Saturday, May 29, 2010

ini jawapan aku.




biar kita begini saja;
buruk, gemuk,
besar, cantik.
biar saja diri kita;
cantik, molek,
hodoh, jelik.
siapa kita, itu kita
cinta saja jiwa kita
kalau mereka tak suka, pergi mampus!
tak apa.


aku lantangkan puisi ini depan pak samad.
kalau dia boleh sayu dengan jujur aku kisahkan,
peduli apa aku dgn engkau2 yang ignorant dan tak berperasaan.

dunia memang tempat kejam, sayang.
biarkan.
kita tidak.

kita tidak.

Sunday, May 23, 2010

gemuk




1994.
darjah 6.

percaya atau tidak, aku sudah buang semua bukti2 aku pernah hidup sepanjang usia darjah 3 hingga tingkatan 3. aku bakar, staple sampai berkali2 sampai koyak, siat2 dan macam2 lagi.

aku seperti mengharapkan diri aku yang dulu itu mati tak dikenang.
aku geli, jijik, benci dan malu menjadi yanti.

menjadi yanti, aku cuma terlihatkan sebagai si gemuk.
menjadi yanti, aku teruk dimalukan orang.
menjadi yanti, aku asyik terpandangkan sebagai si gergasi.
menjadi yanti, aku hanya dimainkan orang.

aku lupakan aku yang itu sedikit demi sedikit. dan benar2 berjaya bila aku jejakkan kaki ke universiti.
aku menjadi fynn,
dan aku bunuh yanti.

*diam*

tadi ketika aku buka laman yang satu lagi, satu2nya kawan yang dari darjah satu hingga ke tingkatan tiga sekelas mengepilkan gambar ini untuk aku.

untuk kali yang pertamanya, selepas bertahun2 dan beribu2 detik masa, aku pandang semula pada dia. si perempuan kecil yang hidup tak berarah, kecuali penuh dengan mimpi2 romansa yang dipandangkan selama 3 tahun dari ayahandanya yang tidak berapa2 kecuali menyembah diri pada permaisurinya yang menunggu hari untuk mati.

*tahan sebak*

mungkin. aku terlalu besar kalau hendak dibandingkan sama anak2 perempuan comel yang lain.
mungkin. aku terlalu pelik dengan kasut wanita berbanding anak2 perempuan yang lebih gemar kasut kanak2.
mungkin. aku terlalu buruk untuk menjadi si budak yang dicubit2 di pipi untuk kau ajak main.
mungkin. aku terlalu aku, dan untuk menjadi si sempurna itu, terang2 aku tidak layak.

tapi...
kenapa aku...

*airmata mengalir*

terima kasih wahai bangsat2 dan sial2 yang meyakinkan aku dari dahulu betapa buruk dan terkutuknya aku, kau semua memang anjing.

...

kejap.
bagi aku masa kejap.
mata aku tak mahu kering sekarang.



...



*diam lagi*



...


*ambil nafas*

sehingga hari ini, aku masih benci dengan apa yang aku pandang dalam cermin.
sehingga hari ini, tak mungkin tak ada satu pun yang tidak aku nangiskan bila melihat aku tanpa seurat kain.

kasihan pada aku. hidup tak tahu menghargai diri sendiri.

padanlah aku bahagia menjadi sampah.
padanlah aku tak kisah dinanah.
padanlah aku biar dipijak orang.
padanlah aku redha dilayan seperti barang.

pukimak.
tengok apa kau orang semua dah buat pada aku!
tongok, babi!
tengok!!

tahu tak perasaannya merasa diri itu buruk?
haa?
merasa diri itu menjijikkan?
merasa diri itu meloyakan?

*airmata aku meluncur2 saat ini. pergi mampos*

aku tidaklah buruk mana...
mungkin tidak secomel mereka2...
tapi aku ada jiwa...

kan...?

*diam*

"budak2... memanglah suka mengusik"

pergilahmampos.

habis aku? bukan budak2?
kenapa aku tak mampu rasa semua itu kelakar?
kenapa aku tak faham kenapa kawan2 sekelas ketawa bila cikgu suparmi ukur pinggang aku depan semua orang?
kenapa aku tak faham kenapa kawan2 sekelas berdekah2 bila aku berjalan semua orang mengajuk seperti tanah sedang bergoyang?

*diam*

maaf.
aku tak tahu apa yang masuk dalam kepala aku sekarang ini. aku cuma terpana. tidaklah aku buruk mana ketika aku kecil dahulu. tidaklah aku hodoh mana ketika di usia anak2 itu.

bertahun2 ini,
terbazir dengan membenci diri sendiri.
dan betapa kasihan,
sudah terlalu terlewat untuk aku ajar diri aku yang aku ini manis berseri.

*diam lagi*

padanlah aku tak dibagi anak.
kalaulah ada, pasti buruk seperti aku.
pasti diejek dan dan dihina2 selalu.

dan menjadi aku, akan aku ke situ dan tamparkan sial mulutnya.
biar ditanya emak bapaknya, akan aku laung pada semua,
budak2 perlu diajar:

cantik itu dari jiwa, wahai budak celaka.
bukan rupa tubuhnya,
bukan luar kulitnya.

Sunday, May 16, 2010

guru. ibu.

hari ibu dulu,
ramai yang kirimkan aku nota2 kecil dan besar, pendek dan panjang,
meluahlafaz menyembah kasih pada aku.
dikata aku persis ibu2 hati mereka itu.

hari guru ini,
ramai yang kirimkan aku nota2 kecil dan besar, pendek dan panjang,
meluahlafaz menyembah kasih pada aku.
dikata aku persis guru2 jiwa mereka itu.

*ketap bibir*

aku tidak sangka yang aku mungkin akan meluahkan ini secara terbuka.
tapi tuhan,
terima kasih kerana menjadikan aku seorang aku.
fynn jamal ini.
baiknya.
buruknya.

terima kasih untuk setiap jatuh dan bangunnya.
terima kasih untuk setiap indah dan bangsatnya.
kerana itu semua, setiap itu,
menjadikan aku;
fynn jamal ini.
baiknya.
buruknya.

*diam*

terima kasih, anak2, adik2, kakak2 dan abang2.
kau terima aku seadanya.
menerima calit cela palit hina aku setiapnya.

aku bukan ibu. aku juga bukan guru.
aku kawan kamu.

assalamualaikum.

Friday, May 14, 2010

1malaysia itu slogam-pank

ada dua perkara yang timbul bilamana 2 video performasi aku disebar di internet. tak perlu ditanya, yang sibuk mempersoal adalah mereka yang tidak pun pergi ke situ. maka separuh kakinya sudah terang2 belum bersedia untuk mendengar apa2 yang aku lantang dan laungkan pada manusia2.

sebelum aku beri justifikasi, biar aku ingatkan, malam itu, dia malam puisi riau itu, yang penuh adalah mereka2 yang hadir demi puisi dan kata2 halus. setiap perkataan yang terterbit memang sudah difahamkan dari awal untuk tidak diambil secara literal.

maka, entri hari ini, selepas beberapa hari, aku hendak jawabkan.

soalan pertama: "kenapa awak terlalu keras dan jelas dalam menunjukkan negara malaysia ini jahat dan teruk? sampai kemanusiaan pun awak kondem dan kutuk2?"

jawapan saya:

bukan aku tak percaya pada konsep 1 malaysia.
cuma aku rasa sinikal pada semua itu.
jadi geli. jadi benci. jadi berbulu.

persis perasaan geli, benci dan berbulu pada lakonan raja farah dalam telemovie 'semuanya ku terima' yang secara terpaksanya aku tonton malam kelmarin. bluergh. satu kapal dengan intan ladyana dalam adnan sempit.
ei geli. ei benci. ei berbulu.

