Thursday, March 1, 2012

pencurik

hanya kerana apa yang kau pernah fikir itu ditulis orang--
tak menjadikan kau tuan pada fikiran engkau yang ditulis orang itu;
seraya menjadikan tulisan orang tadi
hak engkau untuk kau lelong2 sebagai milik sendiri.

hanya kerana kau pernah mendengung melodi yang sekarang dilagu orang--
tak menjadikan kau empunya bunyian yang dinyanyi orang itu;
seraya menjadikan lagu orang tadi
hak engkau untuk kau lelong2 sebagai milik sendiri.

seperti kau cipta resipi terlazat dalam kepala--
selagi bukan kau yang membancuhnya pertama--
APA YANG DALAM KEPALA KAU--
TETAP CUMA ADA DALAM KEPALA.

hormatkanlah buruh2 ilham yang menggembeling peluh dan darah
menyulam rasa menghiris jiwa di pekat malam gelita.
senang2 kau ambil tanpa peduli--
dan mengganti bin dan bintinya suka2 rasa di hati.

dasar pencuri.

kalau benar mau main bangsat,
rompaklah.
tikamlah.

depan2.
bukan curi2.

aku mau tengok.
berapa lama kau hendak begini.
penulis, konon.
penyanyi, konon.
pendidik, konon.

pencurik!!!

Wednesday, February 29, 2012

penyebar benci

muak la dgn kebencian semua orang.
sana sini share itu ini.
fitnah sana sini.

kerajaan ke.
pembangkang ke.
consumer ke.
penjual ke.
muak la.

kenapa senang2 percaya?
apa juga cerita--
asal namanya cerita--
adalah fitnah.

apa salahnya kita berbual cuma tentang perkara2 molek dan baik sahaja?
kita macam ada ketagihan pada terror.
kita suka memomokkan.
gemar menakutkan.

kenapa?

"people should know"
know what????

kadang2 aku tak paham apa yang kuda2 semua ni dok patriotik sangatnya.
tak suka tepung cap mangkuk, share artikel cap mangkuk ada bangkai.
tak suka brand kasut, share pasal kulit dia babi.

benda tak sahih main share2.
lepas tu bila dah ada bukti yang semua tu fitnah--
tak ada pulak minta maaf pada tepung kasut tu semua.
itu hal kau.
ye.

habis.
yang membaca?
elok2 benda tak perasan, jadi was2 pula?

sudah2 lah tu nak...!!
sedih.
perih.

dah banyak kali aku cakap cantik2 tentang menjadi orang yang menolak budaya "ceritalah lagi" di kalangan kita.
hari ini, aku mau bagi tiga cara paling mudah tapi berkesan dalam mematikan fitnah.

kalau ramai2 kita bikin,
KOMFEM dalam masa sebulan, boleh terbantut pertumbuhan budaya ini.

aku ulang.
kita SEMUA kena ramai2 buat.
baru menjadi.

kaedah 1) kewartawanan.

selesai sahaja orang bercerita, balas "jap" sambil tekan butang 'record' di telefon. sambungkan dengan "tak.. aku ni pelupa. kang tak ingat point kau apa". pastikan wajah anda naif dan bersungguh2 seperti mahu mendengar mereka.

nescaya berkuranglah sifat mengadu-domba dalam masyarakat-- kerana manusia cuma berani berbual belakang2 sahaja. bacul dan hanya berkobar bila tidak diketahui orang yang diceritanya. sebab itu selalu modal mereka "eh, kalau aku cerita, kau jangan cerita sama dia ye?"

kaedah 2) pementasan.

ketika orang bercerita, selang lima saat kau jawabkan dengan seluruh mimik muka: "ye keeeee!!!!". selama 10 minit. boleh diganti2 dengan "laaaaaaaaaaaaaaa agak iyeeee" bila2 masa dirasakan sesuai. pastikan jarak respon tadi tepat pada saatnya. tidak kiralah kau terpaksa potong cerita2nya.

