Thursday, January 31, 2008

peringatan buat aku

menemui diriku sendiri,
assalamualaikum.

aku sudah tidak ingat siapa aku lagi mungkin. maka kerana itu tersimpang sekali-sekala meluncur laju dan bergoyahan.

maka entri ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri.

nama aku nur affina yanti, dari kecil dipanggil angah. di sekolah nama tertukar menjadi yanti. di universiti aku menukar nama sendiri menjadi fynn. puas dikutuk dicaci kerana konon2 mahu menjadi lebih glamour. bisa glamerkah kalu semata menukar nama? tolol.

yanti. arwah bunda yang mahukan nama indonesia itu, kerana terlalu berkenan dengan anak temannya yang manja dan keletah.

dia mahukan anak gadis pertamanya manja dan menggantungharap padanya.
*sigh*

aku mula menulis puisi setelah terjumpa sajak arwah bunda di mejanya yang ada mesin taip pembelian ayahanda buatnya. tajuknya tak akan aku lupa, "usah di tanya kenapa". takkan mungkin aku lupa, kerana itu jugalah puisi aku yang pertama.

puisi yang ditulis untuk semua, atas kematiannya yang hanya beberapa tempoh. tidak diberi kami ini menyoal dia meski pun tuhan, yang sememangnya ia satu hak yang memang terpotret untuknya.

tapi, bunda.. pernah kau fikir qada' qadr kamu itu memberi influansi pada kami2 yang ditinggalkan ini?

aku pagi ini telah cuba tidur, namun tewas. setiap decing keriut alam akan membuka mata aku yang aku paksa untuk pejam. aneh, jika selama ini para dinding dan bumbung sentiasa memekik, mlm tadi aku tertinggal sunyi dengan dengung satu pitch di telinga.

untuk kali pertama aku rindu hingar kegilaan kepala aku.

*diam*

mari balik ke masa2 kecil itu, berkayuh basikal setiap jam 5 petang. melintang angin bersama layang2 terbina dari kanji nasi, memanjat turun longkang besar depan rumah menjerat ikan lampu, berkejar2 dengan arnab dan ayam abah, sambil menjerit2 bau tahi ayam di pintu reban.

mari ingat semula patung kertas 20sen yang boleh disalin2 baju, main tikam2 yang sememangnya hanya memberi jajan bodoh dan bukan pistol meletup berpeluru kertas merah, atau ayuh bertembak2 senapang puluru pipit hasil tangan abah yang digergaji semata dari kayu rumah.

mari lupakan kedewasaan dan alam komplikasi ini.
terasa tidak mahu berzuriat, takut keterlaluan untuk mereka hadapkan dunia kejam ini.

tuhan, aku begitu destruktif di akhir-akhir hari.

abah, angah rindu bersandar pada bahu kamu. membilang tahi lalat ketika memicit tubuh tuamu. bual2 kosong sampai tertidur dalam bilik kamu, bercerita tentang hidup, apa terbaru.

dalam dunia ini, jika ada perkara yang mampu mematahkan nyawa, hanyalah ayahanda aku itu. manisnya dia, gagahnya dia, teristimewa. mampukah ada lelaki yang bisa merentap jantung seperti dia?

jika diambil dia terdahulu dari aku, tuhan aku tidak mungkin larat bernafas. jika aku pula yang pergi sebelumnya, sudah pasti terseksa seperti dia dahulu merindu bonda.

entri ini masih untuk mengingatkan aku.
untuk melengkapkan solat, mengurangkan kejahilan.

tuan2 dan puan2,
nampakkah gerabak insaf?
di dalamnya ada Tuhan saya, apa Dia sudah pergi dan berlalu pada aku yg terleka di stesen sunyi ini?

kawan2, jika aku nazak bergelut kematian, mahu melawatkah dan ceritakan tentang konda-kondi belakang rumah, layang2 di tepi jalan dan ikan lampu di kolam besar itu?

supaya aku mati sambil beringat, saat termanis adalah ketika di rumah, sepahit mana kenangan yang ada.

Wednesday, January 30, 2008

tentang penjelasan si pecemburu.

