Friday, February 6, 2009

kedai oh kedai

perkara yang selama ini secara universalnya difikirkan okay,
sebenarnya tidak.

situasi satu:

"makan apa dik?"
"nasi ayam goreng ayam ada?"
"ada"
"erm.. kweytiau kungfu ada?"
"pun ada"
"ok. mee sup satu"

situasi dua:

"makan apa dik?"
"saya nak tom yam. pekat. tak mau sayur. lepas tu air limau lebih. daun limau tiga helai"
"okay"
"kalau tak kena dengan tekak saya, saya takkan bayar. ok?"
"erm..."
"kalau tak boleh buat, cakap awal2"
"kita cuba la"
"tak... kalau saya rasa tak kena tekak saya, saya tak mau bayar. betul ni kak. saya tak main2."
"ok."

situasi tiga:

"makan apa dik?"
"kak, bukak hbo kak"
"adik2 kat depan tu datang dulu. derang tengah tengok tv3. takkan akak nak alih gitu je"
"saya bayar juga. saya ada hak, apa?"
"ermm..."
"weh. blah aa jom."

situasi empat:

"makan apa dik?"
"kenyang"
"air apa dik?"
"air sembahyang satu"
"ok"

situasi lima:

"makan apa dik?"
"nasi goreng thai. nasi lebih"

(ketika bayar)
"makan apa tadi?"
"nasi goreng thai"
"nasi lebih, kan?"
"tak la"
"ok"

situasi enam:

"ye dik?"
"kak, saya puasa. cepat sikit ye kak?"
"kena ikut urutan. adik order lambat, susah nak buat cepat"
"saya nak cepat"
"ok"

situasi tujuh:

"ye dik?"
"kak, mana nasi goreng thai saya? dah lama saya order"

(pergi dapur, dan patah balik ke depan)

"dia kata adik baru order"
"oh, ye ye ye. hahahaha"

situasi lapan:

"kak nak bayar"
"makan apa?"
"cuba teka"

situasi sembilan:

"sini ada western food izzit?"
"ye saya"

(memandang kawan2 lagi dua orang)
"a friend told me 'bout this place"
"like, so okay la"
"ya. so damn bored with as-salam"

(pandang aku)
"can i smoke. ops. bole hisap rokok sini?"
"ye boleh"
"ok. chicken black pepper ya? gravy dia apa?"
"err..." (aku kelu sebab sudah jelas gravy dia apa berdasarkan nama itu sendiri)
"gravy tu kuah, kak. yang orang tuang atas chicken tu"
"ok"

situasi sepuluh:

"semua sekali, 15 ringgit 60 sen"
"ye ye je kak. main sebut je nampak"
"betul la. dah kira dari tadi"
"akak ingat akak ada magik ke akak boleh teka2 je harga?"
"tak. akak lecturer"


kadang2 aku pun boleh kelakar juga, setan.


moral hari ini:

1) tidak semua kakak kantin tidak reti mengira, apa lagi berbahasa inggeris.
2) berlawaklah sama orang yang kau kenal, bukan dengan orang yang tidak minat hendak layan kau.
3) bila orang asyik sebut "okay" pada engkau, bermakna orang layankan saja. bukan bersungguh2 suka.
4) tidak semua orang kelakar. tutup mulut engkau.

sekian.

ps:
harap maklum, saya ada pelanggan selain pelajar USIM.
dan jgn risau.
perkara begini aku jadikan lawak saja.

mana boleh marah.
aku pun pernah buat lawak macam gitu.
kena kepala sendiri, sonyum ajolah.

tak kelako rupenye.

100 comments:

nadiahchem said...

haih...kak...sabar banyak2 ye.
how can people be so judging? ingat mereka best ke. sekali Allah tarik balik nikmat, ternganga...
sy tak boleh lupa mcm mana seorg juri dalam one in a million audition merendahkan seorang doktor(peserta audition) hanya kerana doktor tersebut agak 'lembut'.
how can she ask, are you a good doctor? at least he knows how to save her life if she gets a respiratory arrest there and then. haih... people, stop judging!
and, for addition, kalaupun seseorang tak pandai mengira, tak ada sebab untuk dia dipandang remeh. we are all human, people. not God.

