Monday, September 28, 2009

surat terbuka pada arjuna di luar sana

menemui lelaki di luar sana,
dengan selamatnya.

untuk kali yang ke seribu, saya menulis dengan hati yang paling benar:
tidak mudah menjadi perempuan.

saudara,

sesungguhnya perit di setiap kali kami torehkan senyum pada teguran kalian tentang kami ini komplikasi dan kecenderungannya untuk mengkomplikasi. kerana sejujurnya, kami sudah hampir separuh mati cuba menutupnya dari memunculkan diri.

kami tidak tahu kenapa:

1) kami runsing memikirkan kebarangkalian kamu yang mungkin, WALAU sekelumit,
ada terkenangkan kekasih lama kamu.
--meski pun sebenarnya dalam lubuk jiwa kami, kami juga pernah terfikir tentang kekasih lama kami.
--tapi itu CUMA ketika kita berselisih faham, tidak lebih dari itu.

2) kami serabut memikirkan kebarangkalian kamu yang mungkin, WALAU sekelumit,
ada sebab untuk terus menyimpan pemberian kekasih lama kamu.
--meski pun sebenarnya kami juga tidak membuang satu dua hadiah dari kekasih lama kami.
--tapi itu CUMA kerana kami suka barang itu; nak beli baru tak mampu.

3) kami semak memikirkan kebarangkalian kamu yang mungkin, WALAU sekelumit,
ada hesitasi yang membikin kamu terdiam sejenak sama ada kamu mahu benar2 sama kami atau tidak.
--meski pun sebenarnya kami juga ada detiknya tersentak ketakutan, kalau2 kamu bukan benar2 pilihan kami tapi situasi.
--tapi itu CUMA sekejap, kami tahu apa kami mahu... rasanya kami tahu.

wahai encik2,

teknik komplikasi dan mengkomplikasi ini sebenarnya satu sumpahan pada kami. kami juga dikononkan yang kami ini cerdik dalam penghikayatan; maka kami sedikit sebanyak amat pakar dalam bidang mencari kaitan.

semustahil mana kaitan itu, bagi kami,
tiada yang mustahil dalam dunia ini.

komplikasi dicampur syak wasangka mencambahkan cemburu buta.
diadun dengan kimia dengki dari anasir2 fitnah dan case study dari jijah gobek dan timah singa,
terhasillah sesuatu yang dahsyat.
kalau tidak diselesaikan, ada kemungkinannya kami lanjutkan menjadi kesumat.

encik2 sekalian,

menjadi wanita tidaklah semudah yang tuan2 sangka. kalian hebat dalam mempersetan dunia, sedangkan kami ini, prioritinya adalah suara dunia. selantangmana pun kami jeritkan yang kami tidak peduli sama manusia, kami sebenarnya sudah diajar hidup dengan slogan "apa kata orang".

sesungguhnya ramai di antara kami yang merasakan didikan itu seperti celaka, tapi apa kudrat kami. selagi mampu, kami cuba buat2 lupa. tapi biasanya... haih...
tak ke mana.

tuan2,

diharapkan dapat kalian berhentikan arahan untuk kami seka airmata yang mengalir pada bila2 masa yang ia teralir. anggapkan ia satu fitrah alam yang kamu suka untuk terima dengan redha. seperti mana kami ketawa dengan tingkah kalian meledakkan angin dicelah sempit.

memang susah pada awalnya,
lama2 nanti pasti boleh terima.

persis keterbukaan kami pada tabiat kamu menguis kuping di pangkal hidung, atau sebagainya. ya. kami selalunya pura2 tidak melihat. kami sebenarnya menjaga airmuka kamu. kalau itu abang atau adik lelaki kami, pasti kami sudah jeritkan perkataan2 seperti "serabai" dan "selekeh".

kerana cinta itu buta dan membutakan.
maka mata kami ini diputuskan untuk dipejamkan.

saudara2 sekalian,

kami juga tidak mengerti bagaimana kami mampu mengubah diri dari selembut2 pecinta kepada sekejam2 manusia; dari semurah2 pemberi kepada sedengki2 pengungkitnya.

yang kami tahu,
kami ini tidak mustahil untuk dijinakkan.
cuma dengan apa, tak terpastikan.

wahai lelaki,

dunia kita terbelah jauh. kamu yang di hujung situ. kami yang di hujung sini. kamu dengan ego sekeras konkrit batu. kami dengan kehendak yang berpusatkan apa yang kami mahu.

di suatu kebetulan, terjumpa kita.
di kebetulan itu, terlahir cinta.

tapi kalau tidak ada hati2,
sekeras bata pun, bisa terkoyak terpercik api.

tuan2 sekalian,

sesungguhnya seluruh tulisan di atas adalah untuk mempertahankan setiap tuduhan2 ke atas kami. kami sememangnya bijak dalam memanipulasi kebenaran. kerana tidak penting apa yang benar. kalau itu yang kami rasa sepatutnya, akan kami juangkan.

maaf kerana selalu bikin kalian termangu di banyak masa.






kerana sebenarnya,
apa2 yang keluar dari mulut kami ini bukanlah benar pun.
saja je nak sakitkan hati.

sebab kami sakit hati.

