Tuesday, September 8, 2009

budak kampong



lambatnya raya.

walaupun tidak ada perlunya menunggu tarikh untuk balik ke kampung,
namun sudah jadi satu perlu untuk balik ke kampung bila datang tarikhnya.

hari raya, umpamanya.

dan tidak dapat aku nikmatkan satu perayaan bila tidak ada air mandi yang ditadah dalam kolah, bila tidak ada tubuh2 bergelimpangan berserak2 di setiap inci rumah. tidak ada erti untuk aku, bila tidak ada makan2 bersila atas kain saprah, bila tidak ada rebut2 telur ikan sampai menangis airmata darah.

hari raya mesti riuh.
hari raya mesti kecoh.
kena gocoh2.
kena kepoh2.

tri orang tak ada kampung.
rugi besar.

kalau mahu tahu, tri itu penggeli orangnya. tidak cukup itu, dia penakut juga. hidup sepanjang nyawa di bandar. hendak balik kampung, tidak ada. kasihan. memang kasihan.

tidak perlu ditanya;
memang komfem la kena majal.
hahahahaa.

kadang2 kesian juga, sampai merah2 tahan geli, tahan cuak.
tapi kan...

siapa suruh kahwin org johor?
kita orang kuat menyakat, oo.

tapi untung. dia tidak pernah geli dan takut untuk mencuba.
segeli mana.
setakut mana.
pasti, tetap dia cuba.

:)

jangan duduk kat pintu bas. nanti jatoh.
anak drebar takpe.


ada suatu kebanggaan yang aku rasa
jadi budak kampung.

entah.
sesuatu.

satu dabik dalam jiwa, bila dapat senyum sendiri mengenang senapang kayu berpeluru pipit berpicu getah yang digergaji abah, mengimbas telanjang berseorang di belakang reban disiram hujan, mengingat pokok2 yang gagah membiarkan aku menumpang ketika lari bersembunyi.

ah. mampukah lagi aku ke situ?
sempatkah untuk anak2 aku?

budak kampong.

*senyum*
ada suatu kebanggaan.

sesuatu.

38 comments:

StingRay said...

"senapang kayu berpeluru pipit berpicu getah"



Part paling best!...best woo main perang-perang.Pernah kumpul dekat 20 orang...2 team.Lawan tepi sungai.


macam perang betul.haha..

Elmi said...

nanti balik raya , kem salam kat adik ya kak fynn ? haha

Pn Razlina said...

aku juga bangga menjadi anak kampung..

Nurul Binti Ibunya said...

setuju!
saya budak kampung..
ada bangga yang tak di ketahui di situ..

.amiey. said...

jeles aa kak. jeju tade kg. cis.

PAP said...

wah kamu sudah balik kampung..mesti keseronokan dan keriangan menyelubungi jiwa raga. aku rindu sama mak ayah aku...huhuhuhu...aku mahu pulang!!! tak sabar rasanya pulang ke desa jumpa mak ayah meraikan syawal dan hari raya.
gembira tgk kamu gembira..

Hafiz Hamid said...

*senyum*
bangga juga..

Ayyman Rahim said...

Budak kampung? Okay la tu kak. Btw gambar abg Tri pegang ayam macam lawak hahahaaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Johor kat mana Kak Fynn?

ayunimadarina said...

adik punya kampung!~

:))

dan cinta sama kampung itu

Shepha said...

sy takde kampung kak fynn.
agak pathetic di situ.
sepanjang hayat inginkan kampung.
nanti nak cari suami yg ada kampung.
tunggu lah.hee~

abeelo said...

oh rasa nak balik kampung saat ketika detik sekarang!!!

Ulii Azman said...

pak din is very very good guy :) cute too haha kak fynn balik ah raya. jumpa ulii. my grandparents live just beside your parents. kenal cikgu rahman and kak lily kan? thats them :)

+a.z.i.e+ said...

saya pun orang Johor! Hehe, :)

Precious said...

Salam ... mau jemput you ke blog saya. Ada n3 fasal you yg akan kuar dlm pukul 8.45 pagi esok. Hope you luangkan masa n baca. Bye ..

Anonymous said...

salam,
huhu..
mmg shiok ada kg.
tp ien knl erti hidup di bandar,
xpenah hilang rase nk blja ttg hidup di kg.

Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan Syawal yg bakal menjelang memberikan kebahagiaan.

