Thursday, October 25, 2012

mino majo roti


fakta tak berapa faham no 72:

bila homoseksual bangga jadi gay--
kita panggil human rights.
CUBA heteroseksual bangga jadi straight--
habis!
kita yang kena panggil prejudis.

bila orang kutuk kerajaan--
kita panggil revolusi.
CUBA orang kutuk bukan kerajaan--
naya!
kita yang kena panggil barua.

bila orang kelantan bangga diri--
kita panggil patriotik.
CUBA negeri lain dabik dada--
mati!
kita yang kena panggil busuk hati.

bila lady gaga jalan pakai spender--
kita panggil art at its best.
CUBA kita... *pause* ok tu aku geli.

apa pun juga--
sebenarnya--
zaman ini dah tak ada istilah minoriti dan majoriti.

orang cuma akan suka kita kalau kita sokong dia.
itu saja.

macam--

bila orang like status kita--
kita panggil "oh, ai rili laik yu"
CUBA orang pertikai hujah kita--
TERUS LAJU!

fakyu.

Wednesday, October 24, 2012

ada


aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.

tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.

hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. aku cuma ada aku sebagai bukti.

titik tolaknya--
kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.

kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.

sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

dan yang penting--
sabar dalam menunggu.

insyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.

1) demi mahukan zuriat.

rabbi laa tazarni fardan,
wa antal khairul waarithiin.
tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan,
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.

wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.

2) demi mempermudah segala masalah.

rabbi yassir walaa tu'assir,
rabbi tammim bilkhair.
tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit,
tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.

3) demi rezeki yang cukup asal cukup.

wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja.
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu.
innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.

dan sesiapa bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan keluar.
dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa berserah sehabis2nya pada allah-- padanya dibagi kecukupan.
sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.

amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. kerana apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu.

4) demi meminta pertolongan.

ya hayyu ya qayyuum,
birahmatika astagheethu.
aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin

wahai tuhan yang maha hidup, wahai tuhan yang maha memasak kami,
dengan rahmatmu aku mencari bantuan dan perlindungan,
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.

ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari ustaz kazim al-hafiz. dia ceritakan rasulullah melihat fatima hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. bila baginda datang sekali lagi, dia dapati fatimah masih dalam keadaan sama. rasulullah terus menegur fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".

buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.

pesan aku--
tuhan itu ada.
percaya dan bukan sekadar kata.

yakin.
dia selalu ada untuk kita--
tak kiralah buruk mana kita--
tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk tuhan kita.

tuhan itu sifatnya ADA.

Tuesday, October 23, 2012

tua dari laki


on contrary to common belief,
isteri lebih tua-lah yang jauh lebih manja dari isteri lebih muda dari suami.

itu fakta.

dan jawapan paling biasa kenapa lelaki sekarang lebih suka isteri lebih tua adalah:

perempuan yang lebih dari usia mereka tau pemasaan perlu--
manja bila perlu.
tenang bila bila perlu.
tegas bila perlu.

mungkin--
CUMA mungkin--
lelaki tak minat perempuan yang manjang manja tak kira masa.

contoh:
ada perempuan, LAGI depan kawan2 laki2 LAGI dia tunjuk mengada.
SALAH.

tips:
when you are among boys--
be one of the boys.

"aku punya manja kau saja boleh rasa--
rahsia kita berdua"

WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAH.

serius.
isteri lebih tua itu bagi sesetengah lelaki memang pilihan utama.
sebab sebenarnya--
lelaki ITU yang manja.

kalau tak percaya,
cuba baca kisah rasulullah dgn khadijah.
subhanallah.
maasyaAllah.

:)

Monday, October 22, 2012

realiti curang


ada satu realiti show di russia ini--
motifnya adalah "berapa KOMFEM nya kau dgn cinta kekasih kau?"

agendanya mudah.

kau register dgn production. kau cakap "aku KOMFEMMM awek aku cinta aku seorang". dia research awek / bopren / laki / bini kau. pastu create set up flirting yg paling fantasy. tgk awek / bopren / laki / bini kau tewas ke tak.

dah sepuluh episod aku tgk. dua je yg berjaya. yang lain-- mmg dah tahap masuk bilik. YUP. set up production MMG sampai ke bilik. sbb nak BETUL2 komfem pasangan kau tu MMG fail ke tidak.

for whatever, aku rasa show ni entertaining gila.
tgk couple bergaduh and make fools out of themselves tgh org--
apa x best nya?

dan stendedd aa kita. suka dok pacak tgh commotion.
kalau accident pun kita suka jengah. apa lagi tengok orang bergaduh. kalau tak, takkan la penuh youtube dgn klip org bertekak.

