Saturday, December 26, 2009

kerana

aku.
tri.
syafiq.
wani.

empat orang.
satu kompilasi.

----

berempat:
1) semboyan.
2) ojo mabur.
3) *sedang dicari bunyinya malam ini*
4) *sedang dicari bunyinya malam ini*

berasing:
1) katil permaisuri.
2) sampai tua.
3) *sedang diseru dek wani, kalau ada, malam ini*

----

tujuh.

kemas.
tersusun.
jelas.
dirumpun.

mana tahu ada yang mahu.
siapa tahu ada yang perlu.

minta2 masa sudi memperlahan untuk kami.
harap2 masa mahu memberi sempat sebelum pergi.


kerana--
entah.

bila lagi.


atau kerana--
jauh dalam jiwa

ini sebenarnya untuk yang dicicirkan.


atau mungkin
atas kerana

yang pergi, sebenar2nya--
yang merasa terpecah2kan.


Friday, December 25, 2009

seperti terjangka


kerana hari esok bukan milik aku.
kerana hari yang datang akan maripergi tanpa memberitahu.

semoga detik2 yang tersisa ini disempatkan penuh untuk ketawa dan jalur2 bahagia.




semoga kau dijaga tenang.
semoga kau dipelihara sampai aku datang.
semoga kau tunggu aku.
semoga kau tetap untuk aku.


kalau ini cerita kita;
ayuh kesat mata dan cari rahsianya.

masa terlalu sedikit untuk kita raung2 dan murung2.
untuk apa dibazirsia,
untuk apa dituang tanpa tadahnya.

bukankah telah aku bisik tadi malam;
bila taufan sudah surut.
tetap datang petir ribut.

saksikan aku sedayanya mencengkam sumpah setia.
selagi ada nyawa.
selagi ada cinta.

selagi ada.

kerana tuhan lebih tahu
apa yang terpaling cantik
untuk kau.
untuk aku.



maka diam.
dan peluk aku.

Monday, December 21, 2009

dunia perlu banyak perasaan ini

she said "i love you and our beautiful creations"
i said "i lagi dah lama love you and our beautiful creations"

(kredit gambar: dib)


setiap kali aku hendak mula tulis tentang dia,
aku hilang kata2.

maka biarlah.
satu hari nanti akan datang
bila aku jumpa bait2 kata yang boleh aku kaitkan
untuk menceritakan betapa cantiknya jiwa dia.

*diam*

tiba2 rindu inul aku.
dia sahaja dulu yang mampu buat aku rasa begini.

rasa protektif.
rasa menggagah.
rasa untuknya aku sanggup menggetar langit merah.

*diam*

kawan.
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tap perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.

yang penting --
yang peduli.

Thursday, December 17, 2009

aman

hujung asar ini,
habislah setahun tersia2.
pangkal maghrib ini,
bermulalah apa2 jua yang mungkin tetap disia2.

terima kasih, wahai kekasih, atas nyawa yang masih terpanjangkan.
tak diazabkan. tak dibalaskan.
terima kasih kerana masih memberi aku belum dan nanti2.

permudahkan suami aku.
permudahkan abah aku.
permudahkan bunda2 aku.
permudahkan abang aku.
permudahkan adik2 aku.
permudahkan keluarga aku.
permudahkan teman2 aku.
permudahkan teman2 suami aku.

semoga semua bahagia.

aku sudah terlalu ada banyak.
aku masih belum sempat lunjurkan terima kasih yang tahun lepas.

*senyum*

kau terpaling indah, kekasih.
dan maaf sebab aku sedikit goyah semenjak dua ini.

:|

tapi kan,
tidak tahu kenapa,
dua tiga menjak ini,
setiap kali bangun pagi,
terasa seperti subuh raya.

tenang.

Wednesday, December 16, 2009

dah. jgn tanya lagi.

ok. masalah settle.
entri tadi aku padam.

SEMUA JGN CAKAP APA2 LAGI.

dia tidak sengaja.
siapa ungkit pasal hal ini lagi,
aku tumbuk.

adik,
selamat datang ke dunia kejam.
lain kali jangan nakal2 lagi okay?

utk yang lain,
sekali lagi:

JANGAN SEBUT LAGI HAL INI.

*terima kasih pada semua yang terlibat*
aku hargai setiapnya.

Sunday, December 13, 2009

ini entri sound-orang-secara-spesifik.

untuk kali ke seratus lima puluh juta,
tolong jangan rasa aku ini milik engkau dan engkau dan engkau.

sheeshhh!!!
ingat kau siapa?

geli, lah!

sekadar baca puisitepijalan, kau rasa kau kenal aku.
kenal abah aku.
kenal along aku.
kenal achik aku.
kenal tri aku.
kenal kiwi aku.
kenal debot aku.
kenal manusia2 dalam hidup aku.

sekadar dengar lagu2 puisi aku, kau rasa kau tahu aku.
tahu jiwa aku.
tahu cinta aku.
tahu benci aku.
tahu marah aku.
tahu sedih aku.
tahu bahagia aku.
tahu perasaan2 dalam hati aku.

sekadar.

perhatian:
aku tuan aku.
bukan siapa2.

kelakar.
setakat kenal minah yang kawan dengan liza yang berkawan dengan aku, kau rasa kau lebih tahu tentang aku berbanding mereka2 yang tidak ada siapa2 kenalan dengan aku.
setakat bersaudara dengan razip yang bersaudara dengan mamat yang berkahwin dengan maimon yang berjiran dengan aku, kau rasa kau ada hak untuk lebih tahu tentang aku berbanding mereka2 yang tidak ada siapa2 hubungan dengan aku.

weh.
aku bukan britney spears.
dan weh,
aku tak ada produk pun untuk aku rasa tanpa pembeli, aku akan mati.

aku tak ada hal kalau semua orang sini benci sama aku la.
itu semua nombor.
aku lebih peduli lima enam orang yang peduli berbanding sepuluh ribu yang ada terkinja2 demi menunjukkan dia tidak ketinggalan dengan apa yang hip dan terkini.

macam aku tidak tahu.

saudara2 dan saudari2,
aku tidak punya cd untuk dibeli.
aku tidak punya market untuk dipenuhi.
puisitepijalan bergerak bukan kerana promosi.
jadi,
tolong.

tolong jangan fikir aku takut hilang populariti.
sebab semua itu ilusi.
seperti masa.
seperti perasaan laparkenyang.
seperti bahagia.

janganlah hendak kata
kerana kau pedulilah yang kau sibuk2kan tanya sana sini tentang apa jadi.
janganlah hendak kata
kerana kau sayanglah yang kau sibuk2kan selidik sana sini tentang apa jadi.

kerana bagi aku,
pucuk pangkalnya,
kau menyibuk.

kalau hendak dibuat seminar tentang aku, sukahatilah. buatlah.
tapi, gunakan akal itu dan tanya.
logikkah untuk ketuk pintu rumah keluarga aku dan menonongkan hidung bertanyaselidik tentang apa2?

soalan aku, kau hendak apa?

berapa kali perlu aku tuliskan di bola mata engkau yang apa sahaja aku tulis adalah samar dan tidak khusus. kenapa, aku ulang dengan hiperbola, KENAPA kau tiba2 cuba hendak menjadi bijak dan meneka2 tentang apa yang mungkin tentang apa yang logika?

tidak bolehkah kau fikir kalau2 telahan kau tidak mengena, manusia yang kau tanyakan itu akan tercalar jiwanya?

aku bengang lah!!!
BENGANG!

puisitepijalan milik AKU.
tulisan aku.
air jiwa aku.

aku akan tulis BILA AKU HENDAK TULIS.
aku akan cerita BILA AKU HENDAK CERITA.
aku BUKAN bertuliscerita UNTUK ENGKAU ENGKAU ENGKAU!!

*sebak*

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang sekarang ini sedang baca, dan bersenyap, dan mengeluh dalam hati "haih, kuat fynn... tuhan ada..."

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila mendengar orang bercerita tentang puisitepijalan, mereka cuma bersenyap dan berpura tidak apa2.

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila bertemu aku, akan cuma bersenyap dan senyum dan memerhati aku apa adanya.

*sekejap*
*diam*

rasa mahu nangis tahu tidak.

*diam*

kau siapa untuk canangkan pada dunia kau kenal aku?
kau siapa untuk bercerita pada dunia kau tahu aku?
kalau keluarga aku sendiri tidak kenal aku,
kalau keluarga tri sendiri tidak tahu aku,
perlu apa kau rasa kau kenal dan tahu aku?

dan kalau pun perlu untuk kau tanya, mungkin kau akan mati kalau tidak tahu hal sebenarnya,
hanya satu manusia yang betul2 kenal aku. tidur bangun bersama. makan berak bersama. kotor mandi bersama.

suami aku.
tanyalah dia.

mahu diherdik engkau yang sudi untuk bertanya.
tapi kalau benar mahu tahu, pergilah tanya.
tanya.

sebelum kau tanya2 orang tentang orang,
kau tanyakan diri engkau dulu;
apa kau tidak ada malu?

*diam*

anak2,
perkataan untuk hari ini adalah:
poseur

sebutannya: po - zer.

american heritage dictionary:
"one who affects a particular attribute, attitude, or identity to impress or influence others"

collins english dictionary:
"a person who strikes an attitude or assumes a pose in order to impress others"

wordnet 3.0 dari princeton university:
"a person who habitually pretends to be something he is not"

----------------

salasilah perkataan ini datang dari perancis, digunapakai dalam konteks sosiologi; secara spesifiknya berkaitan tabii.

dalam thesis ini hari, aku kecilkan skop kepada trend membaca puisitepijalan. aku dapatkan informasi ini dari ramai anak2 di luar sana; puisitepijalan ini ramai pembaca. alhamdulillah. malangnya, ada yang ke sini BUKAN atas dasar suatu yang ikhlas dan tulus.

ada di kalangan mereka2 yang membaca adalah pembaca bolong yang membaca hanya kerana puisitepijalan adalah sumber bacaan yang hip dan kool.

"aku baca tulisan fynn"
"semalam aku nampak dia pergi sunway pyramid"
"boifren ai pernah main futsal sama tri"

dan lain2 yang tidak berkaitan.
bukankah lebih indah kalau dibincangkan yang lebih ada makna:

"aku tak berapa setuju apa yang fynn kata tentang hidup. bagi aku..."
"betul, lah, memang ada karektor begitu dalam sehari2, kan?"
"aku rasa abah fynn dengan bapak aku sama sifatnya"

ITU yang aku lebih mahu.
pengisian.
intipati.

haih...

maka, tuan2 dan puan2, suka saya labelkan mereka2 yang bolong yang hanya membaca kerana puisitepijalan adalah sumber bacaan hip dan kool ini;
sebagai pozer.

dan kasihan, kalaulah mereka tahu yang sebenarnya puisitepijalan sangatlah tidak hip dan kool.
yang tempat ini adalah untuk mereka2 seperti aku; loser dan bladiful;
mesti mereka menyesal singgah sini.

sorry, love.
wrong place to be, i guess.

*diam*

sekarang,
aku rasa,
aku tahu kenapa britney spears gila.

kalau nampak aku yang sudah botak terkam orang sambil hayun2 payung,
jangan tanya kenapa.

Wednesday, December 9, 2009

owkay.

mcm kelakar.

siapa punya kerja agaknya.
:)
terima kasih untuk permulaan pagi yang menceriakan.

lepas ni boleh sms ON CINTA.

Thursday, December 3, 2009

27 bulan 12

aku tak tahu hendak cakap apa



kalau --
meh.

cakap kat wani.
aku ikut saja.
ramai ke sikit ke.

dan siapa yang datang,
kalau boleh,
pejam mata saja tengok aku.

sebab aku bukan aku lagi.

siapa tengah nak belajar tentang mencantikkan wajah jiwa yang sedang hancur,
memang tepatlah masanya.
paling tepat.

