Saturday, February 28, 2009

jiwa untuk dijual.

orang; adalah produk.
boleh gadai pajak,
boleh jual beli,
boleh negosiasi.

medium mungkin berbeza.
wang, harta, pangkat, martabat.

oh tolong jangan hendak konon2.

jahit dahulu bibir yang hendak kata "aku takkan boleh terjual",
sebab ekonomi bukan semata2 pertukaran kertas warna-warni tebal.
bila ada perpindahan hak, automatisnya, terjatuhlah keempunyaan mutlak.

tidak semestinya perlu seperti dalam filem hindi, di mana seorang thakur atau orang kaya-raya memberikan cek kosong kepada hero atau heroin, dengan syarat perlu dijauhkan cinta dari dalam jiwa kekasihnya, dengan cara berpura2 selama bercinta itu adalah semata2 bohong belaka.

yang mana, secara buta tulinya, kekasih yang rasa diperdaya itu akan move on dan mengahwini pilihan thakur itu kerana sudah terlalu pasrah.

tidak juga semestinya perlu seperti filem melayu lama era 70-an yang ada karektor perempuan membiarkan diri dicampakkan wang empat puluh ringgit sambil dia duduk tercangkung di sudut bilik, meredhakan badannya dimamah lelaki berbaju kotak2 dan separa botak, dengan gelak "ha-ha-ha" yang klise, demi untuk tidak membiarkan adiknya di kampung kebulur tanpa makanan.

yang mana, dari rumah pelacuran itu juga dia akan temui hero yang akan membawa jiwanya kembali bersinar dan penuh harapan untuk keluar dari lembah karat itu.

ada orang diam bila guru disiplin terjumpa ganja dalam beg teman baiknya.
ada orang senyap bila dituduh sudah jadi anak derhaka kerana tidak pulang lama.
ada orang redha bila dipanggil bangsat kerana masih bercinta dengan suami kawannya.

betul dunia ini tidak adil.
kerana yang jelas adalah yang tidak nampak.
kerana yang nampak adalah yang ditonton.
kerana apa yang bisa ditonton, boleh dinangisgelak.

tidak ada orang tahu,
op, aku ulang,
tidak ada orang hendak ambil tahu perihal sebenar, situasi sebenar, musabab sebenar.

kerana semua orang tidak ada sebentar.
tidak ada orang yang benar2 hendak berikan sebentar mereka.
tapi jangan pula dimarahkan.
mereka juga mengemis sebentar dari yang lain2 semua.

faktanya, semua orang ada masalah sendiri.
bukan kau sahaja yang tuhan duga.

entahlah.
mungkin ada sebab kenapa manusia biarkan dirinya dibeli.

yang orang nampak, dia diam kerana selalu disogok dirasuah dibelanja penagih ganja.
tapi mungkin didiamkan kerana selama itu, teman baiknya yang menghisap sayur itu punya bapak yang perangai macam haram, selalu meramas buah dadanya dari kecil sampai sekarang.

yang orang nampak, dia senyap kerana sudah kahwin lelaki loteri cina.
tapi mungkin disenyapkan kerana suami anak derhaka itu pernah membubuh tangan ke pangkal pipinya bilamana dia lafazkan rindu pada ayahnya dan ingin pulang.

yang orang nampak, dia redha kerana dia jenis miang dan memang gedik keladi jawa.
tapi mungkin diredhakan kerana sebenarnya kawan baiknya itu yang dahulunya merampas kekasih dia dari sekolah tinggi, dan tidak ada mampu selain mengasihi lelaki yang sudah menjadi suami orang itu dari belakang.

haih.
*diam*

kadang2 kita tidak tahu bila kita ini sudah terjual dirinya.
tidak perasan yang sebenarnya kita ini tergadai jiwanya.
tidak pernah ada transaksi.
tidak pernah ada lafaz terperinci.

tahu2,
kau bangkit dengan resit ditayang2 di depan muka, dilafaz pula permintaan berjela2, untuk kau langsaikan atas nama jualan belum sempurna, dan kalau pun mampu membayarnya semula, resit itu tetap milik mereka.

untuk kau goyang2kan ekor dan jelir2kan lidah.
untuk dunia.

dan kau perlu tangkap kayu yang dibaling ke hujung padang,
untuk diberi pada si pelontar,
semata untuk dibaling semula.

apa boleh buat.
kerana yang ada yang pernah ada pada engkau, sudah tidak ada.

havraise, france

kepada seseorang yang dari havraise, france.

yang memberi seorang aku sekeping bingkai gambar berbelakangkan eiffel yang malangnya telah berderai sebelum sampai ke tangan,
aku hembuskan salam penuh haru dan sebak.

ralat juga.
tapi tidak apa.
yang lebih berarti adalah bisikan tuhan dari al-insyirah, 94: 5-8.
aku benar2 memerlukannya.

tuhan sangat manis memberi jawab pada aku lewat titipan kamu.

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya tuhanmulah engkau berharap"

minta sesiapa yang bisa bertutur bahasa ini yang dicanting dibawahnya, tolong fahamkan aku:

des quatre coins de la terre,
je ferais le tour du monde,
d'un jour tres ordinaire,
je t'ecris de ce reve de t'avoir tantaime.

apa ya maknanya?

sahabat,
siapa pun kamu,

terima kasih.
*peluk*

ke marilah dan berbual sama saya.

Wednesday, February 25, 2009

drama semut.

untuk seorang fynnjamal,
setiap sel benda adalah drama.

beda cara tiga orang mengitar sudu melarutkan susu pekat dalam tehnya.
beda tona suara seseorang yang bertukar2 tangga pitchingnya.
pada statik wajah mak cik yang termenung.
pada jari telunjuk gadis yang memintal rambut bergulung.

bagi aku, semua ada ceritanya.
dan tak perlu aku tahu kenapa dan apa cerita sebenarnya,
aku lebih selesa membikin plot sendiri.

tidak relevan sama aku,
kerana itu karektor yang singgah dalam saat dan masa itu.
ironinya,
kisah2 yang aku ciptakan akan menjadi begitu terkesan pada aku.

dan membuat aku berdiam dan berfikir lama2 semata2 suatu perkara yang sebenarnya tidak pun perlu wujud pada asalnya.

