Thursday, September 10, 2009

perhatian penduduk negeri nafi.

terimalah.

dia tak pernah nakkan kau.
dia sekarang dah ada org lain.
dia dah lama tak nak kau.
dia cuma nak main2.

tapi tidak.

kau tolak untuk percaya.
kau rasa kau lebih kenal dia.
kau tahu dia siapa.
kau benci orang semua.

berhentilah.

siapa yang kau bohong selain engkau sendiri.
dia tidak cari engkau
dia tidak peduli engkau
dia sudah lama pergi

cuma kau degil untuk memancang nisan.
sampai bila.

pecah suria pagi adalah selepas segelap2 malam.
maka harung sahaja runcing beku gelita.
mana ada kesepian yang tidak lama?
sesaat dalam siksa tak pernah setimpal dengan seribu hari bahagia.

kerana masa itu ilusi.
sepintas untuk yang menunggu.
seabad untuk yang tak mahu.

benar. hidup ini kejam. benar. tidak aku diadilkan. benar.
tapi yang ini benar juga:

betapa mudah kita membiar jiwa hancur.
sedangkan dari kecil ditatang mak ayah.
betapa mudah kita membiar diri ranap.
sedangkan dari kecil dijulang tak sudah.

betapa murah.

kalaulah tahu mak ayah.
kalaulah tahu betapa kita tak sudah2
membiar jiwa dan diri jadi murah dan mudah.

kalaulah.
pasti hancur dan ranap
seorang mak
seorang ayah.

entri ini adalah untuk mereka2 yang hidup dengan penafian.
ditulis dengan jujur, semoga didengarkan.



yang benar:

fynn jamal

bekas menteri besar,
negeri perempuan2 bodoh,
daerah denial,
zon sampah berkeruh.

30 comments:

. said...

uih terkejut,
nafi tu temanhidupku.
igt ke dia, rupanya penafian..
hahahaha.

btw, bez2. thumb up!

.:nani:. said...

benar dunia kejam
benar manusia macam-macam
kononnya keberanian hati adalah sebenarnya penafian keji..

tidak mahu mengaku..
tidak mahu menepi..

buat ayahbonda, maafkan kami.

Anonymous said...

God!!

ur words are perfect sis!!

*clap3*

firahadifa said...

agreed!!!

Prinzessin said...

menarik sangat..

AinNur Haris said...

aduhh..!! betul2 kena atas kepala..

thanks.. (-,-)

jaja said...

hanya kerana kecewa cinta
sume jd bodohkn..huu~~~

maaf ibu ayah...

Precious said...

Denial akan tetap berada dalam diri. Itu lah gunanya kawan - untuk menyedarkan diri di kala hilang pertimbangan ...

aspirin said...

x leh nk komen pape la akk...
mmg makan dalm entry ni..huhu
nk je aku rungkaikan entry ni, tp x pe kot,..
sbb org ade pndpt die masing2....
dan sbb akk pnye penulisan lebih hebat dan mantap, jadi terasa diri ni kecik je....
huhu...

ayunimadarina said...

feuh!~

*tertampar diri sndiri.

.ieLah. said...

kak,
terpukul~


isk.

mAma PinGu said...

Selamat mencari Lailatulqadar pada sepuluh malam akhir ramadhan!

Tini Rahim said...

ouch

tulis entri ni 3-4 tahun lepas, mungkin tak sampai hancur saya ranap :)

si kosong said...

nafi tu janji yang mungkir..
pedih...
betul2 pedih..

Ayu Nadhirah said...

nafi..
teman paling akrab insani
di bibir sentiasa meniti
namun di hati...
nafi..

2 thumbs up for u sis! sayang kamu.
hargai setiap nafas yang dihela.
momen yang takkan sama dan berulang untuk disia-sia.ini cuma kata wanita sengal,tapi disini lahirnya.di hati.
(^_^)

blackrosey said...

yang ini saya tuju buat kawan saya yang masih menafi diri sendiri, yang masih berbohong pada diri, yang masih mengejar dia...sampai saya yang dulunya kawan sekarang dibuang hanya kerana cemburu yang tak sudah...

*dkjfaljueljldsjo*

Azzam?? said...

hahahahahha...

ko tau laa kan.. kerja aku kalo orang sedih2 ni gelakkan je.. =D

nah.. soundtrack untuk post ni..

http://www.youtube.com/watch?v=EZfSQCt4ZII

Hafiz Hamid said...

bekas menteri besar, u're the best!!

Clarky Afif said...

tepat kena hidung saya
ayat macam pelempang terasa
biar jiwa otak terjaga
dari buai mimpi teruna

juneHalim said...

adehh!! sis fynn menusuk ke kalbu trus rsenye..tapi kadang tak mampu, maka terus menafikan apa yang nyata.. =(

iYda Juhar said...

bekas menteri besar tuh. bagus bagus..

Its Free lol said...

N3 pencalunan Weblog Popular 1Malaysia yang ke dua. Go fynn go ...

Aimi Rosli said...

sbb tu omputih kata we cannot live in denial

gadishebat. said...

dah terima realiti kak.
semuanya terkena dgn zana.

diri kita sangat hebat untuk dimusnahkan org2 yg tak reti menghargai.sayangkan diri sendiri sebelum sayangkan org lain.

sarahmeay.snm said...

makan dalam kak.
makasih2.
cuba berdiri dalam nyata yang tidak dicipta. :)

rObOt said...

sgt bestnyer puisi ni kak fynn. mmg terus masuk dlm hati ;)

kata-kata yg beri semangat pada aku!

nurnuha said...

saya setuju setiap bait kata-kata itu..:)

biELa said...

nafi..haih..
berkali cuba tapi tak menjadi

stoneheart said...

thanx fynn 4 ur words..
4 atleast,i know..
im not d only 1 who r feelng dis..
sayang kamu

Anonymous said...

saya melayang . . . (O.o)'