Saturday, November 28, 2009

kenapa

titik pusat waras sudah terlalu banyak retaknya.
fasa ini, aku namakan 'longitud jahanam'.

breaking point.

di laras ini,
tak mahu jumpa siapa2.
tak mahu borak sama siapa2.
tak mahu layan siapa2.
tak mahu buat apa2.

di laras ini,
semua tak betul.

waktu ini adalah biasa.
mana2 manusia yang hidup dalam sistem masyarakat terutamanya di kawasan megalopolis akan merasakan apa yang aku rasa dalam mana2 bahagian hidupnya.
kalau untung, kau cuma rasa sekali.
biasanya tidak.

bezanya adalah siapa mahu akukan depresinya.
orang malu hendak mengiyakan lemah diri.
baik diam.
baik mati.

dan pada waktu ini, semuanya sial dan tidak logik akal.
kata penanda soal "kenapa" akan sentiasa ada di pangkal semua ayat yang terbina; baik dari lafazan bibir atau semata2 dalam hati tak terzahir.

kenapa.
kenapa.
kenapa.

dan bila jawapan yang tersedia masih sial tak tidak logik akal,
kau jadi penuh benci.

ah.

kadang2 terlalu banyak sabar pun bahaya.
kadang2 terlalu hadap pun boleh jadi bahaya.
jadi orang baik dalam dunia yang bangsat ni kadang2 tak ada makna.
jadi2 apa2 pun, kalau kau tak pijak orang balik, kau tak ada makna.

...

kalaulah aku ini aku yang dua tahun lepas, mahu jahanam nyawa aku.
aku ada kekasih aku hari ini.
dan untuk esok.

maka aku perlu bangun setiap pagi.
untuk dia.

tapi kenapa dunia terlalu dengki.
kenapa.

Thursday, November 26, 2009

aku tidak ada mood. aku bangsat. aku tak mau dengar kau punya ceramah. berambos.

kalau aku ada duit,
aku akan bagi kau semua yang pernah kau bagi atas nama ikhlas itu.
aku akan bagi kau semua yang pernah kau bagi atas nama budi itu.
aku akan bagi kau semua yang pernah kau bagi atas nama kasih itu.
aku akan bagi kau semua yang pernah kau bagi atas nama hak itu.

kalau aku ada duit.
aku akan pulang semua.

kalau aku ada duit,
aku dah lari jauh dari kau.
aku dah pergi jauh dari kau.
aku dah sembunyi jauh dari kau.
aku dah pusing jauh dari kau.

kalau aku ada duit,
aku dah lama tak ada.

kalau aku ada duit.
kalau.

tapi kalau aku ada duit pun,
yang bahagia adalah kekasih aku,
sebab duit tak ada makna bagi aku,
sebab duit bagi aku adalah untuk sesuatu untuk membahagiakan kekasih aku.

dan kalau aku ada duit pun,
aku tak mungkin rasa sempurna,
sebab abah selalu kata duit tak mampu beli sempurna,
sebab abah selalu kata bercukup itu sempurna.

*diam*

aku selalu bayangkan
bila kita jumpa
kau akan cakap semua yang kau kata itu depan muka aku.
aku selalu harapkan
bila kita jumpa
kau betul2 akan cakap semua yang kau kata itu depan aku.

tapi selalu tidak.

sentiasa,
bila mata bertentang mata,
kau jadi tidak ada apa2.

kenapa.

kalaulah aku boleh pilih untuk aku tidak ada kaitan dengan kau.
langsung.
apa pun sahaja yang mengaitkan kita.
walau berkongsi jalanraya.
walau berkongsi hobi yang sama.
walau berkongsi apa adanya.

kalaulah.
tak mahu.
langsung.

tapi dosa cakap kalau.

*diam*

pergi mampos dengan semua.
pergi mati.
pergi jahanam.
pergi celaka.

*diam*

untuk sementara,
aku rasa aku dah kembali jadi aku yang bangsat balik semula.

*diam lagi*

tak.
aku rasa,
memang aku dah jadi bangsat semula.


boleh.
aku jadi semula itu semua.
aku bagi apa kau minta.
sebab kau memang tuhan.
tuhan yang maha satu itu pun kau hendak tandingkan.
apa kau nak lebih penting dari apa yang tuhan yang maha satu sudah tuliskan.

betul la tu.
aku syaitan.
aku mata duitan.
aku bangsat.
aku sesat.

betul la tu.
SEMUA betul.
apa yang kau cakap itu SEMUAnya betul.

paling betul dalam dunia.

buatlah apa yang kau nak.
teruskan.
dari awal pun aku tak melawan.
cuma sekali, yang aku betah.
sekali itu.

kau nasib baik sebab aku isteri yang terlalu mencintai kekasih aku itu.
dan aku ikut kata dia.
maka BUATLAH apa kau mahu.
aku akan diam.

cuma satu.
kau CUBA usik abah aku.
cubalah.
walau dgn kata2.
apa lagi dengan sentuh kulitnya.
cuba.

kau belum kenal aku sebenar2nya.

Thursday, November 19, 2009

budak lelaki bernama husam yahya suwaid.

memori yang tak terhargakan.
-------------------------------

memori aku yang terpaling indah adalah abah.

abah adalah manusia yang aku paling kasih dan cinta lebih dari segalanya dalam dunia. aku sentiasa bersama abah; setiap masa, di mana2. abah adalah orang yang bagi aku sangat bijaksana kerana abah pada setiap detik akan menunjukkan aku arah yang betul dalam dunia yang penuh simpang dan pusing2an yang mengeliru.

bukan dengan paksaan.
tapi dengan elaborasi dari pengalaman.
abah ajar aku untuk perah diri sendiri untuk semua yang aku mahu.
abah ajar aku untuk usaha tanpa peduli dan malu.

selalu abah cerita, dia bermula dari kosong. usia kanak2 abah penuh dengan kerja buruh demi menampung wang yang dituntut sekolah. kalau budak2 seumurnya sibuk bermain2 sini sana, abah tekun mencuri masa mengajar dirinya sendiri ilmu2 yang tidak sempat ditelaah sebagai kerja rumah. ramai tidak percaya, abah belajar bahasa inggeris tanpa didikan khas pada asalnya.

lebih separuh dari apa yang dipelajarinya datang dari usahanya sendiri. dan kerana itu abah mampu ke amerika; yang mana untuk seorang lelaki dari yaman ketika itu adalah agak mengejutkan. aku selalu ingat setiap kali abah senyum kecil bila bercerita tentang hari dia pulang ke yaman dengan kepujian.

abah sesungguhnya idola aku.

esei ini ditulis untuk guru aku yang mahukan karangan sepanjang semuka tentang memori yang tak terhargakan. ramai kawan2 mengisah tentang percutian, tentang binatang kesayangan, tentang apa2 yang berkisar keseronokan.

tidak aku.
memori terpaling tak terhargakan adalah pada hari2 terakhir abah sebelum pulang pada tuhan.
memori itu, sehingga hari ini, masih yang terpaling indah dan membahagiakan.

di hujung hidup abah, aku bangga kerana sentiasa ada di sisi dia yang dimakan sakit yang dengan gelojohnya mengunyah abah sebegitu pantas.

sesiapa yang baca cerita ini akan soalkan, bagaimana kematian boleh beri aku senyuman dan ketenangan? dan untuk semua yang itu, aku harapkan selepas tamat apa yang aku kongsi di sini, aku akan lebih dimengerti.

abah, sampai di hujung nafasnya pun, begitu gembira.

sebelum abah benar2 sakit, abah selalu tanya pada aku dengan ketawa kecil, apakah aku akan setia untuknya, meneman dia, kalau2 dia sudah hilang daya.
tidak pernah aku tidak katakan ya.
dan tidak pernah aku lupakan janji aku pada dia.

abah mula sakit tidak lama selepas itu, dan dia begitu ceria, walau bagaimana pun siksa yang abah rasa. abah kata, kerana aku ada untuk dia.

aku lebih suka, kerana sepanjang hidup abah, akulah yang dijaga dan dimanja. mustahil aku biarkan peluang memulangkan semua yang dia beri tanpa harga itu berlalu begitu2.

abah sakit lebih teruk pada satu hari. seperti biasa, aku bawa abah ke hospital. tapi tidak seperti biasa, kali ini ini, doktor minta aku tinggalkan abah di sana untuk beberapa hari lamanya. untuk observasi. aku sentiasa bersama abah, aku jadi risau dan tidak selesa. tapi abah ujar tidak apa.

tidak apa.

beberapa hari selepas itu , aku dihubungi semula. ketika aku pandang nombor hospital di skrin telefon, aku terus capai kunci kereta. aku sudah beberapa langkah ke hadapan waima suruhan menjemput abah belum pun dipesan.

aku sedang berada di dalam kereta ketika aku angkat panggilan itu. suara doktor di dalam talian begitu aman. dia kata pada aku, abah perlu lebih lagi waktu. aku diam. doktor minta aku untuk tidak datang ke hospital lagi, sehingga diberitahu.

abah sudah hilang ingatan.

aku masih diam. doktor cakapkan simpati dan klise2 biasa.
aku terus diam. aku tetap mahu pergi.

aku tiba dengan jangkaan yang aku kosongkan dengan sengaja. aku tidak mahu menunggu dan mengharap apa2. aku terima apa saja.

dari pintu, aku jengah abah di katil putih dia. abah nampak aku. abah senyum.
abah sudah hilang ingatan.
semua.
kecuali tentang aku.
abah ingat aku.

abah ingat aku.

bermula hari itu, aku tidur dalam kereta diparkir di hadapan pintu pagar hospital. setiap kali abah cari aku, aku terus muncul tanpa kira waktu.

genap dua minggu, abah tidak sedarkan diri. doktor kata abah koma. doktor suruh aku bawa abah ke mesir kerana kelengkapannya jauh lebih bagus. aku ikut tanpa soal panjang. tapi tiga minggu sudah pergi lalu, abah masih begitu.

doktor2 mesir minta maaf dari aku dan mereka kata tidak ada lagi yang mereka mampu. mereka kata abah terlalu kuat semangatnya. akal abah jauh lebih gagah dari jisimnya.

lalu pada hari ke dua puluh satu itu, aku bawa abah keluar untuk siar2 di tanah mesir. aku usung abah yang kaku ke sini sana. aku tunjukkan dia semuanya. selesai, aku bawa dia pulang ke yaman semula. abah sudah koma sepenuhnya.

selama seminggu aku keluar masuk biliknya. pada hari ke tujuh, aku teringat cerita2 yang aku baca tentang mendapatkan respon pesakit koma dan terus, tanpa ditunggu2, aku cuba.

aku bisik pada dia:

"abah boleh dengar saya? kalau boleh, pejamkan mata"
abah pejam.
aku tergamam.

aku teruskan tanya:

"boleh tak abah balik semula?"
abah tidak pejam mata.
aku diam.

"abah dah sedia untuk tinggalkan saya?"
abah pejam.

"abah risaukan saya dan yang lain2 semua?"
dia pejam.

"abah jangan takut. saya ada. saya akan jaga semua. saya takkan hampakan abah. saya akan buat abah bangga. abah boleh percayakan saya. abah boleh tinggalkan kami semua. abah tak perlu risau apa2."
abah pejam.

dan abah tidak pernah buka kembali matanya.

esoknya, ketika doktor berikan satu jam untuk aku luangkan sama abah sebelum wayar yang menghubungkan nyawa dia dengan dunia fana ini dicabut, aku sudah redha. aku tidak menangis. aku pergi pada abah dan aku ulangkan janji aku pada abah, setiap satunya.

abah senyum di waktu nafas yang terakhir dia diputuskan.
itu adalah hari yang paling tak terhargakan.

aku bukan lagi anak2 kecil.
aku sudah jadi lelaki.
seperti abah aku yang tidak pernahnya seorang anak2 kecil.
tetapi sentiasa seorang lelaki.

semoga aku penuhkan janji aku pada dia.
aku mahu dia bangga.


-------------------------------

antara untung menjadi guru adalah ini.
spesifiknya yang ini.
bila mana mendapatkan seorang murid yang jauh dari layak dipanggil anak murid.
bila mana mendapatkan seorang murid yang sebenarnya menjadikan kita murid.

tulisan husam yahya suwaid, dalam bahasa inggeris.
olahan aku, demi kisahnya.

ini bukan cerita sedih.
ini dunia nyata.

