Tuesday, February 3, 2009

"maaf, saya ada soalan"

ada banyak perkara kita perlu belajar tentang hidup.
salah satunya: belajar bila untuk jahit bibir dan akal.

ada masa2 yang datang, di mana seeloknya kita kuncikan kehendak gelojak inkuisitif atau kuriositi dari terpecah di ruang2 konversasi.

situasi satu:

emak kita seharian kerja shif malam, bila pulang pagi itu, dia masakkan cucur pisang.
malangnya, agak kurang lemaknya.
kita tegur, "eh, tak berapa sedaplah mak"

bahana:

emak kau akan
a) tak keluar bilik sampai waktu kerjanya bermula atau
b) dia terus maki hamun dan mengerah kau masak mulai saat itu.
tak perlu dipersoalkan, semua perkara akan mula diungkit, dan kau akan rasa macam celaka.

situasi dua:

saudara kamu meninggal dunia, dan ketika dikafankan, jasadnya berbau busuk. di liang lahad, asyik ada sahaja yang tidak kena. berairlah. sempitlah.
kau tanya, "ish. kenapa agaknya, ya?"

bahana:

a) kau takkan dijemput ke majlis pernikahan saudara-mara atau
b) kau tidak langsung boleh silap sedikit. komentar kau itu akan dibalik2 sehingga tak masuk akal.

situasi tiga:

biasanya tiga hari sebelum cuti, boss akan beri kamu bermacam2 perkara untuk diselesaikan. tapi kali itu, dia cuma berdiam.
kau berjenaka, "hai boss. tak ada kerja untuk kami kah?"

bahana:

a) makan tengahari bersama rakan setugas tidak mungkin ada lagi untuk engkau
b) satu2nya pekerja yang berbual sama engkau adalah makcik mah, tukang cuci pejabat.
c) kau dianjing sebagai anjing yang suka jjilat punggung boss.

kerana mulut, badan binasa.

itu sesama manusia.
sesuatu yang fizikal.

bagaimana dengan akal fikir?
apakah ada bahayanya kalau tersalah zikir?
adakah sesiapa untuk marah lancangnya mempersoal?
apakah ada yang tahu tentang apa akal kau berbual?

"apa salahnya? jadi kreatif! perlu profilik! baru produktif!"
"oh kamon! yu sangat sensitif"

oi sialan.
memanglah perlu sensitif!

sedangkan kawan baik kita diputuskan cinta kerana orang ketiga saja, kita sudah beriya2 hendak bantai bangsat itu, inikan pula bila datang hal agama.

(ke aku ini terlalu emosi?)

minta ampunlah ya kalau ada yang rasa aku memberi iritasi pada jiwa. ya, aku dapat komentar2 dan email2 kau yang rimas pada aku seolah2 cuba mempamer imej terlalu menda'wah, atau wutever itu.

cuba kau baca balik ke belakang.
walau aku dari dahulu tidak elok pakainya,
tidak pernah pula aku relevankan apa yang tidak betul.

insyaAllah. selagi aku masih ingat,
belum rasanya aku hanyirkan apa yang hak.
sering, aku salahkan diri sendiri yang masih belum sedia untuk setia.

kelakar, kan.

jadi jelek kita dikata.
mahu baik pun turut dicerca.

sebab itu aku dari dulu tidak reti hendak peduli orang.
suka atau tidak, yang penting, apa yang aku rasa.
tuhan itu paling baik.

seluruh kitab bukti hitam putih janji dia pada kita2.

kalau seumur hidup jadi bajingan, tapi sebelum matinya mendapat hidayah, apakah sama harga dengan yang seluruh nyawa mengabdi pada tuhan, tapi di banyak masa tidak ikhlas?

suka hati engkaulah.
kalau semua orang alim hendak paku orang2 macam aku ke dinding dengan kawat duri di keliling leher, susahlah.

sampai mati orang beragama kerana takut.
sampai bila2 orang hidup mengikut2.

dan tidak salah hendak berpelahan ke jalan tuhan. lebih baik dari kau memusing hala.
tapi jangan pula diambil kata ini membuat dalil utk meleweh2 masa.

lain orang, lain ceritanya.
hendak kata aku dapat hidayah, macam besar sangat pula kosa katanya.
cukuplah aku bilang aku sudah penat dengan dulu.
dah puas.

