aku rasa semua kita bangkit tidur dan di antaranya dengan gaya cara yang serupa.
penuh bohong2 dan hipokrasi.
tidak pernah ada masa yang kita seratus peratus setuju sama ayahbunda.
tidak juga ada waktunya yang kita mengangguk seluruh jujur pada teman setia.
lalu apa lagi sama insan2 keliling yang kita fikir tidak berapa relevan sama kita?
namun atas dasar hidup-bukan-habis-hari-ini, kita sabarkan dan cuba pejamkan mata. yang mana akan memungkinkan sesuatu yang implosif itu menjadi satu perkara yang lebih horifik dari kombinasi atom hiroshima dan misil nuklear di gaza tempoh dulu.
meminjam literal rekaan manusia2 penipu, konsep di atas dipanggil 'bohong sunat'.
tapi untuk kelihatan lebih kool, aku cadangkan kita gantikan ia kepada perkataan 'diplomasi'.
apakah perlunya kriteria itu dewasa ini?
banyak.
(diplomasi di sini akan aku bualkan secara longgar: menjurus pada konteks negosiasi yang didasarkan atas kepentingan pihak2)
1) diplomasi itu bagus supaya kau bisa pergi jauh.
perlu diaplikasikan dalam fahaman kita semua, kebenaran sentiasa menghadang progresi sesuatu cambahan. sedih, tapi inilah kebenarannya.
kau cakap betul,
kau kena pangkah.
kau cakap pusing,
orang takkan bising.
melainkan kalau kau sudah ditangkap.
haha.
susah, kan?
baik cakap benar. tapi teruslah hidup ditakuk itu. dan nantikan rezeki dari batu.
oh dilema.
seperti seorang perempuan yang hidup dalam onar. berkahwin sama lelaki yang menerima kisah silamnya, yang sama2 sejarahnya tidaklah molek mana. dan dua belas tahun selepas berkeluarga, diketahui sang mertua perihal itu. di ketika dia sudah jauh bukan si jahil itu. di waktu cinta pada tuhan sudah meluap2 dan tiada lagi malam2 pesta di hujung minggu.
kasihan.
yang dipandang cuma yang busuk dulu.
tapi soalkan. kalau dikhabarkan dari awal tentang siapa dia itu, apakah ada mungkin dia dibenarkan menikahi lelaki itu, yang secara ajaibnya membikin transformasi seorang yang nanar kepada soerang yang mencuba ke arah keabadian cinta akhirat?
tak usah bohonglah.
mana ada mak bapak yang sanggup ada menantu macam hantu.
2) diplomasi itu bagus untuk menjadikan kamu orang bagus.
tidak ada sesiapa yang suka sama drama queen. terasa sedikit, sudah bertempik. tersinggung sedikit, sudah merapik. kau perlu sentiasa senyum, pegang bahu sang penyakit hati itu, dan ucapkan dengan penuh professionalisme, "it's okay".
sesiapa pernah bercinta, pasti akan menghadap situasi ini:
"u sengaja ....(isi tempat kosong)..."
"habis, u yang ....(isi tempat kosong)..."
"u itu hari ....(isi tempat kosong)..."
"oh. kalau i, u ingat. u tu! ....(isi tempat kosong)..."
kemudian kamu berdua terdiam. tempoh di sini bervariasi. ada yang lama. ada yang sekejap. tapi akhirnya:
"i yang salah"
"tak. i yang salah"
"tak. i"
"tak. u betul. i"
berterusan sampai muak.
dan akhirnya, siapa yang menang dalam pertandingan siapa salah itu, dia nampak lebih mulia. semua ibu bapa anak melayu pernah diajar, beralah itu sesuatu yang terpuji.
betul, kan?
3) diplomasi boleh menaiktaraf imej seseorang kepada desirable, seterusnya popular.
nama lain bagi perkataan ini adalah kepala-sempoi. ramai anak2 (termasuk aku, di seketika dahulu) memimpikan ibubapa yang lebih santai dan memahami.
memahami yang aku itu remaja, dan aku ada hendak untuk lepak pasaraya sama kawan2, dan bukan pulang sebelum jam 6 petang.
memahami yang aku malu bila ditelefon di rumah2 terbuka kawan di hari raya, untuk bertanyakan berapa banyak lagi rumah untuk dilawat, dengan tona suara keras.
memahami yang aku boleh jaga diri meski pun keluar berdua sama kawan lelaki yang minta nombor telefon aku beberapa hari lalu.
memahami yang aku benci memakai baju sama setiap kali keluar sama kawan2, yang terpaksa aku kumpul2 wang demi membeli sesuatu.
mimpi untuk memiliki ibu bapa yang layaaaan seperti mummy daddy liza atau tiya yang selalu okay bila berbual tentang boifren, yang terbuka untuk berbicara tentang konsep intimasi dan puberti.
orang2 yang begitu begitu kool.
menjadikan mereka yang tidak begitu, tidak.
