Friday, March 14, 2008

masih tidak ada punca

betapa penat menampal senyum.
lelah.
rasa lemah.

kuat, fynn. kuat.
"mami kena kuat..."

biasalah, mesti ada hari2 yang dtg bila mana kita rasa kita tewas dan goyah. bohonglah kalau sebak tidak datang sekali dalam sehari. bezanya kuantiti. mcm, kalau dulu dalam 24 jam, 19 daripadanya akan aku guna sebaik mungkin untuk meratap. sekarang, mungkin sudah tidak sebanyak itu.

hari ini adalah antara hari yang terlebih sedikit dari rutin yang dah dikurangkan. haih. paksa untuk gelak dan ketawa. boleh, fynn. kalau tidak, dia lari. kalau kau terus ranap, lagi dia pergi.

maka aku harus kuat, cukup untuk mendapatkan habuan melihatnya dari jauh. dari pandangan seorang kawan.

jadilah.

tapi yang kelakarnya, sudah kuat begini, sampai hari ini pun tidak pernah bersua muka. sekadar gambar2 di skrin buat aku meluah tanya. "kamu sihatkah?" "sudah makankah?" "tak rindu daging bawang putih dan ikan goreng saya kah?"

hehe. *gelak tidak ikhlas*

yang bagusnya, sekarang aku sudah bisa berbual dengan matahari tanpa berbunyi terlalu mendesak. lebih kepada berbual teman2. (sebenarnya aku suruhkan minda tenang dan terima)

terima kasih, yahoo messenger.

rugi hilang seseorang sepertinya. terlalu baik. santun. manis. jujur. haih.

*diam. mendongak ke langit*
woi sapa2 tolong beritahu dia betapa dia hebat, boleh tak!!!!

*lega*
haha. gilow.

tuhan,
berikan yang terbaik buatnya.
murahkan rezekinya.
kasihankan dia.
please?
dan aku sudah redha yang aku tidak layak untuk manusia matahari itu.
siapalah aku, tuhan.
kan?
*senyum paksa, tunjuk gigi*
pleeeeeeeeeeeeease...?

hmm.
sekarang sibuk dengan pemarkahan final pelajar. aku boleh tahan mahal markah juga rupanya. entahlah. sesekali, ada juga yang aku luluskan kerana kasihan. hari2 datang, dapatlah sedikit hadiah terima kasih berbentuk nombor cantik.

kita harus terima, tidak semua dilahirkan cendiakawan.

sudah hujung semester lagi pening kepala. pelajar yang gila mahu menjadikan aku isteri semakin galak. sewel. semakin rajin telefon. jangan sampai aku adu pada fakulti, ye.

apa lagi. minggu ini ramai kecy yang agak sibuk. aku perlu cari perkara untuk dibuat. jika tidak aku hanyut dgn fikiran. matahari tidak suka. dia mahu aku belajar berdikari. aku cuba. bukan untuk dia semata. untuk aku juga.

ngee.
*lagi satu senyum paksa*

kalau aku simpan 20 sen dalam tabung pada setiap senyuman paksa, pasti aku sudah ada rm400 dalam masa dua hari. haha. kaya.

mula jam 3 tadi aku marathonkan 3 filem di tv. layan dvd tiba2 rasa tidak menarik. aku tak faham satu pun plot. filem semakin bodoh atau aku yang kearah ketumpulan akal ni?

antara filem yang aku tonton adalah:
1) something about mary
2) 50 first dates
3) forbidden city cop (antara masterpiece stephen chow)

*diam*
aku rasa, aku la yang senget.
hahahaha.

mana idea2 bernas untuk aku coret di sini? nantilah. aku sedang terlalu abstrak untuk mencipta komposisi ayat berstanza penuh.

nanti keluar bahasa sanskrit.

kawan2 pembaca,
mari jumpa?

saya masak soto, mau?
ngeeeee...

((masuk tabung lagi 20 sen))

6 comments:

Hanna The Belgariad said...

fynn! kau masak soto..aku dtg! hehehe heh


aku jugak boleh dtg blajar masak dr kau... heheheh


takpe lah fynn, yg penting kau cinta dia.. pd aku cinta yg paling agung ialah bila kau tak mengharap kan apa2 balasan..

Fynn. said...

kak fynn, boleh pos soto ke terengganu? :D

Junaidi Asmara said...

pertama kali kesini. baca seimbas lalu sejujurnya.
post politik yg dikira bagus..:)
er..suka juga akan gaya penulisan kamu.

hanafiah said...

muahahaha.. kau makin biul macam sinchan bila buat *ngeeee...* cuba bayangkan muka seorang gadis membuat *ngeee....* dengan senyuman paksa dari telinga ke telinga... lawak la minah ni... *ngeeee...* apakata sesekali kalau boring tu layan la kartun jepun macam doraemon, sinchan atau pun slam dunk... pasti menarik... takpun layan cerita lawak P. Ramlee.. Seniman Bujang Lapok ke.. Pendekar Bujang Lapok ke.. pasal matahri jangan risau.. aku percaya sayang dia masih ada.. cuma jangan dibiar ia berkarat..

[siti] said...

hehehe.. saya sedang menanti azrul set hari untuk outing tu. Dia mahu kamu jadi mode ya?

Nanti kita ketemu ya.


*saye mau soto!!!!

nishi said...

Entri kali ni kiut =) memang part 'ngeee' tu mengingatkan saye pada sin chan..

'Something About Mary'? Saye pernah menonton filem tu sekali. Bukan favourite saye, entahlah kenapa. mungkin saye tak suka lawak macam tu. filem Adam Sandler tu pun ala-ala filem santai, juga bukan antara favourite. dulu pernah suke tengok cerita macam tu, tapi sekarang saye lebih suke filem aksi, agaknye jiwa ni sudah kurang kejiwangannya ataupun simply because those kind of films just plain typical.

-izza-