*diam*

dan kita kata hidup kitalah yang terpaling celaka.

Tuesday, November 17, 2009

saya bijaksana, cuma buktinya tidak ada.

aku paling benci peperiksaan.
dari zaman belajar, sampailah sekarang yang aku mengajar;
aku masih paling benci peperiksaan.

bagi aku,
peperiksaan tidak ada relevan.

langsung.

okay. mungkin ada sedikit.
tapi ah.
bagi aku, ia tetap tidak relevan.

sesungguhnya,
sistem pendidikan kita tidak licin.
berbelok2.
berlekuk2.

haruk.

tapi hendak marah, bagaimana? tuan2 menteri di malaysia tidak pernahnya dilantik di kalangan mereka yang pakar. jadi mereka tidak faham. mereka fikir mereka faham. tapi tidak.

tidak mahu aku namakan sesiapa. tapi aku contohkan sedikit sampel untuk memberi klarifikasi pada hujah ringkas aku;

situasi 1:
-----------

usia: darjah 2.
jawatan: bendahari kelas sekolah agama / sekolah petang.

spesifikasi jawatan:
kutip 50 sen dari setiap ahli kelas untuk disimpan supaya bilamana ada kecemasan seperti kekurangan kain pengelap tingkap atau penyapu, wang kelas boleh dijadikan medium tukarbeli.

hal sebenar:
setiap petang aku beli aiskrim mahal. kadang2 keropok basah / keropok lekor seringgit (yang ketika itu sudah begitu penuh seplastik), kadang2 cucur udang dengan sos cili manis, kadang2 patung kertas yang boleh ditukar2 bajunya supaya dapat meramaikan kawan2 yang hanya mahu disogok.


situasi 2:
-----------

usia: tingkatan 4.
jawatan: ketua biro kebersihan asrama.

spesifikasi jawatan:
memastikan setiap dorm mendapat bekalan alat cuci di setiap pagi sabtu yang diwajibkan tanpa kecuali pada semua penghuni asrama untuk aktiviti gotong-royong; dari deterjen sehingga berus dan penyodok.

hal sebenar:
aku seludup kawan2 yang mahu pelepasan; dalam erti kata lain, teman2 yang sama pemalas, di dalam bilik stor biro kebersihan dengan alasan membantu kerja2 ketua biro yang pada dasarnya hanya membantu meloloskan mereka dari undang2 atas nama undang2 itu sendiri.

-----------

ya. cuma dua sampel. tapi cukup untuk aku buktikan,
tanpa relevan,
sesuatu itu adalah sampah.

seperti aku ketika zaman hingus itu.
perlantikan yang bukan bodoh2 semata2 di mulut. pertabalan bersiap surat bukti mengatakan aku ini adalah seseorang yang boleh dipandang kredibilitinya sebagai sesuatu. bukankah macam bangsat? mendapat amanah demi diperkosakan?

kita diajar korup dari kecil.
kalau bukan diajar pun, kita dibiarkan.
potong jarilah kalau hendak kata tidak ada cikgu yang perasan.

hendak buat macammana?
tukang didik pun sama korup, dua kali lima.
siap diupah limau madu dua biji pada kita2 yang jaga line dia.

betul. tidak mungkinlah langsung tidak dilaksanakan kerja yang dibagi. tapi kalau hendak dibanding; alahmak. terlalu jauh korupnya dengan pelaksanaannya.

maka apa maknanya perlantikan? apa perlunya pertabalan? apa hendaknya penamaan?
for show.
semata2.

untuk wayang.

jadi, bila namanya pun sudah wayang, apa perlu diharap ketulenan dan keikhlasannya? jelas dan terbukti, semua itu adalah suatu perkara yang tercipta untuk menambah buta pada si buta:
kita.

seterusnya, apa jua yang berkait sama yang dilantik, yang ditabal, yang dinama, semua jadi hilang ertinya.

aku selalu tanyakan ini ketika bual2 sama orang2 tua dan bijak pandai:
kenapa tidak dimestikan ketua sesuatu -- datang dari suatu yang dia tahu?

contoh:
kalau hendak jadi menteri pendidikan, biarlah seorang cikgu (pilihlah taraf mana sekali pun) yang mentadbirnya.
kalau hendak jadi menteri kesenian, biarlah seorang yang seni (pilihlah jurus mana sekali pun) yang memantaunya.
kalau hendak jadi jurulatih bola tangan, biarlah seorang yang pernah merasa cemas permainannya mampir ke depan.
kalau hendak jadi ketua tingkatan, biarlah seorang yang pernah ke sana sini disuruhpaksa gurunya melunaskan arahan.

ini tidak.

-----------

di sini, dan banyak tempat,
seseorang dipilih demi teori yang dihafal2 akrab dalam hati.


"oh, cgpa 4 berlipat? boleh! esok jadi ketua penyelidikan"

tak mahu peduli kak nab yang (walaupun cuma ada spm itu tapi ) sudah lebih 10 tahun membuat analisis terperinci tentang setiap bahan?


betul. memang bagus.
budak pandai adalah bagus.
budak cerdik adalah bagus.
tapi ini hidup, bodoh.
kau tidak boleh pakai manual.
kau perlu jatuh bangun dan jatuh semula;
belajar dari pengalaman dan ritual.

-----------

lebih teruk;
di sini, dan banyak tempat,
seseorang dimandatkan dengan jawatan DAHULU, kemudian BARU dimulakan pembelajaran.



"ah. kamu sajalah jadi ketua perhubungan awam syarikat. takkanlah tidak boleh buat. kalau ada masalah, boleh rujuk encik syaukat"

alang2, kenapa tidak dinaikkan saja encik syaukat yang jauh lebih tahu? kenapa perlu diambil masa yang hanya akan disia2kan untuk menelaah dan mempelajari sesuatu yang bukan pun total dan tepat?

salah. memang bangang.
kaedah mengutip sememangnya bangang.
kerana yang dikutip biasanya bangang.
maka kenapa ya diambil?
alasan yang cikgu aku beri ketika dipilihnya aku adalah:
"awak pandai pengaruh orang. gunakan ini peluang"
"tapi saya tidak tahu"
"alah. jangan risau. senang"

-----------

paling jijik,
di sini, dan banyak tempat,
seseorang dipangkatkan demi susuatu yang materi seperti ukuran lurah, potensi langkauan prospek keuntungan (individualistik atau berkumpulan).



"kita memang perlukan orang seperti kamu. berketerampilan dan mudah didekati. tidak segan dan boleh dibawa ke mana2. inilah yang kita mahu!!"

salah. memang serabai.
tapi wujud.

-----------

yang paling bongoknya,
kalau orang2 yang ini (yang aku contohkan tadi) --
terlepas jadi cikgu2.
atau sesorang yang dibolehkan untuk secara pandai2 mengolah ini itu tanpa reti yang jitu.

pergh. memang aku panas.
kerana akhirnya,
orang begini cuma akan membuat penyataan yang lima ribu kali lebih menanahkan.
tujuh juta tiga ratus ribu kali lebih melepuhkan.
rimas.
kerana sebodoh2 kita,
sudi kita akui kebodohan kita.

orang begini akan mahu menang.
dan sentiasa mahu menang.
orang begini tidak akan mahu mengakui dia adalah perogol hak.
orang begini mungkin siapa2 sahaja,
yang penting dia adalah bodoh yang mutlak.

dan orang bodoh tak akan mahu mengaku bodoh.
mengakui diri itu bodoh adalah membuka hina sendiri.
maka seeloknya terus dipamer kebijaksanaan lagi;
sebagaimana jelas pun mereka itu ada sifar kualiti.

apa signifikan bebelan aku ini hari?
tidak banyak.
cuma aku sedikit penat.

lelah menjadi pengangguk pada kebodohan, ketidakberdayaan untuk bersuara pada mereka yang lebih berkuasa atas aku; waima aku ini yang sebenarnya empunya badan.

sepertinya kita ini di zaman purbakala;
hendak menyampai akal pada sultan, kita pula dipenggal sembilan.
tidak selayaknya.
tidak setarafnya.

zaman sekarang,
kalau engkau tidak ada kertas bodoh
bercetak huruf2 berbintil2 mengatakan darjah kepandaian engkau,
pergi mamposlah sama idea zuhal engkau.

lihatkan begini:
penyataan "200 getah gelang kalau dipintal dengan betul, boleh menampung barang seberat 20 kilo" bila dilafazkan oleh seorang cendiakawan akan dipuji2 hebat dengan terang. namun bila diujar seorang yang cuma hari2 bercangkung bermain dam haji di kedai kopi akan hanya mendenting bunyi timah kosong dipalukompang.

perlu benar kita akan kertas sehelai itu.
yang kelakarnya, perlunya ia BUKAN pun untuk kita.
tapi untuk mak abah sekeluarga.
untuk menjamin kerja.
untuk dipamerbangga.
untuk apa sahaja.

bagi aku, kertas itu cuma bukti kau penghafal yang ulung.
cuma itu.

sedangkan pakar2 dan ksatria2 jurusan masing2 masih merujuk buku dalam sehari2, apa perlunya kita paksakan anak2 mencetak setiap satu-persatu kata yang aku sendiri boleh jumpa di mana2?

anak2 murid aku paling tahu, bila datang giliran mereka untuk memberi persembahan oral, sebelum sempat masuk slaid ke tiga, aku akan pengkes dan tanyakan soalan2 yang jauh dari apa yang dicarinya.

kenapa?

kerana kau mungkin tadinya meniru dan menampal setiap yang kau dapatkan itu.
kerana kau mungkin cuma membaca, merebus dan meminum air didihan buku.

kerana tidak mungkin, kalau benar2 kau selidiki apa yang kau patut selidiki, kau tidak tahu apa yang aku tanyakan.
tidak ada logika kalau tajuk tulisan engkau 'mari bermain wau' --
kau hanya cari cara2 bermain wau.
kau tahu kau tidak bodoh.
kau tahu kau perlu tahu apa itu wau, dan jenis2nya.
aku tahu kau tahu kau tidak bodoh.
malas, mungkin; tapi bukan bodoh.

entri hari ini adalah untuk memberitahu aku bosan.

aku jelak dengan sistem pendidikan yang menggalakkan anak2 kita berfikir di luar bongkah normaliti, tapi ironinya kita ukurkan dengan jawapan ketat dan khusus tanpa ruang mereka menjadi diri sendiri.

aku geli dengan guru2 yang konon2 mahu mendidik anak bangsa, tapi satu haram pun dia tidak reti melainkan apa yang dihafalnya.

aku muak dengan budaya 'berlakon pandai' kita.

bosan.
jelak.
geli.
muak.

tapi ya lah.
aku siapa?

seseorang yang cuma bercangkung sambil bermain dam haji di kedai kopi
yang hanya mendenting bunyi timah kosong dipalukompang.

selagi itu,
apa sahaja dari akal aku ini
pasti akan ditendangterajang.

Thursday, November 12, 2009

ajaib

mula2 aku klik new post di blogger.

sebab dia lambat loading, aku remove semua application di facebook yang aku rasa tidak sepatutnya ada kaitan sama aku, waima muka aku di-tag demi alasan2 pathetic permainan aplikasi di muka surat itu, sebagaimana kerap pun aku pesan pada semua untuk jangan tag aku tanpa musabab yang kukuh dan jitu.

aku buka semula blogger di tab lagi satu. masih loading. aku yang sudah hampir melimpah semangatnya sudah tidak mampu sabar. banyak yang hendak aku cerita. luah. lepas. mengisah. internet kalau dikongsi, inilah dia. macam celaka.

lalu aku kembali ke facebook. right click pada seorang teman yang mengepil aku dalam notes yang dia tulis, bertajuk "dia (29 weeks & 2 days)". jelas, tentang bayi dalam rumah kecil di dalam jasadnya.

noe.

tadi,
terlihat aku keajaiban tuhan yang disatukan sama kebijaksanaan teknologi yang ada.

dan semuanya,
aku ulang;
semuanya, dari kebangsatan apa yang jadi dan kejahanaman yang baru bertambah pagi tadi,

hilang dengan tiba2.

hari ini,
buat sementara,
aku lupa akan sengsara.

terima kasih, tuhan.
:)
walau cuma untuk seketika.