1 malaysia bagi aku tak ubah seperti gimik semua pemimpin yang ada. tak kiralah pembangkang atau kerajaan, waima wakil pelajar di universiti sekali pun. semua perlu ada slogan.

seolahnya mana2 politik (kecil atau besar, rasmi atau tidak), semuanya tertakluk pada slogan yang dipertandingkan. dan slogan siapa yang lebih bagus, dia yang mampu meraih undian, yang layak mendapat kemenangan.

yang lebih kelakar, slogan2 itu bukan pun datang dari yang sepatutnya. tapi syarikat2 public relation yang membayar penulis2 kecil seperti aku (atau cikgu2 yang mencari wang poket tepi) untuk datang dengan baris2 ayat bijak dan catchy.

apebende?

maafkan aku yang agak kasar tentang ini hari ini. sebab aku tak tahu hendak bebel pada siapa lagi tentang ini. papan tanda besar2 yang memampang raju, ali, ah seng, sapok dan buhod sambil ketawa riuh berbelang2 bendera di muka; itu semua bila? realitinya apakah ada?

dalam pejabat, kalau gaduh dengan geng india: "ah keling"
dalam kelas, kalau gaduh dengan geng cina: "kencing tak cebok"
dalam trafik, kalau gaduh dengan melayu: "ada backup pakeda aa tu"

macam2.
1 malaysia sangat.

orang yang tak suka duduk satu kelompok macam aku selalu kena.
"melayu lupa diri la tu. punya banyak melayu, nak gi kawan dengan keling"
"kawan la sangat dengan hindu. borak2 pasal agama. esok masuk neraka punya"
"hari2 gi makan dengan cina. aku bet komfem minum arak tu"

bukan melayu saja. yang india pun cakap benda yang sama pada kawan india dia.
yang cina, iban, kadazan, jakon, sakai, jawa, bugis semua cakap benda sama.

1 malaysia-LAH-SA-NGAT.

ya. aku sokong kita cuba jadikan ini semua satu objektif kehidupan. tapi sudah berapa kali dalam kehidupan kita di sini yang terpaksa jadi tikus makmal? adik aku yang lahir pada tahun 1983 adalah antara mangsa. tahun suwey. anak2 yang lahir 1983 selalu jadi tahun percubaan. yang paling aku ingat, penukaran kaedah kiraan SPM (agregat ke bilangan A).

kesian, weh.

kita ada terlalu banyak slogan. tak ada makna, sebenarnya. sebab akhirnya semua ke laut. dulu, konon malaysia hendak naikkan agrikultur, berapa ramai kawan aku yang lingkup. konon hendak naiktarafkan pertanian.

"negara malaysia akan sokong perniagaan kecil anda!"
"kita galakkan usahawan kecil untuk bisnes kecil2an!"

bila kawan aku sudah siap beli tanah, sudah siap bercucuk tanam, tiba2 terbengkalai. pergi ke persatuan khas untuk peniaga kecil, tuan besar situ cakap "sebenarnya kita tak ada dapat bahagian dalam belanjawan. duit semua tidak ada".
mana pergi semua itu slogan?
mana?

jadi ya. memang aku sinis dengan 1 malaysia. sudahlah lagu 1 malaysia yang asyik dimain2kan di radio itu rip-off 80% dari lagu josh groban. konsep pun sangat murah; boleh didapati di buku2 teks darjah 1 di mana2 sekolah.

konsep ahmad raju dan ah seng.
semua orang tahu.

bagi aku, 1malaysia itu semua tipu. sesama melayu pun berpuak, apa lagi lain2 bangsa.
kan?

tak percaya? minggu lepas, kawan aku yang sedang berada dalam keretanya yang dalam keadaan pegun dilanggar motor. kawan aku hindu. yang bawa motor, perempuan melayu. terus, tak sampai seminit, penuh keliling kereta, hampir 20 orang, haruk dia. kawan aku terpaksa kunci diri dalam kereta.

orang dah jerit2 "keling", "jangan percaya cakap keling" dan "memang nak kena keling ni". semua orang2 lelaki melayu, dah besar dah ada akal. termasuklah ada seorang makcik yang sedang pimpin tangan anak kecilnya; dia bising2, "panggil dia keluar. keling cakap apa jangan percaya!!" sambil hayun2 jari telunjuk macam aku-kenal-sangat -keling-macam-ni.

budak yang langgar dia langsung tak kena apa.
padahal dia tidak pakai topi keledar.
padahal dia baru 16 tahun.
padahal dia tak ada lesen.
tapi dia melayu.

