Monday, March 31, 2008

anugerah matahari popular

takky ada tiket abp 2008.
aku kat tv pon tak pernah nak tengok anugerah2 sampah, tiba2 nak naik genting semata2 nak layan artis2 lalu lalang dgn pembaziran beribu2 semata untuk karpet merah?

tp ada ira, mike, yanti dan didi.
maka layan sajalah.

teringat masa panjat bukit genting dengan kecy awal tahun ini. sebak gila. rasa macam kena pijak hati di setiap dua mililiter perjalanan.

kat situ.
kat sini.
kat sana.
kat sinun.

sampai atas, bergembira dengan kamera takky dan mike yang harganya setimpal dengan berlian permata fasha sandha. lagi berbaloi. bukan setakat dirantai ke leher, bisa juga lensa2 itu mengambil wajah2 kandid kami.

sebelum masuk ke pentas abp itu, terpandang seorang jejaka persis wajah matahari. senyum sama. kulit sama. gelak sama. manis sama. kelakar gocoh sama.

bezanya, dia suka juga sama aku.
matahari tidak, kot..?

takky, yang dari awal perjalanan dari kaki bukit memaksa aku ceria terus pergi pada anak itu lalu mengajaknya duduk sekali bersama.

dia setuju.
aku layan.

sepanjang majlis yang macam najis, kami berbual.
sehingga habis majlis, masih berbual.

kemudian tinggalkan anak itu kerana kami mahu turun awal: tidak mahu bersesak. rancangan seterusnya adalah makan2 di tmn melati.

dalam 30 minit selangnya, kembar matahari yg sedang di atas puncak turut mahu serta.
sukahatilah. bagus juga.

habis makan, semua pulang.
anak itu mahu terus berbual.

maka lepak2 disambung di damansara tanpa takky, ira, mike dan yanti.
cuma ada didi dan aku. dua perempuan ranap.
cuma anak itu dan temannya. dua lelaki manis.

pagi dtg, dan aku dan didi pulang ke rumah kosong yang masih ada roh matahari.
kerana itu lebih menenangkan.

dan anak itu?
tak apalah.
mungkin tahun hadapan.

maaflah kalau aku bukan kaki poya2 seperti yang kamu mahukan, manusia2 di luar sana.
benar, mungkin berteman baru itu akan membuat aku lebih tenang.

tapi:
aku virgo.
aku pemuisi.
aku setia.
aku bodoh.

mana sampoerna aku?

Friday, March 28, 2008

entri bohong2

bohonglah kalau aku kata aku okay dengan kebahagiaan baru dia.
bohong sgt kalau aku kata aku gembira melihat dia gembira.
paling dusta bila aku kata "ye, kita boleh kawan mcm biasa2"

sebab bahagia dia seharusnya bersama aku.

tapi tidak apalah. sekurang2nya bila dia di depan aku (yang ternyata begitu plastik menjadi seorang kawan), aku bisa curi2 pandang mata dia yang aku rindu, gelak dia yang pasti sudah mula diberi pada orang lain, hidungnya yang pernah memberi nafas pada aku, baunya yang takkan aku lupa terlekat di pergelangan baju aku pada setiap salam berjumpa dan berpisah.

apa yang kamu cari, matahari?

gadis hebat bagaimana yang mampu memberi kamu ketenangan? lafaz cinta sayang bagaimana yang bisa menggantikan puisi lagu aku buat kamu? genggam tangan bagaimana yang boleh menggoyah keikhlasan rasa aku pada kamu sehingga kini dari dulu?

bohonglah kalau aku tidak mahu melutut dan merayu kau pulang.
bohong sgt kalau aku mampu senyum setiap kali terpandang adorasi manusia pada kamu.
paling dusta bila aku katakan "semoga bahagia"

sebab aku tidak rasa ada orang lain yang mampu memuja engkau seolah aku.

dan aku rasakan segalanya tidak pernah adil.
mana bisa seorang yang tidak pernah kenal kamu tiba2 menjuih rasa?
meluah cinta merakam sayang pada kamu?

"saya tidak mahu serius pun, fynn. belum mahu ada rasa"

ye ye. kamu mahu cari tenang tanpa sesiapa. aku mengerti.

*diam*

tapi dengan berjuta manusia datang menjaja, takut aku menyaksikan bibit rasa kamu bertaut pada bibir palsu mereka2.

yang hanya mahu kamu yang sekarang ini.
yang sudah gah.
yang terlalu hebah.
yang sangat terkenal.
buat aku sebal.

entahlah.

kadang2 aku rasa aku mahu saja kekalkan kamu yang dulu. yang kosong dan tidak punya apa2, melainkan aku. kerana saat itu memberi bahagia pada aku, dan aku berkolek di dunia ini dengan setiap inci kenangan yang aku masih pegang.

hingga hari ini.

benar, aku sudah tidak lagi meminta2. tidak lagi menagih sayang. kerana aku yang aku pamerkan sudah begitu keras. sudah begitu kuat. ternampak begitu tidak mempeduli.

walhal di setiap 6 saat, aku ingin memegang kolar kamu dan bertanya "mengapa?"

bagus juga kawan saya (yg di entri semalamnya) itu sedang hancur. maka saya perlu berlakon 5 kali lebih kuat kerana rasa tanggungjawab untuk menjaganya meluap2. memberi nafas kekuatan. memberi gagah.

dan andai aku sendiri lemah, bagaimana bisa aku bantu dia untuk bangkit. kan?

*termenung dan melihat ke luar tingkap*

ingat mahu pulang ke kampung. jumpa abah. terlalu rindu. tapi takut diketahui kesugulan diri. berat sekarang yang sudah 45kg, berbanding tahun baru cina dulu yang 53kg. lebih menarik, aku adalah manusia yang tidak reti berbohong.

sehebat mana aku ber-freestyle di atas pentas, aku akan terkebil2 bila mahu berbohong. mata aku akan lari2 dan rasa belengas tiba2. mula menggigil.

mesti kantul.
jadi baik aku duduk di sini.
dan melayan hati, memboboknya untuk kental.

tetap, kita akan jadi teman yang rapat, wahai matahari.
andai itu yang kau mahu.
andai itu.

alhamdulillah, aku rasa aku mampu.

*terkebil2. mata lari2 dan rasa belengas tiba2. mula menggigil*
ah, kantul lagi.

Thursday, March 27, 2008

untuk kawan aku yang sedang bergelut.

betapa mudah manusia menggantikan cinta.

seorang kawan aku sedang merana. kawan2 semua kata "dia tak pernah menangis. entah bagaimana dia tanggung kesedihan dia itu"

tapi hari2 menangis di depan aku. kasihan.
tidak apa, rahsia kita.
menangislah.

kadang2, kalau kau tunjuk sayu kau depan orang pun, mereka bukan boleh faham.

aku tak pernah memaksa kawan aku itu tinggalkan jejakanya. sebab aku terlalu mengerti rasa dipaksa melupakan sesuatu yang kita percaya.

"mamat itu syaitan. lupakan dia"
"mamat itu kejam. ramai lagi."
"mamat itu celaka. cari lain"

ingat senang, agaknya.
tak apa, dik. selagi aku ada, aku akan layan hati kau. itu yang kau selesa, kan?
satu hari nanti bila kau dah penat, kau akan redha.

kawan aku diganti untuk perempuan yang jauh lebih hina. kaki arak, tidak layak cantiknya, ciri2 sundal abadi, segala. setimpal dengan iblisnya si jejaka.

faktor yang membuatkan kawan2 semakin yakin untuk memaksa kawan aku lupakan sang teman lelaki.

tapi sayang itu bukan sesuatu yang mudah2 dilupa.
dan untuk sesetengah perempuan seperti kami, buatlah apa saja, rasa yang kami rasa ini payah sekali mau mati.

cumanya, ia sedikit2 membunuh kami.

aku sudah tidak tahu hendak menulis apa. rasa kosong dlm jiwa, rasa biasa2. aku ini ibarat enjin yang bergerak atas motor rasa jiwa.

dan bilamana hati aku ini sedang begini, tiada makna seorang fynn jamal itu.

haih.

perempuan ada dua jenis:
1) mangsa
2) sundal

ramai lelaki mahu memangsa kategori yang pertama. untuk dijadikan calon isteri, kan?
ada lelaki di luar sana yang lebih gemar perempuan yang murahan. untuk berkawan2.

ada perempuan memilih untuk kental dan menjual mahal.
ramai juga yang keluar menggatal dan menyundal.

bohonglah jika benar kita bisa kategorikan orang. mana ada manusia terbahagi kepada kumpulan A atau B. setiap orang berbeza. kerana rasa itu tidak pernah sama.

seperti aku yang katakan "aku faham, dik". gila, apa?
rasa itu milik kamu. cuma kamu yang tahu.

apa yang kamu mahu jadi itu terpulang pada kendiri kamu.

aku cuma bisa mendengar, kawan.
kerana aku tahu bagaimana rasa sunyi itu.
tanpa sesiapa mengerti kamu.

kuat. kuat.

tidak apalah kalau kita diganti. harapnya gadis baru itu bisa menjaga cinta kita itu dengan manis, seolah kita tatang dia dulu.

kuat. kuat.

jangan diharap. cuma kuat.
tuhan itu adil.

seorang kawan pernah ckp pesanan neneknya, yang mana digunapakai ketika mahu menasihatkan aku sejak dua tiga minggu lalu:
"kalau kita sayangkan seseorg itu, kita harus terima andai kita tidak disayang semula"

aku jawab:
fakyu.

Monday, March 24, 2008

hello, fynn jamal.

malam ini,
jam 12:10 pagi selasa,
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
saya lafazkan:

selamat bahagia.

dan sekarang saya kira, nur affina yanti yang kamu kenal, atau fynn jamal sebagai pseudo saya, akan mulakan hidup yang sudah membuang rasa.

pada matahari yang memang tidak mungkin sudi.
pada kawan2 yang pernah berjanji tapi pembohong hati.
pada kamu2 yang tidak mahu untuk mengerti.

sedikit, pada tuhan.

tidak, saya tidak buang agama saya.
shahadah saya tetap pada dia juga rasulnya.

tapi begini sajalah,
saya sudah penat.

penat mengongoi dan menangis.
meminta2 pada tuhan.
meminta2 pada dia.
membisik2 pada langit.
membisik2 kisah cinta.

kerana buat apa aku bohong lagi pada hati,
ia satu yg tidak mungkin.

selamat datang, fynn yang asal.

perempuan kejam dan bengis.
pembenci dan manusia ganas.

si sundal.

mahu aku gagah dan tidak berairmata, kan?
nah.
aku bagi.

Sunday, March 23, 2008

teman tapi mesra? boleh lah.

seolah tidak cukup tuhan yang esa memberi dugaan pada aku.
teman baru matahari menegur seolah kawan lama pada aku.
mahu berkenalan.

okay.
lalu mengaku "ya. kami teman tapi mesra. boleh lah..."

sayu.
sebal.
sampai hati, tuhan.

sudah ada peluang kamu ambil nyawa aku tempoh hari. sudah begitu hampir.
kenapa sanggup kamu gantung2kan rasa terhenyak aku ini di fikiran?

tidak, kamu tidak kejam tuhan. cuma aku yang gagal melihat fungsi segala kejadian yang kau plotkan di keliling aku ini.

aku masih buta, ye tuhan...
atau kamu masih mahu duga?

kelakar ke, wahai 'oh chenta nya'? bercerita2 bahagia, sambil mahu menjadi teman saya? benar, dia lelaki hebat, tapi perlukah kamu berkekeh di depan saya? kenapa tidak mahu kasihan?

