Tuesday, March 12, 2013

tentang murid yang pandai untuk jadi bodoh

satu kelas.
satu cikgu.
30 anak murid.

cikgu tulis:
5 + 5 = 10.

25 anak murid faham.
dapat A+.

5 orang fail.
sebab yang 5 orang ini nampak--
S + S = lo.

soalan:
1) kenapa cikgu yang kena saman bila 5 orang itu gagal?
2) kenapa cikgu kena warning "tak payah ajar lagi benda ni. menimbulkan kekeliruan."
3) kenapa cikgu yang dipersalahkan bila anak murid yang CUMA lima itu yang memilih untuk tidak nampak ilmu tadi?

tak habis2 lagi rupanya isu entri kelmarin.
sedangkan apa yang sedang disampaikan adalah:
1) orang yang selayaknya yakni para ulama' pun tidak berda'wah dengan pengaiban. maka apa layaknya kita.
2) tak perlu jadi ulama' pun kita dah faham konsep 'tak baik malukan orang'.

masalahnya--
dia punya PERGI tu pesongnya:
1) "nak nasihat orang tak perlu jadi ustaz"
2) "celakanya kau nak hina ulama' kami"
3) "osssstoghfirullah cukup2lah mencaci ustaz kami"
4) "kafir kau tolak islam"

*ketawa seorang*
tipikal sangat.

anak murid bodoh,
cikgu kena buang kerja.
biasa.

dirgahayu malaysia!

summum bukmun 'umyum fahum
laaa yarji'uun.

the deaf, the dumb, the blind
they will not return to the true path


baqarah 18.

Friday, March 8, 2013

minta perhatian

aku tak faham jenis orang yang menggunakan dialog2 begini:

"dulu aku suka kau, sekarang aku dah benci"
"ee marapulah kau. kau patut stick pada muzik. apahal borak2 politik?"
"ban je lah aku. aku peduli apa".

seumpamanya.

sebenarnya..
ada button unfollow.
lama dah dok situ.
sama je tempatnya.

klik saja.

tapi tak.
nak perhatian, kan?

nak orang nampak kau di antara selautan komen2.
mau rasa special.
mau rasa istimewa.
dapat 5 seconds of fame.

rasa "wah indahnya".

tsk tsk tsk.
kesiannya.

sendiri like, sendiri unlike la.
simple math.
aku selalu cakap--
aku tak dapat komisyen pun kalau ada satu billion orang like page ini.
bukannya aku jual album ke apa ke.

kan..?

nak sangat perhatian.
aiyooo.
rimas la.

"ban la aku"
"delete la aku"
lahhh.
dah satu kerja pulak aku.

gi kawen la.
suruh suami atau isteri pujuk.
membirah kat sini buat apa?


gelenyah.

Monday, March 4, 2013

tentang lahad datu

kelakar macammana kita selalu dok cakap surat khabar penipu, berita perdana pembohong, press conference banyak edit, websites propaganda, status lidah bercabang--

sekor2 dok share jugak EXACTLY what they say pendustaan itu.
bezanya--
mereka share mengikut APA YANG MEREKA suka.

bermakna--
TAK KISAHLAH betul atau tidak--
kalau dia setuju--
ia automatik jadi valid.

kau gebang orang pembohong.
maka apa yang menjadikan apa yang kau sebarkan itu kebenaran?

assalamualaikum.
TOLONG sebarkan.
ini aku cakap.
nama aku fynn jamal.

dan aku mewakili ramai manusia2 yang tidak berminat menjadi penyambung propaganda dan politik--
manusia2 yang cuma runsingkan nyawa2 abah2, abang2, adik2 dan kawan2 kami di sana.

BERHENTI sebarkan apa2.
baik propaganda,
gambar2 keluarga kami yang gugur,
lokasi lori / trak / kedudukan mereka.

DIAM.

kalau benar mahu tulis sesuatu--
CUKUP dengan "doa aku untuk sabah".
pendek.
mudah.

cukup.

abu panggil ali anjing.
ali panggil abu babi.
biar.
kita jangan jadi mamat yang bagitau ali abu panggil dia anjing.
kita jangan jadi razip yang bagitau abu ali panggil dia babi.


malaysia dah jadi zoo.

Friday, March 1, 2013

pandai2 sesuai


menemui pembaca.

aku FASIH hakikat kita semua datang dari PELBAGAI rencah lapis masyarakat. kita semua berbeza asalnya. bervariasi.

maka mungkin ada yang tidak faham.
yang PERLU diperingatkan.

niat yang PADA KITA biasa2 dan tak ada masalah--
mungkin CUMA pada kita biasa2 dan tak ada masalah.
maka timbullah pesanan rasulullah 'niat tidak menghalalkan cara".

marilah memilih untuk jadi pandai.
pandai pilih masa.
pandai pilih siapa.
pandai pilih tempat.

pandai2 di masa2, siapa2 dan tempat2 yang SESUAI.

kepada semua yang ada di sini,
marilah kita sama2 belajar menjaga hati kita strangers yang datang dari kepelbagaian ini.
macam aku pernah cakap dulu--
CUBA baca dulu komen kita dalam dua atau tiga kali,
selawat,
tanya "patut tidak aku tekan enter ini?",
KEMUDIAN baru tekan enter tadi.

cuba bayangkan.
kau tengah pandu kereta di highway,
tiba2 drive shaft patah.
dengan kereta bermasalah besar,
termangu kau kat bahu jalan--
mengharap bantuan.

datang satu manusia,
berhenti, parking tepi,
datang dan kata:
"itulah, siapa suruh tak beli insuran kereta".

apa perasaan kau?

MEMANG la betul soalan orang itu.
tapi aku aku tanya.
SESUAI ke soalan itu?
di masa itu?
di tempat itu?

beradablah.

bila aku minta elok2 kalian sumbang bantuan; tak kiralah sekadar doa atau wang sepuluh dua--
BERADABLAH sedikit.
jangan dipersoal kenapa tak ada insuran, jangan dibebel inilah rakyat melayu tak reti beli insuran, jangan dibising tipikal manusia tak reti beringat masa senang.

ini bukan kali pertama.
naik penat aku delete komen2 manusia2 begini.
risau aku kalau2 terbaca ibubapa dan keluarga mangsa2 yang kita sedang janakan dananya.

CUBALAH BUBUH HATI DALAM RUANG BOLONG ANTARA RUSUK KALIAN.

pilihlah untuk jadi manusia yang memilih untuk pandai mencari sesuai.

sebab itulah tuhan tak beri manusia2 begini dugaan besar2.
orang begini--
ujian mereka--
adalah kesenangan.

semuoga satu hati--
hilang butanya.