Dabikan aku tentang kegagahan diri memedang sunyi harus aku tarik semula dengan wajah malu dan tewas.

aku tidak sekuat itu.

di rumah kosong, dengan didi yang hanya pulang selepas malam menjatuhkan sauh, suara2 datang kembali. bunyi2 yang menyonsang dan memaksa aku merengkot di hujung katil ketakutan. bicara yang kabur2 kedengaran seperti radio rosak cuba aku jelaskan, mahu aku tangkapkan apa mesejnya.

ternyata aku jatuh dari kewarasan.

aku perlu sesuatu untuk memenuhi fikiran yang santai. rumah ini sudah mula memberi aku mimpi2 mengerikan, menunjuk bayang2 yang menyeramkan.

akal aku sudah kembali bermain2 sama jiwa aku.

bulan feb aku mau hantar semua anak2 ke kampung. tak mampu lagi menjaga. sudah berkali2 aku katakan itu. haih. kasihan diri sendiri. kembalilah aku sepi, seperti dulu. satu ketika dulu.

pernah, selama sebulan terus, aku tidur di dalam kereta yang diparkir di stesen minyak. mandi, makan, segala di situ. universiti sudah tutup untuk cuti semester, tapi aku yang bekerja mengajar tuition tak bisa bercuti. mahu duduk terus di kolej, mesti dibayar.

akhirnya, di projet sajalah aku menumpang tidur.

rutin hari2, jam 4-6.30 kelas tuition pertama. mlm, jam 8-10 kelas ke dua. begitulah setiap hari. hari sabtu ahad adalah yang terpaling bosan. tiada sesiapa yang ada untuk meneman.

gilanya hidup aku satu masa dulu.

nasib baiklah aku sudah terbiasa tidur di stesen minyak, arakian teman baik aku dahulu (mmg tidak punya teman lain) selalu ada pasang surutnya. serasa mahu aku di bilik, aku ada. jika rasa agak tidak punya mood, dimintanya: "fynn, saya mahu ruang sendiri buat sementara"

mati.
aku yang tidak ada bilik lain terpaksa senyum dan biarkan aja.

maaf. entri hari ini tidak relevan lagi, seperti beberapa enri dahulu. entah. dunia aku semakin membosankan, bukan?

jika kau tanya apa yang aku mahukan, di saat ini: 6:11pm 30hb Januari ini, aku akan katakan;

1) aku mahu menangis sekuat2nya. kerana hidup aku selalu diguna untuk membahagia orang. kerana aku selalu dilihat sebagai yang kejam. kerana aku selalu ditegur terlalu keras.

2) aku ingin bertanya pada Tuhan kenapa terlalu banyak duga dan halang untuk aku dari dahulu, yg membikin tulangku jauh lebih padu dari org lain, suaraku lebih halilintar dari yang lain, fikiranku lebih pedang dari yang lain. kerana tiada yang mengerti aku.

3) aku mahu pergi dari semua, membina kaabah kecil untuk aku sendiri, seperti bahagia aku di waktu kecil2 dulu, tiada siapa yang tahu adanya aku.

...

kecy makin lama makin ditambah. aku makin rimas. semua orang berminat, mahu dibawa. dulu berapa kerat, sekarang satu malaysia. aku tidak biasa beramai. aku belengas!

cukuplah yang berapa belas ini. sudah. kalau mahu ditambah, seeloknya dibuatgabung seperti ran-tai art. buat membership. terus! senang!

aku belum habis kenali engkau, takky! apa makanan kegemaran kamu, lynn? fatin suka daging atau ayam? apa mimpi paling ngeri engkau, pok cham? siapa penyanyi kegemaran anda, pok arm? masihkah kau sayang aku, Ira, seperti 12 tahun dulu? lihat, ini baru separuh kecy! sudah meleret perenggannya.

argh! kualiti kualiti kualiti!

benarlah, aku harus jauhkan diri dari semua ini. kenapa aku tidak mahu biarkan saja bersahabat dengan satu antero dunia? mengapa aku bingar tentang tumbuhnya sayap2 baru? apa aku runsingkan? apa aku serabutkan?