*sengih kecil*

masa aku kecil, abah ada buatkan kolam ikan dibuat dari konkrit. tiap2 kali hujan, aku akan bergegas terjun dan mandi bersama ikan2 sebesar betis aku pada masa itu. aku cuma sembilan sepuluh tahun usianya. along tidak pernah sudi hendak berkawan sama aku. achik lebih suka bermain sama teman baik dia.

kadang2, di masa hujan, akan kelihatan serangga sesat mencungap nafas, degil untuk redha mati lemas.

ada seekor semut berwarna hitam.
aku ambilkan daun dan bikinkan dia rakit bodoh.
tapi daun tidak pergi ke mana. cuma menari2 dilambung air tengkujuh.

bagi aku, dia sengaja tidak mahu jumpa jalan kembali ke rumahnya.
kalau dia pulang, pada siapa.
mungkin dia mahu ke sesuatu yang baru.
mencari hidup yang lebih memberi hendak dan nafsu.

agaknya, dia lebih rela mati membuang semua,
dari hidup rasa terbuang dek apa yang tidak sepatutnya.

*diam*

betul la aku rasa aku ada fius rosak di kepala.
haih...

*diam lagi*

apa khabar semut itu agaknya.
harap2 dia bahagia.

Saturday, February 21, 2009

bau hujan

aku suka bau hujan.
lebih tepat, bau bahang dari tar yang naik kerana kedinginan titis air awan.
bau zaman anak kecil.
bau zaman aku degil.

sekarang sedang hujan.
dan bau bahang dari tar yang naik kerana kedinginan titis air awan itu masih sama.
seperti bau zaman aku anak kecil.
seperti bau zaman aku anak degil.

aku bukan lagi anak kecil itu.
cuma si degil itu.

haih.

Thursday, February 19, 2009

diploma + tik

sebagaimana kita hidup sehari2,
aku rasa semua kita bangkit tidur dan di antaranya dengan gaya cara yang serupa.
penuh bohong2 dan hipokrasi.

tidak pernah ada masa yang kita seratus peratus setuju sama ayahbunda.
tidak juga ada waktunya yang kita mengangguk seluruh jujur pada teman setia.
lalu apa lagi sama insan2 keliling yang kita fikir tidak berapa relevan sama kita?

namun atas dasar hidup-bukan-habis-hari-ini, kita sabarkan dan cuba pejamkan mata. yang mana akan memungkinkan sesuatu yang implosif itu menjadi satu perkara yang lebih horifik dari kombinasi atom hiroshima dan misil nuklear di gaza tempoh dulu.

meminjam literal rekaan manusia2 penipu, konsep di atas dipanggil 'bohong sunat'.
tapi untuk kelihatan lebih kool, aku cadangkan kita gantikan ia kepada perkataan 'diplomasi'.

apakah perlunya kriteria itu dewasa ini?
banyak.

(diplomasi di sini akan aku bualkan secara longgar: menjurus pada konteks negosiasi yang didasarkan atas kepentingan pihak2)

1) diplomasi itu bagus supaya kau bisa pergi jauh.

perlu diaplikasikan dalam fahaman kita semua, kebenaran sentiasa menghadang progresi sesuatu cambahan. sedih, tapi inilah kebenarannya.

kau cakap betul,
kau kena pangkah.
kau cakap pusing,
orang takkan bising.

melainkan kalau kau sudah ditangkap.
haha.

susah, kan?
baik cakap benar. tapi teruslah hidup ditakuk itu. dan nantikan rezeki dari batu.

oh dilema.

seperti seorang perempuan yang hidup dalam onar. berkahwin sama lelaki yang menerima kisah silamnya, yang sama2 sejarahnya tidaklah molek mana. dan dua belas tahun selepas berkeluarga, diketahui sang mertua perihal itu. di ketika dia sudah jauh bukan si jahil itu. di waktu cinta pada tuhan sudah meluap2 dan tiada lagi malam2 pesta di hujung minggu.

kasihan.
yang dipandang cuma yang busuk dulu.

tapi soalkan. kalau dikhabarkan dari awal tentang siapa dia itu, apakah ada mungkin dia dibenarkan menikahi lelaki itu, yang secara ajaibnya membikin transformasi seorang yang nanar kepada soerang yang mencuba ke arah keabadian cinta akhirat?

tak usah bohonglah.
mana ada mak bapak yang sanggup ada menantu macam hantu.

2) diplomasi itu bagus untuk menjadikan kamu orang bagus.

tidak ada sesiapa yang suka sama drama queen. terasa sedikit, sudah bertempik. tersinggung sedikit, sudah merapik. kau perlu sentiasa senyum, pegang bahu sang penyakit hati itu, dan ucapkan dengan penuh professionalisme, "it's okay".

sesiapa pernah bercinta, pasti akan menghadap situasi ini:

"u sengaja ....(isi tempat kosong)..."
"habis, u yang ....(isi tempat kosong)..."
"u itu hari ....(isi tempat kosong)..."
"oh. kalau i, u ingat. u tu! ....(isi tempat kosong)..."

kemudian kamu berdua terdiam. tempoh di sini bervariasi. ada yang lama. ada yang sekejap. tapi akhirnya:

"i yang salah"
"tak. i yang salah"
"tak. i"
"tak. u betul. i"

berterusan sampai muak.

dan akhirnya, siapa yang menang dalam pertandingan siapa salah itu, dia nampak lebih mulia. semua ibu bapa anak melayu pernah diajar, beralah itu sesuatu yang terpuji.

betul, kan?

3) diplomasi boleh menaiktaraf imej seseorang kepada desirable, seterusnya popular.

nama lain bagi perkataan ini adalah kepala-sempoi. ramai anak2 (termasuk aku, di seketika dahulu) memimpikan ibubapa yang lebih santai dan memahami.

memahami yang aku itu remaja, dan aku ada hendak untuk lepak pasaraya sama kawan2, dan bukan pulang sebelum jam 6 petang.
memahami yang aku malu bila ditelefon di rumah2 terbuka kawan di hari raya, untuk bertanyakan berapa banyak lagi rumah untuk dilawat, dengan tona suara keras.
memahami yang aku boleh jaga diri meski pun keluar berdua sama kawan lelaki yang minta nombor telefon aku beberapa hari lalu.
memahami yang aku benci memakai baju sama setiap kali keluar sama kawan2, yang terpaksa aku kumpul2 wang demi membeli sesuatu.

mimpi untuk memiliki ibu bapa yang layaaaan seperti mummy daddy liza atau tiya yang selalu okay bila berbual tentang boifren, yang terbuka untuk berbicara tentang konsep intimasi dan puberti.

orang2 yang begitu begitu kool.
menjadikan mereka yang tidak begitu, tidak.