nescaya berkuranglah minat orang bercerita sesama mereka kerana merasakan penyebaran fitnah dan gossip itu tidak kool-- malahan sudah menjadi satu modal orang untuk menganjing-- sekaligus menjadikan penceritanya merasa palat pula.

kaedah 3) menurun syaitan.

bila mana orang mula membuka mulutnya untuk menyampaikan apa2, sauk kepalanya sambil pegang ubun2nya dengan kemas, dan jerit dengan lantang: "KELUAR KAU SYAITAN!!! KELUAR DARI BADAN MANUSIA INI!! KELUAR!!".

nota kaki: pukulan tambahan dan sedikit terajang adalah digalakkan. mangsa berkemungkinan bertanya "kenapa" atau "hoi ini aku". teruskan pembantaian sambil menjawab "bukan!! kawan aku bukan macam ni!! kau syaitan!!!"

insyaAllah berjaya, adik2.
selamat mencuba!

ps: malam tadi najib tun razak dan anwar ibrahim singgah rumah aku sambil buat diskusi book reading "doctor in the house". lepas tu kami main ps3 beramai2. aku menang. dan oh ya. najib cakap dia hendak bagi aku peluang jadi penyanyi jemputan di hari belanjawan tahun ini.

share lah.
oh lupa. cerita tak ada gaduh. nak share buat apa, kan?

BORING-LAH MALAYSIA!!!

Monday, February 27, 2012

tentang perempuan menghalau suami dari tidurnya

terbaca status kering di news feed.
sesuatu tentang "kalau gaduh dengan suami-- jangan bagi dia tidur di bilik kita".

aku menung.
apakah memang wujud situasi begini?
sebab selama hidup ini, aku cuma sangka itu semua dalam drama semata2.
atau filem2. atau cerekarama biasa2.
mana mungkin suami tidur tidak di sebelah isteri?

ya. gaduh besar mana pun juga.
atas faktor apa pun yang timbulnya.
benarkah memang ada budaya seumpama?

aku menung lagi.
apa tak rindukah mereka terpisah baringnya?
sedang sekatil dirindu2,
apa berjauh-- lega kepala?

aku ingat pesan ibu pada malam nikah aku:

akan datang hari-harinya di mana wujud gaduh suami dan isteri.
walau apa yang jadi,
walau apa terlepas kata,
tidur jauh-- jangan sekali.
bagaimana teruknya--
selimut mesti sama,
tilamnya mesti sama.

begitu disuruhkan, sampai kalau aku mau pulang ke kampung berasingan dengan suami, WALAU PUN untuk kenduri-- akan abah keras2 tak bagi. abah bilang-- "tempat isteri di sebelah suami". datang biar sekali. berdua. itu hakikat suami isteri.

maka bagaimana boleh kering2 sahaja isteri2 moden itu berbual2 dengan terbuka begini?
berbicara tentang isteri dan suami adalah di taraf sama,
malah ada masanya kastanya dikira atas dasar wang siapa lebih banyak antara berdua.
terang2 membuka cerita mereka tidak kolot dengan menjadi jenis2 perempuan2 yang hidupnya menyembah suami segala.
begintu bangga dengan slogan kebebasan wanita berkerjaya.

aku ludah pada semua kebongkakkan itu.

membobok suami dengan kemanjaan BUKAN penyembahan.
mengasihi kekasih seluruh jiwa ke mati BUKAN pengorbanan.
memberi bahagia dalam seluruh usaha BUKAN penyiksaan.
tapi demi tuhan.

kerana indah seorang isteri adalah pada redup mata suami,
wahai wanita.
bukan pada ranking kuasa kamu di mata dunia.

