Friday, November 6, 2009

mencari faham dalam sang takut

kadang2, ada benda kita tidak dapat nak terangkan.

macam kenapa kita rasa sebak bila tengok langit hari itu tiba2 seperti terlalu biru,
siap dengan joget2 sang burung.
macam kenapa kita rasa mahu berhenti mengejut di tengah pacuan,
semata2 untuk perhatikan matahari baring di jalan hujung.
macam kenapa kita rasa kita yang mati bila tengok kucing kesayangan di nafas terakhir,
padahal itu binatang semata.
macam kenapa kita rasa hendak tumbuk muka budak yang memburuk seorang kawan,
yang bukan pun rapat dengan kita.

susah hendak cari kawan2 yang reti untuk faham.
sebab kalau kita sendiri tidak mampu terangkan pada diri sendiri,
pada orang lain, apalagi?
baik diam.

orang takut benda yang dia tak faham.

orang tak suka tunjuk dia takut.
orang tak suka mengaku dia takut.
orang suka beri jawapan lain selain takut.
sebab orang fikir orang lain semua tidak takut.
jadi, orang takut untuk jadi satu2nya yang takut.
dan orang akan jumpa.
kerana ada berjuta orang lain yang bulat2 berfikir seperti dia.

sebenarnya takut bukan semestinya membawa makna gerun.
pada hantu. pada ular. pada orang. pada lembu.
itu senang.

bilamana hantu ghaib, ular sembunyi, orang balik, lembu lari -- takut akan hilang.
aman.

takut yang lebih menakutkan adalah yang dua ini:
takut yang dinama cemburu.
takut yang ditopeng buli.

seperti takutkan kebarangkalian2 yang biasa wujud dalam konsep berkasih-kasihan. cinta bertukar angin. kasih menjadi dingin. walhal itu cerita hidup orang; didengar dari kakak dia, abang kawan jiran dia, adik saudara cikgu dia. orang punya cerita. maka kenapa perlu takut akan jadi pada kita?

sebab tidak yakin.
kalau kau betul2 percaya, apa perlu sebegitu diwaspada?
hei hei. aku tidak cakap pasal betul atau tidak curangnya atau keranjangnya kekasih hati;
itu sudah pilihannya. mana mampu kita ubah pilihan orang. itu hak dia.
aku cakap pasal kita2.

kerana kebarangkalian2 bodoh yang ditestimonikan orang2 yang bahalol itu,
kita jadi obsesif.

mahu semua butir2; balik kerja terus ke mana? pergi makan dengan siapa? bola habis jam berapa? dan bila ditegur, tidak semena2 jadi defensif. terus lenting. terus pandai2 hubungkait yang minggu lepas dia tidak angkat telefon, yang kelmarin dia pakai baju baru tanpa sebab.

atau seperti takutkan kebarangkalian2 yang akan jadi bila ada orang2 yang memberani diri untuk jadi berbeza dari normaliti. selalunya menyanyi kena suara sedap dan merdu. kalau petik gitar mesti lagu comel2 dan manja. jadi bila ada yang garau, kau baling telur, timun dan petola.

kerana kebarangkalian2 bodoh yang ditestimonikan orang2 yang bahalol itu,
kita jadi kompulsif.

sampai hendak karaoke pun jadi runsing kalau sakit tekak sebelum acara. walhal nyanyi2 itu kita sama kita saja. risau; kalau nyanyi sumbang, mesti dihinakan. mesti dimarahkan. sebab perlu ikut standard peta topo setempat. dan oleh kerana kau terlibat dalam membuli (verbal atau fizikal) orang yang kau buli atas sebab2 yang kau fikir patut dibuli, kau takut kau akan dibuli persis cara yang sama, maka kau beriya2 untuk tidak menjadinya.

faham tidak?

aku ambil masa bertahun2 untuk nampak dengan jelas kenapa aku menjadi bantal tumbuk orang;
fizikal,
mental.

kecil sampai besar. kalau bukan kawan2, cinta hati. kalau bukan si istimewa, keluarga sendiri.
macam2 cara. macam2 gaya. betulkah aku memang selayaknya hidup dibenci?

