Monday, November 2, 2009

suamiku kekasihku raja aku (ii)

mungkin sudah rezeki.
mungkin suatu dugaan.
tuhan lebih tahu.

sebulan lepas, aku dikhabarkan aku akan dihantar ke satu pelusuk
yang jauh menyelusup ke tanah berbayu salju.
kazakh yang dulunya berbinkan russia terperosok
kazakh yang sunyi itu sempurna untuk tri dan aku.

dihantar.
berlama.

gembira.
itu cadangnya.
mahu lari buat sementara.

jauh. berdua.
berperi. bersama.


*diam*


celaka.
itu jadinya.
mahu maki, buat sakit kepala.

tri,
seperti beribu manusia di tanah ini dikandaskan dengan hutang pendidikannya dahulu.
dan ini, kami baru tahu.
diminta ehsan sini sana.
keji juga yang disua ke muka.

tidak apa.

nak digadai, harta tak ada.
nak dijual, emas tak ada.

tidak apa.

sebulan ini,
sudah jenuh mengembang bola mata dengan air masin.
sudah muak membiarnya berenang cetek membanjir batin.
aku diamkan.
dipendam peram-pekasam.

aku pura2 pejam dan tidur bila dia menangis dan memeluk aku dari belakang.
dia pura2 pejam dan tidur bila aku menangis dan memeluk dia dari belakang.

tidak apa.
ini kisah kami.
mungkin.

hari ini, aku cerita.
pendek.

demi untuk beri kalian mengerti,
apa tujunya lagu yang indah itu dicanting sepenuh hati.
ditulis sendiri oleh suami aku itu.
dibaris sendiri oleh si comot aku itu.

dan

hari ini, aku minta.
didoakan.

mungkin dilintangkan aral.
mungkin ditaruhkan batu-kayu.
mungkin diletakkan pancang.
mungkin dibubuhkan sesuatu.

kerana aku tidak mampu berjauh.
sekejap mana pun adanya.

maka aku rayukan.
dipohonkan pada tuhan.
untuk tidak dibiar terbiarkan.

putusnya takdir adalah dalam terdekat ini.
aku khabarkan pada kalian,
supaya disempatkan kamu bantu aku
pujuk tuhan, untuk apa saja yang terbaiknya.

tapi andai sudah kalau.

kalau sudah dikata tuhan,
berjauhlah juga.

tempat aku;
sesungguhnya di sebelah dia.
walau bukan tubuh aku,
aku tetap ada.
di sebelah dia.

9 comments:

biELa said...

yuuu....saya terharu

:)

Qib said...

yang jauh akan sentiasa dekat. semoga berbahagia dan dipermudahkan kehidupan serta diringankan beban.

InsyaAllah. :)

Ann said...

Kak Fynn,
walau apa pun yang terjadi,semoga akak terus kuat ok.walau bukan jasad yang bersama, tapi hati tetap akan terus setia kn?

joegrimjow said...

ooh
ok
got it

ada benda yg lagi pentg dari yg yg kita rasa pentg
u know lot better than me

PAP said...

kak fynn jangan pernah putus asa.
kak fynn jangan pernah menyerah kalah.
kak fynn si gadis yang kuat dan
abang tri si jejaka yang gagah.
kamu berdua pasti dapat mengharungi dugaan hidup.

sHEmA_sHImoT:D said...

kakak,jauh di mata dekat di hati bukan?
kalau itu sudah katanya
maka ikutkan saja..
sy doakan ada aral batu bata simen konkrit utk kakak ke sana..
tahu..
nyawa kakak ada di abg tri...
tapi kalau tetap itu jadinya..maka redhalah..
semakin jauh semakin sayang,kakak..;)

esumi-lynn said...

salam. kak fynn, gagahi dugaan Allah yang satu ini eyh. :) Memang berat, tapi dah janji Allah kan nak menguji setiap ciptaanNya. Harap akak tabah.

ken said...

suami u tak boleh pi oversea pasal tak bayar hutang ptptn ker???

Banana said...

sabar...
dia juga sebelah kamu