lagi menjahanam cerianya.

dari jauh, aku jadi sayu. rasa ingin datang dan tarik kepalanya masuk ke dalam kulit di antara leher dan dada. menjadi pelindung dia dari ribut dan halilintar, berkata "kenapa ini, kekasih? kamu dikejamikah? kamu diserabutkan?"

seperti dahulu.
menjadi bunda, menjadi kekanda, menjadi adinda, menjadi penjaga, menjadi pecinta.

tuhan, jangan kau hanyutkan jiwa dia.
kasihan sama matahari saya.

hal kerjakah?
atau keluarga?
tentang gadis baru, mungkin?
agaknya apa ya?

apa2 pun, saya minta jasa baik tuhan aku untuk memberi hanya yang terindah untuk dia.
tolong, tuhan.
andai ada kasihan untuk aku dan dia.

dalam ramai dan riuh manusia yang sedang beratur mencari dan menagih rasa dari seorang aku, tiada yang senyaman dan semanis rindu yang sedang aku tanggung.

maka, entri kali ini adalah untuk kamu2 yang sedang memujuk jiwa untuk meminta secebis aku. maaf, aku masih belum penat. jadi tegak aku tetap di pasak ini. selalu.

kadang2 rasa kasihan juga. lelaki2 itu kejar aku. aku kejar matahari. dia kejar hal lain. kelakar. sampai bila operasi kejar mengejar ini akan tamat. mungkin, bila ada salah seorang yang dikejar berhenti dan menoleh belakang. mungkin waktu itu. mungkin kot.

minggu ini aku telah selesaikan sedikit rajuk aku sama seorang kawan yang aku sangat sayang. semua tidak dirancang. kalau ikutkan, aku mahu biarkan nanah dalam hati ini membusung dan membusuk. sebab sudah terlalu pahit untuk dimamah.

entah bagaimana, kerja tuhan, aku dan kawan itu bersemuka pula atas konsekuensi yang tuhan cipta.

potongkan plot panjang, secara sinopsisnya, kami sudah okay. untuk kali ke-berapa bertengkar, untuk kali ke-berapa berdamai semula. biasalah. adik-beradik mana tidak pernah bermasam muka.

yang penting, aku tidak sanggup hilang dua sahabat nyawa aku itu. cukkuplah cinta sudah pergi. izinkan aku untuk tetap menyimpan mereka dalam hati.

aku benar2 jujur bila aku kata aku mahu mereka sampai mati.
dan tanyalah sesiapa saja, aku ini manusia setia pada janji dan kata.

aku rindu kami bertiga dulu.
makan tidur main bersama. bergaduh2 bergocoh2. ke sana sini menggila. hidup yang melupa. seolah tiada esoknya.

murahkan rezeki mereka, tuhan. mereka perlukannya.

*terdiam*

sudah jam 2 pagi. matahari sudah kirim pesan suruh tidur. esok kerja, katanya.
baik.

*senyum 70 sen*

apa saja untuk kamu.
meski sekadar bayang2 kosong di situ.

apa saja.

Friday, April 4, 2008

setia. tanda soal.

semalam lepak bersama dua lagi teman penulis.
1 lelaki: sudah berkahwin. lebih 10 tahun.
1 perempuan: pernah bercinta bertahun.

persamaan kami: disampahkan.
faktor: pasangan hilang cinta.
thesis: setia itu satu kebodohan yang maderfaker.

wadefak.

apakah ini bermakna perkara 'setia' itu terlalu diberi bayangan terlalu gah, walhal konsep itu sebenarnya satu mauduk yang sangat bangang?

seperti tiada relevannya rama2 pada tilam basah, atau helmet ketika memandu myvi, juga cermin mata hitam ketika tidur di pekat malam.

bermakna, siapa yang setia itu, bangang.

kawan perempuan aku ckp "lelaki mmg begitu. tidak reti setia". aku tepuk kepala dia. aku kata "abih sebelah kau tu perempuan?". dia diam.

kawan lelaki aku bilang "isteri aku sudah ada lelaki lain. dan aku sedang mencuba untuk mengambilnya kembali". aku tepuk kepala sendiri. "kita memang bongok ke haa?"

dan di kopitiam itu kami terdiam bertiga.

kita setia, dia tidak.
tidak ada kaitan dengan faktor usia, jantina, pembesaran, apa2.
diri sendiri.

kalau tidak dijaga diri itu, memang tidak akan mampu. tidak semua dilahirkan menjadi pecinta tegar. tidak semua berminat. tidak semua ada ingin menetap di satu alamat.

alasan biasa:
1) bosan.
2) lebih bebas.
3) tidak mahu serabut.
4) orang lain nampak bahagia.
5) isi tempat kosong. (semua jawapan bisa dibuat, tiada yang salah kerana semua orang bijak menciptanya)

ada kawan yang berprofession 'pencari gadis'. ada yang 'pemangsa lelaki'. ada juga yang 'pelaksana dendam'. masih ada yang 'pemuas serakah'. baik lelaki, mahu perempuan.

kelakar. apa yang kamu dapat berlari2 mengejar kabus? sekadar penat. benar, ada sedikit dingin dan nyaman, tapi bila matahari mua muncul dan segala kabus memadam, apa lagi yang kau rasa?

tenang?
damai?

jangan bohong, kawan2.

melainkan jika kamu itu binatang yang tidak tuhan beri akal dan jiwa, bersifat hati kering itu pasti membahagiakan.

kawan perempuan aku kata lagi "sedikit, masih ada harap"
kawan lelaki aku menambah "tidak apalah yang sudah berlaku. cukup andai dia ada"
aku, seperti biasa, tidak menokok juga menambah. sekadar senyum.