Friday, November 6, 2009

mencari faham dalam sang takut

kadang2, ada benda kita tidak dapat nak terangkan.

macam kenapa kita rasa sebak bila tengok langit hari itu tiba2 seperti terlalu biru,
siap dengan joget2 sang burung.
macam kenapa kita rasa mahu berhenti mengejut di tengah pacuan,
semata2 untuk perhatikan matahari baring di jalan hujung.
macam kenapa kita rasa kita yang mati bila tengok kucing kesayangan di nafas terakhir,
padahal itu binatang semata.
macam kenapa kita rasa hendak tumbuk muka budak yang memburuk seorang kawan,
yang bukan pun rapat dengan kita.

susah hendak cari kawan2 yang reti untuk faham.
sebab kalau kita sendiri tidak mampu terangkan pada diri sendiri,
pada orang lain, apalagi?
baik diam.

orang takut benda yang dia tak faham.

orang tak suka tunjuk dia takut.
orang tak suka mengaku dia takut.
orang suka beri jawapan lain selain takut.
sebab orang fikir orang lain semua tidak takut.
jadi, orang takut untuk jadi satu2nya yang takut.
dan orang akan jumpa.
kerana ada berjuta orang lain yang bulat2 berfikir seperti dia.

sebenarnya takut bukan semestinya membawa makna gerun.
pada hantu. pada ular. pada orang. pada lembu.
itu senang.

bilamana hantu ghaib, ular sembunyi, orang balik, lembu lari -- takut akan hilang.
aman.

takut yang lebih menakutkan adalah yang dua ini:
takut yang dinama cemburu.
takut yang ditopeng buli.

seperti takutkan kebarangkalian2 yang biasa wujud dalam konsep berkasih-kasihan. cinta bertukar angin. kasih menjadi dingin. walhal itu cerita hidup orang; didengar dari kakak dia, abang kawan jiran dia, adik saudara cikgu dia. orang punya cerita. maka kenapa perlu takut akan jadi pada kita?

sebab tidak yakin.
kalau kau betul2 percaya, apa perlu sebegitu diwaspada?
hei hei. aku tidak cakap pasal betul atau tidak curangnya atau keranjangnya kekasih hati;
itu sudah pilihannya. mana mampu kita ubah pilihan orang. itu hak dia.
aku cakap pasal kita2.

kerana kebarangkalian2 bodoh yang ditestimonikan orang2 yang bahalol itu,
kita jadi obsesif.

mahu semua butir2; balik kerja terus ke mana? pergi makan dengan siapa? bola habis jam berapa? dan bila ditegur, tidak semena2 jadi defensif. terus lenting. terus pandai2 hubungkait yang minggu lepas dia tidak angkat telefon, yang kelmarin dia pakai baju baru tanpa sebab.

atau seperti takutkan kebarangkalian2 yang akan jadi bila ada orang2 yang memberani diri untuk jadi berbeza dari normaliti. selalunya menyanyi kena suara sedap dan merdu. kalau petik gitar mesti lagu comel2 dan manja. jadi bila ada yang garau, kau baling telur, timun dan petola.

kerana kebarangkalian2 bodoh yang ditestimonikan orang2 yang bahalol itu,
kita jadi kompulsif.

sampai hendak karaoke pun jadi runsing kalau sakit tekak sebelum acara. walhal nyanyi2 itu kita sama kita saja. risau; kalau nyanyi sumbang, mesti dihinakan. mesti dimarahkan. sebab perlu ikut standard peta topo setempat. dan oleh kerana kau terlibat dalam membuli (verbal atau fizikal) orang yang kau buli atas sebab2 yang kau fikir patut dibuli, kau takut kau akan dibuli persis cara yang sama, maka kau beriya2 untuk tidak menjadinya.

faham tidak?

aku ambil masa bertahun2 untuk nampak dengan jelas kenapa aku menjadi bantal tumbuk orang;
fizikal,
mental.

kecil sampai besar. kalau bukan kawan2, cinta hati. kalau bukan si istimewa, keluarga sendiri.
macam2 cara. macam2 gaya. betulkah aku memang selayaknya hidup dibenci?

semua itu terlalu meyakinkan.
aku jadi percaya dengan setiap tuduhan.
aku jadi percaya akulah orang yang paling gemuk dalam dunia.
aku jadi percaya akulah orang yang paling memualkan dalam dunia.

banyak lagi.
dan aku percaya.
setiapnya.

aku ingat lagi aku buang buku2 puisi yang aku tulis dalam buku latihan yang aku khususkan untuk meluah jiwa. aku buang sebab aku kena panggil budak paling emo dalam sekolah. dan emo ketika zaman aku sekolah adalah suatu perkara yang sangat menyengat dan menyakitkan hati.

macam "mat rempit".

dapat gelaran emo itu memang celaka. terus jadi macam ada pertandingan untuk buat aku pecah dan terburai, menangis dan meruah. kerana aku jenisnya tidak pandai menyembunyikan jiwa dan menahan airmata.

tulisan dalam buku aku ditulislukis semula di papan hitam, di meja kelas aku, di bawah kerusi aku, di buku teks aku. aku disuruh faham yang menulis puisi adalah sesuatu yang memalukan. bermula itu, aku cuma menulis di tisu dan kertas conteng. untuk dibuang semata2.

aku juga ingat lagi masa itu, rata2 kawan sebaya semua bercinta monyet setara usia. aku pula lain. dimata2 budak2 lebih muda. habis dibambu dimarah segala. siap diawas hendak ke mana2. kalau kantoi sedang main mata, maknanya makan sendirilah di dewan makan.

beristimewa dengan lelaki di luar kawasan juga tidak boleh. itu bukan suatu yang biasa. kita kena ikut semua. dan semua berkasih sesama kita dalam tempat kita.

ha ah.
dengan siapa?
dengan yang bongkar tulisan2 aku itu?
dengan yang baling kuih minum petang ke kepala aku?
dengan yang lukis babi di aku punya bangku?

kalau kau degil, kau rasalah perasaan dipulaukan. itu pun hanya selepas kau dibasuh seluruh kawan2 setingkatan.

tak peliklah kenapa aku ada rekod paling banyak kena pulau. kena basuh. kena itu. kena ini.
pergilah mati.
aku lagi hepi.

*senyum sumbing*

yang ini aku tidak mungkin lupa;
beberapa tahun selepas habis sekolah, bila aku satu2nya perempuan dari sekolah islamik itu datang ke reunion sekolah dengan tiada tudung di kepala, berselamba memuntung depan mereka, dengan sengih biasa2 dan bersahaja. aku pergi pun kerana dibayar kawan yang dari dulu ajak aku untuk turut serta benda tahunan itu.

aku pergi.

sampai sana, di tempat berkumpul itu, dengan tidak fikir panjang, aku pergi terus pada si kepala. cakap2 sikit. gelak2 sikit. aku yakin aku takkan dibiar tak dilayan. mustahil. aku dah kurus. aku dah reti merapi. aku nampak macam perempuan sial, dalam lain erti.

dan tiba2 aku jadi kool.
semua tiba2 sudi lepak sama aku.

(atau mungkin dalam beberapa tahun itu, mereka sudah kenal dunia, dan mula keluar dari kepompong bohong yang mereka itu malaikat)

aku pelik.
tiba2 aku sudah jadi tidak pelik.

pelik.

lalu aku tanya. tentang dahulu2. aku tidak mahu tahu siapa. takkan ada sang bangang mengaku tahinya di depan rumahnya. aku hanya hendak dijawabkan kenapa.

kelakar.
jawapan asal mereka2:
mana ada? ada ke? betul ke? eh ye ke?

aku ketawa geleng kepala.
cakaplah saja.
jawapan disambung semula:
alah. lupa sajalah. kita semua budak. akal belum ada.

*senyum*

aku tercepat dibagi akal kah?
mungkin jugalah.

iya lah itu, yang dikata itu.
paling betul lah itu.

*gelak kecil*

itu kau rasa kelakar? itu tidak termasuk hal budak sekolah rendah tiba2 telefon aku dan bertanya hendak pinjam duit. itu tidak termasuk kawan universiti yang tidak pernah tegur aku dalam kelas tiba2 telefon aku hendak ajak lepak dan tumpang tidur. itu tidak termasuk kawan2 sekolah yang tiba2 berkias2 tentang cinta.

semua kerana beberapa minit setiap minggu dalam peti kaca tv.

mungkin itu salah satu cara memperakui kita ini layak diiktiraf sebagai sesuatu.
walau belum ke mana, potensinya sudah ada.
mungkin.

*gelak lagi*

kelakar.
serius kelakar.

kalaulah aku betul2 berhenti menulis dulu.
kalaulah aku betul2 jolok tembolok aku.
siapa aku agaknya sekarang ini.

*senyum*

pengajaran untuk hari ini, wahai anak2, adalah ini:

jangan buang apa yang menjadikan engkau engkau demi untuk memuaskan hati orang.
sekali kau mulakan untuk puaskan seseorang, kau takkan berhenti.
kerana akan sentiasa ada lagi.

kau ada pilihan.

kau hendak ikut sama hidup dalam takut seperti orang lain atau kau hendak cuba hidup penuh parut di badan, luka2 sepanjang jalan?

dua2 bagus.
dua2 tidak bagus.

soalkan dalam hati,
mana prioriti.
bahagia orang atau bahagia sendiri.

pilih.

di kumpulan orang yang berdiri terjelir2 mengangguk faham?
atau di kalangan mereka2 yang gagah senyum ketika direjam?

dunia akan jadi aman bila orang sudah berhenti takut hendak buat perkara yang dirasakan betul. sudah terlalu lama kita biarkan diri dikawal sang penakut. aku rasa macam hendak melantang seru memanggil kita2 yang terpisah dari normaliti ini untuk bangun dan munculkan diri.

ayuh bangga dengan pelik.
ayuh bangga dengan jelik.
ayuh bangga dengan malang.
ayuh bangga dengan kurang.

biarlah dikeji bodoh tak sedarkan diri. mendabik hina dan mempamer cela. dikata menunjuk apa pun juga.

seburuk mana pun kita, kalau bukan kita yang cintakan kita,
maka siapa?

*diam*

haih.
entahlah.

aku rasa, memang ada banyak benda yang kita tidak dapat nak terangkan.

seperti kacaknya lelaki yang sedang berpeluh lekit yang sedang memetik gitar berwarna coklat cair berbelang2 kayu sambil menggoyang2kan kepala mengikut tempo yang didengar lewat headfon sebesar penumbuk itu.

seperti perlu apa kau tersinggung sama tulisan2 aku bila mana tidak pernah mana2 entri aku khususkan untuk satu karektor, kerana setiap perkataan 'kau' atau 'engkau' yang aku gunakan itu tidak pernah aku bayangkan susuk tubuhnya cuma satu.

kadang2,
ada benda --
kita biar saja.

sebab orang takkan faham makna sesuatu.
sebagaimana kita ini fahamkan sesuatu itu.

tak perlu berpenat berlelah berbuih bibir.
kalau betul orang mahu faham, dia akan faham.
kalau memang sudah dipilih untuk tidak,
terangkanlah dengan cara paling hebat sekali pun;

orang tak akan terima.