Bubbly said...

hahahah. post kali ini kelakar la kak fyyn. 1001 ragam manusia ek.. tak sangka...

kak, ni kalau buat buku or blog pasal ragam manusia di kedai makan best ni.

Anonymous said...

itu semua situasi yang fynn penah alami?mcm mcm org ada dalam dunia ni kan..*wink*

Z said...

eeee geramnya! nak je sekeh kepala sorang-sorang.

Karen said...

huhu.

sabar k ;)

LadYaMie said...

hahaha..lawak larr..
ada gak manusia yg mcmni ekk kak..
mngder2 je lebih..
haizzz...

Nana Neriza said...

sis...sgt memerlukan kesabaran bukan..kekadang pernah jadi sgt cerewet bila di kedai makan...huhu...pe pun, semoga murah rezeki okeyh...:)

ahmad said...

tergolek2 terbahak2..
wawawawawawawawawawa...

situasi 9 paling biase, kak..
orang tak best nak tunjuk best..

C a R t i N i said...

hahahah. kelakarnya..suka sgt n3 ni.

(sambil guling² atas lantai)

satu hari nanti nk bawak anak² dan family pegi kedai fynn.

InsyaAllah... papa baru budak suka makan lamb chop. mbek.. mbek.. mbek..

=)

sleepyhead said...

no offense yeh kafynn,but no7 and 8 was a bit funny.

dan saya mau katakan disini,anak2 muda itu masih belum matang jika mau dibandingkan dengan usia mereka.
their time will come soon.

(sebenanyer kalau jumpa real aku sembor je ngan lada kasi pedas mulut.pe hal kuang aja sgt.dah merasa sgt ke langit tinggi ke rendah)

nadia burn said...

hihi. best!
moralnye, jgn pdng rendah kt org kan.. mcm pakcik cleaner sy jmpe satu tmpt. wpun die keje bayaran sikit tp speaking mak aih, mengalahkan mereka yg bekerja terer2.. kdg2 org yg kt igt pandai tu la tak berapa bijak, yg kt igt bodoh tu sbenanyer bagus teramat ;p

amin said...

bdk USIM ke kak??

hahaha

Amy-Wan said...

amboi...mcm2 ragam ye? nmpk sgt la masyarakat kite skng ni suke memandang rndh org lain...x knl..tp pndai2 nk judge2 org..hampeh tul la..

Anonymous said...

salam.. manis nyer awk dh bertudung sekarang.. sempurna hijab ny... kan manis kalau sepasang kaki tu d sarung kan stokin.. lg sempurna hendak ny aurah itu tertutup.. insyaalah... =)

fara rasep said...

*sep*

pernah merasa benda yang sama.nasib baik sabar.kalau tak dah lama kena tepuk.

farahcaca said...

huhuhu~
lepak sabar and relax ek kak?

*speechless!*

gnOlazOOra said...

hihi kak fynn buat zoora ketawa di opiz pagi neh ;p.

betul kata Z. meh nak sekeh kepala sorang2!dusHh dUSsshhh! (ooppss sowi k.fynn sekeh pale customer k.fynn).hikSs...1 day zoora akan smpai ke Adam Western....lalalalaaa~

ShyShy said...

ooopsss..mcm saye enah buat je kak..
:p

iYda Juhar said...

herm.
biase la fynn banyak customer banyak la perangai ngan songeh nyer tuh.
memang tu bole bikin hati panas jugak.tapi kekadang bole kasi kelakar juga,bole buat kite tergelak.heeeeeeeeee.aku tak pernah jage kedai makan tapi pernah kije kedai buku.memang memacam la kerenah diorang ni.tapi pengalaman kerja itu lah kenangan terindah bagi aku.

tempuhi lah dengan ringan dan sabar.

(;

fina. said...

hah.menyakitkan hati gila.
mmg terpaksa sabar jela bila dgn customerkan kak fynn.

situasi dua

andd situasi sembilan

poyo gilaa.haha.

Azhari Azmi said...

haha dis one?aku pnah gak terbuat..dammit terasa sey..haha
but mmg betul..its so not right..

FARIE said...

haha!! kalo saye dpt pelanggan camni, rs nk sekeh jer..

btw, post kali neh rili funny.. :P

an2blur said...

haha.
sabar kak.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

huhu..selalu buat dlm situsi satu tu...

hihi...

