bila mata baru terbuka, baru terpampang segala inci pandangan.
baru sedar.
baru rasa.
baru sedar rasa kelakar.
tahi. aku ada masalah.
bilamana aku ini berteman, bersahabat, bercinta, ber-apa-saja; dengan sengaja, aku akan melangsirkan kebenaran.
makanya, bila apa sahaja keburukan yang ada, dengan mudahnya aku akan ciptakan satu fantasi yang akan meneutralkan kenegatifan sesuatu realiti.
sebagai contoh, andai kata seseorang teman itu (yang sudah pastinya tahu aku ini sangat mudah untuk diambil kesempatan ke atasnya) berlaku kejam pada aku, akan aku sendiri bikinkan alasan untuknya.
"mungkin betul juga, aku yang bodoh, kot"
"apalah aku ini mahu berkira sangat"
"ish, tak baik betul aku ini mahu marah2"
meski ada teman rapat aku datang dan menampar pipi, yang mahu aku sedar dan jaga dari mimpi bohong itu, tetap aku mampu senyum dan katakan "tak lah... tak baik kau bilang begitu tau".
hadirin dan hadirat sekalian, ini namanya "denial".
kalaulah aku ada buku akaun tiap saat wang aku disonglap / dipinjam tak berbayar / diambil tak dikira, pasti kalian akan geleng kepala.
keluarga selalu bising. "mana duit awak, ngah? baju sama, kasut sama. shopping setahun sekali. mana hilang semua gaji? kerja macam kerbau"
takkan mahu aku beritahu, "kawan2 pinjam, bah. mereka tidak ada duit..."
mau mati? habis aku disebat nanti.
jadi aku kata, "simpan"
kalaulah mereka tahu aku tidak ada sesen pun simpanan dalam bank.
haih...
memang. benar aku tidak kaya. tidak berlambak wangnya. tapi di setiap ada kehendak kawan2 yang mahu meminjam wang atau meminta tolong, akan aku usahakan.
bagi aku, menghargai kawan2 itu mulia.
kerana satu hari nanti, di masa susah, harapnya mereka sedia untuk ada.
bukan mengharap balas, cukuplah untuk melapang dada di masa sempit nafas di ketika2 demikiannya.
ingat lagi, beberapa kali aku terpaksa meminjam kredit dari bank. cash advance yang mewajibkan pembayaran dengan bunga selalu memeningkan kepala aku. tapi tidak apalah... kawan2 bawa mati.
macam masa di universiti dulu. aku antara yang terawal punya kereta. futnot: aku beli kereta itu bukan dengan wang mak abah. aku kerja sambilan dari dulu.
dan aku dengan senyuman yang menyimpul akan menghulurkan kunci kereta untuk sesiapa sahaja. kerana aku sedar betapa sukarnya hidup tanpa kenderaan di zaman moden ini. yang mana membiarkan aku di bilik sambil bermain permainan pc seorang, ketika peminjam kereta aku itu berbahagia di klcc atau midvalley.
takpe... nanti masa aku susah, insyaAllah mereka sanggup ada.
entri ini bukan untuk menceritakan tentang mereka2 yang sangat menjaga perhubungan. sebab tujuan ada taulan adalah untuk membantu di waktu susah. dan itu niat aku untuk kalian. ramai sahaja yang benar2 hendak sama2 berhujan beribut untuk aku.
ini adalah tulisan aku khusus untuk mereka2 yang tidak reti menghargai nilai persahabatan seolah itu
.
untuk saudagar-saudagar perkataan "kawan".
sekalian bangsat2 itu.
dan lebih menjijikkan bila dapat tahu dibelakang aku, rupa2nya kenaifan aku, kebaikan aku, dipermain2kan.
"fynn dengan aku takkan berkira punya"
"kalau aku minta, pasti fynn kasi. dia pandang aku tinggi"
"eleh, fynn.. senang cerita lah!"
tak malu. bergaya seolah anak raja. padahal wang cukai rakyat yang kau gembelingkan. kau sekadar duduk goyang kaki menunggu pitis.
bila minta semula, dialaskan kekekeliruan.