semua itu terlalu meyakinkan.
aku jadi percaya dengan setiap tuduhan.
aku jadi percaya akulah orang yang paling gemuk dalam dunia.
aku jadi percaya akulah orang yang paling memualkan dalam dunia.

banyak lagi.
dan aku percaya.
setiapnya.

aku ingat lagi aku buang buku2 puisi yang aku tulis dalam buku latihan yang aku khususkan untuk meluah jiwa. aku buang sebab aku kena panggil budak paling emo dalam sekolah. dan emo ketika zaman aku sekolah adalah suatu perkara yang sangat menyengat dan menyakitkan hati.

macam "mat rempit".

dapat gelaran emo itu memang celaka. terus jadi macam ada pertandingan untuk buat aku pecah dan terburai, menangis dan meruah. kerana aku jenisnya tidak pandai menyembunyikan jiwa dan menahan airmata.

tulisan dalam buku aku ditulislukis semula di papan hitam, di meja kelas aku, di bawah kerusi aku, di buku teks aku. aku disuruh faham yang menulis puisi adalah sesuatu yang memalukan. bermula itu, aku cuma menulis di tisu dan kertas conteng. untuk dibuang semata2.

aku juga ingat lagi masa itu, rata2 kawan sebaya semua bercinta monyet setara usia. aku pula lain. dimata2 budak2 lebih muda. habis dibambu dimarah segala. siap diawas hendak ke mana2. kalau kantoi sedang main mata, maknanya makan sendirilah di dewan makan.

beristimewa dengan lelaki di luar kawasan juga tidak boleh. itu bukan suatu yang biasa. kita kena ikut semua. dan semua berkasih sesama kita dalam tempat kita.

ha ah.
dengan siapa?
dengan yang bongkar tulisan2 aku itu?
dengan yang baling kuih minum petang ke kepala aku?
dengan yang lukis babi di aku punya bangku?

kalau kau degil, kau rasalah perasaan dipulaukan. itu pun hanya selepas kau dibasuh seluruh kawan2 setingkatan.

tak peliklah kenapa aku ada rekod paling banyak kena pulau. kena basuh. kena itu. kena ini.
pergilah mati.
aku lagi hepi.

*senyum sumbing*

yang ini aku tidak mungkin lupa;
beberapa tahun selepas habis sekolah, bila aku satu2nya perempuan dari sekolah islamik itu datang ke reunion sekolah dengan tiada tudung di kepala, berselamba memuntung depan mereka, dengan sengih biasa2 dan bersahaja. aku pergi pun kerana dibayar kawan yang dari dulu ajak aku untuk turut serta benda tahunan itu.

aku pergi.

sampai sana, di tempat berkumpul itu, dengan tidak fikir panjang, aku pergi terus pada si kepala. cakap2 sikit. gelak2 sikit. aku yakin aku takkan dibiar tak dilayan. mustahil. aku dah kurus. aku dah reti merapi. aku nampak macam perempuan sial, dalam lain erti.

dan tiba2 aku jadi kool.
semua tiba2 sudi lepak sama aku.

(atau mungkin dalam beberapa tahun itu, mereka sudah kenal dunia, dan mula keluar dari kepompong bohong yang mereka itu malaikat)

aku pelik.
tiba2 aku sudah jadi tidak pelik.

pelik.

lalu aku tanya. tentang dahulu2. aku tidak mahu tahu siapa. takkan ada sang bangang mengaku tahinya di depan rumahnya. aku hanya hendak dijawabkan kenapa.

kelakar.
jawapan asal mereka2:
mana ada? ada ke? betul ke? eh ye ke?

aku ketawa geleng kepala.
cakaplah saja.
jawapan disambung semula:
alah. lupa sajalah. kita semua budak. akal belum ada.

*senyum*

aku tercepat dibagi akal kah?
mungkin jugalah.

iya lah itu, yang dikata itu.
paling betul lah itu.