----
maksud diplomasi secara literalnya (selain dari negosiasi berdasar kepentingan tadi) adalah secara bijaksananya mengunci kepentingan.
wow.
dua frasa yang sangat gergasi.
1) secara bijaksananya
2) mengunci kepentingan
bermakna, orang bodoh tidak mungkin mampu menggunakan teknik ini. ah, tapi memang benar pun. mana ada penipu yang bodoh. semua pembohong adalah orang pandai. dan keuntungan di sini berjaya dikunci. disemat.
secured.
gila, lah.
padanlah semua orang zaman ini perlu bermuka2.
sebab kalau tidak, susah.
okay.
sekarang aku faham.
hubungan kita sama ibubapa banyak masanya diplomatik.
sebab duit dari mereka.
dan airmuka mereka pada kita.
hubungan kita sama kawan2 lepak banyak masanya diplomatik.
sebab kita perlu teman berbual di masa susah.
dan mereka perlu duit ketika susah.
hubungan kita sama kerajaan banyak masanya diplomatik.
sebab kita hendak guna barang dia.
dan mereka hendak ugut kita bila dia suka.
eh kejap.
tapi,
ada masanya kita tak perlu duit mak abah, tetap kita jaga maruah kita.
ada masanya kita perlu teman berbual masa senang, tetap juga mereka minta duit kita.
ada masanya kita buat bangang dgn harta kerajaan, tetap depa buat tak tahu juga.
oh dem.
aku kembali tidak faham semula.
aku harap makbapak yang tidak diplomatik ini buka laman web.
senang anak2nya beri komentar2 najis nanah bisul di situ.
inikan zaman moden.
semua ada hak bersuara.
bagus juga kemodenan.
bagus sekali freedom of speech.
kita tahu apa kita cakap.
kan?
op. terlalu diplomatik ayat tadi.
sini, aku hendak rephrase:
moden macam mana sekali pun,
kalau dah perangai bangsat,
kalau hidup dengan kurang ajar,
kau tetap nampak kampung, lah.
"angkat.
maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
kalau tuhan pun dah kurang mendapat tempat dalam hati,
kejadahnya kita nak setia pada raja.
apa lagi nak luhur pada perlembagaan.
undang2 nak daulat apemende.
sopan dah lama jadi kenangan.
kita hidup bohong diri sendiri,
macam semalam, sekarang, macam tadi.
diplomatik la sampai mati.
kata nak hidup lama.
27 comments:
betol tu kak fynn..
nawaitu kene betul..
;)
salam
depend juga pada dasar diplomasi itu tujuannya..ha3x..
1st time membaca sesuatu yang panjang tapi pendek pada dasarnya..
kao mmg sesuatu fynn
hahaha(aku kene mengaku perempuan itu jitu bila terlalu lama berkematu) hahaha
salam perkenalan dari ako hahaha
salam,
dear kakak, apa yg saya mau suarakan, lebih separuhnya sudahpun kakak laungkan di sini. jadi, terima kasih :)
Bila diplomasi jadi diplomaSIN.
Bila diplomasi jadi diplomaTAIK.
Bila yang hipokrit jadi haprak tapi tetap dijulang tinggi.
Bila yang jujur, lurus bendul tertewas dalam ejekan dan tertimbus dalam tanah yang diinjak orang-orang sendiri.
Yang sedar dan melihat terpaksa pula memilih untuk menjadi yang di atas, atau yang di bawah.
Akhirnya terpaksa berdiam dan membuta tuli juga.
