Tuesday, March 18, 2008

tentang kemalangan yang sepatutnya mencacatkan wajah saya.

semalam aku menyinggung matahari rasanya.
dia terus tutup ym begitu saja.
sebelum keluar itu, dia tidak membalas bualan selama hampir 10 minit.

saya terkontang-kanting.

dasar mulut bodoh, kau ini fynn.
lihat, kau sudah mengeruh suasana.
bangang.

duduk di dalam rumah yang sunyi, waktu hujan lebat, aku jadi panas pinggul.

jam 6 lebih, mahu gerak ke rumah Mike di tmn melati.
malas hendak redah tol sg buloh yang sesak. aku pilih jalan pj.
sama sesaknya. malah lebih teruk.

bangang.

hujan terlalu lebat di sekitar sini semalam. seolah memadankan muka yang tidak reti menjaga jiwa matahari.
ah, serabutan.

kebetulan, teman telefon minta ke UM. bantu bikin translasi untuk filem indie rock darling. sms mike, aku kata aku akan tiba sedikit lewat.

dalam jam 8 lebih, aku teman seorang taulan yang mahu ke subang jaya. ambil barang katanya. aku katakan hujan yang menggila ini, hanya org sewel saja yang sanggup redah.

dia melawak: takpelah. kalau eksiden tetap selamat. sebab tidak mungkin meletup. air hujan banyak.
aku gelak 20 sen.

di usj, lawak itu makbul.

terima kasih pada kakak pertengahan usia yang tiba-tiba brek tanpa memberitahu. memang kau hebat dengan mpv kamu, berbanding kami yang bersatria neo bodoh. hebat kerana kau suka2 berhenti kecemasan di tengah-tengah hujan pejus.

sedar2, kepala aku sudah di atas brek tangan. terima kasih tuhan kerana buat aku sedih tentang matahari, yang memaksa aku memakai tali pinggang keledar semata kerana rindu bebelannya berkenaan itu.

aku lihat kawan aku, iwan, sudah berderai2 darah di mulutnya. aku terdiam dan tiba2 tidak tahu apa harus dilakukan. aku goyangkan iwan, dia sedar. ramai abang2 rempit dan abang2 berkereta sudah kerumun.

"adik ok tak?"
"gerak kawan awak, dik"

adik itu. adik ini.
aku cuma melihat.
blur.

keluar dari kereta hujan masih lebat, persis dalam filem2 thriller. kepala pusing amat. pitam.

sedar2, sudah dalam kereta siapa tah.
aku cari beg, ada. aku cari iwan, sebelah.

banyak betul darah. habis baju indie dia.
bloody indie.

sampai di hospital di usj, aku pun tak ingat apa nama (rajin pulak nak tanya lokasi), iwan terus masuk bilik kecemasan. aku pula didatangi seorang attendan kesihatan.

aku biarkan orang2 hospital itu melakukan apa2 prosedur yang patut. sebelah belakang leher dan kepala memang mengazabkan. ditonyoh2 itu dan ini. diperiksa2 segala inchi.

"kamu lemah ni. terhentak pula. itu sebab pitam"
"mana kawan saya, 'acik?"
"dalam"
"dia okay?"
"berjahit"
"di mana?!"
"mulut"

sebab mulut lancang.
haha.

terus, aku sms kecy. bodohnya, aku tidak sempat mengisi info lanjut ttg lokasi dan dgn siapa aku di sini.

aku kira, yang lebih penting adalah untuk mereka tahu aku tidak teruk. bagaimana terjadi, keterukan situasi, begitu2.
tapi, selesai menghantar, telefon terus padam.

ah sudah.

aku ucap terima kasih pada pakcik segak. mata melilau2 cari telefon awam. terus bangun.

"ko nak gi mana?"
"dah, kan?"
"sini, ko kena tahan. kena rawat sikit"
"tapi saya cuma benjol, 'acik"
"kalau kau jalan lagi 5-6 langkah ko pengsan lagi. caye la kata pakcik"

pasrah. duduk dan termenung.

tapi, kan, aku bukan hafal pun nombor kecy. cuma nombor matahari. takkan nak telefon dia. takut. tadi pun dia terus diam tak semena2, tanda tidak mahu diganggu. apa aku nak cakap?

soalannya, mahukah dia bercakap?
dia semakin garang sejak dia pergi.
tak mahu aku keruhkan lagi situasi.
sabar sajalah, aku kata. sedikit saja ni.

aku minta diuruskan di bilik kecemasan. aku kata, aku tiada sesiapa waktu itu. takut jika diasingkan dari iwan. kesian iwan. dah la jarang jumpa. bila dapat peluang, kemalangan. nasib baik engkau badot.

iv drip disumbat melalui pergelangan tangan aku, anggota paling aku gemar di tubuh ini. dalam iv diletak penenang. aku tidur tanpa mimpi setelah sekian lama.

buka2 mata, iwan sudah di sebelah. di mulutnya aku nampak ada tali melipan. aku tidak tahu kira berapa banyak jahitnya. tapi, nampak macam seinchi lebih, panjangnya. lepas ni akan aku suruh dia siat bibir kirinya pulak. barulah joker macam dalam filem batman.

tiba2 aku bersyukur pada tali pinggang yang aku pasang. selama ini tak pernah peduli mahu pakai. tapi bukan pasal itu saja yang aku selamat. ketika tayar satria sudah terseret ke depan, iwan sengetkan arah kereta, supaya yang dilanggar cuma belahnya.

maka yang jahanam adalah fender dan pintu belah pemandu.
sama ada itu kebetulan atau dia benar2 tidak mahu aku yang teruk, aku tidak tahu.
yang penting, aku hutang jahitan itu.

terima kasih, iwan.

teringat saat-saat aku kemalangan dengan cham, arm, fatin dan syed. ketika pulang dari gig aku. itu titik tolak pertama persahabatan biasa yang diangkat menjadi lebih mesra. punca menjadi akrab. menjadi lebih teguh.

dan hendak dibandingkan, sekarang seolah sudah jauh.

tetap rapat, tetap hebat. cuma tidak seperti itu lagi. ye lah, semua sudah ada komitmen sendiri. takkan 24 jam mahu berkepit.
:)

jam sudah pukul 2. aku mahu pulang. aku khabarkan pada yang bekerja di situ. mereka nasihatkan tunggu sampai hari ini. aku malas. aku demam. aku tak tahu apa aku patut buat.

aku cuma mahu buka internet dan lihat kalau2 ada ditegur matahari.
aku mahu sms matahari.
aku mahu menangis.

aku katakan yang laporan polis akan aku selesaikan sama iwan. kakak mpv tidak ada bayang pun. nak lapor apa? kalau ikutkan, iwan salah kerana terlalu rapat sama mpv depan. mana kakak itu? mungkin dia tidak mahu ke balai kerana dia turut berbuat salah. pandu kereta menggampang.

aku kejut iwan.

"nak balik"
*gerak mata: 'biar betul'*
"mesti kawan2 aku risau"
*mata bereaksi hangin*
"kalau aku balik dulu, kau marah tak"
*pejam mata tak mahu layan*
"iwan, aku kena balik jugak. aku tahu ada orang risaukan aku. nanti aku kena marah"

iwan ambil telefon motorolanya yang juga sudah lama mati. (jgn beli motorola. sangat bodoh). dikeluarkan kad sim, dia isyaratkan aku untuk meminjam telefon abang2 di hospital itu. aku ini jenis tidak reti simpan nombor di dalam sim, semua di telefon. kena tukar strategi ni.

telefon kawan iwan di sekitar itu. dalam 30 minit, kawannya sampai.

iwan tidak mahu balik dulu. dia masih lelah dengan apa yang terjadi mungkin, selain mulutnya rabak dan bertali macam kasut buruk yang dihantar kedai. kawan iwan (tak ingat nama) hantar aku ke kelisa yang diparkir di UM. baik budak-budak tu.

sampai kereta, mereka tawar diri untuk hantar ke rumah. bermakna, aku tak perlu pandu. duduk saja dlm kereta. aku tolak. sudah2 lah menyusahkan diri, aku kata. pergi tengok2kan iwan.