*gelak kecil*

itu kau rasa kelakar? itu tidak termasuk hal budak sekolah rendah tiba2 telefon aku dan bertanya hendak pinjam duit. itu tidak termasuk kawan universiti yang tidak pernah tegur aku dalam kelas tiba2 telefon aku hendak ajak lepak dan tumpang tidur. itu tidak termasuk kawan2 sekolah yang tiba2 berkias2 tentang cinta.

semua kerana beberapa minit setiap minggu dalam peti kaca tv.

mungkin itu salah satu cara memperakui kita ini layak diiktiraf sebagai sesuatu.
walau belum ke mana, potensinya sudah ada.
mungkin.

*gelak lagi*

kelakar.
serius kelakar.

kalaulah aku betul2 berhenti menulis dulu.
kalaulah aku betul2 jolok tembolok aku.
siapa aku agaknya sekarang ini.

*senyum*

pengajaran untuk hari ini, wahai anak2, adalah ini:

jangan buang apa yang menjadikan engkau engkau demi untuk memuaskan hati orang.
sekali kau mulakan untuk puaskan seseorang, kau takkan berhenti.
kerana akan sentiasa ada lagi.

kau ada pilihan.

kau hendak ikut sama hidup dalam takut seperti orang lain atau kau hendak cuba hidup penuh parut di badan, luka2 sepanjang jalan?

dua2 bagus.
dua2 tidak bagus.

soalkan dalam hati,
mana prioriti.
bahagia orang atau bahagia sendiri.

pilih.

di kumpulan orang yang berdiri terjelir2 mengangguk faham?
atau di kalangan mereka2 yang gagah senyum ketika direjam?

dunia akan jadi aman bila orang sudah berhenti takut hendak buat perkara yang dirasakan betul. sudah terlalu lama kita biarkan diri dikawal sang penakut. aku rasa macam hendak melantang seru memanggil kita2 yang terpisah dari normaliti ini untuk bangun dan munculkan diri.

ayuh bangga dengan pelik.
ayuh bangga dengan jelik.
ayuh bangga dengan malang.
ayuh bangga dengan kurang.

biarlah dikeji bodoh tak sedarkan diri. mendabik hina dan mempamer cela. dikata menunjuk apa pun juga.

seburuk mana pun kita, kalau bukan kita yang cintakan kita,
maka siapa?

*diam*

haih.
entahlah.

aku rasa, memang ada banyak benda yang kita tidak dapat nak terangkan.

seperti kacaknya lelaki yang sedang berpeluh lekit yang sedang memetik gitar berwarna coklat cair berbelang2 kayu sambil menggoyang2kan kepala mengikut tempo yang didengar lewat headfon sebesar penumbuk itu.

seperti perlu apa kau tersinggung sama tulisan2 aku bila mana tidak pernah mana2 entri aku khususkan untuk satu karektor, kerana setiap perkataan 'kau' atau 'engkau' yang aku gunakan itu tidak pernah aku bayangkan susuk tubuhnya cuma satu.

kadang2,
ada benda --
kita biar saja.

sebab orang takkan faham makna sesuatu.
sebagaimana kita ini fahamkan sesuatu itu.

tak perlu berpenat berlelah berbuih bibir.
kalau betul orang mahu faham, dia akan faham.
kalau memang sudah dipilih untuk tidak,
terangkanlah dengan cara paling hebat sekali pun;

orang tak akan terima.

45 comments:

miss teja said...

dari tegap bertimpuh, baik rebah menempuh ~langgam pak dogo. :)

siggplus said...

walaupun panjang, aku gagahkan jugak baca..n its worth it

the conclusion, tak payah nak susah payah senangkan hati orang lain, kalau hati sendiri pun tak senang..

Pisey said...

pilihan hidup.

puaskan diri,
atau puaskan orang lain.

=)

azhari azmi said...

yeah betul.
tak mudah untuk mendapat kefahaman tentang sesuatu.
if terpilih untuk difahamkan, maka fahamlah.
bersyukurlah sesiapa yang faham tentang sesuatu yang tak dapat difahamkan oleh kebanyakan orang lain.
pemilihan itu hak mutlak Allah.
so kite just try bagi mereka faham dan cube untuk tak jemu.
semoga kita tergolong dalam kategori "yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran". inshallah.

