Thursday, March 27, 2008

untuk kawan aku yang sedang bergelut.

betapa mudah manusia menggantikan cinta.

seorang kawan aku sedang merana. kawan2 semua kata "dia tak pernah menangis. entah bagaimana dia tanggung kesedihan dia itu"

tapi hari2 menangis di depan aku. kasihan.
tidak apa, rahsia kita.
menangislah.

kadang2, kalau kau tunjuk sayu kau depan orang pun, mereka bukan boleh faham.

aku tak pernah memaksa kawan aku itu tinggalkan jejakanya. sebab aku terlalu mengerti rasa dipaksa melupakan sesuatu yang kita percaya.

"mamat itu syaitan. lupakan dia"
"mamat itu kejam. ramai lagi."
"mamat itu celaka. cari lain"

ingat senang, agaknya.
tak apa, dik. selagi aku ada, aku akan layan hati kau. itu yang kau selesa, kan?
satu hari nanti bila kau dah penat, kau akan redha.

kawan aku diganti untuk perempuan yang jauh lebih hina. kaki arak, tidak layak cantiknya, ciri2 sundal abadi, segala. setimpal dengan iblisnya si jejaka.

faktor yang membuatkan kawan2 semakin yakin untuk memaksa kawan aku lupakan sang teman lelaki.

tapi sayang itu bukan sesuatu yang mudah2 dilupa.
dan untuk sesetengah perempuan seperti kami, buatlah apa saja, rasa yang kami rasa ini payah sekali mau mati.

cumanya, ia sedikit2 membunuh kami.

aku sudah tidak tahu hendak menulis apa. rasa kosong dlm jiwa, rasa biasa2. aku ini ibarat enjin yang bergerak atas motor rasa jiwa.

dan bilamana hati aku ini sedang begini, tiada makna seorang fynn jamal itu.

haih.

perempuan ada dua jenis:
1) mangsa
2) sundal

ramai lelaki mahu memangsa kategori yang pertama. untuk dijadikan calon isteri, kan?
ada lelaki di luar sana yang lebih gemar perempuan yang murahan. untuk berkawan2.

ada perempuan memilih untuk kental dan menjual mahal.
ramai juga yang keluar menggatal dan menyundal.

bohonglah jika benar kita bisa kategorikan orang. mana ada manusia terbahagi kepada kumpulan A atau B. setiap orang berbeza. kerana rasa itu tidak pernah sama.

seperti aku yang katakan "aku faham, dik". gila, apa?
rasa itu milik kamu. cuma kamu yang tahu.

apa yang kamu mahu jadi itu terpulang pada kendiri kamu.

aku cuma bisa mendengar, kawan.
kerana aku tahu bagaimana rasa sunyi itu.
tanpa sesiapa mengerti kamu.

kuat. kuat.

tidak apalah kalau kita diganti. harapnya gadis baru itu bisa menjaga cinta kita itu dengan manis, seolah kita tatang dia dulu.

kuat. kuat.

jangan diharap. cuma kuat.
tuhan itu adil.

seorang kawan pernah ckp pesanan neneknya, yang mana digunapakai ketika mahu menasihatkan aku sejak dua tiga minggu lalu:
"kalau kita sayangkan seseorg itu, kita harus terima andai kita tidak disayang semula"

aku jawab:
fakyu.

6 comments:

nota.kematian said...

fakyu - betol !

orang orang di sekeliling memang pemberi nasihat yang teramat sangat baik, dan semua itu buat aku rasa semakin jelik.

depan kamu kamu kita kita begitu bijak menyusun kata, belakang kamu kamu kita kita,
lunyai, koyak rabak, hancur berkecai kita diperkata dan dikritik.
satu saja untuk mereka yang sebegini, terima kasih dengan nasihat motivasi yang basi. aku tak perlukan ia!

cikAnum said...

kak fynn, kadang2 kata2 yg keluar dari seseorang itu kita perlu abaikan sbb 1 pon x masok akal.
tapi, kalau kita sudah penat untuk mencintai, kita mmg perlukan habuannya.
jadi, sila kuat ye!
sbb saya juga kuat *tapi kadang2 saya juga jatuh.. :(
lama x jumpa.. hope lepas ni jumpe, kak fynn da berisi semula ye? :)

katahatianakrazali said...

seperti aku yang katakan "aku faham, dik". gila, apa?
rasa itu milik kamu. cuma kamu yang tahu.---- sy sokong sgt sentence ni.

tak akan boleh punyer kite tau rasa seseorang.

kita bukan creator.

nasihat2 yg baik hanya utk merawat jiwa luka je sis...
herm...

tp sy suke ayat last dlm post ni...:)

ira said...

i agree.
mereka sebenarnya tak faham.
sekadar ingin menjaga hati.

yes.
fakyu.
i agree too.

[siti] said...

hanya kita tahu apa yang kita rasa
hanya kita tahu apa ada dlm hati

bukan senang nk bunuh sayang
cakap mmg la senang
kan

nak redha pun tidak mudah.. saya sendiri masih mengagau mencari rasa redha itu.

ntahlah...

Anonymous said...

sudalah,terima kenyataan