Monday, November 2, 2009

suamiku kekasihku raja aku.

katil permaisuri.
tulisan dan lagu: tri soundhause.
---------------------------------

setiap baris katamu
kau susun rasa cintamu
dan bisikanmu itu
buatku layu jatuh ke bumi

di katil permaisuri
di sini ku ingin mati
bersamamu
malangnya aku hanyut ke laut

kau si bidadari
si jantung hati
maafkan aku
buat kau pergi

dan kini tinggal pagi
yang masih mengasihani
pada diriku ini
buatku hidup sabar menanti

kau kan tetap ku nanti
harap kau datang lagi
walau hanya sekali
walau di hujung nafas terakhir

kau si bidadari
si jantung hati
tidak ku sedar
saat kau pergi

kau tetap di sini
di hati ini
hinggaku mati
kau kan ku nanti

.....

http://www.reverbnation.com/tunepak/1964735

.....


aku cuma mengharap di setiap kali aku rodokkan pandangan pada kisah2 dalam kaca layar;
bila mana seorang lelaki itu memuja seorang perempuan
dengan petik gitar buruk bernyanyi sehancur2nya dengan tiada inginan selain melampiaskan
suatu perasaan yang sememangnya peroi bertempiaran.

aku cuma mengharap di setiap kali aku sembahkan linang pada kisah2 dalam hikayat;
bila mana seorang lelaki itu mendewi seorang perempuan
dengan ketat kepal berpegang sama jantung yang seperti terberjalan tanpa perlu keizinan
untuk berdegap dengan sendirinya demi sang perawan.

aku cuma mengharap.
bersekali dengan berjuta cubaan yang sentiasanya menjanjikan jatuh yang lebih menjunam dari lubuk neraka.

aku cuma mengharap.
kerana harapan itu sudah cukup manis untuk seekor bangsat seperti aku yang terlalu selalu menderu celaka.

lalu terimakan kasih ini
beserta tunduk yang jujur
berpadan sumpah mati.

kerna kau sudi mengutip jiwaku.
dan memanusia setiap mimpi2
seenteng mana mungkinnya.

puisi2 yang mengunyah wajaku.
tidak ada lagu lebih indah.
tidak ada. tidak ada.

.....

engkaulah itu,
lelaki yang dalam kaca2 layar dan hikayat2
yang mendayu2 dengan hati berdarah2 di sebelah tangan.

dan aku ini perempuannya,
yang sedang menghiris dada untuk dibagikan pula
sebagai balas pada kekasih yang secantik awan.

.....

suami,
kekasih,
raja aku;

tri,

semoga kau tahu,
aku masih lagi menangis di setiapnya.

suamiku kekasihku raja aku (ii)

mungkin sudah rezeki.
mungkin suatu dugaan.
tuhan lebih tahu.

sebulan lepas, aku dikhabarkan aku akan dihantar ke satu pelusuk
yang jauh menyelusup ke tanah berbayu salju.
kazakh yang dulunya berbinkan russia terperosok
kazakh yang sunyi itu sempurna untuk tri dan aku.

dihantar.
berlama.

gembira.
itu cadangnya.
mahu lari buat sementara.

jauh. berdua.
berperi. bersama.


*diam*


celaka.
itu jadinya.
mahu maki, buat sakit kepala.

tri,
seperti beribu manusia di tanah ini dikandaskan dengan hutang pendidikannya dahulu.
dan ini, kami baru tahu.
diminta ehsan sini sana.
keji juga yang disua ke muka.

tidak apa.

nak digadai, harta tak ada.
nak dijual, emas tak ada.

tidak apa.

sebulan ini,
sudah jenuh mengembang bola mata dengan air masin.
sudah muak membiarnya berenang cetek membanjir batin.
aku diamkan.
dipendam peram-pekasam.

aku pura2 pejam dan tidur bila dia menangis dan memeluk aku dari belakang.
dia pura2 pejam dan tidur bila aku menangis dan memeluk dia dari belakang.

tidak apa.
ini kisah kami.
mungkin.

hari ini, aku cerita.
pendek.

demi untuk beri kalian mengerti,
apa tujunya lagu yang indah itu dicanting sepenuh hati.
ditulis sendiri oleh suami aku itu.
dibaris sendiri oleh si comot aku itu.

dan

hari ini, aku minta.
didoakan.

mungkin dilintangkan aral.
mungkin ditaruhkan batu-kayu.
mungkin diletakkan pancang.
mungkin dibubuhkan sesuatu.

kerana aku tidak mampu berjauh.
sekejap mana pun adanya.

maka aku rayukan.
dipohonkan pada tuhan.
untuk tidak dibiar terbiarkan.

putusnya takdir adalah dalam terdekat ini.
aku khabarkan pada kalian,
supaya disempatkan kamu bantu aku
pujuk tuhan, untuk apa saja yang terbaiknya.

tapi andai sudah kalau.

kalau sudah dikata tuhan,
berjauhlah juga.

tempat aku;
sesungguhnya di sebelah dia.
walau bukan tubuh aku,
aku tetap ada.
di sebelah dia.

Thursday, October 29, 2009

ai gedik dan ai comel yau yau

sesiapa yang pernah menjadi anak murid aku akan tahu;
aku samseng.

duduk atas meja.
berdiri atas kerusi.
lompat ke belakang.
keras macam besi.
sepak kerusi pelajar.
carut macam haram.
persetan peraturan.
bebel sampai malam.

namun,
sesiapa yang pernah jadi anak murid aku juga akan tahu;
aku hampeh.

usik budak ini.
kacau budak itu.
puji sampai segan.
melatah sampai malu.
majal kasi merah.
selalu kasi chan.
cepat kesian budak.
rajin aku melayan.

siapa yang tidak pernah masuk kelas aku tidak akan faham, mungkin akan mengeji. aku keluar dari universiti paling islamik itu pun pasal aku tidak ada kertas membuktikan aku layak bergelar cikgu. jadi semua benda aku buat, tidak betul.

aku bukan cikgu bertauliah.
aku cuma seseorang yang berminat jadi cikgu.
bukan pelajar tesl.
jadi aku tak pernah belajar cara2 mendatangi akal pelajar.
atau mungkin kerana aku tidak ada bukti bertulis yang aku tahu cara2 mendatangi akal pelajar.

pegilamam.
baik aku beram.

aku boleh bagi 10 nama (kawan yang belajar tesl) yang ke laut.
aku boleh bagi 5 (daripada 10 itu) yang ilmunya ke laut.

apa obsesnya dengan kertas bodoh ini pun, aku tak tahu. sepanjang aku hidup berkerjaya, tak ada sekali pun kredential aku dipeduli kecuali untuk hari temuduga. tidak pernah ditanya siapa edgar allan poe. tidak pernah diambil tahu markah aku paling tinggi dalam malaysia-singapore literature. tidak pernah disoal apa itu labiodental dan aplikasinya.

tapi aku selalu bising sama budak2 yang kadang2 dalam hidup ini kita perlukan sesuatu yang kita tak perlu untuk jadi seseorang yang diperlukan.

macam duit jugak.

apa pun, jauh dalam hati, aku pasti anak2 murid aku seronok walau pun kelas aku haruk. dalam 3 jam, aku cuma gunakan 2 jam. dalam 2 jam itu, cuma sejam (atau lebih kurang) yang aku guna untuk mengajar. lebihnya semua aku bercerita, bergurau, berapa saja.

syarat aku mudah.
dalam satu jam itu, semua diam.
letak pen. letak pensel.
jangan ke mana2.
duduk dan pandang.
sekejap itu sahaja.

i dont give a damn about your marks. u should.
i dont give a fuck if you fail. u should.
but if u want this thing, tell me, so i'll protect u.
and i will make sure those who have the guts to even laugh at u
get the taste of their nose blood in their lungs, i promise u.

semua biasanya sunyi.
maka biasanya aku akan habiskan ucapan di atas dengan;

you do NOT want to fuck with me.

sambil senyum sedikit.
dan angkat2 kening.

biasanya mereka akan ketawa.
dan aku akan ketawa sekali.

semua lega.
:)

aku memang badot.
aku suka bergurau.
bagi aku, ketawa itu orgasmik.

aku tidak tahu secara total, tapi aku rasa anak2 murid aku hormat aku.
gelak2 juga. ketawa2 juga.
tapi hormat tetap mahu.
atau sekurang2nya depan aku.

jadilah.

hormat bukan sesuatu yang kau boleh minta. ia adalah sesuatu yang kau perlu usahakan. dan dapatkan dengan satu cara, dan hanya satu cara iaitu dengan cara terhormat.

hormat.
antara perkataan pertama kita belajar ketika kita kenal ahmad, ah seng dan raju.
sekali dengan nilai2 murni lain seperti toleransi dan bantu-membantu.

entri hari ini, aku hendak kecilkan perbincangan tentang etika hormat ini dalam skop komunikasi hari2. lebih spesifik:

konsep hormat dalam melawak;
lima larangan paling asas perlu kau tahu;
bagaimana untuk tidak kedengaran dan kelihatan seperti babi.


--------------------

satu)
jangan melawak tentang mak bapak orang

--- kecuali kau benar2 rapat sama anak si mak bapak yang kau guraukan
--- kecuali memang anak mak bapak yang kau guraukan itu pun biasa gurau tentang mak bapak kau.

contoh:

--- ikan flowerhorn ni jendol. macam mak kau. kepala dongga. hahaha.
--- bapak kau hensem, aku pun sanggup jadi pompuan simpanan dia. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia hanya terpana dan berdiam beberapa minit. cuma memahami apa yang baru sahaja jadi.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia akan berhenti bertemu kau, mula menjauh dan akan pura2 tidak ingat nama kau bila terserempak.

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia hayun kerusi pada muka kau.


--------------------

dua)
jangan melawak tentang orang mati

--- jangan langsung. tidak pernah kelakar.
--- kecuali kau sendiri akan mati atas sebab yang sama. mungkin itu okay.

contoh:

--- mesti masa abang kau mati eksiden tu, dia sempat cakap kat malaikat maut, "wasapmainiger". hahaha.
--- semalam nenek kau datang umah aku. dia kirim salam, dia suruh kau belanja aku makan. *nenek dia baru meninggal bulan lepas*

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia cuma mampu mengalirkan airmata. tahniah. kau buat dia kembali rindu pada nenek dia.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia jawab, "ada tak dia tegur muka kau macam langsuir? sebab nenek aku mulut laser"

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia tampar kau.


--------------------

tiga)
jangan melawak tentang fizikal yang tuhan sudah beri

--- terutamanya bila itu sesuatu yang bukan sang empunya diri suka
--- kecuali yang dilawakkan itu jenisnya memang suka menganjing diri sendiri

contoh:

--- kau ni macam kucing la. comel. ada misai. hahaha. *dia perempuan*
--- jahanam tayar keter aku tadi lalu kat jalan tu. berlapis2. macam gigi kau. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia sengih sambil berkata "hampeh tol". kau perhati lama2. kejap lagi dia termenung dan menangis.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia sengih juga sambil berkata, "sekurang2nya aku dah nak kawen hujun tahun ni"

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia sengih lagi banyak sambil berkata, "mesti tuhan bagi kau nikmat kow2 kat dunia ni. sebab dia nak bagi kau habis2an kat akhirat. kan?"


--------------------

empat)
jangan buat lawak tentang harapan palsu

--- dapat pula itu adalah sesuatu yang begitu dimahukan. keterlaluan dimahukan.
--- kecuali dengan kadar sedikit. demi untuk menenangkan keadaan. CUMA sedikit. sebaiknya tidak perlu.

contoh:

--- tahniah encik radhi! anda tidak ada kanser testis. *diam lima saat* acah mak enon!!! hahaha.
--- zura kata dia setuju nak tengok wayang dengan kau. *tunggu dia habis melompat2 dan berseronokan* aku bohong je. perasan. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia sama2 ketawa, untuk menjaga airmuka yang sudah macam orang gila tadi. padahal dalam hatinya, dia begitu sayu.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia panggil kau pukimak.

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia bantai kau.


--------------------

lima)
jangan buat lawak tentang sesuatu yang boleh bunyi macam doa

--- walau macammana tidak langsung ada niat kau doakan sekali pun. jangan.
--- kecuali itu cara kau untuk katakan apa yang dia hendak itu sebenarnya tidak elok. itu kes lain.

contoh:

--- kau kan hati mulia. mesti anak kau stok sindrom down. hahaha.
--- rilek la. jangan kalut nak kerja cepat. kau bukan hidup lama pun. esok mesti kau mati. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia ketawa sama. cuma dia kata, "tak baik siyot"

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia ketawa sama. dia renung kau dan kata, "mak ai mulut kau..."

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia tengok kau sambil membayangkan perasaan menghenyak kau bertubi2.