sudah sudah.

tidak salah kalau banyak sangat tanya2 tentang itu ini. asal kenapa diharamkan yang itu2. sejarah bagaimana disuruhkan yang ini2.

cuma perlu kau fikir, tidak semua perkara itu boleh kita tanyakan.
dina zaman pernah ungkitkan hal ini dalam i am muslim.
"org kita diajar utk tidak bertanya"

aku hendak cakap ini satu saja: tidak semua orang mendalami agama.
takutlah.
gerunlah.

seramlah dengan kebarangkalian menjadi semakin tidak mengerti bila makin digali2.

contoh paling mudah, ketika di pertama kali belajar nombor negatif di sekolah, saya menangis macam hendak gila kerana tidak faham konsep hutang. dua minit pertama, saya dapat jawab. lima minit kedua saya salah. seminit kemudiannya kembali faham. tapi dua puluh minit seterusnya terus kabur.

silap saya, terlalu hendak memahami.
kenapa ini.
kenapa itu.
kalaubegini.
kalau begitu.

sengaja menyerabut diri.
jawabnya, makin sasar!

entri kali ini terlalu panjang mukadimahnya. mungkin juga tidak relevan. biarlah. motif cuma satu:

ada bahagian2 dalam hidup, yang tidak semua orang mampu mengerti.

tidak semua faham ilmu kitab.
tidak semua faham ilmu wali.

sama seperti konsep:
tidak semua faham kenapa ada ibu bapa yang buang tv dan radio atas nama agama.
tidak semua faham kenapa ada ibu bapa yang paksa anaknya ke sekolah pondok.

agama ini cantik.
laa ikraaha fiddiin.
tiada paksaan dalam islam.

kalau org yang terlalu obses dgn fikiran kritikal, akan tanya,
"kalau begitu kenapa perlu dibunuh org2 yang murtad?"
"kalau benar, kenapa perempuan perlu redha dgn poligami?"

tolong jangan aplikasikan free thinking dan berfikir-di-luar-kotak dengan agama kita.

http://www.adibahahmed.blogspot.com/
http://www.syurga-islam.blogspot.com/

hati2 kepada pembaca yang masih belum upaya.
manusia begini bukan utk kau debat2 secara buta tuli.

sahabat2,
apa salahnya kau patriotik utk agama, kali ini?
sudah2lah hidup tanpa arah.

38 comments:

Lily Cartina said...

Allah itu maha pengasih.
benar.
aku tak tipu.
aku yang kotor, hina ni pun dia sayang.

Sara Musfira said...

'think outside the box' mmg tak langsung sesuai digunapakai dlm hal ini.

segelintir ada yang ambil mudah.hishhh

Alya Alicia said...

ustazah saya pernah cakap

orang murtad perlu dibunuh sebagai pengajaran utk umat islam yang lain agar jangan turut sama murtad, menunjukkan bahawa agama islam bukanlah satu agama yang boleh diperlekehkan

Allah maha bijaksana

semua benda berlaku/disuruh mesti ada sebabnya
dan kesan menurutinya = POSITIF

kan?

ShyShy said...

Siapa tuhanmu?
ALLAH swt.
Siapa nabimu?
Nabi Muhammad saw.
Apa agamamu?
Islam.

*mungkin ramai yang mampu mengungkap dengan lidah..tapi ramai yang dihatinya tidak..

bakrihafizhisham said...

Allah knows best.
some things are better left unsaid,
and, of course, unquestioned.

Anonymous said...

aku sedih membace blog tu...

jgn di hina agama yang suci ini jika kau yang xpaham...

kenapa?????geram!kenape die perlu hina??????
hatta orang nonmuslim pon x hina islam...

aku bukan tuhan untuk menghukum...tapi dari blog tu,cukup la aku cakap,hati manusia2 itu mmg busuk!!kalau org bukan islam bace pon,mungkin depa xnak org tu jadi ahli mereka...

khuatir satu hari golongn ini akan perburuk agama mereka..berpaling tadah.seperti seorang tentera belot pade negara


mereka mmg xpatut hidup pun!

oh...baru aku tersedar kenapa perlu di bunuh saje mereka tu...