----

maksud diplomasi secara literalnya (selain dari negosiasi berdasar kepentingan tadi) adalah secara bijaksananya mengunci kepentingan.

wow.
dua frasa yang sangat gergasi.
1) secara bijaksananya
2) mengunci kepentingan

bermakna, orang bodoh tidak mungkin mampu menggunakan teknik ini. ah, tapi memang benar pun. mana ada penipu yang bodoh. semua pembohong adalah orang pandai. dan keuntungan di sini berjaya dikunci. disemat.

secured.

gila, lah.
padanlah semua orang zaman ini perlu bermuka2.
sebab kalau tidak, susah.

okay.
sekarang aku faham.

hubungan kita sama ibubapa banyak masanya diplomatik.
sebab duit dari mereka.
dan airmuka mereka pada kita.

hubungan kita sama kawan2 lepak banyak masanya diplomatik.
sebab kita perlu teman berbual di masa susah.
dan mereka perlu duit ketika susah.

hubungan kita sama kerajaan banyak masanya diplomatik.
sebab kita hendak guna barang dia.
dan mereka hendak ugut kita bila dia suka.

eh kejap.
tapi,
ada masanya kita tak perlu duit mak abah, tetap kita jaga maruah kita.
ada masanya kita perlu teman berbual masa senang, tetap juga mereka minta duit kita.
ada masanya kita buat bangang dgn harta kerajaan, tetap depa buat tak tahu juga.

oh dem.
aku kembali tidak faham semula.

aku harap makbapak yang tidak diplomatik ini buka laman web.
senang anak2nya beri komentar2 najis nanah bisul di situ.

inikan zaman moden.
semua ada hak bersuara.

bagus juga kemodenan.
bagus sekali freedom of speech.
kita tahu apa kita cakap.
kan?

op. terlalu diplomatik ayat tadi.
sini, aku hendak rephrase:

moden macam mana sekali pun,
kalau dah perangai bangsat,
kalau hidup dengan kurang ajar,
kau tetap nampak kampung, lah.


"angkat.
maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
jatuh."

kalau tuhan pun dah kurang mendapat tempat dalam hati,
kejadahnya kita nak setia pada raja.
apa lagi nak luhur pada perlembagaan.
undang2 nak daulat apemende.
sopan dah lama jadi kenangan.

kita hidup bohong diri sendiri,
macam semalam, sekarang, macam tadi.

diplomatik la sampai mati.
kata nak hidup lama.

Tuesday, February 17, 2009

kosong bolong

hilang menjauh mencari bingung untuk dibuat teman berbual.
kerana bingar tidak selalu memberi sedar.

kecuali keriuhan yang kosong.

sudah lama tidak berkhalwat dan berbisik pada air malam yang tersangkut di tingkap. aku rindukan menung aku yang aku gantung di angin sejuk tingkat lapan dahulu, dengan setiap onar aku sengajakan di dalam diri, demi untuk mencari desir jawaban langit sebagai sahutan kepada soalan2 yang aku tidak mampu utarakan pada manusia2 biasa.

kelakar.
aku rindu menjadi sesuatu yang dirindukan.
sedang aku di sini, sudah dihadapkan.

aku rindu untuk merasa bolong.
kerana kesenangan sentiasa membikin manusia lupa.

aku mahu selalu ingat.
bahagia akan bikin aku alpa.

dan rugi hanya tiba pada mereka yang pernah berada.

Thursday, February 12, 2009

berbual bahasa langit

aku ada soalan am untuk kalian.
pernah tidak kau benar2 beriman pada sesuatu doa,
atau cukuplah kalau aku katakan yakin dengan sesuatu perbuatan?

benar2 percaya, yang kau sanggup redha dengan apa sahaja mendatang,
kerana begitu tawakal pada tuhan yang mencipta setiap kejadian?

pernah tidak kau diberi tuhan ujian yang paling dahsyat, tapi kau rasa sangat gagah jiwa kau dek setiap bait janji2 allah, yang mana datanglah perit mana, kau masih boleh senyum ketawa semacam tidak ada apa?

tahniah.

ramai kita membaca doa kerana membaca.
ramai kita sujud ruku' bersolat kerana bersolat.
ramai kita meluah bahagia kerana meluah.
ramai kita tunjuk tawadu' kerana tunjuk.

kita semua performer.
penunjuk.
penayang.
kerana pameran itu suatu yang perlu.

hidup, seperti iman, ada turun naiknya.

bagi kamu2 yang masih bersekolah, yang merasakan perbalahan dengan teman baik itu sudah bagaikan penghujung dunia: damn, percayalah, itu langsung sekuis jari kelingking banyaknya.

bagi kamu2 yang sedang dalam alam cinta, yang merasakan pergaduhan tadi adalah yang paling kejam yang pernah kau rasa: hah, senyum sajalah. belum tentu pun itu jodoh kamu, wahai adinda.

bagi kamu2 yang sudah berumahtangga, yang merasakan gejolak alam kamu berdua sudah bagai pulau kecil dihambat katrina: aduh, gagahlah. apa yang ada di depan kamu, jauh di hadapan itu, mungkin berubah, mungkin tidak, di lain masa.

seperti bernafas, hidup kita ini berombak. ada masa perlu ditarik, ada masa perlu dilepas. yang kelakarnya, bila kita batuk terkokol2, bila semput dan payah hendak tidur, bila kahak penuh di kerongkong, mulalah kita membising.

kenapa tidak perasan bila kita sedang tidak?

pernah pegang dan urut dada sendiri bila tidak ada komplikasi di atas?
berapa orang yang buat?
nah...

sama, kan, dengan hidup?

lalu mungkin tuhan jadikan setiap kecelakaan atas kamu supaya kamu sandar sedikit, dan ambil masa. dia mahu kamu usap dan belai dengan kasih dada kamu, untuk kamu muhasabah barang sebentar, mana tahu kamu sudah terlalu tidak perasan tentang nilainya tenang.

dan di sini bahagian reaksi kita.

ada yang goyah dan hancur.
melebur.
ada yang bangkit dan perang.
menggoncang.
ada yang diam dan menangis.
mengemis.
ada yang akur dan terima.
meredha.

yang mana kita?

dan jangan takut kalau kau tidak ada dalam senarai di atas. dan jangan seram kalau kau adalah semua yang di atas. sebab kita semua bukan karektor dinamik. kita manusia, dan kita ada turun naiknya.

mana tahu mungkin kali ini, untuk musibah ini, kau hendak cuba apa yang aku hendak bilang di entri ini.

pertama sekali, mesti diingatkan yang setiap yang berlaku ada sebabnya. tapi untuk menghukum allah memberi kamu dugaan sebagai balasan perbuatan sesuatu itu adalah satu tuduhan buta2, kerana berbaik sangkalah pada tuhan, dia bukan manusia macam kita yang fitrahnya suka berbalas2.

benar, mmg setiap khilaf kita sudah dijanjikan allah akan bahananya. tapi apa perlunya kita berikan sensasi akusasi atau membubuh tuduh pada tuhan yang semamangnya adalah yang maha pengampun?

