Saturday, February 28, 2009

jiwa untuk dijual.

orang; adalah produk.
boleh gadai pajak,
boleh jual beli,
boleh negosiasi.

medium mungkin berbeza.
wang, harta, pangkat, martabat.

oh tolong jangan hendak konon2.

jahit dahulu bibir yang hendak kata "aku takkan boleh terjual",
sebab ekonomi bukan semata2 pertukaran kertas warna-warni tebal.
bila ada perpindahan hak, automatisnya, terjatuhlah keempunyaan mutlak.

tidak semestinya perlu seperti dalam filem hindi, di mana seorang thakur atau orang kaya-raya memberikan cek kosong kepada hero atau heroin, dengan syarat perlu dijauhkan cinta dari dalam jiwa kekasihnya, dengan cara berpura2 selama bercinta itu adalah semata2 bohong belaka.

yang mana, secara buta tulinya, kekasih yang rasa diperdaya itu akan move on dan mengahwini pilihan thakur itu kerana sudah terlalu pasrah.

tidak juga semestinya perlu seperti filem melayu lama era 70-an yang ada karektor perempuan membiarkan diri dicampakkan wang empat puluh ringgit sambil dia duduk tercangkung di sudut bilik, meredhakan badannya dimamah lelaki berbaju kotak2 dan separa botak, dengan gelak "ha-ha-ha" yang klise, demi untuk tidak membiarkan adiknya di kampung kebulur tanpa makanan.

yang mana, dari rumah pelacuran itu juga dia akan temui hero yang akan membawa jiwanya kembali bersinar dan penuh harapan untuk keluar dari lembah karat itu.

ada orang diam bila guru disiplin terjumpa ganja dalam beg teman baiknya.
ada orang senyap bila dituduh sudah jadi anak derhaka kerana tidak pulang lama.
ada orang redha bila dipanggil bangsat kerana masih bercinta dengan suami kawannya.

betul dunia ini tidak adil.
kerana yang jelas adalah yang tidak nampak.
kerana yang nampak adalah yang ditonton.
kerana apa yang bisa ditonton, boleh dinangisgelak.

tidak ada orang tahu,
op, aku ulang,
tidak ada orang hendak ambil tahu perihal sebenar, situasi sebenar, musabab sebenar.

kerana semua orang tidak ada sebentar.
tidak ada orang yang benar2 hendak berikan sebentar mereka.
tapi jangan pula dimarahkan.
mereka juga mengemis sebentar dari yang lain2 semua.

faktanya, semua orang ada masalah sendiri.
bukan kau sahaja yang tuhan duga.

entahlah.
mungkin ada sebab kenapa manusia biarkan dirinya dibeli.

yang orang nampak, dia diam kerana selalu disogok dirasuah dibelanja penagih ganja.
tapi mungkin didiamkan kerana selama itu, teman baiknya yang menghisap sayur itu punya bapak yang perangai macam haram, selalu meramas buah dadanya dari kecil sampai sekarang.

yang orang nampak, dia senyap kerana sudah kahwin lelaki loteri cina.
tapi mungkin disenyapkan kerana suami anak derhaka itu pernah membubuh tangan ke pangkal pipinya bilamana dia lafazkan rindu pada ayahnya dan ingin pulang.

yang orang nampak, dia redha kerana dia jenis miang dan memang gedik keladi jawa.
tapi mungkin diredhakan kerana sebenarnya kawan baiknya itu yang dahulunya merampas kekasih dia dari sekolah tinggi, dan tidak ada mampu selain mengasihi lelaki yang sudah menjadi suami orang itu dari belakang.

haih.
*diam*

kadang2 kita tidak tahu bila kita ini sudah terjual dirinya.
tidak perasan yang sebenarnya kita ini tergadai jiwanya.
tidak pernah ada transaksi.
tidak pernah ada lafaz terperinci.

tahu2,
kau bangkit dengan resit ditayang2 di depan muka, dilafaz pula permintaan berjela2, untuk kau langsaikan atas nama jualan belum sempurna, dan kalau pun mampu membayarnya semula, resit itu tetap milik mereka.

untuk kau goyang2kan ekor dan jelir2kan lidah.
untuk dunia.

dan kau perlu tangkap kayu yang dibaling ke hujung padang,
untuk diberi pada si pelontar,
semata untuk dibaling semula.

apa boleh buat.
kerana yang ada yang pernah ada pada engkau, sudah tidak ada.

22 comments:

Anonymous said...

hanya keimanan di dada saja mampu menjadi benteng yang bertenaga,
pendinding segala perkara durjana...

gdsjht said...

tepat betul-betul masuk hati.
rindu awak juga.

intihad minorku said...

lalu baca..lalu gugur..luhur manapun ada ruang2 sesak sorang sendiri faham..kadang mcm nada itu kilan kan..tapi benarnya byk mcm sebenar..lalu baca lagi..kak fynn..rumah ni cantik..aku masuk ni kali satu..tiba kadang aku sedih..tapi bukan kecewa..tapi hebat..kak fynn kau ni hebat..aku kagum..ntah..aku kagum..http://intihadminorku.blogspot.com/

Anonymous said...

kenape kakfynn?
ceritalah.

Anonymous said...

ada pening sikit baca karya ini..mahu cerita apa sebenarnya dong..maaf..

azhari azmi said...

yeah2..so true. the thing is "world". haih.. hopefully idup aku n kita semua dipermudahkan selalu.

gadishebat. said...

rindu :)

n lee said...

hati aku terjual kini tak mampu memajak kembali

iYda Juhar said...

kalu macam tuh aku pon tak mau bukak kedai la.

^_o

Sara Musfira said...

Ooh, betul sekali.

aimie said...

dunia....mmg begitu

aimie said...

lumrah dunia

aimie said...

lumrah dunia

Aishah Nur Hakim said...

apa nilai jiwa ini..bila selalu dijual pada yg tak tahu meletakkan harga,..sedangkan urusan itu amat arif baginya..

siapa yang tahu?perihal gadis yang dibeli jasadnya..dengan percuma~

KeY_riN said...

demi menjaga diri kita, perlulah kekuatan dalam diri kita dulu...
baru la maruah kita lebih trjamin

Eerie Liuvyx said...

not all angel are virgin,
not all virgin are angel.

Andeka Truna said...

tumpang tanye.. ni ke kak fynn yg byk video kt youtube especially mase layar tanchap tu..?
huhuhu..

LaDy_ZeRa said...

benar kak fynn.

hargai jiwa, sebelum jiwa tergadai.

Aishah Malik said...

lafaz nya.

jual.

dan

beli.

milikan pun bertukar.

Zalieya said...

kak fynn, sy linkkan jiwa untuk dijual ini dlm blog saya. Benar2 menyentuh rasa tatkala dalam duka begini. Dalam duga yang datang jiwa untuk dijual adalah sgt tepat menterjemahkan rasa saya skrg...tq

Malisa Sabil said...

sungguh dalam..tapi saya dapat lihat yang samar2..dunia..sekarang semua mungkin..

Suraya Sulong said...

i can't keep my eyes off yr blog, it's interesting. somehow, you sounds very calm, i wish i hv a friend like you. i've got lots to learn. recently i broke up with boyf and yeah, i cried hell like crazy, it's been 2 mnths and i hardly get over it till nw. bt i keep myself calm when i read yr blog, it means i hv lots to learn thn crying over smone or smthng, stupid huh?



y're great! :-D