---

ada beribu2 cara lagi untuk jadi kurang ajar dalam melawak. ada berjuta2 cara utk membuktikan pada seluruh dunia tentang betapa kau tidak faham konsep hormat secara betul2. aku cuma beri lima contoh. dan aku tahu kalian masing2 ada berapa banyak lagi sampel2 kes seharian.

apa pun jua, tema pusatnya adalah ini:
kalau kau tidak kelakar,
JANGAN buat kelakar.

teruslah dengan status anda si tukang ketawa.
tiada keistimewaan pun jadi badut.
tiada kelebihan pun.
tiada.

fikir dahulu sebelum buka mulut.

aku selalu bagi amaran ini dalam kelas2 pertama aku, sebaik sahaja aku biarkan anak2 murid aku bergelak ketawa dengan senyuman post-statement "u do not want to fuck with me" tadi:

there's a very thin line between being rude and being funny.

sesungguhnya.
ini adalah masalah kita.
dengan role model seperti apek senario dan amir raja lawak, kita rasa lawak itu adalah mudah.

boleh melawak begitu.
tapi jangan marah kalau kau dipanggil bodoh.
sebab lawak kau memang bodoh.

kalau kau datang pada suami orang,
dan kau tulis "boleh tak aku nak kawin dengan kau?",
aku rasa tidak semua orang rasa benda itu kelakar.

dan kalau bila tidak ada orang tegur lawak kau tak kelakar,
kerana mereka cuma cuba sebaiknya untuk jadi sopan,
aku rasa kau tidak patut fikir mereka mahu lagi dan terus tegar.

aku tidak pernah menulis untuk cari peminat.
aku tidak pernah buat apa2 untuk mendapat tempat.
aku tidak paksa sesiapa datang pada aku untuk menyembah aku.
jadi aku tidak takut untuk luahkan hal yang berikut,
dengan mengetahui kau akan mula benci pada aku atau apa jua yang akan aku sebut.

kerana aku rasa kau benar2 perlu diajar sedikit tentang konsep membuat penyataan kelakar.

kau datang ke mukasurat suami aku, dengan penyataan:
"boleh tak aku nak kawen dengan kau?"
mungkin sebab kau baru 19 tahun, jadi kau rasa benda itu kelakar.

suami aku jawab pendek:
"tak"
mungkin sebab kau tidak kenal suami aku jenisnya benci orang, jadi kau fikir jawapan dia kelakar.

kau jawabkan jawapan pendek suami aku dengan smiley sebagai pangkalnya:
"ala bolehlah"
mungkin sebab kau rasa frasa di atas begitu comel atau manja, jadi kau rasa ini sekadar buat kelakar.

aku terbaca dan aku jawab mudah:
"HOI!"
mungkin sebab perkataan hoi boleh diaplikasikan dengan tona suara seloroh, jadi kau rasa aku sedang buat kelakar.


kau:
sori2. saje je tgh bosan.

aku:
gi main congkak.

kau:
*senyap lama*

tri:
*menganjing*
cuak.

kau:
bosan.
*tolong jelas sikit. apa yang bosan? kau?
kami yang tidak faham lawak kau yang membosankan?*

tri:
*sudah jelak*
palancau.


kan dah kena.
dik, silap orang la.
seryes.

silap orang.
silap DUA orang.

maaflah tidak dapat quote habis2an. kamu dah delete thread itu, nak buat macammana.

dan dik, minta maaf biar ada adab. bukan tiba2 tanya resepi.
itu namanya tukar topik.

*diam*

mungkin aku dan tri saja yang kolot.
orang biasanya memang buat lawak ajak kawen ke pada orang tidak dikenali?

shit.
selama ni aku ingat menjadi gedik itu bangsat.
rupanya comel.

tengok mulut aku.

ha.
ha.
fuckin ha.

*dah satu hari aku kena buat lawak kat laki aku tau tak? dia benci orang gedik. tolong la faham. aku yang kena bebel nanti. dah lah susah aku nak yakinkan dia manusia ni indah*

argh.

edited:
kau baru block aku dari page. siap kata pada aku "kun fa ya kun".
wow.
19 tahun dan begitu tinggi sifat percaya diri.
oh ai suka perempuan penuh keyakinan macam yu.

suka gile.

Sunday, October 25, 2009

minah cebik dan mat cuci

situasinya sangat mudah.

lokasinya di tempat lapang.
tempat orang malas macam aku pergi cuci kereta.
upah lapan ringgit, luar dalam bersih dalam beberapa kelip mata.

masanya tidak terlalu awal, tidak juga terlampau lewat.
dalam 11 pagi atau lebih kurang suasana.
yang penting masih belum tengahari, namun mungkin dekat sudah tempohnya.

ada seorang lelaki tegap. rambut semua putih. tri borak2 sama dia, sambil aku suap mata aku dengan ilmu sosiologi yang aku sedang aplikasikan secara memandai. semua aku jamah. aku memang tamak. bagi aku, menonton filem bisu sebegini indah kerana setiap plot dan klimaksnya ada dalam kepala aku.

mujur tri sedang sibuk borak2. biasanya dia tumpang sekaki.
*senyum*

beberapa minit setelah tri dapatkan aku, tokey tadi didatangi dua pasang anak muda. pantas, mata aku lekat pada mereka. jangan salahkan aku, semua manusia di situ berada dalam keadaan pegun; kecuali pencuci2 kereta. jadi mereka yang bergerak2 pasti akan mendapat lampu suluh utama.

dua lelaki;

seorang dengan kemeja belang2.
seluar jeans kain tebal yang biasa ada di bundle siam.
kasut boot timberland tidak asli.

seorang dengan kemeja giant.
seluar jeans juga, kainnya tidak berapa pasti jenis apa.
kasuh sukan putih bertulis sesuatu yang macam nike.

dua perempuan;

seorang dengan blaus putih.
berselendang dari bahu ke tangan ala2 dinner tahunan.
rambut rebonding tidak berapa menjadi.

seorang dengan baju biru cair garis2 hitam.
mukanya putih amat, kontradiksi dengan lengan coklatnya.
dia duduk jauh sedikit dari yang tiga tadi.

kalau diikutkan, mereka adalah pandangan normal di bandar ini. tidak perlu apa untuk direnung2. tapi suara mereka berselang seli bahasa tubuh mereka yang kelihatan begitu menjemput mata2 tamak dan kurius seperti aku yang jelas sangat suka dengan perihal manusia hari2 ini benar2 memanggil2 dengan kuat.

salah seorang dari dua lelaki itu bermukadimah. mejanya selang cuma selangkah. aku dan tri tunduk dan abaikan bagaimana pun, pasti terdengarkan.

"nok bince skek dengey pok. mari ni bia ado ore tuo saksi"

nak bincang. dengan orang tua. logik.
nak bincang. tengah orang. tidak logik.
tapi mungkin apa yang hendak dibincangkan itu tidaklah horifik mana.
jadi, tidak apa.

dalam beberapa saat sahaja sudah jelas kisah dicerita.

tokey panggil seorang dari pekerjanya. baru tadi tri khabarkan pada aku yang dia suka belanja pencuci2 kereta situ. tri biasanya akan beli mcD dalam jumlah banyak2, dan diajaknya mereka kongsikan.

saja, kata tri.
buat hilang penat.

dan pekerja yang dipanggil itu adalah yang paling biasa sama tri. awal2 masa datang tadi, pekerja itu, aku namakan mat cuci dalam entri ini, sopan menegur tri. senyum memanjang.

namun kali ini, bila dipanggil tokey, mat cuci tunduk dan sekadar duduk. dua lelaki ini nampak memegang situasi. sekilas, mungkin mat cuci ada mencuri ayam atau merembat kasut lalu kantoi.

dua lelaki itu bergilir2 bercakap.
yang perempuan tunduk senyap.
tokey cuma diam.
mat cuci muka kepam.

tiba2 semua tutup mulut.
tokey cakap dengan tidak pandang siapa2:
"nikoh memey seney. seribu buleh doh"

sunyi.
semua menung.

ceritanya sangat mudah.

pelakonnya ada dua.
perempuan blaus putih itu, dalam hikayat ini, aku namakan minah cebik, membawa watak mangsa.
mat cuci pula adalah sang kekasih minah cebik yang begitu dicintainya. atau tidak. atau kerana terpaksa. atau apa sahaja.

yang pernting,
pelakonnya ada dua.

plotnya adalah sangat tipikal skrip drama rtm:

1) lelaki dan perempuan sudah terlanjur
2) lelaki buat biasa, perempuan jadi takut dan kalut
3) perempuan cari abang2 besar
4) abang2 besar cari abang lagi besar
5) gegar lelaki yang melanjur bersama tadi

bagi aku, ini cerita biasa. setakat yang aku tulis, cerita ini masih terlalu biasa. tidak ada istimewanya. sehinggalah minah cebik yang dari tadi mengongoi semata2 dan bercakap tidak berapa jelas butirnya itu membuka mulut.

kuat.
bagai mahu didengari.
bagai mahu minta dikasihani kami;
kami para pemerhati.

"ambo nok tanyo abe, apo hok abe nok pegey2 tubuh ambo?"

serta-merta aku sedak. nyaris tersembur.
kelakar.
sungguh menghibur.

ini adalah suatu situasi yang sangat hari2. mungkin tidak bagi ramai di luar sana, tapi cerita seumpama ini sudah saban menerobos kepala aku. dalam hati, aku gelak besar.

klasik.

aku serius mahu tanya pada perempuan2 di luar sana. ketika kamu serahkan walau seperinci tubuh kamu itu, apakah kamu fikir sang lelaki boleh diikat semata2 dengan juntaian tali janji?

"akan kahwin"
"akan tunang"
"akan pinang"

semua itu 'akan'.
sedangkan orang terikat lafaz nikah pun bisa lerai.
apa lagi sesuatu yang tertulis cuma pada angin berderai.

apa juga pilihan kamu sebagai mannusia yang penuh khilaf, aku tidak hendak soalkan. aku hari ini, hendak meluahkan rasa mual pada mereka2 yang menggantung harap pada beku awan.
awan tersejatnya tidak lama, dik. datang api mentari, ke laut juga pecahnya.

sukahatilah hendak tinggal serumah kah, hendak togok arak kah, hendak rompak bunuh kah; tapi tolonglah. reti2 tanggung bahana.
tolonglah.

aku benci bila kau sendiri pilih jalan ini, kemudian di hujung hari, kau tonyoh2 orang lain untuk tanggung sekali. simpan2lah maruah kau yang berbaki.

wahai sang gadis sekalian,
apa yang kau fikirkan?

kalau sudah sampai ke tilam baru hendak sedar tak mahu, kau terlambat. lelaki akan ada saja cara untuk memujuk engkau. engkau pun sudah separuh hendak. cuma perlu diyakinkan. kalau kau diperkosa sekali pun, polis ragu2 untuk melaporkannya sebagai satu kes. kau ada situ dengan rela hati.

kalau rasanya sekadar kucup2 biasa2 itu tidak apa, nantilah sampai dia melarat. kalau bukan dalam sehari, dalam sebulan dua, seinci demi seinci kau akan ditakluk dia. seperti yang di atas tadi, kau mungkin akan sedikit dolak dalik. namun sebaris dua ayat cinta, pasti rebah juga.

kalau demi membukti cinta kau serah tubuh sebagai pengikat, kau memang dahsyat. apa benarkah ada beza 'make love' dengan 'have sex'? keduanya membawa maksud jimak. perasaan romansa itu semua reka2an pembikin filem untuk menjual. sesungguhnya, persetubuhan adalah nafsu yang bersifat individualistik namun lebih seronok dikongsikan.

maaf aku terlalu telus.

tapi aku rasa sungguh bodoh untuk menggertak seseorang untuk menerima engkau.
ya. kau sangkut. anak ini tidak akan berbapa.
ya. kau takut. kau hendak harung dengan siapa.

malangnya, minah cebik,
kalau hendak kahwin pun sampai perlu dipaksa, keluar nanti anaknya, rasanya, pedulikah dia? silap2, nikah malam ini, pagi besok lafaz cerai tiga.

nak kata apa.

mungkin aku seksis dalam hal ini spesifiknya. tapi aku serius susah untuk salahkan lelaki bila datang cerita begini. macam sekali itu yang lidah bubuh dalam entri tentang guru tadika yang membuat laporan polis terhadap doktor haiwan yang menghisap buah dadanya tanpa keizinan.

