hujung asar ini,
habislah setahun tersia2.
pangkal maghrib ini,
bermulalah apa2 jua yang mungkin tetap disia2.
terima kasih, wahai kekasih, atas nyawa yang masih terpanjangkan.
tak diazabkan. tak dibalaskan.
terima kasih kerana masih memberi aku belum dan nanti2.
permudahkan suami aku.
permudahkan abah aku.
permudahkan bunda2 aku.
permudahkan abang aku.
permudahkan adik2 aku.
permudahkan keluarga aku.
permudahkan teman2 aku.
permudahkan teman2 suami aku.
semoga semua bahagia.
aku sudah terlalu ada banyak.
aku masih belum sempat lunjurkan terima kasih yang tahun lepas.
*senyum*
kau terpaling indah, kekasih.
dan maaf sebab aku sedikit goyah semenjak dua ini.
:|
tapi kan,
tidak tahu kenapa,
dua tiga menjak ini,
setiap kali bangun pagi,
terasa seperti subuh raya.
tenang.
18 comments:
selamat menyambut tahun baru
kakak..
ingin ku adu padamu
mahu diragut jantung hatiku
aku mengongoi sayu berlagukan sendu
mohon sama kamu
doakan agar aku bisa bahagia bersama jantung hatiku sepertinya kamu
semoga tidak ditarik nyawa jiwaku
aku sayu kakak
melepaskan tahun yang lalu dengan penuh sendu
penyambut tahun baru dengan sayu
penggemar daerah ini
pohon doa kamu untuk aku dan jantung hatiku
itulah keindahan ciptaan dariNYA..
=)
ada baby ke?
;)
sini baru trun snow
rahmat tahun baru kot
amin2..moga semua dipermudahkn...
salam maal hijrah..
semoga tahun baru akan membawa seribu keberkatan kepada kita semua..
Allah Maha Besar..
best nya dapat kecapi moment 'tenang' itu.
mungkin 'ego' saya masih tinggi.
'hati' masih memberontak.
dan suka salahkan 'setan' dari diri sendiri.
Selamat Tahun Baru.
Sama-samalah kita rajin 'berbual' dengan Tuhan.
semoga kakak.
amin.
salam maal hijrah!
semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. dan semoga menjadi tahun yang penuh keberkatan
i was here yaw~
fynn, aku nak tegur sikit.
kamu sekarang perempuan bertudung, bukan perempuan yang dahulu.
jadi jaga lidah dan laku kamu.
kalau benar mahu jaga aurat, tak perlu tayangkan gambar tangan memegang rokok, baju tersingkap nampak pusat.
semua itu akan jadi kayu yang akan bakar di perempuan di akhirat.
tidakkan kamu sensitif dengan semua itu?
mahu hijabkan aurat tetapi masih lagi yang lain dapat menonton aurat kamu, bukan?
buangkan semuanya, lupakan diri dahulu yang penuh nista.
jaga aurat, jaga maruah.
renung2kan lah.
yang baik jadi teladan, insyaallah.
jaga lidahmu, usah terlalu lantang.
kamu perempuan baik, ya?
kawanku anon;
malangnya aku bukan lagi perempuan itu. aku sudah kembali jadi aku yang hina itu.
dan aku ada sebab sendiri.
terima kasih atas teguran kau. antara kau dan fardhu kifayah itu sudah selesai.
aku minta hormatkan aku dan bercukup. biar aku tanggung keputusan aku.
sekali lagi, minta dihormatkan.
terima aksih.
dan assalamualaikum.
fynn.
salam maal hijrah. hidd doa yang sama untuk fynn :)
boleh aku tau apa sebab sndiri yg kukuh itu? adakah mnjadi yg baik itu hanya sekejap indahnya? ms mula2 kau hebahkan kau sudah brhijab, aku antara yg mengagumi kerelaan kau berhijab. tp aku rasa mungkin aku silap.
salam maal hijrah dari pelajar Msia di kota Dublin, Eire.. blog hopping.. rajin2, datang laa lompat ke blog hamba..
saudara/i anon:
maaf sekali. tapi tidak boleh. cukup sebab itu aku pegang sendiri. lagi pula, bukan tanggunjawab kau untuk jawabkan untuk pihak aku nanti2.
dari dulu tidak aku hebahkan aku ini baik. sering, aku canangkan buruknya aku. minta diulangbaca semula.
dan aku minta maaf sekali lagi tentang kau kagumkan aku. puas berkali2 aku khabarkan aku ini manusia biasa yang tidak patut dipandang2 lebih dari mana2 manusia biasa.
sekali lagi. minta dihormatkan. dan cukup2. terima kasih.
saya hormatkan soalan2 kamu. harap kamu hormatkan permintaan saya.
dear kak fynn,
smoga ketenangan itu berkekalan.. =)
aku telah kehilangan jantung hatiku
jiwaku telah hilang nyawanya
aku sedih kakak..
Pemudah dah ada dah...senanglah
nak makbul doamu muahaha!
Post a Comment