*diam*
benar.
dia hebat.

aku lebih tahu.

*menguat semangat, menampal senyum, berlinang airmata*

aku telah cuba tersengih pada gadis itu. telah cuba membuai rasanya yang enak bercerita, seolah dia kawan baikku yang tahu banyak tentang aku, melalui matahari. apa aku diolok-olokkan ketika kalian bergurau sama? apa aku dibahan cerita berdua?

syaitan, hentikan bisik kamu!!

*diam*

sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan

*diam lagi panjang*

-hati, sudah ranapkah engkau?
-belum.
-ranaplah.
-belum.
-sampai bila?
-nanti.
-penatlah.
-belum sudi.
-kamu mau apa?
-kebahagiaan dia.

dan jika kebahagiaan dia bukan dengan aku, harus aku bangkit sama dah menyorak.

dia sudah pergi, fynn.
dan kau sudah hancur.

tiada siapa mahu beli pasu sompek.

Thursday, March 20, 2008

kemalangan strike two.

kalau aku ckp, sumpah kalian akan menjerit: "HAAAAAAAAAA?"
maka sebelum aku lafaz, sila bertenang.

sedia?

hello, kawan2. saya eksiden lagi.

selepas selang sehari.
kali ini saya yg memandu.
dan fatin di sebelah, ada sekali.
bukan di mana2 pun, di depan universiti saya.
elok2 keluar dari pak guard.
cuma kerana hujan lebat, saya kira.

dan kelisa saya yang saya sayang itu, jahanam.

untuk lebih menarik, saya yang puncanya. hentaman melibatkan 3 kereta.
kereta sudah tamat bayaran tahun lepas.
kelisa saya 3rd party, maka tidak boleh claim.

saya perlu cari sekurang2nya rm 4 ribu untuk membawa kereta keluar dari bengkel.
*gelak besar berguling2*

oh indahnya dunia saya.

kereta terlambung sedikit ke depan dan belakang. momentum terlalu hebat, ranap segala bahagian depan. semua kerana aku terlalu rapat dengan kereta depan, memimik kelajuan kereta depan.

kerana itulah, bila dia brek kecemasan dan melanggar kereta pertama, aku menambah keseronokan melanggar kereta kedua. yang kesiannya, kereta pertama dihentam dua kali.

apa2lah.

aku terus telefon arm, kerana dia punya teman yang bekerja towing. ingat tak? kemalangan yang merapatkan kami itu? ya, abang towing itu.

arm datang dengan ocham. berdua, mereka selamatkan kami, seperti biasa.

sampai2 saja, arm terus ke abang2 bertrak towing yang sudah tiba awal, yang sedang berebut mendapatkan hak membawa kelisa aku ke bengkel. aku serahkan semua pada arm.

ocham terus dapatkan aku, dengan tenang wajah dan begitu manis. "dah takpe takpe. nak jadi dah kan". di bahunya, semua serabutan hilang. aku sedut udara tenang dari perspektif menongkat dahi di lehernya.

maaf susahkan kalian.
terima kasih kerana datang...

selepas itu, aku jadi redha.
tak menangis, tak emo, tak rasa apa pun semalam. begitu cool. aku tenang gila, rasa kelakar sahaja.

ke balai polis untuk buat laporan. abang sarjan yang agak kurang ajar membuatkan ocham nak bangkit dan membantainya. ceritanya begini, kami di luar pejabat. tiba2 datang seorang tua yang sibuk bertanya aku tentang kemalangan sambil marah2. bajunya kotak2 berwarna merah. sambil hisap rokok. mana kami tau dia sarjan.

tanya2 aku macam menggertak pencuri. ocham panas. kemudian dia ckp "abang nak tanya elok2 la. dia baru lepas eksiden. rilek2 la"
kemudian dengan emosi, sarjan itu terus menempelak ocham "engkau sapa nak ckp mcm tu. aku tanya kat sini, kat dlm aku malas tanya lagi!!" *terus meleret2*

aku terus gunakan suara gadis manja memujuk sarjan lahanat itu ke dalam. takut apa2 pula yang jadi pada ocham. takut ada sebentar itu.

"pemandu je masokkk!!!!!" tengkingan macam aku ini membunuh anak kecil 5 tahun. aku rasa dia sound kawan2 aku. dasar bangsat.

di dalam, aku berlembut seolah aku ini anak dara tanah melayu terakhir.

"jgn la marah bang. kawan2 saya risau. mana kami tau abang sarjan kat sini"
"jangan la kurang ajar dgn aku" *masih keras*
"saya minta maaf ye bang. saya tgh blur. mereka kesian kat saya"
"lain kali..." *semakin melembut*

dan semakin gatal.

aku terpaksa senyum rm 50, sebab aku malas nak dipanjang2kan cerita. patutnya di dalam ofis kami bicarakan tentang kemalanga, sarjan ganyut itu boleh cerita tentang telefon RM 3 ribunya, tentang motor besarnya, rumah yang mahu dibelinya, makanan kegemarannya.

tiap2 kali aku tanya "lama lagi ke bang? saya nak picit duit dulu dlm bank"
"nanti. banyak lagi kerja ni"

lalu dia sambung cerita tentang dia di lahirkan di Benut kerana bapaknya dah tak sabar nak pancut.
terdiam aku. cerita dlm kain pun dia buka.

parah aku nak tampal muka manis ni. aku paling pantang dgn orang (yang bukan kawan2) yang tidak pasal2 melucah dengan aku.

selesai semua, kami ke tesco. ocham dan arm mahu ke pulau perhentian. aku sepatutnya terlibat sekali, tapi memandangkan kawan2 Hujan mintak aku teman roadtrip ke perlis dan perak, aku lepaskan peluang ke pulau yang sudah pasti akan jadi begitu kool.

tidak apalah. tolong kawan yang memerlukan dulu.
lagi pula, ada ira.
*seronok punya*

sedang2 itu, tiba2 saya terdengar cerita matahari yang ada teman2 baru.

*diam*

senyum lebar sejauh 15 kilometer. kuat, funn. kuat semangat!
adakah kerana itu dia sudah tidak mahu sama saya?

*termenung*

terus senyap di tesco. terus diam. terus sedih. terus sayu.
sudah diganti saya ini, matahari?

tanpa buang masa, sy minta diri dr kawan2. saya , tanpa segan bertanya pada matahari:
"kenapa tidak cerita sendiri..?"
"kawan2. tidak ada apa2 pun"
"padanlah suruh saya pergi..."

senyum plastik. cuba gagah. air mata saya seka dr mengalir ke pipi.

"oh, lupa pula. siapa saya untuk mengambil tahu"
ngeeeee - aksi wajah saya yang masih seperti polistrin.

matahari kisahkan tentang situasi sebenar. tentang mereka yang kawan2 biasa. yang belum ada pun hatinya untuk mana2 mereka. yang memang tidak ada apa.

berbual tersekat2. berselang-seli dengan bermenung.
dalam 30 minit, kawan2 jumpa aku yang di luar itu. tanya: "ok tak?"
aku senyum pahit.

"fynn. belajar percaya. setahu kami, memang tidak ada apa2"

aku toleh pada ocham. "redha ajalah, kan?"
ocham gosok2 bahu.
"haih, fynn ni"

kami ke burger king selepas itu.
makan yang tak serupa makan. aku lebih risaukan matahari berbanding kereta.
boleh pula begitu. haha.

sedang lepak di luar, meninggalkan kawan2 yang sedang makan di dalam. tiba2 dapat soalan dari matahari:
"saya ni jahat, kan?"
"tidak"

diam agak lama.

saya pula tanya:
"saya ini bodoh, kan? terhegeh2?"
"tidak"

diam lagi.
"tidak terhegeh2 pun"

saya senyum.
"bisa ajarkan saya bagaimana mahu buang sayang dalam hati, macam kamu buang sayang pada saya?"
"siapa kata saya sudah tidak ada rasa pada kamu?"

dalam hati saya terus teringat kawan2 baru matahari. pahitnya senyum aku, lebih hitam dari kopi turki.

"saya tidak ada apa2 dengan sesiapa. belum ada niat pun mahu dengan sesiapa"

saya balas dengan sayu:
"maaf kerana saya masih menyimpan rasa, ya"
"fynn, saya pun, kalau diikutkan hati, mahu sahaja jumpa hari2. tapi saya perlu berjaya dulu. tidak mahu menyusahkan kamu"

perbualan bersambung2 sedikit2. aku sudah mula redha, aku rasa. apa jua, aku mesti belajar untuk percaya. mesti kurangkan emosi yang pernah membuat matahari pergi. mesti buang suara syaitan di dalam hati.

ocham, arm dan fatin hantar aku ke rumah awal senja tadi.
malam ini ocham, arm dan acha akan ke pulau perhentian.

hati2, sayang-sayangku. pergi dan balik dengan selamat. ada rezeki, aku ikut kalian di lain kali.

matahari kini berada di ufuk china. entah apa khabarnya. bersama bintang2kah? bersama kekabu awan?

aku percaya madah kamu. aku percaya kerana kamu.
biarlah rasa ini aku genggam sampai telapak tangan aku kebas.
jadi selagi aku masih mampu, jangan sesekali kalian cuba libas2.
entah kenapa, aku rasa apa yang aku rasa ini benar.
kenapa tiada siapa mahu percaya?

rasa cinta itu sesuatu yang tidak boleh dipaksa2.
datang pergi ia, mengukut suka hatinya.

biarkan aku.

matahari, terima kasih kerana memujuk aku atas tempoh hari.
kerana terlalu risau, kata kamu.
kerana masih peduli.

terima kasih.
cukuplah dapat berbual sama lagi.
cukuplah melihat kamu ketawa dan bergurau2 lagi.
cukup.

semoga kamu dilindung tuhan di ufuk sana.
saya cuba kuat lagi.

mungkin saya patut mandi bunga.
untuk kelisa, kerana asyik kemalangan sahaja.
untuk diri sendiri, kerana asyik tewas sahaja.

matahari, jaga diri.