...

*diam dan memandang langit dengan mata yang bertakungan*

aku takut dilupakan.
aku takut hilang, seperti dahulu.

kewujudan yang tidak kau tahu.
keberadaan yang dikelambu.

tuhan, padamkan cinta aku pada manusia, kerana ia menyiksa aku.
tuhan, yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting yang ku kononkan pada jiwaku.

Tuesday, January 29, 2008

tentang pencabul hak.

jumaat malam lepas aku meneman ira dan dian berfutsal. ada perlawanan. alah, kalangan perempuan sahaja. layan juga.

lama tidak berpeluh. sayangnya malam itu aku sudah mula merasa agak tidak enak. tekak sakit dan pijar. badan rasa berbahang. aku kira futsal ini bisa mengurangkan demam aku.

perlawanan yang ada cuma dua pusingan, lima minit setiapnya. eleh. bencinya. menunggu saja lebih. baik aku ajak kecy berfutsal. lagi seronok. cara markah pula dikira dari mata. pusingan pertama menang. 1-0. kedua, seri, 0-0. maka kami satu saja. kalau begitu tidak acilah kami tidak berjumpa satu team yang lemah itu, yang mana kumpulan lagi satu telah menitik 4-0 padanya. haih.

semata kami perempuan, cara bermain pun didiskriminasikan ke. "alah, perempuan. main2 sajalah" bencilah.

teringat dahulu masa sekolah menengah, aku wakil pidato parlimen negeri. dalam bahasa inggeris. selama dua tahun. pada tahun terakhir aku di sekolah (di tingkatan 5), sekolah sains berasrama penuh dibuka. dengan begitu professional aku tidak sabar menanti pertandingan yang lebih keras.

pada hari pertandingan, yang mana secara clichenya diadakan di sekolah baru itu, pusingan final peringkat negeri adalah di antara mereka dan kami. secara terang2an aku yang bermulut pijar dan sentiasa membidas membuat mereka terdiam berkali2. itu tanda markah wajib ditolak. aku berjaya memaku bibir2 mereka setiap kali. itu juga harus ditolak.

tapi bila waktu keputusan diumum, sekolah menengah sains bandar penawar dinobat juara.
aku terasa macam babi.

jurulatih negeri yang dua tahun itu siap ke belakang pentas, mahu melihat pemarkahan. ternyata, kami yang harus menang.

kau mau tau apa dibilang? aku takkan lupa.

"cuba kamu bayangkan jika sekolah sains dikalahkan sekolah agama. kami asrama penuh. kamu asrama biasa. kementerian tidak akan suka"

secara dasarnya, kementerian tidak akan percaya melihat anak2 sekolah biasa bijakkah? kecewa. sungguh kecewa.

seperti pengalaman aku di tingkatan dua, ketika mewakili johor untuk pertandingan nasyeed anak2 yatim. pertandingan di serawak. pemenang akan diterbangkan ke singapura untuk peringkat asia.

ketika pengunguman, sewaktu hadirin menjerit2 "johor!" "johor!" sebagai juara, serawak disebut sebagai pemenang. kelakar, kerana semua terdiam. tidak ada tepuk tangan, terkesima. kamilah yang dari johor itu yang mulakan tepukan tangan. peserta serawak juga tidak mahu ke pentas.

guru musik kami terus meneman ketua kontinjen ke belakang. kami juga turut sama.

kau mau tau apa kata mereka?
"kami tersilap baca. biarlah. takkan mau diambil semula"

guru kami katakan: ini tidak adil. haa. dengarkan jawapan ini, terbaik, sampai mati aku takkan lupa.

"alah. biarlah. ini bukan betul2. pertanding anak yatim. seronok2 saja. bukan apa2"

semata kami anak yatim,
semata kami budak sekolah biasa,
semata kami perempuan.

pergi mampos kau, cibai2 pendiskriminasi.

habis futsal itu, aku dan ira bernyanyi karaoke di kedai belakang. jijiknya kerana ramai orang2 tua tidak sedar diri berdangdut di depan orang. lebih tua dari abah. kejinya. seorang dua berkaraoke di atas pentas, yang lagi sepuluh berdangdut joget dengan indon2 yang dibayar. indon2 gemuk tapi bersendat pakainya.

geli!!!

kau tak reti sedar kah!!! liuk engkau itu, apa kau tidak ingat anak isteri di rumahkah? kau mencari buktikah yang kemaluan engkau masih berfungsi? aku benci manusia persis engkau. laknat. gelilah!!!

maaf. aku memang agak anti dengan org tua ganyut tak sedar diri.

erm esoknya ada perjumpaan kecy.

tapi begitu malang sekali, pada pagi sambutan hari jadi didi itu, yang temanya putih dan pastel polos itu, nenda takky (abang besar kecy) meninggal dunia.

serabutan menelefon sana sini. risau dan saling menyampaikan pesanan kecy ke sana sini.

aku teringat ira kata malam itu: takky beri sebab padanya kenapa dia mahukan persahabatan seperti kecy, kenapa ditubuhkan keluarga kecil kami, kerana kami semua orang merantau. dia tidak mahu susah sendiri. dia mahu ada adik beradik di sini, saling menjaga. saling melihat. saling bersama.

tabah ya abang besar. kami sayang anda.

hari itu, ramai tidak hadir, kebetulan acha kerja, syed tiada, wok juga. ramailah yang sibuk tanpa perancangan. kami yang ada pun tidak ada mood sangat. benarlah, kami seharusnya sama2 duduk diam dan hormatkan keluarga takky.

al-fatihah.

Thursday, January 24, 2008

kebodohan natasha hudson, satu entry yang relevan tentang plagiarisme.

entri ini aku kreditkan pada Jannah Raffali dan linkung blog beliau. Aku yang tengah muak dgn plagiarisme yang teraplikasi pada aku, dengan sengaja google "natasha hudson + poetry". link jannah adalah teratas, maka dengan gelojohnya aku suap minda aku dgn humor picisan ini.

betapa blonde engkau ini, natasha.

sebelum aku selitkan puisi2 tiruan tanpa MSG ini, kamu bacalah respon manusia ini, berkenaan penulisannya yang dikatakan kebetulan.

punggung kau lah.
ingat kami kayu?

NATASHA HUDSON said...

hi there..a blogger got me to check out some serious allegations here written in your site n honestly i have never heard of tht mcgough writer or read any of his poems..maybe it so happen to be wht i wrote is similar to wht he had written.n let me explain/define once more my childrens book in malay is written as short stories in so called poetic form,so they are not hundread percent poetry..its more of storytelling..only my english book is pure poetry..what i write is in a humourous & fun way..its not like im trying to educate children in an educational way..& for them to feel entertained & thts why there is illustration..tq

yang aku paling tidak dapat tangkap: "its not like im trying to educate children in an educational way"

wadefak yang kau cuba katakan ini?

aku benci peniru2 karya, pencuri idea minda, perompak jati rasa. noktah.

----------------------------------------------------------

Kek Coklat by Natasha Hudson




Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.


Cake by Roger McGough


i wanted one life
you wanted another
we couldn't have our cake
so we ate each other.


-------


Si Kura-Kura Kecil by Natasha Hudson

Ada seekor kura2 kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu

dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu
dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku

dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu
dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku

The Little Turtle by Vachel Lindsay

There was a little turtle.
He lived in a box.
He swam in a puddle.
He climbed on the rocks.

He snapped at a mosquito.
He snapped at a flea.
He snapped at a minnow.
And he snapped at me.

He caught the mosquito.
He caught the flea.
He caught the minnow.
But he didn't catch me.

-------

Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitam by Natasha Hudson

Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitamratakan tebal
katakan cepat
ratakan tebal

katakan cepat
sekarang ulang

sambil kamu makan
sekarang ulang

sambil kamu makan
janganlah bercakap
bila mulut kamu penuh

Things We Like to Eat by Mary Ann Hoberman

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick,
Say it quick.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker,
Say it quicker.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it,
While you eat it.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Don’t talk
With your mouth full!

----------------------------------------------------------

apa dia yakin kami percaya perkara ini satu kebetulan?
haih. silap haribulanlah.

cumanya aku ada satu soalan: bagaimana bisa aku pelihara tulisan aku, yang mana jika diambil dicentong dicedok, boleh aku tegur dan gerunkan. tidaklah puisi aku sebagus mana, tapi itu milik aku. anak aku.

kawan2, jika terjumpa tulisanku di tepi jalan, tanpa kreditasi, pohon aku pada kamu, khabarkan.
salam cinta;

fynn.

borak kosong di tengah hari

pok arm dapat berita ini dari teman di utusan:
ada mayat budak kecil dijumpai.
syarliniekah?
*edit dari khilaf semalam. selagi tiada konformasi, tidak mahu aku sebar dahulu. takut tersalah info*

pembunuhan dan penyiksaan anak kecil.
kenapalah aku tak terkejut.

dan celakalah mereka2 yang menyiksa anak2 itu. babi. anjing. bangsat. laknat. ah, kalu bergunung makian pun sekadar memberi dia pahala. percuma mau diberi pahala untuk syaitan seperti itu.

anak kecil, tuan2 dan puan2... punyalah ramai betina jalang di luar, anak2 remaja yang suka mengangkang, budak2 yang belum ada pubis itu yang mereka mau. apalah yang ada di fikir mereka. aku tak mampu fikirkan.

tapi itulah, bila benda murah, siapa yang mau. betul tak? perempuan2 kita sana sini (termasuk aku) dengan tidak menjaga 'aurah dan muru'ah, memberi geram pada lelaki2 lapar di sana. mangsanya anak2 kita.

aduh...
sedikit sebanyak aku menyalahkan diri.

kawan2, apa kita mampu buat haa? apa kerja kita? sehari2, main internet, lepak mamak, bergelak hilai, melawak2. apa yang kita bikin sudah?

salah dvd lucah kah? salah konversasi tanpa segan kitakah? salah ibu bapa yang tidak mengajar pendidikan seks dari awalkah?

mangsa rogol selalunya yang orang2 biasa. anak kecil. yang debab. bertudung. tidak berapa cantik (maka tidaklah berapa menarik). jadi kenapa yang itu jadi mangsa? kalau mengikut logik akal, mereka tidak ada silap.

entahlah.
yang terkedek2 meliur ghairah tidak pula jadi mangsa.

bukan aku meminta, tapi kenapa mereka. dan sang babi2 itu, takkan tidak ada langsung 20 ringgit dalam dompet? langgan sajalah pelacur. memang itu kerja mereka! menjaja pantat. mereka tidak marah kalau kau mau menggentelnya.

argh!!
aku sedang marah!!

tuhan, selindungkanlah adindaku yang 9 tahun itu. semoga terpelihara. semoga kau jaga. semoga sentiasa teraman.

------------

malam tadi ke konsert percuma nidji.

terima kasih youth 2008 yang memberi tiket percuma pada ramai manusia. Ruums mlm tadi begitu sesak dan menyerabutkan. sesungguhnya, ia membuktikan betapa manusia malaysia kedekut wang untuk menonton konsert.

*batuk*
kedekut seperti aku.

entahlah. aku rasa mahu membayar ratusan / puluhan ringgit semata mahu mendengar lagu yang hari2 aku dengar di radio mmg membazir. tapi aku gila sokong gigs. satu: sebab mereka kawan2 aku. dua: aku tak beli cd mereka. jadi layan di gig sajalah. :) (masih berbicara tentang kedekut) tiga: tiket gig walaupun ada yang mahal, memuaskan. lagi bagus kalau tidak ramai orang.

aku suka mosh dan let go keserabutan di lantai gig.

tapi ternyata nidji punya showmanship yang hebat. frontman yang energetik, sporting, kelakar dan crowd yang terkawal. kombinasi yang lazat.

yang membuat ia lebih indah adalah teman2 kecy dan kawan2 rantai. itu saja.
lagu2 nidji? okay lah. cumanya aku lihat fesyen topman yang dipakai sudah terlalu membosankan.