"duit takde la bulan ni"
"kerja terumbang-ambing lagi"
"sabar ok.. aku cuba yang terbaik"
dan yang bajingannya, baru tadinya berbelanja persalinan baru yang dijual untuk golongan 'budak kl' tipikal yang gah dengan gaya, esoknya pula asyik ke sana ke mari mengusung pasangan baru menonton wayang, makan sedap lazat berharga seminggu berlapar.
manakala aku di sini, berhempas pulas membayar bunga dan faedah wang yang aku pinjam untuk mereka2.
bila aku sudah hilang sabar dan mula meminta dengan sedikit tegas, tanpa senyum, aku pula dimarah.
"alah, dulu tak mintak pulak"
"ni mesti ada terasa apa2 ni baru nak mintak ni"
"ish, apa berkira sangat ni?"
pulak.
aku pemberi hutang.
aku pulak yang perlu malu?
biar betul.
dulu masa tengah baik, semua elok. tak nampak. tak mahu lihat.
sekarang, rasakan. apa lagi yang kau boleh katakan?
senyum ajalah...
kan?
*diam*
haih...
*diam lagi*
siap aku pulak dicerca dibelakang2.
"dah nak kahwin, dah bahagia, berlagak"
"ni mesti tri yang suruh mintak"
"menggelabah sekarang. dah berubah. dah reti berkira"
sialan.
sekarang kau beritahu aku, bagaimana aku tidak naik benci dengan manusia?
kekasih, mari lari dari sini. aku sudah makin muak. jijik.
15 comments:
hello sayangku fynn,
entry kali nih sangat related dgn i jugak. tapi takpa fynn, kita dah usaha untuk menolong mereka yg memerlukan & since terpampang usaha tak dihargai, lepasni u jgn terpedaya lagik k dgn rayuan mintak ihsan tu! bak kata org tua-tua, biat baik perpada-pada! :) bukan nk jadik self-fish, tapi zaman inflansi nih, elok lar utamakan diri sendiri demi masa depan yg lebih cerah!
p/s: wah, panjangnya cam nenek2 plak komen i! any, december nanti i nk date with u k, sekembalinya i ke malaysiaku! lurve you fynn!
+ikhlas tapi jauh+
~zayna :)
manusia suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan kita.
betul apa yang k.zayna cakap, berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.
kita buat baik dgn orang, kita dapat pahala kak fynn :)
pinjam2 jugak, tapi kalau bergaya mengalahkan anak datuk duit satu sen pun tarak, buat ape. huhu.
bila sampai time mintak ganti tu macam2 alasan dia bagi. dasyat!
agak malu
bila smpai time nak mintak kan? (pelikkan bile kita yang malu) sebab dia kawan kita, orang yang kita sayang, tapi sampai bila kita nak berdiam diri.
manusia, makin lama makin pijak kepala.
zaman moden nih, kne belajar pentingkan diri daripada orang lain.
hahaa!
*terpengaruh ng k.zayna bebel pnjg2 ;)
kfynn..
manusia2 mcm tuh,xkn ada time kite susah.
dorg nmpk senang kite je..
amek kesempatan,pastu berterima kasih sbb terpkse..
mungkin kfynn dh terbiasa pk +ve..
tp kdg2,perlu selfish untuk jaga kepentingan kita..
jgn biar org pijak kita..
kfynn kuat dgn dunia kfynn,xkn ini kfynn nk buat xtau je?
*semoge bhgia dgn tri. :)
kenapa macam bunyi aku ke kakak ?
kau suruh aku kuat kan ? kau pon sama ok ?
semalam aku teman kawan yang baik kononnya mencari kasut .kusangkakan dia keseorangan tapi bertiga pula. dan mereka memakai baju yang sama dan sungguh kelihatan kampung.aku sangat malu.nak masuk mng pun tak jadi.sudahlah kaki sudah gemuk kini mau cari seluar terbantut pula.
dan yang paling aku terasa,aku pulang sendiri.mereka mahu lepak sana sampai kapan pun aku tak tahu.
aku kene marah dengan bapak sebab aku jaga persahabatan yang tulus .bukan sekali. dah byk kali kot. aku lupa. sehingga diingatkan oleh bapak baru aku igt.
dari segi pinjam meminjam aku tak kisah. janji dorg bayar.
dan kakak kau igt tau, hutang lah penyebab org ssh nak masuk syurga .hutang juga memnyusahkan pertimbangan kita di padang masyar.
langsung hari nanti,mereka bayar la insyaAllah.cuma sekarang,Tuhan nak uji mereka. dan kau juga kak.