Qib said...

belai hati sendiri lagi baik dari manjakan hati orang. tu di atas maha memahami.

kita tetaplah kita.
pasti ada sesuatu yang baik direka.
InsyaAllah :)

mynncinonet said...

sgt berkait dengan nota saya nak exam arini. self konfiden.

um.slalu rasa rendah diri n kejam tipu diri nak puaskan hati orang lain sampai wujudnye watak lain dalam diri. dikatenyer diri yang sebenar adalah orang lain. ah. sadisnya saya rasa..

gud k.fynn. sangat suka pemikiran dan tulisan kamu.

SoFiA.opY said...

terbaik!

Mami Naufal said...

fynn.
hati orang, pandangan orang.
takkan pernah setuju dengan keberadaan kita.
hanya kita tahu.
siapa kita.

sama seperti aku.
dulu.
aku ibarat kosong dalam setiap udara yang berhembus.
aku tak cantik. aku buruk.
itu kata mereka.
kenapa, sekarang mereka mengejar aku.
menjanji itu, ini.
meminta itu, ini.
mungkin mata sudah terbuka.
atau sememangnya aku kini layak diberi perhatian.

tapi.
yang boleh memilih.
yang boleh memutus.
cuma kita sahaja.
cukuplah dia di sisi.
tak pernah ingin pada yang lain.

Ann said...

batul.kalau asyik nak puaskan hati orang, sampai bila pun tak dapat buat apa yang kita nak..kadang-kadang, orang tak pernah pun nak jaga hati kita tapi nak suruh kita ikut cara mereka.penat.

tri said...

anggap manusia ni macam pisang.

joegrimjow said...

da agak da panjang

bangun esok baca
huhu
penat

Dina Hasbullah said...

terima kasih kerana membuatkan aku faham :)

Anonymous said...

aku baca 2 kali.. bukan sebab tak faham. aku baca dua kali, sebab kisah ini dekat dalam diri.

tq.. aku plg suka entri yang ini..

~ aku? budak baru membaca.. ",)

aina syaqilah said...

betul sangat
macam mana hebat diterangkan pun
kalau tidak mahu didengar
tidak masuk juga.

ps; bahagia orang adalah bahagia saya, kakak.

Samaira said...

jadi diriku
yess syg diri sendiri itu penting

ardzmarn said...

aku takut dia takut...
meaning, aku takut jika dia takut...
maksud aku ... aku tak takut, tapi aku takut dia yang takut...

betul lah fynn.. susah nak terangkan sebenarnya... papelah..

Ili Khalil said...

fynn,

dulu ramai kutuk aku suka nangis.
tapi tak ada salah nangis.
dan tak ada salah hidup sentiasa ada malang.
cuma betullah, terangkan macam mana pun, tak ada yang akan faham.
buat penat aja tulis panjang kat blog.

have fun tonite!

Nisha said...

Fyn,

i'm your silent reader.

Baru-baru ni aku ada tulis pasal ejekan-ejekan ni. Memang sedih, memang perit. Self esteem jadi low. Dah bertahun-tahun pun kadang-kadang boleh teringat.

Then, bila baca post yang ni. Aku tahu, bukan aku sorang je ada perasaan ni.

Mungkin bagi yang mengejek, benda tu lawak. Kelakar.

Tapi bagi yang pernah diejek. Langsung tak kelakar bukan? Sumpah tak.


Mari cintakan diri kita sendiri.

PAP said...

manusia memang pelik dan jelik.itu realiti.

aku hanya ada satu otak
untuk pikir pasal aku
aku hanya ada satu hati
untuk puaskan perasaan aku
aku hanya ada satu jantung
untuk hidup aku

aku tak ada masa untuk semua orang.
jangan paksa aku untuk paham semua orang.itu sangat mustahil.serius.
sedangkan kadang2 aku sendiri pun susah nak paham diri aku.

hidup ni memang palat..tapi esok masih ada~

biELa said...

ya Allah..saya setuju semua perkataan dalam entri kali ini..hehehe :)

aspirin said...

ske part yg last..