ia bagus sebagai keinsafan.
tapi perlu diingat, tuhan itu baik.
dan dia lebih tahu.

kalau ada dosanya, minta ampun.
biarlah dikecam orang, setiap celaka kita kerana perbuatan sendiri.
kalau ayahbonda sanggup memaafkan anak yang derhaka,
apalagi tuhan yang mencipta kita dari alam ruh?

jangan malu sama tuhan.
dia tidak prejudis, kalau kau ikhlas.
dia tidak kritis, kalau kau berniat jelas.

dan dugaan yang datang itu,
kau pancangkan dengan ini:

this, too, shall pass.
ini juga, akan berlalu.

sahabat,
sakit, aku tahu.
perit, aku tahu.
tapi bertahanlah sedikit lagi.
cuma sedikit lagi.

kau bayangkan tali penamat tinggal lima langkah lagi.
five more.
five.

dan jangan ranap bila kau cecah tali itu, yang kau lihatkan ada tali baru di 100 meter depan.
sayang,
ini kehidupan.

satu2nya tali penamat adalah bilamana sakaratul maut sudah di hujung kakimu,
menunggu cue dari tuhan utk samada merentap nyawa kamu,
atau berpelahan menjemput kamu.

habiskan setiap larian.
memang rasa jahanam.
jadi jangan terjunam.

kedua, yakin sama janji allah. kitab allah adalah jalan hidup muslim. segala kata2 dia ada di situ. untuk meneruskan hidup. untuk mendapat isteri dan keluarga baru. untuk melihat kebenaran. untuk meneruskan jalan.

janganlah pula sekadar menjadi tangkal, dipakai2 digantung2 buta2. baca dan fahamkan maknanya. ayat seribu dinar, seumpamanya, bukan semata untuk ditampalpamer seperti pendinding makhluk jahat.

manfaatkan.
bacakan.

jangan beli demi untuk menghias.

yakin dengan janji allah.
dan kalau kau masih ada ragu2, buat apa kau tonggang tonggeng bersolat, kalau ada sekelumit dalam hati berdolak dalik sama kuasa tuhan aku?
kalau kau masih ada was2, perlu apa kau hendak yakin sama syurga neraka yang dicipta tuhan untuk kita2?

syurga terlalu luas, kan tuhan?
dapat bertenggek atas batu pun saya sudah suka.

iman bukan semata pada yang enam itu.
tapi carilah iman yang enam itu dalam sehari2 hidup kamu.

dalam kerlip mata.
dalam sandar kepala.
dalam cuping telinga.
dalam ayunan peha.
dalam orang tua melintas.
dalam terbangnya unggas.
dalam buku dan ruas.
dalam air basuhan beras.

percayalah,
bila sudah selesai dugaan itu,
kau akan mendiam, dan menoleh belakang.

tidakkah kau mahu senyum dan berkata,
"terima kasih, tuhan saya.
sekarang saya mengerti."

sayang,
dugaan tuhan itu bahasa dia mengajar kita sesuatu.

tidakkah kamu mahu rebut peluang ini untuk menjawab perbualan itu tadi?
*senyum*

Wednesday, February 11, 2009

mari mari mari!!! (edited)

malam ini ayuh minum arak.
sebab kita semua ada alasan sendiri utk menenangkan hati.
atau pada sesiapa yang segan untuk membeli di 7-11 atau ke pub2 berdekatan,
mari kita layan ganja atau ice.
masih tidak ada sumber?
okay. sekadar beli rokok juga okay.

apa saja, yang penting kita boleh hilangkan tensi.
orait?

aku kan fynnjamal.
apa aku cakap semua orang ikut.
kau orang semua tidak ada otak, kan?
apa aku kata, semua akan turut.
belajar tinggi2, umur tua2, semua angguk2 saja haa,

ikut cakap aku.
ini fynnjamal.
nanti aku tolong relevankan kenapa kau minum arak, rosak akhlak pada tuhan.
okay!!!!





















bodoh.
ingat aku apa.

ps:
entri ini sinikal.

apakah mmg ada org di luar sana yang akan ikut apa aku kata secara bulat2 buta2 semata2?
tolonglah beri kreditasi pada pembaca.
mereka bukan bodoh macam kau yang sentiasa mencari negativiti dalam semua perkara yang aku catat di sini.

seperti:
"gersang".

tak bermakna mengkehendakkan seks.

bodoh.

notakaki:
tahniah pada sesiapa yang dapat meneka entri ini sinikal.
anda sejujurnya kenal fynnjamal.

pada sesiapa yang merasakan tulisan di atas adalah ..........(isi predikasi / tekaan / telahan anda tadi di sini)........, cuba kenali saya lagi.

tak mungkin saya minta kamu menyimpang dari agama.

sekian.

Tuesday, February 10, 2009

gila derhaka

betul.
syurga di bawah tapak kaki ibu.

betul.
kasih ayahanda membawa ke syurga biru.

betul.
setiap perkara itu haknya adalah ditangan sendiri.

betul.
tidak boleh sang anak itu menyalahkan pak abu dan mak siti.

betul.
betul sangat.

tapi selama ini aku selalu menulis dari perspektif aku.
seorang anak yang beruntung dikurnia tuhan seorang abah yang sangat cool dan menyeronokkan di luar imaginasi.

aku tidak boleh lupa satu fakta ini,
tidak semua orang macam aku.

maka hari ini aku hendak bercakap tentang keibubapaan.
parenthood.
secara spesifik, ibubapa yang bukan dari definasi buku teks.

namun seolahnya taboo atau terlarang bila kita fokuskan kesalahan pada ibubapa. cantiknya agama ini, waima jelas dan terang seorang ibu atau bapa itu melakukan kejahatan, wajib kita hormatkan. begitu indah islam ini, kita sentiasa mesti menunduk tenang walau dihentam cerca makian.

bukan kerana ajaran kudus ini hendak membuli sang anak, tapi sememangnya, kalau hendak dikatakan adil, sekurang2nya ibu dan bapa itu mmg memberi kita nyawa dan memberi nasi untuk perut kita.

kan?

sebabnya aku tulis entri ini adalah atas dasar setelah sekian lama aku bacakan komentar2 sebilangan adik2 di puisitepijalan, yang nyata sayu melihat hubungan antara aku dan abah.

menjadi seorang aku yang sangat mudah serba-salah, ada masanya aku terasa seperti hendak sembunyikan entri itu, demi untuk tidak menambah perit di hati mereka yang membaca. tapi susah juga, kerana aku memang menulis untuk menceritakan cucu kerabat aku di nanti suatu masa.

sejujurnya aku kasihan.

bagaimana agaknya hidup dengan seorang ayah yang gemar menjadikan tubuh ahli keluarganya sebagai beg latihan tinju?
bagaimana agaknya punya bunda yang menderu2 menghisap rokok di depan mata, dengan kekasih barunya asyik melihat2 kamu dengan nafsu?
bagaimana agaknya ada ayah yang saban hari mengungkit setiap budinya, di setiap kali kamu tidak mampu memenuhi kehendak dia?
bagaimana agaknya memiliki ibu yang terlalu mendengar kata ayah kamu, walhal semua ibunda dalam dunia ini selalu sudi menjadi telinga anaknya?

mesti susah, kan?
mesti payah.

sakit, sebenarnya, hidup membenci.
lebih menghiris kalau yang dibenci itu adalah darah daging sendiri.
perasaan benci yang terlahir dari rahim cemburu yang asalnya sedikit, kini makin meluap2.

