Wednesday, September 30, 2009

selamat 25, kekasih.

aku:
"awak, perasan tak... masa awak form 3, saya dah form 5?"

tri:
"hahaha. ha ah, la. gila saya terrer dapat kakak senior"

aku:
*diam*
"EWWWWWWW!!!"



terima kasih, tuhan.
untuk hari ini 25 tahun dahulu.

dijadikan seorang lelaki untuk meneman aku, semoga sampai tua.
betapa tuhan itu maha bijaksana dalam rancangnya.
dironyokkan aku sekoyak2nya,
untuk dibagi pada kamu,
untuk dilicinkan semula.

sayang...

apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
dipertemu dan diperikat
dalam sederhana
yang cukup2 membahagia.

selamat hari lahir, wahai kekasih.
arjuna raga.
kesatria jiwa.

aku tulus mencintamu,
insyaallah,
sampai aku hilang mampu;

bukan fynn jamal itu.
bukan nur affina yanti itu.

tapi aku;
tulang rusuk kamu yang bengkok dan tersompek bentuk:

seorang isteri yang megahnya hanya wujud di belakang bahumu.
seorang pecinta yang nafasnya dipuncakan dari tulang belakang itu.

seorang aku.

dari istana ke rumah sempit ke tepi lorong ke dalam hutan.
mana pun kita dirempatkan,
yang penting bersama,
cukup semua.

kan..?

kita kapel dah setahun empat bulan.
kita kahwin dah setahun sebulan.

tapi;
saya tak tahu kenapa,
saya masih ada rasa malu2 dan karen2 bila awak kacau2 saya.

ye saye gedik.

*senyum*

indah teramat, rupanya, bercinta lepas dihalalkan.
terima kasih, tuhan,
kau sesungguhnya paling baik.

paling.

50 comments:

Anonymous said...

nak kawen cepat2 gak laa camneh..

waahh!!

cakap hepi besday buat abg tri ye kak fynn..

:)

cujern said...

sweetnya!!!!!!

loti mukhtar said...

sweeeetttt

Pisey said...

kisah kamu sangat cantik.
cela sini sana.
tetap cantik.
bagi aku,
semacam sempurna.
walau tiada apa yang sempurna selainNya.

selamat hari jadi untuk kekasihmu kak fynn.
=)

insyaAllah.
kekal cinta itu.

sHEmA_sHImoT:D said...

sayang...

apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
dipertemu dan diperikat
dalam sederhana
yang cukup2 membahagia.

dan aku harap 2 manusia itu aku dan dia..;)

kakak,cemburu aku buat aku menangis,moga kau bahagia sebahagianya ya?

selamat hari lahir buat kekasihmu..;)

Precious said...

Tahniah! Rasanya haku dan suamiku juga semujur kamu. Walaupun haku tak mampu melakar puisi utk hari jadi suamiku (malah haku lupa utk mengucapkan Selamat Hari Jadi pun - huh?) Hah hah haaa ... ketawa pilu - maaf kerana kenyanyukkan haku, Raja ku!

ringo said...

sweeeet =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

selamat hari lagir pada Tri~

selamat panjang usia dan sentiasa ceria dengan Fynn yang mesra dan gembira~

doa aku buat kalian berdua~

Along said...

selamat 25, laki fynn!

ape lagi, kene kumpul sme orang makan kat adam western lagi ah!

*juih juih bibir kat Wani soh organise haha*

Nurul Farhanna said...

bestnyeeeee. tak sabar nak kawen. haha

Prinzessin said...

kak fyn... entry ini sangat comel,okeyh!

selamat ulang tahun kelahiran buat abg tri.

"apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
dipertemu dan diperikat
dalam sederhana
yang cukup2 membahagia."

in harap...in antara yg beruntung cam akak dan abg. dipertemu dan diperikat biar sederhana tapi cukup membahagiakan.

in doakan akak dan abg yg terbaik. suka tgk kalian berdua. ^_^

happy always ya!