aku pun.

tapi tidak boleh dimarah juga mereka2 yang berkarier '30 saat mencari cinta' ini. sebab ada yang murahan memberi lelong. siapa tak suka barang percuma?

konsep ekonomi: demands dan supplies.
tiada pemintaan, tiada bekalan.

masalahnya, bekalan besepah. walaupun cap ayam, tetap orang nak. sebab percuma. tak percaya? bulan lepas ada lori promosi coca cola di bukit bintang. aku yang tidak minum air karbonat tetap bersama2 manusia2 kedekut duit dan penagih barang percuma di situ. lepas dapat, minum seteguk dua, terus buang.

sebab percuma.
sebab tidak perlu ongkos sendiri.

bodoh agaknya menjadi pecinta. bukan orang mahu pun. setia adalah satu perkara yang kabur. kalau tidak kantul curang, tetap dianggap setia, bukan?

mungkin aku harus jual lebih murah.
menjadi lebih peramah.
dan hot. dan gedik melibas2 rambut sambil memintal2 baju ketika berbual.
konon2 manis. memuncung2 bibir dan meremit2 hidung sambil malu2 memandang.

semata untuk dipuja dan disms sepanjang malam selama beberapa minggu, kerana aku sunyi.
adeh.
i'm so much better than that.

tapi sampai bila aku nak begini...
tersampahkan.

orang sudah bahagia sana sini, telefon gayut hari-hari, bergurau senda geli,
aku di sini macam najis.
hahahahha.

*gelak dengan airmata*

memilih? bukan dr segi material. tp hati. kalau tidak, kenapa matahari yang aku pilih? padahal ramai lagi di luar sana yang menanti. sehingga hari ini.

aku cinta matahari kerana hatinya yang sangat indah.
memberi kenyang dalam sekadar pandang.
memberi nafas dalam sekadar terbayang.
memberi kekuatan meski dia sudah terbang.
memberi aku terang seperti bintang.

konsekuensi yang memaksa kejauhan kami adalah suatu yang telah tuhan tulis. terima kasih masa, yang dengan sabar meneman aku untuk gagah. terima kasih kawan2, yang benar2 memaksa diri untuk memahami. terima kasih para musuh, yang menggalak derita aku.

kamu tahu kategori kalian.

*diam. menghirup sebatang ketenangan*

nak kirakan, aku la yang paling pathetic. aku setia pada bayang2.
ahahahahhahhahahhha.

*kesat airmata*

Tuesday, April 1, 2008

kepada estrella.

kepada estrella:

menjadi seorang pensyarah adalah suatu karier yang sgt biasa. lebih2 lagi menjadi seorang pensyarah yang sekadar mengajar aturan asas seperti syntax dan grammar. nama lain yang lebih terkenal adalah cikgu.

kenapa saya suka menjadi pensyarah?

satu: kerja yang mudah. tidak susah. sekejapan.
dua: gaji yang tidak mahal, tidak sedikit.
tiga: punya bilik sendiri. bukan kubikel.
empat: cuti banyak. gaji tetap masuk.

yang paling sebenarnya, saya cinta mensyarah kerana saya sukakan orang.

melihat perawakan dan sifat2. tambahan pula semua pelajar saya adalah dari serata dunia: afghan, rusia, morocco, arab saudi, segenap pelusuk. budaya kita berbeda2, dan budaya itu suatu yang cantik.

di situ, di hadapan kelas, saya di pangkal mata anak2 murid saya. setakat ini, tidak pernah sekali pun saya lihat anak murid saya terlelap / tertidur / berbual. mungkin mereka takut sama saya, tp saya rasa, mereka benar2 suka sama saya.

tiada apa yg lebih membahagiakan selain merasa begitu memberi makna kepada orang lain.
dan di depan itu, saya segalanya bagi mereka.
(selain dr info utk periksa final. haha)

kenapa saya suka mensyarah?

mungkin juga kerana saya suka membebel. suka melawak. suka bercerita. suka dipandang kerana fikiran saya.

entahlah.

betul. ramai pensyarah lain yang tidak selesa dengan pensyarah berbaju kurung dan converse rock. acapkali dipanggil ke bilik dekan, dimarah ditegur kerana terlalu berbeza. tapi di setiap itu juga, tiada modal selain perwatakan saya yang tidak tipikal. keputusan murid2 saya sentiasa bagus. jadi mereka tidak bisa berkata banyak.

itu yg penting.

bagaimana anak2 murid saya bisa jatuh hati sama saya?

kerana saya tidak pernah terlalu keras untuk silibus. saya bicara politik, pengetahuan am, agama, segala. dan saya bualkan bukan dari sebelah pihak. tidak pernah terlalu ekstrim. tiada hipokrasi. kerana, seperti yang selalu saya bicarakan pada mereka, tiada manusia sempurna.

sedang dalam agama pun ada mazhab2nya, siapa kita untuk melabel2 sesama manusia.

tidak susah menjadi seorang pensyarah, estrella.
yang pahit adalah politiknya.

sama seperti politik sekolah rendah bila semua orang mahu menjadi pengawas. semata kerana rasa gah.

saya sedar saya bukan manusia sempurna. ada pasang surutnya. ada gila sewelnya. tapi yang sentiasa saya pastikan, di dalam kelas itu, saya akan seragamkan profesionaliti saya.

kerana saya pendidik.
dan mengajar adalah passion saya.

masalahnya:
saya tidak mampu mendidik diri sendiri.

*senyum pat posen*