Tuesday, March 18, 2008

tentang kemalangan yang sepatutnya mencacatkan wajah saya.

semalam aku menyinggung matahari rasanya.
dia terus tutup ym begitu saja.
sebelum keluar itu, dia tidak membalas bualan selama hampir 10 minit.

saya terkontang-kanting.

dasar mulut bodoh, kau ini fynn.
lihat, kau sudah mengeruh suasana.
bangang.

duduk di dalam rumah yang sunyi, waktu hujan lebat, aku jadi panas pinggul.

jam 6 lebih, mahu gerak ke rumah Mike di tmn melati.
malas hendak redah tol sg buloh yang sesak. aku pilih jalan pj.
sama sesaknya. malah lebih teruk.

bangang.

hujan terlalu lebat di sekitar sini semalam. seolah memadankan muka yang tidak reti menjaga jiwa matahari.
ah, serabutan.

kebetulan, teman telefon minta ke UM. bantu bikin translasi untuk filem indie rock darling. sms mike, aku kata aku akan tiba sedikit lewat.

dalam jam 8 lebih, aku teman seorang taulan yang mahu ke subang jaya. ambil barang katanya. aku katakan hujan yang menggila ini, hanya org sewel saja yang sanggup redah.

dia melawak: takpelah. kalau eksiden tetap selamat. sebab tidak mungkin meletup. air hujan banyak.
aku gelak 20 sen.

di usj, lawak itu makbul.

terima kasih pada kakak pertengahan usia yang tiba-tiba brek tanpa memberitahu. memang kau hebat dengan mpv kamu, berbanding kami yang bersatria neo bodoh. hebat kerana kau suka2 berhenti kecemasan di tengah-tengah hujan pejus.

sedar2, kepala aku sudah di atas brek tangan. terima kasih tuhan kerana buat aku sedih tentang matahari, yang memaksa aku memakai tali pinggang keledar semata kerana rindu bebelannya berkenaan itu.

aku lihat kawan aku, iwan, sudah berderai2 darah di mulutnya. aku terdiam dan tiba2 tidak tahu apa harus dilakukan. aku goyangkan iwan, dia sedar. ramai abang2 rempit dan abang2 berkereta sudah kerumun.

"adik ok tak?"
"gerak kawan awak, dik"

adik itu. adik ini.
aku cuma melihat.
blur.

keluar dari kereta hujan masih lebat, persis dalam filem2 thriller. kepala pusing amat. pitam.

sedar2, sudah dalam kereta siapa tah.
aku cari beg, ada. aku cari iwan, sebelah.

banyak betul darah. habis baju indie dia.
bloody indie.

sampai di hospital di usj, aku pun tak ingat apa nama (rajin pulak nak tanya lokasi), iwan terus masuk bilik kecemasan. aku pula didatangi seorang attendan kesihatan.

aku biarkan orang2 hospital itu melakukan apa2 prosedur yang patut. sebelah belakang leher dan kepala memang mengazabkan. ditonyoh2 itu dan ini. diperiksa2 segala inchi.

"kamu lemah ni. terhentak pula. itu sebab pitam"
"mana kawan saya, 'acik?"
"dalam"
"dia okay?"
"berjahit"
"di mana?!"
"mulut"

sebab mulut lancang.
haha.

terus, aku sms kecy. bodohnya, aku tidak sempat mengisi info lanjut ttg lokasi dan dgn siapa aku di sini.

aku kira, yang lebih penting adalah untuk mereka tahu aku tidak teruk. bagaimana terjadi, keterukan situasi, begitu2.
tapi, selesai menghantar, telefon terus padam.

ah sudah.

aku ucap terima kasih pada pakcik segak. mata melilau2 cari telefon awam. terus bangun.

"ko nak gi mana?"
"dah, kan?"
"sini, ko kena tahan. kena rawat sikit"
"tapi saya cuma benjol, 'acik"
"kalau kau jalan lagi 5-6 langkah ko pengsan lagi. caye la kata pakcik"

pasrah. duduk dan termenung.

tapi, kan, aku bukan hafal pun nombor kecy. cuma nombor matahari. takkan nak telefon dia. takut. tadi pun dia terus diam tak semena2, tanda tidak mahu diganggu. apa aku nak cakap?

soalannya, mahukah dia bercakap?
dia semakin garang sejak dia pergi.
tak mahu aku keruhkan lagi situasi.
sabar sajalah, aku kata. sedikit saja ni.

aku minta diuruskan di bilik kecemasan. aku kata, aku tiada sesiapa waktu itu. takut jika diasingkan dari iwan. kesian iwan. dah la jarang jumpa. bila dapat peluang, kemalangan. nasib baik engkau badot.

iv drip disumbat melalui pergelangan tangan aku, anggota paling aku gemar di tubuh ini. dalam iv diletak penenang. aku tidur tanpa mimpi setelah sekian lama.

buka2 mata, iwan sudah di sebelah. di mulutnya aku nampak ada tali melipan. aku tidak tahu kira berapa banyak jahitnya. tapi, nampak macam seinchi lebih, panjangnya. lepas ni akan aku suruh dia siat bibir kirinya pulak. barulah joker macam dalam filem batman.

tiba2 aku bersyukur pada tali pinggang yang aku pasang. selama ini tak pernah peduli mahu pakai. tapi bukan pasal itu saja yang aku selamat. ketika tayar satria sudah terseret ke depan, iwan sengetkan arah kereta, supaya yang dilanggar cuma belahnya.

maka yang jahanam adalah fender dan pintu belah pemandu.
sama ada itu kebetulan atau dia benar2 tidak mahu aku yang teruk, aku tidak tahu.
yang penting, aku hutang jahitan itu.

terima kasih, iwan.

teringat saat-saat aku kemalangan dengan cham, arm, fatin dan syed. ketika pulang dari gig aku. itu titik tolak pertama persahabatan biasa yang diangkat menjadi lebih mesra. punca menjadi akrab. menjadi lebih teguh.

dan hendak dibandingkan, sekarang seolah sudah jauh.

tetap rapat, tetap hebat. cuma tidak seperti itu lagi. ye lah, semua sudah ada komitmen sendiri. takkan 24 jam mahu berkepit.
:)

jam sudah pukul 2. aku mahu pulang. aku khabarkan pada yang bekerja di situ. mereka nasihatkan tunggu sampai hari ini. aku malas. aku demam. aku tak tahu apa aku patut buat.

aku cuma mahu buka internet dan lihat kalau2 ada ditegur matahari.
aku mahu sms matahari.
aku mahu menangis.

aku katakan yang laporan polis akan aku selesaikan sama iwan. kakak mpv tidak ada bayang pun. nak lapor apa? kalau ikutkan, iwan salah kerana terlalu rapat sama mpv depan. mana kakak itu? mungkin dia tidak mahu ke balai kerana dia turut berbuat salah. pandu kereta menggampang.

aku kejut iwan.

"nak balik"
*gerak mata: 'biar betul'*
"mesti kawan2 aku risau"
*mata bereaksi hangin*
"kalau aku balik dulu, kau marah tak"
*pejam mata tak mahu layan*
"iwan, aku kena balik jugak. aku tahu ada orang risaukan aku. nanti aku kena marah"

iwan ambil telefon motorolanya yang juga sudah lama mati. (jgn beli motorola. sangat bodoh). dikeluarkan kad sim, dia isyaratkan aku untuk meminjam telefon abang2 di hospital itu. aku ini jenis tidak reti simpan nombor di dalam sim, semua di telefon. kena tukar strategi ni.

telefon kawan iwan di sekitar itu. dalam 30 minit, kawannya sampai.

iwan tidak mahu balik dulu. dia masih lelah dengan apa yang terjadi mungkin, selain mulutnya rabak dan bertali macam kasut buruk yang dihantar kedai. kawan iwan (tak ingat nama) hantar aku ke kelisa yang diparkir di UM. baik budak-budak tu.

sampai kereta, mereka tawar diri untuk hantar ke rumah. bermakna, aku tak perlu pandu. duduk saja dlm kereta. aku tolak. sudah2 lah menyusahkan diri, aku kata. pergi tengok2kan iwan.

salam2 dan ucap terima kasih. aku terus pulang. perkara pertama yang aku buat sampai di rumah adalah sms semua kawan2. aku hendak saja telefon matahari dan bercerita. mahu mengadu yang aku sakit sekali di belakang leher, di kanan kepala. tapi takut. hendak sms pun, aku mass dan forward. maka tidak nampak terlalu mahu memberitahu.

tapi yang sedihnya, aku dimarah sedikit. merisaukan semua orang, kata matahari. kecilnya hati tuhan saja tahu. bukan sengaja telefon aku itu berperangai. tiada kata lain selain maaf maaf maaf.

dekat 50 panggilan terlepas. matahari, takky, wok, lynn. terharu jadinya. lebih 20 sms dari kecy.

lepas ni, kalau apa2 terjadi, aku cuba tidak menyusahkan kalian. kalian pun tahu aku tidak ada sesiapa untuk aku khabarkan susah.maaf kerana hanya reti merisaukan.

maaf maaf maaf.

aku kan patut kuat. kenapa mahu menyusahkan orang?
aku kena cari kawan lain juga. jadi tidak terlalu membimbangkan satu pihak saja.

baik.
senyum rm 5.

kalau aku yang berjahit, agaknya macammana. mahukah kamu datang, matahari...?
sedihnya melihat kita begini.
menonton kamu yang semakin laris disapa orang.
menyaksikan kamu bahagia.

ye. saya sekadar hidup dalam fantasi.
perasan.

matahari, kenapa selalu marah2 sekarang...
saya kecil hati.

Monday, March 17, 2008

skinny merah bertuah

dari minggu lepas wok sudah pesan tentang gig hujan, meetunclehussein, elyana dan coco di rtm. kecy semua pergi. mesti aku tak lepaskan.

itu jam 8 mlm.
jam 11 pagi tadi aku sudah mula sangap.

ajak fatin lepak kl, cik mie dan acha mau ikut serta. cantiklah tu. cantik sangat.

tidak ke mana2. sekadar berjalan2 di sekitar sungai wang, bb plaza dan lot 10. tiada yang menarik pun. jalan2 bodoh.

tiba2 acha bilang, mau masuk ke rtm tidak boleh pakai hot pants. ah sudah. nak balik ke rumah memang malas. beli sajalah seluar, alang2 sudah di situ.

lepas makan di pusat penyumber wang kepada israel yang lebih manja dikenali sbg mcDonald's, aku kayuh budak2 ini kembali ke lautan orang di sungai wang.

"skinny, fynn!!"

biar betul.punggung macam jamban pecah, ada hati mahu pakai skinny, aku cakap. tp atas desakan, aku layankan sajalah.

setelah habis 10 kedai, terjumpa aku satu skinny jeans berwarna merah terang. senyum. persis seluar topman matahari. ambil. mahu cuba. tp cuma ada saiz m. muat ke?

amoi tu ckp, "tinggal m saja. l tada, maa"
try ajelah. tak muat, lantak. aku dok luar rtm, tak yah beli seluar. jimat duit.

sekali, sempurna.
(hanna: saya sudah buleh celen kamu. haha. tapi sy ttp lebih besar dr kamu la)

cik mie puji macam abah2 yang memuji anak gadisnya yang pertama kali berbaju sekolah sebelum masuk darjah satu. fatin dan acha terus suruh bayar.

angkat sajalah.

"ini kalau tak cair, tak tau lah mamat2 di luar sana"
pandai ambil hati betul kawan2 aku itu.

sudah selesai, tiba2 fatin minta mahu pinjam handycam. maka terpaksa patah balik ke damansara. chet. kalau tahu, takde aku beli seluar merah itu. tapi okay saja. saya on.

terus ke rtm sebaik habis ke sana ke mari. janji jam 7.30. seekor kecy pun tiada. melangut sampai satu2 kereta tiba. jam 8.30 baru semua lengkap. setan. janji parya betul.

matahari ada.
tersentap rasa nyawa.
pelik mahu bergerak.
suka tak tergambar.
meski dari jauh.

mahu senyum tapi yang keluar senyum 20 sen aku.
baik aku duduk belakang2.
nanti kata aku bersikap pelik pula.
nanti tidak mahu jumpa langsung.

persembahan bermula.
kekeh2 plastik dan sengih2 palsu.
yang penting harus gagah.

mami kuat, kan matahari?

masuk dalam dan layan setiap band dgn rasa biasa2 saja. seperti di MMU, rtm keras tidak mahu ada anak2 yang tidak semenggah perangainya ketika sesi penggambaran.

maka, ketika duduk itu, aku mengantuk.

habis semua sekali dalam sekitar 11. keluar terus, lepas rindu pada sampoerna. nak menunggu untuk lepak makan pula.

cuba buat2 gagah, dan sedikit2, sudah mampu bergelak ketawa sama matahari.
haih. cantiknya senyum kamu.
kalau ini membuat kamu bahagia, saya akan terus begini.
untuk senyum itu.
yang segalanya untuk aku.

tiba2 dia puji skinny merah baru.