"sebab orang takkan faham makna sesuatu.
sebagaimana kita ini fahamkan sesuatu itu"

kerna manusia faham atas dasar pengalaman, setiap manusia memahami sesuatu berlandaskan pengalaman yg pernah dialaminya...
cntoh umur 12 thn kte di beri sepotong ayat, kte mentafsir ayat dengan pengalaman masih kecil yg ade,
ble di beri sepotong ayat yg same pada mase umur 23thn,
tafsiran yg kte tafsir pada umur 12 thn akan brubah kerna pengalaman besar yg ade...

pengalaman adalah guru terbaek dalam hidup.
upahlah prof,DR yg handal mne pn, xkn dpt ajar kte pengalam, sbb pengalaman itu gabungan hati,akal dan jiwa......

mungkin....!!!

FAA said...

kadang2 kite jadi takut sebab nak puas kan hati orang. kita takut kalau kita buat something or even cakap something, org tuh jadi kecil hati dengan kite. tapi kenapa perlu takut? hati sendiri kena jaga jugak kan.

kakak buatkan sy rase faham dengan ape sy perlu buat sekarang. :)

btw, nice post sis!

Anonymous said...

"yang ini aku tidak mungkin lupa;
beberapa tahun selepas habis sekolah, bila aku satu2nya perempuan dari sekolah islamik itu datang ke reunion sekolah dengan tiada tudung di kepala, berselamba memuntung depan mereka, dengan sengih biasa2 dan bersahaja. aku pergi pun kerana dibayar kawan yang dari dulu ajak aku untuk turut serta benda tahunan itu."

aku rase aku tau ini mase reunion yang mane..dan ye..ko mase ni agak kool..ngahahah..(wa tade hal gan lu beb!)w/pon aku tak kenal ko dr skolah..tp aku rase aku tau kesempitan fikiran mereka atau ketidakbukaan fikiran derang utk paham atau terima seadanya ko ms skolah dulu..kadang2 manusia ckp lebih2 psl org tak boleh..nk mengata org lebih2 pon tak bleh..kot lame2 nnti sndr buat..

bg aku...'hey jgn nk kate org gemokla..emo la...sok2 kot ko org paling keciwa..paling emo..paling kuat nanges..br ko tau...sok2..ko terlebih kuat makan..ade org majal ko..jd gemok tak susut2..br ko tau..haa.rasssekan...


-farah-

Anonymous said...

sudah faham. betul, takut itu lain definisi pada setiap org. pelik itu cool kan? ^_^

Anonymous said...

protes & tidak puas hati anda jadi medan idea kritis anda..

congratulation!!

Precious said...

Tapi kita dididik untuk menimbang hati orang ... walau kadang2 mengguris hati kita sendiri ... apakah itu sudah tak relevan?

Tun Af'fi Sofyan said...

aku sendiri gagal mengelak dari terus dibuli. MEMBIARKAN mmg sakit, tapi menarik.

songsangsanasini said...

Bermimpi di hambat sepi,berbunyi di rasuk sunyi....hati mati,idea mati,pari-pari gila??kayangan kehitaman??langit merah??aku tetap juga angkuh di garis mati ini......askara pujangga

C.E.@ said...

terima kasih ya?

-Syazana Zan- said...

in love with this entry
thumbs up!

perisik.bahasa said...

sukar benar untuk mengukur faham. terutama untuk diri sendiri sebab instrumen untuk mengukur itu adalah diri kita sendiri.aku faham?heh~

Hanna Razali said...

dulu mase skolah rendah, budak2 ejek cause im curly haired. rambut maggie, rambut buruk, rambut tak sikat.

skang amek kau semua nak perm rambut pegi salun bayar beratus2. cakap 'eh you buat rambut you kat kat mana?' padehal rambut ni jugak la dia kutuk dulu. wtf

ummi kalthum mohamad said...

btol kate fynn..
aq suka entri ni...
same mcm aku..
lemas dalam manusia yang pelbagai ragam...
aq da jd manusia yg takut dengan takut..
takut org xsuka..
takut org fikir kite truk..
tanpa sedar..
yang takut itulah mengajar kte erti hidup..
thankz fynn..
beri aq ruang untk fikir sejenak..
bc n fikir kate kamu~~

BlackBanner. said...