"mak aku kasi aku dua ratus tau beli baju raya!!! best giler!!!"
"jom la. daddy aku okay je kalau aku bawak kawan. ala... kitorg belanja kau la duit tiket"
"abah aku tanya semalam, kenapa kau jarang balik rumah? mak abah kau tak marah ke?"

dan kau rasa nak saja kau mahu terajang tekak mereka.

"sial. aku tahulah kau bahagia. sempurna"

kadang2, ada ibubapa yang merasakan mereka berhak secara totalitarian atas zuriat mereka. maka setiap keputusan perlu keluar dari bibir mereka, siap dengan cara2 dan urutan pelaksanaannya.

"tidak boleh dengan gadis itu."
"abah tak suka kau bawak motor"
"umur 21 kau sudah patut ada kerja."
"kerja call centre itu bukan kerja yang betul."
"kenapa isteri kau tak suka tinggal sekali kat rumah mak?"

dan harus diingatkan, tidak semua anak adalah bangsat.

masih ramai, sehingga ke hari ini yang masih menampal senyum demi untuk menjauhkan dari perkataan 'derhaka'.

tapi bagaimana mereka2 yang tidak gagah hatinya?
yang sudah hampir gila kerana seumur hidup tidak mampu menjadi sesiapa kecuali yang dipaksa dia jadi?
bagaimana mereka2 yang didera secara mental, ditusuk2 dari dalam hati?
yang sudah jadi semacam tidak betul kerana terlalu serabut dengan hidup, malangnya malu untuk bercerita kongsi?

aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu dinanahkan dengan keserabutan hidup keluarganya menggogok arak dengan airmata berlinang2 mencium dagunya.
aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu hancur kerana terlalu penat memenuhi citarasa ibubapanya berkejar2 mencari khayal dalam asap marijuana yang disedutnya.

aku tahu ini tidak sepatutnya,
tapi aku pernah kata dalam hati, ketika memandang mereka yang jauh lebih tenang sebegitu,
"begitu sekali sakitnya gila dalam hati kamu, kawan?"

ada masanya aku sanggup membiarkan kerana yang aku dapat lihat, semata itu yang mampu memberi aman dalam jiwanya.

ah!
kau ingat mudah?

kau ingat senang untuk pergi ke seseorang dan menda'wah, bilamana ibu bapa sendiri mengabaikan apa yang sepatutnya dijaga dari lahirnya pun membiarkan, siapa pula orang2 luar seperti aku hendak berkata apa2?

ah jahanam.
entri ini tidak mudah untuk ditulis.

cuma begini sajalah, dik.
teruslah jadi gila.
sekurang2nya kamu tidak derhaka.

okay?

pesanan utk pembaca yang tidak ada kena-mengena.

sebelum komen2 anda menyiat sesiapa,
baca ini:

cakap senang la.
kau pernah rasa?

dan hentikan merasa kau seorang sahaja dalam dunia yang layak syurga.
tuhan itu baik.
dn kau bukan tuhan.

Friday, February 6, 2009

kedai oh kedai

perkara yang selama ini secara universalnya difikirkan okay,
sebenarnya tidak.

situasi satu:

"makan apa dik?"
"nasi ayam goreng ayam ada?"
"ada"
"erm.. kweytiau kungfu ada?"
"pun ada"
"ok. mee sup satu"

situasi dua:

"makan apa dik?"
"saya nak tom yam. pekat. tak mau sayur. lepas tu air limau lebih. daun limau tiga helai"
"okay"
"kalau tak kena dengan tekak saya, saya takkan bayar. ok?"
"erm..."
"kalau tak boleh buat, cakap awal2"
"kita cuba la"
"tak... kalau saya rasa tak kena tekak saya, saya tak mau bayar. betul ni kak. saya tak main2."
"ok."

situasi tiga:

"makan apa dik?"
"kak, bukak hbo kak"
"adik2 kat depan tu datang dulu. derang tengah tengok tv3. takkan akak nak alih gitu je"
"saya bayar juga. saya ada hak, apa?"
"ermm..."
"weh. blah aa jom."

situasi empat:

"makan apa dik?"
"kenyang"
"air apa dik?"
"air sembahyang satu"
"ok"

situasi lima:

"makan apa dik?"
"nasi goreng thai. nasi lebih"

(ketika bayar)
"makan apa tadi?"
"nasi goreng thai"
"nasi lebih, kan?"
"tak la"
"ok"

situasi enam:

"ye dik?"
"kak, saya puasa. cepat sikit ye kak?"
"kena ikut urutan. adik order lambat, susah nak buat cepat"
"saya nak cepat"
"ok"

situasi tujuh:

"ye dik?"
"kak, mana nasi goreng thai saya? dah lama saya order"

(pergi dapur, dan patah balik ke depan)

"dia kata adik baru order"
"oh, ye ye ye. hahahaha"

situasi lapan:

"kak nak bayar"
"makan apa?"
"cuba teka"

situasi sembilan:

"sini ada western food izzit?"
"ye saya"

(memandang kawan2 lagi dua orang)
"a friend told me 'bout this place"
"like, so okay la"
"ya. so damn bored with as-salam"

(pandang aku)
"can i smoke. ops. bole hisap rokok sini?"
"ye boleh"
"ok. chicken black pepper ya? gravy dia apa?"
"err..." (aku kelu sebab sudah jelas gravy dia apa berdasarkan nama itu sendiri)
"gravy tu kuah, kak. yang orang tuang atas chicken tu"
"ok"

situasi sepuluh:

"semua sekali, 15 ringgit 60 sen"
"ye ye je kak. main sebut je nampak"
"betul la. dah kira dari tadi"
"akak ingat akak ada magik ke akak boleh teka2 je harga?"
"tak. akak lecturer"


kadang2 aku pun boleh kelakar juga, setan.


moral hari ini:

1) tidak semua kakak kantin tidak reti mengira, apa lagi berbahasa inggeris.
2) berlawaklah sama orang yang kau kenal, bukan dengan orang yang tidak minat hendak layan kau.
3) bila orang asyik sebut "okay" pada engkau, bermakna orang layankan saja. bukan bersungguh2 suka.
4) tidak semua orang kelakar. tutup mulut engkau.

sekian.

ps:
harap maklum, saya ada pelanggan selain pelajar USIM.
dan jgn risau.
perkara begini aku jadikan lawak saja.

mana boleh marah.
aku pun pernah buat lawak macam gitu.
kena kepala sendiri, sonyum ajolah.

tak kelako rupenye.

Thursday, February 5, 2009

entri sarat

hari ini aku nak bawa kau faham beberapa perkataan yang sangat rajin digunapakai di berita perdana baik di majalah, jurnal atau peti tv.

martabat.
bermakna kedudukan pada mata masyarakat.

darjat.
pangkat.
tingkat.

memartabat pula memberi pengiktirafan darjat itu, pangkat itu, tingkat itu.
kata kunci di sini adalah: di mata masyarakat.

masyarakat.
kumpulan manusia yang hidup bersama.
di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

kalau mengikut definasi literal yang aku dapatkan dalam kamus itulah, awal2 lagi kita tidak boleh nak klasifikasikan sesiapa dalamnya.

sebab dewasa ini, semua orang hidup dalam individualiti.
kau kau.
aku aku.
jiran sebelah mati pun tiada siapa perasan.

"ai ingat dia ke kanada"
"masuk je la. takde orang nak tegur la. semua org buat hal sendiri kat sini. orang elit. we alls very the professional"
"they tu siapa nak masuk campur? mami dedi ai kata derang okayy je ai kena tangkap basah"

mana ada masyarakat.

tapi kalau diabaikan maksud literal itu, dan kita anggapkan kita ini masih satu entiti, maka mari masuk ke dalam perbincangan kepincangan kita.

kecoh hebohnya hal sains dan matematik, samada perlu atau tidaknya bahasa inggeris itu sebagai bahasa mediator.

kita perlu patriotik, katanya.
ye.
sepatriotik kita bisingkan latihan komando.

ini malaysia.
dan kami sangat menitikberatkan human rights.
yu ingat kita ni siapa nak buli2 kita.
yu ragging kita.
yu jahat.
yu yu yu yu yu yu.

dol,
tolong buka kamus kembali.

komando.
bermakna unit atau anggota khas dalam angkatan tentera yang dilatih khas untuk melakukan serangan mengejut terhadap musuh.

minta beri tumpuan ulangan perkataan 'khas'.

dalam puisi, teknik pengulangan memberi efek penegasan. penekanan. maka cara panyampaiannya kalau ada performasi, perkataan yang dibalik semula mesti dikuatkan tonanya. lebih banyak kali disebut, lebih kuat.

melambangkan kekuatan perkataan itu sendiri.
menggahkan kepentingan perkataan itu sendiri.
maksudnya, perkataan 'khas' di atas sudah berdiri dengan sendirinya.

bukan biasa.
bukan.

orang kita kalau cakap memang tidak reti fikir.
sentiasa hendak bikin translasi ideologi barat pada kehidupan kita.
mana boleh.

tidak boleh diterjemahkan fikiran orang buta2.
apa yang sepatutnya, kita adaptasi.
mencedok idea dan membancuhnya dengan acuan kita.

human rights my ass.
benda itu betul.

tapi kenapa perlu diaplikasikan pada latihan komando itu?
habis kau nak beri apa?
kelas ballerina?
kelas buat kek cawan?

aku bangga jadi anak tentera.
aku bongkak bila aku cakap aku pernah kena sebat dengan batang paip.
aku senyum besar ingat abah selalu hantuk kepala aku dengan achik sebab bercakar hari2.
aku sengih megah tiap kali nampak tangga rumah, ternampak diri aku kena sepak sampai jatuh tergolek ke bawah.

sebab kalau abah tak buat semua tu, aku takkan faham makna jangan mencuri.
aku takkan reti makna sayang adik.
aku takkan tangkap makna menjawab secara hormat pada orang tua.

dan jangan jadi bodoh kalau fikir abah aku buli aku gitu2 saja.
sebab tiap malam dia akan sembunyi2 masuk ke dalam bilik, pakaikan ubat gamat, lumurkan di badan aku, ketika dia dah 100% yakin aku dah tidur, walhal aku memang pandai berpura2 nyenyak.

aku tahu aku bukan seorang saja di sini.
ramai anak2 zaman 80-an yang pernah rasa didikan semacam ini.
dan kita tidak kisah.

tidak percaya, tanya mereka.
rapat tidak sama mak abah mereka?

maaflah.
tapi aku rasa, mengadu tentang latihan itu kejam, memang sialan.

kau fikir kalau musuh sudah dapat tawan kau, dia cuma nak geletek kau sampai keluar rahsia kerajaan ke?
kau rasa kalau musuh sudah dapat tawan kau, dia cuma nak garu perut kau sampai kau menyerah ke?

oh kamon la!

maka kerana itukah perkataan 'patriotik' kau itu cuma mampu kau praktikkan pada bahasa yang digunakan?

bahasa jiwa bangsa.
betul.
habis, apa tubuhnya?
apa yang menjadikan kulitnya?

jujur aku kata, kalau kau nak kutuk polis ke apa ke, aku memang tak kisah. lantaklah. sebab memang hendak tidak hendak, itulah dia. walaupun tidak semua.

eleh. tidak usah pura2 baik lah. kalau kau ada pakcik yang kerja polis trafik pun, kau minta dia kowtim saman kau.

tapi kalau kau nak pertikai tentera malaysia, memang jahatlah.
mereka tidak hidup untuk berada di antara kita, tapi mengeliling kita.
menjadi penjaga kita.

lalu kalau benteng kita lemah, siapa yang kau nak minta harap?
kalau ada orang hendak rempuh pintu tanah kita, kau rasa mereka akan biar kita terperangkap?

pakcik, kalau betullah tidak suka sama latihan itu,
kenapa tunggu sampai pencen baru hendak bising?
apa motif engkau?
mana sumpah perajurit engkau?