"kena dengan kamu".
"oh ya?"
"ye"

senyum bersama. bukan 20 sen.

dan tiba2 matahari berlawak: "jatuh cinta sikit", sambil menunjukkan jarak satu inchi di antara jari telunjuk dan ibu jari. dia gelak.

manis.
esok aku beli lagi lapan.

selamat malam, matahari.
senyum kamu cantik, tahu tidak?

Sunday, March 16, 2008

*senyum*

si kacak.
hello.

:)

(tak mau tidur, takut mimpi aku habis)

Saturday, March 15, 2008

kebodohan para gadis yang sudah dibodohkan.

rambut baru.
baju baru.
seluar baru.
kasut baru.
semua sekali habis hampir *seribu setengah.

*sila tukarkan jumlah mengikut kesukaan dan kesesuaian situasi*

di atas adalah kerja ramai perempuan di luar sana bila mana mereka rasa begitu jijik dengan diri sendiri. banyak faktor yang boleh mencipta rasa benci itu. antaranya:

1) rasa terbuang / rejected
2) rasa tertekan
3) rasa serabut
4) rasa hina disampahkan / self-esteem dihenyak2
5) banyak lagi.

konsepnya adalah menukar imej yang sedia ada suwey. kononnya mahu bangkit dari kejatuhan. mahu pamer yang kamu sebenarnya ada harga. mahu balas dendam membuktikan walaupun kamu ditinggalkan, yang rugi dia. hendak menunjukkan budak yang dikutuk2 satu dunia itu lebih cantik dari apa yang mereka sangka.

aku dipanggil fynn cuma selepas umur aku 18 tahun. mulanya mereka panggil afin. lama2 tinggal fynn. dari kecil aku dipanggil yanti. aku benci nama itu. bukan kerana apa, tapi menjadi seorang yanti, yang orang nampak cuma seorang budak gemuk yang banyak cakap, wakili sekolah dan negeri untuk pertandingan itu ini. betul macammana pun kata2 dia, dia gemuk. jadi, sangat membosankan. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. yanti yang orang kenal adalah satu imej yang membuakkan.

maka, ketika memperkenalkan diri ketika sesi orientasi di universiti dulu, aku kenalkan diri sebagai "affina".

secara amnya, sesi mencipta semula diri adalah efek dari rasa semulajadi yang mahukan persetujuan orang. seolahnya, anggukan kawan2 lebih bermakna dari segalanya. keyakinan hanya akan lahir dengan perkataan "ya" yang keluar dari bibir mereka. persetan sama apa yang kamu percaya, kerana dunia berputar hanya di kalangan orang2 ramai di luar sana.

kasihan.

rasa seronok itu akan menjalar dalam masa sejam dua, maksimum sehari. rasa tidak percaya pada diri kamu yang 'baru'. kelakar. mana ada baru. kamu tetap manusia sama, cuma diubah fizikal luarnya.

lagu2 di dalam mp3 player diubah. semua yang menghancurkan dibuang. lagu2 hebat seperti "i will survive" akan lebih selalu diputar. pelbagai kata2 positif dibubuh di mana2. dalam telefon. dalam skrin. di status ym. di status website.

"there's a new person in town"

hohh. yakin.

tapi, di akhir malam, kau tau diri engkau tetap orang sama,
seperti semalamnya, yang dibuang org, ditekan, diserabutkan, dihinakan, disampahkan.

engkau tetap orang itu, secantik mana baju baru kamu, rambut rebonding kamu, kasut mahal baru, seluar berjenama itu.

tetap kosong.

apa yang para gadis itu cuba lakukan? membeli yakin? membeli rasa percaya diri? kasihan betul. adik2, di hujung dunia, manusia yang menjadi punca itu, sedang bergembira-suka dengan hidup tanpa kamu.

entahlah.

nak jadi lebih seronok, bila sang gadis2 itu lihat dirinya diganti dengan orang2 biasa sahaja. yang dikira dalam hati, "aku rasa aku lebih molek dari perempuan itu...?"

lebih membunuh kalau perempuan yang mengganti kamu memang benar2 cantik.

*diam*
dan setiap sen yang kau belanjakan terus terasa macam menjerut diri. tidak ada makna.

kelakar sama perempuan2 bodoh di luar sana. sudah dihentak2 pun, masih tegak terpasak di depan pintu, menghulur kuih sambil bertanya "mari makan...?"

tapi entahlah. saya terpesona dengan kekuatan jiwa sebegitu. hendak saja saya pergi kepada lelaki2 kejam itu untuk berkata: "kau lihat dia hari ini. dia akan di sini sehingga esok, lusa, tahun depan, 50 tahun lagi. menghulur untuk menyuap kau makan. hari ini, kau jijik dengan kebodohan dia. tapi satu hari nanti, bila dia sudah redha untuk pergi, kau pasti akan cari tangan yang kau benci ini. kerana tangan lain tidak mau menyuap kau dengan kasih seperti yang perempuan ini beri. semoga masa itu sudah terlalu lewat, yang kau akan sesal sehingga kau mati."

dan aku akan digelak2kan. akan diketawakan.

biarlah.
hari itu akan datang.

kasihan gadis2 bodoh itu.
sini, kuat macam aku.
kan, matahari?

hidup dengan fantasi sendiri.
sekurang2nya tak perlu berhabis wang. kedekut.
haha.

haih, apa nak jadi ni fynn.

Friday, March 14, 2008

masih tidak ada punca

betapa penat menampal senyum.
lelah.
rasa lemah.

kuat, fynn. kuat.
"mami kena kuat..."

biasalah, mesti ada hari2 yang dtg bila mana kita rasa kita tewas dan goyah. bohonglah kalau sebak tidak datang sekali dalam sehari. bezanya kuantiti. mcm, kalau dulu dalam 24 jam, 19 daripadanya akan aku guna sebaik mungkin untuk meratap. sekarang, mungkin sudah tidak sebanyak itu.

hari ini adalah antara hari yang terlebih sedikit dari rutin yang dah dikurangkan. haih. paksa untuk gelak dan ketawa. boleh, fynn. kalau tidak, dia lari. kalau kau terus ranap, lagi dia pergi.

maka aku harus kuat, cukup untuk mendapatkan habuan melihatnya dari jauh. dari pandangan seorang kawan.

jadilah.

tapi yang kelakarnya, sudah kuat begini, sampai hari ini pun tidak pernah bersua muka. sekadar gambar2 di skrin buat aku meluah tanya. "kamu sihatkah?" "sudah makankah?" "tak rindu daging bawang putih dan ikan goreng saya kah?"

hehe. *gelak tidak ikhlas*

yang bagusnya, sekarang aku sudah bisa berbual dengan matahari tanpa berbunyi terlalu mendesak. lebih kepada berbual teman2. (sebenarnya aku suruhkan minda tenang dan terima)

terima kasih, yahoo messenger.

rugi hilang seseorang sepertinya. terlalu baik. santun. manis. jujur. haih.

*diam. mendongak ke langit*
woi sapa2 tolong beritahu dia betapa dia hebat, boleh tak!!!!

*lega*
haha. gilow.

tuhan,
berikan yang terbaik buatnya.
murahkan rezekinya.
kasihankan dia.
please?
dan aku sudah redha yang aku tidak layak untuk manusia matahari itu.
siapalah aku, tuhan.
kan?
*senyum paksa, tunjuk gigi*
pleeeeeeeeeeeeease...?

hmm.
sekarang sibuk dengan pemarkahan final pelajar. aku boleh tahan mahal markah juga rupanya. entahlah. sesekali, ada juga yang aku luluskan kerana kasihan. hari2 datang, dapatlah sedikit hadiah terima kasih berbentuk nombor cantik.

kita harus terima, tidak semua dilahirkan cendiakawan.

sudah hujung semester lagi pening kepala. pelajar yang gila mahu menjadikan aku isteri semakin galak. sewel. semakin rajin telefon. jangan sampai aku adu pada fakulti, ye.

apa lagi. minggu ini ramai kecy yang agak sibuk. aku perlu cari perkara untuk dibuat. jika tidak aku hanyut dgn fikiran. matahari tidak suka. dia mahu aku belajar berdikari. aku cuba. bukan untuk dia semata. untuk aku juga.

ngee.
*lagi satu senyum paksa*

kalau aku simpan 20 sen dalam tabung pada setiap senyuman paksa, pasti aku sudah ada rm400 dalam masa dua hari. haha. kaya.

mula jam 3 tadi aku marathonkan 3 filem di tv. layan dvd tiba2 rasa tidak menarik. aku tak faham satu pun plot. filem semakin bodoh atau aku yang kearah ketumpulan akal ni?

antara filem yang aku tonton adalah:
1) something about mary
2) 50 first dates
3) forbidden city cop (antara masterpiece stephen chow)

*diam*
aku rasa, aku la yang senget.
hahahaha.

mana idea2 bernas untuk aku coret di sini? nantilah. aku sedang terlalu abstrak untuk mencipta komposisi ayat berstanza penuh.

nanti keluar bahasa sanskrit.

kawan2 pembaca,
mari jumpa?

saya masak soto, mau?
ngeeeee...

((masuk tabung lagi 20 sen))

Wednesday, March 12, 2008

entri tiada signifikan. baca esok punya saja.

bukan aku tak reti nak cakap pasal benda lain selain cinta.
cuma aku malas.

lagipun, elemen goth dan romanticism terlalu pekat dalam jiwa aku.
jadi, maaf.

maka, itu pintu keluar. sila beredar.

entri politik yang sedikit itu pun dah timbulkan banyak kemarahan. yang email aku tak perlu ceritalah. berderet2. dah la anonymous. (encik anonymous yang komen tu lain saya rasa. ni anonymous di dalam email. maksudnya, saya tak pernah nampak email itu, dan bila saya reply, tidak dibalas).

aku benci orang2 pseudo.

aku suka cakap pasal cinta. entah. macam ada orang suka kopi, ada orang gila vanilla. kenapa? entah. dah suka, nak buat macammana?

banyak kebaikan dari apa yang terjadi dua tiga bulan ini. untuk yang tahu, secara spesifiknya, aku sedang menggulung tentang hidup aku yang hanyut kerana tidak mampu melepaskan fantasi cinta yang aku reka untuk satu matahari itu.

sepahit mana aku harus telan, sebanyak itu juga hikmah aku cuba paksakan untuk jiwa aku telan.

ye, dia sudah pergi.
matahari itu.
tapi bukan cinta aku.

tapi aku sudah bisa bertentang mata dengan kepanasan bahangnya, sudah boleh merenungnya dengan rasa lebih tenang.

sebab aku sudah redha.

terima kasih pada kawan2 yang email aku, menjadikan aku kak sri siantan untuk memberikan kata2 motivasi yang basi. klise2 yang diberi pada aku selama ini, aku luahkan dalam surat2 yang aku kirim pada mereka yang meminta.

jujurnya, aku sendiri tak tahu.
aku sendiri masih sarat menanggung rindu.

tapinya, aku mesti gagah untuk hidup.
kan, matahari?

ada jodoh, ada.
tiada, aku nak lihat siapa.

hari ini tidak ada apa yang terjadi yang layak untuk aku selit di sini. cuma malam tadi, selesai menulis, migrain yang maha hebat datang. rasa urat di dahi kanan begitu tegang, aku kira di waktu itu mahu saja aku lempar kepala ke cermin.

teruk yang begitu.

aku ambil ubat sedikit, beri tenang, sedar2 sudah siang. terus ke kampus. untung kerana sudah final. maka tiada lagi kelas. dan aku sampai agak lewat dari biasa.

lepak2 sebentar, aku ke salon terdekat. cuci rambut dan minta pekerja itu urutkan sekuat mungkin.

lega sebentar.
sekarang pun sedang terlalu membengang.
cuma aku cuba abaikan.

sebentar lagi aku ambil lagi ubat kepala aku.

tiba2 aku rindu kampung halaman.
abah.
ibu.
adik.
achik.

