Tuesday, February 17, 2009

kosong bolong

hilang menjauh mencari bingung untuk dibuat teman berbual.
kerana bingar tidak selalu memberi sedar.

kecuali keriuhan yang kosong.

sudah lama tidak berkhalwat dan berbisik pada air malam yang tersangkut di tingkap. aku rindukan menung aku yang aku gantung di angin sejuk tingkat lapan dahulu, dengan setiap onar aku sengajakan di dalam diri, demi untuk mencari desir jawaban langit sebagai sahutan kepada soalan2 yang aku tidak mampu utarakan pada manusia2 biasa.

kelakar.
aku rindu menjadi sesuatu yang dirindukan.
sedang aku di sini, sudah dihadapkan.

aku rindu untuk merasa bolong.
kerana kesenangan sentiasa membikin manusia lupa.

aku mahu selalu ingat.
bahagia akan bikin aku alpa.

dan rugi hanya tiba pada mereka yang pernah berada.

24 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bahagia akan bikin apa sahaja...

aduhai...

nak sangat kebahagiaan sekarang~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hidup itu indah...

;)

joegrimjow said...

lame mghilang
rupenye mencari sajak

bahasa indah
ramai tertarik dengan bahasa

scha said...

hidup tak selalu indah..
hati yang sakit, di uji..
akan mendekat kan kita dengan Pencipta..
tapi..
apabila bahagia singgah..
tiada lagi sujud dengan tangisan di malam pekat..
sesungguhnya manusia itu mudah lupa..
termasuk la saya..
:(

Dahlia Mazelan said...

kebahagiaan memang susah untuk dimiliki..

kecuali kita berusaha untuk kekal kan yang terbaik...

Sara Musfira said...

rinduuuuuuuuuuuu ehh?

=]

BudAk hijAu said...

mendalam!

apisz said...

rumah bahagia sentiasa menunggu...wakakakka

munira anis said...

saya rindu kesusahan zaman sekolah...

NA. said...

"aku rindu untuk merasa bolong.
kerana kesenangan sentiasa membikin manusia lupa...."

haih
setuju ni kak fynn

LaDy_ZeRa said...

rindu juga pada kebahagian yg dicari.

dan semoga kebahagian itu kekal dan takkan buat kita alpa dan lupa..

Anonymous said...

apakah itu kebahagian hakiki?

(boleh x kak fynn buat sajak pakai tajuk ni?)

terima kasih.

dumdum said...

haha saya ketawa pahit baca entry kakak yang ini. memang, saya juga seperti kakak kadang2. jadi rindu pada yang dirindu sebelum ini.

jadi rindu pada chenta yang naif,yang skema,yang hidupnya cuma ada buku dan keluarga,pada polosnya hati mudah percaya dan akhirnya kecewa bagai nak gila.SEDANGKAN dulu, kebahagiaan sekarang yang saya impikan..

haihhh..kenapa ya kakak? dah tercapai impian dulu2 tapi kiranya masih ada yang belum lengkap..bahagia itu memang milik DIA yang abadi kan kakak..

Farah said...

kak fynn...
buku merah tak tiba lagi dipintu rumah...
ada masalah sama pos laju ke???

=.='
(farah azyyati)

ndrh edzn said...

kosong bolong yang sungguh indah...
:)
indah!!

Anonymous said...

ya, kerinduan pada kelam yg mengusutkan, menyalakan jamung iman diri

Anonymous said...

ala fynn.
buat pertama kali aku rsa ko bbtul berpuisi.
isk sgt dlm smpai aku tak brape faham.

tp takpe.
puisi ko slalu ttg yg indah2 saje, cantek2 bahasanya. tu yg aku suka.

Anonymous said...

yeah kesenangan membuat kite lupe..
last weekend went sumwhere..
hampir diragut..
sebab leka dan lalai..

damn!

tapi alhamdulillah xde ape2..

missing the "good" old days eh kak fynn?
its nice to reminisce our past sebab it made us who we are today..

Firdaus said...

kebahagiaan memang mengalpakan..

a s m said...

huhuhu

Anonymous said...

salam
k fynn, lama tak tinggalkan komen.
ujian itu datang dalam dua bentuk. bukan hanya kesusahan, tapi juga kesenangan.
dapat bayangkan? kesenangan itu juga satu ujian. sebab dalam senang, kita mudah lupa. dalam susah, mudah cari Tuhan, kan?
jadi kena sentiasa beringat, istighfar.
semoga berbahagia selalu.

Anonymous said...

menyentuh.
;)

Eerie Liuvyx said...

siapa kata bahasa melayu tu tak indah dia memang orang paling bodoh kot.

sungguh dalam maksud penulisan kak fynn..

saya addicted=)

Anonymous said...

Gua happy selalu lah...:( sorry gua tak dapat rasa sedih atau rindu mcm jiwang korang...haha
segalanya indah belaka...dan keindahan sampai ke petang..


Hidup ini kebahagian hakiki..if your rent is late and your landlord want to litigate...don't worry, be happy...