'manusia biasa yang menjalankan latihan luar biasa'
kau lupa falsafah yang kau hafal?
aku sedih.
sedih kalau ketenteraan yang aku banggakan dari dulu rupanya hancai.

hancai boncai, kata abah.

orang kita memang lembik.
gayat.
goyang.
lalang.
tak boleh digertak.
terus longlai.

dulu, ketika aku mewakilkan tanah kita ke bengkel teater melayu asia, aku malu. di kursus seminggu itu, semua negeri akan menunjukkan ritual latihan pementasan. dari vokal, ruang, perojeksi, macam2.

program itu adalah untuk mencari mungkin ada apa2 yang terlepaspandangkan.
mungkin, dengan membuat majlis sebegitu, dapat kita kongsi2kan faktor x yang tidak ada.
supaya kita saling melengkapi.

hendak tahu bagaimana latihan kita yang dipamer?
bayangkan kelas latihan persis di akedemi fantasia, cuma dengan kertas kerja yang lebih terperinci.

okay la kan.
bagus apa.

tapi bila aku dengar kekeh seorang kawan baik aku ketika itu, yang datang dari riau (ganni namanya), aku tanyakan kenapa.

"lalu yang cuma kau dapatkan adalah fizikal seorang penyampai. bukan jiwanya"
"oh ya? jadi bagaimana hendak mendapatkan jiwa?"

ganni ceritakan pada kami tentang latihan di tengah 3 pagi, dengan hujan pejus, mereka disuruh mencari rasa panas membahang.

dia juga kisahkan latihan menjaga suara dengan berbaring dengan angin yang ditahan diperut, yang kemudiannya sang guru akan berjalan atas pusat mereka.

semua latihan di atas, adalah untuk lelaki dan perempuan.
tidak ada pengecualian.

seoang kawan lagi, perempuan, aku tidak ingat namanya. dia gemuk dan gagap teruk. ya. jenis perlu ditunggu 5 minit utk difahamkan inginnya hendak tanya khabar.

pelik, dia teraju utama, memegang watak puteri jelita yang digila2 semua orang istana. aku skeptikal pada asal pengetahuan itu. tapi bilamana dia masuk ke dalam ruang pentas, aku berani sumpah, tidak ada satu perkataan pun tersangkut2. dan sedikit2, aku mula yakin dia tidaklah gemuk mana, dan memang dia adalah puteri itu, yang jelita itu.

itu, tuan2 dan puan, adalah magnifisi.

maka tanpa aku lengahkan, aku cadang sama delegasi malaysia untuk cuba itu. mendapatkan jiwa sebegitu. tapi mungkin kerana aku datang sebagai pemuisi, nan bukan aku di situ untuk teater (apa tajuknya aku tidak ingat), maka cadangan aku ditempelak.

"kau gila kah?"
"mana mungkin!"
"kau buatlah produksi sendiri"

aku lupa ketika itu.
yang aku borakkan bersama itu adalah orang kita.
orang lembik.

dan perlu aku nyatakan, meskipun produksi malaysia ketika itu gah dengan props yang beribu ringgit malaysia (bayangkan material mewah, dandanan hebat, ada pokok besar hikmat memakan hampir separuh ruang), tak akan sampai darjatnya dengan performasi budak2 berkarat dari riau itu, yang cuma memadamkan semua spotlight dan menggunakan lampu suluh kerana kebiasaan latihan.

pentasnya yang sepatutnya menghidangkan suasana istana cuma ada kotak dalam tiga empat ketul. baju pun cuma baju biasa dengan kain batik lepas yang difesyen2kan.

tapi mungkin aku sudah dipukau, aku dapat lihatkan sebuah mahligai.

haih.
itulah dia.
mungkin cuma aku.

maka tentang bahasa apa yang hendak dijadikan lingua franca matapelajaran sains itu, aku serahkan pada kalian semua fikirkan.

kerana mungkin cuma aku yang berfikir sekurang2nya mereka ada tiga matapelajaran utama yang mereka gunakan bahasa inggeris. bahasa inggeris, matematik dan sains.

subjek lain masih melayu, kan? sejarah, agama dan lain2.
tidak cukupkah?

untuk belajar bahasa, perlu ada sekitaran.
kalau bukan di tiga bahagian hari itu, aku berani kerat jari, hanya sebilangan yang akan menyebut perkataan dalam bahasa itu.

bukan hendak kata apa, tapi lihatlah budak2 yang tinggal di bahagian bandar.
ramai di antara mereka yang merojak inggeris dan melayu.
tidak banyak, sikit, mereka boleh cedok2 bahasa itu dalam sehari2.

hendak difikirkan cicir, siapa patut menanggung salahnya?
aku kasihan juga sama guru2.
anak murid bodoh, dia kena.
kalau pandai, tidak pula disebut dia.

hentikanlah menyerabutkan orang dengan hal remeh ini.
lebih banyak bagus dibiarkan dalam bahasa inggeris.

ada perlunya.
orang luar sedang belajar bahasa arab untuk menjatuhkan agama kita.
apa salahnya kita belajar bahasa mereka demi pengetahuan?
kau fikir orientalis menulis dalam bahasa kita?
kau fikir semua blog menanahkan agama kita dalam bahasa ibunda?

sampai bila hendak hidup dalam kebodohan?

dulu jurus aku hampir ditutup di fakulti.
bahasa inggeris itu bahasa kafir, katanya.
nasib baik ada pensyarah yang menjawab:
syaitan itu bahasanya apa?

aku tak perlu menggunakan perkataan mana2 negara utk menunjukkan aku benci.
sini, tengok kepal jari aku yang aku tunjukkan ini.
atau kalau aku keluarkan jari tengahnya.
semua faham, kan?

kalau aku gabungkan perkataan melayu seperti anjing, babi, sial, celaka, klitoris, buah dada dan punai, apakah ia masih memberi darjat pada bahasa itu?

bilalah orang akan faham, yang lebih ada makna adalah konteksnya.

maaflah orang singapura, tapi bahasa melayu yang kalian pamerkan di peti tv sangat menjelekkan. apakah begitu sekali kita hendakkan, baru diiktiraf kita ini menghormati bahasa ibunda?

(meski pun jelas kedengarannya membingitkan kepala)

ar-par khar-bar o-rang mar-lai-si-ar!!!!

satu soalan,
malaysia atau meleisia?

i rest my case.

ini tulisan panjang aku pada februari ke lima di tahun 2009,
seorang graduan ijazah sarjana muda bahasa dan kesusasteraan inggeris,
yang sudah bertahun menyampaikan suara akalnya lewat bahasa melayu.

dan bukan bahasa melayu biasa.
bahasa melayu yang bagus.
bagus kerana aku tahu asalnya, betapa jauhnya bahasa ini telah berjalan.
dari siapa kita ambil atau pinjamkan.

apa tidak cukup lagi aku memartabatkan bahasa yang sedia ada ini?

it's not the dress,
it's how you dress,
silly.

Tuesday, February 3, 2009

"maaf, saya ada soalan"

ada banyak perkara kita perlu belajar tentang hidup.
salah satunya: belajar bila untuk jahit bibir dan akal.

ada masa2 yang datang, di mana seeloknya kita kuncikan kehendak gelojak inkuisitif atau kuriositi dari terpecah di ruang2 konversasi.

situasi satu:

emak kita seharian kerja shif malam, bila pulang pagi itu, dia masakkan cucur pisang.
malangnya, agak kurang lemaknya.
kita tegur, "eh, tak berapa sedaplah mak"

bahana:

emak kau akan
a) tak keluar bilik sampai waktu kerjanya bermula atau
b) dia terus maki hamun dan mengerah kau masak mulai saat itu.
tak perlu dipersoalkan, semua perkara akan mula diungkit, dan kau akan rasa macam celaka.

situasi dua:

saudara kamu meninggal dunia, dan ketika dikafankan, jasadnya berbau busuk. di liang lahad, asyik ada sahaja yang tidak kena. berairlah. sempitlah.
kau tanya, "ish. kenapa agaknya, ya?"

bahana:

a) kau takkan dijemput ke majlis pernikahan saudara-mara atau
b) kau tidak langsung boleh silap sedikit. komentar kau itu akan dibalik2 sehingga tak masuk akal.

situasi tiga:

biasanya tiga hari sebelum cuti, boss akan beri kamu bermacam2 perkara untuk diselesaikan. tapi kali itu, dia cuma berdiam.
kau berjenaka, "hai boss. tak ada kerja untuk kami kah?"

bahana:

a) makan tengahari bersama rakan setugas tidak mungkin ada lagi untuk engkau
b) satu2nya pekerja yang berbual sama engkau adalah makcik mah, tukang cuci pejabat.
c) kau dianjing sebagai anjing yang suka jjilat punggung boss.

kerana mulut, badan binasa.

itu sesama manusia.
sesuatu yang fizikal.

bagaimana dengan akal fikir?
apakah ada bahayanya kalau tersalah zikir?
adakah sesiapa untuk marah lancangnya mempersoal?
apakah ada yang tahu tentang apa akal kau berbual?

"apa salahnya? jadi kreatif! perlu profilik! baru produktif!"
"oh kamon! yu sangat sensitif"

oi sialan.
memanglah perlu sensitif!

sedangkan kawan baik kita diputuskan cinta kerana orang ketiga saja, kita sudah beriya2 hendak bantai bangsat itu, inikan pula bila datang hal agama.

(ke aku ini terlalu emosi?)

minta ampunlah ya kalau ada yang rasa aku memberi iritasi pada jiwa. ya, aku dapat komentar2 dan email2 kau yang rimas pada aku seolah2 cuba mempamer imej terlalu menda'wah, atau wutever itu.

cuba kau baca balik ke belakang.
walau aku dari dahulu tidak elok pakainya,
tidak pernah pula aku relevankan apa yang tidak betul.

insyaAllah. selagi aku masih ingat,
belum rasanya aku hanyirkan apa yang hak.
sering, aku salahkan diri sendiri yang masih belum sedia untuk setia.

kelakar, kan.

jadi jelek kita dikata.
mahu baik pun turut dicerca.

sebab itu aku dari dulu tidak reti hendak peduli orang.
suka atau tidak, yang penting, apa yang aku rasa.
tuhan itu paling baik.

seluruh kitab bukti hitam putih janji dia pada kita2.

kalau seumur hidup jadi bajingan, tapi sebelum matinya mendapat hidayah, apakah sama harga dengan yang seluruh nyawa mengabdi pada tuhan, tapi di banyak masa tidak ikhlas?

suka hati engkaulah.
kalau semua orang alim hendak paku orang2 macam aku ke dinding dengan kawat duri di keliling leher, susahlah.

sampai mati orang beragama kerana takut.
sampai bila2 orang hidup mengikut2.

dan tidak salah hendak berpelahan ke jalan tuhan. lebih baik dari kau memusing hala.
tapi jangan pula diambil kata ini membuat dalil utk meleweh2 masa.

lain orang, lain ceritanya.
hendak kata aku dapat hidayah, macam besar sangat pula kosa katanya.
cukuplah aku bilang aku sudah penat dengan dulu.
dah puas.

sudah sudah.

tidak salah kalau banyak sangat tanya2 tentang itu ini. asal kenapa diharamkan yang itu2. sejarah bagaimana disuruhkan yang ini2.

cuma perlu kau fikir, tidak semua perkara itu boleh kita tanyakan.
dina zaman pernah ungkitkan hal ini dalam i am muslim.
"org kita diajar utk tidak bertanya"

aku hendak cakap ini satu saja: tidak semua orang mendalami agama.
takutlah.
gerunlah.

seramlah dengan kebarangkalian menjadi semakin tidak mengerti bila makin digali2.

contoh paling mudah, ketika di pertama kali belajar nombor negatif di sekolah, saya menangis macam hendak gila kerana tidak faham konsep hutang. dua minit pertama, saya dapat jawab. lima minit kedua saya salah. seminit kemudiannya kembali faham. tapi dua puluh minit seterusnya terus kabur.

silap saya, terlalu hendak memahami.
kenapa ini.
kenapa itu.
kalaubegini.
kalau begitu.

sengaja menyerabut diri.
jawabnya, makin sasar!

entri kali ini terlalu panjang mukadimahnya. mungkin juga tidak relevan. biarlah. motif cuma satu:

ada bahagian2 dalam hidup, yang tidak semua orang mampu mengerti.

tidak semua faham ilmu kitab.
tidak semua faham ilmu wali.

sama seperti konsep:
tidak semua faham kenapa ada ibu bapa yang buang tv dan radio atas nama agama.
tidak semua faham kenapa ada ibu bapa yang paksa anaknya ke sekolah pondok.

agama ini cantik.
laa ikraaha fiddiin.
tiada paksaan dalam islam.

kalau org yang terlalu obses dgn fikiran kritikal, akan tanya,
"kalau begitu kenapa perlu dibunuh org2 yang murtad?"
"kalau benar, kenapa perempuan perlu redha dgn poligami?"

tolong jangan aplikasikan free thinking dan berfikir-di-luar-kotak dengan agama kita.

http://www.adibahahmed.blogspot.com/
http://www.syurga-islam.blogspot.com/

hati2 kepada pembaca yang masih belum upaya.
manusia begini bukan utk kau debat2 secara buta tuli.

sahabat2,
apa salahnya kau patriotik utk agama, kali ini?
sudah2lah hidup tanpa arah.