HAHAHAHAAHAHAHA.



spesifiknya seorang lelaki yang mungkin sedang tidur pada waktu ini, dengan sekadar boxer belang2 pink, di antara cadar merah dan selimut tebal putih.

ai memang suka mess wis yor mind.
ai nak perhatian.

ngeheheheheheeh.

39 comments:

Anonymous said...

kak fynn!

perfect entry! =)

her royal highness said...

persis keterbukaan kami pada tabiat kamu menguis kuping di pangkal hidung, atau sebagainya. ya. kami selalunya pura2 tidak melihat. kami sebenarnya menjaga airmuka kamu. kalau itu abang atau adik lelaki kami, pasti kami sudah jeritkan perkataan2 seperti "serabai" dan "selekeh".

>>> atau kami jeritkan juga "selekeh!!!" tp kamu buat tatau dan tersengih2..

sayang juga. nak buat macamana? huhu..

ayim said...

salam kak fynn,

perfect portrayal :).

azhari azmi said...

isk3 perempuan. kami para lelaki pon mahu perhatian juga. jadi usahlah pura-pura tidak mahu memerhati kami.
what the heck. i don't even know what i'm saying. but i want to!
bahaha

biELa said...

ngah3...

part las x boleh blah!!

hahahha

:)

Anonymous said...

Great entry,
suara bagi wanita2..=)

I adore u sis dlm mnyampaikan sesuatu,
really clear n reality.

sayang buat kamu,kak fynn..
=)

Aishah Nur Hakim said...

kami juga tidak mengerti bagaimana kami mampu mengubah diri dari selembut2 pecinta kepada sekejam2 manusia; dari semurah2 pemberi kepada sedengki2 pengungkitnya.


haha..

tak suka betul~
=)

sHEmA_sHImoT:D said...

wahai lelaki,benar apa kata fynn itu..cun la akak..;p

Precious said...

women intuition .. women persuasion ... tp kalau male - male ego ...

iYda Juhar said...

hhahahaha. itulah perempuan kan?? agaknya sebab kite nih ade hormon yang sebegitu. fitrah seorang perempuan. hahah

wanita mutalib said...

encik2 ada faham..!!

hiks..

Anonymous said...

kerana cinta itu buta dan membutakan.
maka mata kami ini diputuskan untuk dipejamkan.

betul!

PenulisGila said...

Sangat benar. :)

Nbl Fzr said...

gua jln terus
tnpa dongak keatas,
tnpa toleh kearah telinga gua yg sapa suara seakan provokasi.
kerna mungkin
satu nanti
wanita akn dgr jeritan jiwa dan
tarian hati seorang laki laki.

madumerahjambu said...

like this en3 very much!!
hehe..
pompuan cmni la kn k.fynn..
lau da syg tu..laki watpe pon..trime jek..
huhu

Belly-Button said...

sgt best!
aku ske!

Pisey said...

hahaaha.
seronok punya entri.

=)

aKu NaKaL said...

x)~

Z said...

thank you for this post! perfectly accurate :)


we women are indeed complicated, it's a known fact, unobjectionable. embrace us the way we are!

ringo said...

para lelaki juga kadang-kala mempunyai sebab tertentu untuk setiap perkara2 aneh yang dilakukan oleh mereka.haha.

nice entry =)
i admire the way you interprets thought into words.
that is not an easy thing to do.

Jsmn said...

alamak......

*carik butang like

tak de aaa fynnnn

Lyne Bahtar said...

sungguh ku suke surat ini..

p/s:and i added u~

ayunimadarina said...

lelaki dan wanita. punya rasa yg sama tentang ini.

ekspresi nya berbeza.

Azzam?? said...

masa2 yang patut untuk tutup mata dan butakan diri adalah time

1) main nenek2 si bongkok 3 macam dalam cerita musang berjanggut tu haa..

2)atau time main whack the pinata.. alaa.. gantung patung pastu belasah dengan kayu besbol sambil blindfold

tidak sama sekali ketika bercinta! dim light boleh laaa.. pejam terus.. kang terbayang orang lain plak... hahahha

amirnazrin said...

men are simple.nuff said.
women sickness always about men.

