memori yang tak terhargakan.
-------------------------------
memori aku yang terpaling indah adalah abah.
abah adalah manusia yang aku paling kasih dan cinta lebih dari segalanya dalam dunia. aku sentiasa bersama abah; setiap masa, di mana2. abah adalah orang yang bagi aku sangat bijaksana kerana abah pada setiap detik akan menunjukkan aku arah yang betul dalam dunia yang penuh simpang dan pusing2an yang mengeliru.
bukan dengan paksaan.
tapi dengan elaborasi dari pengalaman.
abah ajar aku untuk perah diri sendiri untuk semua yang aku mahu.
abah ajar aku untuk usaha tanpa peduli dan malu.
selalu abah cerita, dia bermula dari kosong. usia kanak2 abah penuh dengan kerja buruh demi menampung wang yang dituntut sekolah. kalau budak2 seumurnya sibuk bermain2 sini sana, abah tekun mencuri masa mengajar dirinya sendiri ilmu2 yang tidak sempat ditelaah sebagai kerja rumah. ramai tidak percaya, abah belajar bahasa inggeris tanpa didikan khas pada asalnya.
lebih separuh dari apa yang dipelajarinya datang dari usahanya sendiri. dan kerana itu abah mampu ke amerika; yang mana untuk seorang lelaki dari yaman ketika itu adalah agak mengejutkan. aku selalu ingat setiap kali abah senyum kecil bila bercerita tentang hari dia pulang ke yaman dengan kepujian.
abah sesungguhnya idola aku.
esei ini ditulis untuk guru aku yang mahukan karangan sepanjang semuka tentang memori yang tak terhargakan. ramai kawan2 mengisah tentang percutian, tentang binatang kesayangan, tentang apa2 yang berkisar keseronokan.
tidak aku.
memori terpaling tak terhargakan adalah pada hari2 terakhir abah sebelum pulang pada tuhan.
memori itu, sehingga hari ini, masih yang terpaling indah dan membahagiakan.
di hujung hidup abah, aku bangga kerana sentiasa ada di sisi dia yang dimakan sakit yang dengan gelojohnya mengunyah abah sebegitu pantas.
sesiapa yang baca cerita ini akan soalkan, bagaimana kematian boleh beri aku senyuman dan ketenangan? dan untuk semua yang itu, aku harapkan selepas tamat apa yang aku kongsi di sini, aku akan lebih dimengerti.
abah, sampai di hujung nafasnya pun, begitu gembira.
sebelum abah benar2 sakit, abah selalu tanya pada aku dengan ketawa kecil, apakah aku akan setia untuknya, meneman dia, kalau2 dia sudah hilang daya.
tidak pernah aku tidak katakan ya.
dan tidak pernah aku lupakan janji aku pada dia.
abah mula sakit tidak lama selepas itu, dan dia begitu ceria, walau bagaimana pun siksa yang abah rasa. abah kata, kerana aku ada untuk dia.
aku lebih suka, kerana sepanjang hidup abah, akulah yang dijaga dan dimanja. mustahil aku biarkan peluang memulangkan semua yang dia beri tanpa harga itu berlalu begitu2.
abah sakit lebih teruk pada satu hari. seperti biasa, aku bawa abah ke hospital. tapi tidak seperti biasa, kali ini ini, doktor minta aku tinggalkan abah di sana untuk beberapa hari lamanya. untuk observasi. aku sentiasa bersama abah, aku jadi risau dan tidak selesa. tapi abah ujar tidak apa.
tidak apa.
beberapa hari selepas itu , aku dihubungi semula. ketika aku pandang nombor hospital di skrin telefon, aku terus capai kunci kereta. aku sudah beberapa langkah ke hadapan waima suruhan menjemput abah belum pun dipesan.
aku sedang berada di dalam kereta ketika aku angkat panggilan itu. suara doktor di dalam talian begitu aman. dia kata pada aku, abah perlu lebih lagi waktu. aku diam. doktor minta aku untuk tidak datang ke hospital lagi, sehingga diberitahu.