*pause*

benar.
ada isteri2 yang rezekinya tidak banyak bila datang bab suami.
ada suaminya kaki betina, kaki pukul, kaki joli, kaki rogol.
betul. aku tahu itu.

tapi rasanya--
yang mencanang2 buruk suami biasanya BUKAN isteri2 suami begitu.
kan..?
maka soalan aku--
kenapa yang membuat bising tentang buruk suami adalah wanita2 seperti kamu?

haih...
beginilah.

lantak pergi matilah dengan hak kau mau menulis apa.
cuma diam2 sudahlah tentang perihal katil kamu berdua.

cause for most of us--
in our perfect little world--
wives are lovers for the husbands.

aku tahu perempuan boleh jadi busuk hati kalau hatinya sudah mati.
biasa aku tengok.
pada kawan baik sendiri pun boleh main kering je tikam hari2.
tapi..
busuk hati pada suami sendiri..?

pergh.
now THAT is a new low.

Thursday, February 23, 2012

survey terbuka

siapa dah berhabis duit beribu2 utk kekasih--
angkat tangan.

siapa WALAU PUN dah habis duit beribu2 utk kekasih, masih disampahkan--
angkat tangan.

siapa yang dah bagi satu dunia pun pada kekasih kita,
tetap dia curang dengan perempuan / lelaki lain juga,
tetap dia layan kita lebih jahanam dari bangkai-- malah lagi hina,
tetap dia lelong2 kita macam kita tak pernah ada harga--
angkat tangan.

sekarang.
dah berapa lama angkat tangan itu?
setahun?
dua?
seumur hidup?
lama?

tak kebas lagi?
masih sanggup hidup dalam mati?

haih.

apa kata--
duit beribu2 itu tadi,
kamu simpan, peram dan janji--
kawin dulu--
baru bagi.

sebab kat luar tu ramai orang miskin.

surat cinta paling indah dalam dunia

simpan, fynn.
dalam kepala kau.
simpan.
dan ingat.

jauh mana kau merantau;
kau masih orang kampung.
jangan lupa itu.


----------------------------------

salam na ante berdua....

mama ngan ayah sedeh sangat baca na ante punye cerita...
sungguh terharu, mama suruh ayh baca...
pastu ayh masuk bilik nangis macam budak kecik, jenuh mama pujuk....

dia kata dia rindu dak ante fin, yg sorang tu rindu juga tapi lebih byk fin...
dia kata nanti beli banyak - banyak daging tetel bila fin balik untuk buat asam pedas.....
dengar tu mama pulak yang nangis...
akhirnya dua-dua nangis macam budak kecil......

pastu cerita lempeng pulak...
mama cerita ngan ayah, kalau makan lempeng fin mama ngan ayel berebut rebut kekadang cicah sambal, kekadang cicah kuah durian...
sedapnya.
mama rindu kan suasana tu....
nanti balik kita buat kuah durian ya....

salam rindu buat na ante berdua dari ayah dan mama...
muaaaahhhhhhhhhh




aku tak pernah dapat surat cinta dari lebih manis dari surat cinta mama dah ayah mertua aku.
sampai mati-- aku akan simpankan ia dalam kepala.

Wednesday, February 22, 2012

tentang mama dan ayah saya

tri lamar aku kahwin pada pertemuan kami yang pertama.
rasanya ramai dah dengar ceritanya.

aku masih belum sempat cam mukanya dia sudah kata--
kalau betul kau sudi, kita jumpa lagi,
kalau tak mahu, buat habis kau punya masa,
buat habis duit aku saja.

:)
to cut the story short--
obviously aku kata ya.

dating pertama yang paling lama.
dari restoran baru buka sampai nak tutup,
sampai dah berangkat kusyen2 di pationya.

lama bukan apa.
utk dia briefing tentang keluarganya.
dan aku paling takkan lupa bila kita kata--
"kau paling kena jumpa mama aku."

kenapa? aku tanya.
"mama aku paling comel dalam dunia"

aku skeptik. mana sesuai perkataan "comel" untuk orang berusia?
dan akhirnya bila aku jumpa bundanya--
garang nauzubillah allahu rabbi.
singa.

comel kemende?

sarjan bahagian jenayah, kot.
antara yang terlibat dalam kes mona fendi, kot.

jangankan senyum,
pandang pun sekali imbas saja dia bagi.

takut.
nak nangis pun ada.