Sue Anna Joe said...

Damn, mesti kena banyak bersabar. See you this Sunday babe. Nanti kami nak pakat makan kat ur place after tau.

kembar ain fatehah said...

adoi. panas tingo donga..

Elmi said...

tenung tenung , renung renung.
saya pernah buat tak kak?
saya mintak takde sayur je kan?
:)

tapi dulu saya keje kat secret recipe.
sama lah macam ni gak kena.
lagi perit kalau customer tu macam sial.
kita yang kena potong gaji.
watermelon jus satu dah rm7.
haihhh.
buat lawak tak kena tempat.

callister said...

hehe...lawak2.
kak fynn ada x bile ditanya nak minum air ape, tapi dijawapnye air love u..

This is Mine said...

wah...

sungguh2 saket hati bila jadi mcm tue...

farah slalu gak kena macamtue bila tlg umi...

tapi slalunya customet tue yg kena balik....

bg farah...xda istilah "customer is always right"...

krim slam awal2....

huhuhu....

seseorang said...

ahah...terkene batang hidung sendiri...selalu kite buat tapi tak perasan...bila dah kene baru la kite kate"owh"....
erk?

Amira Zafirah said...

akak, mention nng ye kedai bkk petang hingga malam.
penat sy dtg hri tu. akak tidoo. haha :D

Anonymous said...

i suka bangat situasi ke tujuh...........giler lawak nih......

azira.hafiza said...

sabau ja la kak fynn. :)
kalau saya memang suroh depa masak sendiri jaa. banyak songeh. haha.

misshetrek said...

nnti zna g kedai kakak,janji xbuat mcm tu.
hehehehe.
kalau kite ni dekat,zna siap tolong kakak jaga kedai lagi.
;)

sbr jelaa.smua pelanggan sama aje.
zna pun buat mcm tu jugak2.
kadang2 :D

Sara Musfira said...

Macam macam karenah mereka.Hisshh.Sian kakak.

:)

dot said...

ishh. kawan2 ku pon mcm nih jugakk.
bukan yg belajar dah pulak tu.
yg masing2 dah keja. yg stok2 muka bapak budak dah pon.

waitress : air apa?
kawan : air mutlak satu.

waitress : air apa?
kawan : milo ais xde ais satu.

waitress : makan apa?
kawan : nasik goreng ayam xnak goreng/pinggan/nasik/ayam.

Ya Allah, itu sgt annoying kannn? kalau at first dulu2 dia buat it's oke lg. mcm kelakar la jugak. tp skarang almost everytimeeee pegi kedai mkn pon mcm tu. tambah2 kalau dilayan waitress bukan waiter. yg waitress tu pon muka dah menyampah dah. sakit hati kan?

kecik said...

huhu.gila boring ngan as salam.

Ayyman Rahim said...

Situasi lima:

"makan apa dik?"
"nasi goreng thai. nasi lebih"

(ketika bayar)
"makan apa tadi?"
"nasi goreng thai"
"nasi lebih, kan?"
"tak la"
"ok"

Ini bodoh namanya, muahaha. Ops, kurang cerdik.

Situasi sembilan:

"ok. chicken black pepper ya? gravy dia apa?"
"err..." (aku kelu sebab sudah jelas gravy dia apa berdasarkan nama itu sendiri)
"gravy tu kuah, kak. yang orang tuang atas chicken tu"
"ok"

Ini gila look down dekat orang. Ingat kerja dkt kedai makan tu semua org bodoh ke? Ayoyo.

tynaizat said...

haish,mcm2 kan kak.
tp betol la akak ckp.
kite2 dolu2 pun pena jugak belawak mcm tu kut.
haha.
kak fynn chill sj okay.
=)

ili syazwani mk said...

Fynn, aku ada kedai juga tapi kedai emak. Dah 7 tahun aku sabar, dah lali dah biasa.

Customer is always right. Mak aku cukup marah kalau aku melawan customer.

Tapi, geramlah kalau tak lawan..

~nasrah~ said...

salam.
hahaha..klaka gile.tmbah2 yg black pepper gravy tu.hahaha.. tp tu mostly yg muda2 kan,sy pnah gk jd waitress ms study dlu..kt gerai konvo.keja sukarela je..projek kolej. mcm2 org yg dtg..phm apa yg fynn rasa.tp mmg mengajar sy utk hormat n xpndg rendah kt sesapa pn. smpai skang ni..sy kdg2 trpk kalo jumpa bangla kt kedai mkn,sy trpk tah2 dia ni ade degree tp sbb xde keje kena dtg sini. hehe..

Tini Rahim said...

senario2 sebegini menghalalkan kita untuk mengacau minuman dan makanan diorg dengan sepatu jamban kita tak? huhuhu~

sabar je la kak fynn... meniaga ni mmg jumpa macam2 org. surprisingly dlmdunia ni ramai org singkat akal.

Lily Cartina said...

biase ah kak..
saye ni pas spm, keje part time kat baskin robbins,
mcm2 gak customer ade.
yang jenis demanding gile,
yang jenis memilih gile,
yang jenis underestimate pon ade gak.
mentang2 keje baskin, igt tak bengap sgt.
padehal tgh tunggu spm.
ade juga yang jenis tak reti nk order elok2.
cakap kasar gile.
mcm dye sorang best.
tapi saba je ah.
nk menyumpah pon dalam hati je.
hehe

Lady Enchaoz said...

ekekeke..sy rs sy penah lalui semua situasi yg ak fynn nyatekan dlm post kali ni..hehe.. d|^_^|b

tinta jiwa said...

bila ada rakan2 yg mengajak untuk bersantap di luar..saya akan pastikan apa yg nak di order sebaik tiba di kedai makan.atau pun..akan bersantap di luar mengikut kehendak selera yang tiba2 datang itu.

seriously..i get irritating bila orang yang nk ambil order tu menunggu.rasa serba salah,kan.

mcm ada setengah2 orang tu..beriya melambai pada tukang ambil order,bila lambat mula la nk menyumpah seranah.

bila tukang order datang ke meja makan sebaik kita tiba..masa tu la nk tnye..
"weh..nk makan ape ek?"
dan tukang order terus menunggu..dan masih boleh borak2 dulu dgn kawan2 dulu..pastu baru nk tnye.

"menu ade menu?tak tau nk mkn ape ni."

takpun belek menu tu dari depan kebelakang..sepuluh kali..tibe2 order,
"teh tarik satu la!"

eee..jengkel la kwn2..
tukang order tu..ade bnyk lagi customer yg die nk layan..bukan kamu je..

*satu hari nnti nk try gak dtg kedai makan kak fynn tu..*

scha said...

ada jugak yang cmtu ek..?
aduh..memang lawak la..
mesti dorang tak kenal akak kan..
biar je la kak fynn..
naseb baek akak kool je kan..
fulamak..tabik spring ar kat akak..
-ni scha kawan elmi..huhuhu-

shakira said...

lol. situasi tujuh dan lapan sumpah annoying. situasi sembilan sgt la meng-underestimate orang, tapi tak cermin diri sendiri. haha.

cik souliish said...

TYPICAL malaysian, kak fynn. huhu.

Ilya Syafeena said...

haha. bengang nye aku dengar. aku pon keje kdai runcit mak aku jugak. customer mmg annoying. rase nak pelempang. tapi, merekalah yang bagi kita rezeki.. so,kena lah sabar..

Rubina Yunal said...

Dear kakak,

Situasi sembilan paling mcm bangang skali :D

Kalaulah derang tau kakak ada degree in english studies malah ada master dan pernah jd lecturer pulak lagi.. Confirm derang tak datang makan situ lg dah.

Malu tahap gaban.

Heh.

Berbeza kan sebenarnya pandangan org pada golongan yg bekerja di pejabat dgn golongan yang buat bisnes kecil-kecilan?

Mungkin sbb kita tak pakai smart-smart mcm mereka yang bekerja di opis kot.. Saya ada juga berhadapan situasi2 yg sama di sini. Tapi, terpaksa senyumkan ajalah.. :)

Anyway, dlm bisnes, prinsip saya - Customers aren't always right, but surely they deserve the best(that we can offer). Akan sentiasa ada org2 yg cenderung memperlekehkan kita just because they're the paying customers, so the only way to educate these people is to stay politely firm and always hint them that we're equally important therefore we deserve the same amount of respect.