Tina Johari said...

indah =)

Anonymous said...

selamat ulang tahun kelahiran buat abg tri.
:)

Min said...

indah cinta kamu

cik nurulain said...

kak fynn...so sweet. klu kak fynn tulis psl tri kn, asek rs nk mnitis air mata. cinta sorg isteri...

J u l i a 。.゜✿ said...

=D sangat telus dari hati yang sentiasa falling cinta pada suami.

semoga kalian kekal bahagia !

Anonymous said...

Sweet~ Semoga kebahagiaan rumah tangga korang sentiasa berpanjangan hingga ke akhir hayat

IamYonna said...

mmg tahap lori gula terbalik la kak fynn!

happy birthday bro tri :)

semoga kalian berdua terus dilimpahkan dengan kebahagiaan.

amin. :)

Unknown said...

wah...best la...

azma612 said...

pertahankanlah cinta termulia kalian.. smoga Allah m'berkati sgalanya..
selamat hari lahir bt kekasih kak fynn..
semoga dipermudah semuanya..

Dira said...

ur love story is simply the best...

petak daud. said...

Eh.Sama lah.

'Fynn Jamal' PETAK pun,masa PETAK form 3,beliau form 5.:))

Tri,dah ada geng.:DD

Nbl Fzr said...

lu secantik kisah.
yg cantik terjadi
terlewat..

Ann said...

wahh hepinya kak fynn.indah juga percintaan lps kahwin ni kn?

jj said...

tak bernafas baca ayat kak fyn..
indah...

Anonymous said...

suka gila!

rObOt said...

owh akak...sweetnyer rasa!

Anonymous said...

hai fynn jamal...korg berdua mmg pasangan bahagia,semoga Allah memberkati anda berdua.

Siti Nur Aminah said...

indahkan cinta??segalanya indah jika tak dikhianati

liyanaKim said...

kak fynn sweet sngt kmu bdua!

Anonymous said...

semoga berbahagia. nice blog btw...

S.I.D said...

selamat kekal...

L25 said...

terharu
ade juga kata yg dpt menzahirkan perasaan sebenar.

tQ!

Lia said...

fynn:
"apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita.."


saya:
*senyum sebahagia-bahagianya*, ADA..


sep skett! ;)

Lia said...

fynn:
"apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita.."


saya:
*senyum sebahagia-bahagianya*, ADA..


sep skett! ;)

azhari azmi said...

nukilan yang amat cukup untuk menyampaikan niat suci seorang isteri.

ojamoja said...

eh b-day dia 30 sept ke? auwwww.

sama dengan i.


you both are such a cute couple!

semoga berbahagia sehingga ke nafas yang terakhir. =D


ok this is funny tapi word verification kat bawah spells word "benci". weirdddd.

aizul marcello said...

entry ini membuatkan saya ingin kawen selaju2nya..hahaha

nice blog dude!!!

http://aizulmarcello.blogspot.com

-aizul marcello -

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

ohh..jeles nye..hehehe..

selamat hari lahir abg tri..
semoga pnjang umur, murah rezeki.. :)

StingRay said...

kagum! (^_-)

Niksu Rashid said...

paling comel

paling

:)

HipHopLess said...

OMG, we always have this kind of conversations as well! But mine would be something like "when you were 9 doing your spelling test, I was 18, a rookie in BH".

Euww.

Zoro said...

dironyokkan aku sekoyak2nya,
untuk dibagi pada kamu,
untuk dilicinkan semula.

(YYY)

zaza said...

http://illynne.wordpress.com/2009/09/30/show-off-kah/

cha said...

happy ending.

kak fynn,sy kawen akak mesti dtg tau :)

BABUJIE said...

wahh sgt hot lahh relation korg :D
mcm everyday msti ade rainbow yg akn muncul , dan tak kan berlakunya musim mendung mahupun hujan di hari - hari korg !!
really liked it ..

Juno said...

sweettnyer kak fynn!
sungguh!
i adore u!

Samaira said...

mmg indah cinta sebegini hehe

ahmad azri said...

smoga terus bhagia selamatnya kak fynn.. :)

syaza said...

bnd paling sweet penah aku tgk and baca, you're my role model, boleh kn? :)