*senyum*

aku tak tahu nak cerita macammana.
ini bukan tipikal cerita yang ada transition.
yang nampak perubahan karektor ke macammana.

sebab sepandai macammana aku dalam bercerita,
aku paling tak pandai nak bercerita tentang orang yang aku sebutkan nama.
aku seram, risau, bungkam, seriau-- takut tak adil dalam penerangan.
sebab bagi aku, tak ada perkataan paling sesuai untuk aku perincikan keindahan.

apa yang aku mampu cakap--
mama saya macam buah durian segamat.
luarnya tajam, kopeknya liat.
dah bukak dalam-- komfem melekat.

*senyum*

mama,
memang sesungguhnya paling comel dalam dunia.
kalau aku manja-- dia darab seribu gandanya.
manja gila!

*pause*

aku sebenarnya rindu mama dgn ayah.
mertua yang paling aku rasa paling baik dalam dunia.
dengan menantu macam hantu ni pun-- tak pernah tak sayang sama aku.
menantu mengada-- akulah itu.

*kesat airmata*

tadi masa tulis pasal perempuan kena rajin masak,
mama komen dia rindu sama lempeng aku.
memang kalau kat rumah, akulah kawan borak dia.
terlalu manja, sampai kalau bercakap--
entah apa bahasa budak kecik yang kami guna.

aduh... berderai airmata ni tak tahu nak cerita macammana.
rasa macam nak balik searang ni juga--
bikinkan satu-persatu lempeng untuk dia.

tak cukup rindu yang satu itu--
tuhan tambah lagi dugaan pada aku:
masa skype tadi boleh ayah cakap dengan bersahaja:
"e eh, kenapa menantu ayah dah cantik macam tuan puteri raja?"

pergh....!!!
tak rindu pulakkk nak balik rumah nak bermanja lama2.

*kesat lagi airmata*

mama... ayah...
pin dgn ayel rindu...
:(

kitorg balik julai ni nak asam pedas tetel 4 hari straight.
tak kira.

Sunday, February 19, 2012

diam

chef ramsey said something about:
a knowledgable person will be confident.
a less one will be arrogant.

yang mana aku rasa ada betulnya.

bila kita tahu, kita akan lebih tidak menggelabah.
dan sebaliknya di bila tidak, kita lekas goyah.

bila mana kita tahu sesuatu dengan pasti,
kita lebih selalu untuk memilih menjadi diam dan melakukan observasi.
for the fun of it.
sebab manusia sangat unik setiap hari.
memerhati-- lebih menarik dari apa jua aktiviti.

macam 2 + 2.
jawabnya 4 pastinya.
sampai mati.

lalu kalau datang seseorang menimbulkan bahas yang jawab 2 + 2 itu adalah warna hijau muda;
kita lebih senang untuk tengok dan perhati sahaja.

kerana--
apakah berbaloi bergaduh sama orang yang merasa perlu untuk membuktikan yang "hey, jawapan aku ada logiknya".

logik adalah intangible.
bermakna "definasi sesuatu itu bergantung pada deria".
bermakna ia tak tetap.
bermakna-- semua boleh betul.

2 + 2 boleh jadi hijau muda kalau 2 dan 2 tadi adalah spektrum warna yang menjadikan hijau muda.
ya.
tapi..
asasnya, asalnya, akarnya--
tetap 2 + 2 menjadi 4.

benar.
bagi banyak orang, teori kemenangan adalah kekuasaan majoriti.
bermakna -- lebih besar pengikutnya, lebih benar penerimaannya.

tapi.
ada satu konsep dalam sosiologi yang dinamakan fallacy.
iaitu--
kebenaran yang sebenarnya satu kesalahan yang diterima majoriti.

dan majoriti akan menerima hujah fallacy tadi.
kerana secara keseluruhannya ia adalah kebenaran.
tak kiralah asal-usul kebenaran itu,
yang penting sama2 majoriti.

kerana manusia adalah penakut.
kalau hendak buat sesuatu--
kita MESTI ada kawan di tepi.

maka pada yang tahu 2 + 2 itu empat;
diam--
adalah satu pilihan.

diam--
adalah kebijaksanaan.