Haha...
Aku gemok...
Sampai sekarang aku gemok..
kau nak panggil aku gemok?
panggil la...
dah memang aku gemok...
tak salah.....
lainla kau panggil aku kurus,
aku kuruskan kau balik....
hahaha...
Alhamdulillah aku diberi sifat self konfiden yang okay....
tak malu dengan keadaan aku sekarang,pedulik kat orang!
aku,cuba jaga hati orang yang cuba jaga hati aku.tak jaga hati aku?takpa...jagalah diri kau.

syazana shahar said...

kalau islam benarkan bunuh orang.
dah berapa agaknya yang terkubur kan??

sebab sy org islamlah.
ada banyakkkkk islam ajarkan.

pelan2 faham.
pelan2 belajar.

orang.
mulut orang.
apa depa tau?!

sudah penat.
give up.
tapi islam larang menyerah.

dia kasi sorg guru.
mcm kak fynn.
untuk kenal,ajar ttg dunia.


*hugs*

Fhayza said...

saya suka enry ini! i've been ur silent reader since last year. say u singing for remaja last night, and have a really great voice. sedap ok. keep it up!

Fhayza said...

yup yup! nice to meet u :)

berkenaan dgn puisi ini, mungkin dari kecil budaya kita terlalu mengajar kita utk menjaga hati orang lain,sampai ada satu sindrom AOK(Apa orang kata) akhirnya, bila dewasa atau sampai satu tahap, kita buat semua benda kerana takut bukan? Takut akan tanggapan orang lain :(

atn.yusry said...

tapi aten dah kenal kakak lama. takde niat nak tumpang populariti pun ) :

fynn jamal said...

aten:

hahaha

Clarky Afif said...

kurang lebih sama aku

skolah asrama dulu
tulis nama crush dalam buku
bodoh juga
lupa nak bawa balik bilik

the next day
semua senior pandang2
macam aku perempuan jalang

kantoi rupanya
pelik juga
aku sorok buku bawah meja
dengan kertas2 dan buku teks dan buku kerja

sial siapa?
aku?
atau orang yang ceroboh meja?

sampai kini aku sumpah orang tu celaka
sampai kini aku pendam rasa dalam jiwa
kalaulah betul aku ni tak disuka
mai cakap depan muka

main kotor
jiwa mereka lebih kotor dari maruah aku yg cemar

Clarky Afif said...

anyway k.fynn
thanks
dah lama aku tanam kisah tu jauh2
bila baca entry akak aku jd tersedar

aku dah buang banyak masa
banyak tenaga
utk puaskan hati org
sekarang aku tak mo pikir orang kata apa

aku nak buang masa
aku nak buang tenaga
puaskan aku punya jiwa
cari duit jadi kaya
*ngehehehe*
kesitu plak

ayobkelubi said...

maksud kamu selama ini kita hidup dlm denial?.

cuba menafikan benda yang kita takut untuk mengakui kelemahannya?.

benar juga.

masa kecik dulu, orang selalu kutuk aku kerana kuat nangis dan tembel,mungkin sebab badan aku kecil.

efek dia

bila besau, badan aku besau, aku dah jadi tak kuat nangis kerana tak mau dibuli dan aku jadi pembuli. hahahaha.

Sidratul Muntaha said...

salam fyn
rasanya tak pernh komen lagi or ade jugak kot tpi luper
selalu baca sebab tak menipu diri sendiri tuk jadi sendiri
tpi pelikkan?
bile kita menulis..org suka betul menilai dalam acuan diaorg sendiri
klu kau seorg mak..makanya harus jdi seorang mak gaya tulisan tu
klu ko tu cikgu mestilah mendidk dlm menulis
aduyai...
teruskan menulis
hidup ni kita yg tentukan pengisianya.

Ophe said...

"jangan buang apa yang menjadikan engkau engkau demi untuk memuaskan hati orang. sekali kau mulakan untuk puaskan seseorang, kau takkan berhenti. kerana akan sentiasa ada lagi.."

aku sering sahaja keliru tentang ini... cuba menjadi orang lain, tetapi akhirnya tetap menjadi diri sendiri...

LeeJoe said...

'seburuk mana pun kita, kalau bukan kita yang cintakan kita,
maka siapa?'



T.T