Btw,do visit http://dizzydewy.blogspot.com
entry 'merepek meraban'..
huhu,jgn mara.

Azzam?? said...

jap... gambar no 2 tu... serious aku tatau ko yg mana satu... ko ada clone ke?? or dua2 tu bukan kau?

acap said...

besnyaaaaaaa

aspirin said...

huhu... akk2...
kehidupan akk tampak ceria slalu..
aku pn sme... cume tidak pndai mengolah cerita....hihi
happy famili....
one thing, aku tgk akk ngn tri tangan kidal ea...hihi
sekian

petak daud. said...

Memang seronok.Ta sempat menjadi anak kampung yang berlari ke sana mengejar ikan di sawah.Bergaduh dengan lumpur di bendang.Bangkit pagi mentari silau dengan jeritan ayam.Tapi biar lah,kurang-kurang pun asap kotor di kota ni,buat kan PETAK masih hidup.

LailaAlfisyahr. said...

suka kampung di johor.
org johor juge :)

[ a D D y ] said...

budak johor memang rock!

13247 said...

macho bukan jadi orang kampung
kau keras
teruskan...

Unknown said...

"ah. mampukah lagi aku ke situ?"

haish

Unknown said...

"ah. mampukah lagi aku ke situ?"

haishh

sHEmA_sHImoT:D said...

aku bangga dilahirkan dan dibesarkan di kampung..banyak aja cerita lucu utk ku khabarkan pada anak cucu ttg aku sewaktu dulu..

paling tak boleh lupa bermandi dalam lombong sambil mengutip ikan yg di bom..

pernah cuba??best tau..;)

Anonymous said...

johor kat mana kakak?

nani said...

saya pun duk kampung ala-ala pekan kat gopeng :)
seronok
bila dah pindah bandar sikit...
membesar pulak dengan kartun lat
'kampung boy'.
that is sooo us.

best.
bangga.
seronok.
kena gigit kerengga.
men konda kondi kaki ayam.
singgah kedai apek beli ais kepal.
gelongsor bukit duduk atas kotak.
pi mengaji malam2 balik lari cepat takut hantu.
men bedminton time angin kencang.
tarik upih.
men layang-layang sangkut kat pokok.
aci nyorok pakai beskal.
kenduri kawen sume pakai lipstik tebal.
heran tengok maksu giling inai.


kesian adik saya.
dia membesar dengan playstation.
dengan ragnarok online.
dengan chatting.

kesian kan?

Farah Rosni said...

kampong best. sunyi, tenang je. :( thn ni raya xbalik kampung. abah keje.

ps: gambar kat bas tu cantik. :)

Anonymous said...

kita org johor,
mmg kuat menyakat kn.


:)

Ainee Cumi said...

beshhnya ada kampong

dialicious said...

ok..skang rase semangat nak balik raya muar thn ni(br pas kawin).dh lama sgt raya kt KL bosan gile !

firahadifa said...

hye, saje menjengah dan melihat bila seseorang calonkan u webblog popular 1 malaysia..

and i think u deserve it! i enjoy reading ur blog.. sangat puitis & sastera.. sampaikan kengkadang x paham maksud yg disampaikan

good luck dear!!

p/s: i pollow u..

mrberett said...

saya pon bangga jadik anak kampong.

kita jadi kreatif untuk berfikir,bermain atau mencipta apa-apa saja kerana kebiasaannya kita tidak disediakan dengan kemewahan wang,barang mainan atau apa saja.

jadi,kita mencipta keseronokan hidup sendiri.

mrberett said...

saya pon bangga jadik anak kampong.

kita jadi kreatif untuk berfikir,bermain atau mencipta apa-apa saja kerana kebiasaannya kita tidak disediakan dengan kemewahan wang,barang mainan atau apa saja.

jadi,kita mencipta keseronokan hidup sendiri.

perawan said...

saya johor juga.
bila ramadhan,kalau ke bazar pasti mencari nasi ambang(actually pronounce nye 'ambeng')..
bila raya,marhaban ttp ada.
rindu nak makan kerepek2 bila raya...
itulah kampung..
terutama johor.
mmg sempoiiii..

LaDy_ZeRa said...

slmt hari raya kak fynn! *hug*

sy bukan budak kampong tapi saya suka bila dapat balik kampong! *grin*

leeashroe said...

"siapa suruh kahwin org johor?
kita orang kuat menyakat, oo."

:D