Tuesday, March 4, 2008

selamat datang, gelap malam.

aku tidak percaya dengan semua kata2 dia.
setiap lafaz benci dan tidak sayang.
satu2 butir yang dilampiaskan di telinga aku,
satu2 patah disuruh sampai ke pendengaran aku.
semua itu.

aku tidak percaya satu pun.

kerana aku kenal matahari aku.
aku tahu rasa yang dia ada itu bukan bohong2.
bukan kata2 sekadar mencari kepenuhan masa.

aku tahu dia cinta.
aku tahu sayang masih ada.

maka semalam aku nekad.

aku pesan melalui sms dan terpacak di bawah rumahnya.
aku mahu jumpa.

paling hina pun aku akan dibiar di depan pintu yang tak dibuka.
paling kejam pun aku akan dihalau dipaksa pergi sahaja.

biarlah.

dan bila aku khabar pada pok arm, seperti biasa dia akan begitu defensiv.
"kamu betul2 sudah sedia?"
"kamu benar2 kuat mendengar apa sahaja?"

aku iyakan.
dia pasrah.
dia tidak mahu aku semakin luka.

aku beritakan, aku mahu lihat dia sebelum aku pergi dari hidupnya yang indah itu. aku katakan dia sudah menang. dan aku tewas. aku akan turut mahu dirinya.

apa nak jadi, jadilah.

dan bila dikhabarkan aku di situ pada sang matahari, tanpa aku sangka, skrin telefon bernyala.
"ada di bawah kah? meh naik"

ada rasa sayu di situ.
dalam hati aku.

...lihat, dia manusia baik, tuan2 dan puan2...

sampai di rumah itu, aku terus duduk. dia senyum. aku kelat. sebelum aku keluar dari kereta lagi telah aku zikirkan pada tuhan agar hati aku ini dikuatkan. agar apa juga keputusan memberi kedamaian.

"cakaplah. apa mahu dicakap". senyum masih lekat di situ. tidak semanis dulu. tapi ada.
hati kering.

"saya tidak mahu berlama2. cuma saya mahu tanya, dan kamu harus jujur"
mencari nafas. degup jantung sudah terlalu pantas, terasa mahu pecah.

"kenapa saya dilepaskan?
adakah benar kerana kamu sudah habis cinta pada saya?
atau kerana kamu mahu saya mendapat bahagia yang dijanjikan di luar sana?"

diam.
aku pandang dan mencari makna dalam penglihatan yang dia pancarkan.
kosong.
aku tidak dapat baca mata itu lagi.
sudah begitu berbeza.
bagai tidak pernah aku kenal dia.

seminit dua berlalu dengan begitu berat. dia tidak berkata apa. cuma memandang dan merenung.

"fynn."
tuhan, tabahkan aku untuk segala mendatang...!

"kamu tidak akan ada masa depan bersama saya.
saya tidak punya apa"

dan langit terus berwarna merah jambu, bercahaya, pelangi berlari2 bersama damai kicau burung layang2. persis meneguk air mata air setelah 32 hari kehausan.

aku dilepaskan kerana cinta.
*senyum*
cukuplah.

itu yang aku mahu tahu.

kerana sepedas mana bahasanya dulu, setajam mana bisa kata2nya, aku tidak mahu percaya. hati aku hari2 berbisik, cintanya masih ada.

dan orang semua katakan aku gila kerana menangguk pada yang tidak ujud.
lihat! aku sudah bilang, kan?

*diam sebentar untuk memberi laluan pada airmata yang tidak aku pasti sebabnya.*

"kalau saya tidak mahu semua itu?" -sekadar cuba2 bermain sama nasib, aku kira.
"ckp sekarang bolehlah...", dia jawab dengan sedikit memujuk.
"hmmph. sudah agak!"

aku gelak.
dia gelak.

airmata aku mengalir.
dia memusing kepala.