secara mudahnya;

1) cikgu ada sugar glider yang sakit
2) cikgu pergi klinik, bawa binatang jumpa doktor
3) doktor suruh selit sugar glider celah buah dada
4) cikgu turutkan tanpa mengesyaki apa2
5) doktor minta dikeluarkan sugar glider itu, untuk diubatkan
6) doktor terpandang lurah dada cikgu lalu memuji kecantikan buah dada cikgu
7) doktor ajar cikgu cara2 mengurut buah dada
8) seterusnya tolong baca sendiri

apa ke bodohnya. di langkah ke 3 itu sahaja, mana2 perempuan sudah PATUT angkat kaki.
itu tempat awam, bangang. kalau kau sudah terlepas ke langkah 4, tolonglah jangan sibuk nak salahkan sesiapa.

bila lelaki ajak naik rumah, dengan apa sahaja alasan pun, tertinggal dompet atau telefon;
jangan ikut.
bila lelaki ajak tengok midnight, dan tiada tempat selepas wayang untuk lepak sampai pagi;
jangan ikut.
bila lelaki ajak bercuti dengan kawan2, budget cuma mampu tidur beramai2 dan berkongsi2;
jangan ikut.
bila lelaki ajak kau cuba, sebab dia rasa cuma dengan kau sahaja dia nak cuba, atas nama cinta;
jangan ikut.

tapi kalau tetap nak buat, siapa nak marah. buatlah.
cuma JANGAN nak mengongoi2 dengan blaus putih berselendang dari bahu ke tangan dengan wajah ala2 mangsa keadaan sambil minta dikasihankan.

mak bapak dia kenal kau? so?
mak bapak dia suka kau? so?
dia tak ada gefren lain selain kau? so?
dia memang jujur mencintai kau? so?
dia sembahyang penuh, dosanya cuma main dengan kau? so?
dia pun pertama kali mencuba, dan dia hanya mahukan kau? so?

aku boleh bagi lima juta alasan minah2 cebik di luar sana.
tetap takkan mengubah apa2 yang kau rasa.
kerana sedang cinta.
kerana mabukkan dia.

akhirnya sangat mudah.

minah cebik nangis beriya2, dengan muka cebik yang buruk gila, bercakap kuat2 hendak malukan mat cuci yang sudah tunduk diam tak berkata apa.
mat cuci bukan diam insaf, bodoh.
mat cuci tak boleh angkat muka, nanti pecah kepala.

minah cebik,
sebenarnya kau nak apa?

nak kahwin sama dia?
kalau teknik menggunakan abang2 besar kau tidak menjadi, kau pergilah pula pada mak bapak mat cuci. minta kau diadilkan. ada rezeki (kalau tidak dimakinya kau yang jalang), dapat kau dan mat cuci disatukan.

soalannya, cukupkah sekadar suami pada nama sedang jiwa dia penuh benci pada kau sampai bila2?

nak anak berbin dia?
kalau kahwin itu perlu demi menjaga nasab anak, sampai bila usianya nanti yang akan kau khabarkan sebenarnya dia memang anak di luar akad? atau memang kau hendak sembunyi dan diamkan? sungguh pun kau sempat dinikahkan, ketahuilah, perempuan hamil haram dikahwini.

soalannya, apakah kau aman hidup bertahun2 bersama dengan halal yang tiada?

*diam*

entri hari ini bukan langsung aku tulis untuk merendah2kan sesiapa. bukan juga untuk menghina siapa2 yang terkena batang hidungnya. aku mengerti dan sedar diri, tidak aku layak untuk mengkhutbah apa2.

cuma dalam tulisan ini, aku hendak seru para gadis di luar sana;
fikir sebelum apa2 akan jadi.
tahu kau akan tanggung sendiri.

kerana akhirnya,
kata putus di tangan kita.

*diam*

maka hei minah cebik,
dengar sini aku tanya;

kau nak apa?

Wednesday, October 21, 2009

"ai fak jantan melayu". ptuih.

kenapa gila sangat hendak ada kekasih lain bangsa?
hebat ke?
rasa unik ke?
rasa bangga?

sebab muka kau pesek, masa sekolah kau bukan antara yang gempak,
sebab budak2 lelaki biasa tak mengurat kau, sebab muka kau macam mintak penyepak;
sebab itu kau megah lagak?

*gelak sambil geleng kepala*
hadoi...

aku tak ada masalah dengan hubungan dua bangsa. serius. bukan tidak ada antara kawan yang masjidnya terbina dari tiang dua bangsa budaya. bukan tidak ramai antara kawan yang ayahbundanya dari dua keturunan dan salasilah berbeda.

memang aku tidak ada masalah.

cuma.
kalau betul hendak,
tolong.

biarlah kerana cinta.

*diam*

aku datang dari tempat belajar yang penuh dengan manusia berkabilah2. warnanya macam2. kuning. hitam. perang gelap. perang cair. putih. putih albino. namakan satu yang aku tak pernah jumpa. putih merah jambu pun ada.

dan tak usahlah hendak beriya seronok bila ada orang bukan bangsa kita berdiri atas satu lutut di depan engkau.

"dia lain. dia bagus. tak macam lelaki melayu yang tak tahu romansa"
"dia sangat bijak menjaga hati perempuan. bicara dia halus"
"oh dia seksi. apalagi dia seperti jejaka2 dalam filem2 cinta luarbiasa"

oh kamon.

kalau ada sepuluh, mungkin tiga yang kerana cinta.
lain semua kerana ada lain perkara.
mudah tampung hidup, senang adaptasi, pas warganegara.
apa saja.


sepanjang aku di tempat belajar, bukan sekali aku diajak kahwin. bukan seorang. ketika aku mendidik di sana pun, pernah ada dua orang pelajar menulis surat cinta, menelefon setiap masa, hendak meminta aku dijadikan isterinya. aku terpaksa minta pihak atasan ambil tindakan.

(salah seorang siap khabarkan yang isterinya di negara asal dia sudah bersetuju untuk menerima aku sebagai madunya)

watdefak.

untuk orang2 yang sakai, mungkin pengalaman sebegini adalah indah, dan tidak logik diterima akal. seperti seorang pelajar yang cuma mendapat 6A 4B dalam SPM yang ditawarkan tempat di universiti luar negara.

rezeki.
aku tahu aku tak layak, tapi ini rezeki AKU yang punya.

bayangkan kalau ada sesiapa datang pada pelajar itu, dan katakan "tahu tidak yang sebenarnya kamu tidak berapa patut untuk mendapat ini...?". aku berani kerat jari, yang akan dibalas pelajar itu adalah "ah. cemburu".

*senyum sumbing*

tapi tolong ya.
yang brengsek bukan semua.
sepertimana tidak mungkin setiap lelaki melayu itu sempurna,
begitu juga mereka.

jadi aku kecilkan kawasan bebelan aku untuk hari ini.
aku baru saja niatkan untuk aman2 sedikit; bermalas untuk menulis panjang2.
amanah aku adalah pada bukubuku, maka perlu dikurangkan perkara lain2nya.

tapi ah. hari ini terkecuali.

di waktu ini,
izinkan aku maki perempuan2 di luar sana yang memilih untuk berkasih bukan jujur jiwa.
perempuan yang menetapkan untuk menanam cinta kerana faktor2 indah berdasarkan prospek imej yang bakal terpapar nantinya; seperti:

a) kaya

contoh:
melly pilih joni kerana joni banyak duit, selalu pujuk melly dengan wang ringgit dan ini adalah demi kebahagiaan masa hadapan juga. untuk menyenang hidup anak2nya juga. malulah kalau anak pakai baju cap 'anakku' sahaja.

b) pangkat

contoh:
rita pilih karim kerana karim antara mejistret terhebat di kuala lumpur. rita tidaklah peduli sangat siapa karim. yang rita nampak adalah hati karim. dan slip gaji berlima angka.

c) status sosial

contoh:
minah pilih samad kerana samad ada dslr. dan mempunyai nikon dengan lensa paling sedepa adalah badabom. itu secara mudahnya.

banyak lagi. tapi pendek kata, jenis perempuan2 yang biasanya begitu beriya2 untuk pergi reunion, tidak sabar untuk ditanya "sekarang buat apa", "sekarang dengan siapa" dan "dia kerja mana".

lebih spesifik,
perempuan laknat yang baru 24 tahun itu, yang punya anak perempuan berusia 3 tahun namun tidak punya suami, yang duduk di kajang, yang aku doakan bermula tengahari tadi untuk mendapat apa yang dia patut dapatkan selayaknya. tuhan lebih tahu apa.

aku tidak ada perkataan untuk dia.
'celaka' pun masih terlalu ringan untuk aku bagi padanya.

ah. nilaikanlah sendiri.

*diam*

benar.
aku selalu kata jahat manusia hari ini, mungkin ada sempatnya dimohon taubat dipersuci.
tapi...
apakah mampu untuk dipatahbalikkan setiap apa yang telah jadi..?

anak itu baru 3 tahun.
dirodok gadisnya.
disodok belakangnya.
dibantai segalanya.

mati.

dan tergamak kau sembunyikan lelaki keparat itu.
binatang yang kau bela hidup seperti suami,
kau rasa bahagia walau kau yang keluar cari rezeki.

mungkin hebat sangat alat kencingnya.
mungkin sebesar tulang lutut, ya?

ibu apa engkau ini.

sanggup kau tutupkan kekasih engkau yang melapah anak engkau. demi cinta pada dia.
tak cukup tinggikah kasih engkau pada anak kecil itu, agaknya.

aduh...
betapa kita begitu tidak hargakan apa yang ada dengan percuma.

kalaulah kau tahu berapa ramai manusia di luar sana berhabis beratus ribu demi untuk mendapatkan permata2 itu, walau pun satu. mentang2 kau dibagi saja2, kau pegang sambil lewa.

sama saja macam binatang lagi dua ekor di singapura itu. anak baru setahun 11 bulan 30 hari; sehari saja lagi genap dua tahun. takkanlah kau tidak tahu memang sifatnya penuh kuriositi dan rasa mahu tahu. salahkah dia koyakkan kotak rokok engkau? bukan dia tahu pun mahalnya bagaimana untuk kalian.

aku boleh faham kalau anak kecil itu ditampar dan dikurung dalam bilik air.
betul. walau pun aku tetap tidak setuju, aku rasa aku boleh lagi untuk terima cerita ini;

berbanding dengan fakta yang aku baca tadi,
tentang kau pijak anak perempuan itu sampai mati.
tentang isteri engkau di dapur membiarkan kau pijak anak itu sampai putus nadi,
yang dikatakan dirasakan mungkin perlu dan relevan kerana itu cara mendisiplin.

aduh...

*diam*

selamat datang ke hujung zaman, tuan2 dan puan2.
selamat berkembali ke masa yang bertahun kita cuba lari darinya;
zaman manusia hidup dalam kegelapan.

*diam*

saudari janda 24 tahun dari kajang,
semoga sabar menanti kekasihmu keluar dari rumah berpalang waja.
pasti kekasih yang berzakar hebat kamu itu akan lihat betapa sucinya cinta kamu pada dia, betapa agungnya kasih kamu yang lebih mahukan dia dari manusia kecil yang kau kendong berbulan lama.

agung.
memang agung.

Friday, October 16, 2009

mimpi indah.

malam tadi ketika tidur,
aku hidup.

hidup yang aku rasa boleh hidupkan mati2 aku yang akan datang.

aduh.
kalaulah aku mampu kembali pada malam tadi.
kalaulah aku dapat pujuk tuhan untuk tidak bangunkan aku jam 3 pagi tadi.

bagilah aku sikit lagi masanya, wahai tuhan.

aku masih dapat bau.
aroma itu.
wangi kepala anak kecil lelaki itu.
di bahu aku.
terlentok.
indah.
dibobok.

tapi tidak apa.
cukup.
walau sekejap cuma.

merasa.

aduhai.
celakalah mereka yang membuang anak mereka.
dasar celaka.

anak teruna bonda,
harap2 ada lagi masa kita.
berjumpa.

di suatu sekejap nanti kita.
di semula.

cih. padanlah belum layak jadi parent.
tengoklah aku dan tri.

gila priceless muka ejie.

bau paling lazat dalam dunia.
bau mereka.


ini adik elmo.
sumpah nak colek.
hahahaha

sekali lagi. JANGAN bagi ayat sedih.
aku tak sedih pun.