abah sudah hilang ingatan.
aku masih diam. doktor cakapkan simpati dan klise2 biasa.
aku terus diam. aku tetap mahu pergi.
aku tiba dengan jangkaan yang aku kosongkan dengan sengaja. aku tidak mahu menunggu dan mengharap apa2. aku terima apa saja.
dari pintu, aku jengah abah di katil putih dia. abah nampak aku. abah senyum.
abah sudah hilang ingatan.
semua.
kecuali tentang aku.
abah ingat aku.
abah ingat aku.
bermula hari itu, aku tidur dalam kereta diparkir di hadapan pintu pagar hospital. setiap kali abah cari aku, aku terus muncul tanpa kira waktu.
genap dua minggu, abah tidak sedarkan diri. doktor kata abah koma. doktor suruh aku bawa abah ke mesir kerana kelengkapannya jauh lebih bagus. aku ikut tanpa soal panjang. tapi tiga minggu sudah pergi lalu, abah masih begitu.
doktor2 mesir minta maaf dari aku dan mereka kata tidak ada lagi yang mereka mampu. mereka kata abah terlalu kuat semangatnya. akal abah jauh lebih gagah dari jisimnya.
lalu pada hari ke dua puluh satu itu, aku bawa abah keluar untuk siar2 di tanah mesir. aku usung abah yang kaku ke sini sana. aku tunjukkan dia semuanya. selesai, aku bawa dia pulang ke yaman semula. abah sudah koma sepenuhnya.
selama seminggu aku keluar masuk biliknya. pada hari ke tujuh, aku teringat cerita2 yang aku baca tentang mendapatkan respon pesakit koma dan terus, tanpa ditunggu2, aku cuba.
aku bisik pada dia:
"abah boleh dengar saya? kalau boleh, pejamkan mata"
abah pejam.
aku tergamam.
aku teruskan tanya:
"boleh tak abah balik semula?"
abah tidak pejam mata.
aku diam.
"abah dah sedia untuk tinggalkan saya?"
abah pejam.
"abah risaukan saya dan yang lain2 semua?"
dia pejam.
"abah jangan takut. saya ada. saya akan jaga semua. saya takkan hampakan abah. saya akan buat abah bangga. abah boleh percayakan saya. abah boleh tinggalkan kami semua. abah tak perlu risau apa2."
abah pejam.
dan abah tidak pernah buka kembali matanya.
esoknya, ketika doktor berikan satu jam untuk aku luangkan sama abah sebelum wayar yang menghubungkan nyawa dia dengan dunia fana ini dicabut, aku sudah redha. aku tidak menangis. aku pergi pada abah dan aku ulangkan janji aku pada abah, setiap satunya.
abah senyum di waktu nafas yang terakhir dia diputuskan.
itu adalah hari yang paling tak terhargakan.
aku bukan lagi anak2 kecil.
aku sudah jadi lelaki.
seperti abah aku yang tidak pernahnya seorang anak2 kecil.
tetapi sentiasa seorang lelaki.
semoga aku penuhkan janji aku pada dia.
aku mahu dia bangga.
-------------------------------
antara untung menjadi guru adalah ini.
spesifiknya yang ini.
bila mana mendapatkan seorang murid yang jauh dari layak dipanggil anak murid.
bila mana mendapatkan seorang murid yang sebenarnya menjadikan kita murid.
tulisan husam yahya suwaid, dalam bahasa inggeris.
olahan aku, demi kisahnya.
ini bukan cerita sedih.
ini dunia nyata.
*diam*
dan kita kata hidup kitalah yang terpaling celaka.
44 comments:
saya syg ayah sy,,,
sy nk peluk n cium dy skrang
sy terharu dgr kisah ini,,,
ayh maafkan keslpan sy...
sedihnya. rindu kat dadi. :((
kak..meremang bulu roma.
konfius saya mula2...
entah kenapa yang lebih baru atas dunia lebih bijak mengajar kita kan ka,...
rindu kamu la.
kak,
nangis tak kamu membaca yg itu?
baru ku tahu kisah sebenar,
u are such a super power woman!
