Tuesday, March 11, 2008

nenek bongkok tiga menulis

nenek nenek si bongkok tiga
siang malam asik berjaga
mencari cucu di mana saja
nenek nak kawin dengan anak raja

cucu cucu tak dapat lari
nenek tua banyak sakti
sekarang nenek nak cari ganti
siapa yang kena dia yang jadi

kesian nenek. tak sedar diri. nak anak raja konon. chet.

tapi biasalah tu. kita suka orang yang tak suka kita. kita tak suka orang yang suka kita. tak sedar diri, sanggup nak terus hidup suka orang yang dah tak mau tengok muka kita.

*aku dah pening*
haha.

aku tertengok klip video Ungu semalam. aku memang suka tonton klip. sbb aku nampak macam satu filem pendek. lepas tu, takde dialog. kau kena cipta fahaman sendiri berdasarkan beberapa minit itu.

macam klip "cinta dalam hati". entah la. air mata aku menderu2 macam orang gila kat restoran ayam penyet tu (francais makanan indonesia yang boleh tahan lazat: di the curve). sayu mungkin atas faktor:

1) aku makan sorang2, dan terasa macam loser gila
2) plot ceritanya sayu sangat
3) aku memang cengeng. suka2 nak nangis je kot.

aku pilih yang kedua sajalah.

karektor:
a) seorang lelaki nerd yang datang ke pusat pameran sains.
b) seekor perempuan eksperimen yang hanya bisa hidup di dalam air.

setting:
bilik pameran. di tengah2nya ada satu inkubator yang cukup2 untuk seorang manusia dalam keadaan tegak.

plot:
lelaki nerd itu datang ke pameran buat pertama kali. terlihat sang bidadari yang melingkar berselirat dengan ruang sempit.
terpana.
kagum.
jatuh cinta.

hari2 lelaki nerd itu datang ke pameran. semata untuk melihatnya. untuk memotretnya. dan dia bahagia sendiri.

dan hari2 jugalah bidadari air itu melihatkannya. berpusing2 di dalam cecair putih seolah2 menari hanya untuk tatapan lelaki itu.
terpana.
kagum.
jatuh cinta.

maka di setiap kehadiran lelaki itu, si gadis akan merenungnya dengan penuh rasa. meski tidak punya suara. walau tidak reti berbicara.

seminggu berlalu. pameran tamat hari itu.

lelaki itu memegang gelas yang menghadang rasa, meluah selamat tinggal dengan anak mata. gadis mencengkam jiwa dengan sekadar senyum terpaksa. bagaimana?

lelaki menitahkan sang kaki melangkah. tumpuan adalah kakinya, yang tiba2 disimbah air membasah.

kaca pecah.
air tumpah.
gadis rebah.
dia pasrah.

mereka berpelukan. seolah pernah berzaman memadu cinta asmaradana. bagai begitu, kerana pelukan itu seperti meluah rindu yang tidak tertanggung.

dan klise terjadi,
gadis itu mati.

*diam*

aku rasa gadis itu menghabis nafas dalam bahagia.
walau pun untuk ramai di luar sana, pasti mereka katakan "betapa bodoh si perempuan gila". mati bodoh2.

sukanya.

berapa kali dalam hidup yang kau bisa temukan orang yang mahu mencinta engkau kembali? acap kali, kita memaksa diri untuk suka si polan, kerana mahukan yang lagi satu itu tidak berbalas.

kadang2, rasa yang ada cuma sayang, lalu kita bisikkan, "aku akan paksa untuk cinta". dan itu yang kita buat sebenarnya. tanpa sedar.

aku pernah kata pada amy baru2 ini, ketika cinta mahu diputuskan:

"apa beza cinta dan sayang?"
"entah"
"apa rasa yang kau ada pada aku ini cinta atau sayang?"
"entah"

nasib baik dia tidak tanya pada aku. sebab aku pun tidak tahu.
apalah mahu jadi pada dunia cinta aku.

matahari,
apa khabar kamu?
aku rasa, aku cinta kamu.

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

gila la. kenapa orang tak mahu percaya pada cinta sejati? kenapa org suka suruh move on? kenapa orang selalu paksakan aku percaya yang jika seseorang itu tidak mahu pada kita, itu bukan cinta kita? kenapa orang tidak tahu cinta itu tidak semestinya disambut sama? kenapa org tidak mahu bahagia dengan konsep cinta yang aku yakin ada?

aku nampak abah dgn arwah mak dulu.
demi allah, agung sekali cintanya.

tapi tak boleh ckp juga. abah kawin lain lepas mak meninggal.
tapi itu sebab aku paksa, ugut nak berhenti belajar. sebab aku tak nak dia hidup takde kawan.
tapi aku tengok dia bahagia dengan ibu. dia lupa kat mak ke?
tapi dia tak boleh dengar nama mak, nanti dia nangis. sampai hari ini. lepas 13 tahun.

jadi, apa cerita?

aku selalu bayangkan aku mati sekali sama suami aku. sebab aku nak cinta aku dikenang2 anak2 aku. dibayang2 kebahagiaannya.

