Friday, December 25, 2009

seperti terjangka


kerana hari esok bukan milik aku.
kerana hari yang datang akan maripergi tanpa memberitahu.

semoga detik2 yang tersisa ini disempatkan penuh untuk ketawa dan jalur2 bahagia.




semoga kau dijaga tenang.
semoga kau dipelihara sampai aku datang.
semoga kau tunggu aku.
semoga kau tetap untuk aku.


kalau ini cerita kita;
ayuh kesat mata dan cari rahsianya.

masa terlalu sedikit untuk kita raung2 dan murung2.
untuk apa dibazirsia,
untuk apa dituang tanpa tadahnya.

bukankah telah aku bisik tadi malam;
bila taufan sudah surut.
tetap datang petir ribut.

saksikan aku sedayanya mencengkam sumpah setia.
selagi ada nyawa.
selagi ada cinta.

selagi ada.

kerana tuhan lebih tahu
apa yang terpaling cantik
untuk kau.
untuk aku.



maka diam.
dan peluk aku.

12 comments:

sya said...

sangat suka, kedengaran jujur dari hati,
semoga tabah mengharung badai fyn, bersama teman hidup yang telah kamu bersumpah untuk berkongsi tangis dan tawa

Anonymous said...

semoga yang terbaik selalu bersama anda..:)

esumi-lynn said...

ah, mungkin kak fynn dah penat dengar atau baca, tapi nak juga bagitahu. kamu berdua sangat sweet, comel & etc.

harap2 there's someone out there that will love me the way tri loves you and i can love him back like you love your husband. :)

Anonymous said...

semoga sentiasa berbahagia..

Amin...

N. said...

omg, kak fynn! i love this one. AWESOME. :)

fini said...

k.fynn,

sy cumer meneka berdasarkan tulisan,
hampir menangis, berat nye dugaan Tuhan. semoga tabah keduanya.

pandai menulis, ekspresi, teringin membaca cerita k.fyn dlm bentuk novel. mst menyentuh jiwa. sbb k.fyn pandai ekspresi.

silent reader.
fini

dumdum said...

somehow aku rasa entry ini entry yang bawa maksud sangat sedih.

Anonymous said...

sangat suka entri ni fynn.
ko suka buat aku rsa touched sgt! isk.

Anonymous said...

sapa2 tak akan kemana selagi hati kita tak kemana2.

ISMI HAFIZAH RASHIDI said...

maka diam,
dan peluk aku.

terhebat lah :)

Anonymous said...

suke bc coretan fynn.....u n husbnd so cute together...for me, artistik...... sbnrya kita pn tk thu mknanya...just love the words....hehe...

psst....eh ni pic trbaru ke...ase aritu tgk pic pkai tdung...

AsyiqinBadri said...

kak fynn, mana butang "like" nk tekan byk2 kali. indah. :)