MENopous
MENstrual
MENtal illness
MENingitis
ape lagi ek?

fynn,u represent 98% of women on earth.
tapi kan, complicated sang perempuan melengkapkan 'simplicity' kami.
lelaki yang complicated, gay kot.

sofea said...

itu perempuan.
love u kak fynn.

:)

Malisa Sabil said...

semua perempuan sama kot. tp kenapalah lelaki still x memahami.

PERHATIAN. itu yg kita cari. huhu.

Anonymous said...

lagu inniiii....

yanaLiy said...

Ye, saya mengaku, perempuan itu memang complicated.

Suke sgt post ini !!!

hafiz zainuddin said...

sis. lelaki pakai boxer pink belang2 memang peeergh sexy. salam kunjung.

kayza-zainal said...

kak fynn!!!
suke bahagian yang ni...
"kami juga tidak mengerti bagaimana kami mampu mengubah diri dari selembut2 pecinta kepada sekejam2 manusia; dari semurah2 pemberi kepada sedengki2 pengungkitnya.

yang kami tahu,
kami ini tidak mustahil untuk dijinakkan.
cuma dengan apa, tak terpastikan."

asalkan lelaki2 tuh paham perempuan,pasti tahu macam mana nk jinakkan perempuan tu kan...jadi dorang tak patut tanya macam mana kalau dorang tak paham...

tapi sangat suke keseluruhan en3 ni...

im.iedot.neve.kedekot. said...

"kami sememangnya bijak dalam memanipulasi kebenaran. kerana tidak penting apa yang benar. kalau itu yang kami rasa sepatutnya, akan kami juangkan."

- well said. best quote!

.o r k e d. said...

2 thumbs up!

Unknown said...

kalu cakp angkat 10 jari cukup tak?entri ini sngt terbaek kot

colour of life said...

fynn...

thats perfect!

like it..

voice from woman..;

;P

pap said...

pasal wujudnya sifat yang kau orang tak nak ubahkan ni lah jadikan kami lelaki sakit kepala.

jangan kata tak boleh ubah.
"takkan allah ubahkan satu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah".

apahal sekarang? tak boleh ubah sebab sumpahan? yes, sumpah kau orang menipu.

ingat sikit. siapa jaga siapa?
kau orang mengada siapa susah?

perhatian? kalau tak cukup cari yang lain. bukan tuhan ciptakan manusia berjodoh? kalau takat atas nama sayang, tapi hari-hari kena pukul, jangan salahkan kami lelaki. salahkan si bodoh tu sorang je.

siapa kata kami hidup mudah? kau orang pun tahu kebenarannya sakit macam mana jadi lelaki.

maaf. entry kali ini saya tak setuju. banyak kaum kami ditindas kaum anda atas sebab kesiankan dekat kau orang semua. tahu-tahu, bertepek tahi kau orang lemparkan.

andai kata semua perempuan baik, tak wujud golongan call girl apa kejadah semua yang gilakan harta apa semua.

kita semua ada hati dan akal berbeza. jangan segmenkan kami dengan jantina kami.

buka sikit mata.

sebab aku pernah rasa kaum kau orang ni menyusahkan, penipu, pemusnah hidup. sebab aku bodoh.

tapi dulu lah.

sebab aku tak pandang semua perempuan sama. jadi jika boyfriend/tunang/suami/ahli keluarga/rakan/jiran anda menyakitkan, jangan salahkan kami yang lain.

assalamualaikum.

:)

fynn jamal said...

pap:

rasanya kamu yang tgh sentak ni.
kalau kena dengan bacaannya,
sepatutnya kamu tahu yang entri ini ditulis secara terang2 menyalahkan diri saya, fynn jamal, spesifiknya pada suami saya, hazrilfitri hadzir.

21 tahun. ramai lagi celaka manusia yang kamu akan jumpa. dan di setiapnya kamu akan rasa bangsat dan bertambah bangsat.

sabar. semua ini mengajar kita hidup.

semoga masa di sebelah kita.
semoga kita sentiasa ada sempatnya.

:)

tak usahlah kita bandingkan hidup siapa yang lebih macam anjing. sebab lain orang lain ceritanya.

ok, dik?
:)

lagi satu,
entri ini sumpah ditulis dgn nada ketawa2. langsung tidak ada tendency menyebar benci.

chill ye :)
ngehehe

kenshin said...

tulis lagi tentang luahan seorang isteri..tulisan kamu membuatkan saya lebih menghormati isteri saya..

esah ezral said...

kak fynn best sangat :') boleh tak kita nak copy paste letak kat blog kita pls pls boleh yeyyh