siapa suami aku?
tuhan, kenapa kau rahsiakan jodoh2 kami?

kan senang kalau aku tahu, tak perlu aku bergolok bergadai menyerah jiwa.
meranap nyawa.

seorang pensyarah di tempat kerja, dia di Burma dahulu seorang shaman (orang2 yang dianugerahkan tuhan dengan kelebihan intuitif). setelah dipaksa, aku hulurkan tangan. sukahatilah. kurafat semua ni.

tapi bila dia ckp perkara yang org tidak tahu,
aku tersentak.

dia bilang tentang matahari. tentang arwah mak. tentang abah. bukan secara general. spesifik. tiba2 aku takut. org tua dalam lingkung mahu masuk 60 tahun itu begitu tepat.

ada bela jin agaknya.

dia kata aku ini juga sepertinya: manusia yang diberi tuhan kuasa naluri yang kuat. kerana itu aku terlalu komplikatif. dan yang paling aku ingat, dia pesan: "afi, dont u listen to people, cause u have this aura of great intuition. u see things ppl fail to see. they will call u crazy. but believe what u believe. and that, this little stubborn self, is gifted by god with a beautiful future"

aku rasa dia ada buku teks yang dia hafal untuk memberi harapan dan kata2 motivasi pada orang2 yang menadah tangan macam aku.
ah, kebetulan.

tapi mcm mana dia tahu pasal sejarah aku secara terperinci?
haih.

sebak la pulak.
akulah si nenek bongkok tiga tu kot.

*senyum selebet sambil mengecilkan mata*
matahari nak nak kawin sama nenek tua tak?
haha.

12 comments:

msYuz said...

saya belum dapat tonton klip itu,tapi ulasan kamu cukup untuk buat saya hiba.

saya pernah suarakan pada seorang teman - cinta itu sekelip mata,tetapi sayang itu selamanya. mana pernah kita dengar jatuh sayang pandang pertama? =)

tak mengapa fynn,gila itu olokan mata orang. cuba suruh dia sarung kasut kamu, laratkah?

jaga diri!

ira said...

saya pun tak faham kenapa orang asyik suruh move on.

suka hati lah kan.
kita yang rasa sayang itu.
kita yang rasa cinta itu.

takpe kak fynn.
orang kata kita gila.
tapi kita je yang tahu apa yang kita rasa.

QUYA said...

hurm..
cinta..
cukup untuk mendera perasaan ini..
cukup untuk meranapkan jiwa ini..
cinta2..
CINTA bisa bikin otak serabut...
xpe kak fynn..
biar org bilang kita gila..
xperlu risau apa org kata..
=)

Hanna The Belgariad said...

fynn,
aku nak jumpa si penilik nasib tuh jugak..boleh? ehheheheh :P

a l a n said...

moganya mendapat cinta konsep kamu..bertahan ya sis

:)

thesleepless said...

hmm,

mungkin aku juga perlu jumpa penilik nasib tu.

(sebab sampai sekarang aku masih lagi di tempat yang kau mengajar tu walaupun umur kita kemungkinan besar sama)

and btw, pedulik kan aja apa orang lain cakap, yang penting kau tau sapa kau, apa isi hati kau dan yang penting juga tak menyusahkan orang lain.

Hanna The Belgariad said...

nenek pakai kasut converse!
saya pon nak jd mcm nenek!
hehehehe

fynnjamal said...

kawan2:

saya rasa saya selesa dipanggil gila. jadi kalau apa pun yg saya bikin ini menongkah dunia, mereka akan kata: "alah.. org gila"

*jelir lidah sambil senyum*

pada gadis2/jejaka2 yg merasa apa yg sy rasa, KUAT!

matahari sy pesan itu pada saya, sekarang saya hembus pada kalian.

pada mereka yg nak jumpa shaman burma itu, percayalah, kamu akan lebih rasa seram dari seronok. sbb setiap perkataannya adalah terperinci.

n u dont want ppl to talk bout ur skeletons. hahaha.

hanna:
nenek pakai converse yang khawt. aku nak lebih skinny baru brit-fad.

Anonymous said...

fynn...
bulu roma meremang2 bile bace bab shaman burma itu.
gile serious dia bole bace??
mahu, mahu, mahu...
mahu juge tahu akan untung rugi diri ini.
bole ke dia buang juge segale sial dalam diri ini hummm?
haih.

bicara ngacok aja gue.
maafin yah. :D
ape2 pun... yes, fynn harus kuat!
sudah kuat?
terus lagi kuat!! ^.^v

~Ciki~

farah said...

"acap kali, kita memaksa diri untuk suka si polan, kerana mahukan yang lagi satu itu tidak berbalas.

kadang2, rasa yang ada cuma sayang, lalu kita bisikkan, "aku akan paksa untuk cinta". dan itu yang kita buat sebenarnya. tanpa sedar."

itulah yang saya lakukan setiap hari..gilakah saya?

QaSiyh said...

waroeng penyet???
saya pon suka...
tok bomoh itu lagi menarik...
hmmm....

Fynn. said...

wahh. betul ke ada org cmtu? best lahh. kak fynn, tcare! (: