Saturday, March 15, 2008

kebodohan para gadis yang sudah dibodohkan.

rambut baru.
baju baru.
seluar baru.
kasut baru.
semua sekali habis hampir *seribu setengah.

*sila tukarkan jumlah mengikut kesukaan dan kesesuaian situasi*

di atas adalah kerja ramai perempuan di luar sana bila mana mereka rasa begitu jijik dengan diri sendiri. banyak faktor yang boleh mencipta rasa benci itu. antaranya:

1) rasa terbuang / rejected
2) rasa tertekan
3) rasa serabut
4) rasa hina disampahkan / self-esteem dihenyak2
5) banyak lagi.

konsepnya adalah menukar imej yang sedia ada suwey. kononnya mahu bangkit dari kejatuhan. mahu pamer yang kamu sebenarnya ada harga. mahu balas dendam membuktikan walaupun kamu ditinggalkan, yang rugi dia. hendak menunjukkan budak yang dikutuk2 satu dunia itu lebih cantik dari apa yang mereka sangka.

aku dipanggil fynn cuma selepas umur aku 18 tahun. mulanya mereka panggil afin. lama2 tinggal fynn. dari kecil aku dipanggil yanti. aku benci nama itu. bukan kerana apa, tapi menjadi seorang yanti, yang orang nampak cuma seorang budak gemuk yang banyak cakap, wakili sekolah dan negeri untuk pertandingan itu ini. betul macammana pun kata2 dia, dia gemuk. jadi, sangat membosankan. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. yanti yang orang kenal adalah satu imej yang membuakkan.

maka, ketika memperkenalkan diri ketika sesi orientasi di universiti dulu, aku kenalkan diri sebagai "affina".

secara amnya, sesi mencipta semula diri adalah efek dari rasa semulajadi yang mahukan persetujuan orang. seolahnya, anggukan kawan2 lebih bermakna dari segalanya. keyakinan hanya akan lahir dengan perkataan "ya" yang keluar dari bibir mereka. persetan sama apa yang kamu percaya, kerana dunia berputar hanya di kalangan orang2 ramai di luar sana.

kasihan.

rasa seronok itu akan menjalar dalam masa sejam dua, maksimum sehari. rasa tidak percaya pada diri kamu yang 'baru'. kelakar. mana ada baru. kamu tetap manusia sama, cuma diubah fizikal luarnya.

lagu2 di dalam mp3 player diubah. semua yang menghancurkan dibuang. lagu2 hebat seperti "i will survive" akan lebih selalu diputar. pelbagai kata2 positif dibubuh di mana2. dalam telefon. dalam skrin. di status ym. di status website.

"there's a new person in town"

hohh. yakin.

tapi, di akhir malam, kau tau diri engkau tetap orang sama,
seperti semalamnya, yang dibuang org, ditekan, diserabutkan, dihinakan, disampahkan.

engkau tetap orang itu, secantik mana baju baru kamu, rambut rebonding kamu, kasut mahal baru, seluar berjenama itu.

tetap kosong.

apa yang para gadis itu cuba lakukan? membeli yakin? membeli rasa percaya diri? kasihan betul. adik2, di hujung dunia, manusia yang menjadi punca itu, sedang bergembira-suka dengan hidup tanpa kamu.

entahlah.

nak jadi lebih seronok, bila sang gadis2 itu lihat dirinya diganti dengan orang2 biasa sahaja. yang dikira dalam hati, "aku rasa aku lebih molek dari perempuan itu...?"

lebih membunuh kalau perempuan yang mengganti kamu memang benar2 cantik.

*diam*
dan setiap sen yang kau belanjakan terus terasa macam menjerut diri. tidak ada makna.

kelakar sama perempuan2 bodoh di luar sana. sudah dihentak2 pun, masih tegak terpasak di depan pintu, menghulur kuih sambil bertanya "mari makan...?"

tapi entahlah. saya terpesona dengan kekuatan jiwa sebegitu. hendak saja saya pergi kepada lelaki2 kejam itu untuk berkata: "kau lihat dia hari ini. dia akan di sini sehingga esok, lusa, tahun depan, 50 tahun lagi. menghulur untuk menyuap kau makan. hari ini, kau jijik dengan kebodohan dia. tapi satu hari nanti, bila dia sudah redha untuk pergi, kau pasti akan cari tangan yang kau benci ini. kerana tangan lain tidak mau menyuap kau dengan kasih seperti yang perempuan ini beri. semoga masa itu sudah terlalu lewat, yang kau akan sesal sehingga kau mati."

dan aku akan digelak2kan. akan diketawakan.

biarlah.
hari itu akan datang.

kasihan gadis2 bodoh itu.
sini, kuat macam aku.
kan, matahari?

hidup dengan fantasi sendiri.
sekurang2nya tak perlu berhabis wang. kedekut.
haha.

haih, apa nak jadi ni fynn.

9 comments:

Fynn. said...

kak fynn, sy pernah jd mcm tu. tp bile difikirkan semule, terasa diri begitu bodoh. blog kak fynn itu sedikit-sebanyak telah menyedarkan sy. tq. (:

rockafellaswrote said...

baik duit tu buat repair kete..

[siti] said...

owh... saya juga jenis suka keluar duit bila rasa begitu. tp bukan berbelanja untuk tukar imej. Selalunya sekadar untuk buat hati rasa gembira. tp sangat temporary kan. *sigh

Kadang2 rasa amat bagus kalau boleh dijeritkan di telinganya.. kamu tidak akan jumpa lagi wanita yang bisa sayang, kasih, cinta, ambil berat dan terima diri kamu, keluarga kamu seperti mana aku. Tapi takde gunanya. Tetap dia akan pergi. Meski tanpa sebab.


Untung kamu kerna kamu ditinggalkan kerna cinta. Saya ditinggalkan kerna sudah tiada cinta, dan perginya bukan secara aman, tetapi secara kejam.

Mari kita kahwin sayang. Tapi minggu depannya dia bilang, saya rasa belum bersedia. Esok nya bertanya tentang kahwin lagi.. tp minggu depannya trus dimaki dan ditinggal. Bila ditanya mengapa, dengan herdik kasar dikhabar bahwa cinta sudah tiada lagi dlm hati, pergi mampus kau sana, jangan cari aku lagi.

Kejam. Seminggu sudah hidup keserabutan. Seminggu tidur berbekal perskripsi dari doktor.

Tapi saya mau hidup yang lebih baik. Bukan saya yang rugi, dia yang rugi kehilangan wanita seperti saya. Terus kira wang di bank. campur tolak gaji minggu depan, saya mau beli kamera idaman. Pengganti kamera lama yang sudah uzur.

Anggaran kos = RM3000
lebih baik beli kamera dari beli baju. Huhuhuhu...

*terima kasih affina. Sedikit sebanyak saya ada mengambil kekuatan dari kamu.

fynnjamal said...

arm:

tu contoh. haku kedekot nak keluar seringgit pon. kan?

siti:

kuat cik siti. kuat. tah2 saya cuma hidup atas fantasi yg saya cipta.

kalau itu berkesan, cipta fantasi kamu juga. org lain hanya bisa berkata, yang merasa tetap kita juga. kan?

Hanna The Belgariad said...

haih.. fynn,
tatau nak kate ape..
cume entri kau kali nihmmg kene dgn aku...
masalah aku yg slalu low self esteem..


yg pasti nye kan fynn,
kau jgn sekali2 rase diri kau jauh lebeh rendah dr pompuan2 lain..

sbb kau mmg satu..unik..bukan sbb kau cantik atau pandai atau bergaye..
tapi sbb kasih syg yg kau bg pade matahari mmg agung

izz said...

kak fynn,

saye pernah terfikir nak buat perkara yg sama, tp saye hanya tukar sikit2 saje (supaya penampilan tampak lebih kemas dan menarik =), lgpun saye agak berat hati nak berbelanja sampai beratus ringgit, apatah lagi beribu) sb mcm mana pun, yg lebih penting ialah kita sayangkan diri sendiri - senang bercakap, susah bila nak melaksanakannya dalam situasi sebagaimana kak fyn tuliskan.

saye rasa semua org pernah berasa macam tu, dipandang rendah kerana kekurangan pada fizikal terutamanya...sakit. bila ditinggalkan...pun sakit.

saye pernah ditinggalkan, tapi bila dilihat pd situasinya betul2, saye tidak ada hak nak berkata sebegitu. sbnya, kerana kebodohan saye, saye percaya padanya, walaupun saye sedar, salah mengambil hak org. tp kerana dia janjikan saye pelbagai impian, saye ikutkan hati yg bodoh dan naif ini. dan kerana itu, hati ini dimain2kan. ditinggalkan tanpa rasa bersalah.

saye rasa, memanjakan diri selepas melalui perkara mcm ni perlu, sebab ianya umpama ubat untuk hati dan perasaan. memang keberkesanannya tidak lama, tp, ia membantu bukan? macam mana pun, niat mengubah imej yg bermaksud untuk tidak menjadi diri sendiri tidak membawa kesan yg baik pada pandangan saye. keyakinan diri perlu ada, tp harus dibina perlahan-lahan dan secara positif. good things takes time!

cik [siti]:
kita tidak kenal, tapi saye sgtlah bersimpati dgn kisah awak.

semoga kita semua dilindungi dari perkara seperti itu dan sekiranya kita diuji, semoga Tuhan memberikan kita kekuatan dan semangat. Amin.

izz said...
This comment has been removed by the author.
Amira Zafirah said...

pengakuan :

sy salah seorng gadis bodoh itu.

syah saliman said...

saya juga bangun selepas kejatuhan yang amat sgt.semua sahaja ditukar dan secara tidak langsung syah sedar yang diri ini org yang baru,berfikir juga bagai org2 yang sudah dewas.bukan mahu berlagak atau kerek,tapi keadaan sekeliling memaksa.saya tidak suka diri saya di label itu ini hanya kerana salah faham.jadi tiada guna untuk di perbetulkan mulut2 manusia2 itu hanya kerana ingin menjatuhkan aku.lepas satu,satu,lepas ini,itu.masih tak puas.masih sebal.
semenjak masuk 16 tahun,semuanya berubah.dan cara pemakaian juga berbeza.dan kadang2 nya juga sewaktu mahu membeli makanan ' ya akak mahu pesan apa? '
cuba kakak bayangkan,syah cuma 16 waktu itu.agak sedih kerana ,adakah muka aku tua?adakah cara pemakaian aku terlalu dewasa ?adakah cara pembawakan dan perwatakan aku sangat berbeza?tidakkah dia tahu kulit saya ini kulit anak dara remaja mentah? '
cukuplah jika hanya mahu kata 'bersopan'.senyum dan terima kasih sudah cukup sopan bagi saya.sgt bermakna kerana malaysian sgt sukar berterima kasih.

dan semenjak berada dalam dunia sendiri,syah mula mencari diri ini.belajar hormat parents,belajar dngr ckp org yang lebih tua,belajar itu ini ,belajar cara kehidupan,belajar menepis kasih lelaki supaya tidak terluka' barangkali telah menyelamatkan diri ini dari terjebak ke lembah sesat.
dan sejak itu mula menulis sajak dan puisi bagi menyuarakan rasa yg mungkin mati.walau tidak sehebat kakak,syah tetap mahu belajar.

hakikatnya,bgn selepas kejatuhan tidak sukar cuma kita memerlukan masa.dan sejujurnya,bagi syah,bgn selepas kejatuhan lama adalah pengajaran yang sgt bermakna kerana diberu dugaan pada masa muda.tp mmg benar,baru bagaimana pun,tika malam menjelma,kosong.ttp kosong.

bunda selalu bilang ' mama harap adek jadi seorang yg tabah. '
setiap kali ungkapan itu keluar dari bibir permaisuri saya,saya lagi rebah.tapi sekarang,bunda sgt menjaga hati dan perasaan saya.tahu tika saya jatuh dan naik.
dialah kawan terbaik dalam dunia ini..

kak fynn,semoga kita kuat untuk menghadap sisa2 kebodohan kita.
dan hoping kak fynn tidak meracau selalu.tp kalau kak fynn kusut,sajak pasti sgt berhasil!
xoxo.