JANGAN.

Thursday, October 8, 2009

suara aku untuk dipegang

aku hendak cakap terus terang.
aku sedang diduga tuhan dengan begitu hebat.

dengan rendah diri, aku ujarkan ini, semoga diterima bukan dengan fahaman yang serong:
aku sedang ber-apa-saja untuk wang. aku akan jual ini itu, apa2 yang perlu. aku tak mahu semua itu, aku cuma hendak suami aku.

*diam*

*diam lagi*

ingat hari ini, tarikh ini, wahai aku,
jangan dilupakan hari ini yang aku lafazkan:

aku jelak sama kerajaan melaysia dan politikus celakanya.
pergi mati.

kau rugi, wahai sialan.
rugi kehilangan seorang pecinta tanah ini.
rugi kehilangan apa yang aku yakini.

aku ludah sama semua bohong2 ini. sama setiap penafian yang kau beri. sama setiap konon2 dan lakon2.

kerana sesungguhnya kau tak pernah peduli.
kan?
sejujurnya.
benar2 hendak tahukah tentang kami?

kerajaan kah. pembangkang kah.
semua berbual.
kosong.
tahi.
pinjam iman aku. dan jual sebagai janji.

SIAL.

*sayu*

aku tingkah orang bila hina tanah aku. aku marah orang bila cela tempat aku.
aku tingkah dan marah.
aku ditingkah dan dimarah.

aku pertahan engkau macam orang dungu.
ini kau balas pada aku?

dulu aku marah bila orang tidak patriotik.
sekarang aku dah rasa apa yang jijik.
padan muka aku.

*diam*

kau rugi, wahai tanah tumpah darah aku.
rugi darah2 moyang aku terbazir tumpah begitu2.
rugi.
kau rugi hilang aku.

RUGI.

aku dah lama tahan benci ini. aku sentiasa tanam rasa yakin pada 'suatu-hari-nanti'. rupanya aku bangang. mana mungkin ada orang jujur baik dan ikhlas zaman sekarang.
pergi mampos.

takpe. aku cari duit aku.
aku akan buat semuanya untuk suami aku.

aku harap nanti masa akhirat, aku terserempak dengan setiap engkau yang sedang hampir mati memikul setiap kayu yang kau jumpa atas bahu engkau. itu janji tuhan. itu pesan dia pada engkau2 yang hidupnya sujud pada kuasa.

takpe.
aku tahu aku jauh lebih gagah dari apa yang kau sangka.
aku tahu aku jauh lebih perkasa dari apa yang aku sangka.

dan tidak.
barangsiapa mengajak aku masuk parti mana2, aku bunuh kau.
aku sekarang,
benci kuasa.
siapa pun saja.

yang ada kuasa cuma tuhan, celaka!
kau hanya manusia yang kebetulan menjadi pelaksananya.



haih...

benci2 tapi sayang.
marah2 tapi peduli.

apa2 sajalah.

aku masih si bangang yang tunggu keajaiban.
mana tahu.
tuhan sahaja yang tahu cerita kita sampai habis, kan...

*diam*

aduh...
apa lah hendak jadi dengan tanahair penuh denial ini.




oh ya. aku sudah siap dengan buku2 baru. kualitinya lebih elok. tulisannya lebih berjenis.
jemputlah kalau ada yang mahu. sebab aku tahu ada antara kita yang lebih suka membaca atas katil sambil baring2, atau dalam lrt ketika bosan.

suara untuk dipegang.

dan aku tahu ada yang perlukan buku itu untuk meluahkan jiwanya pada sang dia.
kerana di depannya, lidah sembunyi tiba2.
:)

haih... indah, kan, sesuatu yang bernama cinta itu?
kenapa manusia lebih mahu dunia yang tanpanya?
apalah makna bintang di tangan kalau tak ada sesiapa mengongsi rasanya.

ini dunia sekejap. buat apa tamak.
seronokkah tidur makan seorang2?

Friday, October 2, 2009

nescaya

dan sesiapa yang bertaqwa kepada allah
(dengan mengerjakan suruhannya
dan meninggalkan larangannya)

nescaya

akan dijadikan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkannya)

serta memberinya rezeki
dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

dan ingatlah

sesiapa berserah diri
bulat-bulat kepada allah

maka allah cukupkan baginya
(untuk menolong
dan menyelamatkannya)

sesungguhnya

allah tetap melakukan segala perkara yang
dikehendakinya.

allah telah pun menentukan
kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(ayat kedua dan ketiga at-talaq)

-----


betapa tuhan itu baik dan bukan bohong2.
dibaginya hitam putih kontrak janjinya pada kita.
betapa tuhan itu teramat agung.

sekarang yang tinggal, gerak kita untuk meminta.

malangnya tak terdaya.
malu kerana hina.
cemar penuh cela.
nak minta gimana..?

*diam*

tuhan.
teman aku plis.

Wednesday, September 30, 2009

selamat 25, kekasih.

aku:
"awak, perasan tak... masa awak form 3, saya dah form 5?"

tri:
"hahaha. ha ah, la. gila saya terrer dapat kakak senior"

aku:
*diam*
"EWWWWWWW!!!"



terima kasih, tuhan.
untuk hari ini 25 tahun dahulu.

dijadikan seorang lelaki untuk meneman aku, semoga sampai tua.
betapa tuhan itu maha bijaksana dalam rancangnya.
dironyokkan aku sekoyak2nya,
untuk dibagi pada kamu,
untuk dilicinkan semula.

sayang...

apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
dipertemu dan diperikat
dalam sederhana
yang cukup2 membahagia.

selamat hari lahir, wahai kekasih.
arjuna raga.
kesatria jiwa.

aku tulus mencintamu,
insyaallah,
sampai aku hilang mampu;

bukan fynn jamal itu.
bukan nur affina yanti itu.

tapi aku;
tulang rusuk kamu yang bengkok dan tersompek bentuk:

seorang isteri yang megahnya hanya wujud di belakang bahumu.
seorang pecinta yang nafasnya dipuncakan dari tulang belakang itu.

seorang aku.

dari istana ke rumah sempit ke tepi lorong ke dalam hutan.
mana pun kita dirempatkan,
yang penting bersama,
cukup semua.

kan..?

kita kapel dah setahun empat bulan.
kita kahwin dah setahun sebulan.

tapi;
saya tak tahu kenapa,
saya masih ada rasa malu2 dan karen2 bila awak kacau2 saya.

ye saye gedik.

*senyum*

indah teramat, rupanya, bercinta lepas dihalalkan.
terima kasih, tuhan,
kau sesungguhnya paling baik.

paling.

Monday, September 28, 2009

surat terbuka pada arjuna di luar sana

menemui lelaki di luar sana,
dengan selamatnya.

untuk kali yang ke seribu, saya menulis dengan hati yang paling benar:
tidak mudah menjadi perempuan.

saudara,

sesungguhnya perit di setiap kali kami torehkan senyum pada teguran kalian tentang kami ini komplikasi dan kecenderungannya untuk mengkomplikasi. kerana sejujurnya, kami sudah hampir separuh mati cuba menutupnya dari memunculkan diri.

kami tidak tahu kenapa:

1) kami runsing memikirkan kebarangkalian kamu yang mungkin, WALAU sekelumit,
ada terkenangkan kekasih lama kamu.
--meski pun sebenarnya dalam lubuk jiwa kami, kami juga pernah terfikir tentang kekasih lama kami.
--tapi itu CUMA ketika kita berselisih faham, tidak lebih dari itu.

2) kami serabut memikirkan kebarangkalian kamu yang mungkin, WALAU sekelumit,
ada sebab untuk terus menyimpan pemberian kekasih lama kamu.
--meski pun sebenarnya kami juga tidak membuang satu dua hadiah dari kekasih lama kami.
--tapi itu CUMA kerana kami suka barang itu; nak beli baru tak mampu.

3) kami semak memikirkan kebarangkalian kamu yang mungkin, WALAU sekelumit,
ada hesitasi yang membikin kamu terdiam sejenak sama ada kamu mahu benar2 sama kami atau tidak.
--meski pun sebenarnya kami juga ada detiknya tersentak ketakutan, kalau2 kamu bukan benar2 pilihan kami tapi situasi.
--tapi itu CUMA sekejap, kami tahu apa kami mahu... rasanya kami tahu.

wahai encik2,

teknik komplikasi dan mengkomplikasi ini sebenarnya satu sumpahan pada kami. kami juga dikononkan yang kami ini cerdik dalam penghikayatan; maka kami sedikit sebanyak amat pakar dalam bidang mencari kaitan.

semustahil mana kaitan itu, bagi kami,
tiada yang mustahil dalam dunia ini.

komplikasi dicampur syak wasangka mencambahkan cemburu buta.
diadun dengan kimia dengki dari anasir2 fitnah dan case study dari jijah gobek dan timah singa,
terhasillah sesuatu yang dahsyat.
kalau tidak diselesaikan, ada kemungkinannya kami lanjutkan menjadi kesumat.

encik2 sekalian,

menjadi wanita tidaklah semudah yang tuan2 sangka. kalian hebat dalam mempersetan dunia, sedangkan kami ini, prioritinya adalah suara dunia. selantangmana pun kami jeritkan yang kami tidak peduli sama manusia, kami sebenarnya sudah diajar hidup dengan slogan "apa kata orang".

sesungguhnya ramai di antara kami yang merasakan didikan itu seperti celaka, tapi apa kudrat kami. selagi mampu, kami cuba buat2 lupa. tapi biasanya... haih...
tak ke mana.

tuan2,

diharapkan dapat kalian berhentikan arahan untuk kami seka airmata yang mengalir pada bila2 masa yang ia teralir. anggapkan ia satu fitrah alam yang kamu suka untuk terima dengan redha. seperti mana kami ketawa dengan tingkah kalian meledakkan angin dicelah sempit.

memang susah pada awalnya,
lama2 nanti pasti boleh terima.

persis keterbukaan kami pada tabiat kamu menguis kuping di pangkal hidung, atau sebagainya. ya. kami selalunya pura2 tidak melihat. kami sebenarnya menjaga airmuka kamu. kalau itu abang atau adik lelaki kami, pasti kami sudah jeritkan perkataan2 seperti "serabai" dan "selekeh".

kerana cinta itu buta dan membutakan.
maka mata kami ini diputuskan untuk dipejamkan.

saudara2 sekalian,

kami juga tidak mengerti bagaimana kami mampu mengubah diri dari selembut2 pecinta kepada sekejam2 manusia; dari semurah2 pemberi kepada sedengki2 pengungkitnya.

yang kami tahu,
kami ini tidak mustahil untuk dijinakkan.
cuma dengan apa, tak terpastikan.

wahai lelaki,

dunia kita terbelah jauh. kamu yang di hujung situ. kami yang di hujung sini. kamu dengan ego sekeras konkrit batu. kami dengan kehendak yang berpusatkan apa yang kami mahu.

di suatu kebetulan, terjumpa kita.
di kebetulan itu, terlahir cinta.

tapi kalau tidak ada hati2,
sekeras bata pun, bisa terkoyak terpercik api.

tuan2 sekalian,

sesungguhnya seluruh tulisan di atas adalah untuk mempertahankan setiap tuduhan2 ke atas kami. kami sememangnya bijak dalam memanipulasi kebenaran. kerana tidak penting apa yang benar. kalau itu yang kami rasa sepatutnya, akan kami juangkan.

maaf kerana selalu bikin kalian termangu di banyak masa.






kerana sebenarnya,
apa2 yang keluar dari mulut kami ini bukanlah benar pun.
saja je nak sakitkan hati.

sebab kami sakit hati.

HAHAHAHAAHAHAHA.



spesifiknya seorang lelaki yang mungkin sedang tidur pada waktu ini, dengan sekadar boxer belang2 pink, di antara cadar merah dan selimut tebal putih.

ai memang suka mess wis yor mind.
ai nak perhatian.

ngeheheheheheeh.