:D
bagus sangat karangan ni , really . menyentuh hati . it jst make me cry . best jd seorg guru bile masa untuk menanda kertas . bnyk bnde yg kite anggp senang , tp temeh . saye terdiam bila baca *pejam* hanya *pejam* sahaja . mudah untuk dipahami . great esei ! so kak fyn bagi markah die berapa ?
terbaik.
terima kasih ajar kami semua kak.
walau tak sekelas. tak sekolej.
tapi ada ini untuk berhubung.
terima kasih kak fynn.
:)
sedih!
aku salute pada dia!
kelat.
tekak saya kelat.
tampar diri sendiri.
dobot:
saya tak ada kaitan dalam cerita ini.
aishah:
nangis. walau pun ayatnya tunggang terbalik. ceritanya jelas.
nana:
ini pelajar kawan kakak. tumpang baca saja.
uish ni kalau buat movie sure mencengkam hati. part pejam mata tu memang sedih ah. and yeah, selalunya yang lebih memahami erti hidup dan mati ni, mereka tak menangis di saat mereka ditinggalkan. pemahaman mereka jitu. semoga kita dikurniakan pemahaman mcm tu.
wow... pelajar ni betul2 mengagumkan.
mula2 igtkn ni akak.
dh akhir cerita, baru sedar. bukan.
saya nak jad cikgu! :D
terbaik.
menyentuh hati.
tulen.
siapa dia yang tabah ni?
waktu maghrib abah saya pergi, saya meraung macam besok dah takkan ada lagi.
peritnya.
baru 2 minggu kerja, abah pun pergi.
rasa macam tuhan cakap kat abah;
"tugas kau untuk menyekolahkan, dan mendidik anak-anak kau sudah selesai. Pulang lah kepada ku,"
=((
sangat menarikk!!!
bertuah menjadi guru... apabila murid mampu brkongsi cerita dengan kamu...
*sangat sayang abah & mak*
:)>-
sy syg ayah saya sangat...semua orang tahu..sebab sy paling lama cium pipi abah..dahi abah kalau mahu pulang ke kota..;)
i love u so much abah..
sgt menyentuh hati...
pertama kali menangis bila membaca blog...
kesat kesat mata.
saya selalu singgah blog kak fynn
dan inilah antara post yg buat mata saya berair
saya cemburukan kak fynn
pnya ayah sebegitu
alangkah bgs klau saya blh memiliki saat sebegitu
ayah saya, walaupun sy dduk di sebelah dia
tp ttp terasa jauh dari saya
kak fynn kmu bertuah amat:'D
bila baca. sedih. teringat abah, bapa, ayah, papa.
bila lama-lama. lupa cerita ini. lupa kembali mereka.
bila baca sekali lagi. ingat kembali.
kecuali yang mengalami. akan ingat sampai mati.
ini manusia.
kepada yang lain yang tidak mengalami.
hari-hari perlu ada cerita ini. baru hari-hari ingat.
betul?
makan dalam entry kali ni...
terbaik kak fynn...
tahniah. kisah ini sungguh menyentuh perasaan.
izinkan saya untuk copy dan paste ka laman weblog saya.
semoga Allah memberkati anda.
http://faizulamin.net
speechless and impressed.
satu hubungan anak dan ayah yang hanya mereka berdua paham.
:)
karanganmu
walau ringkas
namun tetap mengusik hati
air mata ini
walau cuba ditahan
tapi masih deras mengalir
ayah aku dah tua
harap aku juga ada saat-saat
terakhir dia
harap aku juga setia
seperti mana
dia setia
sepanjang aku menjadi anaknya
taktau kenapa setiap kali saya baca entri kak fynn, mesti saya akan menangis.
tidak kira semasa sedang membaca;
mahupun setelah selesai membaca.
tidak kira samada entri itu memang sedih;
mahupun entri itu tidak langsung sedih.
terima kasih kak fynn. sebab membenarkan saya merasakan perasaan sebenar seorang manusia :)
bukan senang nak kota kan janji.
tapi sebabkan kasih pada insan istimewa, semuanya diusahakan.
aku tahu dia bangga dapat pengarang jantung macam kau.biarlah apa orang kata ttg memori kau.
itu memori kau. kau yang definisikan sendiri.
senyap tanpa kata.
sedih la kak fynn kisah ni.kdg2 sy terbayang mcm mane sy nak hadapi saat perginya mak abah suatu masa nanti?kuatkah sy?
semoga Tuhan panjangkan umur mak abah sy...
dan juga mak abah kalian...