Haih lah dunia. Tsk tsk.
wow..
kak fynn..
u're really sumthing..
i'm proud of uuuuuu~~~
blog ini sangat dasyat, ahaha...
sis Fynn memang lantang tentang ni.
memang kena pada tatarias dunia kini.
mksud saya bukan setakat Malaysia tapi dunia.
kalau diplomasi tak wujud,
mustahil juga dunia menongkak dagu.
sesama agama berbaling maruah;
yang harus ditamat tetap berpanjang.
kalau diplomasi tak wujud,
mustahil juga dunia mendabik dada.
peluru berpeleseran di mata;
mahkhamah pula tentetan cerita.
kak fynn, kamu sangat brilliant. ayat kamu memang bagi kesan suruh orang berfikir :)
sy ke restoran anda hari tu. anda tiada. ns goreng western (chic) hehe adalah sedap. apa kata next time gravy nye di letak lebih? atau, atau boleh sebenarnye mintak extra? i shouldve ask for extra gravy, shouldnt i?
hi kak fynn..
blog akak wat sy byk berfikir..
thanks...
teruskan menulis...
p/s: harap bole sy link blog akak ke blog sy yer...
betol..betol..betol..
(bukan iyer kan sebab ko fynnjamal)
tapi mmg betol pon.
keh,
mmg diplomasi pentg certain pekara
kene alami baru ley tulis
mesti da bnyak alami kan
suke yang last tu,
memang kalau agama dah takde,
semua akan jadi biyul
sokong-sokong
deep. kene bagi kat nizar, najib dan ngeh.
ya saya setuju.
kawan2 aku selalu guna ayat pancung..
donia semua tu..hehe
dalam faham syiah, ia disebut taqiyyah..antara cabang yg ditentang kuat ulama' sunni..
ah label! Tuhan tak tanya apa agama pada IC kita kan?
yes..
diplomatik yang di kotak katik sekarang.
*inilah malaysia.*
akak,sy suka akak nye tulisan..btw,kalo ubah sket yg bwh tu,kata nk hidop lama.lebih sdp..sbnrnya sy kurang tgkp mksd pkataan tu di situ..=)
keep writing!!
You right kakFynn. saya pun sometimes dah penat nak ckp pada sesetengah orang itu, bila lagi nak bangkit.hmmm
sgt hebat
*dah tatau nk ucap ape*
paling suke part bawh uh.
TUHAN juga y paling penting sebenarnye.
every blog mesti blog baru..
syabas beta..
ape kate terbitkan buku,
mesti terhangat dipasaran,
keep it up!
bende tu dah jadi sebahagian daging orang2 zaman nih...
cakap terus kene pangkah...
cakap pusing ko slamat...
tak gitu?
nawaitu kene btul...
tu je...
da lama baca cume sekarang br dpt peluang nak komen.
setuju.semua diplomatik samada hitam ataupun putih. (mcm jawab soalan kuiz kat tv selepas tekan buzzer)
betulllllllllllllllllll sgt!!!!!!
anda adalah antara pemikir2 hebat bg saya.. sgt memahamiiiiiii
"moden macam mana sekali pun,
kalau dah perangai bangsat,
kalau hidup dengan kurang ajar,
kau tetap nampak kampung, lah."
hai fynn, lama tak komen kat sini
hanya membaca dalam diam.
tengok kau kat maskara tempoh hari. Aku ada angkat kepala and senyum kat kau. tak taulah kau tahu itu aku atau tak. rmabut baru katakan haha..
back to the topic:
dulu aku mengaku aku juga selalu label orang "kampung" bila mereka berlagak jakun atau berketerampilan lain daripada aku dan juga manusia yang aku pilih untuk berkawan.
dulu aku cakap aku tak suka judge orang but then aku terfikir, "kenapa perlu aku menghormati orang berdasarkan kelas-kelas tertentu yang aku dan majoriti masyarakat tetapkan?"
kita semua adalah unik in our own way. preference setiap org berbeza dan siapa kita untuk cakap pilihan kita adalah yang terbaik?
yang terbaik hanya ada dua.
Al Quran dan Sunnah.
oho...bagus jugak topik tu..boleh suruh local U buat course baru..Diploma in TIK..sapa mau enroll?
kak fynn, apa yg kak fynn kata semua nya benar benar belaka, semua nya berlaku dlm hidup kita sendiri...
bila saat gembira disitu ader temannye,
bila saat suka duka, tak de sorang pun nak ambik tahu..
sungguh penuh dengan pengajaran yg tepat :)
good idea expansion..
heheh.
Post a Comment