(along ada kat sini, buatpe nak rindu)

entri tidak relevan.
kepala sakit sangat.
idea mati.
akal sunyi.

apa khabar matahari?
semoga sihat.

aku tidak.

Tuesday, March 11, 2008

nenek bongkok tiga menulis

nenek nenek si bongkok tiga
siang malam asik berjaga
mencari cucu di mana saja
nenek nak kawin dengan anak raja

cucu cucu tak dapat lari
nenek tua banyak sakti
sekarang nenek nak cari ganti
siapa yang kena dia yang jadi

kesian nenek. tak sedar diri. nak anak raja konon. chet.

tapi biasalah tu. kita suka orang yang tak suka kita. kita tak suka orang yang suka kita. tak sedar diri, sanggup nak terus hidup suka orang yang dah tak mau tengok muka kita.

*aku dah pening*
haha.

aku tertengok klip video Ungu semalam. aku memang suka tonton klip. sbb aku nampak macam satu filem pendek. lepas tu, takde dialog. kau kena cipta fahaman sendiri berdasarkan beberapa minit itu.

macam klip "cinta dalam hati". entah la. air mata aku menderu2 macam orang gila kat restoran ayam penyet tu (francais makanan indonesia yang boleh tahan lazat: di the curve). sayu mungkin atas faktor:

1) aku makan sorang2, dan terasa macam loser gila
2) plot ceritanya sayu sangat
3) aku memang cengeng. suka2 nak nangis je kot.

aku pilih yang kedua sajalah.

karektor:
a) seorang lelaki nerd yang datang ke pusat pameran sains.
b) seekor perempuan eksperimen yang hanya bisa hidup di dalam air.

setting:
bilik pameran. di tengah2nya ada satu inkubator yang cukup2 untuk seorang manusia dalam keadaan tegak.

plot:
lelaki nerd itu datang ke pameran buat pertama kali. terlihat sang bidadari yang melingkar berselirat dengan ruang sempit.
terpana.
kagum.
jatuh cinta.

hari2 lelaki nerd itu datang ke pameran. semata untuk melihatnya. untuk memotretnya. dan dia bahagia sendiri.

dan hari2 jugalah bidadari air itu melihatkannya. berpusing2 di dalam cecair putih seolah2 menari hanya untuk tatapan lelaki itu.
terpana.
kagum.
jatuh cinta.

maka di setiap kehadiran lelaki itu, si gadis akan merenungnya dengan penuh rasa. meski tidak punya suara. walau tidak reti berbicara.

seminggu berlalu. pameran tamat hari itu.

lelaki itu memegang gelas yang menghadang rasa, meluah selamat tinggal dengan anak mata. gadis mencengkam jiwa dengan sekadar senyum terpaksa. bagaimana?

lelaki menitahkan sang kaki melangkah. tumpuan adalah kakinya, yang tiba2 disimbah air membasah.

kaca pecah.
air tumpah.
gadis rebah.
dia pasrah.

mereka berpelukan. seolah pernah berzaman memadu cinta asmaradana. bagai begitu, kerana pelukan itu seperti meluah rindu yang tidak tertanggung.

dan klise terjadi,
gadis itu mati.

*diam*

aku rasa gadis itu menghabis nafas dalam bahagia.
walau pun untuk ramai di luar sana, pasti mereka katakan "betapa bodoh si perempuan gila". mati bodoh2.

sukanya.

berapa kali dalam hidup yang kau bisa temukan orang yang mahu mencinta engkau kembali? acap kali, kita memaksa diri untuk suka si polan, kerana mahukan yang lagi satu itu tidak berbalas.

kadang2, rasa yang ada cuma sayang, lalu kita bisikkan, "aku akan paksa untuk cinta". dan itu yang kita buat sebenarnya. tanpa sedar.

aku pernah kata pada amy baru2 ini, ketika cinta mahu diputuskan:

"apa beza cinta dan sayang?"
"entah"
"apa rasa yang kau ada pada aku ini cinta atau sayang?"
"entah"

nasib baik dia tidak tanya pada aku. sebab aku pun tidak tahu.
apalah mahu jadi pada dunia cinta aku.

matahari,
apa khabar kamu?
aku rasa, aku cinta kamu.

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

gila la. kenapa orang tak mahu percaya pada cinta sejati? kenapa org suka suruh move on? kenapa orang selalu paksakan aku percaya yang jika seseorang itu tidak mahu pada kita, itu bukan cinta kita? kenapa orang tidak tahu cinta itu tidak semestinya disambut sama? kenapa org tidak mahu bahagia dengan konsep cinta yang aku yakin ada?

aku nampak abah dgn arwah mak dulu.
demi allah, agung sekali cintanya.

tapi tak boleh ckp juga. abah kawin lain lepas mak meninggal.
tapi itu sebab aku paksa, ugut nak berhenti belajar. sebab aku tak nak dia hidup takde kawan.
tapi aku tengok dia bahagia dengan ibu. dia lupa kat mak ke?
tapi dia tak boleh dengar nama mak, nanti dia nangis. sampai hari ini. lepas 13 tahun.

jadi, apa cerita?

aku selalu bayangkan aku mati sekali sama suami aku. sebab aku nak cinta aku dikenang2 anak2 aku. dibayang2 kebahagiaannya.

siapa suami aku?
tuhan, kenapa kau rahsiakan jodoh2 kami?

kan senang kalau aku tahu, tak perlu aku bergolok bergadai menyerah jiwa.
meranap nyawa.

seorang pensyarah di tempat kerja, dia di Burma dahulu seorang shaman (orang2 yang dianugerahkan tuhan dengan kelebihan intuitif). setelah dipaksa, aku hulurkan tangan. sukahatilah. kurafat semua ni.

tapi bila dia ckp perkara yang org tidak tahu,
aku tersentak.

dia bilang tentang matahari. tentang arwah mak. tentang abah. bukan secara general. spesifik. tiba2 aku takut. org tua dalam lingkung mahu masuk 60 tahun itu begitu tepat.

ada bela jin agaknya.

dia kata aku ini juga sepertinya: manusia yang diberi tuhan kuasa naluri yang kuat. kerana itu aku terlalu komplikatif. dan yang paling aku ingat, dia pesan: "afi, dont u listen to people, cause u have this aura of great intuition. u see things ppl fail to see. they will call u crazy. but believe what u believe. and that, this little stubborn self, is gifted by god with a beautiful future"

aku rasa dia ada buku teks yang dia hafal untuk memberi harapan dan kata2 motivasi pada orang2 yang menadah tangan macam aku.
ah, kebetulan.

tapi mcm mana dia tahu pasal sejarah aku secara terperinci?
haih.

sebak la pulak.
akulah si nenek bongkok tiga tu kot.

*senyum selebet sambil mengecilkan mata*
matahari nak nak kawin sama nenek tua tak?
haha.

Sunday, March 9, 2008

lagu kecewa.

mahu menangis.
itu saja.

di waktu rempit2 bermain hon, pemandu2 kereta berbendera bulan hijau dan biru menggila di atas jalanraya; menyorak gembira kejayaan mereka, aku di dalam kelisa merah bersama dua lagi sahabat terdiam.

sms bertalu2.
panggilan beriya2.

semua aku abaikan.
tahniah. kita sekarang persis kerajaan campuran di luar sana.

tidak sabar mahu lihat pendidikan percuma.
dan kawalan harga dunia kita layankan dari poket kita sendiri.
oh betapa indahnya negaraku Malaysia.

apa-apalah.

aku masih rasa marah dengan diri sendiri dan lebihan beratus-ratus kawan2 yang tidak mengundi. aku terpaksa berada di kuala lumpur menunaikan tanggungjawab kepada kerja, maka terpaksa dibaikan fardhu kifayah aku di kampung halaman untuk mengundi.

ramai berkata "alah, komfem menanglah kita".
atau yang memang tak sedar diri itu terus berkata: "fak mengundilah".

sukati kaulah, nak.

tapi ada juga bagusnya. lepas ini, semua orang di atas akan sibuk mahu menjaga hati kita. macam anak penceraian. bila abah dan ibu berpisah, semua mahu mengambil hati si anak. perkara2 yang tidak boleh, dibolehkan. perkara2 yang biasa dimarah, dibiarkan.

mungkin aku terlalu prejudis kerana tidak mahu membuka hati untuk perubahan. tapi itulah. bukan aku seorang. ramai yang IM aku untuk mengadu.

"takut"
"rasa macam sesuatu"

dan seperti kakak2 lain, aku akan tenangkan dah pujuk. tidak ada apa2lah. ada 4 tahun untuk mereka buktikan. biarlah. mana tahu mereka sama bagus.

aku tidak takut sesiapa pun berada di atas. kuasa dan korupsi itu sinonim. tidak ada janji untuk tidak rosak bila sudah diberi kuasa. sedangkan seorang abid yang beribadah berpuluh tahun pun boleh tewas dan tunduk dengan hasut syaitan; apa lagi kita.

tidak tahu ceritanya? nanti2lah aku cerita.
tapi abid itu mati dalam kufur, kalau kau mau tau.

yang aku risaukan adalah kepimpinan bukan kemelayuan. tidak mengapa kalau kamu itu cina, india, serani, penan sekali pun. namun, kalau hak aku sebagai keturunan panglima yang pernah mempertahankan bangsa ini beberapa ratus tahun dahulu hilang, aku rasa aku akan bangkit bagai Teja dan bakar satu tanah melayu.