~nd85~
aku teramat memahami cite itu fynn.
aku bru kehilangan mama tersayang selasa lepas, baru 4 hari fynn.
selepas 20bulan menjalani rawatan di sane sini.
aku mmg sgt sedih, amat sgt. rasa tak puas bersama dgn dia. walaupun kami adik bradik mmg sentiasa dgn dia, support dia sepanjang dia sakit. tapi masih, kenangan terakhir bersama dgn dia, mmg terindah, di mane kami sempat raikan harijadinya yg ke 56 di hospital seminggu seblum pemergiannya, teringat senyumnye melihat muka tiap org drpd kami semasa sedar dari koma, 2 hari sblum pemergiannya. dan bersama2 6 bradik memandikan jenazahnya mmg saat yg x dpt kami lupakan.
tima kasih pada Tuhan, krn bg peluang pd kami utk menjaga dan buktikan kasih syg kami sebelum pemergiannya.
Alfatihah utk arwah.
really miss her already. rindu sgt.
sumpah tangisan ku berbayar.
kisah ni sdy.
kak fynn, thanks ada sket kesedaran di sini.
syg abah saya
.....xbyk benda yg buat mata bergenang berkaca..antaranya when we talk about parent..segagah semacho mana pon...kaca di mata akan kelihatan...i link this to others yg punya rasa syg pada bapa setinggi gunung
kadang2 kita mudah lupa segala kasih dan jasa ayah dan ibu.
kita tak hargai bila mereka masih berada di depan mata tapi bila mereka sudah tiada baru nak mengalir air mata.
doakan mereka. mereka perlukan doa dari anak-anak.
mak ayah...saya sayang kamu.
sy rindu ayah sy yg da lame pegi..
maafkan sy ayah
:'(
sedih sangat bace ni !
time kasih k.fynn .
:(
setiap detik cerita ini waktu dihospital mengingatkan saya setiap detik situasi bersama dengan arwah ayah dihospital.
tapi sayang, saya tak sempat nak tengok arwah ayah pada nafas terakhirnya. saya tiada disisinya masa itu. saya pulang ke rumah ingin mandi wajib supaya saya boleh bacakan yasin untuk ayah untuk sokongan ayah biar ayah tak rase keseorangan ketika menempuh sakit peritnya.
Pertengahan jalan ke hospital semula abang saya kol beritahu ayah da tade. saya bukan macam budak ini. sampai kini kesal saya masih ader.
saya sayang ayah saya.
ayah..
:)
dia seperti angin kini..
dari pintu, aku jengah abah di katil putih dia. abah nampak aku. abah senyum.
abah sudah hilang ingatan.
semua.
kecuali tentang aku.
abah ingat aku.
abah ingat aku.
abah ingat aku!
**part ni paling terasa
fuh..tergamam jap..taktau nak cakap apa..nice~
husam ehh?? bukan Hassan.. Hassannn..
hahahhahaa
berapa umur pelajar nh kak fynn
dah teramat lama tinggal jadi daddy's lil' girl...posisi itu mungkin bukan layak aku lagi..
sumpah best,,cam na nanges pon ade jgak!nape kak fynn ta beat cerpen tok disiarkan!mane tau nme k.fyn bley hot cm A.SAMAT SAID!
untung ada ayah.. hargailah sementara dia masih ada.
abah,
saya juga sayang sama abah.
sangat.
mesejnya jelas sampai.....
ni mesej penting yang kamu kongsikan bersama.....
Post a Comment