1malaysia-NYA.

jadi aku minta orang2 yang sibukkan patriotisme aku ini dengarkan; aku bukan benci malaysia. aku cuma sudah hilang percaya pada kemanusiaan. dan ya. aku sudah berhenti pedulikan politik malaysia. aku masih baca2, tapi cukuplah. aku sudah penat.

*diam*

aku bukannya buang agama bangsa aku sendiri. aku benci individu2 yang konon2 mahu menjaga agama bangsa ini. semuanya penuh tipu daya.

tak perlu jauh2, pakeda yang sangat gah di kalangan melayu. atas perjuangan melayu, asalnya. entah orang tahu tidak, kalau mahu jadi manusia yang memegang nama pakeda itu, sewajibnya agama teguh, tidak sentuh arak, tidak berzina, tidak ada niat busuk, dan banyak lagi sifat2 indah yang selari sama objektifnya.

yang ada sekarang? *gelak* yang paling rempit itulah, yang paling gangster itulah, yang paling kuat main perempuan itulah. pakeda akhirnya jadi mafia-tak-menjadi. buat geng bertumbuk, buat cakap besar, buat jadi kebal.

*diam*

ah. aku tengah marah. esoklah aku bagi soalan lagi satu yang aku janji tadi.
hari ini aku jawab satu saja.

*ketap gigi*

aku, jenisnya, lantaklah.
kau keling ke, kau iban ke, kau gemuk ke, kau kening bersambung ke, kau badan busuk ke, kau peluh terlebih ke;
selagi kau tak kurang ajar, selagi kau tak busuk hati, selagi kau tak kacau aku --
aku akan sayang kau.

ok. aku berhenti dulu.
aku tengah emosi.

Sunday, May 9, 2010

nota kecil


di tengah2 lagu Serah,
di baris "dan kerna hanya cinta yang ini"
dia tolehkan pada aku dengan ekor matanya yang biasa dibikin bila dia mahu bilang dia cintakan aku;

yang mana
di baris "aku berserah tinggi pada Mu"
membuatkan aku rontok dan tercairkan seperti di setiap biasa dibikinkan ekor matanya setiap bila dia bilang dia cintakan aku.

ah, cinta.
*senyum*

nota hari ini adalah untuk suami yang terpaling indah dalam dunia.
kerana sudah penuh ceruk2 rumah kita diselit2 nota yang2 kita tulis untuk dijumpa tanpa sengaja, maka yang tinggal cuma di sini.

...


kekasih,
tahniah atas performasi tadi malam.
dan terima kasih kerana tidak pernah berhenti bikin saya layu untuk kamu.
terima kasih kerana membikin saya hari2 jatuh cinta pada kamu.

saya tak punya suara seindah asmidar,
saya tak ada wajah semanis bangsawan zaiton,
saya tak mampu berwang berjuta.
saya tak mungkin semua itu walau satu pun.

tapi saya ada hati.
walau sudah sompek berjahit,
apa yang tertinggal,
saya kasikan seluruhnya, setiap manis dan pahit.

setiap hari,
saya bersyukur pada tuhan,
kerana saya dikasihankan untuk dibagi pada kamu.

isteri kamu,
sampai tua.




kamu kamu kamu kamu.
*senyum*

bahasa saya sudah kosong,
kerana kosa kata yang berbaki dalam sastera saya,
cuma--
kamu kamu kamu kamu.