Sunday, March 23, 2008

teman tapi mesra? boleh lah.

seolah tidak cukup tuhan yang esa memberi dugaan pada aku.
teman baru matahari menegur seolah kawan lama pada aku.
mahu berkenalan.

okay.
lalu mengaku "ya. kami teman tapi mesra. boleh lah..."

sayu.
sebal.
sampai hati, tuhan.

sudah ada peluang kamu ambil nyawa aku tempoh hari. sudah begitu hampir.
kenapa sanggup kamu gantung2kan rasa terhenyak aku ini di fikiran?

tidak, kamu tidak kejam tuhan. cuma aku yang gagal melihat fungsi segala kejadian yang kau plotkan di keliling aku ini.

aku masih buta, ye tuhan...
atau kamu masih mahu duga?

kelakar ke, wahai 'oh chenta nya'? bercerita2 bahagia, sambil mahu menjadi teman saya? benar, dia lelaki hebat, tapi perlukah kamu berkekeh di depan saya? kenapa tidak mahu kasihan?

*diam*
benar.
dia hebat.

aku lebih tahu.

*menguat semangat, menampal senyum, berlinang airmata*

aku telah cuba tersengih pada gadis itu. telah cuba membuai rasanya yang enak bercerita, seolah dia kawan baikku yang tahu banyak tentang aku, melalui matahari. apa aku diolok-olokkan ketika kalian bergurau sama? apa aku dibahan cerita berdua?

syaitan, hentikan bisik kamu!!

*diam*

sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan saja.
sekadar kawan

*diam lagi panjang*

-hati, sudah ranapkah engkau?
-belum.
-ranaplah.
-belum.
-sampai bila?
-nanti.
-penatlah.
-belum sudi.
-kamu mau apa?
-kebahagiaan dia.

dan jika kebahagiaan dia bukan dengan aku, harus aku bangkit sama dah menyorak.

dia sudah pergi, fynn.
dan kau sudah hancur.

tiada siapa mahu beli pasu sompek.

12 comments:

bulan. said...

tabah kak fynn.Tuhan tau kamu merana.mungkin lps semua yg terjadi ni,kamu akan balik kpd dia.jgn pernah putus harap!

Amira Zafirah said...

be strong kak fynn. i've felt the same thing too. dia sdh ada tmn baru.
:l

katahatianakrazali said...

sis...
tabah...
sy faham perasaan kalo org yg kita sayang memperolok2 kan kita cemtuh.
kuatkan semangat.
sis bukan pasu sompek.
at least sis still stick in our own shoe & try not to be someone else.
sabar ya.

*hanyalah peminat baca blog sis & puisi sis. :)

thesleepless said...

Ada orang pernah cakap, Tuhan uji hamba-hamba-Nya yang Dia tau bole bawa ujian Dia.

So, I guess...in a way, you're one of the chosen ones.

Just, bersabarlah. Pasti ada hikmah.

siapa^aku said...

siapa kata pasu sompek takde orang nak...mesti ada nyer...berbeza dari yang lain...

e.a.m.y said...

benci pd perkataan teman tp mesra itu..


kenapa terciptanya perkataan itu yg atas dasarnya akan mengaburi segala dosa yg tercipta kerna mereka-mereka tidak akan perlu memikul beban tanggungjawab itu.

ciKenit said...

uhum...
setuju dengan eamy....
benci perkataan tu.
kepala hotak dia la teman tapi mesra.
fynn, perempuan begitu jangan dipercaya.
dasar tak tahu malu, mengaku teman tapi mesra.
mungkin cume dia yang pipi tersorong2.
saiko barangkali.
sudah lah.
kamu 1800 kali lebih hebat dari sesiapa pun.
oke? ;)

[siti] said...

hanya kita yang tahu apa yang kita rasa kan?

*sudah hampir habis plaster mau tampal senyum palsu*

weirdwEEda said...

bosan tak dengan perkataan sabar?heheh saya agak bosan mendengarnya..kenapa ya..yang kita perlu buat hanya bersabar,bukankah kalo kita betul2 mahukannya..kita harus berjuang untuknya..hurmm...

msYuz said...

"Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi"

kuat,fynn!!

jaga diri~

[siti] said...
This comment has been removed by the author.
[siti] said...

hm... IT opis saye dengan cekapnye telah memblok byk features, dan komen box kamu di blog puisi kamu sudah kene block juga. dem.

yang, LT Shah Alam tunda lagi ya.




menurut syai....

"saye sbagai wakil ahlil2 layar tanchap shah alam ingin memohon beribu keampunan kpd smue penyokong layar tanchap shah alam tak kire kt mane korang brade...

pade mulenye mmg tarikh dh ditunda ke 4 april...tapi kami terpakse tunde lagi tarikh tu ke 11 april..dn kali ni takde tundaan lagi...harap maklum dn maaf kn kami jike nyusahkan kalian smue....

Layar Tanchap Shah Alam

masa : 7 malam - 12.30 malam
tarikh : 11 april 2008
tempat : galeri seni shah alam
tema : 'world' / 'dunia'

berkarya - berhibur - beramal

datang bawak tikar..bawak la duit lbih skit bcuz cam biase la ade booth selling smue..and org2 hensem dari CLICK a CHILD pn ade....

sbarang pertanyaan ble call :

019-2566929 (syai)
016-6283475 (fauzan)
012-6424483 (ezani)"


huhuhu.. saye bercuti pade hari itu. Kamu ada kan? Mahu kenalkan kamu pada Lola saye.. hihihihihi...