Friday, March 28, 2008

entri bohong2

bohonglah kalau aku kata aku okay dengan kebahagiaan baru dia.
bohong sgt kalau aku kata aku gembira melihat dia gembira.
paling dusta bila aku kata "ye, kita boleh kawan mcm biasa2"

sebab bahagia dia seharusnya bersama aku.

tapi tidak apalah. sekurang2nya bila dia di depan aku (yang ternyata begitu plastik menjadi seorang kawan), aku bisa curi2 pandang mata dia yang aku rindu, gelak dia yang pasti sudah mula diberi pada orang lain, hidungnya yang pernah memberi nafas pada aku, baunya yang takkan aku lupa terlekat di pergelangan baju aku pada setiap salam berjumpa dan berpisah.

apa yang kamu cari, matahari?

gadis hebat bagaimana yang mampu memberi kamu ketenangan? lafaz cinta sayang bagaimana yang bisa menggantikan puisi lagu aku buat kamu? genggam tangan bagaimana yang boleh menggoyah keikhlasan rasa aku pada kamu sehingga kini dari dulu?

bohonglah kalau aku tidak mahu melutut dan merayu kau pulang.
bohong sgt kalau aku mampu senyum setiap kali terpandang adorasi manusia pada kamu.
paling dusta bila aku katakan "semoga bahagia"

sebab aku tidak rasa ada orang lain yang mampu memuja engkau seolah aku.

dan aku rasakan segalanya tidak pernah adil.
mana bisa seorang yang tidak pernah kenal kamu tiba2 menjuih rasa?
meluah cinta merakam sayang pada kamu?

"saya tidak mahu serius pun, fynn. belum mahu ada rasa"

ye ye. kamu mahu cari tenang tanpa sesiapa. aku mengerti.

*diam*

tapi dengan berjuta manusia datang menjaja, takut aku menyaksikan bibit rasa kamu bertaut pada bibir palsu mereka2.

yang hanya mahu kamu yang sekarang ini.
yang sudah gah.
yang terlalu hebah.
yang sangat terkenal.
buat aku sebal.

entahlah.

kadang2 aku rasa aku mahu saja kekalkan kamu yang dulu. yang kosong dan tidak punya apa2, melainkan aku. kerana saat itu memberi bahagia pada aku, dan aku berkolek di dunia ini dengan setiap inci kenangan yang aku masih pegang.

hingga hari ini.

benar, aku sudah tidak lagi meminta2. tidak lagi menagih sayang. kerana aku yang aku pamerkan sudah begitu keras. sudah begitu kuat. ternampak begitu tidak mempeduli.

walhal di setiap 6 saat, aku ingin memegang kolar kamu dan bertanya "mengapa?"

bagus juga kawan saya (yg di entri semalamnya) itu sedang hancur. maka saya perlu berlakon 5 kali lebih kuat kerana rasa tanggungjawab untuk menjaganya meluap2. memberi nafas kekuatan. memberi gagah.

dan andai aku sendiri lemah, bagaimana bisa aku bantu dia untuk bangkit. kan?

*termenung dan melihat ke luar tingkap*

ingat mahu pulang ke kampung. jumpa abah. terlalu rindu. tapi takut diketahui kesugulan diri. berat sekarang yang sudah 45kg, berbanding tahun baru cina dulu yang 53kg. lebih menarik, aku adalah manusia yang tidak reti berbohong.

sehebat mana aku ber-freestyle di atas pentas, aku akan terkebil2 bila mahu berbohong. mata aku akan lari2 dan rasa belengas tiba2. mula menggigil.

mesti kantul.
jadi baik aku duduk di sini.
dan melayan hati, memboboknya untuk kental.

tetap, kita akan jadi teman yang rapat, wahai matahari.
andai itu yang kau mahu.
andai itu.

alhamdulillah, aku rasa aku mampu.

*terkebil2. mata lari2 dan rasa belengas tiba2. mula menggigil*
ah, kantul lagi.

5 comments:

Anonymous said...

fynn.i dont know u very well but this one journal of u ,really2 related to me and some sort of touching my heart as well.

and make me remember my suffering 2 years back..

it really hurts when we have to lie kan fynn.( the 'dusta' part)


dari,
tak boleh berdiri dengan betul lagi

alan said...

fynn...sudah la..

lpekan..fynn kne kwat

biarkan die..ad yg sepatutnya untuk kamu diluar tue

(^^)v

wendy said...

kuatlah fynn..
tolonglah...

elakkan bertemu dgn matahari mu itu..
biar apa pun alasan yg dia beri, fynn jgn ambil peduli..

hidup kerana dirimu..
bukan kamu hidup krn dia..

berdoa byk2 fynn..
ingat Tuhan..

weirdwEEda said...

bagosh nasihat kawan kamu itu..bule letak dalam buku 'petua nenek'hehehehe

akissferrero. said...

fynn..

walaupon kaw xknal aku&kite xpnh berkawan...

i know how d you feel like...

bila bace entri bohong2...mmg sakit...

aku pnah lalui benda ni.

harap kaw akan oke.