semalam, semua orang pakai kain serban di leher, skinny jeans berwarna warni, topi santai, cermin mata besar, semua sudah sepesen. tidak boleh marah, kerana ini namanya trend. seharusnya ramai pengikut.

berkata tentang trend, aku baca bulletin anna tentang fenomena t-shirt DIY / indie clothing sejak dua menjak ini. terkena kepala sendiri juga, sebab aku ada tee bertulis iheartKL. anna bentangkan statement dgn bernas sekali. jawapan dari anak2 iheartKL tidak kurang cerdiknya. aku banggamenyaksikan debat yang tidak murahan seperti itu.

pidato dengan begitu ilmiah. siapa kata anak2 art bodoh dan bangang?

maaf anna, kerana saya bukan insan visual art, jadi saya neutral dan tak berpihak. tapi, kata aku sendiri, aku dan kawan2 beli t-shirt sedemikian kerana tulisan yang sepintas lalu bila dipakai itu sangat witty dan bernas. satu ice-breaker yang bijak. seperti iklan 2 saat tentang si pemakai.

dan sejujurnya, aku memang cintakan Kuala berLumpur ini meskipun darah bunda aku tertumpah di kota tinggi, johor. aku sudah di sini lebih dari 7 tahun. matang aku di sini, perkenalan sama dunia, di sini.

yang kelakarnya adalah manusia2 tengah yang sibuk membangkitkan perkara yang sudah habis. anna dan art clothing sudah senyap, ada lagi yang mau membingarkan cerita. dasar melayu. kaki gaduh, kaki sibuk. diamlah!

kau orang sama saja dengan kak tipah dan kak bedah di universiti aku itu.

sabtu ini akan ada sesi fotografi dan kejutan sambutan hari jadi didi di KLPac. aku suka temanya. garden dan hi-tea. pasti cantik teman2 kecy berpakaianm polos dan serba putih. ah, memang indah.

salam siang dari saya.

Wednesday, January 23, 2008

halo kawan2, topik hari ini adalah kejahatan internet

untuk kesekian kalinya: aku tak peduli jika gambar bogel itu milik anju atau tidak.
haih. penat aku menjawabnya.

satu: sukatilah jika gambar itu persis gambar wajahnya. yang loketnya itu mungkin initiasi pangkal eja namanya. yang jendul dahi itu seolah rupanya. sebab aku tak peduli belakang cerita pelakon utama aku itu.

dua: tidak ada masa, dan tidak mungkin meluang masa untuk menelefon dia semata bertanya, "eh, engkaukah perempuan laknat bertelanjang di internet itu?"

maka, cukup ya. apa diperlakukan, biar dia jawab sendiri.

apa yang penting:

1) saya tidak pernah dan tidak mungkin minum arak (noktah)

2) saya tidak berminat sosial keterlaluan (kecuali bergila2 sama teman2 perempuan dan biasanya dalam kumpulan kecy saya yang mmg dikenal isi luar dalam sebelum saya dikenal lagi)
3) saya tidak mungkin akan melibatkan diri dalam kebangangan dadah dalam apa jenis sekalipun (harapnya shisha tidak tergolong)

tidaklah pula aku ini memoyo (asal perkataan: poyo); tapi aku rasa mual dengan perkara2 sebegini. tempiasnya aku rasakan juga sedikit sebanyak. ayahanda sibuk telefon "awak ada terlibatkah?" "awak kawan sama perempuan itukah?" "kisah gambar itu memang diakah?" argh. serabutlah mahu menjawab.

tolonglah manusia2 di luar sana. lebih menarik dan sensual jika kamu tanyakan tentang kes mahkamah Tun. celakalah mereka yang masih mahu mengorek kubur persaraan sang pahlawan itu. sudah2lah. apa juga, sudah tamat. biarkan dia. tidak cukupkah segala kepenatan memikul tanah lumpur kita selama lebih dua dekad?