"fynn harus kuat, ya?", dia pujuk lagi. sama ketika pujuknya pada aku yang terhantuk kerana dia, dulu2.
"tapi susah...", tiada mengharap, cuma bercerita seperti anak kecil yang terjatuh dari basikal mengadu pada bonda.
"boleh... fynn kan kuat..."

tangannya bermain dengan anak rambut di depan muka aku.

sebak yang bergantang2 aku kelamkan. aku hembuskan setiap rasa di dalam diri, tentang sayang yang tersimpan untuk dia, akan kehancuran berjauhan dan tidak bersama.

betapa aku cinta dia.

sekering kemarau di afrika utara, dia tegak dan sunyi.
membiarkan aku larut dalam celaru.
seolah mahu menunjuk dia tidak peduli.

"benar sudah tidak ada sayang?"
"fynn... jangan tanya"
"kalau saya putuskan diri saya sama dunia? lepaskan setiap perkara yang mengganggu kita? kerja biasa2? hidup biasa2? mahu?"

aku senyum.
dia juga senyum.
dasar aku ini memang degil.

"saya mahu betulkan hidup saya dulu. mahu lunaskan kewajipan saya dulu. saya tidak akan mampu membahagiakan kamu. belum lagi. saya masih berusaha untuk hidup. kita orang yang berbeza, fynn"
"hmm..."
"dunia kita berbeza. keluarga kamu. saya."
"hmm..."
"jangan menangis, ya fynn...? berhari2 menangis, saya risau"
"maka kenapa dibiarkan saya?"
"kerana saya harus kejam. untuk kuat. baru kamu kuat"

diam untuk kali ke berapa.

"kenapa kamu sedikit pun tidak sedih, matahari?"
"maksud?"
"tidak ada airmata, tidak ada belas, tidak sudi memberi tangan menguat semangat"
"hati saya, fynn. saya lebih tahu. tidak perlu saya tunjuk2"

diam lagi. dan kini sudah biasa.

sambil menopang dagu sendiri, saya lihat wajah itu. saya lihat anak matanya yang perang jernih. saya tanya "bagaimana ya?". Airmata kali ini sudah diseka dia. dari tadi dia mahu hilangkan airmata di pipi, aku nampak tangannya yang berkira2.

dia tidak mahu aku mengharap lagi.

tapi mungkin dalam hatinya sendiri sudah begitu kasihan.
mungkin kerana itu dia sudi perlihatkan prihatin dan sebaknya.
cukuplah, aku kata dalam hati.
aku cuma mahu tahu itu.

"fynn balik pada dunia fynn ya? kamu akan lebih terjamin di sana"
"boleh. tapi kamu janji jangan hilang dari saya?"
"baik. tapi kamu mesti kuat ya?"
"hmm"

buka buku baru, pesannya.
ye, aku akan cuba.

aku salam tangan manis itu, ku cium tangannya, aku kata "saya tetap cinta kamu"
"saya juga. cinta kamu."

benarlah. cinta tidak mesti bersama. rasa tidak mesti berakhir berdua. apa juga yang terjadi, itu tuhan sudah tetapkan. siapa aku untuk soal2kan?

aku beruntung kerana dapat merasa disayang matahari aku itu. aku pernah bahagia. aku pernah memberi bahagia.

aku dilepaskan kerana cinta.
kerana aku ada harga.
terpaksa.

baik, sayang.
tapi tetap akan aku cari kamu dalam cinta baru.
kerana kamu tetap yang paling indah.
yang terbaik.
untuk aku.

"jgn lupa fynn ye?". tepat aku renung wajah dia.
"jgn ckp bukan2". digosok2 kepala aku.

matahari, siang sudah hampir tamat. aku harus beredar sudah. terima kasih kerana sudi menerang jiwa aku. terima kasih kerana menjadi nadi aku selama ini. terima kasih kerana tegap di belakang berdiri menongkah segala.

terima kasih kerana kamu berserabutan, mencari kebahagiaan saya.
terima kasih kerana menyimpan rasa, demi saya.

kalaulah kamu tahu saya bisa bahagia dengan hidup sederhana.