Jaga diri, kakak.

budak biasa said...

baru dtg tadi!
minum-minum je.
hee~
tapi tadi saya sgt sopan kak.
;)
TEH AIS SEDAP!
ikhlas ni.

aLepBulan said...

haha..
kelaka ada,mcm bodoh2kn akak pown ada..
xpe,sy fhm sbb pnah gak jga kedai mkn..
papehal pown kak,ktorg dak2 bulan ok kn?kn?hehe

diya said...

sangat menguji kesabaran. especially situasi 2,4,5,10. silap haribulan, ada jugak yang kena lempang. but, it seems like u're so much indeed with those situations. impressed =)

yunnne said...

aduh akak
sy pun pernah buat lawak macam tu jugak..tapi kan,dulu sy pernah tolong member amik kan order..then,bile terkena diri sendiri,memang macam nak tampar je orang tu tau..
tapi kan,betul la kan,kalau tak kena diri sendiri,kita tak tahu rasenya mcm mane..
sabor jelah kan..
best of luck akak..

Anonymous said...

hati-hati if nak buat peel banyak sangat cerewet. pasal kita tak tau, apa diorang letak kat makanan kita.. kot diorang kencing kan ke ludah kan ke.. kita tak tau.. so jaga mulut dan perangai.. one more thing, petua kalau order lain, sekali dapat lain, jangan tukar lain. terus cancel order tu.. takut benda kat atas tu boleh berlaku

cikyin said...

haha thanks for sharing fynn.
sakit jiwa jugak kalo di layankan sgt tu hehe
i knew, i've been thru dat kind of situation before. worked in a retail store. layan pelbagai ragam customers.

d gud thing is,
kita akan cuba utk tidak berkelakuan sedemikian bila kite jadik mereka (customer) di tempat org lain. sbb kite faham adab budi bicara yg orang xpectkan dari kita ;p

fynn, really nice knowing u, in person.
kau di luar mmg seperti kau di dlm ini. really gud performance tadi,especially d last one.

p/s : kim slm kat budak kecik itu. comelll btul!

Melody said...

macam-macam ragam..tapi tu lah manusia..kalau tak banyak ragam tak menarik pulak kehidupan.

all the best kak fynn.. :)

foris said...

"sy tak boleh lupa mcm mana seorg juri dalam one in a million audition merendahkan seorang doktor(peserta audition) hanya kerana doktor tersebut agak 'lembut'.
how can she ask, are you a good doctor? at least he knows how to save her life if she gets a respiratory arrest there and then. haih... people, stop judging!"

out of topic jap.
nadiahchem...
doctor tu yelah dr.izwan yg dulunye anggota kump nasyid saujana.x sangka die dah jadi lembut cmtuh.huhu

AISYAH :) said...

haha, i love the part yang "CUBA TEKA". hahah, annoying gila xD

ML; Mohd Loqman said...

kak fynn.
w'pun hari tu akak tido.
tak mengapa.
saya akan dtg juga satu hari nanti.
dengan kawan saya yg b'nama Amira Zafirah.

btw, kak.
Lecturer saya, Sir Mohd Farid Nazman.
Ingat lagi.?
Dia kirim salam.
Hehehe!
He always ask me & Amira,
macam mana boleh kenal Kak Fynn.

:D

Akak rocks la.
Even situasi mcm itu akak wat selamba je.
:D

mugiwara said...

situasi lapan tu macam harem jek...

ye...yg lain2 pn sama~

boleh bagi peta ke kedai?

Ladynoe™ said...

fynn, saya tengah tegok milo masa baca entri ni. sampai kat situasi 8, tersedak - air milo keluar ikut idung.

bwahahahahahahhahaha!

Aimi said...

slh guna istilah customer always right berlaku kot;)

sAfFiYaHnAjLah said...

conclusionnya-bongek betul la dorang neh.hhahaha..
tak tahan,nak minum air sembahyang..sengal tol.
takpa,sy pon penah jumpa orang yang macam neh,da sekali tu,lagi bongek dari dorang2 neh sume..
senget.

bawak-bawak bersabau la ye.

Ijan said...