-cpk-

cik indie said...

haritu, saya dah baca tulisan si adibah. menakutkan. baru jap tadi, baca syurga islam tu. memang sakit hati.
memang ada certain things yang kita tak boleh pertikai kelogikannya.
kalau pandai sgt nak pertikai, sila buat oksigen untuk dihirup sendiri. so ungrateful.

joegrimjow said...

da flag da dieorg nye blog

Suka Bebel said...

sebab itu umat islam kelihatan semakin lemah walaupun bilangan bertambah ramai.kurang penghayatan dan pemahaman

azimask said...

allaaa
biasa laa
dah nama pun manusia..
nampak ajek salah org
apa perlu kiter buat
sabar je laaa..
kan sabr itu separuh dari iman
tak semua org yang bertudung itu alim n tak semua orang yang tak bertudung itu jahil..
jadik tepuk dada tanya selera
abaikan org
pedulikan cerca maki hamun org..
yang penting kiter tau arah tujuan kiter
dan yang pentian kiter tau ada yang sayang kiter...

apa pun do take care yaa....


p/s: adoiihaaii teringin nya nak makan apa yang sue anna joe makan harituh!!!!!

theblabber said...

wow..i dig this entry.
manusia itu mmg mudah menghukumi, tanpa pernah memahami.

Berlagak lebih dari Yang Satu.

Pu3 said...

panjang dan cukup padat..

tatkala ini, saya juga seperti mahu menjahit bibir dan akal..

biar tiada kata-kata dan idea yang terpacul dan terlintas..


=(

Ainee Cumi said...

siot giler blog2 2..
ISLAM i2 beshh..
biler semayang rasa tenang sgt..
sengal tol org yg jahat menghina ISLAM

ape kate kiter band je die..
flag dier..

Anonymous said...

saya sendiri sedang mengadakan Kempen Flag terhadap 2 blog ini.

dust said...

kamu banyak bantu saya.
kerana soalan2 dan kejujuran itu.
terima kasih.

Rubina Yunal said...

salam.

Semoga kakak sihat dan tenang di hati hendaknya.

Saya selalu fikirkan begini saja. Islam itu indah, mudah dan sentiasa betul. Tuhan itu sentiasa benar pada kata-kataNya. Jadi bila sampai pd persimpangan yang buat akal jadi celaru, saya balik pada 2 statement tu, mohon diberi ilham dan tawakkal saja. Saya tidak katakan yang kita patut ikut menonong saja, tapi menyoal balik sama Tuhan dan apa yang diperintahkannya itu sama juga seperti berkata.. "Tuhan, Kau tipu sama aku kah?"

Mau kena panah petirkah?

Rata-rata lebih cenderung bersangka buruk pada Tuhan :(

Hanya dunia, manusia yang memilih untuk hidup dalam denial dan mereka yang sentiasa bersikap defensive (sbb mereka tau mereka sudah tersilap tp tak mahu atau terlalu malu untuk mengaku) sahaja yang suka membolak-balikkan kebenaran yang sudahlah terang, lagikan bersuluh.

Lebih mulia dibutakan mata daripada dibutakan hati sebegitu rupa.

Ada yang suka bersoal kerana ingin menunjuk pandai atau kononnya mereka kritis dalam pemikiran. Tapi tiada apa yang boleh mereka buktikan selain kebodohan mereka sendiri jika sengaja mencari khilaf dalam kata-kata Tuhan.

Saya banyak juga terbaca entry2 yang mengagungkan lifestyle liar dan bebas di kalangan anak-anak Melayu Muslim sekitar blogger.com ni. Tapi heran, bila tengok comment... takde satu pun yang berbentuk teguran, malah yang lebih banyak sebenarnya hanya sokongan semata-mata.

Takde pulak yang nak sibuk-sibuk nak 'sekolahkan' budak-budak ni?

Yang dihentam itu selalunya orang-orang yang baru merangkak semula mencari Tuhan.

Shame that.

Budak kecil kalau baru mau belajar merangkak, takkan perlu dipaksa, disebat supaya mereka boleh terus berlari pula? Tiada akalkah?

Pedih hati melihat semakin hari semakin ramai yang bermati-matian mencari dalil akal yang boleh menghalalkan cara dan perbuatan salah mereka sehari-hari. Hidup dah macam takde Tuhan nampaknya.