*haih*

aku tetap cinta, jangan minta apa yang aku ada ini.
mungkin akan hilang, ia di satu hari.
semoga kamu tahu, tiada yang mampu mencinta kamu seperti aku.

tuhan,
sayangkan dia.
berikan yang terindah buatnya.
yang setia. yang akan menjaganya sampai tua.
mendengar setiap marahnya dan mendukung dia di masa2 orang tiada.
gadis hebat yang sayang dan takkan bosan membikinnya ketawa.
berikan seseorang yang manis mulutnya untuk melafaz sayang bila2.
yang mahu membelainya di setiap masa.

kerana dia sunyi.
kerana dia sendiri.

9 comments:

weirdwEEda said...

sabar fynn...dugaan tuhan,kerana kita manusia..mudah saja lupa padaNya..aku doakan dia akan kembali padamu,bkn yg lain tapi dia yang engkau cinta..

Shaira Amira said...

kenapa dia mesti lepaskan perempuan yg dia cinta. kenapa mesti beri alasan "kita berbeza"?

kak fynn.. sabar..mira setuju dgn weirdweeda. mira doakn yg dia akn blik pada kakak.

kuat fynn!

fynnjamal said...

weeda/shaira:

kalau dia ada,
saya tunggu.

kalau dia pergi,
saya senyum.

cukuplah saya diberitahu saya ditinggal kerana cinta.
cukup untuk saya.

sebenarnya dia pun sedang sedih,
kerana kaki yang dihayunkan itu mulik dia.

ira said...

kak fynn untung.
dia masih cinta.

kuat ya kak fynn.

[siti] said...

aduh.. betapa benarnya kasut kita serupa.. cuma saiz yang berlainan.

beberapa bulan lepas dia pernah mahu melepas tangan, kerna rasa diri tidak mampu beri saya yang indah. Bagai mahu tercabut nyawa, namun saya terus tenang. Byk yang saya pohonkan pada Tuhan. Akhirnya, nekad saya kata padanya, kita ini manusia biasa. Tuhan itu kan pencipta karya hidup kita. Mungkin Dia telah catatkan rezeki dihadapan untuk kita sama2 nikmati.

Pokoknya cinta, berbuah sayang yang amat ranum. Susah senang sama kita harungi. Andai dia takdirkan mmg kita tidak berjodoh, pasti terpisah jua nnt. Selagi ada cinta dalam hati, kita jalani aja apa yang dia telah beri sekarang.

tp tidak semua orang sama. mungkin apa yang matahari kamu buat demi kebaikan kamu. Ada hikmahnya, kita harus aja yakin bahawa ketetapanNya ini telah direncana dengan baik. Pasti ada yang baik menanti dihadapan sana. :)

Tenang aja ya Affina.

Hanna The Belgariad said...

takpe fynn.. kalau dahh jodoh..takkan ke mane...

jannah said...

tibe2..airmata aku berlinang....aku biarkan ko untuk bergembira bersama kawan2 mu..mgkin itu yg terbaik untukmu...tp aku x sangka ada musibah menimpa ko...dan ko pula diam diri, seolah2 aku bukan lagi temanmu...tp pd aku, mgkin ko perlukan ruang idupmu...
yanti, apa yg terjadi, baik dan buruk akan ada sesuatu yg indah buat kita...ko harus kuat...biarkan dia dlu utk seketika...itu yg terbaik..salam sayang dari aku utk kau

kambeng7 said...

matahari
(sekiranya dia baca)
aku doakan
ketemulah apa yg kau cari
biar pengorbanan temanku
melepaskanmu itu
tidak sia-sia
tidak kosong
dan aku doa
moga dia jodohmu
nanti
kalau bukan
relakan ya
amin...

seliparputih said...

fynn.

aku pernah rasa seperti yang kamu rasa.
memang payah.ditinggalkan.terluka.kecewa.
semua sia-sia.

bila memberi alasan,Tuhan Yang Maha Esa saja yang tahu betapa ranapnya jiwa.
betapa sunyinya hati.
betapa airmata boleh menderu laju.

aku tunggu dia dtg semula.melutut,meminta aku kembali.
hampa.

rajuk hati.dendam dalam diri.

sampai kini aku dalam kebingungan.

lelaki sebegitu sulit.wanita yang sering ralit.

tenang fynn.