Salam Fynn...
Entri kali ini buat saya tergelak besar...hahaha...dunia bermacam ragam manusianya..dan budaya menghakimi org memang tidak pernah pupus..

nuruliznie said...

hish.tak supan langsung kalian tuh.geram je baca post nih ;(

Anonymous said...

hahahaha. klakar la. tapi kalau kne kat diri sendiri, mau hangin gak satu badan. paling tak leh handle yang gravvy ayam black paper tu. tu la namanya org kebodohan terserlah.

-yaya-

ferienza88hezra said...

kak
buat entry dlm lohgat n9 plak yo!
xsbr nk tgk...hehehe

Helmi Razali said...

fynn, kau pernah kerja kantin ke?? Aku pernah tolong makcik aku berniaga kedai makan, tahun lepas masa aku balik cuti summer. jadi tukang hantar makanan, tukang tuang air, tukang ambik order, and tukang basuh pinggan mangkuk. Dan selalu kena pandang rendah. Cam celaka. Aku pun sama je macam kau, diam kan ajaa. Malas nak layan. Kang aku lawan, kedai mak cik aku jugak yang susah.

||alis|| said...

huhu... klu tak tahan; lama dah kena sekor2.. kesemua situasi amat menjengkelkan aku! "okeh" kau jer yg buat aku senyum, fynn!

see, perangai anak2 kini.. kalau anak2 zaman hadapan tak tawu laa camne esok..

start 23feb nih ade plak rezeki berniaga nasi campur dlm kolej adik di melaka, tapi tiap senin sampai hujung bulan mac nih jer.. suka2 sambil tolong adik siapkan laporan (berkaitan jugak).

kalau ada la yg bagi aku statement2 cam kena kat fynn,tawu laa kot, aku apa nak buat~

aku suke berniaga makan nih, takde hutang, duit pon hari2 pegang...

out of topic sekejap:
foris- Dr Izwan Saujana??? baru perasan! so btol laa kan? hmmm...

BudAk hijAu said...

huh!!menguji kesabaran sunguh!!

kak fynn!salam kenal..yan dh upload pic kite kt maskara smlm!!

nice 2 meet u..

Hannanika Chan said...

akak, sama la kita
sy pun penah meniaga nasi lemak mama sy
mcm2 bende kelakar
and tak relevan
pastu pk balik
diorang ni kdg2 make our day gak la
tapi yg syut nye
bila org pndang rendah kat kakak nasi lemak
and sumtimes i said, thank you for making up my day
haha
bila jumpa orang2 mcm ni rasa bersyukur diri ni masih relevan untuk multitask.
multitask menarik, baru tercabar sikit perjalanan hidup

satu hari sy akan sampai kedai akak
time tu sy pk lawak intelligent nk kasi akak
haha :P
ala-ala russell peters :D

tulisan typewriter said...

kak fynn, kedai di nilai yer?
nama kedai, alamat?
nak datang ni!!!

vidadarisakura said...

er...kak!


bagi teh ais sedap 1...hee


i admit..pena buat kes 1-4-8..


hehe
tapi saja2 jak..
bagi pengambik order tu hepi..llalalala

NIMI♥ Co. said...

lawak larrr kak fynn...
hehehhehe!!!

scenenseen said...

isk!
these are definitely true accounts!
aku macam tak sengaja buat yang situasi satu.
i guess, we cannot underestimate other people.

tictactoe said...

sakit ati tp lawak ah...smoga org2 tu bace post ni.yeay!fynn pandai!!

capullet360 said...

haha, biasa je kak fynn, saya pun penah kena jugak,time tolong mak saya kat kedai makan, time 2 nak amik order, pastu wat muka sial, bila tanya nak makan pe ckap apa yang ada, dah terpampang c2 menu nak tanya lagi, bukan sehari 2 datang, hari2, pastu alasan duit kecil xde, suma duit besar. nak air suam free,milo nak kaw la pe la suma ada. tapi kita cari makan, so sabar je la. dugaan kedai makan mcam 2 la. suma xkena ngan pelanggan. dah 20 tahun mak saya berniaga, mcam2 saya penah tgk.nak tergelak pun ada, sampai kecut perut pun ada.

*berniaga best, suka sangat, sbb suka tengok ragam orang.*

Anonymous said...