Kalau dah salah tu salah la. There's no two way about it.

Wallahu'alam.

Mudah-mudahan kita dijauhkan drp itu semua. Amin ya rabbal 'alamin.

||alis|| said...

salam. benar fynn. hidayah itu milik tunggal ALLAH. kita bukan sesiapa untuk mengadilinya. wallahu'alam.

hzrh said...

kadang2,dlm sesetengah perkara,berdiam diri adalah lebih bijak..
:)

Amin Ahmad said...

fynn, tenang saja.

dari hal beragama, sama2 memperkasa.

utk mereka yg mahu lekas2 berhukum, semoga mereka tahu bahawa tiket ke syurga itu dari rahmat-Nya.

pada aku kita jgn lekas apologetik.
entah kita sedar atau tak beribu laman web mempromosi bukan saja anti-islam, malah faham lain dari hal islam.

bila kita apologetik, kita mahu semua org tahu ada blog yg begitu begini.

akhirnya, sebenarnya kita sedang mempromosikan blog mereka. percuma!

flag blog memang mudah. tapi pada aku itu simbol jiwa kita lemah dan kita kalah beradu hujah.

tenang2 saja. jangan berebut ruang syurga. Tuhan itu adil untuk letak kita di mana nanti.

sungguh Ali Imran ayat 110 itu mengangkat kita sbg umat terbaik dengan hidup amar makruf nahyu munkar serta beriman.

nyatakan sikap, luruskan akhlak dan hidup maju terus.

terima kasih utk pesan2 lewat waktu galau dan resah seolah tanpa agama.

kita kawan pada erti tiada manusia sempurna - dan kehendak pada hal memperbaiki diri itu jadikan kita sempurna dalam ketidaksempurnaan.

jaga diri ya kawan?

* aku masih hitung waktu utk sampai ke kedaimu. maaf ya utk hal bertangguh2..

Mrs.Mocx said...

teruskan perkasa ya fynn.
anda tahu maksud saya.

C a R t i N i said...

http://www.apostatesofislam.com/

cuba tgk yang ini

catatansulit said...

manusia itu begitulah...
kadang2 bila sudah baik sedikit orang lain yang masih belum nampak jalan ini semuanya busuk..walhal dia juga datangnya dari tempat busuk itu..tapi ingat mengingati itu mulia kan...bukan mau bikin statement apa'an...
harap2 kita semua walaupun pelan..terus kejalan yg benar..yang pula membuat u turn haram..takut tak sempat mengucap..
apapun fynn...teruskan menulis..

snm | snm said...

kak fynn
saya sdh baca kedua2nya sblm jengah ke sini
saya berdoa dlm hati..moga tiada muslim yg mudah tpengaruh dgn cubaan2 pujukan2 ayat sebegitu

hikari said...

ada betul gak ape yg tertulis dlm entri ni. n memang sgt tak puas hati dengan blog2 manusia durjana tu. so that's why we have to flag it!

Hudarling said...

kakak,

takda apa yang aku mampu lakukan selain flag blog2 ni.dan sebarkan pasal flag itu kepada rakan2.kalau dibaca pun belum cukup dalam ilmu. nak pertikaikan pun, commentbox pun takda dalam blog tu. hendak dibiarkan dan bersabar, takut generasi depan termakan pujukan palsu. maka, flagkan aja biar mati.itu yang termampu,kan?

magenta said...

Aku baru dengar hadis semalam kata Tuhan sayang umat Islam yang rasa dirinya selalu tak cukup dalam hal beramal baik, dan tak suka mereka yang rasa 'sudah cukup'. Takkan pernah 'sudah cukup', dan rasa keliru sewaktu mendalami ilmu itu normal dan tak salah, selagi kita berusaha mencari jawapan.

Yang salah tu memberi perasaan ragu masuk ruang hati kita kerana kata-kata orang lain tanpa berusaha mencari penjelasan. So far, aku sedar, kalau cari ilmu pasal agama, memang ada penjelasan yang munasabah, tapi part mencari dan nak dapat motivasi untuk mencari tu part yang paling susah.

