Friday, November 30, 2007

tentang cubaan menyanyi beriya-iya

hari rabu lepas, tidak ada apa sangat terjadi. stok mesin pengering sudah sampai. aku ambil dari kontraktor rumahku iaitu emkay land, tapi dengan sedia maklumnya aku tak mampu membikin sendiri mende2 kejadah itu.

bukan aku tak reti, tapi berat mesin itu lebih 5 kilo, dan harus digantung ke dinding. gile ke hapa bikin sorang2?

dengan begitu tidak malu, aku mengerah pok cham untuk membantu.
hahaha. gelak besar. aku upah rokok sekotak, sekali dengan kasih sayang seperti makcik2 yang meneman anak bujangnya main gitar, sambil dia melipat baju. *memang aku lipat baju pun*

selesai pemasangan oleh pok cham yang hebat *pujian membodek dan terima kasih kerana diri tak mampu membayar upah*, aku hantar pok cham ke pandan indah semula. dalam perjalanan, zac dari band komplot telefon, bertanya sama ada aku percuma malam itu. ada recording.

situasi satu:
zac komplot bekerjasama dgn produksi baru menerbitkan soundtrack filem Hey Luna. aku akan di feature dalam satu lagu mereka, sekali dengan lagu solo aku sendiri dalam album soundtrack itu nanti. kelakar. aku sesungguhnya bukan penyanyi. sekadar pemuisi yang punya suara lantang.

situasi dua:
adik aku (achik) datang dari kota tinggi kerana ada urusan kerja di putrajaya. aku perlu jemput beliau dan bawa ke rumah kawanku jannah kerana dia menyewa di sana. nak ulang alik dari damansara ke putrajaya tidak berapa seronok kerana harga minyak dan tol yang agak ekstrem untuk dompet aku minggu ini.

situasi tiga:
kalau aku pergi jamming, aku mau bawa pok cham. sbb bila lagi nak kenalkan dia dengan dunia sebalik tabir. kesian dia, mesti boring kalu aku takde. *perasan best pulak. haha* tapi malas pula mau berbalik2 hantar dia, tambahan pula achik ada. takut malu2 pula. dia bukan seperamah aku. dia pendiam jika tak kenal, seperti abah. aku persis arwah mak yang ringan mulut.

konklusinya, aku hantar pok cham, achik dijemput along, aku pergi recording sorang2. ha-ha. betapa tuhan telah uruskan plan kita.

sesi recording memang memeritkan. satu baris, cut. satu baris, repeat. serabut. suara aku tak keluar. jadi kayu. terasa macam mia dlm anak pontianak. dem. tambah pula zac ada berkata: "fynn, kau wakil gadis2 underground! jgn kasi malu! kau kan rokstar!!"

aku? disebut otai underground sbg satu dr mereka. dem. pressure aku. selama ni aku sekadar pemuisi tepi jalan. selama ni antara kawan2 saja yang panggil sebegitu. teruja.

di tengah2 sesi recording aku hampir putus asa. aku katakan pada zac mungkin aku tak patut barada di situ. mungkin aku bukan yang dicari. yang sesuai. tapi zac katakan dia telah datang di persembahan2 aku dulu, dan dia tau performasi pentas aku. dia meneka gemuruh aku yang jadi punca. disekolahkan sekejap aku yang masih tak pasti ini.

aku diam. ada gitar di tepi zac. aku minta dia mainkan lagu apa2.
dan aku menyanyi.
terus menyanyi.

puas. sekarang aku tau apa kryptonite suara fynn jamal: recorded music.

aku tidak bisa menyanyi jika bukan live. tiada feel. zac terusan beri perangsang untuk teruskan projek ini. semangat aku kembali. bila agak lewat, aku simpan lagu yang telah direkod-baru, untuk latihan di rumah.

aku keluar studio tah jam berapa. pok cham sms: kunci rumah aku padanya. aku turun ke uptown gombak kerana dia dan dua orang adiknya sedang melepak di situ. ambil kunci, minum air segelas, terus ke putrajaya.

malam itu aku tidur begitu lena.

keesokan harinya, pok arm sms di pagi hari, maukan thumbdrive yang aku pinjam tempoh hari. kayuh aku ke sentul. tapi aku singgah dentistry dulu. bikin scaling dan fix a tooth fracture. sakit yang ampun. tersentak2 aku di katil rawatan. walaupun sudah disuntik bius di gusi. dem2.

selesai itu, aku ke rumah pok arm. seperti aku jangka, aku yang tek reti berbual. entah. kekok. tak tahu apa yang mahu aku bualkan. pok arm pun nampak ketat. bual2 ada, tapi tak semesra dulu. mungkin kerana ini pertama kali bersua setelah sesi sms2 dua hari lepas. baik aku diam. aku lepak dalam 35 minit, transfer lagu. kemudian pulang.

sayang betul. apa dah jadi dengan persahabatan ini. tapi aku sudah tekad mahu kontrol frekuensi. jadi harus ikut janji sendiri. life masing2, bukan?

sesudah jumpa pok arm, aku singgah rumah abang pok cham. lepak2 minum air di kedai bawah, aku pulang ke putrajaya kembali. telefon aku mati kerana baterinya macam haram. pok arm telefon pok cham kerana mahu menghubungiku yang tiada connection lagi.

tiket james morrison yang berharga RM300 setiap satu untuk aku dan pok arm, hadiah dari ezane. aiseh. mahu sekali!! tapi nak bersiap lagi, nak salin baju lagi. aku cuma diberi masa 30 minit untuk bersiap, sedangkan aku di ampang, rumahku di damansara. dem dem dem.

akhirnya pok cham saja yang pergi sama pok arm dan ezane. mesti seronok.

sampai putrajaya aku terus tidur, membayar hutang kepenatan pada diriku yang hectic sejak malam kelmarinnya.

9 comments:

Sue Anna Joe said...

fynn. i baru kena marah ngan pitt sebab i tunjuk dia entri ini, dan dia dah masak ngan my perangai. dia tahu, yang saya envious sama kamu. huhu lagi2 bersama komplot. pitt kata, biarlah dia, yang awak nak jeles tu apasal. and i answered, 'alah ngan fynn jeeee' jeles. huhu. i think it has become a passionate hobby of mine.

tak sabar nak tunggu dengar suara mu di cakera padat, atau mp3 downlodabel. love u.

hanafiah said...

sahabat kenal
kerna kejujuran
kawan kenal
kerna kepuraan

sahabat kekal
kerna hormatkan
kawan kekal
kerna perlukan

sahabat tegur
kerna sayang
kawan tegur
takkan pulang

syuxx said...
This comment has been removed by the author.
syuxx said...

kak Fynn, believe me, you are a ROCKSTAR !!

hehehe..
tak letak demo-record tersebut di sini?
saya nak denga..
:)

fynnjamal said...

oh anna.
how adorable.

i am envious of you twice as much.
just tak bagitau jek. wuwuwu

i love u hun. a lot.

fynnjamal said...

syuxx!

kakak bukan penyanyilah!!
cuma pemuisi yg suka berlagu.

^dada^ said...

kamu mmg pemuisi hebat fynn.. tp.. kamu bole juge jd penyanyi.. ;)

ConTengaNcaroTngaroT said...

fynn,u can do it maa..kamu idola sy teman berbakat..kami kecy menyokong dr tepi atas n bawah..bawah?erkk..tu kinji vennu..bkn bkn..hahahak..mau lepak umh ni?bisakah wahai sedari?^_^..

eira said...

hi hanafiah. aku mohon ingin share bahasa indah itu di ruang aku sendiri ya?