/senyum saja.
:D
manusia memang begituuu...aku pun sama la fynn,menanggung bunga cash advance.huhu...nasib la, biar la apa org nak kata.kita takkan hidup kalau asyik dengar apa org kata.boleh mati katak dibuatnya
hahahaha! best!
entri ni nampak kuat! hebat! sesiapa terasa, padan muka kau!
bagi aku, memang begini cara untuk mengajar manusia. sebab manusia sememangnya tahi. termasuk aku.
ye, termasuk aku. aku pon tahi. tapi lagi bagus aku sedar yg aku ni tahi. daripada menganggap diri bunga matahari, padahal tahi juga.
hahaha!!
lalala!!
t r i.
Salam
Mulia nya hati seorang 'pemberi'...
Tapi kalau racun balasan si peminta, doa kan saja 'hidayah' untuk mereka.
heh~
mak aih,
manusia gaya apa tu?
fynn, mintak sampai dapat.
jangan halalkan.
although its not ur job to tentukan apa yg halal dan haram, but still
jangan halalkan!!!
gila punya manusia x tau malu
biasa sudah begitu kan kakak?
hopefully mereka itu sedar diri..
sedari awl, entri yang sangkut paut ttg friendship dr kak fynn lekat dan dekat di hati..
kwn seperti fynn jamal,
sukar mahu jumpa dan punya kini..
semoga kawan2 kak fynn sedar,
mereka paling untung ada kawan seperti ini..
yang saya sndiri tak mmpu nak bg waima buat teman paling akrab..
kuat kak fynn!
xpayah bagi pinjam sis....
dah tahu diaorang ssh nak bayar...
kerat kepala...
senang....
or...
kalo nak pinjam kasi bunga skit...
lambat byar bunga naik....
*fin..*
takpe fynn,
biar tuhan yg balas...
haihh..sama la,meminjam kesana sini untuk kawan tapi apa yg dapat cuma kekeselan hati..
haha, aku terasa la tri, maka aku ni tahilah, tahi yang pusing2 mcm aiskrim sandey mcdonel.busuk tapi comel.
fynn, itulah dunia sebenar.ape orang nak kisah.tetap itulah dunia.kejam bukan? buat baik dituduh jahat.dan yang ada niat jahat.berjaya selindung baik.
hahaha.aku tersengih bace entry nie.sabar fynn,kite pernah berada ditakuk sama.
tp kini, ngko buat hal ngko, aku buat hal aku.senang.
aku tahu mane satu kwn sebenar2 kawan yang tak lupa asal usul.
sebab aku juga pernah begitu.
yang ikhlas.
T.A.H.I
arm..ngehngehngeh
aku rindu kau lagi banyak. wekk.
take care fyn. nanti aku lagi jauh.
mesti lagi susah nak jumpa.
jauhhh jauhh jaauuuhhhh.
aih. paham sangat ni. Saya juga pernah jadi mangsa dulu. Marah tak hengat. Bila mereka susah kita berkejaran, bila kita susah, goodbye fren. Tsk tsk.
Tapi senang cerita kan Miss Fynn, niat ikhlas wat baik ngan Tuhan je. Manusia belom gerenti dia reti balas sebab akal tak sampai sejengkal pun semua. Tuhan confirm akan balas. Kalau bukan kawan yang balas, stranger yg balaskan bagi pihak Dia. Tak di dunia, di akhirat. Sempat lagi x nak convert yg dah terbagi kat dieorg ni jadi currency untuk get in God's good books? Sempat kan? Terpaksa bersabar je lah. Ini sebabnya Tuhan kata, buat semua benda niat untuk Tuhan je. Sebab manusia hampeh :p
Relax yah!
Post a Comment