"apa pasal melayu dpt lebih?"
"kenapa tidak adil selalu?"

banyak cakap pula. baliklah tanah besar kalau kamu rasa hidup di tempat asal kamu lebih membahagiakan. kau tidak nampak keturunanmu yang berdinding tanah liat, berjerih kerja, semua?

sudah macam2 disuap ke mulut kamu, yang mana pada haknya kamu tidak layak pun dapatkan.
lagi kau mahu mintak hak.
sini aku bagi penampar.

katalah aku kepuakan. alah, kau jgn cakap banyak2lah. sedangkan bila tahu ada kawan baru yang datang dari satu negeri pun, kita sudah macam kera, bercerita panjang terus. dan kadang2, tahu kita lahir di hari sama pun sudah tidak pasal2 keriangan.

itu berpuak la tu.
sebab kita manusia, dan kita selalu mencari sense of belonging.

astaghfirullah.
positif, fynn!
beri masa.

harap2 gig tetap terus. harap2 mamak 24 jam tidak akan melingkup kerana curfew. harap2 kita tidak menjadi turki. harap2 para alternatif bisa menjaga aku dan bakal anak2 aku.

itu yang penting.

tiba2 teringat anak2 murid aku yang sibuk bercerita tentang kehancuran negara yang didominasi anasir2 korupsi, koloni, diktator, dll.

ya Allah, jauhkan.
ya Allah, selamatkan.
ya Allah, kuatkan.

tun, saya rindu kamu, tun...
kasihanlah kami.

*melihat ke luar tingkap*

kelakar pula bila diingat. satu masa dulu, bukan main lagi tun dijaja sebagai firaun, orang jahat taraf dewa, manusia kejam umpama zionis, totalitarian, segala. dan sekarang sepanjang pilihanraya, tun diangkat sebagai hero para pembangkang tidak semena2. siap gambarnya ditampal2 di bilik gerakan.

*senyum*

nasib baiklah tun itu bukan manusia yang lalang. tidak bertukar2 pendiriannya. teringat anuar dahulu yang mulanya anti kerajaan pada masa mudanya. berjuang bersama ABIM, dengan anugerah tuhan akan lidahnya yang beraura. tun ambil, acu cantik2, didik sebaik dibawa masuk ke UMNO. dan sekarang, selepas fasa gelap hidupnya, anuar bangkit menentang dengan parti baru.

macam telenovela sepanyol.

macam2 terjadi pada tun, ditikam manusia2 yang takut hilang kuasa sebaik saja tun meletakkan kaki separuh di luar pintu. dipenyek2 manusia2 pelupa dasar. dihenyak2 golongan2 brengsek.

alhamdulillah, tun tetap tun yang saya kenal.

tersinggung tetap ada, maka dia bersuara.
tapi untuk berpaling dan menolak barisan nasional itu sesuatu yang mustahil.
jadi jangan jual nama tun kalau kau mahu memanipulasikan fakta.

tiba2 pula tun jadi kawan karib engkau.

tu lah... dulu kutuk tun. itulah. inilah.
tun firaun sbb tak siapa pernah nampak dia sembahyang macam pak lah.
tun syaitan sebab terlalu tegas.
tun kejam sebab buat anuar begitu begini.

kau tak malu ke pusing2 alam mcm ni?

kalau kau tidak pernah tahu hal dalaman, kalau kau sekadar mendengar cerita orang, kalau kau curi2 faham perbualan orang, tolong jangan banyak cakap, boleh tak?

kau tak pernah tengok cerita heroes ke? tak pun prison break?
kau tak pernah dengar perkataan konspirasi?

yang kau nampak setakat ini adalah kerana kerajaan kita cuba telus. (terpaksa, mungkin).
cerita dalam2, tentang sipolan2, hanya berapa kerat yang tahu. dan seperti permainan telefon rosak, kata2 itu berjangkit dan terus berevolusi.

dari "guru saya seorang yang tegap" terus jadi "nenek engkau jilat kayap".
entah apa yang nak jadi.

ingat dunia artis saja yang ada publisiti murahan? politik lebih dahsyat lah.
haih...

sedikit sebanyak, aku mahu saja jumpa pak lah dan katakan, "sekarang, kamu faham betapa marahnya rakyat?"
tapi nak buat bagaimana. aku siapa untuk menegurnya.

4 tahun, pak lah...
bukan sekejap.
duit simpanan sudah habis, tau.
tolonglah fikirkan sesuatu untuk kami2.

itulah sebabnya kenapa subjek ekonomi itu wajib didalami oleh pemimpin.
kerana wang adalah enjin kepada majoriti perkara.
dan tun tahu itu.

aku di barisan nasional bukan kerana personaliti, tapi kerana perkataan nasional itu.
yang telah memberi makan berpuluh2 tahun pada ibu ayah aku.

semoga makanan yang dihadapkan dari PKR, PAS dan DAP mengenyangkan.
jangan korup ya?
jangan mengadu domba di negara luar lagi ya? kan malu kalau orang lihat.
buat hal kita, usah sibuk2 hal orang lagi ya?
*tepuk bahu*
kita sama2.

tapi tetap, aku takkan berganjak dari kumpulan aku.

aku harap ini pengajaran kepada manusia2 di atas sana:
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

ini baru betul reformasi.
satu kerajaan kelam kabut.

*diam*

satu manusia yang dikhabarkan oleh shah sebagai manusia yang dicetak terus dari acuan tun adalah anakandanya Mukhriz. benar juga. dia memang bagus. dengan manis tun hasmah dan tenang tun mahathir, semoga satu hari nanti dia kembali gemilangkan orang kita.

entahlah. siapa yang tahu, kan?

dulu kita tunggu pak lah, sebab lihat dia selalu sembahyang, sebab dia belajar agama, sebab2 yang begitu mulia dan murni. malangnya, setelah sekian lama, yang berkembang cuma pakeda. semakin banyak gejolak. bertambah serabut. sedikit2, rakyat makin hilang percaya pada gagasan kita.

kan aku sudah bilang, amal itu hanya dikira untuk sendiri.
pemimpin haknya adalah untuk menjaga umat.
tanggungjawabnya.

kalau dalam 24 jam sujud tonggang tonggek, tapi rakyat terabai, berdosa juga.

tapi kawan2, untuk memaling kepala dari keluarga ini semata kerana sang bapa tersilap perkiraan;
itu bodoh, kan?

semua orang ada silap.
cuma silap pak lah kali ini harganya begitu mahal.
dibayar dengan 5 negeri.

*airmata mengalir*
sampai hati, pak lah.

mukhriz, cepat naik.
kami tunggu.

Saturday, March 8, 2008

gig yang serupa pertandingan perbahasan.

kerana begitu fobia dengan kesunyian, aku terima pelawaan e-one yang mengajak ke MMU cyberjaya jam 5 semalam.

ada charity event gig.

mereka mahu gerak jam 6, jadi dengan agak kelam kabut, aku naik tren buat kali pertama. malas mahu pandu kelisa merah, pasti trafik menggila. dan dengan bateri telefon yang kejam kerana tidak mahu bernyawa, aku redah ke salak selatan tanpa ada apa-apa bantuan selain keyakinan diri.

tanpa perlu dipersoalkan lagi, aku salah stesen.

kelakar juga, kerana selama hidup di Kuala Lumpur, aku cuma naik lrt; tidak pernah tren. lagipun aku lebih suka memandu. senang hendak bergerak --balik awal atau lewat, tak perlu menyusahkan orang.

MMU punya dewan yang besar. meski tidak sebesar dewan universiti aku dulu, tapi boleh dilihat kualitinya yang begitu dieksklusivkan.

tapi itulah, mungkin kerana itu, syaratnya penonton mesti berada di kerusi di setiap masa. menjaga standard, agaknya.

ada ke patut gig duduk?

berdasarkan kata kawan2 dari MMU, pihak pelajar yang minta kerusi. ada juga yang bilang pihak universiti yang meletak syarat untuk membuatkan setiap yang datang, berhemah.

apa-apalah.

ramai kawan2 lama aku jumpa. kareem, fad, e-one, enot, awin, ramai lagi. sudah lama tidak datang menyokong Hujan. nampak AG semalam, terus rasa berbunga. AG tengok aku dengan sayu. "rindu aa kat kak fynn!!". rasa nak menangis, rindu benar juga dalam hati.

dia siap cakap "awat fynn jadi lagu ni? kuruih teruk ni!"
aku gelak.

"lawa, apa"
AG gelak sambil geleng kepala.

macam baru semalam rasanya sama2 jamming dengan kawan2 hujan. dugong dan arm yang bengong dan memang manja. noh, yang dikatakan sakit sindrom rokstar elok pula layan aku. lantak koranglah nak benci mereka. buruk-buruk pun, kawan aku. aku lebih kenal mereka, dari sebelum naik, gig pertama di ole cafe, sampailah sekarang, dah nak ke manchester untuk perform.

noh siap nyanyikan aku lagu 'pijak hatiku' untuk aku, dari dulu dia tahu itu lagu yang bikin aku jatuh cinta pada mereka.

sepanjang nak menunggu hujan (yang seperti biasa disusun paling akhir, kerana rata2 yang 4000 orang yang datang itu menunggu band itu), aku agak kebosanan. biarpun OAG menggila, MeetUncleHussein gah ke langit, Yuna yang memukau, aku paling benci mononton musik. duduk dan senyum sambil memegang fon berkamera atau kamera slr bukan idea aku untuk gigging.

kalau nak begitu, mari tonton puisi aku. atau kita berakustik.
ini gig la sayang.

musik perlu ada jiwa. maka perlu mosh.
haha.

masuk dengan pas press. jadi, percuma. tidak perlu 15ringgit.
*kedekut*
:)

rasa pelik sebenarnya, ini kali pertama dalam setahun ini yang aku bergerak sendiri tanpa matahari. dia selalu ada untuk jaga aku yang gila berfunky di tengah keriuhan orang. kerana ramai jantan yang suka meraba dan menibai sesuka hati.

dan aku paling pantang bila bau arak menusuk hidung aku ketika gig. hey, syaitan. kau nak mabuk ke nak terlingkup ke, sukahatilah. tapi jangan tunjuk bangga depan orang, boleh? kau ingat kau siapa?

takde akal.

nak high, jiwa kena buka. cinta musiknya. layan baitnya. bukan semata bermabukan. tarik pil, ambil dadah. sebab kau tu bila dah weng, kacau anak dara orang.

macam malam tadi. kalau ocham ada, mesti dia dah buat muka nak menumbuk. mesti dia bising: "dah. sini meh sini"

haha. rindu zaman itu.
semua sibuk minggu ini.
nanti dia orang balik, akan aku gegar semua.

masa kareem nampak aku semalam, dia datang rapat, pegang bahu aku, kata: "fynn? kau ok?"
aku yang terlompat2 dari awal tiba2 terdiam. "ok". senyum sampai telinga. tapi aku rasa dia lebih kenal aku.

dia balik awal semalam, jam 12 sudah gerak pulang. alia mahu balik, aku rasa.
tak pun dia kesangapan kerana melayan gig macam tengok konsert AF. dia pon selalu jadi manusia yang menjaga aku bila moshing.

rugilah kau balik awal, kareem --sebab ketika hujan naik pentas, bala2 tentera yang nakal dan degil macam aku berpogo di tepi dan belakang. tapi yang skema2 tu boleh nak usha2 kami2 yang mabuk musik.

apa usha2? sini aku pukul, nak?
seperti biasa, mereka pandang aku dan awin yang kaki melompat bila dengar musik macam orang hina dan sampah.