"kak nak bayar"
"makan apa?"
"cuba teka"

sori la fynn tp ni mmg klakar
mebi mahluk ni bcite2 nk jd kartunis apo

-nazira-

Pendambailmu88 said...

eh, betul ke ada pelajar usim camtu? x sangka.. sy sbg salah sorg pelajar usim pun sedikit sebanyak rase malu.. kak fynn penah citer ngan kitorang, pengalaman d uia dn len2 lagi..

Pendambailmu88 said...

kalau sudi, kak fynn dialu2kan untuk melawati laman saya 'pendambailmu88.blogspot.com'.. segala teguran, kritikan, dan sebagainya amatlah dihargai.. nak berkongsi tips belajar, atau cara kuasai bahasa ke?.. tabik kak fynn! c u.

* puas hati dgn ADAM.

wan noor atiqah said...

air sembahyang xD

hanys said...

k.fynn, tadi saya ke Nilai. anta sis ke UIA. so, round ccari ur kedai. jumpa, jauh gak dari UIA.. erm, tapi masa tu kerusi semua atas meja. org tgh sapu2. masa tu kul 3.30pm.. kedai blom bukak ek time tu??

hafiz said...

saya penah kene camni gak kak.. tp pelayan tu yg cuba berjenaka,bila tiba giliran amek order air saye,blom sempat bgtau,dia yg offer dlu..."nak air yasin?",tanya dia sambil ketawa kecil

bbee.hasib said...

macam saye..
hahahaha...
chicken chOp satu tapi 'kak mintak black peper ye, isi dlm mgkok kecik je'..
hahahaha..
seNgal..
sOri kak...
hehehe ^^

chik Star said...

mcm best jugk kn.
mencabar kesabaran pon ade
hihi.
:)

ainfazrin said...

nanti bila kite dengan tuty singgah nilai, meh kite tolong amek order. hehhe.

*terima kasih kak ; malam maskara 13 yang kita takkan lupa. sekejap, simple tapi sangat terkesan. ;)

senget said...

huhuhu.. adess...
gilew laa.. :P
sakit jiwa btol ngn mereka2 yg tryin so damn hard 2 be funny.. ahakss..
padahal xklakar langsung..
adess..
klu sy laa.. da lame sy tumbok sekor2.. bru puas ati.. kekeke.. :P
huhuhu..

kosong said...

order air sembahyang tu mmg kurang ajar.kalau nak minum air sembahyang takyah dtg mkn kat kedai pun boleh.aku pernah kena sorang mamat ni nak susu gantung.aku buat bodoh dan tulis je apa yg diorder mcm minuman tu ada.

abduljabbar said...

kak, bapak saya kerja lecturer kat USIM, just want to let you know. hehe

Anonymous said...

kak, kedai akak nie kat mana bg clue sket... cam sedap je nengok si anne tu makan... huhuhuhu... harus di terjah nie...

didi-aNNa said...

akak,
lawak gler..
saya suka akak..

her royal highness said...

no 7 dgn 8 kelakar! huhu~

tp ade yg lain tu..huih. kuang ajo ek.

yg "akak lecturer" tu best. =)

Zaini said...

budak chicken black pepper paling tak boleh blah.

Diloz said...

Macam-Macam ada.

"Kak,pasang Astro kak"
"kau bayar installment eh?"
"geng,jom blah"

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hehehe..penah juga buat..mmg klakar mula2 nye..

ble kne batang idung sendiri,baru tau kan?ape2 pun,entri nie agak klaka.. :)

azura said...

hehe ati panas je..aku pun penah gak mrasa jadi camtu...ye ar org meniaga kena la bsabo...apa2...cite ko mmg best...next..

The Pen's Owner said...

best sgt bace blog kak fynn..try not to miss even one entry..tp yg psl situasi empat:
"makan apa dik?"
"kenyang"
"air apa dik?"
"air sembahyang satu"
"ok"

huhu..rs cm nk wat je..mmg serius lawak, tp mst nnt kene sumpah dgn abg kedai tu kn..jd sila doakan spy x terkeluar dr mulut nih..haha

lea di hujung nyawa said...

"nak apa dik?"
"nak akak kahwin dgn pakcik sy, bini no 2, boleh?"
"ok"

kalau boleh..

Zaini said...

apa-apa chicken black pepper memang sedap. tapi tak cukup satulah. kena order 2.

haha.