atau jika mau sesuatu yang agak hilarius, mari sembangkan tentang menteri2 yang menikus dan berkonon menyokong menteri lucah, ops... menteri kesihatan kita. semata tidak mahu lubang sendiri terpecah. maaf, saya berbicara tanpa asas dan bukti, sekadar rumours dan hearsay dari penyibuk2 politik.

persis kak bedah kak tipah yang sibuk bercerita tentang kejahanaman rumahtangga siti nuhaliza yang padan dengan statusnya sebagai perampas suami orang, yang topengnya sebagai perempuan baik2 dan santun sudah terkuak, menampak karat hati dan jiwanya -kerana tergamak mahukan kaki perempuan seperti si tua itu.

well, semua itu contoh sekadar borakan kosong yang tidak terbukti benar atau bohong.

*pause*
ahahahahahaha.
sinis sekali mood aku malam ini.

aku buka2 page orang dua tiga menjak ini. cuba google puisi sendiri. kecewa sekali, ada beberapa puisi aku ditampal bulat2 oleh beberapa manusia tanpa mengkredit pada fynnjamal. tidak ada masalah jika terlupa atau sengaja dilupakan. tapi siap diedit dan ditambah satu dua perenggan, menjadikan puisi itu milik mereka.

kejam.
sangat kejam.

jika ada perkara yang kamu mahu curi, tolonglah: bukan itu. bukan tulisan saya.

beribu2 wang saya dicuri. harta benda saya dirembat. saya redha. jangan air jiwa saya. bukan yang itu. saya pohon pada kamu, kasihanlah. tulisan saya adalah satu2nya perkara yang buatkan saya rasa hidup. pohon dengan penuh rasa rendah diri dan meminta2.

aku rasa mcm haram pun ada juga. karya diciplak begitu sahaja. satu hari nanti, kalau orang percaya tulisan itu milik mereka, apa bukti aku yang segalanya milik si penulis gila ini? sudah diedit2, dipotong2, ditokok2. apa dalil memberi saksi itu2 semua hak aku?

maka, yang mudahnya: lantak kau oranglah.

masih ada lagi manusia2 yang mengacau aku di internet, meracau2 tentang kepincangan gaya lakonan aku. ye, aku tahu aku tidak berapa hebat sepertinya fasha sandha mahupun fazura *batuk sedikit* juga ada satu gelintir yang mencarut2 kejahanam suara aku dalam performasi.
ye, aku juga sedar aku bukan elyana atau faizal tahir.

feedback aku adalah seperti berikut:
1) memangnya, aku ini orang puisi. aku tak mampu kisahkan sangat pada pitching dan susunan skor musik. aku harus lebih nilaikan jiwa sang karya aku. maka tolonglah faham. silalah mengerti.

2) kalau benar2 tidak suka lakonan amatur saya itu, usah bimbang. anak pontianak sudah tamat. yeay! beruntunglah. andai benci suara saya, jangan hadirkan dirimu ke platform2 performasi saya. atau pergi saja ke tandas selama 15 minit. saya tidak lama atas pentas. atau mungkin kamu terdengar suara saya melalui internet, tamparkan saja sesiapa yang klik pada url itu.

hari ini mungkin antara hari yang paling tidak enak. maaf. aku tidak sepatutnya menulis dalam keadaan begini. aku harus lebih positif, kan? aku harus yakin maka aura aku lebih terang dan terpancar.

((kerana aku tahu ada sahaja yang akan merujuk pada blog aku bila mereka mahu berselindung
di sebalik nama aku))

ada yang menggunakan blog ini untuk dilaga2kan aku dan insan lain. perhatian: jika aku mahu bertengkar, aku lebih gemar berdebat berdepan2. kadang2 rasa geram pula kerana aku yang tak tahu hujung pangkal tiba2 dimarah di set / lokasi / antara kawan2. bila ditanya tiada siapa yang mahu terangkan apa situasi sebenar. serabut, kan?

haih. entah apa sajalah, internet.

sudah jam 1:20 pagi. mata sudah mengantuk. rumah sunyi dan kosong. tidak ada beza sejak dua tiga minggu ini.

selamat mendakap awan kekabu, fynn.