untuk seorang fynnjamal,
setiap sel benda adalah drama.
beda cara tiga orang mengitar sudu melarutkan susu pekat dalam tehnya.
beda tona suara seseorang yang bertukar2 tangga pitchingnya.
pada statik wajah mak cik yang termenung.
pada jari telunjuk gadis yang memintal rambut bergulung.
bagi aku, semua ada ceritanya.
dan tak perlu aku tahu kenapa dan apa cerita sebenarnya,
aku lebih selesa membikin plot sendiri.
tidak relevan sama aku,
kerana itu karektor yang singgah dalam saat dan masa itu.
ironinya,
kisah2 yang aku ciptakan akan menjadi begitu terkesan pada aku.
dan membuat aku berdiam dan berfikir lama2 semata2 suatu perkara yang sebenarnya tidak pun perlu wujud pada asalnya.
*sengih kecil*
masa aku kecil, abah ada buatkan kolam ikan dibuat dari konkrit. tiap2 kali hujan, aku akan bergegas terjun dan mandi bersama ikan2 sebesar betis aku pada masa itu. aku cuma sembilan sepuluh tahun usianya. along tidak pernah sudi hendak berkawan sama aku. achik lebih suka bermain sama teman baik dia.
kadang2, di masa hujan, akan kelihatan serangga sesat mencungap nafas, degil untuk redha mati lemas.
ada seekor semut berwarna hitam.
aku ambilkan daun dan bikinkan dia rakit bodoh.
tapi daun tidak pergi ke mana. cuma menari2 dilambung air tengkujuh.
bagi aku, dia sengaja tidak mahu jumpa jalan kembali ke rumahnya.
kalau dia pulang, pada siapa.
mungkin dia mahu ke sesuatu yang baru.
mencari hidup yang lebih memberi hendak dan nafsu.
agaknya, dia lebih rela mati membuang semua,
dari hidup rasa terbuang dek apa yang tidak sepatutnya.
*diam*
betul la aku rasa aku ada fius rosak di kepala.
haih...
*diam lagi*
apa khabar semut itu agaknya.
harap2 dia bahagia.
22 comments:
insyaAllah bahagia hendaknya semut tu~;)
jgn rsau~
xda fius kak fyn yg rosak~
it's just u being u~
*ayat "u being u" tu accepted ke kak fynn?haha*
semut tu sembunyi dalam tabung gula, pergilah cari sekarang!
salam.
haha. comelnya. bukan fius rosak di kepala, cuma rasa ingin mendalami itu tinggi.
*gelak lagi*
comel betul.
kak fynn,saya x kenal kak fynn..kita x penah bersua.kita bkn saudara.bkn sahabat.tp ntah knape,dlm ati ni rasa mcm sayanggg sgt kt kak fynn..
kenapa ya?kak fynn punya jawapan?
take care=)
semut tuh dah meninggal laa tuh kowt kak fynn
perangai kita serupa.suka membikin drama sendiri.hehe.kucing 8 ekor kat rumah boleh reka soap opera sendiri.keh3x.
semut tu da kahwin n da ada keturunan yang banyak~ (^_^)
agaknya semut 2 da jadi glamer,
sebab da masuk dlm blog cite die
hee
tahu maksud die
kali ke3 baru paam
dis one is really nice..
aku suke bile ko create something based on experience ko..
nampak r kekreatifan ko tuh..
n terbukti yg mmg otak ko mmg kreatif..nice2
mengundang belbagai rasa lah ini post.
eheeh kak fynn
saya pun pernah tolong semut angkat makanan...
kesian melihat semut dn kawan2 bersussah payah mengangkat makanan...
apa khabar, sayang? semua ok? *tepuk-tepuk kepala comel fynn sambil senyum*
hehe
semut semut, kesian dia...
harap terselamat dari gejala yang menyongsang
hehehe
masihkah anda berhubung dgn teman bicara anda dalam dunia imaginasi anda di waktu kecil???hampir setiap kanak2 ada teman bual dlm dunia imaginasi tersebut...ia bukan sekadar our imagination..right???
Siapa dia kakFynn?hehe
kakfynn okay?
ok ape.
aku pon suke mendramakan ape yang di depan mate.
tapi ayat aku tidak secantek kamu.
(;
mahu jadi seperti semut.
kecil tp semangat besar.
kecil tapi zaman berzaman tidak pernah pupus.
bukan seperti dinosaur yang besar tp bila bukan zamannya ia pupus.
mahu jadi seperti semut.
yang ni ble baca terasa best pulak.
teringat kan cite Anak2 Sidek time Rashid tgh dok mencangkung tgk setentera semut.
hahahaha
kakfynn.saya menjadi follower yg ke 645 hr ni. hebatnya aura kak fynn ni!=D
Ow gosh~
Besnye semut2 i2..
Ade in$an yg membantu..
Marila kte bantu mmbantu antra satu dgn yg lain...
saya pernah terbayang,
kan best kalau jadi kecil macam semut,
semua makanan akan jadi besar,
boleh makan cokelat seluas pemandangan=)
tapi bila pikirkan balik,
jadi manusia lebih indah dari segalanya=)
Post a Comment