Anonymous said...

kakak.
maaf ya.
kalau asyik ganggu kamu.
hurm.

untuk kenal Tuhan.
bukan dari luar.
tapi dri dalam diri kita sendiri.
kenal hakikat dalaman diri kita.
baru kita akan kenal tuhan.

untung bila kita dapat satu bahagian untuk kenal Tuhan kak.
sangat bahagia.
dan.
smpai satu saat bila kita sudah memahami hakikat sebenar kejadian.
kita akan redha dan terima apa yang berlaku di atas muka bumi ini.

saya sentiasa syg kakak.
terima kasih kakak untuk info ini.

sekali baca memang akan menguji kesabaran.

tapi di situ ada makna yang tersirat.

sebenarnya umat islam itu sendiri masih tidak mampu memahami isi kandungan al-quran yang punya ayat mutasyabihat nya.

Moga Tuhan ampuni dosa kita.

assalamualaikum kakak.

iYda Juhar said...

yup.
aku memang agak kurang upaya.
kekadang tuh mahu bersuara tapi tak mau disalah-ertikan.mungkin kurang upaya untuk berbahasa tulis.
mungkin lebih selesa berbahasa bicara buat ketika ini.

:-|

pelangi said...

sedih.marah.bingung.
tidak mampu terucap dengan kata-kata.
hanya mampu berdoa agar Tuhan menguatkan iman agar di elakkan dr tergolong dlm manusia seperti itu.

p.s : kak fynn saya sgt suka bc blog kak fynn...truskan mem'blog' ya..saya pasti sokong..=)

cik nurulain said...

maaf...saya masih baru dlm blogging..
mau tanya...
mcm mana nk flag sesuatu bloh tu?
cuma klik flag saja kah? atau ada step lain?
kita kena flag blog tu.mungkin antara kita ramai yang tetap pendirian sebagai Muslim...tapi generasi muda sekarang....susah nak pasti kan...sebab tu la timbul nya gejala spt black metal...apa pun...lebih baik mencegah dari merawat...

her royal highness said...

makin jauh adibah tu. sedih.

kak fynn, dianne pinjam ayat ni buat quotation ya?

"jadi jelek kita dikata.
mahu baik pun turut dicerca"

azhari azmi said...

eh nice one lah..
aku tertarik pas bace dis entri.
so aku tros jadi follower..
bru nk brjinak jinak ngan blog.
anyway, like the point when u compared between org yg dpt hidayah last minute n org yg abdikan diri seumur hidup but x ikhlas.

keep up spreading the fruits of your thinking!

artakus said...

tak salah beremosi dalam agama ni...i mean....bersungguh² mempertahankannya dan marah apabila ada cuba mencalarkannya.

cuma jadik kan la blog fynn ni sebagai platform untuk mengajak bloggers lain untuk 'flag'kan blog musuh islam tuh!

ML; Mohd Loqman said...

Kak Fynn.
Tak apa.
Saya okeh saja.
Lain kali ada lagi.
Jgn risau.
Akan saya serbu kedai akak di lain hari walau apa cara sekali pun.
:D
Tunggu ye.
Hehehe.

Deeno said...

salam...
best bace sbb ayatnye sgt ssh utk org2 yg bukan bejiwa seni ni bace.
cube sedaye upaya untuk faham.
keep on wording.

Fathia-Z said...

Ada sorang ustaz pernah cakap kt saya,dia kata,sesetengah golongan jahil Allah ampunkan dosa mereka kerana kejahilan mereka.
But i doubt this one God will forgive her.
I've personally experienced the beauty of berdoa.Buat ddn perasaan yg sgt merendah diri,Insya Allah Tuhan akan mendengar dan mengabulkan doa.
Alya is right.semua benda berlaku/disuruh memang ada sebabnya dan kesan menurutinya.

i am perempuan said...

org tgk saya tak bertudung, org label saya mcm saya buta islam. walhal ade je sesetngah manusia tu yg bertutup litup namun hatinya lg buta dr saya.

#takpaham kenapa org suka judge org dr luaran dan bkn dalaman

Sofia Nin said...

slm kak fynn.

one of yr silent readers too!
hehe.

yang satu itu benar.
berkenaan dgn penggunaan bahasa melayu di kalangan rakyat singapura.

mereka memang membingitkan telinga orang yang mendengar.

walaupun bahasa saya tidak sehebat mana. tetapi paling tidak, ia tidak menjengkelkan.

nguu~


love all your entries k. fynn
write more :)