salam2 dan ucap terima kasih. aku terus pulang. perkara pertama yang aku buat sampai di rumah adalah sms semua kawan2. aku hendak saja telefon matahari dan bercerita. mahu mengadu yang aku sakit sekali di belakang leher, di kanan kepala. tapi takut. hendak sms pun, aku mass dan forward. maka tidak nampak terlalu mahu memberitahu.

tapi yang sedihnya, aku dimarah sedikit. merisaukan semua orang, kata matahari. kecilnya hati tuhan saja tahu. bukan sengaja telefon aku itu berperangai. tiada kata lain selain maaf maaf maaf.

dekat 50 panggilan terlepas. matahari, takky, wok, lynn. terharu jadinya. lebih 20 sms dari kecy.

lepas ni, kalau apa2 terjadi, aku cuba tidak menyusahkan kalian. kalian pun tahu aku tidak ada sesiapa untuk aku khabarkan susah.maaf kerana hanya reti merisaukan.

maaf maaf maaf.

aku kan patut kuat. kenapa mahu menyusahkan orang?
aku kena cari kawan lain juga. jadi tidak terlalu membimbangkan satu pihak saja.

baik.
senyum rm 5.

kalau aku yang berjahit, agaknya macammana. mahukah kamu datang, matahari...?
sedihnya melihat kita begini.
menonton kamu yang semakin laris disapa orang.
menyaksikan kamu bahagia.

ye. saya sekadar hidup dalam fantasi.
perasan.

matahari, kenapa selalu marah2 sekarang...
saya kecil hati.

14 comments:

a l a n said...

sis..ok da ke? rlex la dlu 2-3 hari pas2 bru active blk..

rsau dowhh..jz t8 cre urself k..

nah 20sen utk kamu senyum pas baca ny :)

Anonymous said...

hope kamu ok..
hati2 lain kali yea..
mulut jangan celupar sangat..ahak!
-juan-

nota.kematian said...

hidup ini penuh dengan perkara yang kita tidak sangka sangka berlaku.

apa apa pun, kamu masih punya teman teman yang mengambil berat, membantu menghidupkan kehidupan kamu.

=)

^-^icha^-^ said...

take care owez ;)

Amira Zafirah said...

hati hati ye kak fynn.
jgn duhubingi si matahri. tengok. dia jga yg marah2. tandanya risau. masih syg lg. tp malu mahu mengaku.
kakak harus kuat ye. tiade matahari pun. bintang2 masih ramai. walaupun mlm gelap. bintang2 masih berdaya utk menerangi mlm itu

sy salah seorng bintang kakak okay. (:

Amira Zafirah said...

hati hati ye kak fynn.
jgn duhubingi si matahri. tengok. dia jga yg marah2. tandanya risau. masih syg lg. tp malu mahu mengaku.
kakak harus kuat ye. tiade matahari pun. bintang2 masih ramai. walaupun mlm gelap. bintang2 masih berdaya utk menerangi mlm itu

sy salah seorng bintang kakak okay. (:

ira said...

sama

*senyum sinis*

SYFNS said...

ohh. kak fynn tak apa-apa kan?
kalau sakit lg, terus pergi ke klinik ya. (: matahri mngkin ada masalah. usah berfikir yg bukan-bukan ya, kak fynn. (:

kikiEy said...

jgn difikir sgt ttng matahari..

think urself first..

ciKenit said...

syukur kamu tidak apa2 fynn.
terus lagi kuat fynn.
matahari masih risau tentang kamu.
marah tandanya sayang.
ingat entry sebelum ini?
"jatuh cinta sikit."
:)

weirdwEEda said...

oitsss..lain kali jangan hati2 jer,lain kali jgn accident lagi tau

msYuz said...

baru semalam senyum ria~~

jaga diri ya fynn,jangan nanar memikir lagi nanti suram dan gundah.

take your chill pill ok?

be good. =)

syah saliman said...

argh..kak fynn sihat2 saja kan?
aritu syah kene kat pj.otw balik dar ikea.bangang tol.nasib abg saya pemandu berkhemah..dan yg pelanggar tu bawak kete lama apa ntah corrolla sumthing la...tp enjen cam evo 10.

QaSiyh said...

tengok kakak...
ramai yg sayang~