anywho. show tadi. pengacara pulak gempak. bila pasangan yg dok belakang kamera ni merayu2 berhentikan show sbb tak sanggup tgk-- pengacara dia stok "eh tak la... kita tengok dulu... trust your partner.. kemonnnn"-- walhal nak LAGI footage yg lebih juicy.

mmg eye gripping la.
kita yang tengok ni yang terjerit2.

this is a really fun reality show.
SAMPAI LA this last episode yg aku tgk tadi.

bopren dia menangis, mengongoi dan terajang diri sendiri sambil hantuk kepala kat dinding. pecahkan pintu bilik yang pada itu aweknya dah standby nak bukak baju. dan bila aweknya keluar dari bilik dgn pelakon tambahan (yg dibayar utk flirt dgn dia itu), bopren tadi cuma jerit "kenapa?" berulang2 dari awal awek dia bersiap utk blah (obviously dari kamera) sampai la dia hilang dari pandangan.

"kenapa?"

*pause*
shit, man.
bapak goyang aku tgk airmata jantan dia.

*pause*

i guess no one knows why we cheat.
yes. we.

aku guna 'kita' sebab kita semua pernah dicurangi DAN mencurangi at some point of our lives.
dont lie.

(well, takde quran pun depan kau utk aku paksa kau sumpah)

dan bila aku cakap 'curang', tak usahlah bayangkan ke tahap senggama. flirt ofis pun curang, berooo. memfantasi cinta dalam kepala pun curang, dik non. tapi kalau kau dah tahap tu, itu kau punya confession booth punya cerita la. aku tanak amik tau.

so yes.
semua orang pernah pasang dua dalam satu masa.
atau standby satu utk kita start new relationship with KETIKA kita tgh seeing someone.

"kenapa?"
pergh.

how the hell would i know?
blame it on ketidakmatangan.
atau pada syaitan.
even pada pasangan--
yang buat salah tang sini situ (supaya kelihatan bukan pencurang sahaja salah dan patut menanggung hukuman).

kita semua pernah mencurangi--
maka kita semua pernah dicurangi.
(atau dicurangi DULU baru mencurangi--
pick whichever necessary).

"kenapa?"
siapa tahu.

soalan paling senang tapi paling tak ada jawapan untuk diberitahu.
yang akhirnya dipilih untuk dibiarkan tak berjawab, tergantung dan diabai-lalu.

makanya.
bila hari ini KAU yang berada di pintu itu--
menangis, mengongoi, menerajang diri sendiri sambil hantuk kepala kat dinding dan berterusan menjerit "kenapa?"--

jangan harap dapat jawapannya.
sebab macam jawab kau juga--
tak ada orang tahu.

*pause*

apa point aku pagi2 ini?
xada.
aku tgh sentri anak aku tido sebenarnya.
itu yang gatal jari menaip panjang begini.

apa yang pasti,
aku dah tak nak tengok show ni lagi.
ahahaha.

Friday, October 19, 2012

cukup


ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku.
sungguh.
aku faham.

seperti tak ada logika bagi suami isteri itu terlalu cinta.
begitu serasi.
terlampau bahagia.
seolah obsesi.

ye.
aku sungguh faham setiap ragu2 kau.

tapi aku orang kampung.
dididik abah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada.
"kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita"
"ketawa2 dengan kawan, entah kita tau ketawanya bersama-- atau kita yang diketawakan"

kasar, abah ajar aku.
keras, dia tanam dalam aku.
tersiratnya--
kongsi cuma yang gembira--
pahit hempedu semua simpan.

aku setuju.

sebenarnya apa untung berkongsi duka?
cuba cakapkan apa dapat bercerita lara?
sudahlah penat mengulang2-- belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya-- ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita.

entah.

secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".
kalau setiap butir kata itu doa-- bayangkan berapa kali dalam sehari dizikir keamanan aku yang menerima.

"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi.
hakikatnya--
KITA adalah kawan kita sendiri.

usah menayang sayu.
apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?"
itu.
cuma itu dapatmu.
paling2-- dibantu buat sementara.
masuk bulan pertama-- penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".

maka cuba.

cuba mulai hari ini kita berhenti terlalu cakap perihal buruknya hidup kita. tentang suami jahat, kakak ipar cilaka, kawan baik palat, abang kita derhaka.

cuba lebihkan bercerita bahagia.
BUKAN dengan bongkak--
kerana itu mmg haprak.
cukup bercerita aman tentang indahnya apa yang ada.

wamayyattaqillah--
fahua hasbuhu.
dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--
maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.

hidup tak perlu kaya untuk bahagia.
tak perlu besar.
tak perlu megah.

cukup sekadar cukup.
dan kau akan bertemu bahagia.

memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--
tapi yalah--
cukup kita CUKUP sekadar cukup.