*mereka lihat dengan wajah "budak tak belajar mmg macam tu"*

eleh, kawan2 aku rata semua belajar tinggilah. kau fikir ijazah yang kau belum dapat tu hebat ke? aku pensyarah tau~

*jelir lidah*
haha.

lepas habis gig, aku tumpang enot ke pwtc. aku tinggal kereta di situ, lagipun tren depan bangunan saja. memandangkan aku ada pas musim dan percuma, aku biar saja kereta.

apa yang aku tidak tahu, parking sudah ditutup ketika jam 430 pagi itu. mati. sudahlah jam 8 aku perlu ada semula di bilik gerakan. aduh. bagaimana itu?

enot dan sepupunya yang sibuk membantu. aku naik segan. aku kata aku bisa usahakan sendiri. tapi mereka tidak mahu membiarkan aku seorang2 menguruskan hal.

gedebak gedebuk, jam 5.20 sampai rumah.

baring, terus tidur.

apa benda entri aku ni, dah tak tersusun. gaya tulisan dan tidak lancar.
tidak modal untuk bercerita mungkin.

haih.

hai, matahari.
sudah tidur?

*senyum*

waktu kita sama sambut hari lahir
ku beri hadiah
hadiah bunga

cantik, engkau memang cantik
izinkan aku menatap wajahmu lagi
cantik, engkau memang cantik
izikan aku menatap wajahmu lagi

kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi


tinggi harapanku buatmu
takku sangka ia hanya setengah jalan

jika memori kita di simpan di dalam cakera
kanku mainkan sampai bila-bila

cantik, engkau memang cantik
izinkan aku menatap wajahmu lagi

cantik, engkau memang cantik
izinkan aku menatap wajahmu lagi


kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi

kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi


terima kasih, noh.
kerana menyanyikan suara hati saya.

kuat, fynn. kuat.
cerita benda lain.

sori, kawan2. hanyut sikit.
:)

Friday, March 7, 2008

mahu apa ha?

semua orang balik ngundi.
aku nak balik, tp kerja yang begitu hebat memaksa kedatangan,
terpaksa aku tinggalkan tanggungjawab kifayah kerana aku ada hak persendirian untuk diurus di sini.

tambahan pula, kos yang boleh membunuh jika hanya mahu balik hari.
semoga apa sahaja keputusannya, terpelihara ahli keluarga aku di kota tinggi, johor.
itu yang penting.

negativiti sedang mula cair dari diri.
semoga terus begitu.

esok pilihanraya. esok juga hari terakhir aku menulis secara berbayar. esok jugalah aku mula kembali tidak sibuk. esok mesti aku bosan.

mahu main layang-layang di kepong. kalau seorang-seorang mesti terasa macam haram. sebab layang-layang mesti dimain bersama kawan-kawan.

mahu karaoke. tapi kalau seorang-seorang menyanyi dalam kotak bercermin kaca tu, mesti orang kata aku saiko. haha.

mahu main bowling. masalahnya satu lane, satu orang, mesti habis cepat. buat rugi duit.

mahu masak. siapa mahu makan? rindu dapur. sudah lama kering. lama tidak pergi tesco. bakar kerang, bakar ikan cencaru. cicah cili kicap.

haish. mahu buat apa ye?

boleh tahan bosan juga kuala lumpur ni. balik2 itu saja. itu sebab hidup di metropolitan mesti ada kawan-kawan. kalau tidak, kamu jadi kera.

uk uk uk uk ak ak ak ak uk uk.
*sudah jadi binatang*

baik aku sambung tulisan malam ini.
sekarang sgt merapik.

Thursday, March 6, 2008

hello matahari, saya sudah okay...

hello, matahari.
malam tadi saya sudah makan.
tidak banyak. tapi okaylah.

sudah tiga hari tidak meratap.
ada sedikit. tapi okay jugalah.

sedang buat apa matahari? sihatkah? sudah makan? tidur kamu cukup? kerja kamu seronok? kawan2 kita baik? jangan sunyi, ya matahari. bukan kamu untuk berhancur, itu kan saya.

dan sekarang saya sudah okay.

*diam*

ye ye je, kan?
haha.

matahari, kamu dapat rasa saya bohong ye?
sikit2lah...
:)

saya sudah senyum, tau.
bukan kerana sudah lupa pada semua. tidak.
tapi saya sudah senyum kerana saya sudah belajar untuk redha.

susah, tau, matahari.
sebab sakitnya di dalam hati.
tidak ada ubat.
tidak ada penawar.

cuma ada sakit.

harapnya kamu tidak dibiarkan tuhan untuk bersunyi.
semoga dunia baru kamu lebih ceria dan berseri.
biarlah kamu bergembira seperti biasa.

hmm. entri2 mulai hari ini akan aku seru dengan nafas lebih gagah. semoga aku kuat.
kamu mahu aku kuat, kan, matahari?
maka aku akan beri.

kawan2 kita sangat manis. kembali memegang tulang belakang mendongak ke langit. menyekang biji mata saya bila mahu dipejam.

sudah tidak ada harapan, matahari.
cuma doa setiap keindahan untuk kamu.
cuma doa.
sekadar itu.

kepada mike, betapa saya menghormati kamu berlebih lagi. terima kasih kerana sudi memberi rasa pada saya malam tadi. tapi sedikit2lah ye. saya cuba untuk kembali tegak.

hmm...
ada cadangan untuk berhenti menulis di puisitepijalan. bagaimana ya, matahari? sudahlah saya tidak bisa meluah rasa pada wajah indah kamu, haruskah saya diamkan semua dan silangkan lengan di belakang?

jika bisa, izinkan saya terus menulis...
tapi kamu entah baca atau tidak pun.
:)

pada pembaca di luar sana, saya sgt terharu mengetahui ada yang sudi memberi 5 minit anda pada seseorang yang tidak releven seperti saya.

maaf andai setiap nasihat dan kata2 terbiar tanpa balas. degil saya melawan kata2 semangat kamu, yang membikin kamu jadi benci, mungkin.

sedikit2, ya?

selamat tidur mentari.
jgn sampai habis cahaya kamu beri pada dunia.

simpan sedikit untuk kamu sendiri.

Tuesday, March 4, 2008

selamat pergi, nini

untuk sesiapa yang tidak tahu,
nini adalah nama jiwa aku.

dan aku berikan nama itu pada seekor hamster.
untuk dicintakan sama samat.
nama jiwa sang matahari aku.

entah.
bagi aku, jika tidak dpt jiwa kami bersatu di nyata, dapat juga nama mereka itu dibahagiakan berdua.

ironi;
nini mati baru sebentar tadi.

benarlah,
jiwa pun tidak diizin untuk bersama.

selamat datang, gelap malam.

aku tidak percaya dengan semua kata2 dia.
setiap lafaz benci dan tidak sayang.
satu2 butir yang dilampiaskan di telinga aku,
satu2 patah disuruh sampai ke pendengaran aku.
semua itu.

aku tidak percaya satu pun.

kerana aku kenal matahari aku.
aku tahu rasa yang dia ada itu bukan bohong2.
bukan kata2 sekadar mencari kepenuhan masa.

aku tahu dia cinta.
aku tahu sayang masih ada.

maka semalam aku nekad.

aku pesan melalui sms dan terpacak di bawah rumahnya.
aku mahu jumpa.

paling hina pun aku akan dibiar di depan pintu yang tak dibuka.
paling kejam pun aku akan dihalau dipaksa pergi sahaja.

biarlah.

dan bila aku khabar pada pok arm, seperti biasa dia akan begitu defensiv.
"kamu betul2 sudah sedia?"
"kamu benar2 kuat mendengar apa sahaja?"

aku iyakan.
dia pasrah.
dia tidak mahu aku semakin luka.

aku beritakan, aku mahu lihat dia sebelum aku pergi dari hidupnya yang indah itu. aku katakan dia sudah menang. dan aku tewas. aku akan turut mahu dirinya.

apa nak jadi, jadilah.

dan bila dikhabarkan aku di situ pada sang matahari, tanpa aku sangka, skrin telefon bernyala.
"ada di bawah kah? meh naik"

ada rasa sayu di situ.
dalam hati aku.

...lihat, dia manusia baik, tuan2 dan puan2...

sampai di rumah itu, aku terus duduk. dia senyum. aku kelat. sebelum aku keluar dari kereta lagi telah aku zikirkan pada tuhan agar hati aku ini dikuatkan. agar apa juga keputusan memberi kedamaian.

"cakaplah. apa mahu dicakap". senyum masih lekat di situ. tidak semanis dulu. tapi ada.
hati kering.

"saya tidak mahu berlama2. cuma saya mahu tanya, dan kamu harus jujur"
mencari nafas. degup jantung sudah terlalu pantas, terasa mahu pecah.

"kenapa saya dilepaskan?
adakah benar kerana kamu sudah habis cinta pada saya?
atau kerana kamu mahu saya mendapat bahagia yang dijanjikan di luar sana?"

diam.
aku pandang dan mencari makna dalam penglihatan yang dia pancarkan.
kosong.
aku tidak dapat baca mata itu lagi.
sudah begitu berbeza.
bagai tidak pernah aku kenal dia.

seminit dua berlalu dengan begitu berat. dia tidak berkata apa. cuma memandang dan merenung.

"fynn."
tuhan, tabahkan aku untuk segala mendatang...!

"kamu tidak akan ada masa depan bersama saya.
saya tidak punya apa"

dan langit terus berwarna merah jambu, bercahaya, pelangi berlari2 bersama damai kicau burung layang2. persis meneguk air mata air setelah 32 hari kehausan.

aku dilepaskan kerana cinta.
*senyum*
cukuplah.

itu yang aku mahu tahu.

kerana sepedas mana bahasanya dulu, setajam mana bisa kata2nya, aku tidak mahu percaya. hati aku hari2 berbisik, cintanya masih ada.

dan orang semua katakan aku gila kerana menangguk pada yang tidak ujud.
lihat! aku sudah bilang, kan?

*diam sebentar untuk memberi laluan pada airmata yang tidak aku pasti sebabnya.*

"kalau saya tidak mahu semua itu?" -sekadar cuba2 bermain sama nasib, aku kira.
"ckp sekarang bolehlah...", dia jawab dengan sedikit memujuk.
"hmmph. sudah agak!"

aku gelak.
dia gelak.

airmata aku mengalir.
dia memusing kepala.

"fynn harus kuat, ya?", dia pujuk lagi. sama ketika pujuknya pada aku yang terhantuk kerana dia, dulu2.
"tapi susah...", tiada mengharap, cuma bercerita seperti anak kecil yang terjatuh dari basikal mengadu pada bonda.
"boleh... fynn kan kuat..."

tangannya bermain dengan anak rambut di depan muka aku.

sebak yang bergantang2 aku kelamkan. aku hembuskan setiap rasa di dalam diri, tentang sayang yang tersimpan untuk dia, akan kehancuran berjauhan dan tidak bersama.

betapa aku cinta dia.

sekering kemarau di afrika utara, dia tegak dan sunyi.
membiarkan aku larut dalam celaru.
seolah mahu menunjuk dia tidak peduli.

"benar sudah tidak ada sayang?"
"fynn... jangan tanya"
"kalau saya putuskan diri saya sama dunia? lepaskan setiap perkara yang mengganggu kita? kerja biasa2? hidup biasa2? mahu?"

aku senyum.
dia juga senyum.
dasar aku ini memang degil.

"saya mahu betulkan hidup saya dulu. mahu lunaskan kewajipan saya dulu. saya tidak akan mampu membahagiakan kamu. belum lagi. saya masih berusaha untuk hidup. kita orang yang berbeza, fynn"
"hmm..."
"dunia kita berbeza. keluarga kamu. saya."
"hmm..."
"jangan menangis, ya fynn...? berhari2 menangis, saya risau"
"maka kenapa dibiarkan saya?"
"kerana saya harus kejam. untuk kuat. baru kamu kuat"

diam untuk kali ke berapa.

"kenapa kamu sedikit pun tidak sedih, matahari?"
"maksud?"
"tidak ada airmata, tidak ada belas, tidak sudi memberi tangan menguat semangat"
"hati saya, fynn. saya lebih tahu. tidak perlu saya tunjuk2"

diam lagi. dan kini sudah biasa.

sambil menopang dagu sendiri, saya lihat wajah itu. saya lihat anak matanya yang perang jernih. saya tanya "bagaimana ya?". Airmata kali ini sudah diseka dia. dari tadi dia mahu hilangkan airmata di pipi, aku nampak tangannya yang berkira2.

dia tidak mahu aku mengharap lagi.

tapi mungkin dalam hatinya sendiri sudah begitu kasihan.
mungkin kerana itu dia sudi perlihatkan prihatin dan sebaknya.
cukuplah, aku kata dalam hati.
aku cuma mahu tahu itu.

"fynn balik pada dunia fynn ya? kamu akan lebih terjamin di sana"
"boleh. tapi kamu janji jangan hilang dari saya?"
"baik. tapi kamu mesti kuat ya?"
"hmm"

buka buku baru, pesannya.
ye, aku akan cuba.

aku salam tangan manis itu, ku cium tangannya, aku kata "saya tetap cinta kamu"
"saya juga. cinta kamu."

benarlah. cinta tidak mesti bersama. rasa tidak mesti berakhir berdua. apa juga yang terjadi, itu tuhan sudah tetapkan. siapa aku untuk soal2kan?

aku beruntung kerana dapat merasa disayang matahari aku itu. aku pernah bahagia. aku pernah memberi bahagia.

aku dilepaskan kerana cinta.
kerana aku ada harga.
terpaksa.

baik, sayang.
tapi tetap akan aku cari kamu dalam cinta baru.
kerana kamu tetap yang paling indah.
yang terbaik.
untuk aku.

"jgn lupa fynn ye?". tepat aku renung wajah dia.
"jgn ckp bukan2". digosok2 kepala aku.

matahari, siang sudah hampir tamat. aku harus beredar sudah. terima kasih kerana sudi menerang jiwa aku. terima kasih kerana menjadi nadi aku selama ini. terima kasih kerana tegap di belakang berdiri menongkah segala.

terima kasih kerana kamu berserabutan, mencari kebahagiaan saya.
terima kasih kerana menyimpan rasa, demi saya.

kalaulah kamu tahu saya bisa bahagia dengan hidup sederhana.

*haih*

aku tetap cinta, jangan minta apa yang aku ada ini.
mungkin akan hilang, ia di satu hari.
semoga kamu tahu, tiada yang mampu mencinta kamu seperti aku.

tuhan,
sayangkan dia.
berikan yang terindah buatnya.
yang setia. yang akan menjaganya sampai tua.
mendengar setiap marahnya dan mendukung dia di masa2 orang tiada.
gadis hebat yang sayang dan takkan bosan membikinnya ketawa.
berikan seseorang yang manis mulutnya untuk melafaz sayang bila2.
yang mahu membelainya di setiap masa.

kerana dia sunyi.
kerana dia sendiri.

Monday, March 3, 2008

tewas

aku bohong bila aku kata aku mampu untuk bahagia.
aku bohong bila aku kata tiada lagi harap gunung untuk dia.
aku bohong bila aku kata aku mampu untuk hidup tanpa.
aku bohong kerana aku hanya mahu lihat dia ketawa.

tapi aku lupa yang aku ini semakin hancur melihat kamu yang seolah tidak ada apa2. seperti mudah benar kamu lupakan semua rasa. seolah tidah pernah tersinggung sedikit pun jiwa itu dengan cinta saya. persis sang hati kaca.

kamu sungguh tidak ada belas.

maka untuk apa aku pamerkan senyum kelat lagi? buat apa aku bergelak sana-sini untuk mencari dunia baru? engkau tetap tidak akan ke mari dan memegang tocang rambutku berkata "comel ni".

sampai hati.

kononnya memberi aku pada kayangan itu terbaik untuk aku. kedekut sangat dengan rumput melata yang kamu mahu makan sendiri. apa, tidak layakkah aku menumisnya untuk dimakan bersama? tidak cukupkah semua segala?

kenapa kamu tidak reti, semua itu tidak bererti!!!

kenapa harus lari, matahari...
kenapa...

apa selama ini pernah aku berkira...?
apa selama ini selalu aku mengata2...?

tidak ingatkah menahan lapar sepanjang hari tidak berwang, tunggu saya pulang membawa lauk diberi orang?

tidak ingatkah hari jadi saya yang kamu hadiahkan pemetik api bernyala, untuk saya tiupkan, kerana berdua kita sedang tiada apa?

tidak ingatkan cuai kamu selalu membuat saya terhantuk di sana-sini, sehingga menangis, tapi kamu pujuk dengan penuh rasa kasih?

tidak ingatkah lagi semua itu...
tidak mampukah kamu ingatkan...?

mata yang sudah membengkil, teman yang sudah hampir putus harap, dunia yang semakin memberi pusing, makan yang sudah tidak mau hadam, berat yang sudah jauh.

apa lagi yang mahu kamu minta dari saya?

saya mahu beri semua itu pada kamu...
kasihankan aku...

tidakkah kamu pernah baca tulisan saya, matahari?
tidakkah kamu tahu saya merayu hari2?
tidakkah kamu nampak tiada siapa yang sanggup berserah seperti aku ini?

teman2, tolong khabarkan pada dia tentang hati aku...
nyawa ini sudah makin penat...
semakin liat untuk kuat...

kalau posisi aku menjadi dalang, aku lepaskan.
kalau diri aku menjadi penghalang, aku uruskan.
katakan, matahari...


*diam*

andai kata aku sudah tidak ada di sini lagi,
di blog ini,
maafkan saya kawan2...

saya tewas.

Sunday, March 2, 2008

hati yang dipaksa2kan.

semalam, ketika performasi,
dia ada.

sebagai seorang teman yang memberi sokong.

pahit sekali kerana yang aku mampu adalah sekadar memberi senyum.

tiada lagi sandar2 gelak ketawa.
tiada lagi gurau2 cubit gembira.
tiada lagi hilai antara berdua.
tiada lagi itu semua.

cukuplah.
walau pijar mana rasa yang aku tanggung, untuk mensistesis fakta dia sudah habis rasa untuk aku, mesti juga aku harung.

dia sudah terbang, fynn.

jauh di sudut hati, aku berharap pada tuhan, ini semua satu mimpi.
yang akan berakhir jam 6:50 pagi, bila aku harus bangkit untuk pergi kerja.
dan ditegur di skrin "selamat pagi"
atau "cantiknya mami"
juga "hmm, mesti wangi"

cepatlah tuhan.
cepatkan pagi.

tapi ini realiti.

*diam*

dan dia sudah tiada lagi.

kadang2 aku mahu mencipta alasan untuk dia.
"dia begini kerana cintanya. dia mahu aku hidup senang. dan senang itu bukan dengannya"
"dia pergi untuk memberi lalu pada peluang2 yang ada terbentang untuk aku"
"dia menjauh kerana mahu aku tamatkan rasa di jiwa ini"

kadang2 mahu saja aku terus lari padanya, dan rangkul nyawanya.
"aku mahu kamu, kalau pun hidup sekadar berdua berulam lalang"
"emas bergantang tak sama dengan senyum kau ukir itu"
"kasihankan aku, aku tegar jadi hamba kamu"

tapi pasti dia akan katakan:
cakap mudahlah...

tuhan, pasti ada hikmahnya kan...
tidakkah dia tahu aku ini sanggup ber-apa2 untuknya.
suruhlah apa sahaja, akan aku lunaskan.

kecuali melangkah darinya.

sedang kuat memaksa senyum untuk aku pamer pada semua.
sedang gagah tidak mengendah dibenci realiti yang memisahkan kita.
sedang memadam cinta pada kamu, sebanyak mana aku tak rela.
aku terpaksa.
bukan!

aku dipaksa.

kalaulah,
aku berjanji untuk kembali ke kayangan;
aku bersumpah untuk tidak meminta kasihan;
aku sanggup untuk dipermainkan;
mahukah kamu mengutip aku lagi?

kalaulah,
aku bercerita tentang bahagia yang aku rasakan;
aku berkisah tentang hebatnya dunia baru berulit intan;
aku berperi tentang hidup ceria tanpa kamu mengganggukan;
mahukah kamu belaikan aku lagi?

kerana aku sudah tidak mengharap, cuma mahu disenyum2 dan disayang2. tidak aku minta masa depan, apa segala, cukuplah rasa itu yang pernah aku rasa.

kalau pun semua dulu bohongan belaka,
aku terima.

penat sudah menjerit pada langit, minta engkau dipulangkan.
tapi tiada menyahut.
cuma hembus angin membisik: "lupakan"

ini hati aku, biarlah dia begitu. biarlah kamu berlalu. selagi aku mampu, biarkan aku senyum dengan rasa rindu itu. aku tidak menunggu apa2.

cuma cukuplah memandang matahari itu dari jauh.
mengenang indah bersama yang pernah.

ini hati aku,
jangan paksa untuk aku buang.

Saturday, March 1, 2008

sedang melawan sepi.

aku ke rumah fatin semalam. arm mula2 janji mahu teman aku memandangkan aku tidak boleh sendiri, kata doktor. tapi tiba2 dia ada hal. lepak dulu di rumah fatin, sekurang2nya boleh tonton dvd across the universe.

tapikan, sejak dua tiga menjak ini, aku tak pernah boleh faham cerita apa2 yang aku tonton.
jadi aku macam patung yang dihadap ke televisyen. haha.

cerita tamat jam 6 petang. aku makan ubat yang diberi. aku sedar betul2 pun pagi tadi. malam tadi aku ingat ada satu dua sms dari pok arm, suruh aku tidur terus di rumah fatin. bahaya memandu bawah pengaruh dadah.

yelah.

pagi tadi, jam 7 pagi itu, ketika memandu pulang dari rumah fatin, aku susur jalan aku pernah redah dulu. ulang alik ke shah alam dari damansara, naik skuter yang cuma boleh cecah 40km sejam. bersejuk2 berdua melawan air hujan, memaksa enjin motor yang asyik mati.

gurau2 sesama berdua di atas motor cabuk.

sudah, sudah. mungkin dia sudah lama lupakan. apa lagi yang aku tangguk2 di harapan ini.

dia mahu kau bahagia, berilah fynn. kalau itu satu2nya yang bisa membuat dia kembali ke langit tersenyum. kasi saja.

baik, saya akan cuba ya...

terasa mahu kembali ke zaman itu, yang kita hidup dalam kosong, tiada mewah apa lagi bersenang. terasa mahu bekukan masa itu, yang kita bergelak tanpa mengingat apa, tiada masalah juga sengsara.

kerana itu adalah waktu yang paling saya bahagia.

haih. bagaimana mahu mencari rasa yang sama ya?
*senyum pahit*

hari ini ada performasi. mahu dipuisikan tentang apa? tidak biasa bermadah tanpa pandangan dia.

dia sudah pergi, fynn.
mesti dia ada sbb sendiri, kan...